Rabu, 26 Mac 2014

MH370: TERHEMPAS ATAU DIRAMPAS?

PM Najib yang semakin tak keruan dan rosot otak buat sidang tergempar bincang pesawat MH370 dalam parlimen semalam.Dengan muka yang monyok dan pucat lesi Najib berkata dalam parlimen mintak semua pihak jangan politikkan isu pesawat malang MH370.Najib merayu-rayu dalam parlimen kepada parti pembangkang agar pakat bersatu hadapi isu kehilangan pesawat MH370.

Ada yang kata Najib lari masuk parlimen kerana takut dan gementar berdepan dengan asakan media asing dan antarabangsa yang bertalu-talu tanya soalan apabila Najib kata pesawat MH370 berakhir di Lautan Hindi.Najib tak kata semua yang ada dalam kapal tu mati atau apa cuma berakhir atau hilang.
CEO Mas juga berpendapat semua keberangkalian penumpang mati tiada yang hidup.Mereka hanya 'berfatwa' berdasarkan data  satelit Inmarsat dan AAIB United Kingdom.

Bukti yang ori tak ada.Tak ada jumpa bangkai pesawat,tompokan minyak dan cebisan mayat jika meletop dan terhempas.Lebih penin lagi pihak Majlis Fatwa Kebangsaan berfatwa mereka yang Islam dalam pesawat tu sebagai syahid akhirat.Dalam masa yang sama mereka berfatwa tak boleh solat jenazah ghaib kerana hilang! Hilang ka mati?

Ada yang beranggapan pesawat malang tu kena rampas dengan pihak CIA dan telah bawa lari kotak hitam yang jadi bahan bukti utama macam mana mana pesawat malang tu boleh hilang!Kena rampas atau terhempas?Ada nampak kesungguhan pihak Amerika Syarikat berhempas pulas cari pesawat malang tu seperti yang dilakukan pihak berkuasa China?

Tak guna Najib merayu kepada pihak parti pembangkang lebih baik Najib merayu kepada Allah swt ,bertaubat nasuha jika ada lakukan kezaliman kepada sesiapa.



1 ulasan:

  1. wahai pemerintah BN, hangpa tunggulah dah tak lama lagi bala Allah akan menimpa hangpa.... Tak percaye...hangpa tunggulah dah tak lama dah.....

    BalasPadam