Sabtu, 9 November 2013

TP Pas: Satu lawan satu antara Mat Sabu dan Nik Amar

Seperti yang dijangkakan pertarungan jawatan Timbalan Presiden Pas akhirnya satu lawan satu antara Mat Sabu juara bertahan menentang Nik Amar pendatang baru yang kurang dikenali di peringkat nasional mahupun ada hubungan rapat dengan rangkaian NGO pro Pas dan Pakatan Rakyat.

Tuan Ibrahim Tuan Man dan Husam Musa telah menarik diri daripada bertanding jawatan Timbalan Presiden Pas untuk beri laluan kepada Mat Sabu yang disokong tim pro dan Nik Amar yang disokong tim ulama.Siapa yang akan menang akan ditentukan para perwakilan Pas dalam muktamar Pas yang akan diadakan di Shah Alam minggu depan.

Keadaan politik Pas di Kelantan yang dikatakan sedikit goyang setelah ketiadaan TGNA selaku MB telah menampakkan bibit-bibit pergeseran politik yang berbeza pendapat yang ketara antara tim Nik Amar dan Husam Musa yang tidak lagi menjadi Exco di Kelantan.Jika keadaan politik Pas di Kelantan yang membimbangkan itu pon Nik Amar tak mampu untuk turut sama menyelesaikannya adakah beliau layak jadi Timbalan Presiden Pas?

Sementara itu untuk jawatan Naib Presiden Pas seramai lima orang sahkan untuk bertanding.Mereka terdiri daripada Husam Musa,Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayob selaku penyandang jawatan itu dan calon lain ialah Tuan Ibrahim Tuan Man dan juga kuda tua ustaz Abu Bakar Chik.Peluang untuk Tuan Ibrahim,Mahfuz dan Husam Musa dijangka ada peluang lebih untuk menang.Apa pon juga perwakilan yang akan tentukan.Yang pasti dua yang betanding akan kecundang.
Untuk jawatan Ketua Pemuda Pas Pusat pulak mereka yang sahkan untuk bertanding ialah Zulhazmi Syarif (Peguam Pas),Suhaizan Kayat dan juga Kamaruzzaman Mohammad .

1 ulasan:

  1. Subhanallah!
    PAS adalah milik ahli PAS, tiada siapa menyangka bahawa Mat Sabu akan menjadi Tim Presiden PAS. Pada percubaan pertama, beliau kalah ditempat ketiga, namun selepas itu beliau diberi peluang oleh Allah. Mat Sabu tidak akan kekal dijawatan tersebut sampai bila-bila, pada suatu hari nanti beliau akan melepaskan jawatan tersebut sebagaimana bertukarnya putaran jam.
    Nik Amar juga sama seperti Mat Sabu, memasuki pemilihan dengan tangan kosong. Walaupun beliau tidak terkenal seperti Mat Sabu sebagai seorang aktivis dan pemidato, namun beliau lebih terkenal sebagai seorang pentadbir di negeri Kelantan. Latar belakang beliau sebagai seorang ahli parti tidak boleh dipertikaikan, dimana beliau merupakan anak kepada aktivis PAS yang terkenal, Pak Nik Lah Panchor.
    Walaupun Nik Amar nampak keseorangan dalam pemilihan ini, namun semua telah maklum bahawa TGNA begitu rapat dengannya.Bahkan pemilihan beliau sebagai Tim. MB Kelantan pun ada kait-kaitan dengan TGNA dan TGHH. Walaupun ada yang mendakwa beliau tidak berkelayakan berbanding dengan Husam Musa, namun rakyat Kelantan menyangkal telahan nakal tersebut. Kepimpinan dan ahli PAS Kelantan setuju untuk memilihnya beliau berdasarkan latar belakang dan kebolehan yang dimiliki.
    Hakikatnya, Mat Sabu sendiri pun gembira jika yang menggantikan beliau untuk jawatan Tim Presiden PAS adalah Nik Amar. Kalau tidak untuk penggal ini, tentu dipenggal seterusnya Mat Sabu akan menyokong Nil Amar untuk jawatan ini.
    Setelah PAS berjaya memerintah Kelantan pada 1990, kepimpinan PAS Kelantan dilihat kurang memberi sumbangan kepada PAS pusat. Bahkan PAS Kelantan dilihat terpisah daripada PAS pusat. Keadaan akan berubah apabila salah seorang pimpinan PAS Kelantan berada dalam pimpinan PAS pusat. Mungkin Husam Musa dilihat menjadi wakil kepada PAS Kelantan, namun realitinya dan kenyataan adalah berbeza. Kepimpinan dan ahli PAS Kelantan telah tertutup selera dan berpatah arang dengan beliau. Bahkan beliau diramalkan akan terkeluar dalam pemilihan Naib Presiden PAS untuk kali ini.
    Dakwaan Mat Sabu disokong kelompok Pro, sementara Nik Amar disokong oleh kelompok ulamak, merupakan suatu dakwaan berbentuk candu dan najis mughalazah kepada parti PAS. Mereka yang menyebarkan dakwaan ini merupakan musuh parti yang tidak mengenal erti dan maksud perjuangan PAS. Kalau sebelum ini, kita didendang dengan lagu sumbang yang mendakwa kemenangan Mat Sabu sebagai Tim Presiden PAS akan mensyiahkan PAS dan mememalapkan pengaruh ulamak dalam PAS. Bahkan PAS akan menjadi naga berkepala dua, di mana perumpamaan ini merujuk kepada presiden dan tim presiden yang berbeza latar belakang pendidikan.
    Ahli PAS adalah pemilih yang memiliki kuasa demokrasi mutlak, mereka berhak dan diberi hak untuk memilih sesiapa sahaja pemimpin demi perjuangan PAS untuk menegakkan amanah Allah di muka bumi. Pemilihan berdasarkan amanah, tidak sama sekali dipengaruhi oleh hawa nafsu, rasuah, teman rapat, warna kulit dan latar belakang pendidikan. Sesiapa yang membuat pemilihan bukan kerana kerana Allah dan jitihad yang dimiliki, maka dosa dan laknat Allah akan ditimpa ke atas mereka.
    Selamat memilih!
    Saya akan memilih Tuan Ibrahim Tuan Man, Mahfuz Omar dan salahuddin Ayob sebagai Naib Presiden PAS untuk pemilihan 2014.

    BalasPadam