Sabtu, 29 Jun 2013

Jika Parti tempang dan ada masalah berpunca dari tarbiah tak berjalan dengan baik,kata ust Idris Ahmad

Ni ustaz Idris Ahmad AJK Pas Pusat yang juga AHLI PARLIMEN BUKIT GANTANG tulih dalam
FB beliau;

Tarbiah Pas Yang Dinamik
Idris Hj Ahmad
27/6/13

Pas semakin membesar dengan kebanjiran ahli-ahli baru semakin ramai. Kemasukan Pas daripada pelbagai latar belakang aliran, pemikiran dan ideologi. Pas berpendirian semua manusia berpotensi untuk ditarbiah ke jalan Islam asalkan ada kemahuan. Ustaz Harun Taib Ketua Dewan Ulamak Pas Pusat menyatakan Pas diibaratkan hospital, semua pesakit diterima untuk diubat. Ada yang berpenyakit kusta, taun, demam panas, semuanya mesti dirawat. Walau pun nampak pelik! Inilah realiti Pas. Pas berpendirian ummah mesti diselamatkan dalam apa keadaan. Oleh itu tapisan kepada mereka yang hendak masuk Pas terlalu longgar. Terbukti, apa yang dilakukan oleh Pas tepat sehingga berjaya membentuk individu Muslim yang baik walau pun dahulu berperangai jahiliah. 
Potensi baik yang masih ada kepada mana-mana individu jangan disia-siakan. Berpegang dengan prinsip seperti Sabda Rasulullah SAW " Kamu terbaik di zaman jahiliah dan terbaik di zaman Islam, apabila faham agama"
Pas sebagai sebuah gerakan ummah. Ahlinya daripada ada Phd hingga yang tidak gosok gigi. Inilah kelebihan Pas. Pas tidak memilih orang-orang tertentu sahaja untuk menganggotai Pas. Sebaliknya apabila seorang itu Islam, cukup umur maka ia layak menyertai Pas. Apabila borang Pas diisi maka ia sudah berbaih untuk mematuhi dan bersedia untuk mengikuti peraturan yang terdapat di dalam Perlembagaan Pas. 


Apa yang penting kesediaan setiap individu untuk ditarbiah oleh parti. Apabila seorang menyertai Pas dia perlu faham kenapa beliau menyertai Pas. Baru dia sedar kenapa dia bersama dengan Pas. Pas bukan parti politik sahaja, tetapi sebagai sebuah gerakan Islam. Inilah kelainan Pas. Menyertai Pas dengan kesedaran bukan dengan semangat semata-mata. Oleh itu perlu mereka memahami Islam dan dasar perjuangan.


Mereka perlu bersedia untuk diri mereka ditarbiah. Tidak ada makna mereka menyertai Pas, tetapi mereka tidak mahu berubah. Tidak ada erti, jika mereka tidak bersedia untuk ditarbiah. Sekiranya berlaku begitu ia mendatang musibah kepada parti. Apa akan terjadi jika mereka diangkat menjadi pemimpin sedangkan fikrah perjuangan Islam tidak dihadamkan. 

Pas sudah mempunyai manhaj tarbiah yang jelas untuk dipraktikkan. Ia dirangka oleh mereka yang berpengalaman dalam gerakan Islam, kemudian dimurnikan mengikut suasana dan keadaan di negara ini. Ia hanya bergantung kepada hendak buat atau tidak. Ertinya jika berlaku kecacatan di kalangan ahli atau pimpinan, maka tidak boleh disalahkan kepada parti.

Sepatutnya sewaktu Pas mendapat sokongan ramai dan kebanjiran daripada orang ramai maka peranan tarbiah perlu dioptimakan supaya tidak berlaku penyelewingan dari manhaj perjuangan Islam. 

Setengah orang memikirkan apabila sudah menang tidak perlu lagi untuk program tarbiah. Sedang apa yang berlaku , waktu inilah tarbiah perlu diaktifkan. Kenapa penting tarbiah perlu diperkasakan ketika menang. Pertama ialah untuk memastikan perjalanan parti dan kerajaan berjalan seimbang. Kegiatan parti dan negeri berjalan seiring. Kedua, dengan tarbiah kita memastikan supaya mereka yang ada fikrah boleh membawa mandat parti di dalam kerajaan samaada barisan exco, Ahli Majlis, Ketua Kampung, Ahli Jawatankuasa Masjid. Ketiga dapat menyediakan tenaga kerja untuk menjalankan kerja jamaah dan kerja parti. Waktu menang tidak cukup hendak mengharapkan pegawai kerajaan, ia memerlukan bantuan daripada tenaga parti. Siapa yang akan membekalkan semua ini? Sudah tentulah peranan tarbiah. Kita tidak mahu ketika kita menang, tidak ada tenaga parti yang menyumbangkan untuk mengisi kemenangan. 

Jika berlaku ketempangan dan masalah di dalam parti, semuanya berpunca daripada perlaksanaan tarbiah tidak berjalan dengan baik bukannya kerana tarbiah.
Tarbiah dapat menjadikan ahli faham erti perjuangan dan bersedia untuk berdiri dan rebah, ketika menang dan kalah.




Jumaat, 28 Jun 2013

Jaga mek oii jaga lembu betina nak belaga..lawan sampai terselak

Azalina akan cabar Shahrizat untuk jawatan Ketua Wanita
Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil bakal menerima tentangan dari bekas ketua Puteri Umno Datuk Azalina Othman Said dalam pemilihan untuk jawatan tertinggi dalam sayap tersebut pada hujung tahun ini.

Laporan The Star hari ini menyebut, Azalina telahpun membuat keputusan untuk bertanding menentang Shahrizat, yang berazam untuk mempertahankan jawatan tersebut.

Shahrizat, 50, berkata beliau berjaya anggota Wanita Umno tidak akan menyisihkannya kali ini.

Katanya, penyokongnya itu tetap berdiri di belakangnya ketika beliau terheret ke kancah kontroversi pada tahun lalu, ekoran skandal Pusat Fidlot Nasional yang diusahakan anggota keluarganya.

“Mereka adalah teman saya dan teman adalah ibarat bintang. Ketika langit kian gelap, sinaran mereka akan semakin cerah,” katanya seperti dipetik akhbar berbahasa Inggeris itu.

Azalina pula menawarkan diri untuk menjadi “ejen perubahan” dalam sayap parti berkenaan, seiring dengan kemunculan generasi baru wanita dalam pergerakan itu.

Bekas menteri belia dan sukan, usaha tersebut akan menjadikan pergerakan Wanita Umno lebih menarik dan relevan dalam lanskap politik baru.

Azalina, yang juga merupakan bekas menteri pelancongan, kini mengetuai Kaukus Wanita di Parlimen.-Malaysiakini.

Aku teringat ni ..berani Azalina lawan Sharizat?

Dakwat Kekal:"Buat apa nak banding dengan 'Dunia Ketiga'..kita lagi mundur daripada mereka",kata Dr Agus Yusoff

Tulih Dr Mohammad Agus Yusoff dalam FB beliau komen Ku Nan yang kata tak perlu guna dakwat kekal cukup guna IC ja;

KELMARIN saya tergamam apabila Menteri di JPM Menteri menyatakan di Dewan Rakyat tentang dakwat kekal mengandungi pewarna makanan yang dibenarkan. Tetapi kenyataan itu tidak mendesak saya untuk menulis biarpun saya janggal mendengarnya. 

HARI INI saya terkedu apabila Menteri Wilayah Persekutuan pula menyatakan Malaysia tidak perlu menggunakan dakwat kekal dalam pilihan raya kerana negara ini bukannya seperti "negara dunia ketiga" lain.

Saya kira kedua-dua kenyataan menteri tersebut terkeluar tajuk. Isunya ialah mengapa dakwat kekal yang digunakan oleh SPR dalam pilihan raya yang lalu tidak kekal, bukannya perlu atau tidak perlu menggunakan dakwat kekal? Saya kira soal harapan rakyat untuk melihat dakwat kekal seperti yang dijanjikan tetapi tidak kekal adalah isu besar yang perlu dijawab oleh menteri yang bertanggungjawab dan SPR. Oleh itu, kenyataan menteri di atas adalah satu jawapan yang pada saya menggambarkan bukannya negara kita dunia ketiga, tetapi komen pemimpin kita yang kelas ketiga.

Buat apa kita membandingkan negara kita dengan dunia ketiga yang lain? Jika kita kahu bandingkan pun, dari segi sistem pengundian, negara kita masih jauh mundur ke belakang. India dan Indonesia menggunakan dakwat kekal, tetapi tidak ada kecelakaan yang menimpa pengundi mereka. Sebaliknya yang berlaku ialah sistem pilihan raya mereka dilihat demokratik, adil dan memenuhi aspirasi rakyat. Itu yang kita mahu—satu pilihan raya yang telus dan ada integriti supaya tidak timbul kontroversi seperti sekarang ini.

Jika kita mahu bandingkan sistem pilihan raya kita dengan di negara maju, kedudukannya adalah jauh panggang dari api. Di negara maju, sistem pilihan rayanya adil dan bebas, medianya bebas dan pengurusan pilihan rayanya baik. Di negara maju, mereka tidak lagi menggunakan dakwat kekal, tetapi menggunakan sistem biometrik. Apakah kita mampu menjadi seperti mereka atau telahpun mencapai tahap seperti mereka?

Baiklah, jika kita tidak mahu gunakan dakwat kekal, saya mahu cadangkan dalam pilihan raya yang akan datang, kita gunakan mesin mengesan cap jari. Penggunaan mesin ini baik kerana selain dapat mengesahkan identiti pengundi, mesin ini juga secara automatiknya dapat menolak mereka yang cuba untuk mengundi dua kali. Mengapa timbulnya persepsi adanya pengundian dua kali ini? Ini kerana keraguan kepada senarai pengundi SPR? Bilakah SPR dapat menyelesaikan persepsi rakyat yang negatif ini?

YB pemimpin, tolong selesaikan isu dakwat kekal ini dengan baik. Tolong jangan berikan jawapan yang berterusan mendungukan rakyat. Setakat ini, saya lihat jawapan pemimpin adalah sama seperti pengail yang mengail, tetapi memilih menggunakan umpan yang tidak dimakan ikan.-
FB Mohammad Agus Yusoff.

Dah betaubat ke?

PRK: Keputusan guna dakwat kekal minggu depan
 Keputusan sama ada dakwat kekal akan digunakan dalam PRK Kuala Besut, hanya akan diketahui minggu depan, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusoff.
 "Rasanya minggu depan, tak pasti lagi," ujarnya pada Sinar Harian Online.

Haha..awat..dah serik ka..da betaubat ka..takkan takut? Guna la pencelop dari Malaysia pulak boleh tahan sampai seminggu.Kenapa oder pewarna makanan dari Singapura yang berharga RM6.9 juta?Kat Malaysia pun belambak cakap ja nak kaler apa! Sedap sampai menjilat jari.

Khamis, 27 Jun 2013

Dakwat punya pasal semua dah jadi gila

Malaysia tidak perlukan dakwat kekal, cukup dengan IC, kata Ku Nan

Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini berkata negara ini pada dasarnya tidak memerlukan penggunaan dakwat kekal, sebaliknya cukup menggunakan kad pengenalan untuk mengenal pasti individu tertentu sebagai pengundi.
Menteri Wilayah Persekutuan itu berkata penggunaan dakwat kekal itu adalah atas permintaan pembangkang dari Pakatan Rakyat (PR) di Parlimen yang kemudiannya telah dipersetujui.
"Kita tak perlukan dakwat kekal ... untuk apa? Kita bukan negara (dunia) ketiga. Kita ada kad pengenalan yang boleh dikenal pasti.
"Dakwat kekal ini pembangkang yang minta di Parlimen dan kita setuju dan ikut," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.
Ahli Parlimen Putrajaya itu menegaskan bahawa sebab dakwat kekal yang digunakan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 2013 lalu tidak mengandungi bahan kimia berbahaya adalah bagi memastikan keselamatan rakyat.
Kata beliau, ia berbeza dengan dakwat kekal yang kekal sehingga dua bulan seperti yang digunakan di India, yang memberi kesan yang merbahaya kepada masyarakat.
"Sebab SPR sangat prihatin yang kimia itu akan menyakitkan orang ramai. Ini tanggungjawab kerajaan untuk menjaga rakyat," katanya.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim sebelum ini mengatakan bahawa bahan kimia dalam dakwat kekal diganti dengan pewarna makanan.
"Tiada kandungan bahan-bahan kimia digunakan dalam dakwat tersebut. Sebaliknya ianya digantikan dengan penggunaan bahan-bahan pewarna makanan yang diluluskan," kata Shahidan semalam.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini berkata mereka menggunakan "silver nitrate" dalam dakwat kekal dan memberi alasan bahawa pengurangan kandungan tersebutlah yang merupakan punca kemelut kebertahanan dakwat kekal yang digunakan itu.
Shahidan juga berkata tarikh luput dakwat kekal ialah empat bulan daripada tarikh ia dikeluarkan serta menyalahkan pengundi yang sengaja berusaha menanggalkan dakwat tersebut sebagai punca ia tidak kekal.
"Tarikh luput dakwat kekal adalah dalam tempoh empat bulan dari tarikh ianya dikilangkan.
"Kesan ketahanan penggunaan dakwat kekal adalah tertakluk kepada individu dan usaha-usaha yang dilakukan bagi tujuan menghilangkan dakwat kekal berkenaan," katanya lagi.
Dalam jawapan bertulis lagi, Shahidan juga memberitahu dewan sejumlah RM6.9 juta dibelanjakan untuk penggunaan dakwat kekal di samping perbelanjaan tambahan RM200,000 meliputi kos pengangkutan, pembungkusan serta penyimpanan, menjadikan jumlah keseluruhannya RM7.1 juta.
Shahidan turut berkata SPR tidak bercadang untuk memaklumkan maklumat pembekal dakwat kekal kepada umum atas sebab keselamatan.
Pakatan Rakyat menyalahkan penipuan pilihan raya menyebabkan mereka tidak menjadi kerajaan walaupun menang undi popular dalam PRU13.
Isu dakwat kekal yang boleh ditanggalkan adalah antara penipuan SPR yang didakwa oleh PR. Malahan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada bulan lalu dalam perhimpunan besar-besaran yang dianjurkan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO), telah menggesa orang awam untuk membuat laporan polis jika dakwat kekal tanggal daripada jari mereka sebaik mengundi pada 5 Mei lalu.-M'insider
Yang dipertikaikan soal penipuan dalam penggunaan dakwat tu yang berdolak dalik kata cukup guna IC saja buat apa?Gila ka?Tanya lain jawab lain.SPR cakap lain,menteri cakap lain..semua jadi pening pakat jadi gila hanya kerana pakat menipu isu dakwat.Cakap tak sama..semua nak pelepas diri.

Rabu, 26 Jun 2013

Muka hang pa tempek kulit apa yang liat sangat nak letak jawatan!?

Dua berita panas punqkoq hari ni;

SPR: Dakwat kekal guna pewarna makanan, bukan bahan kimia

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengakui hari ini di Dewan Rakyat tiada bahan kimia yang digunakan dalam dakwat kekal yang digunakan pada pilihan raya umum 5 Mei lalu, sebaliknya digantikan dengan pewarna makanan.
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim memberitahu dalam transkrip jawapan kepada pertanyaan Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng yang mahu SPR menjelaskan kandungan dakwat kekal tersebut memandangkan keberkesanannya semasa pilihan raya umum ke-13 (PRU13) dipersoalkan kerana boleh ditanggalkan.
"Tiada kandungan bahan-bahan kimia digunakan dalam dakwat tersebut sebaliknya ianya digantikan dengan penggunaan bahan-bahan pewarna makanan yang diluluskan," kata Shahidan hari ini.-M'insider.
Mula-mula SPR pakat kata kami tak tipu ini propaganda pembangkang yang tak dapat terima kekalahan.Bila rakyat pakat berhimpun Blackout 505 sampai satu Malaysia SPR mengaku kata depa kecewa kerana dakwat tak kekal.

Tapi Pengerusi SPR dan timbalannya tetap cakap keras kepala dan ketegaq kata kami tak akan letak jawatan,kami tetap nak pegang jawatan yang kami sandang.Hari ni dalam parlimen didedahkan kata dakwat tu pulak guna pencelop makanan hang pa tak mau letak jawatan lagi ka?Tapi nak letak jawatan apa ..hang pa memang jenih muka tempik kulit B**i!Kalau berani buat pru semula..kalau berani la!
Ni lagi satu kes;

Mahkamah putuskan KPN bertanggungjawab terhadap kematian Kugan

Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Khalid Abu Bakar  dipertanggungjawabkan ke atas kematian A. Kugan ketika berada dalam tahanan polis, kerana didera secara fizikal semasa soalsiasat polis empat tahun lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan hari ini.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk V. T. Singham mengatakan, Khalid yang pada ketika itu merupakan ketua polis Selangor, cuai untuk memastikan keselamatan tahanan dalam kes ini.

Keputusan hakim ini dijangkakan akan membuka ruang kepada lebih banyak saman kepada pihak polis.-M'insider.

Sila letak jawatan kalau ada maruah la!Ini yang terjadi di negara kita yang dok mengaku sangat kata negara Islam.Buat malu jual nama Islam tapi perangai masing-masing langsung tak ikut macam orang yang beragama.Kaki menipu dan putarbelit.

Tu di negara orang putih yang kapiaq tu depa cukup pantang jika pemimpin depa cakap bohong dan salah guna kuasa.Belum didakwa baru dituduh dah letak jawatan!

Selasa, 25 Jun 2013

Syria Mangsa Kesilapan Umat Islam Sendiri

Politik Antarabangsa
Syria mangsa kesilapan umat Islam sendiri
Ketika ini seluruh dunia bersepakat wajib mempertahan dan membela hak asasi manusia yang juga menyentuh hak majoriti dan hak minoriti seperti mana dalam Universal Declaration of Human Rights (United Nations) di Paris pada tahun 1948 dan Cairo Declaration on Human Rights in Islam (OIC) pada tahun 1990.

Walaupun kedua-dua deklarasi ini ada perbezaan teras tertentu, tetapi semua negara-negara yang menandatanganinya telah bersetuju bahawa tiada lagi mana-mana pihak yang boleh dizalimi, tidak boleh dinafikan haknya sebagai manusia, bahkan ada yang berfikir lebih melampau sehingga mempertahankan hak binatang lebih daripada hak manusia.

Tetapi semuanya ini tidak diambil peduli apabila menangani isu besar dan mendesak yang menyentuh hak rakyat Syria, kerana pihak yang menjuarai hak asasi ini sibuk menjaga kepentingan negara masing-masing dan mempertahankan hak keselamatan negara haram Israel, sama ada secara sedar atau tidak sedar. Begitulah rupanya apabila pengaruh Zionis dan agendanya masuk ke dalam kepala para pemimpin dunia, negara kuasa besar dan lebih malang lagi termasuklah pemimpin negara Arab dan pemimpin negara umat Islam.

Perlulah kita ingat bahawa para pemimpin kanan Israel, sama ada pimpinan politik atau tentera, telah pun membuat kenyataan terbuka bahawa Israel akan campur tangan menyerang secara langsung ke dalam Syria sekiranya senjata jatuh ke tangan kumpulan Islam, sama ada Ikhwan Muslimin, al-Qaeda atau Hizbullah. Nampaknya Israel tetap menjaga kepentingannya tanpa mengira apakah mazhab yang dianut oleh kumpulan yang bernama Islam. Inilah sikap sebenar negara haram Zionis ini yang menunjukkan sikapnya yang paling bermusuh terhadap Islam.

Aspek yang lain pula, jangan dilupai bahawa semua negara kuasa besar terlibat mewujudkan negara haram Israel sejak tahun 1948 menerusi British Mandate for Palestine. Sejak saat inilah semuanya terpengaruh dengan agenda Zionis yang menjadi guru mencipta ideologi kepada semua negara kuasa besar dan sekutunya yang berbeza ideologi itu. Seterusnya rangkaian Zionis mempengaruhi politik dalaman dan antarabangsa, ekonomi dunia dan medianya.

Sejarah membuktikan, bahawa Zionis ini tidak akan mengizinkan mana-mana kumpulan Islam, sama ada kumpulan itu dari mazhab Sunni, Salafi atau tidak. Mereka juga tidak mengira sama ada kumpulan itu adalah Syiah muktabar atau tidak, dan tanpa mengira pendekatan sederhana atau melampau, Ikhwan atau al-Qaeda atau Hizbullah, semuanya diletakkan dalam satu bakul. 

Semuanya tidak diizinkan sekiranya yang mengambil alih kuasa di Syria bagi mengganti Basyar Asad dan Parti Ba'athnya. Israel dan semua kuasa besar itu boleh menerima siapa sahaja yang tidak berjenama Islam tanpa mengira ideologinya. Pendirian mereka ialah bahawa Basyar Asad tetap lebih baik daripada semua kumpulan Islam tanpa mengira mazhab, kerana sebarang perubahan kepada Islam dikira paling membahayakan keselamatan Israel dan menjejaskan kepentingan negara barat dan sekutunya dan juga Rusia, China dan sekutunya.

Bacalah kenyataan Ketua Turus Pasukan Pertahanan Israel (IDF Chief of Staff) Benny Gantz pada Januari 2012 lalu bahawa Israel boleh menerima puak Alawi dari kumpulan Basyar Asad sebagai pelarian akibat dari Revolusi yang berlaku di Syria, kerana kumpulan ini tidak membahayakan Zionis Israel. Maka akhirnya Kerajaan kumpulan minoriti Alawi yang sesat dan Parti Ba'ath berideologi kiri pimpinan Basyar Asad adalah paling diterima oleh semua kuasa besar itu demi kedudukan masing-masing.

Berlindung dengan kuasa besar

Maka akhirnya rakyat Syria yang menjadi mangsa pertembungan bersenjata yang melibatkan kuasa besar timur dan barat yang melibatkan Amerika, Kesatuan Eropah dan sekutunya, dan juga Rusia, China dan sekutunya.

Terheret sama dalam konflik berdarah ini ialah negara serantau, Turki, negara Arab dan Iran di atas nama strategi masing-masing. Akhirnya Basyar Asad juga yang dilihat lebih berpeluang mengikat semua pihak kerana tidak ada pengganti yang lebih baik daripadanya demi menjaga kepentingan masing-masing. Kezaliman dan kekejaman keluarga Asad menerusi Hafeez al-Asad terhadap rakyatnya sendiri telah berlaku sejak dari tahun 1970-an lagi. Walaupun kumpulan Alawinya yang terlalu kecil (10 peratus) tidak muktabar dalam mazhab Sunni dan Syiah yang muktabar, parti Ba'athnya dapat terus memerintah secara diktator sejak sekalian lama.

Adapun negara serantau pula bertegas dengan strategi masing-masing. Iran dan Hizbullah menjadikan alasan bahawa Basyar Asad adalah rakan strategi jalinan pembekal senjata menentang Israel dan membantu garisan hadapan Palestin dan Selatan Lubnan; dan dalam masa yang sama Syria di bawah kerajaan Alawi dan parti Ba'ath tidak menjadi ancaman besar terhadap Israel. Akhirnya Basyar Asad juga dipertahankan di atas alasan strategi, dengan berlarutan, walau pun membunuh rakyatnya sendiri.

Adapun setengah negara Arab Teluk dan bukan Teluk menganggap Iran dan Hizbullah bersama mazhab syiahnya adalah ancaman kepada mereka setaraf dengan Israel, maka Iran dan Hizbullah perlu dihapuskan. Akhirnya mereka meletakkan Israel dan Basyar Asad sebagai bukan ancaman sebenar, maka Basyar Asad dan parti Ba'athnya tidak penting, maka selamatlah dia.

Dalam masa yang sama Amerika dan sekutunya mengira Iran dan Hizbullah adalah ancaman terbesar, menyebabkan negara-negara barat itu meletakkan semua kumpulan yang berjenama Islam dalam satu bakul bahaya, tanpa mengira mazhab Sunni atau Syiah, Salafi atau Khalafi, Syiah Muqtada al-Sadr atau Sistani, konservatif atau reformasi, tanpa perbezaan di antara kumpulan sederhana yang memilih demokrasi atau pelampau yang mengharamkan demokrasi. Semua yang berjenama Islam adalah pelampau dan mengancam keamanan dunia, khususnya kedudukan keselamatan Israel lebih penting bagi mereka. Rusia dan China juga masing-masing ada saham mewujudkan negara haram Israel, dalam masa yang sama ikut berlumba dalam persaingan mendapat pengaruh dan pasaran di Asia Barat yang berisikan sumber tenaga yang menjadi rebutan.

Ada pun sebahagian lagi negara Arab pula sangat bergantung dengan kuasa besar, sehingga menjadikannya pelindung lebih daripada Allah SWT. Manakala kumpulan Islam Sunni juga dianggap sebagai ancaman kepada sebahagian negara Arab ini, bukan hanya Syiah, sehingga mengizinkan buminya menjadi pangkalan tentera asing yang diambil kesempatan bukannya menjaga kawan, tetapi lebih utama menjaga Israel dan telaga minyak di rantau itu. Hakikatnya ada negara Arab dan negara umat Islam sekitarnya yang mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel.

Lebih baik Basyar tak berpegang dengan agama...Akhirnya tindakan mengekalkan Basyar Asad di Syria adalah boleh mengekalkan pasaran dan menambah nilai semua pihak, kerana daripada pihak lain khususnya kumpulan Islam, adalah lebih baik dibiarkan sahaja Basyar Asad dan parti Ba'athnya yang tidak berpegang dengan agama dan mana-mana mazhab yang muktabar.

Sepatutnya umat Islam tidak celaru dalam menentukan sikap. Umat Islam sepatutnya jelas bahawa negara haram Israel diwujudkan secara haram dan dipaksakan ke atas umat Islam, dan dalam masa yang sama negara kuasa besar tidak boleh diberi kepercayaan dalam menyelesaikan konflik yang berlaku. Kuasa besar Barat ini hanyalah melihat dua perkara yang paling penting iaitu (1) survival negara haram Israel dan (2) kekuasaan mereka kepada sumber petroleum sebagai asas tenaga negara Barat; bukannya kepentingan rakyat negara-negara Arab yang berdepan dengan konflik berdarah ini, ataupun keselamatan negara-negara Arab rantau teluk itu sendiri.

Bagi penyelesaiannya, semua negara serantau, Arab, Turki dan Iran bersama seluruh negara umat Islam sepatutnya bebas daripada pengaruh negara pengacau yang datang dari timur dan barat dan bersatu strategi kembali kepada Islam.

Selesaikan masalah umat dengan Islam, khusus Palestin dan ancaman Zionis negara haram Israel, sebagai perkara paling mudah untuk difahami dan sepatutnya menyentuh hati sanubari setiap umat Islam.

Ada pun perbezaan mazhab yang masih berpegang dengan rukun-rukun Islam yang asasi, boleh dibincang secara ilmu oleh kalangan ilmuwan yang bebas daripada pengaruh kerajaan yang menolak Islam, jangan serah kepada yang jahil, sama ada individu atau media. Perbezaan kebangsaan dan sempadan negeri di kalangan umat Islam boleh disatukan oleh ajaran Islam sekiranya kita benar-benar berpegang kepadanya. 

Tolonglah diri sendiri, jangan bersekongkol dengan kuasa besar Timur dan Barat. Kembalilah kepada Islam.


DATUK SERI ABDUL HADI AWANG presiden PAS.

Malaysiakini

Isnin, 24 Jun 2013

Hidup Melayu!

Siapa K;Eswaran?
Sila baca;

SATURDAY, JUNE 22, 2013

Putera Mahkota Baru Dunia Niaga


A Kadir Jasin


TIDAK sampai dua bulan selepas Barisan Nasional menang tipis dalam Pilihan Raya Umum 5 Mei, seorang lagi putera mahkota sektor korporat dinobatkan.

Bukan alang kepalang nobatnya. Pada 1 Jun dia dijadikan Tan Sri dan pada 8 Jun dia muncul sebagai taikun baru dunia penyiaran Malaysia.

Mohd Najib dan Eswaran di majlis pelancaran ABNxcess
Dia tidak akan menjadi Tan Sri tanpa persetujuan Perdana Menteri, Mohd Najib Abdul Razak, yang pada 8 Jun melancarkan saluran televisyen kabel digital bernama ABNxcess dengan mengisytiharkan yang ia akan membantu menyempitkan jurang digital antara masyarakat Malaysia.

Dengan lesen yang diberikan oleh Suruhanjaya Multimedia dan Telekomunikasi itu, ABNxcess berpotensi melancarkan sehingga 500 saluran TV kabel digital – mengatasi berkali-kali ganda apa yang kini ditawarkan oleh Astro milik T. Ananda Krishnan dan HyppTv milik Telekom Malaysia Berhad (TM). 

Daripada Pemandu Kepada Tuan


Orang istimewa itu adalah K.K. Eswaran yang sehingga baru-baru ini lebih dikenali umum oleh kalangan korporat dan politik sebagai Kenneth Eswaran.

Eswaran: Daripada pekerja kepada tauke
Tidak banyak orang di luar dunia korporat dan politik kenal Eswaran. Tetapi sesiapa saja yang mengenali isi rumah Mohd Najib dari dekat pasti tidak akan terlepas pandang siapa Eswaran. Keakrabannya dengan Mohd Najib dan isterinya, Rosmah Mansor adalah luar biasa dan bukan rahsia lagi.

Dalam masa yang singkat dia naik dalam dunia perniagaan dan dipilih menjadi Presiden Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Malaysia. Dia adalah antara pelopor pekan “Little India” di Brickfields, Kuala Lumpur.

Sesiapa saja yang kenal dan menyaksikan transformasi Eswaran sejak pembunuhan kejam majikannya, Francis Clement D’cruz di Johor Baru pada tahun 2003, tentu takjub dan teruja.

Apa yang dia lakukan selepas pembunuhan bosnya bolehlah ditakrifkan sebagai “memangku” aset korporat dan peribadi yang ditinggalkan oleh mendiang D’Cruz.

Seorang peniaga dari India, yang berupa rakan kongsi D’cruz, disyaki melakukan pembunuhan itu dan tidak pernah ditangkap.

Tetapi Eswaran tidak muncul dalam radar perniagaan dan politik Malaysia sehinggalah dia menjadi sangat akrab dan sering menjadi tetamu isi rumah Mohd Najib dan Rosmah.

(Saya membilang beliau sebagai antara penyokong Mohd Najib yang hadir di rumahnya di Pekan pada hari penamaan calon PRU 2008).

Dapat Pinjaman RM500 Juta


Eswaran melancarkan rangkaian TV kabel itu dengan menggunakan syarikat bernama Asian Broadcasting Network (ABN) yang dimiliki bersama dengan dua orang bekas penjawat awam kanan, iaitu Laksamana (Bersara) (Tan Sri) Mohd Anwar Mohd Nor (10 peratus) dan (Tan Sri) Mohamad Noor Abdul Rahim (20 peratus).

Jentera korporat utama Eswaran ialah Pinehill Pacific Berhad, sebuah syarikat perladangan berukuran kecil,  yang asalnya Benta Rubber Estates Ltd dan pada 1971 ditukar menjadi Benta Plantations Berhad serta disenaraikan di Bursa Malaysia.

Pada tahun 2011, Pinehill mencatatkan perdagangan bernilai RM50.3 juta dan keuntungan RM4.1 juta. Tiga tahun berturut-turut sebelum itu ia mengalami kerugian.

Dalam dunia korporat, penanda aras nilai dan keyakinan pasaran terhadap seseorang usahawan adalah kesediaan bank memberi pinjaman kepadanya.

Dalam kes Eswaran dan ABNxcess, media massa telah melaporkan yang Bank Pembangunan memberi pinjaman sebanyak RM500 juta (baca di sini). Sumber-sumber perbankan berkata, itu adalah had maksimum yang boleh diberikan kepada seseorang peminjam (baca di sini). Wallahualam.Dari blog A.Kadir Jasin.

Ahad, 23 Jun 2013

Lega boleh berhenti penat sat

Tiada lagi Black 505, buat masa ni
Pakatan Rakyat tiada rancangan untuk melanjutkan lagi perhimpunan Black 505 bagi mempertikaikan keputusan pilihan raya umum ke-13 pada 5 Mei lalu, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun, kata ketua umum PKR itu, kumpulan NGO mungkin akan terus menganjurkan perhimpunan itu dan beliau tidak dapat bercakap bagi pihak mereka.

"Untuk masa ini, tidak," katanya dalam sidang media selepas pembukaan Konvensyen Kepimpinan Pakatan di Ampang hari ini.

Anwar menambah, Pakatan harus melihat ke depan dan akan terus mengasak agenda menolak penipuan pilihan raya yang didakwa berleluasa.-Malaysiakini


Haha..boleh la berhenti penat sat..malas aku nak boh gambaq demo di Padang Merbuk..hang pa cari sendiri la dalam FB aku..
Kepada yang dah jadi Lembu Kenyang malas dah nak Lawan SPR,Lawan  Umno,Lawan Syaiton pakat la pi bawa anak bini pi melancong,mancing ka ikut la nak buat apa pon!

Aku nak tanya hang pa letih ka lawan Umno,Lawan penipuan SPR? Atau hang pa dah pikiaq macam Umno, macam suara Umno dalam PR..yang nak pi..sat tak mau pi demo tentu rasa lega bila Anwar kata tak ada lagi Black 505! Redho dan serah pada takdir ja la kan....! Haha

Khamis, 20 Jun 2013

"Pas takkan bersama Umno..Umno bawa Islam celup"-TGNA

Berita asal daripada FB TGNA.Dah banyak kali TGNA ulang takkan tak faham-faham atau buat-buat tak faham haha.Saja nak tanya apa pulak komen Nik Abduh,Nashruddin Tantawi dan yang seangkatan dengannya?

Cadangan PAS Bersama UMNO : Pungguk Yang Sedang Rindukan Bulan

Saya membaca kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang penganalisis politik, Prof Datuk Dr Zainal Kling seperti yang tersiar di dalam Sinar Harian hari ini 20 Jun 2013. Saya kira kenyataan yang dikeluarkan sangat terawang-awang dan tidak berpijak di bumi nyata. Nampaknya pandangan karut ini cuba untuk disebarkan atas nama akademik kononnya, padahal jelas nampak kepentingan UMNO timbul di permukaan air.

Di dalam kenyataannya itu, beliau mencadangkan agar PAS bergabung dengan UMNO untuk memperjuangkan Islam. Ini kerana parti-parti yang ada di sekeliling PAS semuanya mengkhianati Islam. Hanya UMNO sahaja yang memperjuangkan Islam.

Pada saya, kenyataan ini sangatlah tidak berasas. Jika umpama dahan pokok untuk berpaut, profesor ini nyata sekali sedang bergayut di dahan yang rapuh. Barangkali kerana bimbang jatuh ke tanah digigit semut, terus menerus tangan memeluk dahan yang menunggu masa untuk tersemban. Lambat laun sebenarnya dahan ini akan jatuh jua. 

Amatlah lucu sekali apabila beliau menyatakan bahawa hanya UMNO yang memperjuangkan Islam. Barangkali langkah UMNO membenarkan premis judi di Kelantan sebelum tahun 1990 dahulu salah satu daripada perjuangan Islam menurut kacamata 'orang cerdik pandai' ini? Di Melaka, pernah seorang Ketua Menteri yang merupakan pimpinan tertinggi UMNO mencadangkan agar pusat hiburan dilanjutkan masa pembukaannya sehingga ke awal pagi, inipun juga barangkali perjuangan untuk menegakkan Islam. Itu belum dicampur kenyataan-kenyataan yang menghina Islam yang dikeluarkan oleh pemimpin-pemimpin UMNO sebelum ini. Semuanya termaktub di dalam lipatan sejarah dan generasi kita tidak buta untuk membaca semula catitan ini. 

Saya ingin bertanya, jika sekarang mahu mengajak PAS bersatu dengan UMNO, apa lebihnya UMNO berbanding dengan PAS dalam hal memperjuangkan Islam? Sewaktu pemimpin parti komponen Barisan Nasional menghina seorang wakil rakyat UMNO di Johor yang mencadangkan hudud dengan label 'hilang akal', di mana pemimpin UMNO menyembunyikan diri? Jika lebihnya UMNO ialah kerana bilangan kerusi, saya suka mencadangkan agar ADUN UMNO di Kelantan menyertai PAS kerana bilangan kerusi yang dimiliki oleh PAS di Kelantan lebih banyak jauh mengatasi UMNO!

Jika UMNO memperjuangkan Melayu, kenapa Kelantan dinafikan hak ke atas royalti minyak dalam keadaan majoriti rakyat Kelantan berbangsa Melayu dan beragama Islam? Kenapa UMNO memainkan peranan untuk menyekat pembangunan ke Kelantan dan ini diakui sendiri Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan satu ketika dahulu? Apakah perkataan yang lebih tepat untuk menggambarkan sikap seperti ini selain daripada pengkhianat? 

Pada saya, Islam yang dibawa oleh UMNO ialah Islam celup. Selagi dasar yang menjadi tunjang perjuangan UMNO ialah kebangsaan, tiada apa-apa nilai terhadap gerak laku UMNO sekalipun nampak seolah-olah ia pro-Islam. Di zaman Rasulullah SAW, masjid Dhirar diperintahkan untuk diruntuhkan sekalipun ia sebuah masjid kerana ia didirikan bukan di atas semangat Islam yang sebenar. 

Kerana itu, saya tetap berpendirian, PAS tidak akan bersama-sama UMNO selagi UMNO tidak menukar dasar. Berhentilah menjadi pungguk yang rindukan bulan. Saban malam merenung bulan sambil memanggil-manggil, mahu terbang sayap kecil, mahu biarkan sahaja, hati pula tidak sanggup melihat bulan dipagar bintang. Akhirnya si pungguk hanya mampu berbuat bising!

Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat,
Al-Mursyidul Am,
Parti Islam Semalaysia (PAS)

Bertarikh : 11 Syaaban 1434H bersamaan 20 Jun 2013M

Aiit! ni bukan kapiaq harbi ka?

Menteri KDN Zahid Hamidi berdakap tangan dengan Lim Guan Eng Ketua Menteri Pulau Pinang ketika melawat bencana alam yang menumbangkan Menara  Umno Pulau Pinang.

Aiit boleh pulak Zahid Hamidi berpeluk dengan pemimpin Dap yang dituduh Ostaz Umno Abdullah Saamah sebagai kapiaq Harbi..

Woiit hang pa kot bawah dok pakat lawan Blackout di bawah..yang di atas tak ada apa pon ..tah-tah depa pon pakat lawan Blackout nak berUG..haha apa jadi dengan kegilaan Mat Mongglia ke Jakarta minggu lepas..kenapa tak dilayan..tak malu ka ..takkan follow sampai pintu bilik..teruk-teruk Pak Lah pon tak la tunggu depan pintu bilik haha..

Sapa mau pakat ..PM tetap Mat Monggolia..bodo la kalau ikut cakap Mat Monggolia..Apa jadi dengan Ku Li yang dok pakat dengan MP dari Borneo untuk buat undi tak percaya kepada Najib?Jadi ka tak jadi?Jangan hanya hangat-hangat taik ayam..

Selasa, 18 Jun 2013

Mahfuz Omar kata tu betoi..rakyat kena kencing kena main tambang bas naik 10%

Naib Presiden Pas kata dalam Harakahdaily Kadar 30% hanya perangkap untuk naikkan tambang.Antara lain Mahfuz kata,"Isu sebenarnya bukan 30 peratus, isunya adalah kenaikan harga tambang. Kalau bawah 30 peratus iaitu 15 peratus bermakna pengguna akan beli. Ini adalah perangkap kepada pengguna supaya bincang kenaikan harga tambang. Hakikatnya harga tambang pasti akan naik," katanya kepada Harakahdaily.

Hari ni Syarikat Pengangkutan Awam Darat(SPAD) yang jadi lintah darat kata Tambang bas balik raya naik 10% mulai Julai.Maknanya sebelum raya depa sapu duit pengguna kaw-kaw!

Depa test market dulu up 30% nak tengok rakyat kata pa..tengok tak dapat naik 30% depa penaik juga 10%. Ting tong pi ting mai pengguna yang kena..kena main kena kencin..!

Isnin, 17 Jun 2013

Pengerusi SPR kalau takat sedih dan kecewa kucing pon reti

Saya tulih dalam FB;
Takat nk sedeh dan kecewa..kucing hilang anak pon meraung rata rumah..letak la jawatan! Baru rakyat kata hg pa bertanggungjawab takat mngaku kata Aku curi duit hg..hg boleh dak halai duit yg Aku ambik..banyak cantikkk!..tp ni di Msia.xpa kalau di Korea,Jepun ka dah lama letak jawatan...bukan takat spr ,PM pon dah bungkuih walaupun menang pilihanraya!

Dakwat kekal berduka dalam kebenaran
KALAU orang tanya saya sekarang ini, apakah perkara yang paling menyedihkan dalam hidup saya, saya akan jawab dakwat kekal,” luah Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusuf.

Kekecewaan jelas terpancar di wajahnya. Kesedihan dengan kisah dakwat kekal tidak dapat disembunyikan. Rasa kesal dan dukacita itu dizahirkan Abdul Aziz ketika kunjungan beliau ke pejabat Sinar Harian baru-baru ini.

Sabtu, 15 Jun 2013

"Di Kedah kalau nak ceramah nak jual apa bagi rakyat kembali sokong Pas dan PR?"

Seorang penceramah Pas kata apa isu yang boleh dibawa supaya rakyat Kedah kembali sokong Pas dan PR.Beliau mengambil contoh di Terengganu walaupun Pas kalah dan hilang kuasa pada tahun 2004 ada jugak tinggalkan jasa walapun ada pemimpin di Terengganu masa tu pi menebas kebun pakai tali leher..ni ayat perli ja..

Pas semasa berkuasa di Terengganu gubal kanun jenayah syariah yang dijadikan enakmen dalam undang-undang tubuh kerajaan Terengganu yang kekal hingga kini, hapuskan tol di jambatan Sultan Mahmud,hapuskan cukai pintu dan bagi tanah kepada rakyat.maknanya ada jasa yang Pas Terenggnau tinggalkan selepas Pas hilang kuasa di Terengganu.

Di Kedah pulak selepas Pas dan PR kalah apa yang Pas tinggalkan..hutang KUIN RM300 juta,isu akta kolej dan universiti di mana pelajar KUIN dan pihak kerajaan negeri Kedah meleret sampai ke mahkamah.

Kata penceramah tu lagi kat saya untuk Pas dan PR berkuasa di Kedah banyak nyawa,air mata dan darah terpaksa di korbankan tak macam di negeri lain termasuklah pembunuhan orang Pas di Memali,pembunuhan orang Pas dalam peristiwa Lubuk Merbau dan banyak insiden berdarah untuk Pas berkuasa di Kedah.

Ni antara nikmat orang Islam di Kedah dapat apabila Pas hilang kuasa. Harakah 17-20 Jun 2013

Tun Madey suruh Najib berkeras dengan rakyat..Najib sendiri dah nak terkangkang

Kata bekas PM yang paling berkuasa dalam Umno-BN Tun Madey Kerajaan jangan lagi berlembut dengan pembangkang.Cakap bole la Tun oii zaman Tun dah berlalu nak tekan rakyat sangat-sangat nanti jalanraya tak nampak jalan apabila rakyat berhimpun di jalanraya macam di Turki,Mesir,Jordan dan juga di negara Barat apabila pemimpin jadi ganas nak baham rakyat.Jangan ingat pemimpin ja reti buat ganas tapi tahap kesabaran rakyat jugak ada batasnya.Api kalau tengah marak jangan tuang minyak petrol lebih  baik simbah air bagi padam.

Najib sendiri kini berada dalam keadaan tersepit sedang ditolak ahli Umno,blogger Umno yang tidak mahu lagi Najib jadi PM.Ku Li dan ahli parlimen BN dikatakan sedang merancang untuk jatuhkan Najib dengan buat undi tak percaya terhadap Najib sebagai PM.

Baca jugak apakah benar pertemuan Najib-Anwar sedang diatur di Jakarta untuk elakkan persaingan dalam parlimen apabila mula bersidang.

Jumaat, 14 Jun 2013

Najib dah nak terpelanting,Ku Li nak jadi PM?

Ku Li sasarkan jawatan PM, bertemu lebih ramai ahli Parlimen, kata sumber

Tengku Razaleigh Hamzah telah bertemu dengan lebih ramai ahli Parlimen daripada kedua-dua gabungan bertelagah minggu ini dalam usaha untuk dipilih sebagai perdana menteri selepas Parlimen bermula pada 24 Jun, kata sumber.
The Malaysian Insider difahamkan, putera raja Kelantan itu telah mengaturkan mesyuarat di rumah a la White Housenya di Langak Golf di sini untuk membincangkan strategi mendapatkan cukup angka dalam Parlimen ke 13 untuk mengambil alih jawatan Datuk Seri Najib Razak.
Beliau hanya memerlukan 112 undi, termasuk dirinya, jika usul diluluskan bagi 222 anggota Dewan Rakyat memilih perdana menteri. Akan tetapi masih diragui sama ada beliau boleh mendapatkan cukup sokongan untuk menjatuhkan Najib.
“Sesetengah ahli Parlimen bersetuju Ku Li adalah satu-satunya boleh menyediakan kepimpinan,” kata sumber yang biasa dengan mesyuarat tersebut kepada The Malaysian Insider merujuk kepada nama samaran putera raja Kelantan itu.
“Kita bercakap tentang sokongan dari PAS dan DAP juga,” tambah beliau.
PAS dan DAP masing-masing memenangi 21 dan 38 kerusi Parlimen pada pilihan raya umum 5 Mei yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) hanya mendapat 133 kerusi Parlimen, lebih rendah tujuh berbanding 140 dimenanginya pada Pilihan Raya 2008.
Sekutu PAS dan DAP dalam Pakatan Rakyat (PR), PKR mendapat 30 kerusi Parlimen dan pemimpinnya Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat sebagai calon gabungan itu bagi jawatan perdana menteri jika mereka menawan Putrajaya.
Satu sumber lain mengatakan Tengku Razaleigh dilihat sebagai calon kompromi oleh ahli-ahli Parlimen BN yang tidak menyokong sama ada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin atau Anwar untuk jawatan tertinggi itu.
“Pemilihan untuk ahli-ahli Parlimen BN yang tidak gembira mudah. Ku Li atau Muhyiddin akan tetapi memilih TPM bermakna penerusan polisi Mahathir. Tiada beza diantara Najib dan Muhyiddin.
“Ku Li sebagai PM akan bebas daripada polisi seperti itu,” kata sumber kepadaThe Malaysian Insider merujuk kepada pesaing ahli Parlimen Gua Musang itu, perdana menteri paling lama berkhidmat, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Kem Mahathir sudah memberikan tekanan kepada Najib untuk membuang penasihat-penasihatnya yang mana strategi mereka menyebabkan prestasi buruk BN dalam PRU13. Najib masih belum melantik semula setiausaha politiknya yang kalah akan tetapi ahli strategi “bilik perang” kekal bertugas, dengan dua daripada mereka masing-masing dilantik sebagai menteri dan timbalan menteri.
Pelantikan Kabinet Najib bulan lepas menyebabkan kemarahan beberapa ahli Parlimen terutamanya dari Sabah dan Sabah yang merasakan mereka layak diberikan jawatan tinggi kerajaan.
Difahamkan Najib telah menjanjikan sesetengah daripada mereka jawatan dalam agensi kerajaan beberapa minggu lagi.
Akan tetapi beberapa ahli Parlimen BN dari Malaysia Timur yang tidak berpuas hati bertemu dengan Tengku Razaleigh Hamzah Isnin malam bagi membincangkan pilihan masa depan mereka.
Ahli-ahli Parlimen yang dipilih pada pilihan raya umum 5 Mei berada di sini selama dua hari untuk diterangkan tentang prosedur dan etika Parlimen.
BN mendapat 47 daripada 56 kerusi Parlimen di Sabah dan Sarawak, menyumbangkan satu pertiga dari 133 kerusi mereka menangi daripada 222 jumlah kerusi di Parlimen.
Walau bagaimanapun, Najib hanya memberikan 20 jawatan menteri dan timbalan menteri kepada ahli Parlimen Malaysia Timur, menyebabkan parti seperti SPDP dari Sarawak hanya mempunyai satu wakil walaupun menang empat kerusi Parlimen.
Sebaliknya MIC dari semenanjung Malaysia menyaksikan empat ahli Parlimen mereka mendapat jawatan menteri dan timbalan menteri dalam pentadbiran Najib – yang mempunyai 32 menteri penuh termasuk lapan di Jabatan Perdana Menteri.-The Malaysian Insider
Komen saya dalam FB;
Cita-cita Anwar nak jadi PM dah berkubur ni kita kena terima hakikat melainkan ahli parlimen BN lompat masuk Pakatan.Pakatan pulak dok sembang deraih kata puak lompat parti ni katak puru la,katak ong la dan tak munasabah puak Umno nak lompat mai kat PR.Bila timbul isu ada ahli parlimen BN berjumpa dalam gelap dan berpakat dengan Ku LI untuk jatuhkan Najib dan lantik Ku Li jadi PM hang pa mau ka.Ku LI pulak dilihat dah tak mau lagi jadi Gurkha dalam Umno ,jadi kuli Umno dia pon nak merasa jadi PM macam Anwar..puak Pas yang nak sangat Ku LI jadi PM tentu suka..tapi sapa pulak nak jadi TPM?Kalau Muhyiddin baru sama macam Najib haha

Ingat orang tua tu..Tun Madey nak berdiam diri..Tun dah lama dok rancang nak naikkan anak beliau Mukhriz duduk lebih tinggi hinga jadi PM.Semua orang tau Ku Li musuh ketat Tun Madey sejak sekian lama.Jika Ku Li diterima Bn dan PR sebagai PM baru maka hancur leburlah segala warisan Tun Madey.Tapi kini team Tun Madey juga sedang menibai Najib termasuklah bekas Menteri Datuk Zainuddin Maidee,Utusan Meloya dan blogger Umno yang tak dapat apa2 keuntungan daripada Najib.

Agak-agak la kalau Najib terpelanting Rosmah nak jadi apa.

Khamis, 13 Jun 2013

Utusan Meloya Kantoi Lagi

Pembuat kereta sangkal dakwaan Utusan mengenai penurunan harga

 Pembuat kereta Volkswagen dan Peugeot kedua-duanya telah menafikan penurunan harga tahun ini seperti dilaporkan oleh akhbar milik Umno Utusan Malaysia tiga hari lalu sebagai bukti gabungan pemerintah itu menunaikan janji pilihan raya mereka.
Utusan telah melaporkan Volkswagen, Peugeot, Honda dan pembuat kereta tempatan Proton dan Perodua telah menurunkan harga sepuluh model mereka sehingga 11 peratus bermula Januari tahun ini, menyiarkan senarai harga sebagai bukti kerajaan Barisan Nasional (BN) telah menunaikan janji mereka untuk menurunkan harga kereta dalam manifesto Pilihan Raya 2013.
“Sila ambil perhatian, harga di imej itu tidak tepat. Harga Golf memang RM157,888 semenjak dilancarkan. Bukan RM169,888,” kata wakil dari Volkswagen Malaysia di akaun Facebook mereka merujuk kepada salah satu model Golf.
Seorang pengguna sebelum itu memuat naik laporan Utusan, yang mendakwa harga Golf telah dikurangkan sehingga 7.1 peratus dari RM169,888 ke RM157,888.
Bercakap kepada The Malaysian Insider, seorang pengedar untuk pembuat kereta Jerman itu mengesahkan harga Golf Mark 7 1.4 TSI yang dilancarkan sejak awal tahun ini memang berharga bermula dari RM157,888.
Peugeot Malaysia juga telah memberi respon di laman Facebook mereka mengenai dakwaan Utusan harga bagi model 308 telah diturunkan sebanyak 11 peratus dari RM115,663 ke RM102,888.
“Tanpa sebarang prejudis, tiada apa-apa dikeluarkan oleh kami, kami tidak dirujuk sebelum artikel itu dicetak dan tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan laporan berita itu. Harga yang ditunjukkan 308 Turbo pra- facelift dan 308 VTi sebenarnya merupakan dua varian berbeza dari Peugeot 308,” kata pembuat kereta Perancis itu.
Seorang pengedar Peugeot memberitahu The Malaysian Insider model facelift 308 VTi semenangnya berharga RM102,888 semenjak ianya dilancarkan pada pertengahan tahun lepas dan harga 308 Turbo adalah RM121,888.
Utusan juga melaporkan Honda Jazz Hybrid kini berharga RM89,900 selepas diturunkan sebanyak 2.5 peratus dari RM92,187. 
Semakan dengan pembuat kereta dari Jepun itu mengesahkan model versi kenderaan pemasangan tempatan (CKD) di kilang Alor Gajah sememangnya dijual pada RM89,900 semenjak dilancarkan tahun lepas. Manakala model versi kenderaan jenis diimport sepenuhnya (CBU) dilancarkan sebelum ini berharga RM94,800.
Akhbar Melayu itu juga melaporkan penurunan harga bagi model syarikat tempatan seperti Persona, Preve, Saga dan Exora dari Proton, dan Alza, Viva, dan Myvi dari Perodua.-The Malaysian Insider.
Padan muka..kalau tak menipu bukan Utusan Meloya namanya,kalau tak menipu bukan BN namanya.Lompat la sampai terkoyak seluaq lompat!lompat!
Macam mana nak turun harga kereta kalau cukai kenderaan tak turun,cukai import tak dikurangkan..buah durian kebun sendiri boleh la nak jual harga berapa pun..sapa mau rugi haha.
Cuba tengok sekarang mana janji Najib dan Muhyiddin nak bagi duit BR1M 1200?Dah tak dengaq bunyi bila BN menang lagi pru 13.Kalau tak bagi macam yang dijanjikan sila berdemo..

Rabu, 12 Jun 2013

Najib sedang dibelasah gerombolan Umno yang tak puas hati

Ahli Parlimen BN yang tidak gembira bertemu selepas kemenangan PRU13

Beberapa ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) Parlimen dari Malaysia Timur yang tidak berpuas hati bertemu ahli Parlimen veteran Tengku Razaleigh Hamzah malam tadi bagi membincangkan kedudukan mereka kerana tidak mendapat apa-apa selepas kemenangan pertempuran sengit dalam Pilihan Raya 2013.
The Malaysian Insider difahamkan, lebih kurang sedozen ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak yang tidak mahu menyeberang menyertai Pakatan Rakyat (PR) tetapi turut tidak gembira dengan Putrajaya kerana tidak diberikan apa-apa kepada mereka selepas menang.
“Ahli Parlimen Malaysia Timur bertemu Ku Li di rumahnya untuk membincangkan langkah seterusnya kerana mereka tidak gembira dengan Putrajaya,” kata sumber kepada The Malaysian Insider, merujuk kepada nama samaran putera raja itu.Baca di sini.

Tertekan, PM akan singkirkan lima pembantu yang kalah PRU13

Kesemua pembantu politik kepada Datuk Seri Najib Razak akan digugurkan daripada jawatan masing-masing kerana dikatakan meletakkan kepentingan diri melebihi perdana menteri dalam langkah dilihat untuk menyingkirkan tunggul-tunggul tidak berguna dari pejabat beliau menjelang pemilihan Umno tahun ini, kata sumber-sumber dari Barisan Nasional (BN) kepada The Malaysian Insider.
Dipilih untuk bertanding dalam pilihan raya 5 Mei, Datuk Latt Shariman Abdullah, Datuk Shahlan Ismail, Datuk Mohd Shafei Abdullah, Datuk Mohamad Fatmi Che Salleh dan Datuk Mohamed Suffian Awang telah diserang oleh penulis-penulis blog Umno dan pengkritik pro-kerajaan kerana kekalahan memalukan mereka dalam pilihan raya umum ke 13.
Kelima-lima dilihat oleh ahli strategi “bilik perang” Najib mempunyai peluang terbaik untuk menang membantu gabungan pemerintah itu mendapatkan semula majoriti tradisi dua pertiga di Parlimen yang mereka hilang semasa Pilihan Raya 2008.
Akan tetapi penulis-penulis blog Umno telah mengecam Najib kerana membenarkan pembantu-pembantunya untuk bertanding, berhujah kelima-lima lelaki itu mempunyai sedikit sokongan akar umbi di kawasan pilihan raya mereka.-The malaysian insider.
Zainuddin Maidin bekas Menteri menulis dalam Utusan Meloya serang Nazir adik kepada Najib kerana pertahankan CEO Air Asia X Azran yang menyerang Utusan Meloya kerana rasis.Kata Zainuddin Maidin,"Barangkali Nazir memikirkan tanpa Utusan Malaysia menyerang balas terhadap sikap melampau orang Cina, maka BN akan mendapat sokongan orang Cina."Sebenarnya Nazir menambah masalah yang dihadapi Najib dan Umno," tulis beliau.Baca di sini.
Najib kini sedang dihambat keluar daripada jawatan PM yang disandang beliau oleh gerombolan Umno yang tak puas hati dengan Najib dan konco-konconya.Muhyiddin Yaasin diam membisu tak campurtangan..ada peluang ka Muhyiddin nak jadi PM Mee Segera?

Selasa, 11 Jun 2013

Kes Altantuya tak selesai selagi tukang suruh bunuh tak ditangkap

Bicara semula boleh kesan pembunuh sebenar Altantuya
Permohonan perbicaraan salah bekas pegawai polis, Sirul Azhar Umar yang dijatuhi hukuman mati kerana membunuh Altantuya Shariibuu sekiranya diluluskan mahkamah, boleh membawa implikasi perbicaraan semula ke atas kes tersebut, sekali gus mengesan lebih banyak pihak yang terlibat dalam kes pembunuhan wanita Mongolia itu.
“Sirul dan Azilah boleh terlepas. Perbicaraan semula boleh dibuat untuk mendapat tahu siapa sebenarnya yang bersalah,” kata biro guaman KEADIILAN, Latheefa Koya kepada Keadilandaily.
Jelasnya, seseorang boleh bebas atas sebab salah tuduhan, dakwaan dibawah seksyen yang silap, atau hakim belum ‘swearing-in’ (mengangkat sumpah jawatan)
“Apa yang penting dalam kes ini terdapat pembunuhan dan kematian. Rakyat nak tahu siapa yang diadili,” kata Latheefa lagi. Semalam, Mahkamah Rayuan Putrajaya membenarkan permohonan perbicaraan silap oleh Sirul untuk mengisytiharkan perbicaraan salah dalam kesbeliau membunuh warganegara Mongolia Altantuya Shaariibuu.
Dalam notis usulnya difail pada 3 Jun, Sirul Azhar memohon diisytihar sebagai perbicaraan salah oleh Mahkamah Tinggi kerana mendakwa terdedah kepada publisiti buruk secara meluas dan prejudis terhadap dirinya, dengan itu dinafikan perbicaraan yang adil.azilah sirul
Publisiti buruk diterimanya menimbulkan kebarangkalian bahawa hakim mahkamah tinggi bersikap berat sebelah dan dengan itu sabitannya boleh dipertikaikan.
Sirul mendakwa publisiti buruk itu menerusi tiga akuan bersumpah, iaitu dua oleh Balasubramaniam dan satu lagi oleh Raja Petra Kamarudin.-Keadilandaily.com
Bila-bila pon rakyat dok pikir siapa yang suruh dua anggota polis tu bunuh Altantuya?

Isnin, 10 Jun 2013

Muhyiddin TPM UNTUK BN

Pemimpin Umno semua satu spsesis.MB Terengganu pernah kata hanya mahu dirikan rumah mampu milik di kawasan BN menang manakala kawasan Pas dan PR menang mintak kepada wakil rakyat yang menang.Ini ucapan paling bodo sebagai seorang pemimpin.Politik balas dendam ni hanya akan menambahkan jurang politik yang semakin luas.Rakyat tak kira parti apa pun semua punyai hak yang ditulih dalam perlembagaan Malaysia, mereka warganegara Malaysia bukan pendatang haram Bangla,Indon,Myanmar,Nepal dan Pakistan.

Kerajaan paksa pengundi kembali ke BN dengan bantuan terpilih, kata Pakatan

Barisan Nasional (BN) memaksa pengundi untuk kembali menyokong kerajaan dengan menghukum penyokong pembangkang menerusi bantuan terpilih, kata pemimpin Pakatan Rakyat hari ini.

Gabungan pembangkang menghentam Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang berjanji untuk memberi lebih banyak pertolongan kepada mereka ang menyokong BN pada Pilihan Raya 2013, menyifatkan langkah tersebut sebagai “memangsakan” pengundi dalam usaha mengekalkan dominan kuasa politik.
“Ia tidak memeranjatkan memandangkan perkara ini selalu menjadi cara BN yang suka menjadikan pengundi yang tidak memilih mereka sebagai mangsa dan hanya bantu pihak yang menyokong mereka,” kata ahli jawatankuasa PAS pusat Khalid Samad kepadaThe Malaysian Insider.
“Ini cara kekal berkuasa. Dengan menjadikan pengundi mangsa. Mereka akan mengekalkan keadaan ekonomi supaya Melayu akan terus menyokong mereka,” kata ahli Parlimen Shah Alam itu lagi.
Semalam,  Muhyiddin dilaporkan berkata akan memberi “bantuan lebih kuat” kepada komuniti yang menyokong mereka semasa pilihan raya umum lalu, ia dilihat bertentangan dengan hasrat pentadbiran Datuk Seri Mohd Najib Razak yang mahu mengadakan perdamaian kebangsaan.
“Mesej yang jelas adalah majoriti orang Melayu, India, Bumiputera, Orang Asli, masyarakat Siam serta orang-orang di Sabah dan Sarawak masih menyokong BN.
“Mereka ini akan terus kita bantu dengan lebih kuat, itu yang akan kita lakukan,” kata Muhyiddin dipetik semalam daripada agensi berita nasional Bernama semasa berucap pada Majlis Kesyukuran dan Penghargaan Barisan Nasional (BN) di Sekolah Menengah Tengku Temenggong Ahmad di Kundang Ulu, Muar.
Ahli Parlimen Seremban daripada DAP, Anthony Loke berkata kenyataan Muhyiddin itu jelas mensasarkan kepada masyarakat Cina yang majoritinya telah mengundi pembangkang pada pilihan raya 5 Mei lalu.
“Ini menunjukkan beliau mahu menghukum masyarakat Cina.
“Segala yang diperkatakannya menunjukkan dia bukan timbalan perdana menteri untuk semua tatapi hanya untuk BN. Lagipun, dia dikenali sebagai seorang yang sering mengatakan dia adalah 'Melayu dahulu, rakyat Malaysia kemudiaan,” kata Loke kepada The Malaysian Insider.
Ahli jawatankuasa eksekutif pusat DAP tersebut kemudiaan memetik analisis yang menunjukkan beberapa peningkatan peralihan sokongan orang Melayu kepada pembangkang dan menuntut kerajaan menjelaskan mengapa mereka hanya menghukum orang Cina.
“Ia kenyataan yang bodoh dan sangat tidak bertanggungjawab. Dia mengatakan sesuatu yang sama sekali berbeza  dengan perdamaian yang Najib katakan, malah dia membuat kenyataan yang memecah-belahkan,” tambahnya lagi.
Najib mengatakan sebaik sahaja menerima keputusan Pilihan Raya 2013, kerajaan baru BN akan memulakan perdamaian kebangsaan, sebagai usaha-usaha untuk menyatukan rakyat Malaysia, selepas apa yang beliau gambarkan senagai “tsunami Cina” dalam pilihan raya umum ke 13 – menyaksikan BN menang dengan majoriti lebih kecil berbanding Pilihan Raya 2008.
Akhbar Umno, Utusan Malaysia, selepas berakhir pilihan raya 5 Mei lalu turut  mengeluarkan tajuk “Apa lagi Cina mahu?” sebagai tindakan menunjukkan keputusan pilihan raya dibentuk oleh kaum Melayu menentang kaum Cina.
Walau bagaimanapun penganalisis menolak tanggapan sedemikian, Merdeka Center sebaliknya menegaskan keputusan pilihan raya menunjukkan peralihan besar masyarakat bandar berbilang kaum dan pengundi kelas menengah menentang BN.
Khalid mengganggap kenyataan Muhyiddin itu mendedahkan sifat sebenar BN dan menegaskan selagi kerajaan sedia ada ini tidak dihumban, mereka akan terus mengamalkan diskriminasi terhadap sesiapa yang menentang.
“Sebab itulah kami berada di sini. Untuk menentang mereka. Setelah sekian lama dalam kuasa mereka masih tidak memahami bahawa wang itu adalah milik rakyat. Sudah tentu tidak semua orang akan mengundi untuk mereka tetapi apabila mereka dipilih berkuasa, mereka mesti berkhidmat kepada semua orang,” kata beliau.
Walau pun terdapat pemimpin berhaluan kanan dalam BN, beberapa pemimpin dalam gabungan pemerintah berkata sebaliknya dan menyifatkan tidak wajar hanya menyalahkan masyarakat Cina ekoran keputusan buruk mereka dalam pilihan raya lalu.
BN hilang undi popular buat pertama kali semenjak 1969 ketika mereka masih Perikatan.
BN juga hilang lagi tujuh kerusi Parlimen kepada PR. BN mendapat 133 kerusi sementara PR mendapat 89 kerusi Parlimen dalam Pilihan Raya 2013.
Beberapa tangkapan ke atas pemimpin dan aktivis pembangkang kebelakangan ini juga mengaburkan lagi perdamaian kebangsaan seperti yang diuar-uarkan oleh perdana menteri.-The Malaysian Insider