Rabu, 28 Oktober 2015

KALAU RAKYAT TAK MAU P PASTIKAN NAJIB DAN BN KENA P- MP Pokok Sena

BAJET 2016 BAJET PM NAJIB 7- 9 KUPANG.
1. Bajet 2016 yang diumumkan oleh Dato' Seri Najib berjumlah RM267.22 bilion dengan sejumlah RM215.22 bilion untuk perbelanjaan mengurus dan RM52 bilion untuk perbelanjaan pembanggunan tidak pun memberikan apa-apa yang melegakan rakyat yang sedang mengalami kesempitan hidup akibat daripada kenaikan harga minyak, Tol, GST, kejatuhan nilai ringgit dan skandal 1MDB.
2. Rakyat tidak peduli pun tentang bajet Najib kerana bajet ini tidak akan mengubah apa apa persekitaran dan melonjakan ekonomi negara dan pengukuhan nilai ringgit Malaysia serta meringankan kos sara hidup. Bajet yang tiada apa pun yang baru dan tiada faktor "wow" yang dapat melegakan rakyat. Apa diharap pada bajet Najib 2016 jika rakyat sudah tahu kesempitan hidup mereka disebabkan kebobrokan Najib dan kerajaan BN sendiri.
3. Bajet Najib 2016 tidak pun dapat melonjakkan nilai ringgit Malaysia kembali seperti masa Najib ambil alih jawatan PM sejak 2009 dengan kedudukan nilai matawang ringgit RM3.60 untuk USD1 dan pada hari bajet dibentangkan 23 Oktober 2015 ditutup dengan RM4.21 untuk USD1. Pada 24 Oktober 2015 harga tukaran di pengurup wang KLIA 2 RM4.57 untuk USD1. Ini bermakna kita memerlukan 7 ke 9 kupang tambahan bagi menyamai nilai pada 2009 untuk USD1.Ini petanda krisis kepercayaan terhadap kepimpinan Najib dan kerajaan BN begitu parah.Bertuah Malaysia memiliki PM 9 kupang.
4. Tiada yang baru dan tiada faktor "wow" yang melegakan rakyat untuk keluar dari kesempitan hidup. Impak GST tidak dirasai walaupun kutipan GST mencecah RM27 bilion untuk tahun 2015 dan mengunjurkan kutipan sebanyak RM39 bilion untuk tahun 2016.
5. Pemberian Brim dari RM950 setahun untuk dibelanjakan sehari RM2.60 kupang dinaikan RM50 bersamaan . 14 sen sehari kepada RM1000 setahun untuk dibelanja sehari RM2.70.sehari tidak mampu untuk membeli ikan temenung yang sekilo mencecah RM10-RM14.00. Begitu juga dengan kehidupan masyarakat bandar di Lembah Kelang khususnya masyarakat pekerja dengan pergerakan yang dikepung dengan kenaikan tol. Bajet Najib sebenarnya hendak menyuruh rakyat makan nasi dengan sambai teloq rebus belah 16.
6. Habis apa yang baru dan mengejutkan dari bajet Najib sehingga rakyat kata wau rasa lega. Sebenarnya, kita semua terkejut dengan terpaksa tambah 7 kupang untuk dapat USD1 banding dengan waktu Najib ambil alih jawatan PM pada tahun 2009 hanya RM3.60 kupang berbanding hari ini jam 9 pagi 28 Oktober 2015 RM4.28 untuk USD1. Ini lah kehebatan Najib dengan ETP, GTP entah berapa banyak P dan rakyat pun pelan pelan P kerana Najib tak mau P.
KALAU RAKYAT TAK MAU P PASTIKAN NAJIB DAN BN KENA P.
DATO' HJ MAHFUZ HJ OMAR
Ahli Parlimen Pokok Sena
28 Okt 2015/15 Muharram 1437H

Tiada ulasan:

Catat Ulasan