Sabtu, 22 Mac 2014

'Pas dah boleh tutup kedai'

Umno sering menuduh Pas parti yang peralatkan agama demi kepentingan politik dengan berjubah,berkopiah putih dan berserban.Tapi malam tadi Najib turut berjubah dan berkopiah putih pakat bersolawat atas Nabi dalam program Selawat Perdana Malam Cinta Allah dan Rasul 1435 di Dataran Masjid Putra, Presint 1 ,Putrajaya.Rosmah bini Najib bertudung litup dengan penuh 'khusyuk dan tawaddhuk' bersolawat atas Nabi.


Nampak macam Pas dan Umno dah tak ada perbezaan daripada segi pemakaian.Ya jubah,kopiah putih dan berserban bukan milik Pas tapi identiti tu la yang jadi modal politik Umno tuduh Pas dengan macam-macam tuduhan.
Jemputan utama yang pimpin majlis qosidah dan solawat tu diimport daripada luar negara yang ada gelaran 'Habib' yang sudah tentu bukan percuma tapi berbayar.Mereka ialah Habib Syech Abdul Qodir Asseqaf dan Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid.Seolah-olah kat bumi Malaysia ni tak ada orang yang layak nak pimpin majlis solawat dan qosidah.


Dunia sekarang begitu mudah orang jual agama dengan kepandaian dan gelaran yang mereka ada.Lihat mak cik yang jual kuih,penjual surat kabar,penebar roti canai bangun pagi awal untuk sesuap nasi anak bini tapi ada yang ambik kesempatan dengan jadikan majlis solawat untuk raih keuntungan.Tak ada yang percuma sekarang ni untuk majlis agama..semua berbayar dan lumayan.

Solawat-solawat jugak dalam masa yang sama festival muzik Asia di Bukit Jalil minggu lepas yang dipenuhi arak dan dadah telah meragut 6 nyawa anak muda yang mati akibat ambik dadah dan arak berlebihan.Ini jugak program anjuran kerajaan BN yang berkuasa.Semua cacamerba.

Ok la..kita jangan tertipu dengan pakaian dan keterampilan yang ditonjolkan tapi kita tengok apa yang mereka dah buat kepada negara hingga macam-macam bala sampai kepada kita.Kita berdoa agar pesawat MH370 yang hilang ditemui tapi cuba ingat balik dengan kematian wanita Monggolia Altantuya yang dibunuh dengan di bom hingga berkecai di Puncak Alam tahun 2006.Pembunuh Altantuya tak diketahui hingga kini.Lagi..enjin jet pejuang hilang dan di bawa hingga ke Amerika Latin dan tak diketahui siapa yang melakukannya.

Kini kita pakat bersedih dan sugul hilangnya pesawat MH370 yang bawa penumpang dan anak kapal hilang tah ke mana tanpa dapat dikesan oleh 26 negara dengan kapal perang dan jet pejuang yang mencari siang dan malam.Adakah ini bukan bala dan petaka kepada negara kita?

Hidayah dan petunjuk itu milik Allah bukan milik kita.Nak kena tobat nasoha agar segala dosa kita diamponkan Allah baru berdoa dan munajat kepada Allah bukan main doa macam tu ja.ingat balik apa dosa kita dah buat.Dosa buat video lucah,dosa fitnah anak bini orang,buat zolim kepada musuh politik kita supaya kuasa yang kita ada tidak terlepas kepada pihak lain.

Nampaknya kini imej baru pemimpin Umno ni akan menyebabkan musuh politik Umno iaitu Pas kena 'tutup kedai'.Teringat aku dailog dalam filem P.Ramlee .."Cis cakap tak tengok orang..ingat lebai kaki menipu ka..? :-)

3 ulasan:

  1. kah kah kah kah................ada makna tuuuuuu

    BalasPadam
  2. Program ni nak tutup malu besar konsert liar yang bawak mati baru-baru ni.

    BalasPadam
  3. Pemain watak dlm wayang saja, dlm hati belum tentu ikhlas lagi! Berlakon semata-mata.

    BalasPadam