Khamis, 26 Disember 2013

'Syaiton Yang Dikenali' bela 'Hantu Raya'

Perkasa akui terima bantuan kerajaan, tapi tidak sebanyak NGO bukan Melayu

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mengakui menerima bantuan kerajaan seperti dakwaan Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad tetapi menyifatkan bantuan tersebut tidak sebanyak yang diterima oleh badan bukan kerajaan (NGO) Cina dan India.
Setiausaha Agung Perkasa, Syed Hassan Syed Ali, berkata Isa perlu menyenaraikan jumlah bantuan kerajaan yang diberikan kepada pertubuhan itu dalam menjayakan program mereka selama ini.
“Perkasa harap Isa dapat senaraikan jumlah bantuan yang diberi kepada Perkasa. Berapa banyak? Berjutakah? Berbilionkah? Kami tidak nafikan ada agensi seperti Majlis Keselamatan Negara (MKN), Biro Tata Negara (BTN) dan Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) membantu Perkasa.-M'insider
Apa sumbangan Perkasa kepada negara?Cuba habaq mai.

2 ulasan: