MP POKOK SENA MAHFUZ OMAR JOINT DAP KEDAH KAYUH BASIKAL BERSAMA PENGERUSI AMANAH KEDAH DR ISMAIL.
MAHFUZ YANG MASIH KEKAL DALAM PAS SAMA SEPERTI HUSAM MUSA ADUN SALOR YANG DILIHAT TIDAK IKUT ARAHAN PAS PUSAT PUTUS HUBUNGAN DENGAN DAP SECARA RASMI..
HA HA..TINDAK TANDUK MEREKA BERDUA DILIHAT MESRA PAKATAN HARAPAN SETELAH PAKATAN RAKYAT BERKUBUR.
MASA DEPAN MEREKA BERDUA JUGAK DALAM PRU 14 AKAN DATANG JUGAK KELAM JIKA TERUS BERSAMA PAS. KECERDIKAN MEREKA KERANA MASIH BERADA DALAM PAS TAPI MENJADI DURI DALAM DAGING KEPADA LEBAI2 PAS YANG KINI PUTUS HUBUNGAN DENGAN DAP.
MAHFUZ BEGITU AGRESIF MENYERANG MENTERI AGAMA JAMIL KHIR BAHAROM DALAM PARLIMEN ISU RUU SYARIAH KERANA SI JAMIL KATA TIADA NIAT PIHAK KERAJAAN BAWAK ISU RUU DALAM PARLIMEN. BELIAU DIHALAU KELUAR DEWAN KERANA MELABELKAN JAMIL KHIR SEBAGAI BACUL.
APA PENAPAT AYAHANDA PRESIDEN PAS DENGAN SIKAP MAHFUZ YANG MEMENINGKAN PAS? AYAHANDA MARAH....?
Jumaat, 20 November 2015
Rabu, 18 November 2015
Husam yakin di pihak yang benar sedia berdebat dengan Mustafa Ali
DATO MUSTAFA: SAYA TANYA ANDA JAWAB
Sifatnya rawatan pemulihan, seharusnya santai dan relaks.
Mode bersantai menjadikan respon saya lambat sedikit.
1. Cabaran Bersumpah
Cabaran TGHH agar saya bersumpah SOLO saya kira adalah petanda kejayaan saya.
Kalau gusti sebagai analogi, jika lawan sudah meminta pesaingnya bergusti se orang diri, fahamlah penonton apa konsekuennya.
Sukan gusti memerlukan regu.
Mustahil boleh ditentukan siapa pemenang hanya dengan menumbuk bayang se orang diri, sedangkan regunya hanya menonton di luar tali.
Jika fiqh mengenai li'an dan fiqh pendakwaan baik bersaksi atau tanpa saksi digunakan, kedua pihak perlu bersumpah.
Saya tidak berniat memalukan Presiden saya, tetapi hanya ingin menonjolkan satu fakta sepanjang perundingan belakang tabir antara Pas - Umno sejak Tok Guru masih hidup lagi.
Jemputan untuk saya masuk gelanggang gusti se orang diri tanpa regu sudah cukup untuk menjadi penutup isu ini dengan kebenaran memihak pada saya. 2014 - Presiden Pas ada mencadangkan kerajaan Pas-Umno dibentuk di Selangor dengan tiga Adun Pkr menyertai Pas. Noktah.
2. Cabaran Debat Dato Mustafa Ali
Saya bersetuju untuk debat terbuka dengan siapa saja, termasuk Cik Gu Pa.
Sedikit sebanyak, adalah juga pengalaman saya berdebat lebih kurang.
Berpeluang berdebat dengan guru politik sehebat beliau tentunya satu penghormatan pada saya.
Beliau boleh menentukan tarikh dan tajuk debat terbuka itu. Seumpama : Saya Tanya Anda Jawab.
Merujuk cadangan beliau tujuan debat itu juga antara lain menentukan duduk cerita perjumpaan Pas - Umno di Selangor dua hari selepas Pru 2008.
Rasanya bila matahari sudah keluar, petunjuk bintang tidak lagi mustahak.
Maksud saya, dengan kenyataan, qarinah atau bukti dan perkembangan terbaru, bukti lama sungguh pun kekal berguna, ditelan oleh bukti baru yang lebih besar. (Rujuk kenyataan terbaru Mursyidul Am tentang kerjasama Pas-Umno).
Bintang digunakan untuk menentukan kedudukan timur barat di gelap malam. Munculnya matahari, petunjuk bintang tidak lagi berguna kerana demikian cerahnya sinar matahari hinggakan bintang seakan sirna.
Pertemuan Pas-Umno 2008 itu akan kekal dalam sejarah - terpulang kepada pengundi Selangor menilaikannya.
Arah perbincangan dalam perjumpaan 2008 itu berubah kerana perundingnya telah berjaya diubah.
Tetapi fakta adanya perundingan di saat tidak munasabah seperti itu akan kekal sampai bila-bila.
Cadangan Cik Gu Pa untuk turut memanggil YB Khalid Samad dengan sendirinya membenarkan dakwaan saya adanya pertemuan itu, bukan menafikannya.
Ada pun pertanyaan beliau sama ada saya menjadi alat Dap, saya pertanyakan kembali kepada Cik Gu: Adakah Cik Gu kini sedang menjadi alat Umno sekali lagi?
Ada apa-apa ke Cik Gu telah dapat ?
Sanggupkah Cik Gu menanggung akibat tidak berterus terang dengan ahli selama ini?
Alat siapa Cik Gu?
3. Kenyataan Terbaru Mursyidul Am Mengenai Kerjasama Pas-Umno
Saya merujuk kepada laporan media seperti keratan di bawah.
Sekalipun kenyataan ini belum lagi bertaraf seterang matahari, tetapi ia lebih mudah difahami.
Paling tidak, seterang bulan purnama.
Mengikut Islam, sekecil hilal ( bulan sabit) pun sudah boleh dijadikan dalil untuk memulakan ibadat sebesar puasa, ini kan pula bulan purnama.
Sudah cukup bagi yang prihatin, untuk mengambil pedoman.
Kenyataan itu menunjukkan, perundingan kerjasama antara Pas-Umno MEMANG WUJUD.
Jadi atau tidak, belum pasti, pertama. Kedua, bentuknya belum muktamad.
Sebagai ahli Pas, saya lebih menghargai ketelusan sebegini.
Ia lebih mulia dari usaha belakang tabir yang boleh menimbulkan kekeliruan ahli parti. Ketiadaan info kepada setengah ahli menimbulkan perbalahan yang berlarutan.
Mereka berpencak silat dengan mata tertutup kerana maklumatnya disembunyikan, tapi bunyi dan desirnya telah wujud sejak 2008.
Itu mungkin sebabnya Islam melarang memperdaya pengikut. Memperdaya bermakna pengikut tidak diberi tahu arah sebenar mereka dibawa sehingga sampai satu waktu, mereka tidak lagi boleh berpatah balik.
Apa yang diperlukan Pas kini ialah ketelusan.
Samaada bila kerjasama itu akan dimuktamadkan dan bentuknya, tentu bergantung kepada banyak faktor, seperti kata Mursyidul Am, termasuk faktor strategi masa dan keadaan.
Niatnya ada. Usahanya ada. Penafian dulu kini sudah meningkat menjadi pengakuan, sedikit demi sedikit seperti menyuntik ubat bius oleh doktor pakar.
Kini, terpulang kepada ahli Pas dan masyarakat awam menilai, membaca dan bertindak balas.
Pas tidak boleh menghalang orang ramai membuat tafsiran sendiri, membuat bacaan politik dan bertindak balas sewajarnya.
Alhamdulillah, usaha kecil saya untuk Allah bukakan rahsia pergerakan belakang tabir selama ini dengan menyebut namaNya 'Al Khabir' sedikit sebanyak berhasil.
Allah Maha Mengetahui rahsia tersembunyi dan tindakan terang semua hambaNya.
Saya berterima kasih kerana Mursyidul Am memberikan pencerahan yang sudah lama dinantikan.
4. Pemuda Kelantan Kepingin Menjadi Tuan Rumah
Ahlan wasahlan.
Oleh kerana statusnya adalah Pemuda Negeri, sebaiknya lingkaran regu dan maudhuknya bersifat negeri.
Pemuda boleh aturkan saya berdebat atau berforum dengan mana-mana pimpinan kerajaan negeri yang ada.
Baik tajuk berkerajaan mahu pun tajuk politik.
Baik isu yang telah saya bangkitkan atau belum.
Saya bersedia.
Husam Musa
Bodhi Island, China
18 November 2015
6 Safar 1437 H

Dulu Thoghut Sekarang Turut
Najib pernah kata,"I help you, you help me,”
SUA Pas Taki kata,"Lebih baik berkawan dengan musuh daripada berkawan dengan bekas rakan yang tau rahsia kita."
Aku kata,"Hang garu aku..aku garu hang..
hang gerodek aku...aku gerodek hang."
Tak lama dah tuuu

Selasa, 17 November 2015
Yang dibenci jadi kawan..kawan jadi musuh
Aku dah mengundi dalam pru sejak 1990 hingga 2013 sebanyak 6 kali di parlimen Kubang Pasu. Walaupun Kedah dimenangi Pas dan PR dalam pilihanraya 2008 Kubang Pasu tetap milik Umno termasuklah kerusi2 dun dalam Kubang Pasu.Yang Umno tetap Umno yang totok sokong Pas pon sama.
Cuma dalam tahun 80-an dapat melihat dengan mata kepala sendiri perpecahan Pas dan Umno dalam isu kapir mengkapir,kenuri kenara dan kematian dipulaukan begitu dasyat.Adik beradik bermasam muka dan bermusuh sama sendiri kerana berbeza fahaman dan ideologi.
Lebih dasyat lagi regim Umno masa tu membunuh ustaz Ibrahim Libya di Memali (19 Nov 1985) yang bersenjatakan M-16 dan kereta kebal.
Hari ni wajah politik sudah berubah 360 darjah yang membuatkan penyokong tradisi berubah pendirian menyertai bahtera baru dan jugak masuk parti lain kerana hilang kepercayaan terhadap parti yang satu masa dulu amat dibanggakan mereka,
Mereka yang satu masa dulu amat berjasa dalam perjuangan parti dimaki hamun malah ada yang dihalau seperti kucing kurap tepi jalan.Lebih menghairankan apabila mereka sertai wadah baru masih dianggap sebagai pengkhianat kerana bertukar warna bendera.
Masjid2 dan surau yang dikuasai abang lebai dan ostad jadi medan menghamburkan kata2 nista dengan bersandarkan ayat2 suci dan hadis nabi untuk halalkan apa yang mereka kata..
Kini Pas dilihat begitu mesra dengan dengan Umno walaupun Umno buat2 malu kucing ajakan dan pelawaan Pas untuk jadi penasihat kepada kerajaan yang satu ketika dulu dianggap Thoghut.Pelawa mempelawa untuk tidoq sebantai bukan lagi ditunjukkan dalam rumah tapi secara terbuka.
Isu besar negara skandal 1MDB.duit RM2.6 Bilion Najib dan terkini penyelewengan wang anak yatim dan miskin YaPEIM cuba digelapkan dengan agenda kerjasama Pas dan Umno .
Itulah politik Melayu yang dibenci jadi kawan ..yang kawan jadi musuh.

Ahad, 8 November 2015
Pas makin celaru dan hilang arah
Mutakhir ni suara2 di kalangan pemimpin Pas ke arah kerjasama dengan Umno-BN semakin kuat.Bila diasak oleh media Pas seperti biasa akan buat penafian dan akan berkata 'kerjasama itu hanyalah berkaitan dengan kebajikan' bukan kerjasama politik.
Apabila Husam Musa bangkitkan isu lama Presiden Pas mahu kerjasama politik dengan menarik adun PKR untuk bentuk kerjasama politik dengan Umno bentuk kerajaan di Selangor pemimpin Pas Selangor terus melenting dan berkata Pas Selangor tak akan kerjasama dengan Umno!
Begitu juga dengan Pas Pahang jugak berkata Pas Pahang tak akan kerjasama dengan Umno!
Yang jadi lawaknya Husam kata Presiden Pas mahu kerjasama dengan Umno di Selangor pemimpin2 Pas yang tak ada kaitan yang jawab tuduhan Husam itu bukan Presiden Pas.
Timbalan Presiden Pas TITM jugak kata Pas tak akan kerjsama dengan Umno.Masing2 jadi pelawak dan memalukan dengan kenyataan yang mereka buat..mereka hanya pertahankan Presiden Pas dengan dakwaan Husam itu sedangkan Presiden Pas sendiri berdiam diri.
Ahli2 dan penyokong di bawah yang tak tau apa2 menjadi bingung dan tak boleh nak kata apa kerana pendedahan Husam itu adalah benar dan bukan bohong cuma Presiden Pas saja tak mahu nafi benar atau tidak apa yang Husam kata.
Pelawa mempelawa antara Pas dan Umno bukan rahsia lagi sebagai contoh Presiden Pas kata mahu jadi penasihat kepada kerajaan BN tapi dalam perkara yang ada kaitan hal2 rakyat. MB Terengganu pulak pelawa Presiden Pas jadi penasihat kerajaan BN di Terengganu.MB Kelantan jugak mahu Pas dan umno kerjasama.
Dulu Umno dilabel sebagai parti thoghut kini parti yang dianggap thoghut tu lah Pas mahu kerjasama kan pelik!

Orang India dan Cina yang sokong Pas dalam pru 13 yang lalu jugak kehairanan dengan kenyataan pemimpin Pas masa kini yang bercakap macam Umno ..mereka rasa Pas dan Umno kini dah tak ada beza tambah2 bila Presiden Pas berpelukan dengan Presiden Perkasa Ibrahim Ali yang diketahui ramai orang yang sukar untuk dipercayai dalam politik.
Lebih lucu lagi apabila Presiden Pas peluk Ibrahim Ali pemimpin Pas Selangor kata Pas tak akan kerjasama dengan Perkasa...:-)
Sikap Presiden Pas memeningkan semua orang tapi yang dah telan pil wala' mereka dah tak boleh buat apa ..sekadar jadi pak turut saja .
Begitu jugak yang berpartikan Haji Hadi bukan parti Pas mereka pertahankan Haji Hadi semau2nya walaupun Presiden Pas itu dilihat semakin hilang arah dan tujuan sebagai presiden parti.
Langgan:
Catatan (Atom)