Selasa, 10 Februari 2009

Umno-Karpal Singh-Nizar...Siapa Yang Derhaka Dan Hina Sultan?

Sejak umno kalah teruk dalam PRU ke-12 tahun 2008,umno terus tidak berdiam diri untuk menarik balik sokongan rakyat kepada umno-Bn.Berbagai cara dilakukan umno untuk merampas kembali negeri2 yang dikuasai Pakatan rakyat kedalam genggaman umno.Bagi umno matlamat menghalalkan cara,kalau cara pujuk tak dapat cara kasar umno gunakan.Sehinggalah timbul isu wakil rakyat hilang,kena culik,kena kurung,kena beli dan macam2 kena lagi.Tragedi rampasan kuasa di Perak adalah contoh matlamat menghalalkan cara yang umno lakukan sehingalah timbul isu derhaka dan hina sultan ditimbulkan umno setelah berjaya merampas kerajaan Perak dari tangan Pakatan rakyat.Umno diibaratkan "baling batu sembunyi tangan"dalam isu derhaka dan hina sultan di Perak.Umno tuduh MB Nizar derhaka kepada sultan Perak kerana tidak akur arahan sultan letak jawatan sebagai MB.Umno tuduh Karpal Singh hina sultan kerana mahu menyaman baginda di mahkamah kerana tindakan baginda lantik MB haram di Perak.Umno memang pandai kalau bab2 "batu api",pura2 taat setia di belakang sultan,buat demo kononnya mempertahankan institusi raja-raja Melayu,umno minta PM Dolah gunakan ISA kepada sesiapa yang hina raja2 Melayu.Itulah umno dulu kini dan selamanya yang tak berubah walaupun di hina dan diajar oleh rakyat dalam PRU-12 yang lepas.Sebenarnya pemimpin umno tahu apa yang dilakukan MB Nizar dalam mempertahankan jawatan MB itu sah di sisi undang2 Tubuh Kerajaan Negeri Perak tetapi pemimpin umno tidak bagi tahu umno bawahan yang sememangnya buta undang2 yang hanya tahu melalak,menjerit,naik banner,kain rentang di tepi2 jalan dengan tertera "Daulat Tuanku ,Nizar Derhaka".Orang umno bawahan ini ,perlembagaan umno pun dia tak tahu apalah lagi undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak lagi la dia tak reti dan tak faham,kalau batang tubuh lain dia faham la..Karpal Singh yang selalu timbul isu kontroversi tu pula dituduh hina raja pasal nak saman sultan,lupakah umno siapa orangnya yang buang imuniti raja2 Melayu sehingga sultan boleh didakwa di mahkamah?Tak lain tak bukan orangnya ialah Tun Dr Mahathir bekas ahli umno dan mantan PM.Aku nak tanya umno...ada orang Pas,Pakatan rakyat naik kain rentang maki hamun raja sperti yang berlaku di Trengganu kerana tak puas hati kat Sultan Mizan kerana tolak calon MB pilihan umno?"NATANG" ka "MENATANG"ka semua tu satu spesis sapa yang buat?Siapa dok belakang Mahathir lawan raja2 Melayu cabut kuasa raja tak lain tak bukan UMNO yang buat2 lupa..sebenarnya umno lah yang bagi jalan untuk Karpal menyaman sultan.Umno kena pinda perlembagaan Malaysia bagi raja2 mahupun sultan kembali "KEBAL" di sisi undang2 kalau betul umno nak jaga sultan!Pinda apa yang Mahathir buat dulu kalau umno "sayang dan cinta pada sultan".lepas tu tanya Mahathir setuju ke tidak.Sebenarnya pemimpin umno-Bn ,menteri2 kabinet BN tak ubah macam dalam filem hindi dan tamil yang kita tengok dalam TV di luar nampak baik ,tabur duit sana-sini tapi dalam perut mereka penuh dengan segala macam paku karat,duri tambun taik,racun yang amat berbisa...Umno tak kutuk Karpal bila Karpal menentang penubuhan negara Islam,umno senyap sepi kalau orang menghina Islam,kerana semua tu tak menguntungkan umno.Kepada umno bawahan,Ngo2 pro umno yang buta undang2 belajar2 lah baca buku perlembagaan umno sebelum bercakap pasal perlembagaan negeri dan persekutuan..sebenarnya umno lah yang derhaka ..tapi sultan dan raja2 melayu diam sajaaa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan