Jumaat, 6 Ogos 2010

Jom! Hadir Ramai-Ramai Kempen Anti Saman Ekor

Jawatankuasa Bertindak Kempen Anti Saman Ekor (Kase) menyeru seluruh rakyat yang mempunyai kesedaran tentang hak mereka agar hadir ke program bertemu mangsa saman ekor pada 9 Ogos ini, jam 9 malam di Auditorium Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).

Menurut penyelaras Kase, Aiman Athirah Al Jundi, pertemuan tersebut mensasarkan mangsa saman ekor dari Wilayah Persekutuan dan Selangor.

Dalam program yang akan diadakan di tingkat 4 menara MPAJ itu, mangsa akan diberi taklimat mengenai hak-hak mereka yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.

Selain itu, taklimat mengenai undang-undang Akta Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan salahguna kuasa serta salah urus tadbir pihak-pihak berkuasa JPJ termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkaitan saman ekor.

Taklimat berkenaan akan disampaikan oleh dua orang penasihat undang-undang Kase dan akan turut dihadiri Pengerusi Kase, Datuk Mahfuz Omar yang juga Pengerusi Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar PAS Pusat (LPAS) serta Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lembah Jaya, Khasim Abdul Aziz.

"Program ini sebagai medium untuk mangsa berdialog dengan Kase dan satu usaha dokumentasi maklumat masalah yang dihadapi oleh rakyat khususnya berkaitan saman ekor ini," katanya.-Harakahdaily.

Berkaitan;

Saman ekor : Kerajaan kemaruk duyit rakyat -Harakahdaily

1 ulasan:

  1. salam...
    baguslah prgrm2 spti ni dadakan...skrg2nya rakyat tahu hak mereka...wallahua'lam

    BalasPadam