Ada di kalangan calon Ketua Pemuda Pas Pusat seperti Kamaruzzaman Mohammad dan juga calon Timbalan Presiden Pas Datuk Nik Amar tidak mahu berdebat dengan alasan sudah cukup dengan apa yang telah diperjelaskan sebelum ini.
Antara alasan calon KP Kamaruzzaman pula ialah tidak mahu tonjolkan diri untuk cari populariti untuk raih kemenangan.Sementara calon KP yang lain seperti Suhaizan Kayat dan Zul Hazmi bersedia berdebat untuk misi dan visi apa yang akan dilakukan jika menang jawatan yang mereka bertanding.
Dulu bukan main lagi Pas ajak Umno berdebat tapi pihak Umno tak bersedia hanya berani dalam media .Najib pernah kata debat bukan budaya kita.Ruang demokrasi sepatutnya digunakan,diraikan bukan untuk tunjuk jaguh tapi dok sembang deras tapi bila berlaku pertandingan sesama sendiri pakat mengelak.Pakat tiru budaya Umno.Budak sekolah pon sanggup debat kenapa ada calon Pas mengelak?
Alasan kerana takut tonjolkan diri tak boleh pakai.Kalau tak mau tonjolkan diri tak payah bertanding.Dalam pilihanraya pakat buat poster calon,buat biodata calon untuk perkenalkan,tonjolkan diri untuk apa...untuk bagi anak bini tengok?Ustaz Din Tantawi KP Pas kata debat bukan syarat jadi pemimpin..
Jika sama sendiri tak sanggup untuk berbeza pendapat,raikan pendapat macam mana pulak nak berdepan dengan Pemuda Umno?
Teringat almarhum ust Fadzil Nor kata bila ajak Umno berdebat tapi penakut.."Umno tu macam wayang kulit hebat di depan pi tengok di belakang tak dak apa pon..kulit kerbau ja.."
Macam yang dok ada la hebat dalam FB ,dalam group whatsapp bukan main lagi balun sana sini tapi bila diajak,dijemput untuk berdebat secara berdepan tak berani ,jadi penakut ..sama la macam kulit kerbau tu..alasan tak mau tonjolkan diri ..tak mau tonjolkan buat apa jadi calon?
Puak-puak ni nak bawa Pas mundur ke belakang ketika pihak lain raikan ruang demokrasi yang ada.Lepas ni jangan dok sembang deras ajak Umno ka sapa ka debat.Memalukan..
Umno untung jika Pas melahirkan pemimpin yang bacul dan pengecut..anak muda semakin jauh lari tinggalkan Pas..
Betui tu...tak dak teloq maknanya tak cukup syarat...nak buat qurban pun tak layak kah kah kah.....Debat la woi...tengok sapa handal...setakat keluar wawancara TV31/4 sapa pun buleh!!! Kalau hang handal sangat pi debat dengan Mat Sabu la woii!!! Kalau takut pi main jauh-jauh...
BalasPadamPemuda, tidaklah kekok dalam bertempat, tidak jua jahil dalam bicara. Buka minda dan memacu bicara pemuda, jangan berdengki setelah kita tua, masa muda kita sesalkan diri umpama orang tua. Tenaga muda diguna bicara umpama orang tua, itu tidak boleh ini tidak boleh. Maka apa kata kita apabila anak dewasa, suatu perkara tidak pernah dirasa untuk membantu anak menjana tenaga mudanya.
BalasPadamInikah bentuk jiwa pemuda PAS, yang diisikan tarbiyah, seerah perjuangan para sahabat membuatkan mereka ini suci. Namun cenderung untuk bersembunyi di balik tiang-tiang masjid tidak di lapangan, maka jangan berkehendakan menjadi calon pilihanraya meratah parti lawan secara demokrasi kalau dalam parti seperti kanak-kanak pasti.
Itu tuan presiden pon penakut,,,tuan presiden penakut penakut penakut hanya dgn ADUKA TERUNA jer pon dah kecutt ,,, sbb tuh geng2 dia trmasuk bakal calon KP dan anak dia pon penakut belaka mcm UMNO,,, cuma berani sembang deras kelentong pil kuda kat tv dan pemberita2 sebijik mcm geng2 setan kaki AUTA!!!
BalasPadamPAS GANTI UMNO. hahaha..KP sekarang dan calon KP yg sorang tu...tepuk dada tanya jiwa. Nak jadi pemimpin dan pejuang, jiwa kena kental. Tapi kalau sesama sendiri pun dah kecut telur lebeh baik cermin diri. Pasni, jgn sibuk nak kutuk UMNO kalau UMNO takut debat. Pasni jgn kutuk UMNO bila time PRU/PRK UMNO bagi mcm2 kat pengundi sbb Pemuda PAS pun bagi minyak free. Org masuk politik nak menang korang masuk politik cuma nak bertanding. Nasihat gua, PAS kena letak seseorang pemimpin tu di tempat yg sepatutnya. hahaha...ni tak, sembang deras tapi hakikatnya kosong. Ulamak sesuai duk dlm Majlis Syura kerana itu tempat tertinggi dlm PAS. Tapi kalau dri presiden sampai ke ajk pun ulamak nak sapu...pelik arr PAS ni, Terngok Mesir dan Turki...yg jadi ketua negara bkn pun ulamak atau ustaz tapi xde yg menafikan di belakang mereka adalah ulamak2 besar. Bila pihak musuh mula memuji...xkan x paham2 lgi.
BalasPadam