Selasa, 12 Julai 2011

Umno-BN, Polis ingat ...lu langsi lu tak mati ka?



Lihat video di atas betapa kejamnya pemerintah Umno-Bn yang jadikan polis sebagai pak yet mereka untuk terus berkuasa dan mengekang kebangkitan rakyat yang berdemo secara aman.Seorang pegawai kerajaan berkata kepada saya, "Mengapa mereka (polis) sanggup menendang, menyepak dan memukul warganegara sendiri tanpa rasa belas kasihan walaupun orang yang ditangkap tidak membawa sebarang senjata?Saya rasa lebih sedih bila melihat seorang warga emas yang sesak nafas diikat pihak polis."

Nah! wahai pemerintah Umno-Bn yang celaka , yang dirasuk setan tak payahlah nak kutuk-kutuk Yahudi laknat yang buat perangai sama macam hang pa buat kepada rakyat sendiri.Tak payahlah nak main wayang kutuk-kutuk negara Mynmar yang perangai sama macam hang pa.Dah hang pa gasak rakyat cukup-cukup sampai mati, lebam,tangkap, sepak dan terajang, hang pa senang-senang pi luar negara guna duit rakyat!Langsi la puas-puas sebelum jadi arwah.

Pemimpin Umno boleh senang lenang peluk bini tak rasa apa yang dirasakan rakyat disiksa pihak polis, rasa nak lawan sikap zalim polis.Tunggulah saat-saat kehancuran kamu wahai Umno-Bn! Hidup mewah dalam bunglow besar, rumah dua tiga biji, kereta mewah 3-4 biji , gelang emas bini sekerat lengan, cincin bini berjuta ringgit akan hancur bila rakyat tidak lagi undi kamu dalam pilihanraya akan datang.Ingat rakyat adalah raja di hari mengundi!

Ini bukan video Datuk T yang sekejap ada tulisan siam dan sekejap tak ada tulisan siam.Pihak polis juga kata akan keluarkan video demo Bersih 2.0.Bawa keluar la tunjuk kepada rakyat. Kami rakyat yang disepak, ditendang , dipukul, dikejar hingga jatuh dalam longkang nak tengok tulen ka tulen video Bersih 2.0 edisi polis.Kalau ada tulisan siam sah tu yang tv Thailand punya!

Empat tulang dada Baharuddin patah , tiga gigi arwah juga patah

Kawan saya yang kerja sebagai guru sms kat saya, saya tak edit pun yang berbunyi begini;

'Nama pun anjing, bagi makan dia jelir lidah, tak bagi makan pun dok jelir lidah jugak'.Mungkin dia pun terlalu marah dengan sikap zalim pihak polis yang tak berperikemanusiaan dalam berhadapan demo rakyat yang berbilang kaum hanya semata-mata tuntut suruhanjaya pilihanraya (SPR) dibersihkan daripada jadi pak yet Umno-BN.

Kini kematian Baharuddin Ahmad pejuang Bersih 2.0 terus jadi persoalan bila pihak polis kata beliau mati mengejut.Semua mati mengejut.Teoh Beng Hock mati mengejut, arwah Sarbaini mati mengejut, tiada yang terkejut melainkan mengejut belaka...ha ha ha.

Bagi pemuda Umno, Perkasa dan geng silat Lincah yang kononnya perjuangkan Melayu, Melayu macam arwah Baharuddin tak perlu diucap takziah kerana beliau bukan daripada Melayu kelompok mereka!

Bersih 2.0:Kekasaran polis punca utama kematian Baharuddin-Harakahdaily

Cerita mengenai punca kematian Baharudin mula merebak sebaik sahaja jenazah Allahyarham dikeluarkan dari rumah mayat Hospital Kuala Lumpur jam 3 pagi semalam selepas menjalani postmortem.

"Empat tulang dadanya didapati patah manakala tiga batang giginya juga patah," kata Azhar Kassim, anak saudara Allahyarham Baharudin ketika ditemui Harakahdaily di rumah Allahyarham.

Sehingga kini, laporan postmortem tidak dikeluarkan oleh hospital kepada keluarga mangsa. Ia menjadi tandatanya keluarga kerana kenapa laporan itu tidak dikeluarkan sedangkan mayat dibenarkan untuk dikebumikan.

Usaha anak Allahyarham yang merupakan seorang doktor di HKL untuk mendapatkan laporan juga dikatakan tidak berjaya.

Menurut Azhar , pakciknya itu bekas askar dan kini menjadi polis simpanan.

"Dia tiada ada asma, jantung atau kencing manis...yang ada darah tinggi sahaja sedikit...pendek kata dia sihatlah," kata Azhar.

“Ini (kematian Baharuddin) hanyalah salah satu daripada pelbagai tindakan polis pada 9 Julai yang lalu yang mengakibatkan kecederaan teruk.Baca semua di sini.

Police face off against thousands of protesters in a scene shrouded by tear gas [Saeed Khan/AFP]-Aljazeera.

Police face off against thousands of Bersih supporters [Saeed Khan/AFP]-Aljazeera

'Polis ganti pemuda tahan lasak Umno untuk jaga kepentingan Umno-BN'-Khalid Samad

Khalid Samad ahli parlimen Shah Alam berkata jika tidak ada ugutan dan provokasi pihak polis yang membuat sekatan di seluruh jalanraya menuju ke Kuala Lumpur sasaran 300,000 rakyat hadir demo Bersih 2.0 akan capai sasaran."Jika tidak ada ugutan 300,000 hadir demo Bersih 2.0 no problem" kata Khalid Samad semalam sewaktu berceramah di markaz Pas cawangan seksyen 18 Shah Alam sempena tayangan video demo Bersih 2.0.

Kata Khalid yang hadir demo Bersih 2.0 bukan hanya orang Melayu tapi ramai orang Cina dan India yang hadir.Ini bermakna semua kaum bersatu dan Bersih 2.0 berjaya satukan semua kaum .Tuduhan Umno bahawa Pas diperkudakan Bersih 2.0, Pas peralatkan Bersih2.0 , Pas sanggup jadikan Ambiga Pengerusi Bersih 2.0 yang beragama Hindu dah tak laku."Zaman kuda mengkuda orang dah tak pakai "kata Khalid.

Khalid menjelaskan,Pas sokong Bersih 2.0 bukan kerana advantage dalam pilihanraya tapi Pas dah lama perjuangkan sistem pilihanraya yang bersih sebelum Bersih wujud lagi.PR juga bersetuju dengan apa yang Bersih 2.0 perjuangkan.Ini adalah kehendak rakyat yang mahukan sistem pilihanraya yang bersih tanpa berlaku penipuan semasa hari mengundi.

Khalid Samad yang jadi mangsa tembakan gas pemedih mata semasa demo Bersih 2.0 9 julai lalu terpaksa dibawa ke Hospital Universiti dan menerima 6 jahitan di kepala (gambar) juga menceritakan Masjid Negara dikunci pihak polis daripada dimasuki orang ramai bila azan berkemundang."Polis kunci pintu masuk Masjid Negara sanggup tak bagi orang ramai solat" kata Khalid.

Kata Khalid lagi ,"kerajaan paksa rakyat supaya takut dan menikus kepada Umno-BN.Pihak Polis sanggup belakangkan undang-undang demi kepentingan Umno-Bn.Kalau dulu Pas berhadapan dengan pemuda tahan lasak Umno tapi kini pihak polis ganti pemuda tahan lasak Umno untuk jaga kepentingan Umno."

Mengulas isu Timbalan Presiden Pas Mat Sabu yang dilanggar kenderaan polis , beliau berkata, "Mereka layan Mat Sabu macam penjenayah besar.Syed Azman Ajk Pas Pusat disepak pihak polis sementara Hanipa Maidin Peguam Pas yang juga bermotosikal turut dilanggar dengan kereta jenis Wira."

Lutut Mat Sabu akan dibedah Jumaat ini kerana alami kerosakan teruk yang menyebabkan beliau tidak boleh berjalan dan terpaksa berkerusi roda.Mengulas mengenai kematian arwah Baharuddin Ahmad pejuang Bersih 2.0 Khalid Samad berkata,InsyaAllah beliau syahid sambil memetik hadis yang bermaksud 'Sebaik-baik jihad berkata benar di hadapan pemerintah yang zalim'.

Mat Sabu dalam laporan Malaysiakini berkata, Land Rover polis rempuh saya.(klik untuk baca)

Gambar bawah daripada malaysiakini.
NONE

Isnin, 11 Julai 2011

Cincin Berlian 'Bik Mama' RM24.4 juta tanpa cukai?

Blogger wargamarhaen.blogspot .com mendedahkan Bik Mama mengimport cincin berlian daripada New York, USA bernilai RM24,458, 400.00 bertarikh 16-04-2011 tanpa sebarang cukai dikenakan! Siapa Bik Mama baca penuh di sini.

'Negara ini bukan milik Najib dan Umno, negara ini bukan milik Rosmah tetapi negara ini milik rakyat'-Pak Samad Said



A Samad Said ajak golongan muda ubah negara-harakahdaily

Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said mengajak rakyat jelata terutamanya golongan muda mengubah pemimpin negara melalui demokrasi untuk membentuk kerajaan baru yang adil, tulus dan berkebajikan.

“Kita berada disini adalah hak kita, kita berada di sini adalah sebab kita mencintai negara kita, yang tidak cintakan negara kita adalah Najib dan Umno," kata Samad ketika memberikan ucapan ringkas kepada peserta perhimpunan Bersih Sabtu lepas.

Beliau melahirkan rasa bangga dengan semua rakyat yang hadir dalam himpunan Bersih 2.0 untuk menuntut hak pilihanraya yang bersih dan tulus untuk mengadap sultan bagi menyerahkan memorandum.

"Tetapi perjalanan kita disekat di semua penjuru oleh Polis dan FRU,” kata Pak Samad di hadapan rakyat yang berkumpul di hadapan Kuil Budha untuk menuju ke Stadium Negara petang Sabtu lepas.

“ Apakah salahnya rakyat berkumpul untuk menuntut hak. Negara ini bukan milik Najib dan Umno, negara ini bukan milik Rosmah tetapi negara ini milik rakyat. Ini rumah kita,” katanya.

Bagi beliau, rakyat ke stadium Merdeka dengan bertekad untuk menyatakan hak tetapi disekat, di layan buruk oleh pihak polis dan FRU.

Menurut Pak Samad, dia datang daripada KL Central. Namun belum pun sempat sampai KL Central mata beliau sudah pedih ditembak dengan gas pemedih mata yang sangat dasyat.

"Mata kanan saya terlalu pedih dan merah yang amat sangat. Beberapa wartawan yang jalankan tugasnya juga dilayan dengan kasar oleh polis. Beg wartawan juga di selongkar…mengapa teruk sangat mereka menjalankan tugas?" soal tokoh yang dinobatkan sebagai Sastrawan Negara itu.

Menurut Pak Samad, mereka datang memang ingin serahkan memorandum kepada sultan untuk menuntut pilihanraya yang bersih dan adil tetapi tidak kesampaian kerana polis telah sekat dan tidak bertolak ansur langsung dalam perbincangan dengan beberapa orang pimpinan NGO.

Berbagai alasan yang diberikan oleh polis. “saya benar-benar rasa kesal dengan tindakan Perdana Menteri Malaysia , Najib yang telah memungkiri janji kepada rakyat.

"Najib berjanji kepada kita akan beri pilihan untuk adakan himpunan sampai jam berapa pun kita tidak kisah, nak pekik telolong sampai ke pagi pun mereka tak peduli, tetapi bila kita pilih Stadium Merdeka, mengapa mereka berdolak dalih dan tidak membenarkan penganjur untuk adakan bersih di stadium.

"Bahkan semua urusan permit tidak diluluskan walaupun sudah beberapa kali diminta.

“Mengapa mereka tidak luluskan, adakah mereka takut dengan kebangkitan rakyat?” soal beliau.

Sehubungan itu, beliau memberikan peringatan:

“saya ingin ingatkan kepada semua rakyat. Negara kita mengamalkan sistem demokrasi oleh itu, kita harus bijak gunakan demokrasi ini. Kalau kita tidak bijak orang akan peralatkan sistem demokrfasi negara kita untuk kekalkan kuasanya seperti apa yang berlaku sekarang," tegasnya.

Menurut beliau, dalam demokrasi ada lunasnya yang perlu dihormati, antaranya mendengar suara rakyat bukan terus menolaknya. "Kita ini adalah insan."

Justeru itu, beliau berharap semua rakyat harus fikirkan masa depan negara ini.

"Masa depan negara kita terletak pada orang muda. Orang muda sahaja yang layak mengubah. Setiap orang muda harus fikir bagaimana untuk membantu membentukkan kerajaan yang baru," kata Samad yang diikuti dengan laungan takbir daripada rakyat yang berhimpun disitu.-Harakahdaily



Siapa yang ganas?



Himpunan Bersih 2.0 pada 9 julai lalu juga ada di Australia, Washington DC dan lain-lain bandar utama dunia.Tidak ada yang ditangkap dan mati cuma di Malaysia saja ada yang mati dan seribu lebih ditangkap, disepak dan dipukul pihak berkuasa polis yang jadi perkakas Umno-Bn.

Bukan setakat KPN dan timbalannya kena letak jawatan mufti-mufti dan tok lebai yang makan gaji duit rakyat tapi jadi barua Umno patut letak jawatan!

Baca juga;
Kejam:Pas desak KPN, timbalan letak jawatan-Harakahdaily

Ahad, 10 Julai 2011

'Malaysia macam negara dunia ketiga, amalkan undang-undang primitif'-Mat Sabu



Kenyataan Media Presiden PAS Berkaitan Bersih

Saya mengucapkan terima kasih kepada semua penyokong yang datang dari seluruh negara menyertai himpunan Bersih ini. Alhamdulillah semua mengikut arahan pimpinan dengan tidak melakukan keganasan terhadap pihak polis dan sesiapa sahaja termasuk harta benda awam, walaupun sebahagian kita diganasi.

Ini kerana tujuan kita adalah untuk menyampaikan mesej demokrasi dan pilihanraya yang adil dan bersih, melibatkan pengundi yang benar-benar bertanggungjawab, media yang bebas dan pembentukan semula SPR yang benar-benar adil dan sebagainya.

Tuntutan kita ini memberi gambaran aman dan damai dan bukannya ganas dan melampau. Penyokong Bersih dan Pakatan Rakyat telah menunjukkan budaya demonstrasi yang baik. Walaupun diprovokasi pihak polis, mereka tetap bersabar. Saya ucapkan tahniah kepada yang ditangkap polis. Ini merupakan satu sumbangan awal yang positif.

Disamping itu, kita memberi amaran kepada kerajaan BN, bahawa ini mukadimah kepada kebangkitan rakyat dan jika sekiranya mereka tidak sedia membuat perubahan kepada pilihanraya dan demokrasi,bantahan dan kebangkitan lebih besar boleh berlaku bila-bila masa sahaja dan tidak semestinya sebelum pilihanraya, tetapi juga selepas pilihanraya. Kita tunggu dan lihat respon kerajaan.

Penangkapan saya bukanlah suatu yang besar, kerana masih ramai penyokong kita yang merengkok dalam penjara bertahun-tahun sejak zaman berzaman. Apapun kita sedia bertarung di mahkamah dengan barisan peguam yang lengkap dan mahkamah mesti bebas daripada cengkaman pentadbiran BN.

Tuan Guru Dato Seri Abdul Hadi Awang
Presiden Pas

Harakahdaily

BERSIH 2.0 :A Day To Remember!



Sejarah ini akan berulang dan terus berulang.Selagi keadilan tidak ditegakkan dan kezaliman dijadikan senjata menakutkan rakyat yang tak berdosa berterusan maka selagi itulah kebangkitan rakyat akan terus bersambung! bersambung! hingga ke generasi seterusnya.

Pedulikan dengan tok Mufti dan Tok lebai yang cari makan duit rakyat tapi keluar fatwa ikut kehendak nafsu syaitan dan iblis yang bertopengkan manusia iaitu BN!

Pedulikan dengan polis dan FRU yang makan gaji duit rakyat tapi buat kerja ikut kehendak nafsu syaitan dan iblis yang bertopengkan manusia iaitu BN!

Klik ke dua-dua video di atas dan tonton bersama keluarga anda , adik berada anda , teman sejati dan siapa saja ,sebarkan seluas-luasnya !

Baca juga ;
Jenazah peserta himpunan Bersih 2.0 selamat dikebumikan-M'kini
Bersih 2.0:Keluarga mahu polis tanggungjawab kematian Baharuddin-M'insider

BN bukan takat dah gila malah syaitan dan iblis telah sebati dalam jiwa mereka


















Semalam adalah demo paling best dalam banyak demo yang saya selalu turun.Demo Bersih2.0 9 Julai semalam mencatat sejarah dalam Malaysia betapa kejamnya kerajaan BN yang dipimpin oleh pemimpin Umno-BN yang memang dah gila dan dirasuk iblis dan syaitan .

Saya daripada Shah Alam melalui jalan Glenmarie ada sekatan polis yang berlagak dengan wajah bengis dan gedebe tapi sikit pun tidak menakutkan.Sampai di tol jalan Duta lorong smart tag ditutup disemua lorong kerana polis menunggu dengan sekatan selepas tol.Rugi beli smart tag tak boleh guna.Saya terus ke jalan parlimen menuju ke jalan Pahang dan naik monorel ke stesen Bukit Biintang.Daripada situ berjalan kaki Jalan Pudu dan terus sampai ke hadapan Maybank yang jadi tempat saya dan ribuan manusia berkumpul untuk berdemontrasi jam 1 tengahari.Lebih awal daripada jadual demo jam pukul 2 petang.

Tak sampai setengah jam pemimpin Bersih berucap semburan air dan tembakan gas pemedih mata bermula dan bertalu-talu oleh pihak polis.Polis dan FRU mula mengejar dan menangkap penunjuk perasaan.Ada yang dikasari dan dijerkah.Demontrasi aman bertukar menjadi kecoh akibat sikap polis yang menjadi orang suruhan pemerintah BN bertindak tanpa perikemanusiaan dengan rakyat yang tak bersenjata.

Anak muda dan orang ramai yang kena gas pemedih mata menjadikan kolam air Maybank sebagai tempat untuk membasuh muka untuk hilangkan kepedihan.Pelancong asing (gambar) turut terkena gas pemedih mata.

Orangramai yang dikejar polis dan fru menyelamatkan diri ke dalam bangunan Hospital Tung Shin.Polis turut lepaskan gas pemedih mata diluar hospital tersebut.Saya sendiri terjatuh ke dalam longkang di sebelah pagar Maybank dan lebam di bahagian pinggang ketika orangramai berasak-asak selamatkan diri daripada tembakan gas pemedih mata.

Anak muda yang beragama Islam tidak lupa menunaikan solat di ruang legar dalam Hospital Tung Shin walau pun dalam keadaan kelam kabut dikejar FRU.(gambar).

Ramai anak muda semalam turun berdemo tanpa mengira bangsa dan agama.Mereka dengan satu tekad bersatu demi menegakkan keadilan mahu bersihkan SPR daripada terus dikaldaikan oleh UMNO-BN.Anak muda tidak takut dengan gerombolan Pemuda Umno-Patriot yang jumlahnya boleh dikira dengan jari.Pemuda Umno dilihat sudah punyai anak 3-4 orang nampak dah berusia 30-an dan 40-an berbanding anak muda yang turun berdemo atas nama Bersih 2.0.

Pemimpin Umno-Bn boleh bercakap bahawa demo semalam tidak akan mengubah apa-apa.Yaaa cakaplah nak cakap apa pun selagi berkuasa.Mubarak yang hebat pada mulanya bercakap besar tidak mahu mengalah kehendak rakyatnya yang bangkit lawan beliau akhirnya Mubarak tepaksa berundur diri tanpa dipaksa setelah segala-galanya tak dapat dikawal lagi.Mubarak berundur ke rumah peranginannya di Laut Merah!

Demo Bersih 2.0 telah mengorbankan nyawa seorang pejuang Allahyarham Baharuddin Ahmad.Moga arwah diampunkan segala dosa dan ditempatkan disisi orang-orang yang beriman.

Khalid Samad Ahli Parlimen Shah Alam (gambar atas) cedera di kepala dan dijahit dengan 6 jahitan akibat terkena tembakan gas pemedih mata.

Mat Sabu Timbalan Presiden Pas pula cedera di lutut akibat dilanggar kenderaan polis ketika bermotosikal.Kini beliau terpaksa berkerusi roda dan di papah semasa hadir ziarah arwah Baharuddin Ahmad di AU3 , Ulu Klang sebentar tadi.

Yang pasti demo kali ini memang hebat dan hebat ..rakyat tak takut lagi dengan gendang perang BN, polis, puak silat gedebe dan Perkasa yang hilang dan ghaib tah ke mana.Mereka ini hanyalah pengacau dan menjatuhkan maruah pertubuhan mereka sendiri.

Demo Bersih 2.0 dihadiri anak muda berbilang bangsa, orang dewasa dan juga warga emas.Syabaaaas kepada yang hadir!

Rakyat dikepung di segenap penjuru dan pintu masuk KL tapi mereka (BN dan polis) hairan bagaimana puluhan ribu boleh muncul dalam sekelip mata menjelang pukul 1 tengaharidi KLCC, Chow Kit, Bus Stand Klang, Kampung Baru, Jalan Pudu, Jalan Tun Perak dan di stadium Merdeka.

Klik gambar untuk besarkan(Semua gambar adalah daripada camera hp saya)

Tengok gambar menarik di sini.
Baca;
BERSIH 2.0:Kebenaran sentiasa atasi kekejaman-Malaysiakini

Pas mahu KDN tanggungjawab atas kematian peserta Bersih-M'insider

Sabtu, 9 Julai 2011

Penyamun , perompak, pengedar dadah dll bergembira horey! horey!

Semua hotel diserbu nak cari apa?Ha ha ..nak cari para demontran Bersih 2.0.Bukan serbu tangkap perompak, pengedar dadah, penjenayah merbahaya, geng konsi gelap.Seminggu ni puak penjenayah bergembira sakan depa bolehlah kata Horey! horey! kita dapat public holiday daripada pihak polis!

Kerja-kerja menangkap penjenayah terpaksa dikurangkan kerana polis sibuk menangkap orang berbaju kuning, sibuk siasat penyajak yang baca sajak 'Unggun Bersih'.Bagi polis tangkap orang berbaju kuning, buat sekatan jalanraya halang rakyat ke KL lagi penting daripada buru penjenayah merbahaya.

Pengedar air ketum turut bergembira kerana air ketum dah jadi molotov cocktail! ha ha ha

BERSIH 2.0:Pemeriksaan diperketatkan-Malaysiakini

Polis memperhebatkan gerakannya memburu penyokong BERSIH 2.0 dengan memeriksa beberapa hotel di sekitar Lembah Kelang, malam semalam.

Setakat ini, Malaysiakini dimaklumkan tidak kurang tiga hotel diperiksa.

Di Hotel Puteri Park di tengah-tengah Kuala Lumpur, ahli PKR Vernon Kedit melaporkan menyoal parti itu yang mengadakan majlis mereka di situ.

NONEKedit berkata ketika itu mereka sedang mengadakan latihan untuk agen pilihan raya parti tersebut. Katanya, polis meninggalkan kawasan hotel sebelum tengah malam tetapi kembali semula pada jam 1 pagi ini.

“Mereka juga mengawal di kawasan pejalanan khaki,” katanya.

Turut menginap di hotel itu adalah menteri besar Perak yang disingkiran BN, Datuk Seri Nizar Jamaluddin.

Katanya, dia dikejutkan dari tidurnya oleh polis yang mencatatkan butiran dirinya tetapi tidak menangkapnya.

"Seorang anggota polis wanita masuk ke bilik saya dan merakamkan gambar saya ketika saya hanya memakai sarung,” kata Nizar.

Bekas ahli majlis teringgi pusat PKR Badrul Hisham Shaharin mengesahkan polis cuba menahannya di Hotel Brisdale kerana melanggar perintah larangan mahkamah supaya tidak berada di Kuala Lumpur.

NONE“Saya daftar bilik di Hotel Brisdale tingkat 14. Bilik tersebut diserbu oleh sekumpulan anggota polis termasuk berpangkat dengan seragam penuh... Cari Chegubard bilik digeledah.

“Tetapi saya ketika itu di bilik lain terus keluar... Sekarang di luar hotel dah,” katanya dalam SMS kepada Malaysiakini.

Sementara itu di Swiss Inn di Jalan Tunku Abdul Rahman, peguam HR Dipendra melaporkan beliau ternampak beberapa polis memasuki dua bilik.

“Mereka memeriksa bilik depan, tetapi tidak di bilik saya,” kata Dipendra, sambil menambah dua anggota polis itu berpakaian seragam manakala dua lagi rakannya tidak.

Beliau juga tidak pasti apa yang dicari polis itu dan sama ada mereka merampas apa-apa barang.

Seorang lagi tetamu di Swiss Inn, yang tidak mahu identitinya didedahkan berkata polis dikesan menyemak dan memantau senarai tetamu hotel di bahagian pendaftaran.

"Ada juga anggota polis yang mengambil gambar kami semasa kami masuk ke hotel. Semasa perjalanan ke bilik, kami ternampak seorang daripada polis mengetuk pintu beberapa bilik. Setakat ini, belum ada yang mengetuk pintu kami,” katanya.

Jumaat, 8 Julai 2011

Dengar ni Umno-BN suara rakyat..jangan sombong sangat

Kata seorang 'uncle' keturunan India yang beragama Sikh yang begitu bersemangat mau turun ke demo BERSIH 2.0 besok di Stadium Merdeka,"Kerajaan ingat kita macam budak-budak, bagi sikit gula-gula sudah habis.Peeeeegilaah...lu kasi permit ka tarak kasi permit ka itu lu punya hal.U tahan kereta tak kasi jalan kita turun tinggal keta tepi jalan kita jalan sampai stadium Merdeka. U mau tangkap ..u tangkap la..berapa ratus orang u mau tangkap? Kurang-kurang pun 200 orang saja..kalau semua mau tangkap mana tempat mau taruh?"

"Itu Stadium Merdeka bukan polis punya.Ini kerajaan aaa..bikin wayang kulit banyak pandai.Sudah bikin satu wayang kulit kasi rakyat susah ..semua orang sana punya ingat.Ini kali kita mau kasi habis ini wayang kulit."

Lagi aaa..cuba u pikir itu minyak Tuhan Allah yang kasi untuk kita punya rakyat , bukan suruh jual luar negara pakai."

Kata pula pasangan anak muda Melayu kepada saya,"Bang ..saya meluat sungguh dengan PERKASA tak tau pasal apa.Brahim Ali tu dengan dua tiga orang lagi la saya meluat.Berita TV3 suku lagi teruk langsung tak boleh pakai."

Kata anak muda Cina kepada saya yang bekerja di kedai tayar, "Saya sudah daftar undi dekat Jusco Klang, ini nkali saya mau undi kasi BN kalah.Kalau Melayu, Cina dan India satu kali naik BN habis looo.Saya tiap-tiap malam buka internet apa berita semua saya tau."

Ini suara anak muda yang mahukan perubahan termasuk Benggali Singh yang dah tua.Yang tak berubah perangai dan fikiran ialah Umno-Bn dan pihak berkuasa yang pandai main wayang kulit.

Dengar apa kata si kaki putarbelit dan si penipu bila bercakap

Demontrasi dalam stadium- Utusan Meloya 23/5/2011

Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan membawa usul demonstrasi tanpa permit di stadium ke Kabinet, bagi mengelakkan penganjurannya oleh pihak-pihak tertentu mengganggu keselamatan dan ketenteraman awam.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, menerusi kaedah itu soal keselamatan sepanjang demonstrasi yang berlangsung di stadium terbabit akan dipantau sepenuhnya oleh polis.

"Untuk tujuan itu (demonstrasi di stadium) kita akan pinda akta tertentu dan bawa ke Kabinet melalui Peguam Negara untuk kelulusan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pulai, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Mohamad Sabu yang merancang untuk mengadakan demonstrasi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), 9 Julai depan.

Parti Pas merupakan antara penganjur Bersih selain PKR, DAP dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain, yang pernah mengadakan demonstrasi di tempat-tempat awam dan jalanan sebelum ini.-Meloya

Sekarang tidak ada apa lagi yang boleh semua dah haram.Guna jalanraya haram, guna stadium haram.Cakap berbolang-baling, kejap boleh kejap tak boleh! Memang depa dah separuh gila.Bila hilang kuasa terus jadi gila.

Polis kata kena apply permit, bila minta permit tak dapat.Bila tak bagi permit kata perhimpunan haram.Semua haram tiada yang haram, melainkan haram belaka.

Malaysia berada dalam rangking mana sekarang ini tentang kebebasan bersuara?Setaraf dunia ketiga dan mundur, negara maju atau tiada yang mampu setaraf Malaysia ..ha ha