Selasa, 2 Jun 2009

Pakatan Dalam Gelap Punca Segala2nya




























Aku tertarik dengan tajuk besar Sinar Harian hari ini yang menyebut kata2 Tok Guru seperti berikut "ERDOGAN IALAH PERDANA MENTERI TURKI YANG TELAH MEMALUKAN PERDANA MENTERI ISRAEL.JADI KALAU ADA PUAK ERDOGAN DALAM PAS INI SAYA BERASA GEMBIRA,KERANA MEREKA BOLEH MEMALUKAN GOLONGAN SEKULAR". Mesti ada sebab kenapa Tok Guru kata macam tu. Murshidul Am Pas itu dapat rasakan gelombang sesetengah pihak yang cuba jatuhkan pimpinan tertentu dalam Pas dengan mereka2 cerita karut seperti rasuah wang, musuh dalam selimut dan tak ada wala' lagi pada pemimpin Pas. Timbulnya puak Erdogan dalam Pas ni berpunca daripada pendedahan mantan PM Pak Lah yang dedahkan adanya pertemuan 2-3 kali antara pimpinan Pas dengan Umno selepas keputusan pru-12 yang lalu. Tujuannya untuk selamatkan umno yang kalah teruk sehingga hilang 5 negeri kepada Pakatan rakyat.Pendedahan Pak Lah itu mengejutkan ahli2 dan penyokong Pas kerana mereka tak akan tahu kalau Pak Lah tak dedahkan kepada media massa. Husam Musa dikatakan punca gagalnya rundingan tersebut. Beliau menentang keras projek muqabalah tersebut sehingga timbulnya rasa kurang senang pimpinan2 yang terlibat buat projek dalam gelap tersebut. Selepas itu timbullah apa yang dikatakan kumpulan Erdogan yang dibesar2kan isunya oleh Utusan Malaysia dan lain2 media tempatan. Selepas isu muqabalah agak reda timbul pula isu kerajaan perpaduan tapi dah tamat bila Najib naik jadi PM. Siapakah mereka yang berpakat dalam gelap dengan umno itu? Jawapannya semua orang Pas yang peka dengan dunia tanpa sempadan tahu kecuali perwakilan2 Pas yang tak ambik berat dengan dunia internet ini.Pakatan dalam gelap inilah punca segala jenis penyakit baru dalam Pas sehingga wujudnya tuduhan2 palsu dan tak berasas seperti rasuah wang dan musuh dalam selimut. Mereka, ulama dalam Pas hanya mendengar kabar angin palsu daripada jarum2 halus yang mau pecahbelahkan Pas yang bertenggek disekeliling pinggang ulama dan ulama pula tanpa usul periksa terus buat kenyataan demi kenyataan tanpa memikirkan kesannya kepada Pas itu sendiri.Mengapa Utusan Malaysia saban hari tulis berita sokong ulama Pas ,yang selama ini Utusan seperti yang diketahui adalah lidah panjang kepada parti umno?Apa tujuan Utusan yang sebenarnya? Mungkin Utusan rasa kecewa kerana projek dalam gelap dan unity goverment terbengkalai macam projek jambatan bengkok yang Tun DR Mahathir buat tapi Pak Lah stop bila naik jadi PM. Sebab itulah Utusan terlalu geram sangat dengan Hussam Musa, mereka tak mau Hussam Musa menang lalu dikempennya calon yang dikatakan ulama supaya menang Timbalan Presiden. Sokongan Utusan dan yang seangkatan dengannya tidak lama, percayalah kerana akhbar tersebut milik umno parti yang lawan hudud, hina hukum Allah, mereka ada agenda tersembunyi yang tak disedari sesetengah pihak dalam Pas. Sesetengah ulama dalam Pas telah berjaya buat sementara waktu "tarbiyyah" Utusan untuk sokong mereka. Nabi Muhammad bila lahir disambut oleh Abu Lahab dan Abu Jahal dengan menyembelih berpuluh2 ekor unta tapi bila Nabi dakwah Islam kepada mereka, mereka membaling najis kepda Nabi. Tok Guru dah bagi signal terpulanglah kepada perwakilan siapa yang mereka mau pilih.

Ahad, 31 Mei 2009

Kemenangan Mudah buat PKR

Tahniah buat calon PKR yang dah menang, Dr Mansor Othman dengan majoriti 5558 undi kalahkan lain2 calon bebas yang bertanding. Aminah Abdullah bekas ahli PKR yang popular dengan nama Kak Min dapat 392 undi sementara Khan Ari yang berketurunan Siam dapat 494 undi. Undi keseluruhan yang diperolehi oleh Dr Mansor ialah 6052 undi. Pru- 12 yang lalu Mohamed Fairus dapat 7346 undi manakala calon bn , Datuk Abdul Jalil dapat 5127 undi. Kemerosotan peratus yang keluar mengundi kerana calon bn tak bertanding sekitar 40 peratus lebih saja memberi kemenangan mudah pada calon PKR. Ramai ahli umno-bn tak keluar mengundi kerana boikot prk dun Penanti. Kak Min calon bebas yang jadi popular dalam media massa kerana bongkar dan dakwa pemimpin pkr tawar rasuah pada beliau pun tak laku di Penanti. Lepas ni muka Kak Min tak keluar tv dah. Calon Siam pun dapat undi lagi banyak daripada Kak Min walaupun senyap tak berlagu. Seminggu dua lepas tiap2 malam muka Kak Min keluar dalam berita tv dok ulang2 cerita yang sama sebab modal lain Kak Min tak ada.Apa yang diharap pada calon2 bebas yang bertanding kerana pengundi2 dun Penanti tahu kalau menang pun tak boleh nak buat apa pada mereka.Calon2 bebas di Penanti semuanya hilang wang deposit, lepas ni mana2 calon yang bertanding atas tiket bebas lebih baik fikir banyak kali sebelum bertanding kecuali kalau ada duit banyak , contoh dah banyak dilihat seperti di prk
Bukit Gantang dan Bukit Selambau semua calon bebas hilang duit deposit yang untung SPRdan kerajaan Malaysia. Lepas ni tak payahlah mana2 calon yang dah jadi wakil rakyat sengaja2 letak jawatan untuk buat prk semula buang masa ja kecuali uzur syarie dan mati macam di Manek Urai. Keputusan dun Penanti diatas dipetik daripada malaysiakini.

Zalimnya ISA




Takziah buat keluarga tahanan ISA , Mat Sah Mohd Satray dan isteri

beliau Norlaila Othman atas kepulangan ibu beliau Saoda Abdul 27 mei lalu. Catatan Hujung oleh saudara Ahmad Lutfi Othman dalam Harakah keluaran terbaru bil 1443 begitu terharu dan sedih hingga boleh menitiskan airmata bagi orang yang bencikan kezaliman

akta ISA. Mat Sah yang ditahan ISA sejak 8 tahun yang lalu tak dibebaskan oleh PM Najib semasa Najib naik jadi PM. Najib membebaskan tahanan ISA seperti Hindraf, warga Filipina dan warga Indonesia yang lain tapi tak bebaskan saudara Mat Sah yang dituduh sebagai anggota JI. Mat Sah hanya dibenarkan berada sejam saja semasa pulang untuk lawat arwah ibunya .Bayangkan kalau kita yang makan kenyang, tidur lena dan dapat bersama keluarga sepanjang masa jadi seperti saudara Mat Sah Mohd Satray tentu tak sanggup hadapi saat2 hiba dan sedih tak dapat jumpa ibu tercinta sebelum hembuskan nafas terakhir. Kawalan ketat polis keatas Mat Sah yang dibenarkan pulang lawat mayat ibu beliau bak seorang penjenayah yang amat merbahaya.Kenapa PM Najib lepaskan tahanan ISA secara berpilih tanpa memikirkan sengsaranya seorang isteri seperti puan Norlaila Othman dan anak2 Mat Sah yang diputuskan hubungan sejak 8 tahun yang lalu?Kezaliman apakah yang Najib mau lakukan terhadap keluarga puan Norlaila sampai Mat Sah tak dibebaskan daripada akta ISA yang zalim itu. Mat Sah yang ditahan ISA sejak zaman Mahathir , Dollah Badawi dan kini PM Najib tentu menuntut pembebasan beliau dengan seberapa segera, tapi keluarga beliau hanya mampu merayu sedangkan PM Najib hanya pekakkan telinga tanpa buat apa2 yang menjamin pembebasan Mat Sah daripada ISA. Sikap talam dua muka PM Najib dalam bebaskan tahanan ISA sewaktu baru naik jadi PM tak sepatutnya berlaku. Demi untuk puaskan hati satu kaum Najib bebaskan pemimpin2 Hindraf yang ditahan ISA, tapi nasib keluarga puan Laila dan keluarganya PM Najib tak hiraukan.Apakah PM Najib tak dapat bayangkan kesedihan keluarga orang lain kalau hal yang sama menimpa keluarga PM Najib?Allah maha kaya, setiap doa orang yang kena zalim tiada penapisnya akan dimakbulkan Allah tunggulah pembalasan Allah jika kamu terus menerus menzalimi rakyat yang tak berdosa, keluarga yang kehilangan isteri dan anak, kerajaan kamu tidak akan aman, tidak tenteram kerana kamu meyatimkan keluarga, merentap kasih sayang keluarga hanya semata2 demi kuasa yang kamu ada. Lihatlah pada bekas PM Tun Mahathir yang sekarang ini bermain2 dengan segala jenis taik yang ditinggalkannya. Moga Tun panjang umur seperti yang didoakan Almarhum Fadzil Nor, bekas Presiden Pas untuk Tun terus lihat segala bala bencana yang dilakukannya dulu.Allah bersama dengan orang2 yang kena zalim. Satu Malaysia dan Perdana Menteri Rakyat yang PM Najib kata itu mesti dihapuskan ISA dan bebaskan tahanan ISA demi keluarga dan anak2 yang terpisah daripada kasih sayang seorang bapa.Kepada puan Norlaila dan keluarganya didoakan semoga segala kesabaran , kesedihan hadapi ujian Allah ini akan dibalas Allah dengan sebaik2nya ganjaran dsisiNya.

Sabtu, 30 Mei 2009

Musuh Dalam Selimut Atau Musuh Depan Mata

Minggu depan 5-7 jun Muktamar Pas akan berlangsung.Semoga muktamar Pas akan berjalan dengan lancar dan dalam keadaan yang penuh harmoni.Aku nak ulas sikit pasal musuh dalam selimut yang diperkatakan oleh Dr Haron Din. Selepas Nik Abduh dengan isu ulama mee celup, Ust Mohamed Daud Iraqi timbulkan rasuah politik dan wang dalam Pas, Dr Haron Din pula nasihatkan Pas waspada musuh dalam kain selimut Pas. Sudah jadi satu "trend" pula sekarang ini golongan ulama suka buat isu tanpa bukti yang kukuh menjelang pemilihan jawatan Timbalan Presiden Pas minggu depan . Apa sebenarnya yang dibimbangkan oleh golongan ulama dalam Pas? Adakah mereka bimbang jawatan Timbalan Presiden Pas dimenangi oleh golongan bukan ulama sehingga macam2 isu kontroversi dicetuskan mereka. Dalam Siasah bil 0151 penulis ruangan tersebut mengiayakan saja apa yang dimaksudkan oleh Dr haron Din. Bukankah membuat isu yang kontroversi tanpa bukti kukuh dan terang itu hanya menggusarkan dan mengundang rasa tidak tenteram kepada ahli Pas dan penyokong Pas. Yang untung umno kerana pimpinan Pas sendiri yang bertaraf ulama dan ustaz sudah pandai mencipta isu yang boleh porak-porandakan parti.Kenyataan seperti itu tak perlu diuar2kan kepada media massa, lebih baik dibincangkan diperingkat tertinggi parti.Siapa musuh dalam selimut itu?Golongan ustaz, ulama , profesional atau orang biasa yang pegang jawatan2 tertinggi parti?Adakah golongan yang dicap profesional seperti doktor,jurutera, pakar bedah, pakar sains, doktor falsafah yang sanggup berhenti kerja dengan gaji ribuan ringgit untuk berkhidmat dengan Pas dianggap sebagai musuh dalam selimut.Kemewahan apa yang mereka cari dengan berkhidmat untuk Pas kalau tidak untuk mencari keredhaan Allah.Bukankah masuk Pas tu dapat pahala sebab Pas perjuangkan Islam, kata Tok Guru Nik Aziz. Lebih baik diam dan senyap kalau tidak ada bukti kukuh, kalau tak betul itu fitnah namanya. Nasihat memang bagus tapi kalau untungkan umno lebih baik tak payah cakap.Kalau ada pemimpin Pas yang berbincang dalam gelap hingga timbulkan macam2 gelaran dan kumpulan dalam Pas tak dipertikaikan oleh ulama dan ustaz kenapa mau bercakap benda yang bukan2?Musuh depan mata lebih merbahaya daripada dalam selimut. Dalam selimut boleh dipijak2 dan dilemaskan tapi kalau depan mata dia boleh lari menyorok-nyorok...

Jumaat, 22 Mei 2009

Hari Ni Hari Zambry,Lusa, Tulat Hari MB Nizar Pula

Alfatihah buat Allahyarham adun Pas Manik Urai dan ucapan takziah buat ahli keluarganya.Semoga roh beliau ditempatkan disisi orang2 yang beriman.Yang pergi tetap pergi, yang hidup kena teruskan perjuangan. Hari ni Mahkamah Rayuan yang buat penghakiman berhubung rayuan Zambry yang cabar keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung siapa yang layak jadi MB Perak telah berjaya dimenangi Zambry. Tiga hakim yang bersidang membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang memihak MB Nizar sebagai MB sah Perak. Hakim2 tu kata, hakim Mahkamah Tinggi terkhilaf istihar MB Nizar sebagai MB sah. Satu dunia sedang tertawakan undang2 yang ada kat Malaysia, sekejap sah, sekejap tak sah.Hari ni menikah sah tapi bini tak boleh pegang, esok dah bercerai bini pula boleh tidur bersama. Sah tak sah , sah tak sah, sah tak sah begitulah sampai pru-13 akan datang nasib MB Nizar dan Zambry. Apakah tindakan MB Nizar seterusnya? Pasukan peguamnya sudah tentu akan fail keputusan Mahkamah Rayuan ke Mahkamah Persekutuan pula untuk cabar kedudukan Zambry yang tersengih2 macam kera dapat bunga lagaknya. Zambry, keseronokkan kamu tak lama, sekarang hang panjat tangga tak lama lagi hang turun tangga pula. Inilah Malaysia tanahairku penuh dengan adegan2 politik yang memalukan, budak darjah satu pun tergelak tengok gelagat hakim2 yang ada kat Malaysia. PM Najib tentu senyum sampai telinga dengan keputusan hakim2 Mahkamah Rayuan itu.Adakah PM Najib mau berbincang dengan pakatan rakyat seperti yang dijanjikannya sebelum ini untuk selesaikan krisis Perak dengan keputusan Mahkamah Rayuan tersebut?Beranikah Najib bersua muka dengan pimpinan pakatan rakyat demi rakyat Perak yang dah berbulan2 tu menanggung derita kerana krisis Perak yang tak ada penyelesaiannya itu?Kalu di Penanti Najib takut letak calon bn lawan calon PKR, sekarang Najib dah dapat sedikit stamina untuk bincang dengan Pakatan rakyat di Perak. Bincang macam mana pun kena bubar dun tu saja baru selesai masalah! Kalau tidak lepas ni MB Nizar pula panjat tangga.Kalau ikut cakap Tok Guru Nik Aziz yang tak setuju Pakatan rakyat bincang dengan pencuri yang mencuri dalam rumah kita lepas tu ajak bincang nak faraid harta kita maka tak adalah perbincangan dengan umno-bn di Perak.

Khamis, 21 Mei 2009

Siasah Dan Utusan Berpakat...







Menjelang Muktamar Pas kali ke-55 di Stadium Malawati Shah Alam awal Jun nanti bermacam2 berita mengenai Pas memenuhi dada2 akhbar arus perdana mengenai pemilihan jawatan Timbalan Presiden yang bakal dipertandingkan.Dr Haron Din dikatakan telah menarik diri mengikut langkah ustaz Azizan Razak yang terlebih dahulu menarik diri daripada bertanding jawatan Timbalan Presiden.Akhbar Siasah keluaran terbaru dengan tajuk "Husam Tarik Diri?" menimbulkan seribu persoalan kenapa ditulis sedemikian rupa.Apakah Siasah mahu memaksa Husam undur diri daripada bertanding jawatan Timbalan Presiden?Tajuk seperti itu seperti memberi isyarat supaya Husam mengalah.Kandungan beritanya mengatakan jika Husam menang maka akan terpinggirlah golongan ulama.Jika Husam kalah karier politik Husam akan berkubur dan memalukan golongan profesional.Agenda politik siapa yang Siasah bawa, macam ada niat tersembunyi untuk memenangkan seseorang calon yang Siasah suka. Siasah tidak pula menyentuh dua individu lain yang turut bertanding jawatan Timbalan Presiden iaitu Mat Sabu dan Nasarudin Mat Isa.Hendak bertanding atau tidak itu adalah atas kehendak Husam Musa bukannya atas kehendak Siasah dan individu lain yang berselindung disebalik akhbar tersebut.Siasah tidak boleh bawa agenda yang sama seperti Utusan Malaysia yang saban hari kerjanya melaga2kan sesama pimpinan Pas dalam akhbarnya! Akhbar Siasah adalah surat kabar yang dibaca oleh orang Pas dan penyokong Pas, tak sepatutnya membatuapikan sesama pimpinan Pas yang hanya menguntungkan umno dan musuh2 Pas. Dalam Islam kita tidak boleh memaksa seseorang untuk bertanding atau tidak, itu hak calon2 yang bertanding. Kalau Umno parti yang sentiasa busuk dan kotor itu disisi Pas pun ada pertandingan mengapa kita yang melaung-laungkan perjuangkan Islam begitu goyah dan takut salah seorang daripada tiga calon tersebut untuk menang.Siapa pun yang menang daripada tiga individu tersebut tidak akan mengubah perlembagaan Pas yang mengatakan Quran , Hadis, Ijma ulama dan Qias sebagai panduan Pas sampai bila2. Hak kemenangan yang bertanding jawatan Timbalan Presiden adalah ditangan perwakilan yang akan menentukan, bukannya surat kabar yang jadi tukang kempen individu2 tertentu yang tentukan.Cukuplah setakat dua orang tarik diri yang lain biar terus bertanding supaya yang menang akan menang secara ayam jantan. Ini amalan demokrasi yang dilaung2kan oleh Pas.Jangan melobi untuk seseorang calon yang bertanding dan dalam masa yang sama calon lain dibiarkan dihentam dan difitnah supaya tidak menang. Kemenangan sebegini lebih hina dan lebih busuk daripada segala2 yang busuk...

Rabu, 20 Mei 2009

Mahkamah Rayuan Apa Keputusannya...

Mahkamah Rayuan akan membuat keputusan untuk mencabar keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mengistiharkan MB Nizar sebagai MB sah.Adakah keputusan Mahkamah Rayuan akan terus memihak kepada MB Nizar? Zambry MB haram Perak yang tak puas hati yang terus merayu2 nak jadi MB di Perak memang tak malu kerana terus buat kerja sebagai MB di Perak. Macam2 persoalan timbul akan keputusan Mahkamah Rayuan itu.Jika Mahkamah Rayuan memihak Zambry, bagaimana dengan MB Nizar?Jika Mahkamah Rayuan memihak MB Nizar apakah Zamry sedia menerimanya?Adakah Zambry akan bawa pula ke lain2 mahkamah kalau nasib tak menyebelahi Zambry?Inilah Mahkamah dunia, manusia tak pernah puas hati, tak pernah patah semangat untuk terus dapatkan apa saja yang mereka mau.Ada lagi mahkamah yang boleh merayu buat Zambry, Mahkamah Agung dan Mahkamah Persekutuan tu pun kalau mau. Pm Najib kata sebarang rundingan dengan Pakatan Rakyat bergantung kepada keputusan Mahkamah Rayuan untuk bentuk kerajaan di Perak. Sial di Perak ini berpunca daripada "tiga ekor" adun yang melompat parti tempohari.Sial itu menambah2 tidak ada kurangnya sampai bercekik2 dalam sidang dun, ada yang bawa pistol macam dalam filem koboi, Speaker Dun boleh diheret dan diusung keluar daripada dewan persidangan, kancing baju sampai tercabut nasib baik tak pakat lawan londeh seluar kalau tidak jadi macam kat Johor yang dah ada orang berbogel masuk dalam TV seperti yang didedahkan Harian Metro.Berita tu senyap sampai hari ni.Mahkamah atas dunia ni Zambry boleh merayu2, menangis tak berlagu tapi ada satu Mahkamah lagi yang Zambry tak boleh merayu iaitu lah Mahkamah Rabuljalil! Matahari sejengkal atas kepala. Sebesar debu pun Tuhan ambikkira, pandang kanan Syurga pandang depan dalam keadaan keluh kesah nampak Neraka Allah. Zambry anggap diri beliau macam Mandela dan Mahatma Ghandi. kenapa Zambry tak anggap perjuangan beliau macam para Nabi dan Rasul? Mungkin kerana "jauh panggang dari api". Sebesar kuman pun tak ada persamaan Mahatma Ghandi dan Mandela dengan apa yang Zambry lakukan di Perak. Daripada segi warna kulit mungkin sama tapi daripada segi lain memang tak wujud. Samaada Mahkamah Rayuan memihak MB Nizar ataupun Zambry yang penting adalah bubarkan dun Perak. Itu saja yang dapat selesaikan krisis Perak.

Isnin, 18 Mei 2009

Umno Pukul Gendang Pas Menari-nari

Setelah berlalu isu "ulama mee celup" yang ditimbulkan oleh Nik Abduh sedikit masa lalu kini timbul pula isu rasuah wang dalam Pas yang disensasikan media arus perdana berikutan kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Dewan Ulama Pas, Mohamad Daud Iraqi. Bagaimanapun hari ini Presiden Pas, Tok Guru Haji Hadi menafikan wujudnya rasuah wang sebagaimana yang dikatakan Daud Iraqi. Sebelumnya media arus perdana mewujudkan kumpulan "Erdogan" dan "Muqabalah" yang kononnya wujud dalam Pas. Adakah semua isu2 sensasi dalam Pas ini salah media arus perdana semata2 atau kesilapan sesetengah pimpinan Pas yang terlajak cakap ketika ditemuramah pihak media?Sesetengah penganalisis politik yang pro Pas menganggap apa yang berlaku dalam Pas sekarang ini hanya sekadar "ribut dalam cawan sahaja". Daud Iraqi berkata apa yang dikatakannya hanya sekadar nasihat sahaja menjelang Muktamar Tahunan Pas yang ke-55. Kenapa dahulu, Muktamar2 yang sebelumnya tidak timbul persoalan yang sedemikian? Sudah menjadi "trend" sekarang ini ada sesetengah pimpinan Pas menjadi begitu mesra dengan media arus perdana yang sengaja membesar2kan berita2 mengenai Pas untuk diputar-belit dan diperbesarkan segala kenyataan yang dikeluarkan kerana mereka mahu menghancurkan Pas yang sekarang ini begitu popular dikalangan rakyat samaada Islam mahu pun bukan Islam. Media yang menyokong umno ini mahu persepsi rakyat yang menyokong Pas menganggap Pas sama saja macam umno ada gunakan duit untuk menang dalam pertandingan jawatan tertinggi parti. Seorang Ketua Dewan Ulama Pas, seperti Daud Iraqi tak sepatutnya cepat melatah dan gatal mulut buat kenyataan yang boleh menguntungkan pihak lawan yang sentiasa mencari peluang untuk menghentam Pas sekiranya tidak ada bukti kukuh dan dalil yang kuat wujudnya rasuah dalam pemilihan pimpinan Pas. Beliau bukan orang biasa, berstatus ulama dalam Pas tak sepatutnya berkata demikian,walaupun tak lagi mempertahankan jawatan beliau. Mengapa kita pula mengikut rentak umno yang mengadu -domba sesama pemimpin mereka, fitnah-memfinah sesama sendiri untuk menang. Pimpinan Pas tak sepatutnya menjadi agen umno untuk rosak parti sendiri, menghilangkan keyakinan ahli dan penyokong Pas dalam membuat sesuatu kenyataan yang melibatkan maruah parti Islam ini kepada media. Ada cara lain untuk popularkan diri tapi bukannya dengan mensensasikan kenyataan2 yang tidak ada kebenarannya kepada media. Umno tentu gembira sekarang ini kerana mereka tidak perlu lagi bersusah payah untuk menghentam Pas kerana pimpinan Pas sendiri sudah berani menghentam parti sendiri, memporak-porandakan organ Pas yang menimbulkan kerisauan dikalangan ahli dan penyokong Pas. Jangan menari2 ikut rentak gendang yang dipalu umno kerana hanya akan menjadi duri dalam batang tubuh Pas. Umno memang patut hancur dan kehilangan kuasa kerana sudah lama mengecap nikmat sebagai pemerintah, tapi Pas yang baru saja mendapat sedikit nikmat dan kuasa sudah nampak bibit2 perselisihan yang tak sepatutnya berlaku dalam parti Islam seperti Pas. Perbezaan pendapat perkara biasa tapi bukannya mengeluarkan kenyataan yang menguntungkan Umno...

Khamis, 14 Mei 2009

"Perdana Menteri Rakyat"

Selepas PM Najib mencipta istilah "one Malaysia" untuk dipersembahkan kepada rakyat Malaysia semasa baru naik jadi PM, sekarang PM Najib mengeluarkan satu lagi istilah "Perdana Menteri Rakyat" untuk seluruh rakyat Malaysia. Berkata PM Najib tak perlu bunga manggar untuk sambut beliau semasa turun padang bertemu rakyat. Beliau turut menafikan sebagai anak bangsawan untuk diraikan dengan penuh kehormatan dalam satu2 majlis yang PM Najib hadir.PM Najib begitu bijak dalam mengeluarkan kata2 untuk menarik balik keyakinan rakyat yang dah hilang keyakinan kepada umno-bn. Sama seperti Pak Lah sewaktu mula2 naik jadi PM dulu yang yang mengajak rakyat jangan bekerja untuk beliau, tapi sama2 bekerja untuk rakyat. Pak lah juga membaca sajak yang berbunyi "yang ku cari bukan harta bertimbun tapi yang kucari Imam Gahzali.....Pak Lah juga mencipta Islam Hadhari yang sekarang ini dah lenyap daripada peta semua pemimpin umno.Apa saja yang Pak Lah buat semua dah lingkup dan tak dipakai lagi yang tinggal sekarang hanya menantu Pak Lah, si Khairy Jamaludin, tu pun setakat jadi Ketua Pemuda Umno Malaysia saja sebagai waris Pak Lah dalam umno zaman PM Najib.
Sekiranya PM Najib menganggap diri beliau sebagai Perdana Menteri Rakyat , Najib kena buat betul2 mengikut kehendak rakyat yang jadi pembayar cukai yang membayar semua gaji PM dan suku-sakat menteri2 umno-bn yang ada.Jangan naikkan harga petrol ikut suka hati tanpa fikir rakyat yang sedang menderita disebabkan kegawatan ekonomi dunia.Selesaikan krisis Perak dengan secepat mungkin kerana PM Najib yang mulakan krisis Perak, yang menyebabkan berlarutan sehingga tidak ada jalan penyelesaian, memalukan rakyat Perak dan Malaysia di mata dunia.Kenaikan barang makanan tanpa kawalan yang ketat menyusahkan rakyat yang terpaksa mengikat perut demi sesuap nasi walaupun harga minyak turun, tapi harga barang pengguna tak turun2.PM Najib kena bersihkan segala tuduhan yang berkaitan kes Altantuya yang dikaitkan dengan beliau, demi maruah Najib dan rakyat Malaysia.Jangan hanya jadi burung kakak tua yang hanya pandai berkata2 tapi tidak tahu apa yang dikatakannya. Setakat slogan demi slogan yang diuar-uarkan kepada rakyat tidak cukup, rakyat dah pandai menilai ini betul2 atau hanya sekadar omongan kosong. "One Malaysia" akan jadi "Eye On Malaysia" yang biasa bertapak di Taman Tasik Titiwangsa yang kemudiannya berpindah ke Melaka. Bejumpalah Sultan Perak atas kedudukkan anda sebagai Perdana Menteri Rakyat untuk nasihatkan baginda bubar dun Perak. Sekiranya PM Najib yang hadir semasa Zambry angkat sumpah jadi MB haram, berjumpalah sekali lagi baginda Sultan Perak untuk atasi masalah krisis Perak. Jangan dengar cakap "PM Pencen" yang tiba2 jadi penakut kepada pilhanraya semula di Perak. Biar rakyat Perak tentukan siapa yang berhak perintah negeri Perak. Rakyat hakim negara!

Selasa, 12 Mei 2009

Pi Mai- Pi Mai Tang Tu

Semalam Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengistiharkan MB Nizar sebagai MB sah bagi kerajaan negeri Perak. Hari ni Dr Zambry pula bersama pasukan peguamnya berjaya dapat tangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi itu melalui Mahkamah Rayuan. Apa nak jadi negeri Perak ni, semalam Zambry kosongkan pejabat, hari ni MB Nizar pula terpaksa kosongkan pejabat ,hanya beberapa jam saja MB Nizar dapat rasa balik duduk kerusi MB dah terpaksa angkat kaki. Perak oh Perak bila la krisis Perak ni mau habis, tak kesian ka rakyat Perak wahai semua ahli politik. Zambry kata dia masih MB. Wahai Sultan Perak ambillah jalan tengah, yang terbaik demi rakyat tuanku yang gundah -gulana ini, bubarkanlah dun Perak supaya umno-bn dan pakatan rakyat dapat berlawan sekali lagi secara anak jantan dan demi rakyat di bawah naungan tuanku yang dahagakan keamanan dan kestabilan di Perak ini. Sekiranya keputusan mahkamah tinggi itu memihak Zamry dah tentu, Zambry tidak akan minta Sultan Perak bubarkan dun Perak, kerana umno-bn tak mau satu lagi pilihanraya diadakan yang mungkin boleh menggugat umno-bn di Perak. Apa yang berlaku sekarang antara MB Nizar dan Zambry umpama main bola sepak. Mula2 MB Nizar jaringkan gol, tak berapa lama kemudian Zambry pula jaringkan gol untuk pasukan umno-bn.Sekarang pakatan rakyat dan umno-bn seri. Sekarang MB Nizar pula sedang membuat persiapan untuk mencabar keputusan mahkamah rayuan tersebut, jika berjaya menang Mb Nizar boleh masuk semula pejabat MB. Zambry pula tak akan diam diri akan terus minta mahkamah rayuan batalkan bantahan MB Nizar, begitulah seterusnya sehingga Sultan Perak buat keputusan bubar dun Perak. Pi mai pi mai tang tu ...he he buat malu dunia antarabangsa saja dengan apa yang berlaku di Perak. Hari tu Speaker , Sivakumar diusung keluar dan disembunyikan dalam bilik dun Perak , sekarang umno-bn kena usung Sivakumar lagi sekali masuk dun Perak untuk diletak di kerusi Speaker Perak jika MB Nizar tak dihalang oleh mahkamah rayuan.

Ahad, 10 Mei 2009

'Saya makan dua bungkus'-Bg. Mat Sabu

Pagi tadi aku minum teh tarik disebuah restoran mamak di seksyen 20, Shah Alam. Kebetulan terjumpa Mat Sabu, Naib Presiden Pas sedang minum teh tarik di restoran tersebut.Aku bertanya Bg. Mat mengenai macam mana beliau ditahan polis.Katanya, 'saya berjalan nak ke pejabat Harakah, tiba2 datang beberapa orang berpakaian biasa dan memegang tangan saya dengan agak kuat ajak bincang di tepi kereta yang sedang menunggu di tepi jalan.Saya tak menyangka mereka adalah polis kerana langsung tak tunjuk kad kuasa polis. Saya cuba melawan dan menjerit tapi depa perebah aku dan tindih aku sampai 5 orang. Aku rasa lemas dan penat'. Seterusnya polis bawa Mat Sabu ke Bukit Aman.Dalam lokap Mat Sabu dipakaikan seluar lokap berwarna kuning-seluar pendek.Dibenarkan solat dalam lokap.Aku tanya Bg Mat, 'makanan ok ka'?. Bg Mat kata, 'nasi lauk ikan temenung kecik campur kicap cair'.Nasi yang Teresa Kok kata macam makanan anjing tu aku makan dua bungkuih, aku lapaq sangat'. 'Pukul 7 petang sebungkuih , pukul 11 malam sebungkuih'. Beliau juga menyatakan rasa bimbang sekiranya ditahan di bawah ISA semasa penangkapan dilakukan. Polis yang menahan beliau dikatakan bukan polis biasa, mereka adalah daripada unit yang kerjanya menangkap penjenayah kes samun dan rompak.

Sabtu, 9 Mei 2009

'Nizar..I Want Work With You'




Berkata Pm Najib apa yang berlaku di dalam sidang dun Perak memalukan dan tak bertamadun.Wahai Pm Najib apa nak dimalukan, adakah Pm Najib lupa siapakah yang mulakan sejarah hitam di Perak?Siapa yang mulakan drama rampasan kuasa kerajaan pakatan rakyat di Perak sehingga sekarang kekalutan dan krisis Perak tak selesai2?Peristiwa 3 adun, Jelapang, Changkat Jering dan Behrang yang hilang, kemudian timbul katanya mc, lepas tu hilang timbul dan muncul di Pekan , Pahang, hilang lagi muncul pula di Putrajaya, tup2 dah istihar bebas dan umno-bn rampas kerajaan Perak. Selepas umno ambik alih kerajaan Perak timbul pula surat akuan bersumpah rm50 juta yang menceritakan segala2nya niat jahat umno-bn nak rampas Perak. Apakah ini semua tak memalukan dan dianggap bertamadun oleh Pm Najib?Pm Najib jangan buat2 lupa tragedi rampasan Perak dan tuding jari adun2 pakatan rakyat tak beretika dan tak beradab.Pm Najib suluh diri depan cermin besar, perhati betul2, ingat betul2 jangan cakap macam diri sendiri terlalu bersih dan anggap diri macam wali2.Nak tegak kebenaran dan keadilan tak perlu rasa malu, tak perlu rasa tak bertamadun, biar satu dunia tau umno-bn dan polis yang bersekongkol mengekang kebenaran daripada tertegak.

Harakah keluaran terbaru dalam ruangan Fikrah bil 1437, Mb Nizar memberitahu, Raja Nazrin berbisik kepada beliau dan berkata 'I want work with you. You have high potential' . Raja bukan sekadar memakai mahkota di kepala, berjalan di atas permaidani merah, merasmikan majlis2 tertentu saja, tapi raja adalah sebagai lambang penyatuan rakyat yang berbilang kaum, menjaga keharmonian rakyat yang cintakan keadilan.Keputusan mahkamah Isnin nanti samaada memihak MB Nizar sebagai MB Perak yang sah atau sebaliknya dah tak penting lagi, yang penting sekarang adalah perkenan Sultan untuk bubarkan dun Perak, jika tidak tragedi hitam sidang dun Perak pasti berulang. Dua speaker dan dua MB, macammana nak urus rakyat. Pelabur tentu takut nak melabur kat Perak. Sepanas2 cuaca sekarang ini di lembah Klang yang entah bala apa yang Allah turun, sama panas dengan tragedi hitam yang berlaku di Perak.Tak pernah berlaku dan dibuat orang dalam dun yang dianggap mulia itu Speaker dun diheret keluar dengan cara yang amat jahat dan kotor sebegitu rupa. Teruskan perjuangan anda MB Nizar dan Tuan Speaker, V. Sivakumar untuk dapatkan hak anda.