Apa agaknya komen Tun Madey tengok gambar ni
Tengok di sini.
Isnin, 10 Jun 2013
Sabtu, 8 Jun 2013
Apabila katak berbunyi sudah tahu apa tujuannnya
Jawatan khas dakwa penderhaka perlu diwujudkan
Mahkamah khas dan pendakwa raya khas perlu diwujudkan untuk mendakwa "penderhaka" jika kerajaan berminat untuk menggubal undang-undang khas mengenai kesalahan menderhaka kepada raja.
Peguam dan juga ahli politik Datuk Zulkifli Noordin berkata, wujudnya jawatan baharu ini akan dapat mengelakkan wujudnya konflik kepentingan kerana Pejabat Peguam Negara mewakili kerajaan manakala pendakwa raya khas itu boleh mewakili institusi Diraja.
"Tidak sesuai jika Peguam Negara menjalankan pendakwaan bagi pihak raja," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Beliau menyokong cadangan bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Noor Abdullah yang mahu kerajaan mewujudkan satu undang-undang khas mengenai kesalahan derhaka kepada raja.
Katanya, sistem perundangan Malaysia perlu diubah untuk disesuaikan dengan undang-undang penderhakaan ini.
"Sudah sampai masanya pendakwaan dibuat oleh seorang pegawai undang-undang yang mahir dalam perundangan kerana selama ini, kadang-kala pendakwaan dibuat oleh pegawai polis dan ini mempunyai beberapa kelemahan," katanya.
Katanya, sehingga sekarang, tidak ada satu pun peruntukan undang-undang yang membicarakan secara khusus mengenai kesalahan penderhakaan.
Sekarang ini, mereka yang dikatakan menderhaka akan didakwa di bawah Akta Hasutan 1948 atau pun di bawah Kanun Keseksaan, katanya.
"Masalahnya undang -undang sedia ada sekarang ini tidak mempunyai definisi khusus tentang kesalahan penderhakaan ini," katanya.
Zulkifli juga melontarkan idea bahawa satu Mahkamah Khas diadakan untuk membicarakan kes-kes penderhakaan yang dianggap serius dan hukuman yang dikenakan mestilah berat supaya rakyat tahu kepentingan kuasa raja.
Cadangan untuk penggubalan undang-undang khas ini mula timbul selepas beberapa kes penghinaan rakyat ke atas institusi raja negara ini ekoran kegagalan orang ramai memahami kuasa dan fungsi raja bagi Malaysia. - Bernama

Cuba tanya Zul Kulim undang-undang hina agama lain macam mana.Awat langgar ikut dan ja?Apa sebab katak berbunyi tentu ada sebabnya.Dulu bodek melambung-lambung dapat jadi calon Umno-BN di parlimen Shah Alam tapi kalah teruk..Umno Shah Alam pun tak mau kat Zul..La ni dok riuh itu ini..awat teringin nak jadi Senator ka haha
Khamis, 6 Jun 2013
Pemimpin pun kurang ajaq rakyat lagi kurang ajaq
Kit Siang persoal mengapa Zahid tidak dikenakan tindakan jenayah
Penasihat DAP Lim Kit Siang hari ini membangkitkan persoalan mengapa Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak dikenakan tindakan mahkamah ekoran tindakannya memukul seorang ahli perniagaan pada 2006.
Lim mendakwa Ahmad Zahid pernah disaman oleh Amir Abdullah Bazli kerana didakwa menumbuknya di muka pada 16 Januari 2006 di Kelab Rekreasi Country Heights, Kajang sehingga menyebabkan beliau mengalami kecederaan tulang hidung dan bengkak di mata.
“Najib perlu menjelaskan sama ada beliau mengetahui perkara itu, yang mana Zahid ketika itu adalah timbalan menteri penerangan, dan sama ada perdana menteri telah menyiasat mengapa polis tidak mendakwa Zahid kerana tindakannya itu,” tegas Lim merujuk kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Ahli Parlimen Gelang Patah itu turut mendakwa Ahmad Zahid telah menafikan perkara itu dan memohon Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur supaya menolak kes berkenaan yang mana telah dilakukan pada 21 April 2010.
Ahmad Zahid kemudiannya dakwa Lim telah mengemukakan saman balas atas alasan mengalami rasa malu dan trauma emosi disebabkan tuduhan tersebut.
Namun tahun lalu jelas Lim, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan menolak cubaan Ahmad Zahid dan mengarahkan beliau membayar RM5,000 kos, dan menggesa beliau memberikan maklum balas terhadap tindakan berkenaan.
“Kes ini dibangkitkan bagi menjawab persoalan mengapa Ahmad Zahid tidak didakwa di mahkmah oleh polis kerana perlakuan jenayah.
“Ia menimbulkan persoalan adakah Malaysia mempunyai penjenayah sebagai Menteri Dalam Negeri?” kata Lim.
Beliau turut menambah “adakah Najib atau Ahmad Zahid bersedia menjelaskan berhubung isu ini dan kesesuaian beliau memegang jawatan Menteri Dalam Negeri dengan kes berkenaan.”
Veteran DAP itu turut menuntut penjelasan daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low sama ada beliau bersetuju Ahmad Zahid harus meletak jawatan sebagai usaha “integriti” dan “tatakelola kerajaan yang baik” sehingga beliau membersihkan dirinya daripada dakwaan kes berkenaan.-The Malaysian Insider
Komen aku,,beberapa individu telah ditangkap kerana didakwa menghina Raja.Dalam masa yang sama tidak ada sebarang tangkapan ke atas sesetengah pemimpin tak kira Islam dan bukan Islam yang bersepah-sepah hina hukum Islam secara terang-terangan tidak ditangkap.Pemimpin jugak yang ajaq rakyat jadi kurang ajaq bukan orang lain!
Bukan takat hina Islam ada jugak yang jadi pemimpin politik macam Zul Noordin yang hina agama Hindu tapi tak didakwa.Jadi ajak rakyat jangan hina Raja ,kena taat kepada pemimpin tapi apabila jadi pemimpin pon kurang ajaq tak ada adab ingat rakyat kayu ka tak nampak apa yang pemimpin lakukan.
Pihak polis jugak didakwa membunuh tahanan di dalam lokap..di tempat awam pulak kejadian bunuh orang berlaku setiap hari.Sapa kita nak ambik jadi contoh dan tauladan yang baik kalau semua satu spesis yang merosakkan negara?

Selasa, 4 Jun 2013
Hat macam ni memang layak dok dalam hutan
NGO gesa kerajaan sekat Facebook
Beberapa badan bukan kerajaan (NGO) mesra Barisan Nasional (BN) menggesa kerajaan mengikut langkah negara Iran dan China dengan menyekat akses ke laman web sosial sekiranya langkah itu mampu membendung sebarang perbuatan atau tindakan yang boleh menggugat keamanan negara.
Menurut Pengerusi Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (Gaps), Hamidzun Khairuddin, tindakan tersebut boleh dilakukan oleh kerana terdapat pengguna laman sosial itu yang menyebarkan fitnah, menghina agama dan kaum serta mencaci pemimpin negara,
“Memang tidak wajar menyekat penggunaan internet tetapi Facebook perlu disekat sebelum parah kerana ramai yang telah menyalahgunakan fungsi laman sosial itu dengan melakukan perkara-perkara yang di luar faedah,” katanya dipetik daripada akhbar berbahasa Melayu Sinar Harian.
“Kalau boleh perketatkan lagi undang-undang siber yang sedia ada supaya tidak sewenang-wenangnya mereka melakukan jenayah di laman sosial. Tindakan tegas perlu dikenakan supaya mereka bersalah dapat dihadapkan ke mahkamah,” tambah beliau.
Beliau diminta mengulas mengenai sekumpulan pengguna Facebook bertindak menghina ucapan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.-M'insider.
Ha ha..yang cadang FB disekat ni memang layak dok dalam hutan.Pi la duduk dalam hutan.
Saya dah pi negeri China tiga kali,Beijing,ShangHai dan Yiwu sana memang tak ada FB dan Twitter.Yang ada hanya Yahoo ja.Kalau nak ikut China sangat buat saja sistem satu parti BN perintah sampai mati.Lagi senangkan haha
Siapa yang ajar rakyat jadi kurang ajar?Pemimpin jugak kan!Dulu zaman tak ada FB sapa yang hina Raja?Sapa?Sapa?Sapa yang kata Natang kat Raja?Sapa yang cabut kuasa Raja?Dua kali lima,lima kali dua.Lain kali fikir dulu sebelum cakap bukan cakap dulu baru pikir.
Hapus rasuah,salah guna kuasa,tindas rakyat miskin,hapuskan tol,turunkan harga minyak,bagi pendidikan percuma ni baru betoi bang!Haha bukan tutup FB!

Sabtu, 1 Jun 2013
Katak kering memang tak laku tak macam sotong kering
'Pencalonan Zul Noordin strategi yang lemah'-Malaysiakini
Pencalonan Naib Presiden PERKASA, Datuk Zulkifli Noordin bertanding di Parlimen Shah Alam Shah dalam pilihan raya umum pada 5 Mei lalu adalah satu strategi yang lemah, kata seorang ahli panel BN dalam satu forum malam tadi.
"Saya rasa jika Zulkifli tidak dicalonkan, BN akan dengan mudah memenangi 20 lagi kerusi Parlimen.
"Jika anda melihat demografi Kota Raja, Kapar, dan Shah Alam - semua kawasan yang berhampiran tempat Zulkifli bertanding - kita mempunyai penduduk India yang ramai," kata timbalan Pengerusi jawatankuasa strategi MIC, Madhu Marimuthu.
Seorang lagi ahli panel - Naib Presiden MCA, Gan Ping Sieu, bersetuju dengan Madhu, dan berkata pencalonan Zulkifli (kanan) merupakan satu keputusan yang lemah, sesuatu yang beliau tidak dapat fahami.
Bagaimanapun, beliau menegaskan keputusannya adalah sesuatu yang baik untuk negara.
"Rakyat telah bersuara dan sekurang-kurangnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak kini boleh berkata, 'Bukan saya tahu mahu mencuba, tetapi bukan ini yang rakyat mahu.'-M'kini
Katak kering lagu tu la bukan ada harga sapa pun tak mau..tak macam sotong kering lagi mahal daripada sotong basah.Secara tak langsung MCA dan MIC anggap Zul pembawa malang dalam BN.
Pencalonan Naib Presiden PERKASA, Datuk Zulkifli Noordin bertanding di Parlimen Shah Alam Shah dalam pilihan raya umum pada 5 Mei lalu adalah satu strategi yang lemah, kata seorang ahli panel BN dalam satu forum malam tadi.
"Saya rasa jika Zulkifli tidak dicalonkan, BN akan dengan mudah memenangi 20 lagi kerusi Parlimen.
"Jika anda melihat demografi Kota Raja, Kapar, dan Shah Alam - semua kawasan yang berhampiran tempat Zulkifli bertanding - kita mempunyai penduduk India yang ramai," kata timbalan Pengerusi jawatankuasa strategi MIC, Madhu Marimuthu.
Seorang lagi ahli panel - Naib Presiden MCA, Gan Ping Sieu, bersetuju dengan Madhu, dan berkata pencalonan Zulkifli (kanan) merupakan satu keputusan yang lemah, sesuatu yang beliau tidak dapat fahami.Bagaimanapun, beliau menegaskan keputusannya adalah sesuatu yang baik untuk negara.
"Rakyat telah bersuara dan sekurang-kurangnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak kini boleh berkata, 'Bukan saya tahu mahu mencuba, tetapi bukan ini yang rakyat mahu.'-M'kini
Katak kering lagu tu la bukan ada harga sapa pun tak mau..tak macam sotong kering lagi mahal daripada sotong basah.Secara tak langsung MCA dan MIC anggap Zul pembawa malang dalam BN.
Jumaat, 31 Mei 2013
Rakyat jadi macam ni la bila BN berkuasa lagi
Gambar ni aku tangkap di pasar kat Pekan Changlun,Kedah.Ada modal habuan nak tulih.Sebelum pru 13 BN bagi macam-macam tapi bukan duit mereka duit rakyat jugak tapi diputar belit kata ini BN bagi.Contoh bagi duit BR1M,bagi tayar teksi, bagi susu,bagi gula,bagi beras dan segala mak nikam agar rakyat undi BN.
Kini setelah BN menang rakyat tak dapat harga minyak murah,pendidikan Percuma,hapus PTPTN.Yang ada kini akan dilaksanakan cukai GST,Kamera AES sedia menunggu untuk kutip balik duit yang telah BN labur kepada rakyat sebelum pru 13.Semalam lalu kat lebuhraya PLUS aku dua kali kena AES yang dipasang di negeri Perak.AES pun kena polis trafik yang tunggu bawah jambatan pasang perangkap laju pun kena.Depa kira nak kaut ja la ni selagi mana yang termampu.Nampak sangat kata kerajaan sekarang macam dah kebulur duit rakyat! Di Kedah BN dah tak sabar nak pasang kamera AES untuk kaut duit rakyat.Padan muka hang pa!
Rakyat jadi macam ayam dalam bakul tu la.Jamu kenyang-kenyang kena jual dan kena sembelih.Bukan takat yang dalam bakul tu yang duduk luar bakul pun kena ikat untuk disembelih.Tak boleh lari mana dah.Pusing kot mana pun yang untung BN jugak..Rakyat yang lawan BN kena tangkap dan dilokap.Puashati semua!

Khamis, 30 Mei 2013
Syabas Khalid Samad!
Khalid Samad hentam pembodek pemimpin Pas -malaysiakini
Timbalan Pesuruhjaya PAS III Selangor Khalid Samad menyalahkan kumpulan 'pembodek' pemimpin PAS yang membolehkan calon parti itu bertanding di DUN Kota Damansara sehingga Pakatan Rakyat gagal mempertahankan kerusi itu dalam pilihan raya umum 5 Mei lalu.
Mengemukakan empat kesan "tidak baik" sebagai bukti kesilapan PAS bertanding di situ, Khalid yang juga ahli parlimen Shah Alam menegaskan perkara itu perlu diakui oleh semua pihak khususnya pemimpin PAS.
Menulis dalam blognya hari ini, Khalid (kanan) menggariskan empat akibat tindakan ahli PAS itu, antaranya hubungan PKR dan PAS menjadi tegang, hubungan sesama ahli parti terjejas dan komitmen PAS dalam Pakatan dipersoal masyarakat.
"Ringkaskan cerita, saya di sini ingin isytiharkan, sekiranya tiada siapa yang lain sanggup memberitahu pimpinan bahawa mereka tersilap, biarlah saya seorang menyatakannya! Dahulu semasa menyanggah Hassan Ali pun saya seorang diri, maka biarlah kali ini juga saya seorang diri.
"Yang lain boleh terus menyatakan ‘sayang’ mereka terhadap pimpinan dan terus ‘membodek’ mereka. Sedangkan sayang pimpinan bukan isunya di sini.
"Dan sekiranya benar sayang sekalipun, betulkan mereka apabila mereka tersilap bukan terus membodek mereka. Itu sayang yang sebenar... Saya tidak sanggup khianat," tegas Khalid dalam blognya itu.
Beliau mengulas banyak tulisan dalam internet membincangkan isu tindakan PAS bertanding di Kota Damansara dalam pilihan raya umum lalu.
Dalam pilihan raya umum itu penyandang kerusi itu Dr Nasir Hashim (kiri) kecundang dalam pertembungan enam penjuru selepas hanya memperolehi 14,860 undi.
Pengerusi PSM itu yang bertanding atas tiket PKR berdepan calon PAS Ridzuan Ismail, calon BN Halimaton Saadiah dan tiga calon Bebas. Ridzuan mendapat 7,312 undi, manakala Halimaton mendapat 16,387 undi.
Jumlah undi yang diperolehi Dr Nasir (14,860) dan Ridzuan (7,312) jika dicampur, akan berjumlah 22,172 undi, yang jelas jauh dapat mengatasi undi calon yang memperolehi 16,387 undi.
Menyifatkan tindakan PAS bertanding di DUN itu sebagai "tidak berbaloi", Khalid menegaskan sekiranya tindakan sebaliknya diambil pada masa tersebut, semua kesan buruk tersebut dapat dielakkan.
"Lainlah kalau memang terbuku di hati ingin Umno menang, supaya hubungan PAS/PKR tegang, PAS/PAS bergaduh dan masyarakat sangsi akan komitmen PAS terhadap PR!... Oleh itu dari sudut strategi ianya perlu diakui sebagai satu kesilapan dan ditolak," katanya.
Walaupun seorang pemimpin mendapat kebaikan sekalipun dengan ijtihad silap yang dilakukannya, Khalid berkata ia tidak bererti perkara itu "perlu dipertahankan setelah kesilapannya jelas kelihatan".
"Mempertahankan ijtihad yang salah, setelah sudah jelas kesilapannya adalah kerja-kerja membodek pemimpin yang dikutuk Allah!
Khalid mengakhiri tulisannya dengan memetik pesanan Khalifah Abu Bakar (RA) yang bermaksud: "Cakap benar adalah amanah dan berdusta adalah khianat!".
Mengemukakan empat kesan "tidak baik" sebagai bukti kesilapan PAS bertanding di situ, Khalid yang juga ahli parlimen Shah Alam menegaskan perkara itu perlu diakui oleh semua pihak khususnya pemimpin PAS.
Menulis dalam blognya hari ini, Khalid (kanan) menggariskan empat akibat tindakan ahli PAS itu, antaranya hubungan PKR dan PAS menjadi tegang, hubungan sesama ahli parti terjejas dan komitmen PAS dalam Pakatan dipersoal masyarakat."Ringkaskan cerita, saya di sini ingin isytiharkan, sekiranya tiada siapa yang lain sanggup memberitahu pimpinan bahawa mereka tersilap, biarlah saya seorang menyatakannya! Dahulu semasa menyanggah Hassan Ali pun saya seorang diri, maka biarlah kali ini juga saya seorang diri.
"Yang lain boleh terus menyatakan ‘sayang’ mereka terhadap pimpinan dan terus ‘membodek’ mereka. Sedangkan sayang pimpinan bukan isunya di sini.
"Dan sekiranya benar sayang sekalipun, betulkan mereka apabila mereka tersilap bukan terus membodek mereka. Itu sayang yang sebenar... Saya tidak sanggup khianat," tegas Khalid dalam blognya itu.
Beliau mengulas banyak tulisan dalam internet membincangkan isu tindakan PAS bertanding di Kota Damansara dalam pilihan raya umum lalu.
Dalam pilihan raya umum itu penyandang kerusi itu Dr Nasir Hashim (kiri) kecundang dalam pertembungan enam penjuru selepas hanya memperolehi 14,860 undi.Pengerusi PSM itu yang bertanding atas tiket PKR berdepan calon PAS Ridzuan Ismail, calon BN Halimaton Saadiah dan tiga calon Bebas. Ridzuan mendapat 7,312 undi, manakala Halimaton mendapat 16,387 undi.
Jumlah undi yang diperolehi Dr Nasir (14,860) dan Ridzuan (7,312) jika dicampur, akan berjumlah 22,172 undi, yang jelas jauh dapat mengatasi undi calon yang memperolehi 16,387 undi.
Menyifatkan tindakan PAS bertanding di DUN itu sebagai "tidak berbaloi", Khalid menegaskan sekiranya tindakan sebaliknya diambil pada masa tersebut, semua kesan buruk tersebut dapat dielakkan.
"Lainlah kalau memang terbuku di hati ingin Umno menang, supaya hubungan PAS/PKR tegang, PAS/PAS bergaduh dan masyarakat sangsi akan komitmen PAS terhadap PR!... Oleh itu dari sudut strategi ianya perlu diakui sebagai satu kesilapan dan ditolak," katanya.
Walaupun seorang pemimpin mendapat kebaikan sekalipun dengan ijtihad silap yang dilakukannya, Khalid berkata ia tidak bererti perkara itu "perlu dipertahankan setelah kesilapannya jelas kelihatan".
"Mempertahankan ijtihad yang salah, setelah sudah jelas kesilapannya adalah kerja-kerja membodek pemimpin yang dikutuk Allah!
Khalid mengakhiri tulisannya dengan memetik pesanan Khalifah Abu Bakar (RA) yang bermaksud: "Cakap benar adalah amanah dan berdusta adalah khianat!".
Rabu, 29 Mei 2013
Ni tibai nak perambat Najib
Zam: Kempen Najib nampak luar biasa, pura-pura-M'kini
Dalam tulisan di blognya, zamkata.blogspot.com semalam, beliau berkata usaha Najib untuk menonjolkan diri sebagai pemimpin popular menyebabkan perdana menteri itu dilihat sebagai seorang yang meniru orang lain dan bukannya seorang pemimpin.

Katanya, beliau juga melihat Umno dalam keadaan "panik" apabila timbul cadangan untuk menjadikan BN sebagai sebuah parti tunggal.
"Sesuatu cadangan yang serius patut dikemukakan dalam keadaan tenang bukan dalam keadaan masih ribut. Tidakkah ini menunjukan pemimpin-pemimpin UMNO berada dalam keadaan panik.
"Jika mahu uji pandangan akar umbi pun bukanlah masa sekarang ini," tulis Zainuddin yang juga pernah bertugas sebagai wartawan Utusan Melayu.
Beliau mengkritik pengedaran kain rentang 'I love PM' pada kempen pilihan raya umum ke-13 yang menurutnya mungkin diilhamkan oleh penasihat Najib.
Katanya, tindakan tersebut hanyalah untuk menunjukkan kepada Najib bahawa pengerusi BN itu telah mendapat sokongan khususnya daripada masyarakat Cina di Malaysia.

Sikap yang ditunjukkan oleh golongan pengundi berkenaan dalam pilihan raya umum lalu adalah sebaliknya.
Dalam tulisan itu, Zainuddin berkata Najib ditonjolkan sebagai pemimpin yang hidup seperti rakyat biasaa dan sanggup makan dan minum bersama rakyat antaranya di gerai, kafe dan gerai mamak.
"Penasihatnya berfikir bahawa gambar ini akan menunjukan Najib yang elitis dari keluarga bangsawan hidup seperti rakyat biasa tetapi kepada rakyat adalah 'luar biasa' kerana tidak pernah mereka terserempak dengan Najib di tempat-tempat begini.
"Lebih luar biasa apabila diiringi oleh pengawal dan pembantu peribadi. Nampaklah kepura-puraan," kata Zainuddin.
"Kata mantan Menteri Kewangan Daim Zainuddin, Anwar Ibrahim adalah clown (lebih tepat dipanggil Raja Lawak). Kata saya, Najib adalah imitator. Penasihatnya berkepala di awan tanpa kaki mencecah daratan. Inilah penasihat yang patut disingkirkan."
Zainuddin berkata beliau menerima kiriman SMS daripada seorang kawan dalam dunia korporat yang mendakwa tindakan menunjukkan kain rentang 'I Love PM' adalah "menjijikan" dan meminta Najib berhenti bersikap seperti pemimpin mahasiswa.
Zam yang juga karyawan tamu Universiti Utara Malaysia berkata sepatutnya Najib sedar negara ini masih belum keluar dari keruncingan politik dengan cabaran daripada "raja lawak dan kepala cauvanisme Cina" yang tidak dinamakannya.
"Negara belum keluar dari keruncingan politik; keselamatan diancam oleh communist surrogate, tiap hari ada tunjuk perasaan cina baju hitam cemarkan pilihan raya yang sah, berbagai laporan palsu polis dibuat; blackout, dakwat padam," katanya.-Malaysiakini

Ni tibai nak perambat Najib nak angkat Muhyiddin jadi PM.Tapi ada satu masalah Tun Madey kata buat masa sekarang tak ada sapa yang layak ganti Najib jadi PM.Ni yang buat Muhyiddin jadi tak sedap hati,malu bukan kepalang,geram pun ada..
TGNA bagi amaran
TIADA PENYATUAN PAS-UMNO SELAGI SAYA HIDUP-Harakahdaily

“Untuk itu tidak ada sebab kita ingin bersama mereka dan saya peringatkan pada yang lain jangan ada usaha ini,” ujarnya lagi.
KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau tidak akan membenarkan sebarang usaha ke arah penyatuan PAS dan Umno selagi beliau masih hidup.

Menurut bekas Menteri Besar Kelantan itu, PAS adalah milik semua ahlinya dan sebarang tindakan atau keputusan yang dibuat perlu mendapat persetujuan daripada semua ahli khususnya melalui muktamar.
“Tidak boleh sesiapapun mengatur usaha untuk mengadakan kerjasama antara PAS dan Umno apa lagi secara senyap-senyap, parti ini terbuka kepada orang ramai dan milik ahli.
“Saya tidak bagi, selagi saya masih hidup saya tidak akan benarkan usaha untuk menjalin kerjasama PAS dan Umno dilakukan,” ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui Harakahdaily semalam.
Tuan Guru berkata Umno sejak awal lagi menolak dasar Islam sebagaimana yang diperjuangkan oleh PAS.
Tambahnya, selain persoalan dasar parti, banyak lagi perkara yang perlu dikaji terhadap kesilapan Umno dalam perjuangan mereka.
“Untuk itu tidak ada sebab kita ingin bersama mereka dan saya peringatkan pada yang lain jangan ada usaha ini,” ujarnya lagi.
Isnin, 27 Mei 2013
"Pengerusi SPR dan timbalan tak letak jawatan rakyat berhimpun sampai kerajaan Najib gugur"-Mat Sabu
Jutaan rakyat ke Dataran Merdeka, jika SPR tidak letak jawatan, kata Mat Sabu
Pakatan Rakyat (PR) akan menghimpunkan jutaan rakyat di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur jika tuntutan mereka agar pengerusi, timbalan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak ditunaikan, kata Mohamad Sabu.
Menurut timbalan presiden PAS itu, jika desakan tidak ditunaikan, PR akan menganjurkan lebih banyak perhimpunan sehingga kerajaan Datuk Seri Najib Razak turun takhta.
“Jutaan rakyat akan memenuhi Kuala Lumpur jika tuntutan kita tidak ditunaikan tidak lama lagi,” kata Mohamad dalam perhimpunan #Black505 di sini malam tadi.
“Jika SPR tidak letak jawatan, kita akan terus mengadakan perhimpunan sehingga kerajaan Najib gugur,” tambah beliau lagi.
Perhimpunan #Black505 di Tapah ini adalah yang kesepuluh bagi membantah keputusan Pilihan Raya 2013 dan julung kalinya dianjurkan oleh PAS.
Turut hadir dalam perhimpunan itu adalah pemimpin PR Perak seperti Datuk Seri Nizar Jamaluddin, V Sivakumar dan ramai lagi.
Menurut Mohamad yang dikenali sebagai Mat Sabu itu, penipuan pilihan raya telah menggugat kepercayaan rakyat Malaysia terhadap sistem demokrasi.
“Kita kena ingat, rakyat memilih pilihan raya, rakyat memilih jalan demokrasi. Kenapa rakyat memilih jalan raya di Tunisia? Mesir? Jakarta?
“Kerana mereka sudah tidak yakin dengan jalan demokrasi,” katanya disambut dengan sorakan daripada ribuan hadirin berpakaian hitam.
Mohamad turut mengingatkan pasukan keselamatan, polis dan tentera agar bersikap profesional dan menjaga keselamatan rakyat.
“Polis dan tentera saya ingatkan. Jaga keselamatan rakyat, jika gugur sebutir peluru kepada rakyat yang tidak bersenjata, bererti kamu sudah kalah.
“Jangan usik rakyat yang memilih cara demokrasi ini,” katanya.
PR menyalahkan penipuan pilihan raya menyebabkan mereka tidak menjadi kerajaan walaupun menang undi popular pada Pilihan Raya 2013.
PR menang 89 kerusi Parlimen berbanding Barisan Nasional (BN) yang mendapat 133 kerusi daripada 222 kerusi Parlimen.
Walau bagaimanapun, buat pertama kali semenjak 1969, BN kehilangan undi popular apabila hanya mendapat 47 peratus undi keseluruhan berbanding PR yang mendapat 51 peratus.
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam perhimpunan #Black505 pada Sabtu di Padang Timur, Petaling Jaya turut menegaskan beliau menolak idea untuk bekerjasama dengan SPR dan menyokong desakan untuk pesuruhjaya SPR meletakkan jawatan serta merta.
“Kita tidak akan bekerjasama atau bekerja atau melibatkan diri dengan Suruhanjaya Pilihan Raya yang menipu,” kata ketua umum PKR dan menambah “kata dua” akan dikeluarkan jika mereka tidak meletak jawatan.-TheMalaysian Insider
'Demokrasi dah nazak'
Kata seorang ustaz dalam kuliah;
"Kita redha dengan kekalahan tapi kita tak boleh terima dengan penipuan pilihanraya.Macam drebar teksi bawa 4 penumpang yang kentot dalam kereta,drebar tanya sapa pon tak mengaku sapa yang kentot.Bila turun semua pakat bayaq duit. Drebar kata yang kentot belum bayaq.Salah sorang penumpang kata tadi saya dah bayaq. Tau lah drebar kata dia yang kentot! SPR menipu tapi tak mengaku".
Hebat-hebat regim BN,amaran demi amaran ugut rakyat yang tak puas hati dengan sistem pilihanraya hebat lagi anai-anai yang makan kayu sampai reput tiang.Pernah tengok gigi anai-anai macam mana? Ada pernah anai-anai pi klinik gigi?Lihat betapa besarnya kebesaran Allah SWT . Tu baru anai-anai.Kuasa rakyat dengan kuasa yang BN ada mana lagi hebat?
Baca;
Adun kata kejadian lampu padam memang berlaku-Malaysiakini
Umno K'tan timbang petisyen untuk parlimen Bachok-Malaysikini
Anwar sasar 100,000 laporan polis isu dakwat tanggal-Harakahdaily
Gandingan Khalid dan Zahid kembali ke zaman Mahathirism-Harakahdaily
Sabtu, 25 Mei 2013
"Apa lagi yang ada pada Umno?,Umno sudah sampai jalan mati"-TGNA
Cadangan BN Sebagai Parti Tunggal : UMNO Sudah Sampai Di Jalan Mati
Saya membaca kenyataan Timbalan Presiden UMNO hari ini yang dilaporkan menyambut baik cadangan untuk menjadikan Barisan Nasional (BN) sebagai parti tunggal. Menurutnya cadangan ini adalah rasional dan perlu dikaji secara mendalam untuk kesinambungan sokongan rakyat pada masa depan. Menurut laporan, kenyataan ini dikeluarkan oleh beliau sewaktu berada Phuket dalam satu lawatan kerja di sana.
Pada saya, ini menandakan bahawa UMNO sendiri mula sedar perjuangan berasaskan bangsa sudah tidak relevan lagi di Malaysia. Sekalipun UMNO menang di kebanyakan kerusi yang ditandingi, tetapi kemerosotan Barisan Nasional di parlimen membuktikan bahawa UMNO hanya disokong oleh orang-orang Melayu yang berada di luar bandar. Golongan inilah yang masih termakan umpan UMNO sehingga tertelan dengan mata kail.
PAS sejak dahulu lagi sering menegaskan, perjuangan berasaskan bangsa tidak akan ke mana. Akan sampai di satu jalan mati, UMNO akan terpaksa berpatah balik semula ke belakang. Di dalam syurga dan neraka kelak, penghuninya tidak ditentukan atas nama bangsa. Rasulullah SAW di dalam bulan Rajab ini diisrakkan oleh Allah SWT ke langit dan baginda telah diperlihatkan syurga dan neraka. Carilah di dalam hadis berkenaan kisah ini, tersuakah kita dengan kalimah bangsa sebagai faktor penghuni syurga atau neraka? Sedikitpun tidak, tetapi UMNO berkokok membela Melayu bagaikan itulah segala-galanya bagi UMNO tanpa menyedari bahawa tempikan seperti itulah yang menjadi punca pemecah belah masyarakat.
Saya bukan anti Melayu, tetapi saya anti perjuangan hipokrit UMNO yang banyak menipu dalam segala hal. Dalam nampak bersungguh membela Melayu, Melayu Kelantan ditindas lebih dua dekad hanya kerana memilih PAS di dalam pilihanraya. Royalti dinafikan, projek lebuhraya dicabut, peruntukan perumahan entah kemana dan banyak lagi senarai kezaliman UMNO kepada Melayu Kelantan. Sebab itu jika UMNO menjerit bela Melayu, pada saya itu maknanya UMNO sedang berbohong. Jika dikatakan UMNO bela Islam, itu juga satu pembohongan. Betapa banyak karat jahiliyyah yang UMNO tinggalkan di Kelantan terpaksa dibersihkan oleh PAS apabila mengambil alih pentadbiran pada tahun 1990? Adakah itu bukti UMNO bela Islam. Begitu juga dengan demokrasi, pun dinafikan oleh UMNO. Ketelusan di dalam pilihanraya, kebebasan bersuara dan akses kepada media yang sepatutnya menjadi inti utama kepada demokrasi pun tidak wujud di Malaysia.
Lantas, jika Melayu pun tidak dibela, Islam pun ditolak dan demokrasi pun dinafikan, apa lagi yang ada pada UMNO? Cukup-cukuplah membohongi rakyat.
Sekian.
Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat,
Al-Mursyidul Am,
Parti Islam Semalaysia (PAS)

Langgan:
Catatan (Atom)