Sebenarnya begini Nasruddin Tontowi oii
Dulu2 bila dituduh Pas nak pakat dengan Umno tak jadi sebab Almarhum TGNA masih ada. TGNA bagi amaran kepada pemimpin Pas "Siapa-siapa yang mahu ajak PAS nak bersama dengan UMNO saya kan ludah muka orang tu" .
Zaman nak bawak Pas kepada Umno semasa TGNA masih ada diketuai Nashruddin Mat Isa dan Hassan Ali Al Bugisi.
Selepas TGNA meninggal dituduh lagi Pas nak bersama Umno..pemimpin Pas nafi lagi. Tuduh lagi nafi lagi...tuduh lagi nafi lagi. Nafi punya nafi akhirnya semua pemimpin Pas yang ada sekarang pakat kerah semua walaun Pas berkumpul di bangunan Umno di PWTC. Begitulah ceritanya tak payah nak buat lawak bodo Tontowi oii.
Untung Ust Idris dan Ust Hadi kalau tidak depa la sekarang ni kena ludah dulu ...
Selasa, 10 September 2019
Gelagat Pas Lebih Umno Daripada Umno
Tahun 80an dulu , Ketua Cawangan Pas tempat aku pesan, "Kita orang Pas kena sebut Pas satu hari satu kali". Yakinnya Arwah kerana masa tu zaman lawan Umno...jangan masuk Umno tu dia suruh wirid2 Pas setiap hari. Dia tak kedekut duit bagi satu orang RM3 habuan minyak motor . Zaman tu boleh RM3 kira banyak la rokok Benson 7 batang dah lepas.
Sekarang sudah tukar...setiap hari Ust Idris, Nik Abduh berzikir berzakar di mulut depa Umno...Umno ..Umno sebagai tanda kasih dan sayangnya kepada Umno setelah Umno hancur di tangan rakyat pada Rabu 9 Mei 2018. Seruan Ust Idris setiap hari kepada walaun jangan lupa ke bangunan Umno PWTC hujung minggu ini.
Ust takut walaun tak ramai hadir dia yang lebih2 buat iklan jangan terpedaya dengan "penyokong Dap" 😁 nak halang walaun ke PWTC. Sebaliknya hang pa nak tau... pemimpin Umno pakat gelak tengok kelaku pemimpin Pas yang lebih Umno daripada Umno..jadi Ghurkha kepada Umno. Kesian...dalam politik kenakan Pas ..Umno memang cerdik sejak dulu lagi .

Ahad, 8 September 2019
POLITIK JAHAT OSTAT POLITIK
Alasan Ostat2 politik bila dihalang ceramah dalam masjid dan surau, " Tengok tuan tuaaaaaan kita dihalang sampaikan ajaran agama dalam rumah Allah"
Pada hal bukan datang nak sampaikan ajaran agama tapi ambil kesempatan sampaikan ajaran politik jahat ,tiupkan semangat perpecahan sesama Muslim supaya bermusuh sesama sendiri kerana berbeza fahaman politik.
Sesama Muslim diseru berpecah belah lepas tu dalam masa yang sama mainkan isu boikot barangan keperluan harian yang timbulkan suasana tidak sihat dengan bukan Muslim. Ajaran Islam ke tu?
Datang naik Vellfire, Camry bukan naik upeh ..cakap tak serupa bikin.

Khamis, 5 September 2019
Kaki Putar
Wawancara Najib bersama Reuters yang dilaporkan Kini TV bertarikh 21 Jun 2018 , Najib menafikan Jho Low bekerja bagi pihaknya dan semua barangan yang dimiliki Jho Low tidak membabitkan nama Najib. Tetapi kata Najib , Jho Low mengatakan dia bertindak untuk orang lain.Apabila ditanya Low bekerja untuk siapa, Najib berkata ,"Anda perlu bertanya kepadanya sendiri"
Pada 16 Mac 2015 , Astro Awani melaporkan kenyataan Najib - Jho Low Tiada Kaitan Dengan 1MDB. Laporan itu memetik Najib berkata , "Encik Low Thaek Jho tidak pernah bekerja di 1MDB dan semua keputusan dan urus niaga 1MDB dibuat oleh pengurusan dan lembaga pengarah 1MDB," - http://www.astroawani.com/berita-malaysia/jho-low-tiada-kaitan-dengan-1mdb-kata-najib-55767
Dah tengok sepanjang sidang mahkamah perbicaraan kes 1MDB melibatkan saksi2 yang disoal pihak pendakwa? Mari kita lihat sepintas lalu apa kata saksi2;
1- Jho Low penasihat khas Najib ,kata pegawai khas Najib. https://m.malaysiakini.com/news/490481
2- Jho Low arah lupus dokumen ,email kata Bekas Pegawai Khas Najib, Datuk Amhari Afendi Nazaruddin - https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/09/603118/jho-low-arah-lupus-dokumen-e-mel
3- Tertekan mengenai duit 1MDB , bekas Ketua Setiausaha Sulit Najib hempas fail- saksi .
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/09/603212/tertekan-mengenai-duit-1mdb-bekas-ketua-setiausaha-sulit-najib-hempas
Sabtu, 7 Oktober 2017
JUAL ORANG POLITIK LAGI UNTUNG
Aku nak jadi broker jual orang politik lah
"Dua minggu lagi depa nak bayaq deposit dah..doa la..tapi aku nak pakai duit ni hang tolong bagi sat"
Dejey betui..
Tu ayat biasa kalau jadi broker tanah. Sekarang dekat pru 14 ni musim jual dan beli orang politik . Hang pa nak percaya boleh tak percaya pon boleh.
Jatuh kerajaan PR di Perak dulu agak2 berapa juta Umno- Bn habiskan duit? Aku tanya saja.
Nilai orang politik ni ikut gred macam durian jugak. Durian kampung harga paling rendah ,musang king,duri hitam harga paling tinggi. D24 ,holo, teloq boya harga rendah sikit.
Tukang propa,tukang buat ramai dalam politik tak berapa mahal tapi boleh cukup makan la. Cukup sekadar untuk bisukan mulut saja. Dulu kutuk sekarang cubit sikit2 saja. Tembak peluru kapoq mana boleh harga tinggi.
Yang mahal yang ada pengaruh dalam politik. Cakap dia beri kesan besar kepada orang ramai..cukup la takat tu habaq tulih panjang pon tak guna.

Khamis, 18 Mei 2017
Nasib la jadi PM macam Najib
Hihi nasib lah Najib..jadi PM pun orang tak hormat..atau pun hanya sebuah lakonan antara mereka nak tunjuk betapa sayangnya pelakon-pelakon tu di depan Najib. Mana la tau kot-kot dapat durian runtuh hihi.Mau tau la semua pelakon...
Selasa, 16 Mei 2017
Apa yang disebut Ibrahim Ali memang betul
Apa yang disebut Ibrahim Ali Presiden Perkasa mengenai tiga exco Pas di Selangor yang enggan letak jawatan memang betul. Ini bukan persoalan Ibrahim tu disebelah pihak mana.
Kata Ibrahim Ali, "Secara prinsipnya tiga exco PAS di Selangor patut letak jawatan, itu pandangan saya sSebagai ahli politik.
"Mereka kena letak jawatan kerana tidak ada lagi hubungan antara PAS dengan Pakatan Harapan dan mereka tak boleh berdalih untuk terus pegang jawatan atas dasar mandat rakyat,"
"Ia adalah kuasa menteri besar untuk memilih mereka menjadi exco kerajaan negeri.
"Jadi, kalau mereka tak letak jawatan itu namanya dayus dan kita boleh tafsir ini kerana mereka mempunyai kepentingan kebendaan, sayang nak lepas jawatan," kata Ibrahim.
"Saya percaya jika PAS letak jawatan, parti itu akan dipandang tinggi dan maruah PAS juga. Selebihnya biar rakyat menilainya tak perlu dolak dalih dan jangan guna institusi diraja untuk selindung (kekalkan jawatan).
"Mana mungkin dah cerai tetapi duduk satu rumah. Ini dah jadi khalwat politik," kata Ibrahim.-Malaysiakini.
Sabtu, 13 Mei 2017
Dah anggap PKR pengkhianat Islam kenapa tak letak jawatan exco?
Antara punca Pas putus hubungan dengan PKR mengikut Majlis Syura Pas ialah PKR didakwa menentang agenda Islam yang dibawa Pas.
Alasan itu sudah cukup buat Pas keluar daripada kerajaan negeri Selangor. Bagaimana mungkin Pas masih duduk dalam kerajaan negeri Selangor yang diketuai PKR yang dianggap menentang Islam?
Sanggup Pas tidak mahu letak jawatan exco yang berketuakan parti 'pengkhianat' hanya kerana demi pangkat ,gaji dan elaun exco?

Jumaat, 12 Mei 2017
Dengarlah pandangan pakar perlembagaan bukan cakap walaun
Nak dengar gelembong walaun atau pakar perlembagaan? Setelah Pas buat keputusan rasmi bercerai talak tiga dengan PKR di Selangor mereka bagi alasan mahu terus berada dalam kerajaan negeri kerana 'Mandat Rakyat". Saja nak bagi tau mandat rakyat diperolehi melalui pilihanraya bukannya jawatan exco!Jawatan exco bukan mandat rakyat tapi dilantik oleh MB!
Janganlah bagi alasan yang boleh ditertawakan orang hanya kerana mahu terus sapu elaun exco,ahli majlis,jawatan dalam GLC dan ketua kampung.Mana ada dalam negara lain parti dah jadi pembangkang kerana berpisah boleh kata kami sebahagian daripada kerajaan?

FMT;Prof Abdul Aziz Bari berkata dalam model Westminster, yang menjadi struktur kepada sistem politik Malaysia, wakil rakyat harus keluar apabila badan tertinggi parti atau kepimpinan tertinggi membuat pendirian.
“Ketua eksekutif, sama ada perdana menteri, menteri besar atau ketua menteri, boleh keluarkan anggota kabinet mereka,” katanya
Aziz berkata PAS perlu mengambil pendirian berprinsip, seperti yang dilakukan bekas presiden mereka Tan Sri Mohd Asri Muda pada 1977.
Pada ketika itu, Menteri Besar Kelantan Mohamad Nasir dari PAS, yang cenderung ke arah Umno, hilang undi tidak percaya dalam dewan undangan negeri tetapi enggan meletak jawatan.
Akibatnya, Aziz berkata Kuala Lumpur mengisytiharkan kecemasan untuk meletakkan negeri itu di bawah kerajaan persekutuan.
PAS menyertai Barisan Nasional pada 1973 dan Asri menjadi menteri persekutuan.
“Tetapi Asri meletak jawatan dari kabinet sebagai membantah apa yang berlaku di Kota Bharu,” kata Aziz.
Begitu juga anggota kabinet dari zaman Tunku Abdul Rahman hingga Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan atau dikeluarkan kerana tidak seiring dengan perdana menteri.
“Jadi, tiada cara lain exco PAS boleh kekal dalam pentadbiran Selangor selepas keputusan muktamar, yang secara sah merupakan badan pembuat keputusan tertinggi dalam sesebuah parti politik.”
Aziz berkata dari sudut perundangan, keputusan Majlis Syura Ulama hari ini bersifat menasihat dan tidak mempunyai kesan perundangan.-Free Malaysia Today
Sabtu, 6 Mei 2017
"Pemimpin adalah khadam"
Baru-baru ni dalam ucapan penggulungan muktamar Pas Presiden Pas kata ,"Pemimpin adalah khadam"
Betullah lah tu jadi khadam kepada rakyat bukan jadi khadam untuk Umno terus berkuasa.
Yang menekan rakyat adalah Umno takkan buat2 lupa.
Kerajaan Umno-Bn hadiahkan kepada rakyat 6% gst hinggakan pekedai runcit terpaksa tutup kedai kerana tidak tahan dengan GST. Kilang besar banyak yang hampir tutup dan kecilkan perniagaan ini semua berpunca daripada pentadbiran Najib Razak yang hilang punca kerana skandal kewangan 1MDB yang banyak hutang.
Tiba2 ada yang berterimakasih kepada kerajaan yang korup ini kerana termakan gula2 RUU 355 yang terbantut setakat bentang usul saja tanpa bahas dan undi.
Hinanya jadi pemimpin tapi jadi khadam kepada pentadbiran Najib yang sarat dengan hutang negara, rasuah bermaharajalela..ikan bilis ditangkap bapak rasuah buat bodoh saja tidak didakwa.
Jumaat, 5 Mei 2017
"PAS ISTIHAR SAJA BERSAMA UMNO.."
Menarik ni..selepas keluar bayar bil2 rumah kat BSN terserempak dengan warga emas cerita la pasal politik semasa..kata dia ,"Pas sekarang ni istihar saja bersama Umno kan senang.."
Aku tanya dia," Bang ahli ka..?" Dia kata ,"Saya bukan ahli mana-mana parti saya atas tunggul saja..?" Maksudnya atas pagar la.
Kata dia lagi," Jika Pas istihar berpakat dengan Umno jika menang pru 14 boleh jadi menteri...tapi dalam masa yang sama Pas jugak takut kalah. Jika Pas istihar secara rasmi berpakat dengan Umno akar umbi Pas akan lari tinggalkan Pas.
Tengok muktamar Pas dah lulus usul sebulat suara putus hubungan dengan PKR..semua orang dengar tapi Pas masih mau tunggu keputusan majlis syura..malu lah..dah jadi pembangkang masih mahu duduk dalam kerajaan negeri Selangor tak pernah dibuat orang.."
Pandangan warga Shah Alam berbeza dengan walaun tegar .

Walaun Pas kena wala' lah...
Sewaktu Presiden Pas Haji Abdul Hadi bersama menteri Umno Ahmad Shabery Chik di Marang Haji Hadi kata;
“Terima kasih kerana beri peluang untuk saya sama-sama menyertai program ini yang sangat bermakna untuk semua, untuk orang politik, dapat kembali semula kepada politik matang.
“Kerjasama hari ini (PAS dan Umno) adalah politik matang, politik yang tidak berkelahi, politik kepentingan bersama. Politik boleh berbeza pendapat tapi untuk apa sahaja isu kepentingan rakyat, kita mesti bersama,” katanya.-Free Malaysia Today
Nampak dak tiada selindung-lindung lagi kehendak Pas nak kerjasama dengan Umno dalam politik. Hanya walaun dalam kampung saja tak reti cara fikir Haji Abdul Hadi Awang yang nak sangat bersama Umno..walaun kena wala' lah
Langgan:
Catatan (Atom)