Sabtu, 28 Februari 2009

"Umpama Anjing Makan Muntahnya"

Insiden serangan ala kumpulan gangster yang berlaku di bangunan parlimen oleh segerombolan pemuda umno pada khamis lalu begitu memalukan rakyat Malaysia yang cintakan adab dan tatasusila budaya timur.Selalunya apabila dewan parlimen bersidang akan adalah lawatan pelajar daripada mana-mana sekolah untuk melihat secara langsung bagaimana sidang parlimen berjalan.Entah pada hari tu ada ketidak budak-budak sekolah nampak kejadian di luar dewan tu tak taulah.Kalau nampak bolehlah budak2 sekolah jadikan alasan kenapa mereka melawan cikgu,pukul cikgu,tendang cikgu,sembur cat kereta cikgu kerana "murid-murid besar" mereka pun sama macam mereka.Apatah lagi "guru paling besar" mereka yang ada di Kementerian Pelajaran, Hisahamudin tu otak dia pun sama macam keldai2 yang nak tumbuk" Raja Singh" yang jadi OKU tu.Ulasan oleh Ketua penerangan umno Malaysia, Mat Taib pula berbunyi lebih kurang begini"Karpal dulu dah besa kena lempang dah pasai hina raja,patut beliau jadi pengajaran supaya jangan diulang-ulang benda yang sama"(astro awani berita jam 7.45).Ulasan macam ni bukan nak mengurangkan ketegangan tapi menambah tahil pemuda umno untuk terus bersikap kurang ajar tak kira di mana2 tempat hatta di bangunan parlimen tempat terbentuknya segala jenis undang2.Pemuda umno yang terlibat ugut "Raja Singh tu dan turut berkelai dengan ank "Raja Singh", Gobind menganggap bangunan parlimen macam tempat berebut tapak pasar malam,kedai kopi tumbuk kawan tak bayar utang,bar tumbuk orang sebab "minum" banyak,pusat dangdut bertumbuk pasai berebut GRO sebab itu pemuda umno buat macam tu.Aku hairan kenapa pihak polis dan petugas keselamatan lambat bertindak untuk meleraikan pergaduhan tersebut.Kenapa biar sampai dua tiga puluh minit baru nak bertindak?Seolah-olah polis takut dengan pemuda umno tu.Dulu semasa penyokong pakatan rakyat buat demo bantah lantik MB haram kat Perak,pemimpin umno kata Pakatan rakyat biadab,kurang ajar.menjejaskan ekonomi,menakutkan pelabur, tapi bila pemuda umno terpa ke parlimen cari "Raja Singh"yang berkerusi roda tu ugut2 boleh pulak.Kata Mat Taib lagi"kerana mulut badan binasa".Ha eloklah tu ketua penerangan umno Malaysia cakap macam tu, sama macam otak JKK umno dalam kampung ja.Dengar2 cerita pemuda umno yang sorang tu anak guru silat,takkan nak lawan OKU kot.Aku syorkan kepada ahli parlimen pakatan rakyat lepas ni kena belajaq seni mempertahankan diri bila nak masuk parlimen.Tak kiralah belajaq main tomoi ka,ibu gayung ka,shaolin,kung fu atau kalaripayat ka janji kena belajaq habuan nak tepis kot2 penumbuk sesat hinggap kat muka.Biar pemuda umno tau rabu-khamis, jumaat selang2.Inilah umno parti yang tamak lagi gelojoh,tak cukup dengan kuasa yang ada,tidak dapat membezakan antara yang baik dengan jahat,antara yang terlarang atau tidak,sama macam peribahasa Melayu di atas.Undang-undang hanya untuk rakyat yang menentang umno, tapi untuk umno dan rakan2nya tak perlu undang2, boleh "cowteam".

Khamis, 26 Februari 2009

Kenapa Ada "Orang" Nak Pertahan Pak Lah Jadi PM?

Semakin dekat talian hayat Pak Lah jadi PM terdapat sesetengah pemimpin dalam Pakatan rakyat maukan Pak lah terus jadi PM sehingga pru -13 akan datang.Kenapa pemimpin Pakatan rakyat berfikir begitu?Ada yang kata dripada kita lawan Najib lebih baik kita lawan Pak lah ,sebab Pak lah tak seganas Najib dalam berpolitik.Aku rakyat biasa ni tak berapa suka dengan orang yang berfikiran begitu.Betul.Najib memang rakus,gila kuasa dan tamak dalam berpolitik kalau tidak takkan dirampasnya Perak daripada tangan Pakatan rakyat.Takut sangatkah kita dengan Najib ni,sampai tak bagi Pak lah berenti?Pak lah yang mencipta projek Islam Hadhari sehingga menang besar dalam pilihanraya 2004 telah ditolak dalam pru-12 yang lalu mengakui yang Islam hadhari ciptaanya telah berakhir dan sekarang Pak lah pun dah tak sebut lagi dah Islam Hadhari.Dikemuncak Islam Hadhari dulu ramai tok2 guru pondok.ustaz2 hatta pemimpin Pas mengatakan Islam Hadhari sesat,bidaah,syirik dan macam2 lagilah sampai ada yang kata Pak lah nabi Islam hadhari.Sekarang ni bila Pak lah nak berenti jadi PM ramai pula orang Pakatan sokong Pak lah terus jadi PM.Kenapa sekarang kita nak peluk Pak lah,tarik kaki Pak lah supaya jangan letak jawatan sebagai PM?Mungkin juga strategi pemimpin Pakatan nak laga2kan Pak lah-Najib supaya umno terus berkecamuk,itu aku tak tak tau la.Tapi dulu berapi-api pemimpin Pas tiupkan semangat jihad kedada2 orang Pas dengan mengambil contoh pejuang2 terdahulu dalam mempertahankan Islam seperti Khalifah Omar al-Khatab.Omar mokhtar,Salahuddin al -Ayyubi dan banyak lagi lah,tapi sekarang tiba2 tidak begitu berani untuk menghadapi Najib sebagai PM.Ilmu apa yang Najib pakai sampai kita tak berani nak berdepan dengan beliau.Waktu ni la kita nak guna semangat jihad lawan Najib jangan dok kira nak muqabalah ja.Apakah kita takut 2-3 negeri lagi hilang dari tangan Pakatan rakyat bila Najib berkuasa penuh atau Tuhan akan cabut semua negeri yang kita ada?Bagi aku sebesar zarrah pun tak percaya dengan umno ni .Ingatlah akan rakyat Perak yang sanggup berguling di jalanraya,yang menangis sampai bengkak mata yang tak tidur beberapa hari mengenangkan negeri pakatan dirampas umno, tiba2 ada "orang"pakatan nak pertahan Pak lah pula!Lagi cepat Najib jadi PM lagi cepat Umno hancur .Ingatlah gajah dengan gajah berkelai pelanduk di tengah mati terpijak.

Selasa, 24 Februari 2009

Sampai Bila La Cerita Lembu Ni Nak Habis?...

Sebelum timbul krisis rampasan kuasa di Perak, cerita lembu korban ni dah pun ditimbulkan oleh Khir toyo,ketua pembangkang dun Selangor.Aku ingat bila tragedi "black Friday" di Perak berlaku yang tiada kesudahan hingga sekarang ni,akan redalah kes lembu korban ni,rupa2nya tidak.Bahkan ketua pengarah SPRM akan mendakwa Tan Sri Khalid,MB Selangor kononnya ada asas berlakunya penyelewengan dalam agihan lembu2 korban ni.Pusing sana-pusing sini,"haru sana-haru sini" lembu juga yang jadi minat Khir toyo dan ketua pengarah SPRM untuk dijadikan modal politik dan pendakwaan di mahkamah.Apa tak ada cerita lain ka nak disajikan kepada rakyat Selangor,negeri yang maju dan terkaya di Malaysia ini?Lembu tu pun dah tak ada,dah jadi taik dah,Indah Water dah sedut tah kemana peginya pun tak tahu daaah.Mungkin juga dah disuling airnya dan diminum oleh Khir toyo dan orang umno Selangor dan Pakatan rakyat.Yang ada mungkin resit beli lembu saja yang tinggal.Takkan bekas tokoh korporat,taukeh Guthrie nak sapu duit lembu yang tak berapa sen tu.Banyak lagi projek mega yang untung berjuta2 ringgit kalau MB Khalid nak sapu.Tak terfikirkah kita semua wahai rakyat Selangor...Aku agak masa buat korban hari tu Tan Sri Khalid tak bagi ekor lembu korban tu sebatang dua itu pasal Khir toyo tak puas hati.Khir toyo masa jadi MB dulu ada orang bagi jam bernilai rm150000,beli bangunan kat Mekah rm8-9 juta nilainya tak ada pula mana2 orang nak bising satu Selangor.Kalu tak betul jangan saman aku ,saman Suara Keadilan edisi Isnin 23hb feb 09.Tak malukah kita pada pelabur2 asing yang melabur kat Selangor ni dan satu dunia dok baca kes lembu ni dah berbulan2 dah tak abis2 lagi.Aku ingat Khir Toyo ni beranak tahun lembu kot ,sebab tu dia jadi gila meroyan dengan lembu.Sebenarnya Khir toyo marahkan rakyat Selangor kerana menangkan Pakatan rakyat dalam PRU-12 yang lalu ,dia terkejut dan pengsan bila sedar yang tinggal hanya "lembu2nya saja yang bersamanya"Rakyat Selangor hanya makan daging lembu tapi tak bodoh macam lembu.Lembu lembu lembu bila mau abis daaaa...

Ahad, 22 Februari 2009

Polis Mesti Siasat myKMU.net

Laman web myKMU.net dalam ulasannya tentang isu penggantungan MB Perak dan 6 exco haram tu menghasut orang ramai supaya di bunuh sahaja S.Sivakumar, Speaker dun Perak.Pihak polis mesti menyiasat laman web tersebut,sama seperti menyiasat laporan polis yang dibuat oleh umno-bn terhadap pemimpin parti2 Pakatan rakyat.Hasutan bunuh sebegini amat merbahaya dan boleh menimbulkan suasana tegang dikalangan rakyat.Cukuplah hanya sekadar tuduh-menuduh janganlah sampai hendak berbunuh2 pula.Pemimpin umno tidak bersuara dalam hal ini kerana myKMU.net adalah agen umno.Cuba kalau laman web pro pakatan rakyat berbuat demikian aku agak dah lama pejabat kena selongkar,komputer di rampas dan orang yang terlibat akan diseret kebalai polis dan di lokap beberapa hari.Jika hasutan bunuh ini tidak diambil apa2 tindakan ,negara kita akan jadi seperti negara "koboi" kita boleh tembak,bunuh sesiapa saja yang kita suka.Jangan cakap suruh bunuh bukan Melayu,yang Melayu pun dah ramai terkorban akibat hasutan puak2 umno ni.Peristiwa Memali,Lubuk Merbau dan Batu Buruk menjadi contoh orang Melayu terbunuh dan ditembak tanpa ada perikemanusiaan oleh "Tentera Bersekutu" umno iaitu polis dan SB.Mereka terbunuh semata2 hanya demi kepentingan politik kotor dan jijik umno yang tidak merasa puas dengan kuasa yang ada.Apakah laman web tersebut tidak ingat?Bunuh pemimpin tidak akan selesai masalah.Seorang terbunuh berpuluh ribu lagi akan bangun memberontak,dendam kesumat akan bermaharaja lela, apakah ini yang kita mahu?Israel begitu berani membunuh rakyat Palestine kerana Amerika ada di belakangnya.myKMU ni berani sangat suruh bunuh orang bukan Melayu ni berlindung di balik pintu siapa?Umno jangan ingat polis,SB,SPRM berada di belakang ,kamu boleh buat apa saja termasuk bunuh orang sesuka hati.Rakyat kalau bangun memberontak tidak kira Melayu,Cina dan India ,apakah umno mampu melawannya?Binasa pulut kerana santan,binasa badan kerana mulut! .Zaman sekarang nak ugut orang hantar peluru hidup,dah jadi macam hantar kuih "pau"saja tak ada rasa apa2...Bertindaklah Polis demi keselamatan rakyat yang membayar gaji kamu semua,bini kamu dan anak2 kamu.

Sabtu, 21 Februari 2009

Umno Gelabah Dengan S.Sivakumar

Politik Perak terus berserabut.Rakyat Perak entah dah jadi apa pun tak tahu la.Terkini tindakan Speaker dun Perak ,Sivakumar menggantung MB Perak dan 6 exco daripada hadir sidang dun Perak selama 18 bulan menyebabkan umno jadi kecut perut,tak tentu arah dan merupakan satu keputusan yang tak disangka2 oleh umno.Umno jadi pelupa dan Tuhan sengaja nak bagitau kepada umno tidak semua benda yang jadi perancangan jahat umno untuk tumbangkan kerajaan halal Pakatan rakyat di Perak berjalan dengan lancar.Umno yang gelabah mulalah mengadu kepada polis dan SPRM supaya mengambil tindakan terhadap Sivakumar kononnya bertindak tidak ikut peraturan,derhaka kepada Sultan Perak dan salah guna kuasa sebagai speaker.Maka ramailah pemimpin umno mengeluarkan pendapat yang mengutuk speaker itu termasuk Pak Lah yang berada di hujung usia sebagai PM.Tu pun kalau dia mau berenti la.Inilah umno satu parti "double standard",bila umno rampas kerajaan Perak daripada tangan Pakatan rakyat secara haram tidak pula dianggap sebagai melanggar peraturan.Dalam hal ini Najib nampak agak diam dan tidak bersuara mungkin juga Najib tahu itu kesilapan beliau kerana terlupa membeli S.Sivakumar terlebih dahulu!Ingatlah Najib dan umno,perancangan jahat yang kamu buat itu tidak akan sempurna ,tapi perancangan Tuhan itulah yang lebih baik.

Selasa, 17 Februari 2009

Siapa Yang Lebih Dulu Terbogel?

Azmin Ali, ahli parlimen dan adun Parti Keadilan Rakyat dalam satu ceramah "krisis Perak" menyatakan dengan penuh azam akan telanjang dan bogelkan Khir Toyo yang jadi ketua pembangkang dalam dun Selangor dengan segala jenis rasuah dan penyelewengan yang dilakukan semasa beliau jadi MB Selangor dahulu.Katanya banyak bahan bukti dan laporan polis telah dibuat namun tidak ada sebarang siasatan dilakukan terhadap Khir Toyo.Entah kenapa BPR yang sekarang dah tukar nama kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) tidak berani bertindak terhadap Khir Toyo.Ilmu kebal apa yang Khir Toyo pakai , mengalahkan raja2 Melayu dan Sultan yang ada.Yang menghairankan hujan tidak,ribut pun tidak tup-tup meletup cerita adun Bukit Lanjan,Elizabeth Wong gambarnya berbogel pula yang tersebar di internet,macam nak meletup imej Pakatan Rakyat.Eli yang juga seorang exco dalam kerajaan negeri Selangor terkejut dan tergamam lidah kelu tak terkata.Gambar itu dalam keadaan bogel sambil tidur dalam rumahnya diambil tanpa sedar oleh bekas kekasihnya seperti yang dilaporkan oleh Malaysiakini.Maka ramailah pihak terutamanya oleh umno Selangor minta beliau letak jawatan.Eli sendiri dah hantar notis letak jawatan sebagai adun dan exco kepada MB Tan Sri Khalid.Ada yang kata eli berbogel dalam rumahnya sendiri itu hal peribadi dia,di nak menonggengka.dia nak senam hari-hari mauka,cakar harimauka ,cakar kucing ka itu hak dia.Tapi persepsi orang tak sama..ada yang kata dari segi moral sebagai seorang pemimpin tak sepatutnya beliau berbuat demikian,walaupun dalam rumah sendiri .Kata Tok Guru Nik Aziz dalam Sinar Harian ,tak mau masuk campur sebab itu hal privacy Eli,ini kira nasib la diketahui orang, tak diketahui orang pun kira nasib juga,kata tok guru.Kata Khir Toyo lain pula,mesti letak jawatan, tak bermoral,tak beretika si eli ni.Masa ni lah Khir Toyo nak ambil kesempatan untuk memburuk-burukkan Pakatan rakyat dengan semau2nya supaya Azmin Ali tak dapat londehkan Khir dalam sidang dun selangor mac nanti.Bagi Khir,sebelum Azmin londehkan aku ,lebih baik aku telanjangkan dulu Eli...Kepada Azmin jangan cakap saja kalau betul2 ada bukti tunjukkan kepada rakyat berapa banyak harta,saham2dan kemewahan yang Khir ada,jangan jadi macam saudara Ezam cakap ada berpeti2 dokumen rahsia salah laku pemimpin BN, tapi bila dah terjun dalam tong najis umno satu peti pun tak ada.Awas Pakatan rakyat dengan mainan politik BN yang kotor dan jijik ini,BN tak kira dalam kelambu ka,bawah katilka ,atas katilka, janji boleh dijadikan isu untuk pilihanraya kecil Bukit Gantang dan Bukit Selambau.Antara BN dan Pakatan rakyat siapa yang akan rugi segantang untung secupak ,hanya rakyat yang jadi penentu.Siapa akan LENJANKAN siapa Allah saja yang tahu...

Ahad, 15 Februari 2009

Umno Lebih Zalim Daripada Lanun Somalia

LBerkata YB Husam Musa dalam satu ceramah isu Perak di Shah Alam,"umno lebih zalim dari lanun Somalia yang berada di tengah laut dalam isu rampasan kuasa di Perak."Sebab itulah Tuan Guru haji Hadi melabelkan kerajaan umno di Perak sebagai "kerajaan perompak".Itulah umno kalau bini orang pun boleh tawar menawar untuk diambil buat bini apalah sangat kalau nak beli posmen pencen yang jadi adun bebas di Behrang , kapten pencen dari Changkat Jering dan adun Jelapang yang cacat itu .Bagi umno bujur lalu melintang patah semua dia sapu rakyat nak bising,nak saman,nak demo pasal isu Perak,umno tak heran kerana di belakang umno berdiri teguh juak2 umno,kaum kerabat umno yang terdiri daripada SPR,Polis,SB ,NGO2 dan kaki samseng yang bergantung hidup dengan umno.Kalau lanun Somalia hanya tunggu di laut tengok mana2 kapal tangki lalu, di rompak dan di colek minta wang tebusan apa beza dengan umno yang menghilangkan adun di Perak,dipaksa mengaku jadi calon bebas,yang tiba2 muncul di Pekan,Pahang dan Putrajaya seterusnya mengaku menyokong umno.Begitu juga dengan V.Arumugam adun Bukit Selambau terpaksa mengalah,letak jawatan kerana diugut,keluarga diancam tapi beliau lebih bermaruah daripada adun2 di Perak yang melompat parti.Tahniah buat V.Arumugam!Walaupun laporan polis di buat oleh beliau namun satu pun tidak diambil tindakan oleh pihak polis.Polis lebih sibuk melayan laporan polis yang di buat oleh umno mengenai Karpal Singh yang menyaman sultan."Rakyat tidak takut kepada gelaran dan kebesaran yang kamu ada wahai umno tapi rakyat menghormati kepada pemimpin yang berani menegakkan keadilan dan kemungkaran..."Lanun Somalia minta duit,lanun umno bagi duit.

Tv3 Dan Utusan Malaysia Sampai Bila Nak Sedar?

Media arus perdana terus memainkan isu derhaka MB Nizar untuk meraih sokongan rakyat kepada umno-bn menjelang pilihanraya kecil Bukit Gantang dan Bukit Selambau.Ada pun di pihak umno pula yang terus buat demontrasi kononnya mempertahankan sultan dalam isu di Perak nampak sangat perkaumannya umno sehingga dah ada yang menghunuskan keris seperti yang ditunjukkan oleh tv3 dalam berita jam 8.Teruskan wahai umno hulur keris di mana2 saja tempat ,lagi banyak umno dok hulur keris lagi cepat talian hayat umno tamat.Rakyat sekarang dah tak boleh nak diperbodohkan lagi dengan segala macam media pro umno-bn yang sarat dengan putar belit,berat sebelah dan berunsur perkauman.Umno kena ingat ,yang jadi penentu negara ini bukan tv3,bukan Utusan Malaysia,tapi yang jadi penentu negara ini adalah kuasa rakyat seperti yang ditunjukkan dalam PRU-12 dan pilihanraya kecil Permatang Pauh dan Kuala Trengganu.

Jumaat, 13 Februari 2009

Khir toyo bawa "penyapu" ke Pulau Pinang

Dilaporkan,Khir Toyo calon ketua pemuda umno telah pergi berdemontrasi di hadapan rumah Karpal Singh di Pulau Pinang bersama ahli2 dan penyokong umno.Hebat sungguh makhluk yang bernama khir toyo ini,tak puas berdemo bela sultan di Selangor sampai ke Pulau Pinang tunjukkan amarahnya pada Karpal Singh.Nasib baik polis FRU berkawal di hadapan pintu rumah Karpal, kalau tidak sudah tentu dibedalnya Karpal dengan "penyapu" sial yang memalitkan Khir dengan kekalahan umno-bn dalam PRU-12 yang lalu.Malaysia Kini melaporkan Khir dan rakan2nya di bawa ke balai polis berhampiran untuk diambil "statement"kerana berdemo secara haram.Tak abis dengancerita lembu korban, khir buka pula cerita nak bela raja2 Melayu di negeri yang tak ada sultan tu..Umno Pulau Pinang mungkin dah tak ada orang lain nak dipanggil jadi ketua demontrasi haram tu sebab tu Khir sanggup turun sampai ke Pulau Pinang.Sebenarnya kelantangan Khir Toyo tak lain tak bukan hanya sekadar nak meraih undi ahli2 umno untuk pemilihan jawatan Ketua Pemuda Umno Mac akan datang.Khairy menantu Pak lah ,Mukhriz anak Tun Mahathir yang turut merebut jawatan ketua pemuda umno turut menjadi jaguh membela sultan dan raja2 semuanya sama tujuan supaya dilihat berkebolehan oleh ahli2 umno untuk memegang jawatan tersebut.Adakah "penyapu" Khir akan terus membawa sial kepada khir dalam merebut jawatan ketua pemuda umno nanti?Sama2lah kita tengok nanti..pada Khir janganlah nak "perambat" Karpal dengan penyapu pula ,tenang2 lah fikiran yang sudah tu sudah laa..

Selasa, 10 Februari 2009

Umno-Karpal Singh-Nizar...Siapa Yang Derhaka Dan Hina Sultan?

Sejak umno kalah teruk dalam PRU ke-12 tahun 2008,umno terus tidak berdiam diri untuk menarik balik sokongan rakyat kepada umno-Bn.Berbagai cara dilakukan umno untuk merampas kembali negeri2 yang dikuasai Pakatan rakyat kedalam genggaman umno.Bagi umno matlamat menghalalkan cara,kalau cara pujuk tak dapat cara kasar umno gunakan.Sehinggalah timbul isu wakil rakyat hilang,kena culik,kena kurung,kena beli dan macam2 kena lagi.Tragedi rampasan kuasa di Perak adalah contoh matlamat menghalalkan cara yang umno lakukan sehingalah timbul isu derhaka dan hina sultan ditimbulkan umno setelah berjaya merampas kerajaan Perak dari tangan Pakatan rakyat.Umno diibaratkan "baling batu sembunyi tangan"dalam isu derhaka dan hina sultan di Perak.Umno tuduh MB Nizar derhaka kepada sultan Perak kerana tidak akur arahan sultan letak jawatan sebagai MB.Umno tuduh Karpal Singh hina sultan kerana mahu menyaman baginda di mahkamah kerana tindakan baginda lantik MB haram di Perak.Umno memang pandai kalau bab2 "batu api",pura2 taat setia di belakang sultan,buat demo kononnya mempertahankan institusi raja-raja Melayu,umno minta PM Dolah gunakan ISA kepada sesiapa yang hina raja2 Melayu.Itulah umno dulu kini dan selamanya yang tak berubah walaupun di hina dan diajar oleh rakyat dalam PRU-12 yang lepas.Sebenarnya pemimpin umno tahu apa yang dilakukan MB Nizar dalam mempertahankan jawatan MB itu sah di sisi undang2 Tubuh Kerajaan Negeri Perak tetapi pemimpin umno tidak bagi tahu umno bawahan yang sememangnya buta undang2 yang hanya tahu melalak,menjerit,naik banner,kain rentang di tepi2 jalan dengan tertera "Daulat Tuanku ,Nizar Derhaka".Orang umno bawahan ini ,perlembagaan umno pun dia tak tahu apalah lagi undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak lagi la dia tak reti dan tak faham,kalau batang tubuh lain dia faham la..Karpal Singh yang selalu timbul isu kontroversi tu pula dituduh hina raja pasal nak saman sultan,lupakah umno siapa orangnya yang buang imuniti raja2 Melayu sehingga sultan boleh didakwa di mahkamah?Tak lain tak bukan orangnya ialah Tun Dr Mahathir bekas ahli umno dan mantan PM.Aku nak tanya umno...ada orang Pas,Pakatan rakyat naik kain rentang maki hamun raja sperti yang berlaku di Trengganu kerana tak puas hati kat Sultan Mizan kerana tolak calon MB pilihan umno?"NATANG" ka "MENATANG"ka semua tu satu spesis sapa yang buat?Siapa dok belakang Mahathir lawan raja2 Melayu cabut kuasa raja tak lain tak bukan UMNO yang buat2 lupa..sebenarnya umno lah yang bagi jalan untuk Karpal menyaman sultan.Umno kena pinda perlembagaan Malaysia bagi raja2 mahupun sultan kembali "KEBAL" di sisi undang2 kalau betul umno nak jaga sultan!Pinda apa yang Mahathir buat dulu kalau umno "sayang dan cinta pada sultan".lepas tu tanya Mahathir setuju ke tidak.Sebenarnya pemimpin umno-Bn ,menteri2 kabinet BN tak ubah macam dalam filem hindi dan tamil yang kita tengok dalam TV di luar nampak baik ,tabur duit sana-sini tapi dalam perut mereka penuh dengan segala macam paku karat,duri tambun taik,racun yang amat berbisa...Umno tak kutuk Karpal bila Karpal menentang penubuhan negara Islam,umno senyap sepi kalau orang menghina Islam,kerana semua tu tak menguntungkan umno.Kepada umno bawahan,Ngo2 pro umno yang buta undang2 belajar2 lah baca buku perlembagaan umno sebelum bercakap pasal perlembagaan negeri dan persekutuan..sebenarnya umno lah yang derhaka ..tapi sultan dan raja2 melayu diam sajaaa.

Isnin, 9 Februari 2009

Cabaran besar buat PAS dan Pakatan Rakyat di Bukit Gantang dan Bukit Selambau


Takziah buat keluarga Allahyarham hj Roslan shaharom ahli parlimen Bukit Gantang yang meninggal dunia. Moga Allah mencucuri rahmat keatasnya.Gendang perang pilihanraya kecil bermula lagi di parlimen Bukit Gantang dan Dun Bukit Selambau,Kedah.Arumugam dah letak jawatan Exco dan wakil rakyat Bukit Selambau.Kedua2 kerusi parlimen dan dun tersebut menambah panas situasi sedia ada yang kelam kabut di Perak kerana ada dua MB dalam satu negeri.satu MB haram satu MB halal...MB haram diketuai datuk Zambry,MB halal diketuai Datuk SERI Mohammad Nizar.Disebut HARAM kerana Tok Guru Nik Aziz yang sebut.Pas dah gerenti akan letak calonnya di parlimen Bukit Gantang kerana itu memang kerusi Pas.Inilah masanya rakyat Perak untuk menunjukkan undi protes kepada UMNO-BN kerana menipu dan menggulingkan kerajaan Pakatan rakyat di Perak sehingga jadi kacau bilau,haru biru sampai rakyat pun dah jadi meluat dan tak hormat lagi pada Sultan Perak kerana menyebelahi Umno-Bn dalam membuat keputusan yang dianggap tidak adil.Pas mesti bekerja keras bersama "adik-beradiknya" mempertahankan kerusi Parlimen Bukit Gantang demi maruah dan perjuangan Pas bersama Pakatan rakyat.Hentikan pertelingkahan antara Karpal Singh dan Anwar Ibrahim yang hanya merugikan sokongan rakyat kepada Pakatan rakyat!..Cabaran Pakatan rakyat juga akan diuji di Dun Bukit Selambau ,Kedah walaupun kerusi Dun tersebut milik Pakatan rakyat.Dalam keadaan sekarang Pas dilihat lebih layak untuk meletakkan calonnya, imej Pas belum tercalar dari segi calon yang melompat parti,lebih bermoral dan tidak belot.Penerimaan kaum Cina dan India kepada Pas pun semakin meningkat sejak kebelakangan ini ditambah dengan wujudnya Kelab Penyokong Pas dua kaum tersebut.Bagaimanapun kalau pemimpin PKR dan DAP terus berperang mulut lawan mengata hang la,kau la, pe**q pak hang, bu**h pak hang tak tau la boleh menang ke dak...jagalah dua kerusi tu supaya tak terlepas ke BN ,kalau BN dapat dua kerusi tu habis la maruah Pakatan rakyat.

Ahad, 8 Februari 2009

Betulkah PAS saja yang tunjuk perasaan?

Menteri Jabatan Perdana Menteri yang juga Timbalan Pengerusi Umno Negeri Perak Datuk Zahid Hamidi berkata hanya orang Pas saja yang berdemo pada jumaat lepas di depan masjid Ubudiah,Kuala Kangsar membantah pembentukan kerajaan HARAM di Perak.Betulkah?Zahid Hamidi sebenarnya cuba membatuapikan perpecahan dikalangan penyokong Pakatan Rakyat.Katanya Pas diperalat PKR dan DAP di Perak.Lebih baik penyokong Pakatan Rakyat dikalangan bukan Islam tidak hadir berdemo kerana Umno akan memainkan isu perkauman jika melibatkan orang2 Cina dan India.Biarlah orang Melayu saja yang tunjuk perasaan kerana ini melibatkan Sultan Perak,lagipun mana ada orangbukan Islam solat jumaat...tu pasal la mereka tak datang..

Sabtu, 7 Februari 2009

Polis bertindak biadap terhadap penyokong Pakatan Rakyat

Tindakan pihak polis FRU menyuraikan tunjuk perasaan penyokong Pakatan rakyat di depan Istana Iskandariah,Kuala Kangsar begitu biadap dan tidak bertimbang rasa. Polis FRU melepaskan bom asap pemedih mata yang tak sepatutnya di lakukan.Ini menyebabkan penyokong Pakatan rakyat bertambah marah,sudahlah umno BN merampas secara HARAM kerajaan negeri Perak dari Pakatan rakyat bom pemedih mata pula yang mereka dapat.Pihak polis juga bertindak mengawal bangunan SUK kononnya untuk keselamatan tidak boleh di terima rakyat negeri Perak.Bilik MB Perak diselongkar sehingga kosong.Pihak polis memang sentiasa menyebelahi umno BN dalam segala segi dan sampai bila2pun selagi Umno BN berkuasa.Mengapa apabila puak2umno dan talibarut umno termasuklah NGO2 yang bersekongkol dengan umno tunjuk perasaan di selangor kerana kalah dalam PRU ke 12 yang lalu tidak diambil tindakan yang sama?Ingatlah kamu semua tu makan gaji duit rakyat bukan duit umno!