Selasa, 5 Julai 2011

Barua Umno suruh tutup Malaysiakini

Ini lagi satu kerja gila puak gerombolan yang menyokong Umno-BN.Tak habis-habis dengan idea yang kering kontang , tak ada modal nak lawan kebangkitan rakyat.

Sudah tiba masa SKKM tutup Malaysiakini-Meloya

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) digesa supaya menutup operasi portal berita pro pembangkang, Malaysiakini kerana sewenang-wenangnya menyiarkan komen negatif pembaca yang cenderung menimbulkan perpecahan di negara ini.

Terbaru, portal itu menyiarkan komen seorang pembaca yang seolah-olah mahu melancarkan perang ke atas Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin berikutan titah Seri Paduka semalam mengenai perhimpunan haram Bersih.

Presiden Pertubuhan Anak Muda Melayu Malaysia (AMMM), Asrul Muniff Azizan berkata, tindakan Malaysiakini menerbitkan komen berkenaan boleh disamakan dengan tindakan menghasut rakyat agar membenci Seri Paduka.

"SKMM mahu tunggu apa lagi sehingga Yang di-Pertuan Agong iaitu pemerintah tertinggi negara juga bebas dicaci di Malaysiakini. Tutup sahaja portal itu kerana ini bukan kali pertama ia dilakukan.

"Selain akta berkaitan penerbitan di Internet, pihak berkuasa juga boleh mengambil tindakan undang-undang ke atas editor Malaysiakini di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana mahu melancarkan perang ke atas Seri Paduka," katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas tindakan portal itu yang menyiarkan komen salah seorang pembacanya supaya menggulingkan Yang di-Pertuan Agong.

Komen seorang pembaca yang menggunakan nama Muhammad Nur Hanief itu sempat dipautkan ke laman blog rbfonline, bagaimanapun ia dipercayai dipadamkan oleh pengendali Malaysiakini petang ini.

Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari pula berkata, keberanian pembaca portal itu menulis komen-komen sedemikian berpunca daripada kelemahan SKMM yang gagal mengambil tindakan tegas ke atas portal itu sejak sekian lama.

"Setelah masyarakat awam yang tiada sivik melihat kelemahan penguatkuasaan SKMM, mereka akan terus-menerus menghantar komen menghina institusi diraja serta kerajaan dan ia menjadi lebih parah apabila komen sebegitu tidak ditapis oleh Malaysiakini.

"SKMM dan pihak berkuasa lain perlu mengambil tindakan segera dan tegas bagi mendidik masyarakat serta portal tidak bertanggungjawab kerana dalam banyak kes, hanya hukuman dapat mendidik golongan yang melanggar undang-undang," katanya.

Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali Alhabshee pula memberitahu, penyiaran komen biadab yang tidak ditapis oleh pengurusan portal pro pembangkang itu merupakan satu percubaan halus untuk menghasut rakyat memusuhi Seri Paduka.

"Saya hairan apa sebenarnya motif Malaysiakini menyiarkan komen tersebut tanpa tapisan seolah-olah turut menghasut rakyat memusuhi Seri Paduka.

"Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan harus melihat peranan yang dimainkan oleh portal ini sama dengan tindakan individu lain yang telah ditangkap kerana berniat melancarkan serangan terhadap institusi raja-raja Melayu," katanya.

Bagaimana dengan Utusan Malaysia siarkan kartun burukkan hukum Islam?Bagaimana dengan Utusan Malaysia setiap hari siarkan berita seks dan lucah? Ha ha...gila memang dah gila!

Umno ada RTM1, RTM2, TV3, TV8,NTV7, Bernama, Meloya , Berita Hairan dan banyak lagi termasuk radio RTM dan swasta yang jadi barua Umno-BN ...masih tak cukup ka media untuk siarkan propaganda BN?

Kenapa takut dengan Malaysiakini?Mau tutup atau mau beli Malaysiakini ha ha?Sikit-skit mau tutup...sikit-sikit haram, haram, haram sebab pakai baju kuning....memang haramjadah .

Rakyat dah tak percaya dengan media Umno...ini yang dibimbangkan Umno..sebab tu mau tutup..ha ha

Umno mau rakyat hanya dengar dan tengok laporan media Umno..supaya rakyat terus jadi bodoh dan bangang...cara mudah untuk Umno-Bn terus berkuasa.

Mari ketawa, jangan terkejut jangan panik!

Jangan panik dan terkejut bila baca berita di bawah..perkara biasa dalam politik di Malaysia.Perkara ini lumrah dalam filem Hindi dan Tamil.

Rampasan bom petrol, polis kaitkan dengan BERSIH
-Malaysiakini

Polis merampas 20 bilah parang, 36 botol bom petrol dan sejumlah bebola besi dalam serbuan di belakang tokong Cina di Batu 14, Jalan Gombak Lama dekat Shah Alam, malam semalam.

Utusan Malaysia Online dalam laporannya menyebut rampasan itu disyaki berkaitan perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH), Sabtu ini.

NONEAkhbar milik Umno itu juga memetik Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Hamzah berkata, taktik digunakan oleh mereka terlibat sama dengan golongan komunis semasa zaman darurat.

Dalam serbuan itu, polis turut menemui 44 baju T berlambang BERSIH 2.0 dan sejumlah lilitan kepala berwarna merah serta kuning yang semuanya disimpan di dalam lima buah beg pakaian dan dua beg plastik.

Sabtu lalu ahli parlimen Sungai Siput Dr D Michael Jeyakumar dan lima anggota Parti Sosialis Malaysia (PSM) ditangkap semula di bawah Ordinan Darurat (EO).

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakarberkata penahanan itu adalah kerana mengikut maklumat awal, mereka dikatakan terbabit dengan pihak dari luar negara dan telah diresapi anasir subversif.-m'kini


Masih ingat dengan Peristiwa Sauk di Perak tahun 2000?Satu gerombolan tawan kem askar dan larikan senjata dengan tiga pacuan 4 roda.Pas telah difitnah dikaitkan dengan peristiwa tersebut.

Kini setelah pemakai baju kuning ditangkap , pencetak baju kuning direman dan ditertawakan di seluruh dunia kini Bersih 2.0 dikaitkan pula dengan senjata dan bom petrol.Perkara ini akan berterusan hinggalah demo aman Bersih 2.0 dibatalkan.

Ingat demo Bersih 2.0 bukan kepunyaan Ambiga, bukan berdemo kerana Mat Sabu tapi rakyat berdemo kerana mahukan SPR dibersihkan daripada terus jadi kuda tunggangan Umno-BN.

Baju Pakalolo tak haram, baju Bersih 2.0 haram, Malaysia layak dapat anugerah dunia!

Apadia Pakalolo?Pakalolo ialah perkataan Hawaaiian yang bermaksud Cannnabis .Apa dia Cannabis ?Cannabis ialah ganja dalam bahasa Melayu daun kering yang dihisap seperti tembakau sebagai dadah yang menghayalkan.Hukuman ke atas pengedar dadah jenis ganja ini boleh bawa hukuman mati di Malaysia.

Pemakai baju Pakalolo di Malaysia tak haram yang haram ialah baju Bersih 2.0.Pemakai baju Bersih 2.0 di Malaysia boleh ditangkap , direman dan dituduh sebagai komunis!

Kenapa si pemakai, pencetak baju Bersih 2.0 di Malaysia ditangkap?Jawapannya kerana Malaysia amalkan undang-undang 'koboi' bukan undang-undang yang ada dalam perlembagaan Malaysia.Undang-undang 'koboi' ini sudah lama mati di Amerika Syarikat sejak kurun ke 18 lagi tapi di Malaysia ia masih laku demi untuk Umno-Bn terus berkuasa.

Malaysia layak dapat anugerah dunia dan layak dicatat dalam 'Guinness book of world records' sebagai negara pertama di dunia haramkam baju berwarna kuning Bersih 2.0!

Generasi akan datang akan ingat apa yang dilakukan kerajaan zalimBN terhadap rakyat sebagai sejarah yang tak pernah terjadi dalam semua negara di dunia dengan haramkan baju kuning hanya kerana perkataan Bersih 2.0.

Berkaitan;
Penjual baju T Bersih disambung reman-Harakahdaily
Suami isteri ditahan miliki baju T Bersih-Malaysiakini
6 ditahan di Alor Star cetak baju T Bersih-Malaysiakini

Isnin, 4 Julai 2011

Sarbaini bertenggek atas sinki?

Baca betul-betul jangan baca terbalik!

Saksi :Sarbaini jatuh ketika cuba tinggalkan SPRM ikut tingkap-M'insider

Saksi kedua inkues kematian Ahmad Sarbaini Mohamed percaya penolong pengarah Kastam Diraja Malaysia itu terjatuh dari tingkat tiga bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jalan Cochrane ketika cuba meninggalkan premis itu melalui tingkap.

DSP Sharul Othman Mansur dari cawangan forensik Bukit Aman yang dipanggil untuk memberi keterangan selepas balu Sarbaini berkata demikian ketika diminta mengulas kesimpulan bagaimana pegawai itu jatuh berdasarkan kedudukan mayat yang ditemui di gelanggang badminton bangunan SPRM pada 6 April lalu.

Soalan itu ditanyakan pegawai pengendali inkues Hanim Mohd Rashid.

“Saya percaya si mati (Sarbaini-gambar) terjatuh dari tingkap aras tiga (bilik pantri) berkemungkinan si mati nak keluar dari bilik SPRM melalui tingkap,” kata beliau.

“Kalau lihat dari arah bumbung (berdekatan dengan bilik pantri) ukuran jarak adalah sembilan kaki tujuh inci, jarak tingkap dan bumbung cukup dekat.

“Si mati cuba melompat ke bumbung yang berhampiran tapi tidak sampai dan jatuh ke lantai (gelanggang badminton),” katanya.

Jarak antara bilik pantri di tingkat tiga bangunan SPRM dan gelanggang badminton setinggi 10 meter.

Ditanya bagaimana Sarbaini cuba meninggalkan bilik pantri itu, Sharul Othman berkata kemungkinan bapa kepada lima anak itu bertenggek di atas sinki dalam bilik itu.

“Si mati keluar dengan bertenggek (atas sinki) dan menghulurlkan kaki ke luar tingkap, mungkin kaki kiri atau kaki kanan,” katanya.

Dalam prosiding itu, sebanyak 13 sampul mengandungi bahan bukti termasuk sepasang selipar, sebelah kasut kaki kiri, tali pinggang, bingkai cermin mata yang patah, jam tangan tanpa tali, cermin mata tanpa bingkai sebelah kanan dan tali jam kulit.

Selain itu, antara bahan bukti lain adalah kad pelawat SPRM, sampel di bahagian bawah tingkap (di bilik pantri), sampel di bahagian atas tingkap (bilik pantri), sampel cat kawalan (di bahagian luar bilik pantri), sampel serpihan dari kepala tali pinggang dan dompet Sarbaini.

Dalam siasatan forensik yang dilakukan Sharul Othman juga berkata pasukannya turut menemui kesan geseran pada kaki lima tingkap bilik pantri dipercayai daripada kepala tali pinggang Sarbaini.

“Pemeriksaan yang dibuat pada kaki lima tingkap yang terbuka terdapat kesan geseran sepanjang empat inci dan kita telah buat perbandingan dengan kaki lima di tingkap yang bersebelahan.

“Kesan geseran itu dipercayai daripada kepala tali pinggang si mati,” katanya.

Menurut Sharul, siasatan yang dilakukan pada 6 April itu turut dilanjutkan ke bilik pegawai penyiasat Sheikh Niza Khairy Sheikh Mohamad di mana Sarbaini berada di sana sebelum insiden berlaku.

“Kemudian saya buat pemeriksaan di bilik pegawai SPRM, Sheikh Niza Khairy Sheikh Mohamad kerana si mati berada dalam bilik itu sebelum ditemui mati.

“Kami dapati bilik kemas dan tiada tanda pergelutan, kami juga buat tinjauan di aras dua dan aras empat namun tiada bahan bukti yang diambil,” katanya.

Turut dipaparkan gambar-gambar yang menimpa Sarbaini sehingga menyebabkan ahli keluarga terutamanya anak-anak menitiskan air mata.

Sharul Othman yang lengkap beruniform berkata pihaknya juga telah menemui kesan cap jari di tingkap yang terletak di bilik pantri dipercayai milik Sarbaini.

“Siasatan forensik di bilik pantri di tingkat tiga bangunan SPRM kita telah menemui empat kesan cap jari di bahagian bawah tingkap berhampiran sinki dan satu cap jari dan satu cap tapak tangan di bahagian atas tingkap.

“Kami juga menyiasat tempat pegang tingkap untuk kesan DNA tapi kita mendapati tiada kesan tapak tangan dan tapak kasut di atas sinki,” katanya.

Katanya, siasatan juga menemui serpihan tulang di lantai gelanggang badminton.

Sahrul Othman juga berkata lakonan semula insiden itu yang dilakukan pelakon lagak ngeri Hasni Razif Ramley pada 13 April menunjuk ia tidak menepati kedudukan mayat Sarbaini.

“Kami telah meletakkan tanda di atas tilam udara dan pelakon itu jatuh berhampiran tanda,” katanya.-M'insider

Kenapa arwah mesti ikut tingkap?
Kenapa arwah bertenggek atas sinki?
Kenapa tidak ada kesan DNA pada tapak tangan dan tapak kasut di atas sinki?
Macam mana arwah boleh tenggek atas sinki sedangkan tidak ada kesan DNA?
Spiderman pun ada kesan cap jari..

Ha ha ha gila, gila memang gila ...dunia-dunia.. apa nak pelik pakai baju kuning pun kena tangkap, kena dakwa komunis lagi..kena tahan bawah ordinan darurat, janji si bangang percaya bulat-bulat!

Berkaitan;
Suami kata agen aniaya kerana baucer RM100 , kata balu suami-M'insider
Isteri Ahmad Sarbaini yakin suami tak bunuh diri-M'kini

Umno berlagak jantan kerana polis ada di belakang



Cuba baca statement Lokman Adam AJK Pemuda Umno yang berkata 'Kami tiada pilihan Patriot menanti Bersih 2.0 datang' -The Malaysian Insider yang cuba membuat ugutan dan honar hanya semata-mata Pemuda Umno anak emas pihak berkuasa.Tak cukup dengan Perkasa kini Pemuda Umno pulak nak ugut-ugut rakyat dalam himpunan aman Bersih 2.0.Umno berkokok lantang di belakang pihak berkuasa kerana mereka tahu tidak akan diapa-apakan pihak berkuasa .Pondan sungguh pemuda Umno!

Nak demo-demolah jangan nak ugut-ugut macam samseng kampung dusun!

Baju kuning: 'Lu semua mau ikut kita pergi balai maa'



Semua akta kerajaan BN dah guna untuk takutkan rakyat yang mahu turun demo aman Bersih 2.0.Pakai baju kuning ditangkap dan ditahan dibawah akta pertubuhan dan akta darurat.Jelas BN begitu takut dengan kebangkitan rakyat yang dah tak dapat dikawal lagi.Semakin diugut dan digertak polis yang jadi kuda tunggangan BN rakyat semakin berani berhadapan dengan sang penguasa.BN juga jelas mahu sembunyikan segala jenis penipuan dalam pilihanraya dengan kekangan hebat BN terhadap Bersih 2.0.

Baca ;
MP Kapar ditahan miliki baju T Bersih-M'kini
Polis guna Ordinan Darurat sebagai langkah pencegahan-M'kin
MP Bakri Teck Hwa dan 5 lagi ditangkap-M'kini
Link

Ahad, 3 Julai 2011

Yang Di Pertuan Agong tak kata pun himpunan aman Bersih 2.0 haram!

Perhimpunan 9 Julai:Titah khas Yang Di Pertuan Agong

Istana Negara malam ini mengeluarkan Titah Khas Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin mengenai perhimpunan anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 9 Julai ini.

Berikut adalah teks penuh Titah Khas tersebut:

Beta sedang mengikuti dengan teliti akan perkembangan cadangan Kumpulan Bersih untuk mengadakan perarakan dan perhimpunan beramai-ramai yang bertujuan untuk menyerahkan memorandum kepada Beta selaku Yang di-Pertuan Agong, dan bagaimana pihak kerajaan menangani isu ini khususnya agensi-agensi dan jabatan-jabatan yang terlibat.

Namun Beta yakin kepimpinan negara di bawah Yang Amat Berhormat Dato' Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak berkemampuan untuk menangani masalah ini dengan sebaik mungkin.

Beta menyeru di dalam keghairahan sebahagian rakyat berpolitik bagi menyuburkan demokrasi dalam negara kita ini hendaklah dipastikan juga bahawa tuntutan demokrasi itu tidak akan membawa kemusnahan kepada negara.

Kita tidak boleh terlalu terikut-ikut dengan amalan-amalan negara-negara luar secara umumnya kerana keharmonian dan kestabilan negara adalah asas penting bagi sesebuah negara yang perlu semua pihak pertahankan.

Beta juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana dan yang pentingnya Beta selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat dalam negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun.

Setiap permasalahan yang timbul, kita sebagai masyarakat bertamadun hendaklah menyelesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan seperti pepatah Melayu "Yang Dikejar Tak Dapat Yang Dikendong Berciciran".

Hakikatnya demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik.

Sebaliknya kita harus menumpukan kepada matlamat utama memajukan negara, bukannya mencipta masalah yang membuat negara berada terkebelakang. Ingatlah bumi mana yang tidak ditimpa hujan, lautan mana yang tidak bergelora.

Itulah pentingnya sifat kesederhanan dan tolak ansur yang telah begitu lama diamalkan oleh warisan pentadbiran negara.

- Bernama

Semakin dekat dengan himpunan aman Bersih 2.0 kerajaan Umno-Bn semakin rakus menzalimi rakyat dan membelakangkan undang-undang dalam bertindak terhadap rakyat yang tidak bersalah dengan menjadikan pihak polis sebagai kuda tunggangan mereka untuk berhimpun secara aman.Perhimpunan aman belum bermula tapi tangkapan demi tangkapan untuk menakutkan rakyat semakin menjadi-jadi.Pakai baju kuning tangkap, jual baju kuning tangkap, adakah ini yang dikatakan adil terhadap rakyat yang hanya mahu berhimpun secara aman?

Titah Yang Di Pertuan Agong juga tak katapun himpunan aman Bersih 2.0 Haram!

Sabtu, 2 Julai 2011

Sembang apa Umno-Perkasa ..Tanjung Pagar tergadai awat tak melalak

Umur Umno akan terus panjang jika orang Melayu yang terpedaya dengan kata-kata Umno bahawa 'Umno lenyap Melayu lenyap' terus menyokong Umno.Ketuanan Melayu yang juga jadi kata-kata keramat Umno kepada orang Melayu akan lenyap bila orang Melayu bangkit daripada tidur yang panjang tolak Umno.Umno akan berkubur tanpa batu nesan bila orang Melayu dah sedar kena tipu dengan Umno.

Umno terus menerus menipu Melayu supaya kuasa Umno perintah negara terus dikuasai Umno.Kata jiran saya dalam majlis kenduri tahlil sebentar tadi, "Semua Umno dah gadai , tanah kubur pun Umno dah gadai apa lagi yang Umno dok bising nak perjuangkan Ketuanan Melayu.Tengok apa jadi dengan tanah KTMB di Tanjung Pagar , di Singapura begitu mudah tergadai begitu saja.Jangan kata harta dalam negara , harta luar negara pun Umno dah gadai.Awat Umno-Perkasa tak melalak Malaysia hilang hak ke atas tanah di Tanjung Pagar?"

Jika BN yang berkuasa terus menerus menekan rakyat, bertindak zalim kepada rakyat , tangkap rakyat pakai baju kuning, buat himpunan aman BN guna polis sebagai barua untuk bertindak zalim kepada rakyat, tunggulah saat kehancuran BN tidak lama lagi.Pergilah ke mana-mana pun sekarang ini rakyat sedang bercakap tentang kezaliman BN hanya kerana pakai baju kuning kena tangkap, dituduh komunis untuk selewengkan fikiran rakyat daripada perkara sebenar bahawa Umno memang penipu dan penakut yang tak pernah terjadi seperti sekarang.

Gunalah polis , gunalah SPR untuk Umno-BN terus berkuasa tapi akhirnya BN akan tumbang jua bila tiba masanya nanti.Ada polis ada Umno, tak ada polis Umno-BN pun mampoih!

Ini macam tak kotor ka SPR?


Baca di sini dan di sini.

Jumaat, 1 Julai 2011

Tok khatib makan rumput kerat hanya pandai angguk saja

Tok Khatib solat Jumaat di masjid-masjid Lembah Klang dalam naungan kerajaan BN bersungguh-sungguh kata dalam khutbah mereka DEMO Bersih 2.o haram. Kesiaaan kerja makan gaji hanya jadi burung belatuk atau burung tiong saja bila baca khutbah.Buka teks khutbah yang disediakan Jakim baca, baca dan baca tak berani nak buat apa.Telor jadi kecut takut kena gam atau buang kerja.

Ustaz-ustaz macam ni tak belajar daripada kisah Nabi Musa A.S yang dibela Firaun tapi jadi penentang kuat kepada Firaun yang amat zalim dan mengaku Tuhan! Inilah akibatnya kalau hanya pandai makan dan ragut rumput kerat bukan rumput yang dicari sendiri.

Mereka tak berani tegur Suruhanjaya Pilihanraya yang buat daftar pemilih dalam satu rumah Melayu ada 88 pengundi termasuk pengundi India! Takkah ini kotor namanya?Tengok di sini sapa yang ada akaun FB.Ini bukan takat kotor malah zalim namanya jadi barua Umno supaya Umno-Bn terus berkuasa.

Woiit!!! ulama dunia Yusuf Al-Qardhawi pun sokong demo rakyat Mesir tumbangkan Mubarak tapi di Malaysia buat demo Bersih hanya mahu SPR bersih daripada Umno-BN takkan haram?

Umno yang terdesak guna para ustaz yang boleh dijual beli macam beli seluar dalam di pasar malam sebagai taruhan murahan agar rakyat percaya dengan para ustaz yang boleh dijual beli ini.Ostaz...duit dengan nyatakan kebenaran walaupun pahit mana lu buang?Lu nampak duit tak nampak BN penipu. Lu langsi berani lu jawab depan Allah SWT di padang Mahsyar kelak?

Lu tak nampak Umno-Bn dah bunuh ulama, tangkap rakyat bawah akta zalim ISA lu diam saja!Berani lu tok khatib jual agama untuk jamu anak bini.

Timbalan Presiden Pas baca khutbah di masjid Nahdah , seksyen 18, Shah Alam


Khutbah Jumaat di masjid Nahdah , seksyen 18, Shah Alam hari ini disampaikan oleh Timbalan Presiden Pas , Mat Sabu.Antara isi kandungan khutbah beliau ialah konsep Negara Berkebajikan.

Kata Mat Sabu , "Bila sebut negara kebajikan terbayang kita negara England, German, Sweden dan negara eropah lain yang mengutamakan kebajikan rakyat mereka bukannya negara Islam sebagai contoh.Di negara Islam pemimpin mereka membolot kekayaan negara untuk keluarga, kroni dan sahabat handai.Bila rakyat bangun melawan kezaliman pemerintah , mereka dibunuh, ditangkap dan dipenjarakan.Rakyat terpaksa berlapar untuk melawan kezaliman pemerintah yang zalim."

Timbalan Presiden Pas juga menyentuh isu Masjidil Aqsa yang dijajah tentera zalim Yahudi Laknatullah.Kata Mat Sabu ,"Umat Islam menunaikan solat di Masjidil Aqsa dalam keadaan tidak merdeka kerana dikawal tentera Yahudi yang dilaknat Allah SWT.Umat Islam perlu bersatu untuk membebaskan Masjidil Aqsa daripada tangan rejim Yahudi.Umat Islam perlu kembali kepada ajaran Islam yang sebenar jika mahu membebaskan bumi Palestine yang ditakluk Yahudi."

Saya menunggu-nunggu Timbalan Presiden Umno Muhyiddin Yassin pula untuk baca khutbah Jumaat.

Pas tetap turun himpunan Bersih 2.0- Timbalan Presiden Pas