Khamis, 16 Oktober 2014

Selepas Tamrin ada lagi yang akan keluar Pas..tungguuu!

Semalam aku dah tulih beberapa veteran Umno yang masuk Pas akan meninggalkan Pas kerana kecewa dengan sikap sesetengah pimpinan Pas yang bercakap tak serupa bikin atau flip flop dalam membuat keputusan.
Ternyata benar apabila Tamrin Ghafar hantar surat dengan tangannya sendiri ke Pejabat Agung Pas di Jalan Raja Laut untuk keluar Pas.Selepas ini ada lagi yang akan menyusul keluar Pas.Tungguuu.

Maka apabila Tamrin keluar Pas maka keluarlah ayat perli kutuk Tamrin Ghafar seperti yang dilakukan pemimpin Pas WP yang berkata ;
"ADAKAH ISLAM AKAN RUGI DGN KELUARNYA TAMRIN ?." - Ketua Penerangan WP
"TAMRIN yang tidak pernah pergi tamrin." - SU Pemuda WP
Belum Usrah, terus Tamrin. - PJ WP

Hebat puak Pas WP ni. Hebat punya hebat tamrin dan usrah Pas gagal menang kerusi yang ditandingi.Mereka lupa sikit sebanyak jasa Tamrin Ghafar yang pulun kempen untuk Pas dan PR sebelum dan semasa pru 13 yang lalu.Ada Tamrin kutuk Pas apabila dia keluar Pas..ada dia maki Pas setelah tinggalkan Pas?

Komen seperti berikut kita akan dengaq selepas Tamrin Ghafar keluar Pas. Tak tahan uji..hanya yang benar2 teruji saja duduk dalam bahtera..kita akan terus berjuang...perjuangan Islam ni penuh liku dan berliku...terus istiqamah...
Dalam masa yang sama depa dok keja perambat orang keluaq parti..pi tubuh parti lain..macam2 gelaran depa kata..munafik haraki,aids haraki dan pengkhianat! Teruskan lagi dengan doa laknat sesama sendiri dan ostad2 banyaklah berdoa Pas keluar Pakatan.Jika ada yang menjual sudah tentu ada yang membelinya.
Kita tuai apa yang kita tanam.Ramai yang dah kecewa duduk dalam Pas akibat sikap buruk puak2 ostad yang mengaku ulama ni.

Sementara itu Tamrin ketika ditanya media punca beliau keluar Pas menjelaskan ada kaitan dengan penggantungan keahlian setahun dua adun Pas di Selangor.Lapor The Malaysian Insider;
"Pada saya, tindakan PAS itu amat salah. Apa yang mereka (Adun) buat adalah mempertahankan keputusan muktamar PAS, iaitu mesti bersama dengan Pakatan Rakyat (PR).
"Tetapi PAS bertindak sebaliknya. Dua Adun ini mengambil keputusan menentukan PAS bersama PR, itu saja. Jadi apa salahnya?" katanya kepada pemberita selepas pelancaran kempen Gerakan Anti Perkauman (GAP) di Kelab Sunway Lagoon di Petaling Jaya, malam tadi.
Saari dan Hasnul pada 12 Oktober lalu dikenakan tindakan mengikut Fasal 82(6) Perlembagaan PAS kerana melanggar arahan parti.
Sepanjang tempoh penggantungan itu, mereka tidak boleh menyertai sebarang aktiviti parti, namun masih diberi ruang merayu dalam tempoh 15 hari.
Tamrin berkata, bukan saja krisis Selangor tetapi beberapa pandangan mengenai isu lain juga pernah dikemukakannya kepada pemimpin PAS, termasuk Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang, tetapi tidak diambil perhatian.
"Sebelum itu, masalah Pilihan Raya Umum (PRU) begitu juga.
"Ada beberapa perkara yang gagal ditunaikan PAS semasa menabur janji PRU13 lalu. PAS mungkir janji. Itu bukan stail politik saya," katanya.
Beliau berkata, dirinya juga kecewa kerana pemimpin PAS gagal menunjukkan contoh imej sebuah parti Islam yang baik.
"Saya tidak ada masalah dengan PAS. Parti tidak tersasar daripada landasannya, cuma pemimpinnya saja yang lari daripada perjuangan asal.
"Siapa pemimpin itu? Ianya jelas," katanya tersenyum.
Katanya, hasrat untuk keluar parti dinyatakan kepada beberapa pemimpin tertinggi PAS, tetapi tidak ada pertemuan empat mata dengan Hadi atau Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Ditanya sama ada tindakannya itu seperti cuba mempengaruhi ahli PAS lain supaya mengikut jejak langkahnya, beliau menafikan.
Katanya, keputusan itu adalah kehendaknya sendiri dan tidak dipengaruhi sesiapa.
"Saya percaya ramai yang tidak gembira dengan apa yang terjadi dalam PAS, ia sangat ketara.
"Mungkin (ramai ahli akan keluar parti) memandangkan ada pemimpin yang membuat ramalan itu tetapi saya tidak mempengaruhi sesiapa, terpulang kepada mereka," katanya yang tidak bercadang kembali semula kepada Umno mahupun parti lain dalam PR.

3 ulasan:

  1. isu MB selangor sgt jelas dan kewajaran 2 adun menyokong PR juga sgt jelas.

    tapi PAS saja merabunkan mata hati menghukum tindakan betul 2 adun PAS itu.

    hati rabun mungkin saja disebabkan telah diresapi keduniaan. walaupun keduniaan tidak salah dlm islam tp adakalanya ia boleh menyebabkan seseorg bertindak diluar kotak kewarasan.

    org paling bodoh dan rendah IQ dlm PR pun tahu 2 adun PAS itu adalah PENYELAMAT PR DI SELANGOR.

    mereka 'barua' pada hj hadi tp salahkan kalau rakyat anggap hj hadi pula barua kpd kepentingan tertentu, kalau pun tidak dibeli oleh broker umno.

    kita tgk pula adakah Tan Sri Mohamad Taib akan menyusul Tamrin selepas ini.

    pemimpin dangkal PAS dgn bongkak menyatakan tamrin keluar tidak merugikan PAS.. betul sebb tamrin hanya mewakili 1 kertas undi.

    tp rakyat islam dan bukan islam yg sedang kecewa mewakili beribu2 undi. jgn perkecilkan mereka yg kecil dan senyap tapi ramai.

    BalasPadam
  2. Pas adalah sebuah parti yang amat konsisten dengan prinsip perjuanganya. Pas tidak sesekali akan berkompromi dengan perkara2 yang bertentangan dengan Hukum Islam walaupun ia dikecam dan dituduh macam2. Manakala parti2 sekular berjuang untuk mendapatkan jawatan dan kuasa, Pas tetap dengan tujuan asalnya untuk menegakkan islam. Mana2 individu yang tidak memahami perjuangan Pas ini akan berasa kecewa kerana dalam benak mereka kuasa dan jawatan adalah kemuncak perjuangan walau dengan membelakangkan hukum2 syariah. Selama puluhan tahun Pas tetap teguh walaupun ada pemimpin2 tertingginya meninggalkan parti atau dikeluarkan. Asri, Muhammad Nasir, Nakhaie, Hassan Ali, Dasuki Ahmad, Nasaruddin dan lain2 adalah pemimpin2 tinggi yang meninggalkan Pas kerana tidak serasi dengan prinsip Pas. Di manakah mereka dan di manakah Pas sekarang??? Kalau setakat bekas2 ahli umno yang baru berjinak2 dengan Pas keluar, ia adalah ibarat sampah kecil yang ditiup oleh angin saja bagi sebuah parti tertua di negara ini.

    BalasPadam
  3. Alang2 ajak lah sekali kolid samak, zul phd, hanipa midin, husam, dan yg sejiwa dgn mereka. Yg bekerjasama adalah parti dan parti bkn individu. Klu parti rasa cara nk menukar tu tak elok...kene terima la...bkn ikut buta. Kita ada agama..zolim nama nya menjatuhkan org lain dfn cara yg x betul. Dah la menipu...mula2 kata xnak tukar...pastu tukar pulak. Pastu fitnah lg bila x stuju. Itu pun xleh faham ke?

    BalasPadam