Selasa, 17 Februari 2009

Siapa Yang Lebih Dulu Terbogel?

Azmin Ali, ahli parlimen dan adun Parti Keadilan Rakyat dalam satu ceramah "krisis Perak" menyatakan dengan penuh azam akan telanjang dan bogelkan Khir Toyo yang jadi ketua pembangkang dalam dun Selangor dengan segala jenis rasuah dan penyelewengan yang dilakukan semasa beliau jadi MB Selangor dahulu.Katanya banyak bahan bukti dan laporan polis telah dibuat namun tidak ada sebarang siasatan dilakukan terhadap Khir Toyo.Entah kenapa BPR yang sekarang dah tukar nama kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) tidak berani bertindak terhadap Khir Toyo.Ilmu kebal apa yang Khir Toyo pakai , mengalahkan raja2 Melayu dan Sultan yang ada.Yang menghairankan hujan tidak,ribut pun tidak tup-tup meletup cerita adun Bukit Lanjan,Elizabeth Wong gambarnya berbogel pula yang tersebar di internet,macam nak meletup imej Pakatan Rakyat.Eli yang juga seorang exco dalam kerajaan negeri Selangor terkejut dan tergamam lidah kelu tak terkata.Gambar itu dalam keadaan bogel sambil tidur dalam rumahnya diambil tanpa sedar oleh bekas kekasihnya seperti yang dilaporkan oleh Malaysiakini.Maka ramailah pihak terutamanya oleh umno Selangor minta beliau letak jawatan.Eli sendiri dah hantar notis letak jawatan sebagai adun dan exco kepada MB Tan Sri Khalid.Ada yang kata eli berbogel dalam rumahnya sendiri itu hal peribadi dia,di nak menonggengka.dia nak senam hari-hari mauka,cakar harimauka ,cakar kucing ka itu hak dia.Tapi persepsi orang tak sama..ada yang kata dari segi moral sebagai seorang pemimpin tak sepatutnya beliau berbuat demikian,walaupun dalam rumah sendiri .Kata Tok Guru Nik Aziz dalam Sinar Harian ,tak mau masuk campur sebab itu hal privacy Eli,ini kira nasib la diketahui orang, tak diketahui orang pun kira nasib juga,kata tok guru.Kata Khir Toyo lain pula,mesti letak jawatan, tak bermoral,tak beretika si eli ni.Masa ni lah Khir Toyo nak ambil kesempatan untuk memburuk-burukkan Pakatan rakyat dengan semau2nya supaya Azmin Ali tak dapat londehkan Khir dalam sidang dun selangor mac nanti.Bagi Khir,sebelum Azmin londehkan aku ,lebih baik aku telanjangkan dulu Eli...Kepada Azmin jangan cakap saja kalau betul2 ada bukti tunjukkan kepada rakyat berapa banyak harta,saham2dan kemewahan yang Khir ada,jangan jadi macam saudara Ezam cakap ada berpeti2 dokumen rahsia salah laku pemimpin BN, tapi bila dah terjun dalam tong najis umno satu peti pun tak ada.Awas Pakatan rakyat dengan mainan politik BN yang kotor dan jijik ini,BN tak kira dalam kelambu ka,bawah katilka ,atas katilka, janji boleh dijadikan isu untuk pilihanraya kecil Bukit Gantang dan Bukit Selambau.Antara BN dan Pakatan rakyat siapa yang akan rugi segantang untung secupak ,hanya rakyat yang jadi penentu.Siapa akan LENJANKAN siapa Allah saja yang tahu...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan