Sabtu, 15 Mac 2014

Siapa bakal MB selepas PRK Kajang?

Memang tak dapat dinafikan kini dalam PR yang terdiri daripada tiga gabungan parti Pas ,PKR dan Dap ada yang dah tak sebulu dengan sikap MB Selangor Khalid Ibrahim gara-gara MOU air Selangor dengan pihak kerajaan BN di pusat.

Katanya Khalid dilihat banyak buat keputusan sendiri dan belakangkan keputusan mensyuarat exco dalam apa jua perkara.Malah keputusan pimpinan tertinggi PKR pon beliau tak layan.Memang dulu Khalid dapat sokongan kuat daripada Pas untuk pegang jawatan MB Selangor mengatasi saingan musuh beliau dalam parti sendiri Azmin Ali.Kini yang sokong beliau dalam Pas dah berbelah bagi terhadap Khalid untuk terus kekal sebagai MB.

Cakap-cakap pimpinan Pas di Selangor kini banyak tak puashati terhadap pentadbiran dan pengurusan Khalid walaupon beliau dulu dianggap taiko dalam bisnes.Imej kedekut beliau tak berjaya puaskan hati orang parti tapi beliau seolah-olah syok sendiri kerana ingat rakyat bawahan sokong beliau 100 persen.Apa nak dibangga dengan RM2 bilion jika tidak dibelanjakan.

Banyak kontraktor kecik 'sakit perut' apabila sebarang bantuan barangan runcit untuk rakyat bawahan yang kenyang hanya Tesco,Giant,Econsave dan lain-lain gergasi runcit bukan diberikan peluang kepada kontraktor kecik yang lain.

Sikap ini lebih mirip kepada bekas MB Kedah yang dah meninggal dunia.Apabila pimpinan parti kritik arwah MB Kedah di hadapan penyokong parti maka mereka akan tunjuk sikap marah kerana tuduh orang yang kritik arwah MB Kedah sebagai gila kuasa!Sebenarnya tidak tapi untuk selamatkan parti dan PR di Kedah bukannya gila kuasa.Tapi akhirnya nasi dah jadi bubur Pas dan PR di Kedah terkejut beruk apabila kalah dan hilang kuasa di Kedah.Contoh tengok nasib KUIN di Kedah .Belanja dan hutang buat KUIN hampir RM330 juta tapi bayaran balik katanya RM700 juta.Akibat Kedah dah tak dak duit Mukhriz terpaksa lepaskan Maktab Mahmud kepada kerajaan pusat .

Jika Khalid tiru perangai yang sama maka masa depan Selangor akan dibaham BN dalam pru 13 akan datang.

Siapa patut jadi MB seterusnya untuk ganti Khalid bagi selamatkan PR di Selangor?Memang dalam Pas masih ada yang setia sokong Khalid..ya sokong sebab depa takut jawatan yang mereka pegang dalam GLC kerajaan Selangor terlepas ke tangan orang lain jika bertukar MB..Sebab tu ada yang rasa 'lega' bila Anwar terlepas peluang jadi calon di Kajang..terlepas peluang jadi MB.

Azmin Ali main 'politik bodo' dengan Pas..maksudnya kurang mesra dengan Pas sebab tu beliau tak dapat sokongan Pas untuk jadi MB.Ni kelemahan Azmin yang patut diubah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan