Khamis, 23 Oktober 2014

Berbeza pendapat pon kena label macam-macam

Kata Dr Asri dalam rancangan Dialog isu ISIS kat RTM1malam tadi ," Apabila kita berbeza pandangan dan fahaman janganlah sampai sanggup nak bermati-matian dan berbunuhan.."
Yang ni aku setuju. Contoh apabila kita berbeza pandangan dan fikiran terus cop munafik haraki Aids Haraki dan berdoa laknat..sampai tara ni kira dasyat la..bukan sapa2 pon sama sendiri jugak.
Musuh politik sebenar depan mata buat2 tak nampak..tidoq lena.


Kini Pas alami sindrom label yang teruk dan berada diambang perpecahan dalaman yang tak boleh dinafikan lagi.Perang dalam media sosial antara dua pihak yang bertelagah semakin dasyat.
Pemimpin parti dituduh sebagai jebon,Islam Liberal oleh para facebooker yang baru setengah masak dan baru berjinak2 dalam media sosial berselindung disebalik berbagai nama samaran.

Lebih dasyat lagi puak-puak yang mengaku ulama dan para ostad yang baru nak 'up' ni serang pemimpin dalam Pakatan hingga terlupa siapa musuh sebenar mereka dalam politik iaitu Umno-BN.

Mereka lupa isu berkait dengan rakyat iaitu kos sara hidup yang meningkat dan harga minyak yang naik mendadak yang menjerut tengkok rakyat.Mereka lebih pentingkan perebutan jawatan dalam parti dan berkempen secara halus melalui program Liqa',Tarbawi,Nekad dan macam-macam lagi yang semuanya hanya satu tujuan untuk menangkan puak depa dalam pemilihan tahun depan.

1 ulasan:

  1. Ya,memang betul tu,buat malu aje,tembak menembak sama sendiri demi kepentingan politik sendiri,
    sepatutnya mereka kena halakan muncung senapang mereka pada musuh sebenarnya umno.

    BalasPadam