Ahad, 6 Mac 2011

Pemuda Umno- BN buat kecoh di prk Merlimau


Kekecohan dalam prk Merlimau tercetus malam tadi di Kampung Chin Chin di hadapan tempat pembuangan undi di Sekolah Kebangsaan Chin Chin gara -gara tindakan SPR yang mengarahkan supaya khemah yang didirikan yang jaraknya 50 meter daripada pusat pembuangan undi kepunyaan Pas dipunggah.Pihak SPR(gambar) sendiri yang memunggah khemah yang didirikan pihak Pas yang mendapat bantahan pekerja parti.Kejadian berlaku kira-kira jam 12 malam dan berakhir jam 2 pagi tadi.

Apa yang lebih menjadi kelam kabut ialah tindakan pihak Umno-Bn membuat provokasi kotor dan macam budak-budak tadika saja layaknya di hadapan penyokong Pas di seberang jalan .Mereka melaungkan ini bukan Penang..balikla!, Ini Tanah Melayu!, Ini bumi Hang Tuah! Mana Pemuda Pas! tak nak buka khemah, nanti kami bukakkk! Kebanyakkan pemuda Umno yang berlagak samseng itu daripada Selangor kerana baju T.Shirt yang mereka pakai tertera Pemuda BN Kelana Jaya. Pihak FRU turut hadir bagi mengawal ketegangan yang dicetuskan puak Umno-Bn yang berakhir tanpa sebarang kejadian yang tak diingini.

Pihak SPR pula buat undang-undang baru dalam pilihanraya kecil kali ini dengan tidak membenarkan kenderaaan yang mengangkut pengundi daripada menampal lambang parti pada kenderaan .Hanya warna hijau dan biru saiz A4 saja dibenarkan diletak pada kenderaan..Selamat Mengundi kepada para pengundi di Merlimau dan Kerdau.

Dicatat di Kampung Chin Chin , prk Merlimau.

Jumaat, 4 Mac 2011

Gelombang Timur Tengah:Muhyiddin dah kecut perut

Muhyiddin:Jangan hasut rakyat guling kerajaan-themalaysianinsider

Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini member amaran kepada pembangkang supaya tidak bermain api dengan menghasut rakyat menggulingkan kerajaan seperti yang sedang berlaku di Timur Tengah.

Timbalan Perdana Menteri berkata tindakan pemimpin pembangkang membandingkan Malaysia dengan negara-negara tertentu yang sedang menghadapi krisis politik itu adalah sesuatu yang amat tidak bertanggungjawab.

“Ini provokasi pembangkang...tidak bertanggungjawab, tidak demokratik dan sengaja mahu membuat huru-hara bila mana buat perbandingan situasi di Malaysia bila semua orang tahu, adalah negara yang aman, makmur dan membangun dengan pesat, rakyat jelata menikmati kemajuan yang agak tinggi berbanding negara itu,”

katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis beramah mesra dengan penduduk Kampung Badok di sini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan pemimpin pembangkang dalam siri ceramah pada pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Pahang kawasan Kerdau di Pahang dan pilihan raya kecil bagi kerui DUN Melaka kawasan Merlimau, yang seolah-olah mengajak rakyat berdemonstrasi menggulingkan kerajaan.

Muhyiddin berkata pembangkang seharusnya jujur jika mahu membandingkan Malaysia dengan negara-negara yang sedang dilanda krisis politik itu.

“Dia boleh buat perbandingan tapi sebenarnya bukan satu perbandingan (yang) betul, apa lagi membuat provokasi, macam bermain dengan api, memprovokasi rakyat bangkit dan menentang kerajaan,” katanya.-TMI

Siapa hantar samseng di prk Merlimau dan Kerdau.Siapa pancitkan tayar kenderaan, tabur paku, pecah cermin kereta, serbu markaz Pas macam anjing gila di Kerdau.Apakah ini bukan kerja provokasi?Umno mengaku dan yakin akan menang dalam prk Kerdau dan Merlimau tapi kenapa kalau anak jantan cetus provokasi dan tabur fitnah untuk menang?

Kenapa takut dengan gelombang kebangkitan anak muda di Timur Tengah?Kebangkitan di Timur Tengah bukan hanya di Tunisia tapi di Mesir , Libya , Algeria, Yaman,Bahrain.Mereka menuntut perubahan dijalanraya kerana sistem yang diamalkan penuh penipuan dalam pilhanraya, kayakan kroni pemerintah, berlaku zalim terhadap rakyat , parti pemerintah anggap kekayaan negara macam harta parti, gunakan jentera kerajaan dalam pilhanraya, rasuah dalam pilhanraya..adakah ini semua tidak sama dengan kerajaan Umno-Bn?

Berkaitan;
Calon Pas Merlimau terima SMS ugutan 'Geng Jebat Derhaka'-TMI
'Keling tak sedar diri'-PKR buat laporan polis-Malaysiakini
Kempen BN bertentangan slogan 1Malaysia-Malaysiakini
Kereta Anwar dikepung dan dibaling batu-Harakahdaily

Adun Umno Lenggeng didapati bersalah makan rasuah

ADUN Lenggeng, Mustafa Salim hari ini didapati bersalah atas tuduhan menerima rasuah RM2,000 sebagai dorongan untuk mengeluarkan surat sokongan bagi mengeluarkan surat sokongan berkaitan dengan projek pasir, lebih dua tahun lalu.

NONEMahkamah Sesyen Seremban pada petang ini memutuskan supaya hukuman ke atas wakil rakyat itu ditetapkan 1 April.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Mahkamah Sesyen Amran Jantan.

Terdahulu, mahkamah yang bersidang pada pagi ini turut membebaskan Mustafa, 51, daripada dua lagi tuduhan menerima rasuah.

ADUN Umno itu didakwa mengikut Seksyen 10(a)(aa) Akta Pencegahan Rasuah 1997 boleh dikenakan hukuman penjara antara 14 hari dan 20 tahun serta denda lima kali ganda daripada jumlah suapan atau minimum RM10,000.

Mustafa didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah restoran di Mantin pada 31 Ogos 2008.

Tuduhan tersebut membawa hukuman penjara antara 14 hari hingga 20 tahun, dan didenda lima kali jumlah rasuah atau minimum RM10,000.-Malaysiakini

Lagi pilihanraya kecil akan muncul dalam masa terdekat selepas Tenang,Merlimau dan Kerdau.Selepas kenyang makan ikan bakar Umbai dan asam pedas Melaka mari kita pakat-pakat makan pulak masak lomak cili apii..ha ha..lawan jangan tak lawan biarpun Umno guna jentera kerajaan macam harta mak bapak dia punya.Kalah menang jangan kira..banyak lagi selepas ini askar-askar upahan Umno akan dapat upah selepas diupah di Kerdau dan Merlimau.

Sementara Umno masih berkuasa ni gunalah sebanyak mana samseng nak guna dalam pilhanraya sok-sok bila dah tak jadi kerajaan dah miskin sapa pun dah tak tolong..tengok muka pun orang tak kelapaq dah..

Umno kutip pemain veteran lawan Pas / PR


Umno terpaksa kutip pemain-pemain veteran untuk serang Pas dan PR dalam prk Merlimau dan Kerdau.Pemain-pemain veteran ini dikitar semula kerana pemimpin Umno yang ada dah kering air liur atau hanya berada di tepi padang saja melihat pemain-pemain veteran yang dibayar upah ini menyerang bekas bosnya dan parti yang pernah mereka sertai.

Umi Hafilda
, Lokman Adam, Rashid Wahab ,Tok Mufti pun tumpang sekaki kata jangan guna hukum agama raih undi. Bab undi berani cakap bab Najib kalung bunga kepada makam Mustafa Kamal Ataturk di Turki semua Mufti yang ada kat Malaysia sorang tak berani tegur! Bagaimana dengan Muhyiddin Yaasin dan MB Johor yang hina hukum Islam dan 'Negara Islam'.Layakkah kita menyokong parti yang dipimpin oleh orang Islam tapi perlekehkan undang-undang Islam?

Dulu Islam Hadhari sekarang Islam Sederhana.Apa yang sederhananya? Solat pun tak pa tak solat pun takpa, pakai tudung pun boleh tak pakai tudung pun boleh! ini mungkin ajaran Islam Sederhana.Macam -macam Islam Umno bawa kalau Islam Hadhari betul kenapa sekarang laun-laungkan pula Islam Sederhana?

Saman ekor , undi pos aset BN, rakyat tolak BN

Ketua Penerangan Pas Pusat Ustaz Idris Ahmad menyarankan supaya diadakan kempen hapuskan saman ekor dengan menaikkan kain rentang atau banner sebagi bantahan terhadap keputusan kerajaan senarai hitamkan pemandu yang tidak bayar saman daripada memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu.

Semarakkan protes saman-Idris Ahmad

Semua jentera penerangan perlu semarakkan protes saman ekor yang tidak adil dan membebankan rakyat. Masih kedapatan 17.1 juta saman ekor yang disenarai hitam. Pihak polis terpaksa melanjutkan tempoh bayaran saman diskaun sehingga 10 Mac 2011. Ini bermakna rakyat sudah protes secara senyap terhadap saman ekor.

Sila naikkan kain rentang di seluruh negara. Sila letak di tepi jalan raya “Tolak Saman Ekor ,Tolak BN Di PRU 13″ “PR Menang Saman Ekor Dihapuskan” “Undi BN , Bererti Anda Setuju Saman Ekor” “Jangan Undi BN, Jika Anda Mahu Hapuskan Saman Ekor”

Pas berpandangan hukuman yang dikenakan kepada pemandu yang tidak membayar saman ekor, sehingga tidak boleh berurusan dengan Jabatan Pengangkutan Jalanraya adalah tindakan yang zalim. Ini menggalak mereka yang tidak berlesen dan mempunyai cukai jalan. Apabila ini berlaku, maka yang rugi ialah kerajaan kerana kehilangan hasil negara.

Tahniah juga kepada rakyat yang kreatif, telah melaungkan slogan kepada mereka yang sedang beratur ketika hendak membayar saman. Antara slogannya “Kalau tidak mahu saman ekor, kita tolak BN” , walaupun slogan ini hanya spontan tetapi telah disambut oleh orang ramai.

Daripada awal lagi, Pas menggesa pihak kerajaan membawa mereka ke mahkamah untuk dibicarakan. Barulah mangsa akan puas hati kerana kesalahan mereka diketahui. Anda mampu mengubahnya. Ubah sekarang sebelum rakyat muflis angkara saman ekor.-Idris Ahmad Ketua Penerangan Pas Pusat.

Saman ekor dan undi pos dalam pilihanraya merupakan dua aset BN untuk hadapi pilihanraya.Kerajaan Bn kutip banyak duit melalui saman ekor cecah berbilion ringgit dan ada yang kata tambah masa untuk saman berbaki 17.1juta belum dibayar yang dilanjutkan hingga 1o mac menunjukkan kerajaan pusat tidak ada duit .Cara mudah kutip wang ialah dengan paksa rakyat bayar segera saman yang dikenakan terhadap mereka.Rakyat juga boleh tekan Bn dengan tolak BN dalam pru 13 .Kita bersama kerajaan baru.

Kalau Pas perintah Terengganu dulu menang saja terus istihar tol Jambatan Sultan Mahmud dihapuskan apa masalahnya nak hapuskan saman ekor.Begitu juga dengan di Selangor sekarang rakyat dapat rasa nikmat air percuma 20meter padu setiap bulan.Ini semua bukan khayalan dan angan-angan Mat Jenin tapi realiti.Yang penting rakyat mesti yakin dan percaya bahawa bukan hanya BN saja yang boleh perintah Malaysia.Tolak fahaman karut 'Umno tu pembangunan, pembangunan tu Umno'.Jauhi syirik ini..tidak ada kerajaan yang kekal ...hanya kerajaan Allah SWT saja yang kekal.

Berkaitan;

Hapus saman ekor sekiranya PR ke Putrajaya-Presiden Pas

Protes saman ekor dengan kertas undi-Harakahdaily

CAP dakwa harga makanan lonjak hingga 167 peratus-Malaysiakini

Khamis, 3 Mac 2011

MCA Perkuda Umno Macam Durian Longgok Saja

Umno dakwa Pas kuda tunggangan DAP kononnya Pas berpakat dengan parti Cina yang anti Melayu dan Islam.Berapa banyak dah DAP tipu Melayu dan Pas tidak ada sebarang bukti cuma cakap-cakap kosong Umno untuk perdayakan orang Melayu supaya terus menyokong Umno untuk terus berkuasa perintah Malaysia.

Siapa yang tibai Tanah Rezab Melayu(TRM) hingga tinggal sekangkang kera? Adakah kerja DAP? Sewaktu British serah kemerdekaan negara pada tahun 1957 tanah rezab Melayu berjumlah 3 juta hektar.Pada tahun 1995 tanah rezab Melayu tinggal 1.7 juta hektar.Tanah rezab Melayu telah hilang sebanyak 1.3 juta hektar akibat kerakusan Umno-BN tibai hak bangsa sendiri untuk dikendurikan dengan kroninya dalam BN.

Perlembagaan Malaysia artikel 67 telah menetapkan sebanyak mana TRM yang telah dilupuskan untuk apa-apa tujuan hendaklah diganti oleh mana-mana pihak yang telah melupuskan tanah tersebut.

Siapa yang serahkan 300 ekar tanah rezab Melayu di Pulau Redang kepada taukeh judi?Siapa yang bagi 3300 ekar tanah gunung di Pahang untuk dijadikan tempat berjudi dan pusat peranginan kepada taukeh judi?

Bila dibaca laporan bekas Menteri Pengangkutan Tan Sri Chan Kong Choy (MCA) didakwa tipu Pak Lah bekas PM dalam skandal PKFZ yang menyebakan negara alami kerugian RM12.5 Bilion menggambarkan bahawa kaki-kaki penipu ni telah berjaya perkudakan pemimpin Umno macam durian murah jual kira longgok saja ..10 bji RM10 ..tak ada harga..malunya jadi bangsa Melayu Umno yang diperkudakan ..nampak hebat dan gah tapi tak ada nilai.

Sebelumnya bekas Preiden MCA Tun Dr Ling Liong Sik didakwa menipu jemaah menteri zaman Tun Mahatthir juga dalam skandal projek pembangunan PKFZ dalam isu pembelian tanah.Menurut fakta kes seperti berikut;

Mengikut kertas pertuduhan, Ling didakwa menipu kerajaan antara 25 September 2002 dan 6 November 2002 di Tingkat 4, Pejabat Perdana Menteri di sini iaitu dengan memperdayakan Kabinet untuk memberikan persetujuan pembelian tanah di Pulau Indah untuk projek mega “distribution hub” di Pelabuhan Klang mengikut terma-terma yang dipersetujui antara Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) dengan Lembaga Pelabuhan Klang yang antara lainnya luas tanah ialah 999.5 ekar atau 43,538,200 kaki persegi, kadar pembelian tanah adalah sebanyak RM25 satu kaki persegi menjadikan jumlah pembelian sebanyak RM1,088,455,000.00 dan tempoh pembayaran balik berdasarkan kaedah “bayaran tertangguh” selama 15 tahun dengan kadar faedah sebanyak 7.5 peratus setahun (jumlah RM720,014,600), dengan curangnya menyembunyikan fakta bahawa penilaian Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta, Kementerian Kewangan ke atas tanah tersebut pada kadar RM25 satu kaki persegi bagi tempoh bayaran balik 10 tahun atau RM25.82 satu kaki persegi bagi tempoh bayaran balik 15 tahun, adalah termasuk kupon/ faedah yang boleh dikenakan untuk tempoh bayaran balik tersebut.

Dengan demikian telah dengan sengaja mendorong Jemaaah Menteri untuk memberikan persetujuan kepada pembelian tanah tersebut yang mana Jemaah Menteri tidak akan memberikan persetujuan sekiranya fakta tersebut dimaklumkan kepada Jemaah Menteri.Baca di sini.

Sudah dua mantan PM kena kencing dengan MCA , selepas ini PM Najib pula akan jadi mangsa.Samada mereka bersekongkol atau kena tipu dengan MCA hanya Allah SWT yang tahu.Kepada NGO2 Melayu yang gah dah hebat perjuangkan ketuanan Melayu hang pa pikirlah sendiri siapa yang koyak rabakkan bangsa Melayu, hak Melayu.Harapkan Umno perjuangkan Melayu lama-lama kita bangsa Melayu tinggal bulu ja..!

Berkaitan;
MCA bukan parti penipu, kata Chua-Malaysiakini
Tipu:Bukti umno jadi kuda tunggangan MCA-Harakahdaily
Perbezaan kerjasama Pas dengan PR dan kerjasama Umno dengan BN-Ustaz Idris Ketua Penerangan Pas Pusat

Sibuk macam nak sambut menantu

Di depan Markaz Induk Pas di Merlimau semalam dapat tar baru.(gambar) Khemah yang dipasang terpaksa diubah kerana bagi laluan kepada kontraktor jalanraya turap tar baru walaupun jalannya masih elok dan tak ada berlubang-lubang.

Ini lumrah dalam mana-mana pilihanraya kecil di Malaysia, projek 'mee segera' wajib ada .Pemilik kedai hadapan jalan yang baru diturap hanya tersenyum simpul bila ditanya,"Waa.. syok aaa dapat tar baru."

Kerja turap jalan ni berlangsung hingga ke malam hari nampak sibuk dan menyibukkan.Macam orang sibuk nak buat kenduri kahwin nak sambut menantu.Untung memang untung ada pilihanraya kecil , rakyat dapat tar baru, kroni BN dapat kontrak buat jalan yang untung berjuta-juta ringgit.Harus diingat segala projek yang dibuat bukan duit Umno tapi duit rakyat yang bayar segala jenis cukai yang ada di Malaysia.

Menarik;
Pas beri tepukan untuk menteri k'jaan BN-Malaysiakini

Rabu, 2 Mac 2011

Saman ekor : masa kecederaan hingga 10 Mac

Tempoh diskaun saman dipanjangkan ke 10 Mac-Bernama

Kerajaan melanjutkan tempoh pembayaran saman trafik selama 10 hari mulai semalam hingga 10 Mac ini, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengumumkan di Putrajaya hari ini. — Bernama

Ini berita bagus ..wang belum cukup masyyuk kena tambah masa..ha ha..masa kecederaan untuk terus kutip wang seberapa banyak yang boleh buat bekalan pru 13.

Inilah negara Malaysia undang-undang ada di mulut pemimpin boleh tukar tak sampai 24 jam..siapa belom bayar tak perlu beratur panjang ..yang dah bayar tentu nak maki-maki sebab ingat tarikh 28 Februari tarikh terakhir..

17.3 juta lagi saman belum dibayar..duit gaji bulan Februari sudah habis buat belanja bayar rumah, kereta, anak sekolah,barang dapur, bayar utang Along.Mana mau cari lagi wang bayar saman?Siapa pendek akal tambah utang dengan Along buat bayar saman!

Lepas ni tarikh baru akan diberi lagi ..jangan bimbang..silap-silap langsung tak payah bayar ha ha.Ini juga hadiah buat pengundi di prk Merlimau dan Kerdau ..tentu seronok dapat berita baik ini.

Duit banjir dapat RM 500, bayar saman RM600

Lagi isu 17.3 juta saman trafik disenarai hitam. Seorang mangsa banjir di Kedah berkata , "Kami jadi mangsa keadaan, hati rasa terbakaq ja..rumah tenggelam rugi beribu-ribu ..nak repair sana nak pebaik sini semua pakai duit.Dapat duit banjir RM500. Bayar saman RM600.Boleh tengok sat saja..sekupang tak boleh makan!"

Nampaknya selepas ini banyaklah kereta dijalanraya tak ada roadtax dan pemandu yang tak berlesen sebab tak bayar saman.Jadi macam 'lori hantu' yang tak payah bayar roadtax.Bagaimana dengan kereta-kereta VIP yang bergerak melebihi had laju dijalanraya, adakah mereka juga disaman dan disenarai hitamkan?

5.5 juta dilaporkan dah bayar saman trafik.Ok katalah satu saman RM100 kali 5.5 juta saman jumlah yang dikaut kerajaan Bn ialah RM550 juta.Tak cukup lagi ka duit free yang dikutip daripada rakyat?Buat apa nak dera rakyat dengan disenarai hitamkan.

BN tekan kita , kita tekan BN

17.3 juta saman trafik disenarai hitam-Utusan Malaysia Online

Sebanyak 17.3 juta saman yang gagal dijelaskan oleh pengguna kenderaan di seluruh negara akan disenaraihitamkan mulai hari ini.

Tindakan itu diambil setelah tempoh yang diberikan untuk orang ramai membayar saman tersebut sejak Ogos tahun lalu, berakhir semalam.

Ketua Trafik Pasukan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Abdul Aziz Yusof berkata, jumlah itu adalah baki daripada 49.4 juta saman yang dikeluarkan oleh pihaknya atas pelbagai kesalahan sejak 2001 sehingga semalam.

Menurutnya, daripada 49.4 juta saman yang dikeluarkan dalam tempoh 10 tahun itu, sebanyak 31.9 juta saman dibayar oleh pengguna kenderaan sehingga semalam.

"Pengguna kenderaan yang belum menjelaskan saman tertunggak bagi semua kesalahan, mereka akan disenarai hitam bermula hari ini.

"Pengguna yang enggan membayar saman tertunggak selepas tarikh semalam perlu bersedia menerima implikasi jika disenarai hitam.

"Tempoh enam bulan sejak Ogos tahun lalu yang diberikan oleh kerajaan sebagai kelonggaran untuk pengguna yang mempunyai saman tertunggak menjelaskan saman mereka sudah memadai," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini hari ini.

Semalam merupakan tarikh akhir yang diberikan oleh kerajaan kepada pesalah trafik untuk menjelaskan saman tertunggak mereka masing-masing sebelum dikenakan tindakan senarai hitam.

Menurut Abdul Aziz, sepanjang tempoh pembayaran saman yang diumumkan kerajaan sejak Ogos lalu, sebanyak 5.5 juta saman dijelaskan oleh pengguna kenderaan.

Daripada jumlah itu, katanya, sejumlah 1.5 juta saman diselesaikan pada minggu terakhir tempoh tersebut iaitu sepanjang minggu lalu mulai 21 Februari sehingga tengah malam tadi.

Beliau memberitahu, pihaknya membuat anggaran sebanyak 187,417 saman dijelaskan sehari dalam seminggu sebelum tempoh itu tamat.

"Jumlah ini menunjukkan peningkatan enam kali ganda daripada hari pembayaran biasa.

"Semalam sahaja, sebanyak 375,248 saman berjaya dijelaskan sehingga pukul 12 tengah malam berikutan tarikh terakhir pembayaran sebelum tempoh menyenarai hitam dilaksanakan.

"Situasi ini menunjukkan sikap segelintir masyarakat yang gemar menyelesaikan saman mereka pada saat-saat akhir," katanya.

Ditanya mengenai pesalah trafik yang disenarai hitam, Abdul Aziz berkata, mereka akan menghadapi kesukaran antaranya untuk memperbaharui lesen memandu dan cukai jalan kenderaan.

Beliau juga berkata, berkuat kuasa hari ini, orang awam yang dikenakan saman baru akan disenarai hitam jika gagal membayar saman tersebut dalam tempoh dua bulan.

"Ia akan berlaku secara automatik dalam sistem jadi bila disenarai hitam, seseorang itu tidak boleh memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu mereka," katanya.-Utusan

Kerajaan BN tekanlah rakyat selagi boleh tekan.Apakah kerajaan tidak ada wang untuk dibelanjakan hingga sanggup menekan rakyat yang sengsara dengan kenaikan harga barang supaya lekas-lekas bayar saman?Undang-undang mana yang membolehkan kerajaan senarai hitamkan saman yang tak dibayar untuk perbaharui lesen memandu dan cukai jalan?

Kalau BN boleh menekan kita susahkan hidup rakyat , rakyat juga ada kuasa untuk tekan BN dalam pru akan datang.Biar kita sama-sama tekan.Siapa yang akan terpelanting hilang kuasa jika rakyat menekan BN supaya tumbang dalam pru 13 akan datang.

Mubarak yang menang besar dalam pilihanraya di Mesir akhirnya tumbang dengan kebangkitan rakyat di jalanraya.Mubarak tekan rakyat Mesir, buat zalim kepada rakyatnya, rakyatnya bangun tekan Mubarak akhirnya siapa yang menang?

Selasa, 1 Mac 2011

Kalau Orang Melayu Cerdik Kalahkan Umno-Bn Di Kerdau dan Merlimau

Hinanya politik Umno dalam hadapi pilihanraya.Bagi Umno orang Melayu boleh dibeli dengan jalan tar, sogokan wang, peruntukan segera untuk buat balairaya, dewan orangramai , pembangunan segera bernilai berjuta.

Semuanya hanya jika ada pilihanraya , jika tak ada pilihanraya Umno tobat tak umum semua projek pembangunan untuk rakyat dan orang Melayu.Habis pilhanraya semua janji lesap.

Punya nak jaga hati pengundi Cina dan India di Kerdau tanah yang tak bergeran diluluskan segera tak sampai seminggu dah dapat geran.Sedangkan berpuluh tahun diminta dah berapa kali ada pilihanraya minta tak dapat.Orang Melayu lagi teruk terus sokong Umno walaupun tak dapat geran tanah.Kena tipu dah berapa kali pilihanraya tapi tak serik-serik dengan Umno..bila ada pilihanraya terus undi BN juga...apa boleh buat.

Orang Melayu kalau cerdik pandai nak kenakan Umno-Bn yang ingat orang Melayu mudah dibeli dan kena kelentong mesti tolak BN di Kerdau dan Merlimau.Kata seorang anak muda kepada saya, "sepatutnya di prk Kerdau dan Merlimau yang menang ialah Pas, baru Umno buka mata dan ingat kita orang Melayu tak mudah dijual beli dengan wang ringgit dan projek pembangunan."

Di Merlimau dan Kerdau jika anda keluar tol menuju kedua-dua lokasi pilihanraya anda akan dapat lihat jalan tar yang baru diturap hitam berkilat.Ada jalan tar hanya diturap sebelah saja , sebelah lagi mungkin tunggu habis pihanraya!Terpampang banner BN besar-besar jaja projek pembangunan yang mahu khayalkan kita orang Melayu bahawa inilah jasa BN 'Jaguh Pembangunan'. Ada juga banner BN yang tertera 'Jom Selamatkan Malaysia'.Nak selamat apa wahai orang Melayu saham Bumiputera RM52 Bilion lesap sapa yang sapu?

Demo anti Taib Mahmud di UK

Ini demontrasi tak ada gas pemedih mata, bom asap dan air gatal water cannon.Ini demontrasi aman tak ada polis maki hamun, tangkap dan lokap pendemontrasi.Kalau demo ni berlangsung di Sarawak dan Kuala Lumpur dah kena tangkap.

Ini negara maju bukan negara Dunia Ketiga ada kebebasan bersuara berhimpun secara aman.Polis Malaysia kena belajar dengan polis UK sebab undang-undang kat Malaysia pun guna undang-undang bekas negara penjajah ,British!

Lapor KeadilanDaily;

UNITED KINGDOM: Demontrasi aman mendesak Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud ‘Hentikan Rasuah Balak’, berlangsung di United Kingdom, dipercayai anjuran kumpulan pejuang hak pribumi Bruno Manser Fund (BMF).

Kira-kira 50 orang hari ini menyertainya termasuk Peter John Jaban, seorang Dayak Sarawak yang mengendalikan stesen radio bebas – Radio Free Sarawak.

Ia bertujuan membangkitkan dakwaan salah guna kuasa Taib Mahmud, khususnya berhubung dakwaan ‘jenayah alam sekitar’.Demontrasi sama juga dirancang di beberapa lokasi lain termasuk Ottawa, Kanada.Baca juga di sini.

Berkaitan;Taib Mahmud lebih kaya daripada Sultan Brunai-KeadilanDaily