Sabtu, 9 Mei 2009

'Nizar..I Want Work With You'




Berkata Pm Najib apa yang berlaku di dalam sidang dun Perak memalukan dan tak bertamadun.Wahai Pm Najib apa nak dimalukan, adakah Pm Najib lupa siapakah yang mulakan sejarah hitam di Perak?Siapa yang mulakan drama rampasan kuasa kerajaan pakatan rakyat di Perak sehingga sekarang kekalutan dan krisis Perak tak selesai2?Peristiwa 3 adun, Jelapang, Changkat Jering dan Behrang yang hilang, kemudian timbul katanya mc, lepas tu hilang timbul dan muncul di Pekan , Pahang, hilang lagi muncul pula di Putrajaya, tup2 dah istihar bebas dan umno-bn rampas kerajaan Perak. Selepas umno ambik alih kerajaan Perak timbul pula surat akuan bersumpah rm50 juta yang menceritakan segala2nya niat jahat umno-bn nak rampas Perak. Apakah ini semua tak memalukan dan dianggap bertamadun oleh Pm Najib?Pm Najib jangan buat2 lupa tragedi rampasan Perak dan tuding jari adun2 pakatan rakyat tak beretika dan tak beradab.Pm Najib suluh diri depan cermin besar, perhati betul2, ingat betul2 jangan cakap macam diri sendiri terlalu bersih dan anggap diri macam wali2.Nak tegak kebenaran dan keadilan tak perlu rasa malu, tak perlu rasa tak bertamadun, biar satu dunia tau umno-bn dan polis yang bersekongkol mengekang kebenaran daripada tertegak.

Harakah keluaran terbaru dalam ruangan Fikrah bil 1437, Mb Nizar memberitahu, Raja Nazrin berbisik kepada beliau dan berkata 'I want work with you. You have high potential' . Raja bukan sekadar memakai mahkota di kepala, berjalan di atas permaidani merah, merasmikan majlis2 tertentu saja, tapi raja adalah sebagai lambang penyatuan rakyat yang berbilang kaum, menjaga keharmonian rakyat yang cintakan keadilan.Keputusan mahkamah Isnin nanti samaada memihak MB Nizar sebagai MB Perak yang sah atau sebaliknya dah tak penting lagi, yang penting sekarang adalah perkenan Sultan untuk bubarkan dun Perak, jika tidak tragedi hitam sidang dun Perak pasti berulang. Dua speaker dan dua MB, macammana nak urus rakyat. Pelabur tentu takut nak melabur kat Perak. Sepanas2 cuaca sekarang ini di lembah Klang yang entah bala apa yang Allah turun, sama panas dengan tragedi hitam yang berlaku di Perak.Tak pernah berlaku dan dibuat orang dalam dun yang dianggap mulia itu Speaker dun diheret keluar dengan cara yang amat jahat dan kotor sebegitu rupa. Teruskan perjuangan anda MB Nizar dan Tuan Speaker, V. Sivakumar untuk dapatkan hak anda.


























1 ulasan:

  1. KALAU SEDARA TANYA KAT NAJIB TENTULAH NAJIB KATA YANG BUAT ONAR KAT PERAK IALAH PAKATAN RAKYAT.YANG TAK ELOK TU SEMUANYA PAKATAN RAKYAT,RAKYAT MELUAT KAT BN PUN KERANA HASUTAN PAKATAN RAKYAT.MUJURLAH POLIS YANG SERBU MASUK DUN PERAK ADA PAKAI UNIFOM KALAU TIDAK NAJIB AKAN KATA ITU GENG MAT SABU YANG BUAT ONAR.

    BalasPadam