Rabu, 20 Februari 2013

Ingat Umno -BN ingat Lembu

Sebelum tangan anda beri undi yang boleh menentukan siapa yang berkuasa selepas pru 13 sila fikir dengan mata hati dan renungkan apa yang telah dilakukan oleh si pemerintah BN yang telah berkuasa sejak 55 tahun yang lalu.Siapa yang jadi kaya raya.Rakyat atau anak beranak pemimpin Umno-BN?
Satu undi anda kepada BN bermakna menyumbang kepada pembaziran wang rakyat yang mengalir masuk dalam poket anak beranak parti syaitan yang dikenali (Tun Madey kata BN parti syaitan yang dikenali)

Sapa nak bela biawak hidup di Kedah undi BN

Kita boleh bezakan yang benar dan yang palsu,siapa pejuang,siapa penipu..
Kita lebih bijak.Jangan berikan talian hayat kepada ahli politik korup dan hipokrit untuk mengalih pandangan kita .Jangan biarkan mereka menggunakan khazanah negara sebagai wang saku mereka-ubahmalaysia2013


Pas dan PR bukan yang terbaik tapi Umno-BN lebih teruk dan dasyat dalam urus negara ini.Tangan anda mampu mengubahnya.Lihat betapa kayanya anak pemimpin Umno,MIC dan MCA.Projek besar semua dibolot kroni mereka dan anak beranak.

Bapa mereka pulak jadi petualang dan pengkhianat negara dengan melacurkan IC/Mykad kepada pendatang haram di Sabah supaya BN terus berkuasa.

Selasa, 19 Februari 2013

Penyamun ditembak,rakyat dilanyak,penceroboh negara bawa senjata?

Baca-baca betul laporan daripada Utusan Meloya dalam versi berbeza
Ketua geng samun kereta mewah mati ditembak

IPOH 18 Feb. - Seorang ketua kumpulan samun kereta mewah di sekitar Manjung mati ditembak selepas dikejar polis berhampiran Kampung Baru menghala ke Sungai Wangi, Ayer Tawar dekat sini awal pagi semalam.
Lelaki berusia 25 tahun dan berasal dari Taman Sungai Wangi dekat sini itu turut dikehendaki polis kerana terlibat dalam satu kes bunuh di Sitiawan tahun lalu.
Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk A. Paramasivam berkata, sepasukan polis yang sedang membuat tugasan pencegahan jenayah di daerah Manjung terserempak dengan suspek menaiki kereta Naza Citra berwarna hitam dalam keadaan mencurigakan kira-kira pukul 4 pagi.
Menurut beliau, anggota polis terlibat kemudian mengejar kereta tersebut dan cuba menahannya namun suspek enggan berhenti dan terus memecut kenderaannya.-Utusan Meloya

Kumpulan Bersenjata setuju berundur

LAHAD DATU 17 Feb. - Kumpulan bersenjata yang mendakwa sebagai Tentera Diraja Kesultanan Sulu yang menceroboh masuk Kampung Tanduo berhampiran Felda Sahabat 17 di sini bersetuju untuk berundur dari negara ini.
Bagaimanapun kumpulan berkenaan meminta untuk berjumpa dengan personaliti tertentu sebelum pulang ke negara asal mereka.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, pihaknya sedang berusaha membawa individu berkenaan untuk membolehkan proses pengusiran dijalankan secepat mungkin.
Beliau enggan mendedahkan personaliti berkenaan tetapi mengesahkan Sultan Sulu, Datu Esmail Datu Kiram akan ke negeri ini yang tidak diketahui tarikhnya.
"Tidak perlu saya kata lagi kerana sebahagian daripada usaha untuk mengusir kumpulan ini balik. Kita tidak buat rundingan dengan mereka lagi kerana apa yang dituntut di luar jangkauan kita," katanya kepada pemberita selepas mendengar taklimat tertutup di Kem Batalion 17 Pasukan Gerakan Am (PGA) di Felda Sahabat 16 di sini hari ini.
Yang turut hadir, Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Salleh Mat Rasid.
Kenyataan tersebut sekali gus menolak laporan media Filipina sebelum ini yang menyatakan bahawa kumpulan itu enggan berganjak daripada kawasan terbabit.
Selasa lalu kumpulan bersenjata itu yang menceroboh masuk Lahad Datu menuntut supaya rakyat etnik Sulu yang berada di negeri ini tidak dihantar pulang ke negara jiran itu.
Tambah Hamza, pada masa ini polis sedang merangka strategi untuk menghantar kesemua penceroboh berkenaan ke negara asal mereka secepat mungkin.
Dalam pada itu, beliau menafikan sekeras-kerasnya khabar angin mendakwa keadaan keselamatan di Lahad Datu, terutama di kawasan diduduki penceroboh itu tidak terkawal sehingga menimbulkan kebimbangan.-Utusan Meloya

Ini nasib rakyat Malaysia  yang lawan BN hanya berbekalkan botol air dan garam

Ceroboh perairan negara bawa senjata dapat layan bukan main bagus.Benarkah mereka bersenjata?Ini juga satu persoalan.Mana gambar cuba tunjuk mai.

Lu pikirla sendiri ..Umno cakap bohong Umno akan terus berkuasa



Umno akan terus berbohong kepada orang Melayu untuk terus berkuasa.Kalau mohong Umno dah tak laku Umno akan terjun lubuk


Isnin, 18 Februari 2013

'Najib-Najib..wang habis muka pun jatuh'

Laporan 'PM letak jawatan ,Najib jadi bahan lawak jenaka orang kerajaan-Keadilandaily.com
KUALA LUMPUR 18 FEB: Kredibiliti Datuk Seri Najib Razak yang selama ini dipermainkan rakyat, turut diperolok-olok kakitangan kerajaan apabila laporan berhubung perletakan jawatan Perdana Menteri Malaysia disiarkan di laman Jabatan Penerangan pagi ini.
Terkesan dengan penyebaran maklumat itu di beberapa laman sosial, Ketua Pengarah Jabatan Penerangan, Datuk Ibrahim Abdul Rahman dilapor menafikan laporan itu dan berkata, sistem penerbitan dalam taliannya menyiarkan ‘kenyataan palsu’.
Najib 1Katanya, penyiaran kenyataan itu mungkin digodam, sebelum ia dipadam daripada sistem e-akhbar dan sistem e-press oleh Jabatan Penerangan, selepas dikesan tersebar.
Kenyataan itu bertajuk ‘Memo permohonan rakyat Malaysia’ dan ‘Perdana Menteri secara rasminya meletak jawatan’.
Turut dimuatkan, alasan Najib meletakkan jawatan ekoran desakan rakyat.
Najib juga menyatakan permohonan maaf kepada Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan parti lawan yang difitnahnya.
Mengulas isu ini, Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Lee Khai Loon berkata, penyebaran berita itu menerusi saluran kerajaan bukti kepimpinan Najib ditolak kakitangan kerajaan.
Najib“Kita tahu Najib tidak berupaya lagi dapat sokongan rakyat. Orang kerajaan sendiri sudah pandai permainkan Najib.
“Walaupun mereka kata itu semua palsu dan laman itu diserang, namun tidak terfikirkah kita bagaimana laman web kerajaan boleh digodam. Seperti ada yang tidak kena dengan penyerang itu. Adakah mereka daripada kalangan orang Najib,” katanya ketika dihubungi.
“Ini semua berlaku kerana Najib tiada tokoh kepimpinan. Orang bawahnya sendiri meluat dengan sikapnya hingga menjadikan Najib bahan jenaka mereka. Saya yakin pentadbiran Najib pasti berakhir pada pilihan raya umum akan datang,” kata Khai Loon.-Keadilandaily.com
Suwey Najib bertimpa-timpa.Dimalukan di Penang Are u ready for BN hadirin kata NOOOO!,Loosang Yee Saang jemput PSY bersama Najib panggil dua tiga kali PSY buat bodo ja..pastu hari ni Najib dikatakan letak jawatan dalam web Kementerian Penerangan.Pas tu pakat kata laman web kena godam.Saja godam sendiri ka atau kena godam?Orang Cina kata kat saya wang habis muka pon jatuh kat Najib!

Insiden Lahad Datu memalukan,khianat dan pengecut seorang PM,kata Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah


Mat Zain: Isu di Lahad Datu tak ubah seperti kes Sauk-Malaysiakini
Seorang bekas pegawai tinggi polis berkata rakyat sepatutnya menuntut agar kumpulan warga asing bersenjata yang dikepung pihak berkuasa di Lahad Datu, Sabah ditangani dengan keras seperti tindakan ke atas kumpulan al-Maunah dalam insiden tahun 2000 di Sauk, Perak.

Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Mat Zain Ibrahim memberi alasan, situasi yang berlaku di Kampung Tandou, Lahad Datu itu tidak banyak berbeza dengan peristiwa di Bukit Jenalik itu.

"Jika kes Sauk boleh diklasifikasi sebagai 'melancarkan atau cuba melancarkan perang ke atas Yang Di-Pertuan Aong atau Yang Di-Pertua Negeri', yang merupakan kesalahan ke atas Negara, maka rakyat boleh menuntut agar undang-undang sama dikenakan ke atas penceroboh Sulu ini.

"Jika rakyat kita sendiri terlibat dalam insiden Sauk boleh dilucutkan senjata atau dibunuh oleh pasukan keselamatan dan kemudiannnya didakwa di mahkamah dan beberapa orang daripadanya dihukum gantung, maka rakyat berhak untuk menyuarakan kemarahan mereka sekiranya perdana menteri (Datuk Seri Najib Razak) yang menjadi menteri pertahanan semasa insiden Sauk, menangani penceroboh ini dengan tindakan ringan," katanya.

Katanya, peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail, yang bertindak sebagai ketua pendakwa dalam perbicaraan kes melibatkan kumpulan al-Maunah, seharusnya menasihati Yang Di-Pertuan Agong dan perdana menteri berhubung peruntukan undang-undang dalam menangangi kumpulan di Lahad Datu.

Tambahnnya, Abdul Gani "pasti dapat mengingati ramuan untuk membuktikan kes yang berlaku di kampung halamannya".

Beliau juga memberi amaran bahawa golongan yang cuba mengeksploitasi insiden Lahad Datu untuk memperbaiki profil politik Najib tidak akan berjaya berbuat demikian.

"Sekiranya tindakan yang diambil ke atas penceroboh bersenjata di Kampung Tanduo, Lahad Datuk kurang berat berbanding tindakan ke atas rakyat kita sendiri dalam insiden Sauk, maka tindakan berkenaan akan dianggap memalukan, khianat, dan pengecut oleh perdana menteri," katanya lagi dalam satu tulisan hari ini.
     

Anak muda bersedia apa saja jika menipu dalam pilihanraya



Projek bagi IC/Mykad kepada pendatang haram ini bermula sejak Tun Madey jadi PM lagi supaya BN terus berkuasa selama-lamanya.Are u ready anak muda jika penipuan besar-besaran terus berlaku dalam pru 13 ini?
Tun Madey sendiri mengaku bahawa projek IC di Sabah kepada pendatang haram Filipina dilakukannya tapi salahkan Tunku Abdul Rahman yang bagi IC kepada orang Cina dan India.Kalau tak menipu bukan Umno-BN namanya.

Ahad, 17 Februari 2013

Mari ketawa

Air ketuban Umno dah pecah, meroyan dan gila babi

Banner di atas kabarnya di pasang sekitar Kuala Lumpur kotaraya yang dikuasai ahli parlimen Pakatan Rakyat.Gambar dari FB Kami boikot buletin utama tv3.Baru-baru ni lebai pondok yang sokong Umno kata Undi Pas haram syeikh!Siap ajak muzakarah lagi untuk halalkan fatwa sesat tersebut.Nak bodohkan siapa buat banner macam tu tengah kota Kuala Lumpur?Macam mana pulak dengan kempen Umno Terengganu yang kata Pas parti ajaran sesat?Sekarang buat banner nak peluk,dakap dan cium Pas!
Ni lah perangai puak munafik yang menyamai bapa munafik nombor wahid dalam dunia Abdullah bin Ubai.Maka berfatwalah tok mufti pro Umno benarkan kalimah Allah digunakan orang bukan Islam maka jatuh kapirlah iaaaaaa!
Gambar bawah ni macam mana pulak?
Orang macam ni ka nak pertahan kalimah Allah SWT?Macam mana pulak dengan Utusan Meloya yang buat kartun hina hukum Hudud?Tak rosak akidah ka,tak jatuh kapir ka?

Sabtu, 16 Februari 2013

Tun Madey dok kelupoq untuk selamatkan BN atau selamatkan anak beranak beliau?

Anak beranak pemimpin Umno paling kaya-Harakahdaily
PAS melalui lidah rasminya Harakah mendedahkan bagaimana Umno dan Barisan Nasional (BN) hanya mengkayakan anak pinak mereka.

Menurut Harakah yang bakal terbit, yang paling tinggi dalam senarai adalah kekayaan anak ketua kempen BN dalam pilihan raya umum ke 13 ini iaitu Mirzan Mahathir.

Mirzan Mahathir dikatakan menjadi Ahli Lembaga Pengarah dengan pemilikan 15% saham dalam syarikat pengeluaran arak terbesar di Filipina, San Miguel Corp. 

Pada 2012, San Miguel membeli aset hiliran Esso jauh lebih rendah daripada nilai pasaran dan mengubah namanya kepada Petron. 

Petron kemudiannya mendapat kontrak membekalkan minyak kapal terbang daripada MAS mengetepikan kontrak perbekalan dari Petronas selama ini.

Di senarai kedua terkaya adalah anak Tun Dr Mahathir juga iaitu Mokhzani Mahathir yang menduduki tangga ke-19 orang terkaya dengan memiliki kekayaan sebanyak RM1.6 bilion.

Ayahnya anugerahkan kontrak RM836 juta dari Petronas Carigali Sdb Bhd kepada anak syarikat Sapura Kencana Petroleum Bhd yang berada di bawah pengaruh Mokhzani.

Turut di senaraikan Harakah adalah adik Perdana Menteri,  Nazir Tun Razak yang mempunyai jumlah harta kekayaan sebanyak RM495 juta. Gaji Nazir RM12 juta setahun atau RM1 juta sebulan.-Harakahdaily

Jumaat, 15 Februari 2013

Wasatiyyah yang direstui Najib

Nasib la jadi warga Felda untuk dapat maklumat yang menentang Umno-Bn akan alami gangguan daripada samseng upahan,kena pukul dan maki hamun,jerit pekik dan melolong tak ketawan hala almaklumlah nama pun dah nama syaitan.

Tu di Felda dalam parlimen Pekan tempat PM Najib lagi teruk samseng upahan yang mengaku sebagai orang Umno kacau dan tumbuk pelajar U yang kempen menentang Najib dan BN.Semua orang tau Umno-Bn kuasai semua media arus perdana di negara ini tapi kenapa takut dengan pelajar U yang hanya edar risalah untuk bukak minda penduduk Pekan supaya boleh berfikir jauh ke depan?

Ini semua menunjukkan bahawa Umno kini hanya mampu bernafas dengan mulut ja nak bernafas kot lubang hidung dah tak mampu!Sikap puak samseng ni melampaui sikap Abu jahal dan Abu Lahab layaknya.

Baca juga;
Pas Pekan bantu mahasiswa sewa bas balik KL-Harakahdaily

Khamis, 14 Februari 2013

PRU 13:Najib belum ready ..rakyat dah ready


Bubar Parlimen Bila Semua Sedia - PM
PAPAR: Pembubaran Parlimen hanya akan dibuat apabila semua pihak termasuk rakyat bersedia menghadapi pilihan raya umum, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Parlimen akan dibubarkan apabila saya sedia dan bila rakyat dah sedia...sekarang ini tugas saya turun padang menerangkan dasar dan hala tuju yang dibawa oleh kerajaan BN (Barisan Nasional).
"Kita mahu rakyat faham satu undi untuk BN...satu undi untuk agenda transformasi negara dan satu undi untuk keamanan dan kestabilan negara untuk masa depan yang lebih cerah lagi," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Bersama Rakyat di Padang Pekan Papar, di sini, Khamis.
Najib yang juga Pengerusi BN berkata demikian ketika ditanya "bilakah beliau membubarkan Parlimen bagi memberi laluan kepada pilihan raya umum".
Apabila ditanya betapa dekatnya pembubaran Parlimen, beliau berkata: "Dekat dah, dekat dah, buat kerja dulu, jangan bimbang".-Bernama
Najib cakap corner-corner bila ditanya tarikh pru 13.Menggigil...Saya teringat Najib kata kepada penonton Psy Gangnam Style semasa sambutan Tahun Baru Cina di Pulau Pinang,"Are u ready for BN?" ,penonton jawab Noooo...!!!" Haha rakyat dah bersedia cuma Najib sorang ja belum bersedia.