Sabtu, 17 November 2012

Jom turun ramai-ramai sebelum pru 13 diumumkan

4 lagi Himpunan Kebangkitan Rakyat akan berlangsung
Empat lagi Himpunan Kebangkitan Rakyat akan berlangsung di seluruh Malaysia sebelum kemuncaknya pada 12 Januari tahun hadapan.

Sehubungan itu, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu  yang merupakan pengarah program ini mengajak seluruh rakyat Malaysia menyertai keempat-empat himpunan tersebut sebelum Pilihan Raya Umum ke-13.

Pada 1 Disember depan himpunan akan diadakan di Johor, 7 Disember di Kedah, 8 Disember di Melaka dan 9 Disember di Pahang.

"Akhirnya pada 12 januari, kita akan bersama-sama turun ke himpunan akhir, kita sasarkan satu juta rakyat berkumpul di Kuala Lumpur bagi menuntut pilihan raya yang bersih.

"Perdana Menteri  kata,  kalau  nak buat himpunan mintalah Stadium Merdeka atau Stadium Bukit Jalil jadi  kita nak tengok janji ditepati atau janji dicapati," kata beliau sewaktu berucap di Himpunan Kebangkitan Rakyat Peringkat Negeri Kelantan di Stadium Sultan Mohamad IV, dekat sini malam ini.

Beliau berkata, Himpunan Kebangkitan Rakyat yang menggabungkan Himpunan Hijau PAS, Jelajah Merdeka Rakyat PKR dan Majlis Makan Malam DAP yang dilancarkan di Seremban 3 November lalu ternyata mendapat sokongan rakyat.

"Gabungan semua ini kita buat Himpunan Kebangkitan Rakyat yang kita lancarkan di Seremban.

"TV, radio, dan  suratkhabar kata kalau orang ramai berhimpun, peniaga akan rugi. Inilah ilmu Umno BN," katanya.

Beliau juga menyeru rakyat agar terus komited menuntut pilihan raya yang bersih dan adil bagi menawan Putrajaya.

"Kita mesti bekerja untuk tukar pemerintah dan ambil alih Putrajaya," katanya di hadapan kira-kira 30,000 hadirin.-Harakahdaily

2 ulasan: