Jumaat, 8 Julai 2011

Pendatang haram bebas berkeliaran di KL, warga Malaysia kena 'black list'

Saya masih ingin mengatakan bahawa betapa penipunya, pembohongnya dan kaki putar belitnya pemimpin Umno-BN dan pihak berkuasa dalam berhadapan dengan rakyat yang mahu berdemo secara aman di Stadium Merdeka esok.

Masih terngiang-ngiang di lubang telinga bahawa Najib dan Hishamuddin mempelawa stadium kepada demo aman Bersih 2.0 sebelum penganjur Bersih 2.0 mengadap Yang Di-Pertuan Agong.Najib kata demo boleh buat di stadium menjeritlah sampai pagi pun tak apa.Kini segalanya dah jadi terbalik.Polis kata ting tong ting tong, Hishamuddin dengan derhakanya kepada Agong langsung tak pedulikan pihak istana dalam membuat keputusan.

Kini bukan setakat tak bagi guna Stadium Merdeka untuk himpunan Bersih 2.0 , pemimpin PR dan Bersih kena 'blacklist' daripada masuk Kuala Lumpur pada 9 Julai dengan perintah mahkamah.Inilah perangai pemimpin Umno-Bn bila kita mengalah dan mengalah.Mereka mau kita sembah dan jilat mereka bila kita berlembut dengan mereka!

Woiitt! Pendatang asing tanpa inzin (PATI) bebas berkeliaran tanpa paspot di Kuala Lumpur di KLCC dan SOGO setiap hujung minggu dan hari perayaan tanpa ditangkap malah mereka diberi pengampunan pada bulan ini.Sedangkan warga Malaysia tak kira Melayu, Cina India kena 'blacklist' masuk KL.Undang-undang apa ini!?Betullah kata-kata dalam filem Melayu Klasik Musang Berjanggut, "Tak usah takut..ini undang-undang saya yang bikin ..boleh diubah."

Kata Dr Hatta pemimpin Pas,dalam ceramahnya di markaz Pas seksyen 18 , Shah Alam semalam, "Kalau senarai 91 orang yang kena senarai hitam dilarang masuk KL pun akan turun, yang tak kena senarai hitam kena awal-awal lagi turun di Kuala Lumpur besok."

Mat Sabu Tim Pres Pas berkata,"Kita akan bergerak setakat yang boleh. Sekalipun kenderaan ditahan, kita akan berjalan kaki ke Stadium Merdeka,"

Anak Muda....kita turun ramai ramai esok di Stadium Merdeka bawa semua anak bini kawan dan rakan.(klik imej untuk besarkan)

Berkaitan;
Senarai 91 orang dilarang masuk KL Sabtu ini-M'insider
BERSIH 2.0:Titah nasihat Agong kejutkan pemimpin Umno-M'insider
BERSIH 2.0: KL milik rakyat , jumpa di sana esok-M'kiniLink

'Malaysia dikuasai oleh orang dah nak gila'


Semalam sewaktu Khalid Samad ahli parlimen Shah Alam berceramah di markaz Pas sekyen 18 Shah Alam Khalid Samad berkata , "Malaysia dikuasai oleh orang dah nak gila.Bukan lagi gila kuasa tapi dah hampir gila macam Muammar Gaddafi Presiden Libya yang menembak rakyatnya sendiri untuk terus berkuasa ."

Kata Khalid lagi , "Sudah cukuplah Umno-BN berkuasa selama 52 tahun kuasai negara yang menjadikan pemimpin Umno hidup kaya raya.Jika kepimpinan negara berukar kepada PR hidup pemimpin Umno akan hancur.Ini yang dibimbangkan Umno-BN yang takut hilang kuasa."

Ketika menyentuh isu BERSIH 2.0 , beliau berkata , "Ketika menjelang himpunan Bersih 2.0 pihak polis telah menjumpai bom buatan sendiri iaitu molotov cocktail dan parang.Mana ada orang buat molotov cocktail dengan botol plastik, baling tak pecah!" SB yang turut serta mendengar ceramah Khalid tersenyum simpul.

Semalam ada orang sms kat saya yang berbunyi begini;

"Bekas polis yang tua-tua kata tu taktik lawan komunis dulu-dulu".

Yang saya tau kalau dalam botol plastik ni orang isi air ketum. Tu nak tanya ni air ketum ka molotov cocktail? Ha ha.Umno dah mabuk kuasa, bila mabuk kuasa(klik) boleh jadi gila!

Jangan lupa esok jam 2 petang di Stadium Merdeka datang ramai-ramai !

Khamis, 7 Julai 2011

Kepada semua para penunjuk perasaan Bersih 2.0..baca ni dulu sebelum berdemo

*Perkara yang perlu anda bawa/sediakan *

  1. Kad pengenalan, lesen memandu, satu kad ATM sahaja.
  2. Duit-maksimum RM100 sahaja.
  3. Memakai pakaian yang sopan-T-shirt /baju berwarna Kuning. Sebaiknya ada logo Bersih 2.0
  4. Setiap peserta diwajibkan memakai kasut.
  5. Aksesori kempen-Button, kopiah, arm band, bendera kecil, banner dan placard yang ada Logo atau Slogan Bersih 2.0 / Bersihkan Pilihanraya SAHAJA boleh digunakan.
  6. Bendera Malaysia atau negeri masing-masing.
  7. Air mineral, sedikit makanan ringan atau gula-gula.
  8. Sedikit garam-ia penting dan boleh dimakan sedikit (bukan sapu dimuka) bagi mengembalikan tenaga terutamanya jika Pihak Polis sembur air dari Water Canon atau Gas pemedih mata.
  9. Kain tuala kecil basah untuk tutup mata dan hidung untuk elak terkena gas pemedih mata.
  10. Digalakkan memakai penutup mulut dan hidung jenis *N100 Respirator, N95 Respirator *dan* Surgical facemask* untuk mengelak penularan wabak Influenza H1N1 dan juga menghindarkan sedutan gas pemedih mata yang melampau.
  11. Jika anda mempunyai asma atau alahan sila bawa inhaler atau ubat sendiri.
  12. Sila bawa beg plastik sampah kecil bagi mengelakkan anda membuang sampah merata-rata.
  13. Sila bawa pen dan kertas (mini note pad) bagi mencatat nama dan no. pengenalan Polis atau perkara-perkara yang mencurigakan.
  14. Jangan lupa bawa kamera, video cam atau handphone berkamera bagi merakamkan suasana himpunan – gambar-gambar atau klip video boleh dihantar kepada kami selepas himpunan di email Setiausaha Bersih 2.0.Baca semua di sini.

Pengundi lahir tahun 1879 berusia 132 tahun masih hidup di Malaysia? Kah Kah


Perhatikan betul-betul daftar pemilih di atas (klik dan besarkan imej) dan anda boleh semak sendiri di laman web rasmi spr kalau tak percaya ..memang betul ni bukan main-main.Nama pengundi di atas Wong Seng.Kad pengenalan baru 790610740022/1448642. Tarikh lahir 10 Jun 1879 .Jantina Perempuan.

Jika ikut tarikh lahir yang tertera umur pengundi tersebut sekarang ialah 132 tahun.Adakah pengundi ini wujud atau hantu beliau yang mengundi?Sesiapa ada akaun FB tengok di sini.Mari ketawa Kah! kah! kah!

Ramai-ramai turun ke Stadium Merdeka 9 Julai.

Takkan rakyat nak kembali demo di jalanraya sebab tak boleh guna stadium?

Ayuh turunlah seramai mungkin, kiranya baju kuning mendatangkan masalah kerana diganggu polis maka tinggalkanlah baju kuning yang penting berhimpun dan sampaikan mesej pilihanraya bersih kepada seluruh warga dunia.Turun jangan tak turun.

Pedulikan dengan ugutan , gertakan, sekatan jalanraya dan sebagainya oleh si pemerintah yang hilang akal dan kewarasan yang menghalang rakyat berhimpun secara aman.

Rakyat mau berhimpun di jalanraya secara aman tak dibenarkan, rakyat nak berhimpun dalam stadium tak dibenarkan ..habis apa yang boleh?Adakah rakyat perlu kembali ke jalanraya sebab tak boleh guna stadium?

Berkaitan;
BERSIH 2.0 tetap ke Stadium Merdeka Sabtu ini-Malaysiakini

Bersih 2.0:Bola berada di kaki siapa?

Masihkah anda ingat dengan cadangan Menteri Dalam Negeri Hishamuddin Hussein yang cadangkan demo Bersih 2.0 dibuat dalam stadium?Hishammuddin Hussein berkata kementeriannya akan membawa usul demonstrasi tanpa permit di stadium ke jemaah menteri bagi mengelakkan penganjurannya oleh pihak-pihak tertentu daripada mengganggu keselamatan dan ketenteraman awam.Bagaimapanapun cadangan tersebut dibantah Ketua Pemuda Pas dengan berkata, 'kalau buat dalam stadium kita tak mahu , lebih baik tengok bola."

Kini demo Bersih 2.0 ditendang ke sana sini oleh pihak kerajaan BN yang jadikan pihak polis sebagai kuda tunggangan mereka.Mereka pihak Umno-Bn dan polis bermain bola dan menendang ke sana sini sesama sendiri tapi tiada jaringan yang dilakukan.Tidak ada kata putus kata boleh buat dalam stadium!

Selepas demo jalanan tak jadi setelah pihak Bersih berbincang dengan Yang Di Pertuan Agong dan Agong bersetuju supaya demo dilakukan di tempat tertutup pihak Umno-BN pula tak bersetuju dengan macam-macam alasan yang berbelit-belit macam ular sawa belit seekor beruk.

Tengok dan perhati betul-betul pemain-pemain bola di barisan penyerang ini berkata;

Polis :BERSIH tidak penuhi kriteria untuk permit
Najib:Saya tak kata akan jumpa BERSIH
Hisham:BERSIH 2.0 masih haram
Polis:Sekatan jalan bagi elak senjata diseludup ke KL...ha ha ha
POlis gelecek bola dengan skill nya dan berkata lagi , Polis: Kaitkan bom petrol , parang dengan BERSIH
Najib:Serah pada polis Bersih nak guna stadium merdeka..ha ha ha
Polis:Himpunan BERSIH tertakluk kepada kelulusan Permit
Rais:Kabinet tak benar BERSIH guna Stadium Merdeka (pemain simpanan kelas tua)

Sementara itu pemain simpanan Umno-BN kelas 1, Perkasa dan Pemuda Umno yang sedang melompat di tepi padang panaskan badan pula berkata;

Perkasa pertikai BERSIH mengadap AGONG
Pemuda Umno bantah BERSIH di Stadium Merdeka
Perkasa kata depa pun mau guna stadium lawan Bersih 2.0
Perkasa kata lagi depa pun mau berhimpun nak mengadap Agong

Kita rakyat ditipu hidup-hidup oleh pemerintah yang semakin gila, cakap putar alam dan kaki kelentong.Kepada siapa lagi kita nak mengharap selain ALLAH SWT saja kita berserah.Sikap tidak adil pemerintah, tak adil tu zalim la namanya biarlah ALLAH SWT membalasnya .

Manusia yang bergelomang dengan dosa, tambah-tambah pemerintah yang zalim memang liat nyawanya bila nak mati.Mata berbinau-binau, berkelip-kelip melihat tayangan di hadapan mukanya oleh malaikat maut yang mau mencabut nyawanya.Dosa mereka kepada seluruh rakyat Malaysia yang berjumlah 20 juta lebih tak kira Melayu, Cina, India dan lain-lain bangsa dan keturunan jadikan si zalim dalam keadaan keluh kesah bila nak mati!Kita tunggu dan lihat.

Sanggupkah anda terus menerus jadikan pemimpin munafik sebagai pemimpin anda , anak cucu dan cicit anda pada masa hadapan?Adkah tidak berdosa pilih si munafik sebagai pemerintah negara ini?

Rakyat Indonesia berjumlah 220 juta kita baru 20 juta lebih tu pun pemerintah tak reti dan bengong nak jaga kebajikan dan tegakkan keadilan untuk semua rakyat.

Rabu, 6 Julai 2011

Perkasa oh Perkosa..awatla jadi macam ni!



Perkasa mahu berhimpun , pohon mengadap Agong-Malaysiakini

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) akan meneruskan rancangannya untuk berhimpun pada 9 Julai di stadium memandangkan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) juga berniat berbuat demikian.

Presidennya Datuk Ibrahim Ali berkata, pertubuhan itu merancang untuk mengadakan perhimpunan berkenaan sama ada di Stadium Merdeka, Stadium Negara atau di Stadium Titiwangsa.

Sebelum itu, PERKASA akan mengadap Yang di-Pertuan Agong bagi mendengar titah Seri Paduka berhubung perhimpunan berkenaan.

"Jangan ambil kira permohonan mereka saja, kita mesti diberi (layanan adil) juga," katanya lagi yang turut berasa terkejut kerana pengerusi BERSIH Datuk Ambiga Sreenevasan diberi peluang untuk mengadap.

Ketika ditanya, Ibrahim berkata surat bagi memohon perkenan mengadap Seri Paduka telah diserahkan tengahari ini.

"Kita juga sudah minta bertemu perdana menteri esok atau lusa, harap (beliau) dapat luangkan masa," katanya lagi.

Klik video di atas .

'Bersurailah kamu kalau tidak kami tembak'

Pihak berkuasa memperhebatkan tekanan ke atas kumpulan yang bercadang menyertai perhimpunan atau demonstrasi dengan mempamerkan layanan yang bakal menanti mereka jika terus menyertai perhimpunan 9 Julai ini.

NONEAntara yang paling menonjol semasa Demonstrasi Ketenteraman Awam sempena Eksesais Bersatu Aman 2/2011 di antara Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia di Kem Sungai Besi di Kuala Lumpur adalah sehelai kain rentang yang memberi amaran kepada orang ramai supaya bersurai jika tidak mahu ditembak.

“Bersurailah kamu kalau tidak kami tembak” - tertera di kain rentang itu yang turut memuatkan maksud yang sama dalam tulisan Jawi, Cina dan Tamil.

Latihan itu melibatkan kekuatan 120 anggota Batalion 25 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dan 120 anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) serta lintas hormat pesawat dari Pasukan Unit Tentera Darat (PUTD) dan Unit Udara PDRM.

Ia bertujuan membuktikan kecekapan polis dan tentera menangani sebarang kemungkinan termasuk mengendalikan perhimpunan haram disiarkan di akhbar arus perdana, termasuk Utusan Malaysia.-Berita dan gambar Malaysiakini.

Adakah ini ugutan untuk menakutkan para penunjuk perasaan dalam stadium?
Adakah raptai ini akan jadi kenyataan pada 9 julai ini?
Sanggupkah mereka bertindak terhadap rakyat yang tangan kosong dan tak bersenjata?
Kita merdeka dengan sebatang pen di London
Tapi rakyat bangun tuntut perubahan ke atas regim yang ada , mesti ada yang terkorban dan dikorbankan!
Adakah BN semakin menggila untuk terus berkuasa?
Dunia akan menyaksikannya 9 Julai ini.
Buatlah...biar terpahat dalam lipatan sejarah anak cucu dan cicit generasi akan datang!
Kalau Umno-Bn boleh menggila bunuh ulama di Memali ..semua kemungkinan ada..

Dah la minta stadium tak bagi, pecah cermin keta pulak, siap ugut lagi


Apa nak jadi dengan negara kita Malaysia.Demo jalanraya diharamkan BN.Dah tak boleh buat demo dijalanraya dah berlembut dah , setuju buat dalam stadium tapi bila minta nak buat demo Bersih 2.0 kat Stadium Merdeka tak mau bagi pulak!

Menteri Dalam Negeri Hishamuddin Hussein pulak tetap kata himpunan Bersih 2.0 haram walaupun boleh buat dalam stadium.Laa awat jadi bengong sangat ..Agong kata boleh Menteri kata haram.! memang haram jadah .

Sementara itu di Alor Setar kereta seorang aktivis Pas Alor Setar, Hj Adnan Saad pagi tadi telah dipecahkan cermin kereta beliau di bahagian belakang dan disimbah cat merah.Dah pecah cermin kereta siap dengan kertas ugutan kepada keluarga beliau jika hadir demo Bersih 2.0.Sapa ada akaun FB baca di sini.

Kata Hj Nan, "Keta saya ni tak tau sapa buat keja ni , pagi tadi nak pi hantar anak sekolah , tengok2 jadi dah siap ada kertas ugutan lagi , MasyaAllah."

Klik imej untuk besarkan gambar.

Kerja samseng 'Kampung Dusun' di bandaraya Shah Alam

Perhatikan betul-betul banner di sebelah di seksyen 16, Bandaraya Shah Alam, bandar anggerik.Ini bukan di hulu banat atau di perkampungan orang Asli di hutan Pahang atau Sabah/Sarawak.

Gambar Anwar Ibrahim dipotong di sebelah kiri dan gambar Khalid Samad telah disembur cat dan di salib.

Rupa-rupanya politik seperti ini masih wujud dalam Shah Alam yang bertaraf bandaraya.(klik dan besarkan gambar)

Tok Lebai berfatwa lagi demontrasi boleh jejaskan iman

Ramai para demonstrans rasa kecewa dengan keputusan Bersih 2.0 mau berdemo dalam stadium.Kempen macam nak rak supaya hadir ramai-ramai di jalanraya 9 julai , sampi juboq naik atas langit kata orang Kedah, akhirnya kena demo dalam Stadium ..memang hampeh!PM Najib boleh himpun belia-belia katanya sampai sejuta orang termasuk sekali dengan nyamuk, lalat, pokok dan sebagainya di Putrajaya bulan lepas tanpa sebarang gangguandaripada FRU, polis , tentera dan puak silat.

Lepas ni adakah demontrasi lain termasuk demo anti ISA, demo barang naik akan dibuat dalam stadium sementara puak BN boleh menjerit di jalanraya?

Tu tak pa la , sementara tu puak ostaz Umno dan yang meniaga agama untuk kepentingan perut dan anak bini terus berfatwa kata demontrasi haram boleh jejaskan iman.

Sertai perarakan haram boleh jejaskan iman-Meloya

Menyertai perarakan menentang pemerintah adalah sebaris dengan dosa-dosa besar yang boleh menjejaskan iman, kata Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Wan Zabidi Wan Teh.

Merujuk kepada beberapa hadis, beliau menerangkan bahawa dosa akibat menderhaka kepada pemerintah diletakkan sebaris dengan syirik, membunuh, makan harta anak yatim, riba dan menderhaka kepada ibu bapa.

"Termasuk dalam perbuatan derhaka ialah membantah tanpa mengikut saluran yang betul mengenai apa jua keputusan pemerintah yang dibuat secara sah berasaskan kuasa yang diberikan kepada mereka dalam menjalankan urusan pentadbiran negara," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Wan Zabidi berkata, Rasulullah SAW telah mengingatkan dalam hadis-hadis sahih bahawa antara pelbagai aliran kefahaman agama, hanya pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang akan selamat di akhirat kelak.

"Dan berasaskan dalil-dalil jelas dalam Al-Quran dan Sunnah, para ulama Ahli Sunnah telah ijmak (sepakat) mengatakan bahawa taat kepada pemerintah adalah fardu ke atas setiap Muslim," katanya.-Meloya.

Bantah penipuan dalam pilihanraya boleh rosak iman?
Bantah tangkap orang tanpa bicara (ISA) boleh rosak iman?
Bantah dan lawan korupsi boleh jejas iman?
Lawan pemerintah zalim sapu saham bumiputera RM52 Bilion rosak iman?

Apa yang tak jejas iman ni?
Jemput penyanyi homoseks tak jejas iman ka?
Tidak tegur bini PM tak tutup aurat tak jejas iman ka?
Bersekongkol dengan pemerintah daripada bercakap benar walaupun pahit tak jejas iman ka?

Islam punah kerana golongan meniaga agama berfatwa bukan berdasarkan hukum Allah SWT tapi berdasarkan kehendak nafsu si pemerintah.Fatwa ini akan laku atau tidak?Itu tak penting janji masyuuuuk.

Jika ada masyuuk tiada yang haram melainkan haram belaka, adapun kemudian daripada itu semuanya rosak iman belakaaa.. ha ha meniaga sheikh jangan tak meniaga .Meniaga orang lagi untung daripada meniaga onta.

Pelancaran Gerakan Piliharaya Adil & Telus (Pidato & Munajat)

Tarikh : 7 Julai 2011 (Khamis)
Masa : 7.30 malam
Tempat : Markas PAS Seksyen 18 Shah Alam

Pidato

1. YB Dr Hatta Ramli - Ketua Pengarah P/Raya PAS Pusat
2.YB Khalid Samad-YDP Shah Alam/MP Shah Alam
3. Sdr Khairudin Othman - S/Usaha PAS Selangor
4. Sdr Sani Hamzan - Pengarah P/Raya Dewan Pemuda PAS Pusat
5. Sdi Aiman Athirah - Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Pusat

Kuliah Maghrib Khas & Munajat

Ust Najmi Karim

Semua Dijemput Sebagai Tanda Sokongan.

Selasa, 5 Julai 2011

Demo dalam stadium boleh makan kacang kuda

Kata Ambiga Pengerusi Bersih 2.0 bila selesai pi mengadap Yang Di Pertuan Agong Sultan Mizan,

“Kami telah mengadakan pertemuan dengan Agong dalam keadaan yang baik dan kami berterima kasih dengan pertemuan ini,” kata Ambiga kepada pemberita sebaik sahaja keluar dari Istana Negara.

“Kami menerima tawaran kerajaan untuk mengadakan perhimpunan di stadium, jadi tiada perhimpunan di jalanan.”Baca di sini.

Apa yang Ambiga, Pak Samad Said dan Presiden JIM Zaid Kamarudin bincang dengan Agong hanya depa saja yang tahu.Mungkin Ambiga dan rakannya diberi pilihan samada batalkan terus demo jalanan atau boleh demo tapi dalam stadium saja.Tiada pilihan selain teruskan berdemo tapi dalam stadium.

Jika diteruskan juga demo jalanan barua-barua Umno -Bn akan kata PR dan Bersih 2.0 derhaka perintah Agong dan boleh dicaj memerangi Yang Di Pertuan Agong! Puak silat dah standbye nak halang demo Bersih 2.0.Darurat juga akan diistihar bila polis kata akan minta bantuan tentera untuk halang demo jalanan Bersih 2.0

Apa ada dalam stadium?Rumput dan padang bola serta kerusi-kerusi boleh duduk santai sambil dengar penceramah berceloteh tentang SPR dan 8 tuntutan Bersih 2.0.Sambil tu boleh makan kacang kuda atau kacang pol!

Di luar stadium ada apa?Di luar stadium akan ramai para peniaga yang jual kaset-kaset ceramah, kopiah dan paling tak pernah ketinggalan ialah penjual ubat kuat untuk lelaki!Beli jangan tak beli.

Eloklah tu daripada batal terus lebih baik buat jugak.Kalau batal terus Umno-Perkosa dan pencacainya akan tertawa terbahak-bahak keseronokkan.Selamat berdemo dalam stadium sambil makan kacang kuda.Bawa semua ahli keluarga pakai baju Bersih 2.0 untuk kuningkan seluruh stadium.

Menarik;

Yeh! Yeh! Kita menang! hmmm....or....did we?-Malaysiatoday