Isnin, 5 November 2012

Jangan jual agama macam nilai seluar dalam 3 helai RM10

Fathul Bari :'Soi Lek persoal hudud versi Pas'-Sinarharian online
Kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek sebelum ini yang mengecam pelaksanaan hudud adalah berdasarkan kajian dan analisis ke atas enakmen hudud yang mahu dilaksanakan Pas di Kelantan dan Terengganu.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya berkata, sebagai bukan Islam, rujukan Soi Lek adalah berbeza kerana beliau merujuk kepada ekonomi, keamanan dan pendapatan negara jika hudud dilaksanakan.

Menurutnya, oleh sebab maklumat yang tidak tepat itu, Soi Lek sering mengeluarkan kenyataan yang keras mengenai hudud.

Menurutnya, atas inisiatif sendiri, Ilmu mengadakan pertemuan dengan Soi Lek dan beberapa pemimpin MCA lain bagi menerangkan isu ini.

“Beliau (Soi Lek) faham dan menghormati bahawa hudud adalah undang-undang Islam dan seluruh umat Islam patut menerima hudud. Beliau juga faham Islam adalah agama Persekutuan.

“Apa yang beliau tentang adalah hudud versi Pas yang dilihat berat sebelah, beliau risau berlaku diskriminasi contohnya jika berlaku kecurian. Pencurinya seorang Islam dan bukan Islam. Jika cukup bukti, seorang dipotong tangan dan seorang lagi tidak, ini memberi implikasi besar kepada rakyat dan negara,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Ditanya sama ada Soi Lek menerima hudud dilaksanakan ke atas semua rakyat, Fathul menjelaskan Soi Lek mendukung prinsip demokrasi.

“Jika majoriti rakyat mahukan hudud untuk semua, maka beliau terima, jika majoriti mahu hudud versi Pas juga beliau terima, negara kita negara demokrasi,” katanya.

Selain itu, Fathul turut menegaskan bahawa tidak adil untuk menyatakan keseluruhan enakmen hudud di Kelantan dan Terengganu tidak tepat kerana banyak perkara yang menepati syarat dan al-Quran.

“Undang-undang yang dibuat manusia terdedah kepada kelemahan dan tidak maksum, apa yang maksum adalah undang-undang ALLAH sahaja. Maka pembetulan perlu dilakukan,” katanya.

Fathul turut mengucapkan terima kasih kepada MCA yang menyambut baik kedatangan rombongannya dan sudi berbincang mengenai hudud.

“Perbincangan ini berjalan dengan amat baik sekali, semua pihak menerima pandangan masing-masing. Walaupun isu hudud ini sensitif, tetapi mereka mendengar dengan baik,” katanya.

Kelmarin, Soi Lek menegaskan beliau tidak pernah menghina undang-undang Islam, hanya mempersoalkan hudud versi Pas.-Sinar

Zaman sekarang macam-macam orang buat bisnes termasuklah bisnes jual agama demi kepentingan politik.Yang reti soal hukum hakam, pandai guna Hadis dan ayat -al Quran turut terjebak dengan politik taksub kepada parti yang mereka duduk di dalamnya.Kebenaran ditutup hanya semata-mata mereka berkopiah putih dan pandai lidah yang petah bercakap untuk bela gerombolan syaitan.

Tidak ada hudud Pas yang ada hudud yang dijelaskan dalam Al-Quran.Ini sama macam apa yang disebut Tun Mahathir sebiji sama tak ada beza pun.Tun Madey bukan ahli agama biarlah dia nak kata apa pun.Tapi kalau golongan agama bela Soi Lek yang kata Hudud jejaskan pekerjaan 1.2 juta orang apa kita nak kata!?

Kalau dah duduk dalam tong taik semua jadi sama tak ada beza apa pun.Kesian makcik-makcik kena tipu dengan imej agama yang ditonjolkan oleh orang macam ni.Depa terima bulat-bulat, terima apa saja yang disuapkan dalam mulut mereka.Jangan jual agama semurah seluar dalam 3 helai RM10!

Kalau Chua Soi Lek hina Islam kerana kekafirannya adakah kita yang bergelar ustaz bersekongkol dengan Soi Lek tidak sama dapat saham?

Melompat-lompat kita, dan terkinja-kinja marah sakan apabila penerbit filem luar negara hina Nabi tapi di depan mata kita, dalam negara kita Soi Lek hina Islam kita kecut perut diam tak kata apa!Bacul!

Ustaz macam ni memang hanyut sungguh dok dalam puak parti syaitan.Syaitan yang mengaku ulama macam ni la..

Baca;
Hudud:Lepas ni parti syaitan nak ubah tiang gol lagu mana pulak?-Penarik Beca
Tiada jalan lain,Utusan terpaksa selamatkan Chua-Harakahdaily
Pengakuan Chua :BN perlu bentang Hudud di parlimen-Harakahdaily

1 ulasan:

  1. Tak layak dipanggil ustaz. Hanya layak dipanggil pecacai je

    BalasPadam