Sesungguhnya Sultan Perak harus melihat, menimbang dengan seadil2nya tentang apa yang berlaku hari ini dalam dun Perak untuk bubarkan dun Perak supaya rasa tidak puas hati rakyat Perak, gelisah dan resah yang tiada kesudahan ini akan tamat sekiranya satu pilihanraya baru dapat diadakan.Semua yang berada dalam sidang dun yang dah jadi rojak tu harus di lihat Sultan dengan sebijak2nya sebagai Sultan bagi seluruh rakyat Perak yang adil bagi semua samaada pakatan rakyat mahupun umno-bn. Sekarang dalam dun Perak semua pihak tak mau mengalah masing2 mengaku kuasai kerajaan pemerintah Perak. Speaker pun dah jadi dua, MB dah lama ada dua apa nak jadi kalau masing2 tak mau mengalah?Kalau Speaker dun Perak ada dua, yang mana satu halal yang mana satu HARAM? Begitu juga dengan MB Nizar yang tak mau berganjak dari kerusi MB dalam sidang dun , menyebabkan MB Zambry duduk di tempat lain. Adegan yang tak ingin dilihat seperti di Taiwan akan dapat ditonton oleh semua rakyat Malaysia iaitu tumbuk menumbuk, tendang menendang dan sepak -menyepak tak lama lagi dalam dun Perak sekiranya segala keputusan yang berlaku dalam sidang dun hari ini tidak ada penyelesaian dan memuaskan hati kedua2 pihak dicapai.
Khamis, 7 Mei 2009
Sidang Dun Perak Macam Di Taiwan
Kekecohan yang dijangka akan berlaku dalam sidang dun Perak benar2 berlaku hari ini.Tolak menolak, pekik memekik, hingar-bingar dalam dewan Dun menyebabkan Pemangku Raja Perak, Raja Nazrin Shah terpaksa lewatkan majlis perasmian sidang dun Perak hingga 5 jam.Gambar sebelah ihsan malaysiakini.Di luar dewan, Bangunan Dun Perak itu mana2 orang yang berkumpul dan berbaju hitam telah ditangkap polis, termasuk yang berkumpul di restoran2 yang berdekatan Bangunan Perak itu.Dr Zambry yang dipertikaikan kedudukannya sebagai MB Perak yang sah oleh pakatan rakyat telah melantik Speaker Dun Perak yang baru ,Datuk R. Ganesan dan semua adun BN dan Bebas menyokong.Semua adun pakatan rakyat menentang perlantikan Speaker baru tersebut. Inilah realiti apa yang berlaku dalam dewan dun Perak dan ianya akan berterusan sehinggalah dun Perak dibubarkan untuk diadakan satu pilihanraya baru bagi memuaskan hati semua rakyat Perak.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan