Isnin, 26 Ogos 2013

Salahkah mintak jawatan?Bukan mintak balak dan projek

Menjelang muktamar Pas beberapa bulan lagi semakin hebat perang cyber antara antara kedua pihak dan penyokong masing-masing.Salah satu isu yang ditimbulkan memintak-mintak jawatan yang seolah-olah haram dalam Pas walaupun depa tak kata macam tu!

Ni kisah bab mintak jawatan oleh Nabi Yusuf A.S yang ditawarkan jawatan oleh Raja sebagai orang khas untuk bermesyuarat tapi ditolak. Kata Nabi Yusuf A.S seperti yang dijelaskan dalam Surah Yusuf yang bermaksud;
Yusuf berkata: "Jadikanlah daku pengurus perbendaharaan hasil bumi (Mesir); sesungguhnya aku sedia menjaganya dengan sebaik-baiknya, lagi mengetahui cara mentadbirkannya".-55..tafsir Ar Rahman menjelaskan bahawa ini jadi dalil bahawa tentang harusnya seorang itu memuji dirinya secara benar untuk mengenalkan dirinya bagi orang yang belum mengenalnya;dan juga tentang harusnya meminta sesuatu jawatan ..mukasurat 449 Tafsir Ar Rahman..
Kalau ada yang kata tu Nabi..boleh la..habis kalau tak ikut macam Nabi dan diterangkan dalam Al-Quran nak ikut sapa lagi?


Bukan mintak balak,bukan minta projek kat negeri yang PR berkuasa cuma mintak untuk berkhidmat kepada parti pebetoi skru dan nat tang mana longgar takkan berdosa..takkan salah kot..?

Tawar diri untuk jadi ketua atau pemimpin dikira minta jawatan dalam Pas..yang pakat berebut kerusi semasa pilihanraya umum ke 13 yang lalu boleh pulak..salahkah mintak jawatan untuk berkhidmat kepada Parti ..lain la kalau merasuah untuk menang jawatan ..ni teloq lawan dengan teloq ja..!

Pas bukan parti pak lebai dan jugak parti untuk yang berjubah dan berserban tapi turut dianggotai sayap penyokong bukan Islam yang berminat dengan Pas.Jangan sampai nanti anak muda yang berkebolehan perlahan-lahan tinggalkan masuk parti Dap,PKR dan Sosialis kerana dipinggirkan oleh Pas semata-mata kerana mereka bukan lulusan agama.

Kata sifu blogger yang dah pencen kat aku,"Ustaz Harun Din cabar Ustaz Nasharudin Mat Isa sebagai Timbalan Presiden PAS pada Muktamar PAS 2007.Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man cabar Ustaz Nasharudin Mat Isa sebagai Timbalan Presiden PAS pada Muktamar PAS 2011. Adakah mereka sanggup kata kedua2nya gila kuasa dan meminta2 jawatan?"
Ni aku kata adakah kerana kedua2nya ada gelaran ustaz makanya dikatakan tidak meminta jawatan dan gila kuasa..?

1 ulasan:

  1. Lulusan sekolah Arab atau dari universiti Timur Tengah dan belit serban sebesar bakul pun tak guna juga kalau perangai mengalahkan syaitan....busuk perut, mengkhianati rakan perjuangan, suka menabur fitnah atau menggunakan bapa mertua untuk mendapat kuasa.....

    BalasPadam