Jumaat, 1 November 2013

Nik Abduh sampaikan pesanan TGNA

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan, pemegang jawatan presiden, timbalan presiden, naib presiden dan menteri besar PAS tidak semestinya daripada golongan ulama.

Perkara ini disampaikan beliau melalui anaknya Nik Mohd Abduh Nik Aziz dalam kuliah Jumaatnya baru-baru ini.

“Ayah ambo (saya) suruh sebut hak tu. Ambo tak sir (mahu) sebut, tak berani mana nak sebut hak nih (perkara ini), takut orang marah, tapi dia ghoyat (beritahu) semalam, kalu tak ghoyat (beritahu) takut balik dia tanya susah pulak nak jawab,” kata Nik Abduh ketika memberikan kuliahnya di Kota Bharu.

PAS sedang menghadapi muktamar yang ke-59 bermula 22 hingga 24 November ini.

Kempen hangat sedang berlangsung dan antaranya kempen agar ulama memegang jawatan utama iaitu presiden dan timbalan presiden serta sebahagian naib-naib presiden.

Pandangan daripada Nik Aziz pula sangat mempengaruhi para perwakilan PAS di seluruh negara.

Dalam kuliah itu, ahli Parlimen Pasir Mas itu berkata, yang mesti dilantik di kalangan ulama (orang alim) adalah ahli Majlis Syura Ulama iaitu badan tertinggi dalam PAS.

"Presiden, timbalan presiden, naib presiden dan kepimpinan yang lebih bawah termasuk pesuruhjaya, "hak ni nih, adakah wajib ulama? Jawapan dia tidak," tegas Nik Abduh.

Menurut Nik Abduh, syarat utama untuk memegang jawatan eksekutif dalam PAS adalah kepimpinan politik.

“Nak jadi pemimpin politik, presiden atau timbalan presiden, syarat utama dia bukan kena reti baca kitab. Hak reti baca kitab ni duk dalam Majlis Syura tapi presiden, timbalan presiden, naib presiden ni kena ada satu syarat yang lebih daripada Majlis Syura, iaitu kepimpinan politik kena ada," katanya. TranungKite Online TKO 30 okt 2013

Tiada ulasan:

Catat Komen