Ahad, 8 November 2015

Pas makin celaru dan hilang arah


Mutakhir ni suara2 di kalangan pemimpin Pas ke arah kerjasama dengan Umno-BN semakin kuat.Bila diasak oleh media Pas seperti biasa akan buat penafian dan akan berkata 'kerjasama itu hanyalah berkaitan dengan kebajikan' bukan kerjasama politik.
Apabila Husam Musa bangkitkan isu lama Presiden Pas mahu kerjasama politik dengan menarik adun PKR untuk bentuk kerjasama politik dengan Umno bentuk kerajaan di Selangor pemimpin Pas Selangor terus melenting dan berkata Pas Selangor tak akan kerjasama dengan Umno!
Begitu juga dengan Pas Pahang jugak berkata Pas Pahang tak akan kerjasama dengan Umno!
Yang jadi lawaknya Husam kata Presiden Pas mahu kerjasama dengan Umno di Selangor pemimpin2 Pas yang tak ada kaitan yang jawab tuduhan Husam itu bukan Presiden Pas.
Timbalan Presiden Pas TITM jugak kata Pas tak akan kerjsama dengan Umno.Masing2 jadi pelawak dan memalukan dengan kenyataan yang mereka buat..mereka hanya pertahankan Presiden Pas dengan dakwaan Husam itu sedangkan Presiden Pas sendiri berdiam diri.
Ahli2 dan penyokong di bawah yang tak tau apa2 menjadi bingung dan tak boleh nak kata apa kerana pendedahan Husam itu adalah benar dan bukan bohong cuma Presiden Pas saja tak mahu nafi benar atau tidak apa yang Husam kata.
Pelawa mempelawa antara Pas dan Umno bukan rahsia lagi sebagai contoh Presiden Pas kata mahu jadi penasihat kepada kerajaan BN tapi dalam perkara yang ada kaitan hal2 rakyat. MB Terengganu pulak pelawa Presiden Pas jadi penasihat kerajaan BN di Terengganu.MB Kelantan jugak mahu Pas dan umno kerjasama.
Dulu Umno dilabel sebagai parti thoghut kini parti yang dianggap thoghut tu lah Pas mahu kerjasama kan pelik!
Orang India dan Cina yang sokong Pas dalam pru 13 yang lalu jugak kehairanan dengan kenyataan pemimpin Pas masa kini yang bercakap macam Umno ..mereka rasa Pas dan Umno kini dah tak ada beza tambah2 bila Presiden Pas berpelukan dengan Presiden Perkasa Ibrahim Ali yang diketahui ramai orang yang sukar untuk dipercayai dalam politik.
Lebih lucu lagi apabila Presiden Pas peluk Ibrahim Ali pemimpin Pas Selangor kata Pas tak akan kerjasama dengan Perkasa...:-)
Sikap Presiden Pas memeningkan semua orang tapi yang dah telan pil wala' mereka dah tak boleh buat apa ..sekadar jadi pak turut saja .
Begitu jugak yang berpartikan Haji Hadi bukan parti Pas mereka pertahankan Haji Hadi semau2nya walaupun Presiden Pas itu dilihat semakin hilang arah dan tujuan sebagai presiden parti.


1 ulasan:

  1. mungkin pas tahu yg ia akan dibelasah pengundi bukan melayu pd pru yg akan dtg. sebab itu terpaksa bergantung pd umno.

    BalasPadam