Selasa, 17 November 2015

Yang dibenci jadi kawan..kawan jadi musuh

Aku dah mengundi dalam pru sejak 1990 hingga 2013 sebanyak 6 kali di parlimen Kubang Pasu. Walaupun Kedah dimenangi Pas dan PR dalam pilihanraya 2008 Kubang Pasu tetap milik Umno termasuklah kerusi2 dun dalam Kubang Pasu.Yang Umno tetap Umno yang totok sokong Pas pon sama.
Cuma dalam tahun 80-an dapat melihat dengan mata kepala sendiri perpecahan Pas dan Umno dalam isu kapir mengkapir,kenuri kenara dan kematian dipulaukan begitu dasyat.Adik beradik bermasam muka dan bermusuh sama sendiri kerana berbeza fahaman dan ideologi.
Lebih dasyat lagi regim Umno masa tu membunuh ustaz Ibrahim Libya di Memali (19 Nov 1985) yang bersenjatakan M-16 dan kereta kebal.
Hari ni wajah politik sudah berubah 360 darjah yang membuatkan penyokong tradisi berubah pendirian menyertai bahtera baru dan jugak masuk parti lain kerana hilang kepercayaan terhadap parti yang satu masa dulu amat dibanggakan mereka,
Mereka yang satu masa dulu amat berjasa dalam perjuangan parti dimaki hamun malah ada yang dihalau seperti kucing kurap tepi jalan.Lebih menghairankan apabila mereka sertai wadah baru masih dianggap sebagai pengkhianat kerana bertukar warna bendera.
Masjid2 dan surau yang dikuasai abang lebai dan ostad jadi medan menghamburkan kata2 nista dengan bersandarkan ayat2 suci dan hadis nabi untuk halalkan apa yang mereka kata..

Kini Pas dilihat begitu mesra dengan dengan Umno walaupun Umno buat2 malu kucing ajakan dan pelawaan Pas untuk jadi penasihat kepada kerajaan yang satu ketika dulu dianggap Thoghut.Pelawa mempelawa untuk tidoq sebantai bukan lagi ditunjukkan dalam rumah tapi secara terbuka.
Isu besar negara skandal 1MDB.duit RM2.6 Bilion Najib dan terkini penyelewengan wang anak yatim dan miskin YaPEIM cuba digelapkan dengan agenda kerjasama Pas dan Umno .
Itulah politik Melayu yang dibenci jadi kawan ..yang kawan jadi musuh.

1 ulasan:

  1. bukan kau seorang yang meluat tengok muka pimpinan yang melelong ahli seperti kambing. Bahkan aku pun rasa tidak puas hati dengan tingkah laku pimpinan perasan yang ada.
    Kalau guru TGNA masih ada, aku rasa geng ini akan dihalau dengan tongkat.

    BalasPadam