UCAPAN DASAR PRESIDEN PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS) Muktamar Tahunan PAS ke - 59 2013
Mukaddimah
Yang dihormati Dato’ Pengerusi Tetap, YB Tuan Guru Datuk Bentara Setia Mursyidul‘Am, Sohibul Fadhilah Dato’ Timbalan Mursyidul‘Am, Ashab al Fadhilah Ahli Majlis Syura Ulama, Timbalan Presiden, Naib-Naib Presiden, Dato’ Setiausaha Agung, Ketua-Ketua DewanUlama–Pemuda-Muslimatdan Dewan Himpunan Penyokong PAS, seluruh Anggota Dewan Harian, Ahli-ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Pesuruhjaya-Pesuruhjaya PAS Negeridan Wilayah Persekutuan,Pengarah Muktamar dan ahli Jawatan kuasanya, sahabat-sahabat pimpinan dari Pakatan Rakyat,pimpinanNGO, Wakil-wakil Kedutaan Asing,semua para jemputan, para perwakilan, muslimin dan muslimat yang dikasihi sekalian.Selamat datang (Ahlan wa sahlan wa Marhaban bikum) kepada semua rakan taulan seperjuangan dan para tetamu jauh dan dekat,serta para pemerhati yang sudi memeriahkan Muktamar PAS kali ke 59 ini.
Pertamanya marilah sama-sama kita mengucapkan puji dan syukur ke hadrat Allah SWT yang telah mengurniakan kepada kita anugerah Islam yang sempurna yang kita imani, menjadi penyelamat kita untuk bertemu Tuhan Rabbul Jalil di hari yang tidak ada naungan melainkan naungan rahmat Allah SWT. Dengan Iman dan Islam inilah kita mesti beristiqamah di atas jalan perjuangan yang dirintis oleh para Nabi dan Rasul A.S. sejak zaman berzaman, berdepan dengan cabaran dan dugaan yang menguji iman kita sehinggalah kita bertemu dengan Allah SWT nanti. Marilah kita sama-sama menghayati firman Allah SWT :
2 Maksudnya : “Dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menguji kamu agar ternyata yangKami mengetahui orang-orang yang berjihad dan bersabar di antara kamu; dan agar Kami menyatakan (baik buruknya) hal ehwalmu." [Muhammad :31]
Hadirin-hadirat sekalian, MUKTAMAR KE 59 : RAHMAT UNTUK SEMUA
1. Kita berkumpul pada hari ini, dalam Muktamar Agung Tahunan kali yang ke 59,dengan tema “RAHMAT UNTUK SEMUA” adalah berpaksikan kepada keyakinan kita bahawa perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS menerusi wadah tarbiyah-dakwah-siyasah yang tidak berpisah, membawa mesej Islam yang dibawa oleh para Nabi dan Rasul A.S. yang di khatam (tamat) dan disempurnakan dengan Nabi Muhammad S.A.W.bagi membawa RAHMAT ke seluruh alam. Firmah Allah SWT : “Dan tiadalah Kami mengutus kamu, melainkan untuk (menjadi)rahmat bagi semesta alam”[al-Anbiya : 107]2.
Marilah sama-sama kita memahami, bahawa apa yang kita bawa ini bukan bersifat retorik dan bukannya suatu janji-janji indah yang ingin mengaburi pandangan manusia atau mengelirukan kefahaman. Maudu’ kita adalah ISLAM yangberteraskan kepada keyakinan yang dipahat dengan tegasdalam Fasal 3 Perlembagaan PAS. Inilah Islam yang yang nyatakan oleh Rasulullah S.A.W. membawa RAHMAT adil kepada masyarakat majmuk yang bersaudara di atas kemanusiaan yang di isytiharkan oleh Allah :
Sesungguhnya Kami menurunkan kepadamu (Wahai Muhammad) Kitab (al-Quran) dengan membawa kebenaran, supaya Engkau menghukum di antara manusia menurut apa yang Allah telah tunjukkan kepadamu (melalui wahyuNya); dan janganlah Engkau menjadi Pembela bagi orang-orang yang khianat. [An Nisa’ : 105]
3 Bukannya Islam mengikut takrifan sekularisma yang memberikan makna Islam itu sebagai agama yang tidak mempunyai kaitan antara kehidupan dunia dan akhirat. 3. Dasar Islam dan mesej inilah yang menjadi RAHMAT kepada semua manusia, termasuklah kepada semua makhluk dan alam ciptaan Allah SWT. Oleh yang demikian, kerahmatan yang ingin dibawa oleh PAS untuk semua pihak ini berlaku apabila PAS adalah sebuah gerakan islah dan tajdid, berbeza dengan kumpulan Islam lain yang menjadi saudara seperjuangan mengikut medannya yang terhad. Tugas kita ialah membetulkan fahaman salah dalam masyarakat dan negara yang dipengaruhi oleh pemikiran asing yang pernah menjajah umat Islam. PAS memperjuangkan rahmat Allah daripada ajaran Islam yang membawa keadilan sejagat.
4. Untuk membawa mesej ini, maka organisasi parti kita hendaklah menyediakan rangka kerja yang berstruktur, mempunyai objektif dan sasaran kerja yang konstruktif,pejabat yang lengkap, sistem pengurusan konflik, petunjuk prestasi dalam mencapai sasaran jamaah, dan bukannya sekadar retorik ucapan semata-mata.
5. Sebagaimana yang selalu saya pertegaskan, bahawa PAS bukanlah partipolitik semata-mata, tetapi kita adalah sebuah gerakan Islam yang bergerak dalam jalur tarbiyah – dakwah – siyasah mewarisi cita-cita perjuangan yang menjadi tugas kita sebagai khilafah di atas muka bumi ini yang meletakkan politik menjadi agenda penting yang tidak boleh dipisahkan daripada agama Islam.Maka tentulah menjadi satu kesilapan sekiranya menyamakan PAS dengan parti-parti dan kumpulan Islam yang lain.
Hadirin – hadirat sekalian,SOROTAN PRU KE-13
6. Muktamar ke-59 pada tahun 2013 ini diadakan pada penghujung bulan November 2013, di luar kebiasaan muktamar tahunan PAS yang biasanya diadakan pada bulan Jun atau Julai setiap tahun. Penangguhan ini adalah untuk memberi ruang yang seluasnya kepada persiapan dan gerakerja menghadapi Pilihan Raya Umum ke 13 yang baru sahaja berlalu pada bulan Mei lalu.
7. PAS bersama Pakatan Rakyat telah turun ke gelanggang PRU-13 di padang yang tidak sama rata dengan Barisan Nasional, kerana proses demokrasi
4 pilihan raya sesebuah negara yang merdeka bukan sahaja aktiviti berkempen dan hari pembuangan undi atau pun urusan keputusan pilihan raya sahaja. Pilihan raya juga bukanlah semata-semata janji jalanraya dan rumah, tiang elektrik, tilam –bantal, basikal percuma dan sebagainya, tetapi adalah medan rakyat memilih parti yang akan menjalankan amanah memimpin negara.
8. Kita terus berdepan dengan media arus perdana yang tidak berlaku adil, betapa parahnya rasuah wang ringgit dan projek segera yang dijanjikan kepada rakyat, sedangkan projek terdahulu ada yang belum pun nampak tandanya, penggunaan jentera dan agensi kerajaan dalam aktiviti berkempen, dan berbagai lagi bentuk penyalahgunaan serta kepincangan yang merendahkan taraf pemikiran rakyat malah mengancam sistem demokrasi di negara kita.
9. Dalam keadaan kekurangan ini, alhamdulillah kita masih mampu bertahan dalam keadaan undi popular di kalangan rakyat yang bertambah sehingga kerajaan BN yang ada di hari ini adalah kerajaan minoriti sokongan pengundi, dan hanya mempunyai majoriti jumlah kerusi parlimen,disebabkan sistem first past the postyang diamalkan dalam sistem pilihan raya. Kita kekal di Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang.Kerajaan Persekutuan BN minoriti rakyat ini pula hanya mampu memperolehi 46.53% sokongan pengundi, berbanding Pakatan Rakyat yang mencapai sokongan 49.96% melalui jumlah undi keseluruhan.
10. Kedudukan kita yang sedemikian ini, hendaknya sedikit pun tidak melemahkan semangat kita semua untuk terus berjuang. Kekalahan kita yang menyebabkan hilangnya kerajaan negeri Kedah pula, wajar diteladani, tetapi janganlah sehingga melemahkan semangat sehingga kita lupa erti sebenar perjuangan. Kita masih menjadi pilihan rakyat di DUN Sungai Limau Kedah, dalam Pilihan raya Kecil yang baharu sahaja berlalu. Kita wajib muhasabah diri sendiri secara dalaman, bukan hanya menjadikan lawan sahaja sebagai penyebab kekalahan kita. Semua itu wajar menjadi sempadan dalam lipatan sejarah dalam kita bergerak ke hadapan. Allah berfirman kepada generasi awal yang tewas dalam peristiwa Uhud :
5 (Patutkah kamu melanggar perintah Rasulullah)? dan (kemudiannya) apabila kamu ditimpa kemalangan (dalam peperangan Uhud), yang kamu telahpun memenangi seperti itu sebanyak dua kali ganda (dengan menimpakan kemalangan kepada musuh dalam peperangan Badar), kamu berkata: "Dari mana datangnya (kemalangan) ini? "Katakanlah (Wahai Muhammad): "Kemalangan) itu ialah dari kesalahan diri kamu sendiri (melanggar perintah Rasulullah)". Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. [al - Imran : 165] Hadirin – hadirat sekalian,
11. Alhamdulillah, kita juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada seluruh jentera parti, rakan – rakan dalam Pakatan Rakyat, dan rakyat yang memberikan respon positif dengan benih sulung PAS menerusi PRU-13 lalu di Melaka iaitu di kerusi DUN Bukit Baru, dan lain – lain tambahan kerusi DUN dan Parlimen yang baharu dimenangi di seluruh negara.
12. Kepada ahli PAS yang dipikulkan amanah kemenangan dalam PRU-13, seterusnya memegang tampuk kuasa pemerintahan dalam sebuah kerajaan, termasuklah yang dilantik ke jawatan penting seperti Ahli Dewan Negara, Ahli Majlis Perbandaran dan Daerah, Ketua Kampung dan Ahli Lembaga Pengarah; marilah sama-sama kita menghayatinya dengan membaca firman Allah SWT : “Dan Dialah yang menjadikan kamu penguasa-penguasa di bumi dan Dia meninggikan sebahagian kamu atas sebahagian (yang lain) beberapa derajat, untuk mengujimu tentang apa yang diberikan-Nya kepadamu. Sesungguhnya Tuhanmu amat cepat siksaan-Nya, dan sesungguhnya Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang” [al –An’am :165]Semua di kalangan mereka ini perlulah sabar dengan ujian, melakukan persiapan rapi, bermaklumat, mendampingi rakyat tanpa penat lelah; insyaAllah semua amalan yang dilakukan dengan ikhlas ini akan diberikan kebaikan oleh Allah SWT.
13. Bagi membawa mesej RAHMAT UNTUK SEMUA ini, PAS akan terus menjadi rakan aktif dalam Pakatan Rakyat (PR). Ingatlah, bahawa kita bukan penumpang semata-mata, rakan-rakan kita juga bukan penumpang, tetapi semua parti-parti dalam PR adalah penggerak bersama untuk memperkukuhkan peranan
6 dalam membawa persefahaman politik ini ke tahap yang lebih maju dan seterusnya memikul amanah yang berat ini.
Hadirin dan hadirat sekelian, MEMIKUL AMANAH DALAM NEGARA AGAMA
14. Umat Islam yang ada dalam negara kita ini dikejutkan dengan rentetan serangan isu-isu berkaitan dengan agama Islam yang menjadi agama persekutuan negara kita ini, disamping suasana yang tidak harmoni cuba dicetuskan oleh kalangan yang ingin mengambil kesempatan darinya. Rakyat awam di jalanan pula diajak untuk memberikan ulasan, pandangan malah kritikan, walaupun kadangkalamelangkaui sempadan hukum Islam yang jelas sumber rujukannya. Maka timbullah isu ”Kalimah Allah”, isu mazhab, hudud, dan sebagainya yang diulas di tepi-tepi jalan oleh mereka yang bukan ahlinya.Perkara ini sebenarnya pernah berlaku sejak ribuan tahun yang lalu.
15. PAS sekali lagi ingin menegaskan, bahawa isu-isu agama yang penuh sarat dengan hukum syariatnya, yang bersendikan rujukan al-Quran dan as-Sunnah serta pandangan ulama muktabar sepanjang zaman, tidak wajar menjadi barang dagangan yang boleh dijaja ke sana sini. Apatah lagi isu yang sensitif dan jelas susur galur hukumnya ini sedang dijadikan senjata politik oleh kerajaan UMNO-BN untuh meraih sokongan mereka yang semakin menipis.
16. Ahli-ahli pula tidak sepatutnya mudah terpengaruh dengan permainan media fasik yang tidak mengira dosa dan pahala. Marilah kita memahami peringatan dari Allah SWT :”Wahai orang-orang yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yangkamu telah lakukan” [al-Hujurat :9]
17. PAS menerusi Lajnah Penerangan dan Dakwah, dengan dibantu oleh Dewan Ulama – Pemuda – Muslimat mestilah digerakkan sepenuhnya untuk membawa mesej dakwah ke dalam masyarakat Islam secara berkesan untuk menjelaskan kekeliruan yang cuba ditimbulkan. Semua jentera penting parti ini mesti digerakkan bagi membentuk masyarakat Islam yang berilmu dan memahami agama mereka dengan lebih baik menurut sumbernya yang sahih.
18. Semua Dewan-Dewan dalam organisasi PAS adalah sama penting dan saling lengkap melengkapi antara satu sama lain dalam menggerakkan usaha dakwah – tarbiyah dan siyasah ke dalam masyarakat kita. Oleh yang demikian, semua Dewan ini mestilah digerakkan aktivitinya dengan mewujudkan budaya kerja inter-Dewan, supaya objektif yang ingin dicapai akan lebih mendalam kesannya.
19. Usaha berterusan oleh Dewan-Dewan ini perlu digembeling dengan lebih hebat lagi, sebagai usaha untuk merakyatkan perjuangan dan melaksanakan program-program berkebajikan PAS, menyantuni masyarakat dan seterusnya membangunkan mereka agar menjadi rakyat yang bukan sahaja murni aqidahnya, tetapi turut memahami isu-isu sosio ekonomi dan politik yang ada disekeliling mereka. Pimpinan juga perlulah menyediakan diri dengan dinamika topik besar seperti isu perlembagaan, pentadbiran kerajaan, hak asasi manusia, sistem kewangan, alam sekitar, isu kewanitaan dan kekeluargaan, di mana semuanya memerlukan kita mempunyai keupayaan baru untuk mengupas dengan lebih terperinci.
20. Untuk masyarakat bukan Islam pula, semua jentera parti mestilah mendekati dan memberikan penjelasan supaya rakan-rakan kita itu memahami mesej yang kita bawa, dan dalam masa yang sama kita juga memahami keperluan rakan-rakan kita. Untuk itu, Dewan Himpunan Penyokong PAS adalah jambatan penting menghubungkan peranan kita dalam masyarakat majmuk.
21. Rakyat pula wajar diberikan ruang seluas-luasnya untuk mendalami ilmu, serta mewujudkan suasana kehidupan beragama dalam kehidupan mereka. Janganlah kerajaan UMNO-BN yang ada ini menjadi seperti kerajaan Firaun yang membodohkan rakyat mereka dengan umpan kebendaan, sebagaimana yang dinyatakan oleh Allah SWT dalam al-Quran :
Maka Fir'aun mempengaruhi kaumnya sehingga menjadi bodoh, lalu mereka patuh kepadanya. Kerana sesungguhnya mereka adalah kaum yang fasik. [az-Zukhuf : 54]
PENDEMOKRASIAN
22. Walaupun berdepan dengan cabaran getir dalam mengharungi pentas demokrasi yang dipesongkan daripada dasar dan konsepnya yang sebenar, PAS tetap memilih pendekatan demokrasi dalam ruang siyasah yang ada. Kita percaya bahawa demokrasi yang adil secara menyeluruh, adalah mampu untuk menyelelesaikan masalah dalaman umat Islam yang jahil agamanya, serta tidak sabar dalam menyampaikan risalah dakwah. Sebarang kecacatan yang berlaku terhadap sistem demokrasi, adalah akibat dari pencabulan dan campurtangan pihak yang menggunakan demokrasi untuk mengekalkan kuasa politik dan ekonomi mereka.
23. Dalam masa yang sama, memperjuangkan demokrasi ini bukan bermakna PAS akan luntur cita-cita Islamnya. Bahkan PAS akan terus bertegas mempertahankan Islam sebagai agama persekutuan mengikut tafsirannya yang sebenar, dan perkara-perkara yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dari digugat oleh mana-mana pihak.Di peringkat antarabangsa pula, menerusi sesi pendengaran Proses Semakan Berkala Sejagat Majlis Hak Asasi Manusia anjuran Bangsa-Bangsa Bersatu, PAS menyeru kepada pihak kerajaan supaya tidak menandatangani sebarang persetujuan yang bercanggah dengan Islam. Kerajaan juga mestilah menolak mana-mana cadangan yang bertentangan dengan status quoundang-undang persekutuan mengenai kedudukan agama Islam dalam negara dan sebarang usaha untuk membawa rakyat dalam negara kita ini untuk mengamalkan gaya hidup bebas songsang yang terbabas dari tabii kehidupan penciptaan manusia.
24. Kita juga secara konsisten memperjuangkan demokrasi yang lebih telus dan adil, kerana demokrasi tempang yang ada di negara kita ini adalah senjata kepada UMNO-BN untuk mengekalkan kuasa mereka. Lihatlah sahaja bagaimana Kerajaan Persekutuan pimpinan UMNO-BN telah menghukum rakyat Kelantan sebagai contohnya, apabila menafikan pilihan suara hati rakyat Kelantan selama 23
9 tahun dengan memilih kita sebagai kerajaan yang memerintah di Kelantan. Rakyat Kelantan dinafikan hak royalti petroleum, setelah merompak hak rakyat Terengganu dengan usul dalam Perhimpunan Agung UMNO. Kerajaan Persekutuan juga mewujudkan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) sebagai satu tindakan menubuhkan kerajaan lain dalam sebuah kerajaan yang sah, di mana ini telah mencabuli hak rakyat memilih dan konsep Federalisme dalam Perlembagaan.
25. PAS akan terus merangka strateginya yang khusus dalam membawa kefahaman pendidikan demokrasi kepada rakyat di seluruh negara, terutamanya yang masih merasa takut untuk menyatakan yang benar dengan menggunakan kertas undi. Ini adalah untuk melahirkan rakyat yang mempunyai jiwa merdeka, dan berani untuk menjadi hakim yang adil dalam memilih kerajaan yang akan menjalankan amanah kepimpinan negara dalam pilihan raya akan datang.
MENANGANI PSIKOLOGI POLITIK PENGUNDI TERAS
26. Salah satu aspek terpenting yang perlu semua kepimpinan PAS fahami ialah, perlunya kita berusaha dengan lebih gigih untuk memadamkan mitos dongeng di kalangan segelintir orang Melayu di luar bandar bahawa hanya UMNO-BN sahaja yang boleh memerintah negara kita ini. Tidak kita nafikan, bahawa sikap kebergantungan kepada parti pemerintah, pegangan agama yang rapuh, tahap pendidikan dan ekonomi yang lemah, maklumat yang tidak sampai – semuanya memerlukan satu kerangka strategi yang khusus dari PAS.
27. Dalam masa yang sama juga, kita mestilah lebih memahami psikologi politik atau psiko-politik orang – orang Melayu di luar bandar dan pengundi atas pagar dalam memahamkan mesej kita. Dengan memahami psiko-politik pengundi Melayu ini, maka tindakan dan gerakerja yang lebih tepat akan dapat dirangka dan dilaksanakan ke arah menarik mereka sebagai pengundi PAS bahkan sehingga mereka bersedia menjadi ahli PAS.
28. Antara psiko-politik pengundi Melayu ialah kegagalan untuk membezakan antara parti pemerintah dan sebuah kerajaan. Akibatnya, ada yang beranggapan bahawa UMNO ialah Kerajaan dan Kerajaan ialah UMNO. Pemahaman sebegini dalam kotak fikiran mereka telah membuahkan mentaliti : (1) bahawa jika ubah parti pemerintah bererti meruntuhkan keseluruhan kerajaan, seterusnya menimbulkan
10 ketakutan terutamanya kepada pegawai kerajaan dan keluarga mereka; (2) bahawa harta dan jentera kerajaan adalah harta dan jentera UMNO, menyebabkan mereka tidak menganggap salah perbuatan pimpinan UMNO menggunakan sumber kewangan kerajaan dalam merasuah pengundi secara terang terangan. Apa yang lebih parah ialah, ada juga yang beranggapan bahawa menentang UMNO-BNadalah satu kesalahan penderhakaan kepada kerajaan, seterusnya menghasilkan psikologi perasaan bersalah jika mengundi bukan parti kerajaan.
29. Dalam kita mendepani isu ini, maka kita perlu merancang secara komprehensif dan tepat bagi membentuk tindakan dan gerakerja yang sesuai secara sistematik dalam mengubah psiko-politik orang Melayu. Walaupun sesetengah psiko-politik tersebut melibatkan budaya Melayu sendiri dan memakan masa, sesetengah yang lain pula boleh diubah dengan cepat jika disertai dengan hujah-hujah yang kukuh. Sebagai contoh, mentaliti yang tidak membezakan antara Parti Pemerintah dan Kerajaan mungkin akan dapat ditangani dengan mengambil langkah-langkah mudah seperti (1) memastikan agar ke semua aktiviti penerangan PAS agar mengubah dari frasa “Menukar Kerajaan” kepada “Menukar Parti Pemerintah”; (2) memberikan kefahaman berterusan bahawa parti pemerintah seperti UMNO boleh ditukar, manakala kerajaan boleh sentiasa kekal dan ditambah baik; (3) menumbangkan parti pemerintah UMNO bukanlah bermakna menumbangkan kerajaan kerana yang nak ditukar ialah parti pemerintah bukannya kerajaan Malaysia; dan sebagainya. MEMPERKUKUHKAN PENDIDIKAN SEBAGAI HAK ASASI RAKYAT
30. Kita sama-sama menyedari dan insaf, bahawa pendidikan adalah hak asasi setiap orang untuk membina potensi keilmuan dan jati diri sehingga mampu menjadi khalifah Allah SWT di muka bumi dan menguruskannya dengan fitrah semula jadinya. Ibnu Khaldun menyebutkan bahawa pendidikan adalah sebagai suatu proses persiapan seseorang dari segi manusiawi mengikut ajaran Islam, bagi menyuburkan potensi iman, membentuk akhlak yang tidak boleh dipisahkan daripada perkembangan ilmu, menyediakan seseorang dari segi kemasyarakatan, persediaan untuk pekerjaan, membentuk pemikiran dan juga menyesuaikan diri.
31. Sebagai sebuah negara merdeka lebih daripada setengah abad, umat Islam masih menunggu sistem pendidikan negara yang menjamin masa depan
11 generasi akan datang. Ini adalah kerana apa yang ada di bawah dasar pendidikan Kerajaan UMNO-BN adalah hanya menyediakan manusia yang hanya mengenal kemajuan kebendaan tetapi miskin jiwa dan hati budinya. Ini dapat dilihat dari :- Dasar pendidikan yang tidak meyakinkan, dan tidak konsisten dalam pembinaan jati diri Tidak melaksanakan dasar Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan Tidak prihatin kepada tradisi pendidikan Islam melalui sekolah agama rakyat (SAR) yang selama ini menjadi tulang belakang kepada pendidikan yang menyampaikan ilmu kepada masyarakat Krisis pendidikan berlaku berpanjangan di mana akhlak pelajar semakin rendah dan kesalahan juvana semakin berleluasa Pendemokrasian pendidikan yang bersifat materialistik
32. Sehubungan dengan itu, maka PAS menuntut supaya : Kerajaan Malaysia mestilah memperakui hak asasi umat Islam dalam pendidikan dengan menerima sistem pendidikan Islam sebagai salah satu sistem pendidikan arus perdana dalam negara, sekaligus membantu Sekolah Agama Rakyat (SAR). Hak asasi manusia bagisemua rakyat pelbagai kaum dalam negara hendaklah dijamin, di mana hak mana-mana kaum untuk mendalami bahasa ibunda mereka mestilah diperkukuhkan supaya wujudnya ruang terbuka bagi menambah kemahiran berbahasa dalam negara kita ini. PAStidak mahu dasar pembangunan pendidikan yang dilakukan terpisah daripada tradisi budaya bangsa kerana matlamat pendidikan adalah untuk kebaikan manusia melalui sifat ihsan mereka di samping menolak sifat melakukan kerosakan.
33. Marilah kita menghayati firman Allah SWT dalam al-Quran supaya jangan melahirkan Qarun yang dibinasakan bersama harta kekayaannya yang melimpah ruah:
"Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah Engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah); dan janganlah Engkau melakukan kerosakan di muka bumi; Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan ". [al-Qashah :77]
34. Untuk memperkukuhkan komitmen PAS dalam agenda pendidikan ini, maka institusi-institusi pendidikan PAS daripada peringkat PASTI, sekolah rendah, sekolah menengah dan pengajian tinggi bahkan pusat-pusat kemahiran vokasional dan teknikal hendaklah didokong oleh ahli-ahli PAS. Pembangunan pendidikan hendaklah digarap secara lebih serius bagi mencapai matlamat memberikan pendidikan yang bermutu kepada semua ahli-ahli PAS dan anggota masyarakat. Dalam masa yang sama, usaha PAS untuk membantu pembangunan sekolah-sekolah agama rakyat melalui Majlis Kebajikan Dan Pembangunan Pendidikan (MAKPEN) hendaklah disokong sepenuhnya.
35. Dalam masa yang sama juga, kita mendapati bahawa Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) pula tidak memperlihatkan usaha kerajaan secara bersungguh-sungguh bagi menyelesaikan isu pendidikan secara umum dan khususnya pendidikan Islam di negara ini. Urusan pendidikan yang begitu penting nilai akal budinya ini diserahkan kepada konsultan luar negara dengan kos RM20 juta, memberikan gambaran bahawa kerajaan pimpinan UMNO-BN tidak yakin dengan anak nusa dan bangsa yang ada dalam negara sendiri, tanpa peduli bahawa pendidikan hendaklah mengikut acuan setempat yang berbeza di antara satu sama lain. Menggunakan makhluk asing untuk mengatur pendidikan kita adalah menempah kegagalan lagi, di mana anak-anak kita hanya sekadar menjadi bahan ujian mereka sahaja.
13
36. Landskap pendidikan tinggi juga perlu mengalami perubahan struktur yang ketara.Untuk menangani dan bertindak secara berkesan kepada perubahan persekitaran, institusi pengajian tinggi wajar diberikan lebih autonomi dalam berbagai sudut tertentu, dengan tujuan khusus untuk meningkat kesarjanaan tulen dan bukannya pengampu politik yang berselindung di sebalik jubah akademiknya.
37. Autonomi ini perlu seimbang dengan tanggungjawab sosial melahirkan manusia berilmu dalam masyarakat, dengan rangka kerja kebertanggungjawaban yang jelas dan jaminan bahawa dana awam digunakan dengan bijak dan betul untuk mencapai cita-cita dan matlamat negara. Oleh yang demikian, satu sistem kawalan kewangan yang pruden diperlukan untuk memantau dan mengawal perbelanjaan dalam autonomi institusi pengajian tinggi.
Hadirin dan hadirat sekelian, EKONOMI DAN URUS TADBIR KERAJAAN
38. Umum mengetahui bahawa pengurusan hasil negara dan dananya dalam negara yang dilimpahi sumber asli yang banyak ini memerlukan dasar fiskal yang pruden, dan pentadbir yang beramanah. Kerajaan pula menerusi agensi kewangan berpusat perlu bertanggungjawab menentukan pasaran kewangan yang adil dan lestari yang akan membudayakan akauntabiliti, kebertanggungjawaban, etika dan ketelusan, yang mana sistem kewangan akan menjana ekonomi melalui aktiviti pelaburan dan mewujudkan peluang peluang pekerjaan.
39. Semua itu boleh dicapai oleh kerangka kewangan yang adil dan lestari. Namun syarat utama yang perlu dipenuhi ke arah itu adalah semua pihak berkepentingan, iaitu pemimpin, pembuat dasar, pelaksana, dan rakyat perlu memastikan bahawa sistem kewangan yang ada mampu bekerja untuk kepentingan seluruh masyarakat dan ekosistem, bukan hanya kepada segelintir elit yang bernaung di bawah payung UMNO-putra. Mereka ternyata tidak mengambil petunjuk tasawwur daripada firman Allah :
”Supaya harta itu tidak hanya beredar di antara orang-orang kaya dari kalangan kamu, dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w) kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarang Nya kamu melakukannya maka patuhilah larangan Nya. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksaNya (bagi orang-orang yang melanggar perintah Nya)”
40.Akibat dari kecurangan terhadap ekonomi inilah yang kita lihat saban tahun berulang ganti masalahnya. Lihat sahaja Laporan Ketua Audit Negara 2013yangsekali lagi menyerlahkankelemahan serius pengurusan kerajaan BN.
41. Penyelewengan, ketirisan dan pembaziran tetap berlaku setiap tahun. PASberpandangan bahawa perkara sebegini berlaku kerana wujudnya tangan-tangan ghaib yang lebih tinggi dan lebih berkuasa, yang bertindak mengatur segala operasi perolehan dan pengurusan kerajaan, lantas membenarkan penyelewangan dan pembaziran berterusan berlaku dengan terang dan nyata.
42. Lihat sahaja lah juga penurunan penarafan Malaysia sebagai A minus (A -) itu dari ‘Stabil’ pada bulan Julai kepada ‘Negatif ‘ oleh ‘Fitch Rating’ iaitu sebuah Badan Penarafan Antarabangsa di Hong Kong. Implikasi penurunan ‘penarafan’ akan menekan kos pinjaman seperti bon dan hilang tarikan negara sebagai destinasi pelaburan.
43. Penyakit ini adalah secara khususnya berpunca dari tadbir-urus kewangan negara yang tidak pruden atau bijak. Kerajaan BN khasnya di bawah pentadbiran sekarang mesti bertanggungjawab.Dalam masa yang sama, pembentangan Bajet 2014 yang baru sahaja berlalu terus menerus menunjukkan bahawa tiadanya tindakan menyeluruh dalam membaiki ‘kedudukan fiskal-kewangan’ negara yang semakin kritikal.
44. Maka seterusnya kita ingin bertanya. Adakah sepatutnya rakyat di paksa untuk menanggung lebih beban sedangkan pada masa yang sama kerajaan terus mengamalkan penyelewengan dan pembaziran? Mana perginya “fiqh aulawiyyat” ?
15 Mengapa rakyat yang perlu menanggung beban sedangkan kerajaan langsung tidak sensitif. Malah dalam ruang lingkup yang lebih besar, lebih banyak faedah yang boleh direalisasikan oleh kerajaan dan rakyat sekiranya kerajaan bersungguh membasmi penyelewengan dan rasuah. Ini kerana mengikut perangkaan Bank Dunia, rasuah dan penyelewengan boleh menjejaskan 30% daripada KDNK sesebuah negara. Jesteru, inilah yang sepatutnya menjadi keutamaan kerajaan dan bukannya menekan rakyat terlebih dahulu. Janganlah menggunakan istilah GST (sebagai bahasa yang tidak difahami oleh rakyat) dengan berselindung dibawah takrif keadilan yang sarat dengan kezaliman.
45. Dalam masa yang sama, kita juga dikejutkan dengan perundingan satu kerjasama perdagangan, yang dikenalli sebagai Trans-Pacific Partnership Agreement (TPPA) atau Perjanjian Perkongsian Negara-Negara Rentas Pasifik didakwa sebagai perjanjian perdagangan bebas pelbagai hala yang dianggotai oleh 12 negara rantau Lautan Pasifik, dan dianggotai seramai 600 wakil dari syarikat korporat bersama-sama dengan wakil kerajaan Amerika Syarikat.
46. Dominasi perundingan oleh mereka menyebabkan kita yakin bahawa ianya adalah satu usaha tersembunyi Amerika untuk mengangkat agenda dan melindungi kepentingan korporat negara itu dalam matlamat untuk terus mengekalkan kuasa monopoli ke atas perdagangan dunia dan mengkesampingkan kepentingan rakyat negara-negara Rentas Lautan Pasifik yang lain. Wujud tanda-tanda bahawa wakil Amerika Syarikat mengenakan tekanan ke atas negara peserta yang lain khasnya yang kecil dan lemah, supaya menyokong agenda Amerika yang tidak berubah meneruskan konsep liberal kapitalisma yang bersifat global.
47. Berasaskan kepada realiti ini, PAS melihat bahawa jika sekiranya kerajaan Malaysia menandatangani perjanjian TPPA ini, maka ianya bakal mengundang mudharat yang jauh lebih besar daripada manfaat kepada rakyat negara ini.
48. TPPA mengkhianati niat tulen negara-negara yang memeterai perjanjian dan rakyat masing-masing untuk meneruskan perdagangan antarabangsa yang adil berpandukan kepada prinsip “persaingan di atas padang yang sama rata dansaksama” dan kerjasama ekonomi yang bermanafaat ke arah pertumbuhan
16 ekonomi yang kukuh dan stabil dan menjana kesejahteraan serta kemakmuran bersama.
49. Oleh yang demikian, PAS menyeru rakyat Malaysia supaya menentang TPPA yang dirundingkan secara rahsia itu. Adalah tidak wajar sama sekali untuk menyokong sebuah perjanjian yang akan memberi mudharat dan impak besar kepada ekonomi negara dan kesejahteraan masa depan rakyat yang isi kandungan perbincangan perjanjiannya disembunyikan daripada pengetahuan rakyat. PAS mengajak rakyat Malaysia supaya jangan membiarkan kerajaan menggadaikan generasi anak-cucu dan kedaulatan negara kepada kuasa imperialis bentuk baru yang mahu terus menjajah negara-negara lain. Sepatutnya kita berjuang di peringkat antarabangsa kepada hubungan perdagangan yang adil terhadap semua pihak.
50.Sebagaimana yang kita jangkakan, pembentangan Bajet 2014 lalu telah memperkenalkan GST atau “Good Services Tax”bagi menggantikan “Sales ServicesTax”. Kita berpendirian bahawa ianya diperkenalkan sebagai satu sistem cukai yang salah. Ianya diperkenalkan tanpa mengambil kira pendapatan rakyat yang wajib disaksamakan dengan perkembangan inflasiyang lemah yang dikawal oleh kerajaan BN, menjadikannya satusistem percukaian yang tidak adil.Pada hari ini hanya 15% dari 13 juta warga kerja dalam pasaran kerja yang membayar cukai pendapatan yakni yang melebihi gaji RM2500 sebulan.Hakikatnya ialah,warga kerja di negara ini telah mengalami pelbagai tekanan kewangansejak beberapa dekad lamanyaseperti yang didedahkan oleh Bank Dunia, menyebabkan warga kerja ini menghadapi “hutang peribadi” yang tinggi.
51. Inilah yang ingin kita perkenalkan bahawa Islam mempunyai sistem percukaiannya yang tersendiri berbanding dengan sistem cukai moden. Sistem percukaian moden boleh dikenakan oleh kerajaan ke atas rakyat tanpa mengira samada cukai tersebut dikenakan ke atas barangan keperluan atau transaksi rakyat. Cukai dari segi Islam hanya dikenakan ke atas sesuatu yang mendatangkan keuntungan, pulangan dan kemasukan rakyat, bukan atas keperluan dan transaksi mereka.
17
52. Sistem cukai Islam yang menjadi instrumen kepada sistem ekonomi negara Islam, adalah untuk memastikan kuasa beli rakyat stabil dan kukuh. Justeru itu, bukan isu baik atau buruk GST yang dikenakan oleh kerajaan, tetapi dari perspektif manakah kita melihat dan menilainya. Mengenakan GST sememangnya baik bagi pandangan ekonomi moden konvensional yang melihat sebelah mata dan yang satu lagi buta,yang hanya memfokuskan kepada pengukuhan ‘top fund’ negara sekalipun terpaksa memberikan kesan yang buruk kepada pendapatan dan simpanan rakyat, seterusnya menjadikan ‘disposable income’ (pendapatan boleh guna) mereka semakin mengecil dan kuasa beli mereka semakin lemah.
53. Oleh itu, PAS konsisten untuk menentang perlaksanaan GST kerana ianya boleh melemahkan masa depan ekonomi negara melalui cukai yang memberikan kesan kelemahan kuasa beli rakyat di samping ianya sekadar menjadi ubat penahan sakit kepada kerajaan dengan menjadikan rakyat sebagai ramuannya,sedangkan ketirisan dan penyalahgunaan dana negara masih berleluasa.
PENGURUSAN MAKLUMAT ZAMAN LANGIT TERBUKA
54. Teknologi maklumat terkini adalah senjata canggih yang boleh digunakan untuk kebaikan dan kejahatan. Ianya adalah sedikit ilmu rahmat Allah kepada hambaNya yang mestilah digunakan dengan benar dan telus. Bagi PAS sewajarnya ICT dan media baru dijadikan wadah untuk merapatkan lagi hubungan interaksi sesama ahli dan pengundi serta mendekatkan masyarakat bukan Islam dengan Islam itu sendiri. Untuk itu, peranan ICT menjadi semakin penting dan perlu diperkukuhkan dalam organisasi parti bagi mengambil faedah daripada ledakan ‘media baru’ ini untuk dimanfaatkan sepenuhnya bagi tujuan kempen politik dan dakwah melalui laman sesawang, blog, youtube,Facebook,Twitter, web tvPAS dan radio internet Hijau.fm, selain dari ceramah dan bahan-bahan media cetak untuk mendekatkan diri pada masyarakat dan pengundi.
55. Seperti yang ditegaskan dalam muktamar lebih kurang enam bulan sebelum PRU ke-13 dulu, media parti seperti Harakah dan Harakahdaily mestilah berusaha membentuk fikrah dan menyampaikan maklumat berdasarkan acuan parti yang telah distrategikan bagi disampaikannya kepada rakyat yang menjadi
18 pengundi senyap dalam pilihan raya, sesuai dengan psiko-politik yang sayajelaskan sebentar tadi.
56. Dalam pilihanraya umum ke-13 yang lepas, kawasan-kawasan bandar dan pinggir bandar di mana mempunyai capaian internet yang baik telah memihak kepada PAS dan Pakatan Rakyat. Cuma yang masih menjadi masalah kepada kita adalah kawasan-kawasan di luar bandar di mana capaian internetnya rendah atau tidak ada, di mana sindrom kebergantungan kepada maklumat yang disuapkan oleh pihak kerajaan UMNO-BN telah menyebabkan mereka gagal memahami persoalan yang kita bangkitkan.
57. Kefahaman ahli jamaah dalam menilai gelombang ledakan maklumat dari ICT ini juga mestilah diberi perhatian yang serius. Maklumat yang tidak dinilai, tidak diselidiki, yang bertebaran merata-rata tempat itu juga mampu untuk merenggangkan saf ahli yang sepatutnya berada dalam keadaan tersusun. Semua pihak dalam jamaah mestilah berdisiplin tinggi dan berakhlak dalam mengolah gelombang ledakan maklumat ini supaya tidak bertembung sesama sendiri yang akan merugikan jamaah itu sendiri.
PERANAN ANTARABANGSA Hadirin-hadirat sekalian,
58.Dunia umat Islam kini sedang berhadapan dengan pelbagai ujian dan cabaran. Di mata dunia antarabangsa, maruah serta nyawa umat Islam bagaikan tidak mempunyai apa-apa harga dan nilai. Lihat sahajalah apa yang terus berlaku di bumi Syria, Mesir, Myanmar, Kashmir, Afghanistan, Bangladesh dan Palestin;seolah-olah harga nyawa umat Islam lebih murah dari haiwan yang hina.
59.PAS amat tersentuh dengan apa yang berlaku di bumi Syria dan Mesir.Pertumpahan berdarah yang sedang berlaku di Syria mesti dihentikan segera. Konflik kemanusiaan yang amat meruncing ini berlaku berikutan kebangkitan rakyat Syria untuk menumbangkan rejim zalim Bashar al-Assad. Apa yang kita sedang lihat adalah amat trajis dan memilukan. Kini lebih 100,000 orang
19 rakyat Syria yang kebanyakannya rakyat awam yang terbunuh dan lebih dari 3 juta rakyatnya terpaksa menjadi pelarian di negara-negara jiran.
60.PAS berpendapat bahawa pertumpahan berdarah ini mesti dihentikan dengan segera manakala sebarang usaha campur tangan asing mestilah dihalangdalam menyelesaikan konflik ini.Biarlah rakyat Syria sendiri yang menentukan masa depan negara mereka sendiri.Apa yangpastiialah rejim Bashar al-Assad mesti diturunkan segera, dan kekejaman yang berlaku disiasat oleh Tribunal Bebas Antarabangsa.
61.Peristiwa rampasan kuasa tentera serta pembunuhan beramai-ramai umat Islam diDataran Raba’ah Adawiah, Mesir juga amat menyentuh hati-hati kita. Kekejaman rejim tentera pimpinan General Abdul Fatah as-Sisi seolah-olah dibiarkan sahaja oleh masyarakat dunia kononnya untuk menghapuskan kumpulan ‘terroris’ ataupun ‘pengganas Islam’; walaupun yang di bunuh adalah terdiri dari kanak-kanak, ibu-ibu dan orang awam yang tidak berdosa.
62.Kemenangan Ikhwan Muslimin serta perlantikan Dr Mohamed Morsi sebagai Presiden pertama Mesir yang dipilih melalui pilihanraya yang adil juga amat menggerunkan Amerika Syarikat serta sekutu mereka di Timur Tengah. Inilah jelasnyasikapberat sebelahAmerika Syarikatdan sekutunya, dengan menutup mata terhadap kekejaman rejim as-Sisi yangmelakukan pencabulan demokrasi dan hak asasi.
63.Persoalannya, apakah definasi serta kayu-ukur yang digunakan oleh Amerika Syarikat dan sekutu rapatnya bagi melaksanakan keadilanantarabangsaini, terutamanya terhadap negara-negara umat Islam seperti Mesir? Jawapannya:faktor terpenting bagi mereka terus menguasai negara –negara umat Islam adalah dengan memastikan “kepentinganstrategik Amerikabagi melindungi sumber tenaga dan keselamatan negara haram Zionis Israel”.Pemerintah yang ‘adil’ seperti rejimtentera as-Sisi sekarang adalah pemerintah yang tunduk kepada arahan Amerika Syarikat dan negara haram Zionis Israel, manakalakerajaan
20 yang‘demokratik’menurut tafsiran Amerika Syarikatadalahnegara yang tidak menggugat keselamatan negara haram Israel,serta mempunyai polisi minyak yang akan memastikankepentingan hegemoni Amerika Syarikat di negara-negara umat Islam.
64.Namun saya amat yakin bahawa “kuasa rakyatdan kebenaran”akan terus bangkit dan tidak akan dapat disekat lagi walaupun dengan segala kepakaran dan persenjataan yang dibekalkan oleh Amerika Syarikat serta sekutunya. Walaupun Morsi telah berjaya digulingkan, rakyat Mesir akan terus bangkit dan menyemarakkan tuntutan ‘hak serta kebebasan mereka’. Bagi saya, apa yang sedang berlaku di Mesirlambat laun akan tetap merubah pola politik dunia Islam dan antarabangsa.Hadirin-hadirat sekalian,
65.PAS juga amat prihatin terhadap nasib umat Islam dirantau ini iaitu di Bangladesh dan Myanmar. Umat Islam di kedua-dua negara yang bergolak ini terus dibebani dengan konflik yang tidak nampak jalan penyelesaiannya.
66.Di Bangladesh, pertumpahan berdarah masih berterusan sehingga sekarang. Ramai kalangan pimpinan tertinggi Jama’at Islami Bangladesh termasuk Amir Jama’at sendiri telah diseret ke Tribunal Mahkamah Tentera dengan tuduhan ‘pengkhianat negera’ dan telah dijatuhkan dengan hukuman gantung dan penjara seumur hidup.
67.Begitu juga di Myanmar, di mana penduduk minoriti Rohingya telah di halau dari bumi mereka sendiri dengan berlakunya pembantaian umat Islam dengan membakar perkampungan mereka, sekolah-sekolah serta masjid-masjid yang mengakibatkan beribu-ribu umat Islam Rohingya kini menjadi pelarian.68.PAS ingin membuat seruan terbuka kepada kedua-dua negara jiran kita agar kekejaman ini di hentikan segera. Tiada penyelesaian kecuali kembali ke meja rundingan dan mencari jalan damai. Saya ingin menegaskan bahawa PASsentiasa mencari jalan bagi membantu saudara-saudara kita di kedua-dua negara berkonflik ini.
69.Perkembangan terkini di bumi Gaza terutamanyaselepas rampasan kuasa tentera berlaku di Mesir juga amat menyedihkan kita. Pintu sempadan di Rafah kini di kawal ketat dan rejim Zionis Israel berterusan mengepung bumi yang berkependudukan sejumlah 1.6 juta orang itu tanpa sebarang perikemanusiaanseperti mengurung rakyat Gaza dalam satu penjara besar. Rejim Zionis terus bertindak memutuskan bekalan elektrikdan air serta menyekat bantuan makanan dan perubatan dari sampai kepada penduduk yang tidak berdosa.
70.Apa yang lebih menyedihkan lagi adalah sebahagian besar dari pemimpin dunia Islam masih di kongkong dengan tekanan hegemoni Zionis di negara umat Islam sendiri. Tambahan pula boleh dikatakan semua badan-badan antarabangsa seperti Kesatuan Eropah (EU), Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), termasuklahPertubuhan Sidang Negara-Negara Islam (OIC) kesemuanya membisu seribu bahasa terhadap jenayah yang dilakukan oleh tentera Zionis ini.
71.Sekali lagi saya ingin tegaskan bahawa bagi PAS, isu Palestin serta pembebasan Masjid Al-Aqsa kekal menjadi agenda terpenting di peringkat antarabangsa.
Hadirin dan hadirat sekalian, SEPULUH ARAHAN 1. Semua pihak dalam Dewan, Lajnah, Badan Perhubungan PAS Negeri dan Wilayah serta Kawasan mestilah mempunyai kefahaman yang jelas terhadap tema ”RAHMAT UNTUK SEMUA”, dan seterusnya bertindak merangka perancangan dan strategi pelaksanaan agar intipati ini dapat berada dalam masyarakat dan difahami bahawa dasar Islam ini dibawa oleh PAS. Jadikanlah tema ini sebagai sesuatu yang benar bernafas, bukan sekadar slogan kosong yang sedap didengar sebagai halwa telinga untuk Muktamar semata-mata.
22 2. Badan Perhubungan PAS Negeri-Negeri dan Wilayah Persekutuan juga perlu lebih dinamik dalam gerakerja tersusun yang mempunyai sasaran bulanan dan tahunan, menambahkan ahli yang berkualiti, mendekati medan baharu dalam masyarakat, dan mempunyai sekurang-kurangnya 50% program di kalangan ahli baharu atau masyarakat awam di luar lingkungan ahli jamaah. Penentuan petunjuk prestasi perlu dibangunkan, sebagai sasaran kerja yang lebih terarah. Kukuhkan organisasi parti dengan berbagai ilmu pengurusan, kepimpinan perlu dibajai dengan tarbiyah untuk membentuk diri seterusnya mengikhlaskan niat perjuangan.Usaha yang berterusan untuk mengaktifkan ILHAM, dan modul-modul pembinaan diri ahli di berbagai peringkat mestilah diperkukuhkan dengan menjadikannya sebagai salah satu sasaran tahunan. 3. Sabah dan Sarawak adalah rakan penting dalam pembentukan Malaysia. Rakyat di sana telah bersama dalam referendum yang melahirkan negara Malaysia, maka hargailah hasil yang turut sama dibina oleh rakyat Sabah dan Sarawak ini. Maka seluruh jentera PAS di medan ini perlulah berusaha gigih untuk menyedarkan rakyat tentang hak mereka ini supaya tidak dibuli oleh UMNO-BN disetiap masa dan ketika.Badan Perhubungan PAS di Sabah dan Sarawak pula perlulah melengkap dan memperkemaskan organisasi, mempertingkatkan kerja dakwah, menghilangkan phobia masyarakat di sana terhadap PAS, dan seterusnya merakyatkan PAS supaya diterima sebagai parti yang berupaya menjadi tempat bergantung mereka. 4. Dewan Ulama pula merupakan nadi denyutan jamaah yang perlu bertindak pantas menjadi jurubicara jamaah dan menjelaskan isu di sekitaran dengan merujuk kepada panduan al-Quran dan as-Sunnah, ijma dan qiyas. Bahan-bahan penerbitan dalam pelbagai rupa dan bentuk yang bersesuai dengan masyarakat perlu lebih dinamik dan bertenaga menjelaskan pendirian jamaah khususnya menterjemahkan Islam bagi menangani masalah semasa, juga membantu kerajaan negeri melaksanakan Islam yang menjadi rahmat kepada seluruh alam. Perbincangan ilmiah dan seminar khusus dalam memahami persoalan maqasid syariah,siyasah syari’yyah,perlu dijalankan dari masa ke semasa untuk menangani ketidakfahaman dalam masyarakat kita ini dan seterusnya menyediakan penyelesaian yang sesuai untuk sepanjang zaman.5. Dewan Pemuda pula mestilah sentiasa dinamik, melengkapkan diri dengan ilmu Islam dan kefahamannya, serta bersedia menyambung legasi perjuangan kepimpinan terdahulu sehingga mampu untuk melakukan islah di dalam masyarakat Malaysia yang masih sarat dengan berbagai fikrah yang berlawanan dengan Islam. Inovasi baharu dakwah perlu diterokai. Pemuda juga perlu mendepani isu semasa nasional, tempatan dan antarabangsa; dan mampu mengenengahkan permasalahan ummah dan mencadangkan penyelesaiannya dengan menonjolkan Islam sebagai rahmat untuk sekalian alam.
Program siyasah yang bersifat inklusif perlulah diterokai untuk mendekatkan diri kepada masyarakat awam di luar sana. 6. Dewan Muslimat perlulah mendepani berbagai isu dalam bahasa yang mudah dan menyentuh hati nurani masyarakat dalam negara kita ini, bahkan menerokai isu-isu antarabangsa. Program dalaman seperti tarbiyah wajar dimantapkan lagi, sejajar dengan keperluan semasa terutamanya untuk berdepan dengan zaman penggunaan pelbagai media supaya Dewan Muslimat berperanan besar dalam masyarakat terkini yang meletakkan kaum wanita menjadi penentu kepada wajah umat dan negara. 7. Dewan Himpunan wajar untuk diperkembangkan peranan mereka dengan mempunyai modul-modul latihan khusus kepada ahlinya. Modul ini perlu dibangunkan, untuk melahirkan ahli Dewan Himpunan yang mampu bergerak dengan lebih baik lagi sebagai satu dari sayap parti yang penting, menjadi jambatan atau pintu yang menghubungkan rahmat Islam perjuangan PAS kapada kaum bukan Islam. 8. Kawasan dan Cawangan perlu mempunyai sasaran kerja yang jelas yang dan dipantau oleh pimpinan negeri. Zaman mesyuarat tanpa fail dan tidak berkala itu adalah sudah berlalu. Program dalaman seperti program tarbiyah dan latihan mestilah menjadi agenda yang penting dalam aktiviti Kawasan dan Cawangan. 9. Ahli dan kepimpinan PAS yang memikul amanah sebagai Ahli Dewan Negara, Ahli Dewan Rakyat, Ahli Dewan Undangan Negeri, Ahli Majlis dan Anggota Lembaga Pengarah, Ketua Kampung dan semua yang berkaitan perlulah melaksanakan amanah dengan sepenuhnya mengikut adab dan batas-batas akhlak, kerana peranan mereka yang telah dipilih oleh rakyat ini adalah sebagai wajah depan PAS. Prestasi mereka akan dipantau, dinilai dan akan dibantu oleh jemaah sekiranya terdapat kelemahan dalam melaksanakan tugas mereka. Semua dari kalangan mereka ini akan dijemput menyertai forum, perbincangan meja bulat, bengkel dan sesi latihan yang bersesuaian supaya lebih mahir dan dapat membantu dalam menjalankan tugas masing-masing. 10. Ahli – ahli PAS secara keseluruhannya perlulah mempunyai disiplin dan akhlak yang tinggi, merapatkan saf ahli, mempunyai hubungan dengan Allah yang kuat, berada dalam suasana sentiasa dahagakan ilmu, dan seterusnya terlibat dalam aktiviti majlis ilmu, usrah, tamrin, muqayyam dan sebagainya dengan pelbagai pendekatan yang sesuai dengan waqi’ dan keupayaan masing-masing.
PENUTUP
72. Akhirnya, marilah sama-sama kita perteguhkan jamaah, perkukuhkan saf perjuangan, murnikan fikrah, dan mantapkan keyakinan kita kepada janji Allah S.W.T. kepada sesiapa yang berjuang di jalan Nya, yang berbeza dengan yang tidak berjuang, sebagaimana yang dinyatakan dalam firman Allah SWT :“Tidaklah sama antara mukmin yang duduk (yang tidak turut berjuang) yang tidak mempunyai uzur dengan orang-orang yang berjihad di jalan Allah dengan harta mereka dan jiwanya. Allah melebihkan orang-orang yang berjihad dengan harta dan jiwanya atas orang-orang yang duduk satu derajat. Kepada masing-masing mereka Allah menjanjikan pahala yang baik (surga) dan Allah melebihkan orang-orang yang berjihad atas orang yang duduk dengan pahala yang besar”.
73. Bagi pihak seluruh kepimpinan PAS, saya ingin menyampaikan ucapan terimakasih di atas khidmat seluruh Ahli Jawatankuasa PAS Pusat dan kepimpinan Badan Perhubungan PASNegeri dan Wilayah, Lajnah-lajnah di seluruh peringkat yang menjalankan amanah sepanjang sesi 2011 – 2013 ini. Kami memohon maaf kepada seluruh ahli PAS di atas segala kelemahan dan kekurangan kami dalam menjalankan tugas, moga-moga usaha kecil kami ini mendapat ganjaran pahala dan rahmat Allah SWT serta keampunanNya jua.
74. Akhirnya, saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan penghargaan terimakasih yang tidak terhingga kepada Pengerusi, Pengarah dan Jawatankuasa Panitia Muktamar, Badan Perhubungan Selangor dan Wilayah Persekutuan,Petugas-petugas, Anggota Jabatan Amal dan semua pihak yang menjayakan Muktamar ke 59 ini. Mudah-mudahan segala amal ini mendapat ganjaran pahala di sisi Allah s.w.t.
75. Saya RASMIKAN Muktamar PAS kali ke 59 ini dengan menyebut sabda Rasulullah S.A.W. : للها ةكرب ىلع اوريس. نيملاعل ا بر للهدمحلا نأ اناوعد رخآو. ربكأ للها , ربكأ للها , ربكأ للها , دمحلا للهو.
Presiden Pas Tuan Guru Hj Hadi Abdul Awang
Stadium Malawati , Shah Alam 22 Nov 2013
Melalui email tak sempat nak edit
Jumaat, 22 November 2013
Khamis, 21 November 2013
Ucapan Perasmian Dewan Muslimat "Mendepani Perubahan Negara"-Husam Musa
Melalui email tak dan nak edit
Ucapan Perasmian di Muktamar Tahunan Dewan Muslimat Pas Pusat kali ke 53
" MENDEPANI PERUBAHAN NEGARA"
أُوْلِي غَيْرُ الْمُؤْمِنِينَ مِنَ الْقَاعِدُونَ يَسْتَوِي لاَّ
بِأَمْوَالِهِمْ للهِّ سَبِيلِ فِي وَالْمُجَاهِدُونَ الضَّرَرِ
بِأَمْوَالِهِمْ الْمُجَاهِدِينَ للهُّ فَضَّلَ وَأَنفُسِهِمْ
للهُّ وَعَدَ وَكُلاًّ دَرَجَةً الْقَاعِدِينَ عَلَى وَأَنفُسِهِمْ
الْقَاعِدِينَ عَلَى الْمُجَاهِدِينَ للهُّ وَفَضَّلَ الْحُسْنَى
4:95 ) عَظِيمًا أَجْرًا )
4:95 Tidaklah sama antara mukmin yang
duduk (yang tidak turut berperang) yang
tidak mempunyai uzur dengan orang-orang
yang berjihad di jalan Allah dengan harta
mereka dan jiwanya. Allah melebihkan
orang-orang yang berjihad dengan harta dan
jiwanya atas orang-orang yang duduk satu
derajat. Kepada masing-masing mereka Allah
menjanjikan pahala yang baik (surga) dan
Allah melebihkan orang-orang yang berjihad
atas orang yang duduk dengan pahala yang
besar,
Pertama, ucapan syukur yang indah, harum
semerbak, sebanyak-banyaknya, kepada Maha Esa
lagi Maha Berkuasa. Kesyukuran yang berkekalan
bersama KekalNya Maha Kekal, pujian yang
berpanjangan bersama Maha Berpanjangan tanpa
penghujung, pujian sebanyak kerlipan mata dan
gerakan nafas yang bernafas, sehingga mencapai
RedhaNya.
Kedua, saya ucapkan ucapan terima kasih, atas
penghargaan dan kepercayaan yang diberikan
kepada saya, untuk berdiri berucap, pada
persidangan sepenting Muktamar Muslimat Pas
Malaysia, pada malam ini.
Kuat Kuda Raja Donan
Tengku Mamat lompat bersiar
Sayap pemuda semak di kananMuslimat pula
cermat mengangkat layar
Teluk Wan Jah pasirnya lumat
Ikan tamban ikan kekisi
Bagai Khadijah, Aisyah, Asma'
Bijak menimbang kulit ke isi
Dari Perting menuju Gemas
Pisang sira gula batu
Puan penting di saat cemas
Musim bahtera meliku batu
Para Muslimat yang dimuliakan,
Balqis - adalah salah satu model kepimpinan
wanita yang diketengahkan oleh Al Qur’an.
Apa istimewanya Balqis? Wanita dan berkerajaan.
Al mar’ah bilhukuumah. Women and governance.
Tetapi mampu bersama tunduk dan patuh kepada
Maha Pencipta.
Itulah Balqis.
Maknanya, berkerajaan adalah bukan perkara
asing bagi Muslimah. Al Qur’an menunjukkan
mereka bagaimana dekatnya tokoh wanita seperti
Balqis dengan berkerajaan.
Isu-isu berkerajaan/governance issue. Selok belok
berkerajaan. Kebijaksanaan dalam berkerajaan.
Dan akhir sekali, keimanan dan keislaman bersama
Sulaiman a.s hasil ajakan dan besarnya Kerajaan
Sulaiman a.s. Lebih besar dan hebat dari Kerajaan
Balqis sendiri.
Teladan berkerajaan yang ditunjukkan oleh Balqis,
bukan sahaja berguna untuk tela’ah Muslimat, tetapi
juga berguna untuk semua urusan berkerajaan.
Antaranya ialah;
Bahasa yang lunak
Urusan negara dimesyuarahkan
Teknik Permesyuaratan
Kesan penaklukan asing
Hubungan diplomatik
Menjunjung kebenaran
Kebijaksanaan mengatur urusan
Ketika Balqis merujuk kepada perutusan yang
dikirim oleh Nabi Sulaiman a.s, ia bertitah : كِتَابٌ
كَرِيمٌ - 'perutusan yang mulia’.
كَرِيمٌ كِتَابٌ إِلَيَّ قِ أَ يُلْ إِنِّي المَلَأُ أَيُّهَا يَا قَالَتْ
27:29 "Berkata Balqis : "Hai
pembesar-pembesar, sesungguhnya telah
dijatuhkan kepadaku sebuah surat yang mulia."
Bahasa yang lunak, sebagai gambaran kesopanan
yang tinggi.
Bahasa yang lunak, kata Carnergie, boleh
menyebabkan hati pendengar menjadi lembut.
Namun, dalam kisah Balqis ini, rujukan baginda
kepada surat Nabi Sulaiman sebagai ‘kitaabun
kariim’ adalah satu isyarat halus kepada pembesar
baginda tentang pendirian sebenar baginda dalam
isu ini. Bahawa baginda dapat menerima ajakan
Sulaiman untuk beriman dan para pembesar
baginda sepatutnya dapat memahami isyarat ini.
Ini adalah satu tindakan politik yang sangat tinggi.
Tercapainya sesuatu maslahah politik tidak
semestinya dengan bahasa yang terang. Di balik
kata, sudah tergambar isyarat politik.
Begitulah bijaknya Balqis. Dan selamanya, Muslimat
kita akan sebijak Balqis.
Seterusnya, Balqis memanggil permesyuaratan
para pembesar dan penasihat baginda dan
membuka ruang untuk mereka memberikan
pandangan:
قَاطِعَةً كُنتُ مَا أَمْرِي فِي أَفْتُونِي المَلَأُ أَيُّهَا يَا قْ تَالَ
تَشْهَدُونِ حَتَّى أَمْرًا
27:32 "Berkata Balqis: ""Hai para pembesar
berilah aku pertimbangan dalam urusanku (ini) aku
tidak pernah memutuskan sesuatu persoalan
sebelum kamu berada dalam majelis (ku)".
Jika diteliti, cara ungkapan Balqis di atas, Baginda
sebenarnya bertujuan untuk mendapatkan
mandat bagi tindakan-tindakan yang sepatutnya
diambil nanti dalam hubungan dengan Sulaiman a.s.
Balqis bukan hanya meminta pendapat para
menterinya tetapi meminta sebuah mandat, sebuah
kepercayaan yang bulat.
Hasilnya, Balqis mendapat mandat itu:
تَأْمُرِينَ مَاذَا فَانظُرِي إِلَيْكِ وَالْأَمْرُ
27:33 “.... dan keputusan berada di tanganmu;
maka pertimbangkanlah apa yang akan kamu
perintahkan"
Seterusnya Balqis memberikan falsafah
pegangannya sendiri sebagai penggulungan hujah.
Balqis dengan bijaknya menunjukkan kesan
perseteruan dan peperangan kepada sesebuah
kerajaan;
وَجَعَلُوا أَفْسَدُوهَا قَرْيَةً دَخَلُوا إِذَا الْمُلُوكَ إِنَّ قَالَتْ
يَفْعَلُونَ وَكَذَلِكَ أَذِلَّةً هْلِهَاأَ أَعِزَّةَ
27:34 "Dia berkata: ""Sesungguhnya raja-raja
apabila memasuki suatu negeri, niscaya mereka
membinasakannya, dan menjadikan penduduknya
yang mulia jadi hina; dan demikian pulalah yang
akan mereka perbuat."
Ia ibarat sebuah pemahaman sejarah yang panjang
tentang turun naiknya sesebuah empayar. Kesan
politik dari penjarahan dan penaklukan. Serta jalan
keluar dari permainan kalah-kalah atau zero sum
game kepada menang-menang atau win win yang
kini menjadi popular.
Hasilnya, Balqis mengusulkan gerakan diplomatik
dengan Kerajaan Sulaiman dalam rangka strategi
menang-menang, iaitu kedua belah pihak tidaklah
menang jadi arang dan kalah menjadi abu;
يَرْجِعُ بِمَ فَنَاظِرَةٌ بِهَدِيَّةٍ إِلَيْهِم مُرْسِلَةٌ وَإِنِّي
الْمُرْسَلُونَ
27:35 “Dan sesungguhnya Beta akan mengirim
utusan kepada mereka dengan (membawa)
persembahan hadiah, dan (Beta akan) menunggu
apa yang akan dibawa kembali oleh utusan-utusan
itu”.
Tanjung Tuan berpasir halus,
Tempat menanti Dato Bendahara
Jika pun Puan berjari halus
Tetaplah teliti dalam berkira
Seumpama Balqis tadi.
Balqis nyata dapat menguasai perjalanan Kerajaan
dengan cekap. Mempunyai pandangan dan
perhitungan politik yang tajam lagi dalam.
Itu semua adalah mutiara pelajaran untuk kita.
Bahawa urusan berkerajaan adalah urusan yang
memerlukan kebiksanaan tinggi dan kepekaan
berterusan.
Tentulah urusan berkerajaan adalah lebih luas dari
ini, seluas keseluruhan urusan manusia itu sendiri.
Namun, Al Qur’an, menerusi berkerajaannya Balqis
ini, pada hemat
saya, mengasuh Muslimat mempunyai minda
berkerajaan.
Minda berkerajaan.
Bukan hanya minda gerakan dakwah tanpa
kerajaan. Atau minda pembangkang,
selama-lamanya kekal sebagai pembangkang.
Hatta sudah menjadi kerajaan, kita masih berwatak
pembangkang.
Contoh-contoh seperti ini sangat banyak dalam Al
Qur’an. Baik dalam gambaran pemimpin wanita
mahu pun lelaki.
Zulqarnain adalah pemerentah agung. Apa isu-isu
berkerajaan yang ditonjolkan oleh Al Qur’an berkait
baginda?
Keluhuran undang-undang atau rule of law.
Keselamatan atau security. Kesejahteraan manusia.
Mobilisasi massa. Kejuruteraan. Pengabdian
kepada Pencipta.
Nabi Sulaiman dan ayahanda baginda Nabi Daud
a.s.
Keadilan penghakiman. Teknologi canggih.
Kemampuan kepelbagaian bahasa. Perang dan
damai. Keharmonian dengan unsur alam. Syukur
dan pujian. Disiplin organisasi. Gerakan intelligence
atau risikan yang moden, teratur dan klasifikasi
berita.
Nabi Sulaiman sebagai pemimpin tidak mudah
menerima sebarang berita yang disumbatkan ke
telinga baginda.
Ada tapisan dan sulingan, sungguh pun, sebagai
contoh, burung belatuk membawa berita tentang
kerajaan Balqis yang kuat tetapi ideologinya kufur,
dengan mengklaskan berita itu sebagai berita
terpercaya atau tripple A;
يَقِينٍ بِنَبَإٍ سَبَإٍ مِن وَجِئْتُكَ
27:22 “.....dan kubawa kepadamu dari negeri Saba
suatu berita penting yang diyakini,"
الْكَاذِبِينَ مِنَ كُنتَ أَمْ أَصَدَقْتَ سَنَنظُرُ قَالَ
27:27 "Berkata Sulaiman: ""Akan kami lihat, apa
kamu benar, ataukah kamu termasuk orang-orang
yang berdusta."
فَانظُرْ عَنْهُمْ تَوَلَّ ثُمَّ إِلَيْهِمْ فَأَلْقِهْ هَذَا بِّكِتَابِي اذْهَب
يَرْجِعُونَ مَاذَا
27:28 "Pergilah dengan (membawa) suratku ini,
lalu jatuhkanlah kepada mereka, kemudian
berpalinglah dari mereka, lalu perhatikanlah apa
yang mereka bicarakan"""
Masih Sulaiman a.s akan memeriksa kebenaran
anggota pasukannya sendiri.
Apatah lagi, untuk terpengaruh dengan berita
palsu, bisikan-bisikan beracun, hasutan untuk
memecah belah, berita- berita ciptaan dari kem
musuh yang dimasak dengan agenda tertentu,
label-label yang dipasang oleh lawan dan
propaganda mereka.
Tiap maklumat diteliti dengan saksama dengan
cara-cara yang tertentu, seperti yang ditunjukkan
oleh Nabi Sulaiman untuk kita semua, adalah antara
syarat kepimpinan yang bijaksana lagi saksama.
Saya bawakan kisah-kisah ini, untuk merangsang
generasi Muslimat di era cabaran lebih menderu
kini, untuk bangkit lebih bersedia, tangkas dan
berkebolehan membawa panji-panji sebagai sebuah
gerakan Islam yang berjaya.
Para Muslimat yang dimuliakan,
Hari ini, gerakan PAS telah berkembang. Ia munjul
diambang kuasa.
Musuh-musuh tentunya memandang penuh
cemburu. Berikhtiar memasang perangkap. Mulut
mereka manis di luar tetapi sekali kita terjatuh dalam
perangkap mereka, sedikit pun mereka tidak akan
berkasihan belas.
PRU 13 membuktikan sesuatu yang dianggap
mustahil satu masa lalu, kini menghampiri
kenyataan.
Bersama rakan yang lain, Pakatan Rakyat berjaya
menggamit kepercayaan 6,784,671 pengundi di
seluruh negara. Melebihi undi untuk BN sebanyak
1,192,863 undi!
Bagi Semenanjung, majoriti PR melebihi BN
sebanyak 1,998,534 undi! Sementara di Sabah dan
Sarawak, atau S n S, ia kekal menjadi simpanan
tetap BN dengan majorti mereka mengatasi kita
sebanyak 805,671 undi.
Pada peringkat parti, PAS berjaya mencapai
prestasi setinggi 35% dari jumlah kerusi yang
ditandingi.
Kalau dikira, majoriti rakyat sudah memberikan
kepercayaan kepada kita! Sanggupkah kita undur
dari kedudukan politik kita ketika rakyat sudah
menerima kita?
Zig zag dalam pendekatan politik tidak akan
membawa kita ke hadapan. Rakyat menjadi keliru.
Petugas parti juga akan keliru.
Memang terdapat sedikit sebanyak was was,
samada dengan perubahan pemerentahan negara
kedudukan kita nanti menjadi lebih kuat atau
sebaliknya.
Ia bergantung kepada prestasi kita dan bagaimana
kita meletakkan parti kita secara berstrategi.
Pakatan Rakyat kini mempunyai 89 kerusi Dewan
Rakyat. Kurang 23 kerusi untuk membentuk
Kerajaan dengan majoriti mudah 112 kerusi.
Adakah mustahil untuk kita dapatkan 23 kerusi itu
dari tangan BN? Saya tanyakan Muslimat pada
malam ini - adakah mustahil?
Adakah Muslimat ingin menyerah kalah?
Dari 133 kerusi Parlimen yang kini digenggam oleh
BN, 43 kerusi dimenangi oleh BN hanya dengan
majoriti kecil atau marginal iaitu 10% ke bawah!
Jika sebanyak itu kerusi BN berada di hujung
tanduk, janganlah sia-siakan harapan rakyat
terbanyak untuk melihat perubahan!
Kita tidak mampu untuk berpaling ke belakang lagi.
Jika 43 kerusi itu kita tugaskan untuk ketiga-tiga
parti dalam Pakatan Rakyat - PAS perlu
tambahkan bilangan kerusi dari 21 sekarang kepada
41! Tambahan 20 kerusi.
PKR pula dari 30 kerusi sekarang kepada
50 kerusi. Juga tambahan 20 kerusi.
Bagi DAP, oleh kerana tinggal hanya 13 kerusi
dimenangi BN dari kesemua kerusi yang ditandingi
oleh DAP, kita tugaskan DAP hanya perlu
memenangi 3 kerusi sahaja - menjadikan 41 dari 38
kerusi sekarang.
Jika kesemua sasaran itu kita capai, InsyaAllah,
kita mempunyai 132 kerusi dalam Dewan Rakyat
dan dapat membentuk sebuah kerajaan yang kuat.
Ia boleh dicapai.
JIka katakan 10% undi yang perlu diterbalikkan itu
terlalu besar dan kita hanya mampu berusaha di
kerusi yang dimenangi BN dengan hanya 5% undi
marginal - terdapat 27 kerusi BN yang mereka
menangi denganb majoriti 5% ke bawah!
Lebih dari cukup untuk Pakatan Rakyat berjaya
mentadbir negara jika kerusi-kerusi berjaya kita
tawan.
Sudah tentu dalam hubungan politik apa jua,
terdapat kekurangan dan kelemahan. Selagi mana
hubungan politik bersifat dinamik, kekuramngan dan
kelemahan itu boleh dibaiki menerusi pengurusan
oleh kepimpinan.
Tidak ada sesuatu yang mutlak dalam hubungan
politik. Daya kepimpinan dan pengurusan segar,
peka dan berterusan parti lah yang akan nanti
menentuklan samada hubungan itu mantap, berjaya
dan boleh ditingkatkan dari masa ke masa.
Jika hubungan rumahtangga pun ada badai dan
gelombangnya, ada gigitan dan ancamannya,
bagaimana mungkin sebuah hubungan politik
berlayar di lautan luas tanpa sebarang gugatan.
Bahtera perjuangan kita dipimpin oleh kapten yang
berpengalaman berbekalkan taqwa dan iltizam
tinggi. Berikanlah keyakinan kepada Presiden kita,
Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan saf
kepimpinan untuk memandu arah perjalanan kita.
Para Muslimat yang dimuliakan,
Kembali kita kepada fokus kerusi marginal tadi,
sebagai salah satu gerak kerja PRU ke 14 akan
datang.
Saya ulangi, Ia memerlukan tumpuan atau fokus kita
semua. Fokus pertama kita adalah kerusi BN
dengan majoriti kecil. Kerusi marginal.
Kerusi itu mungkin di kawasan perwakilan
Muslimat pada kali ini. Ia kawasan anda. Ia Parlimen
anda. Tugas kemenangan itu di bahu anda!
Halakan tumpuan dan fokus anda untuk memenangi
hati budi kerusi sasaran ini. Dalam masa bersolat -
kita ber tawajjuh. Iaitu ketika kita memulakan solat
kita, selepas takbiratul ihram - kita berikrar melaui
doa iftitah untuk bertawajjuh - ‘sesungguhnya saya
hadapkan perhatian/wajah saya...’/
وَالأَرْضَالسَّمَوَاتِ فَطَرَ لِلَّذِيْ وَجْهِيَ وَجَّهْتُ إِنِّي
المُشْرِكِيْ مِنَ أَنَا وَمَا مُسْلِمًا حَنِيْفًا
Rasulullah s.a.w meminta anak-anak diajar sukan
memanah. Kenapa memanah? Memanah mendidik
seseorang mempunyai sasaran, memantapkan
tumpuan menghala sasaran, dan akhirnya
mencapai sasaran itu.
Satu dari usaha dalam konteks memfokuskan
kepada kerusi sasaran ini yang turut boleh dijayakan
oleh Muslimat, ialah gerakan daftar pemilih baru.
Semua yang lahir sejak tahun 1992, untuk empat
tahun akan datang mesti digerakkan untuk
didaftarkan.
SPR, dalam bulan Februari tahun ini,
mengumumkan terdapat 4.7 juta rakyat Malaysia
yang berusia 21 tahun ke atas belum mendaftar
sebagai pemilih. Jika kita katakan satu pertiga
adalah penyokong PAS dan Pakatan, bermakna
lebih satu juta orang ‘tentera’ kemenangan ini belum
mendaftar.
Berdasarkan temuan kajian oleh UTM ke atas
sikap golongan layak mendaftar tetapi belum
mendaftar, antara sebab utama mereka belum
mendaftar adalah kesibukan peribadi dan malas
mengunjungi sendiri pusat pendaftaran.
Maknanya, jika kita mendekati dan membantu
mereka mendaftar, mereka dengan suka hati akan
berbuat demikian.
Selain gerakan pendaftaran berterusan, gerak kerja
lain di kawasan tumpuan ini perlu juga dilipat
gandakan.
Al Qur’an juga mengajar kita konsep
‘reinforcement’ - atau menambahkan kekuatan
bagi misi yang ditentukan;
فَقَالُوا بِثَالِثٍ فَعَزَّزْنَا فَكَذَّبُوهُمَا اثْنَيْنِ إِلَيْهِمُ أَرْسَلْنَا إِذْ
مُّرْسَلُونَ إِلَيْكُم إِنَّا
36:14 "(yaitu) ketika Kami mengutus kepada
mereka dua orang utusan, lalu mereka
mendustakan keduanya; kemudian Kami kuatkan
dengan (utusan) yang ketiga, maka ketiga utusan itu
berkata: "Sesungguhnya kami adalah orang-orang
yang diutus kepadamu".
Al Qur’an menerusi Surah Yasin iaitu ayat ini,
menunjukkan Allah meneladankan kepada kita
kaedah reinforce atau penambah kekuatan ini.
Satu Rasul tidak berkesan. Tambah Rasul yang
kedua. Dua Rasul belum mencukupi. Tambah Rasul
yang ketiga.
Kuatkan lagi. Kuatkan lagi. Sehingga berjaya.
Dalam kes UMNO di Wilayah Persekutuan, mereka
alihkan pengundi hardcore UMNO di kerusi-kerusi
UMNO tidak mempunyai harapan seperti Bukit
Bintang, Bandar Tun Razak dan Batu ke Parlimen
Putra Jaya.
Kalau tidak, bendera PAS telah terpacak di Pusat
Pentadbiran Negara!
Muslimat yang dimuliakan,
Andaikata Pakatan Rakyat berjaya mentadbir
negara, apakah kesan politik segera yang akan
berlaku?
Kepercayaan umum bahawa UMNO, tanpa kuasa,
tanpa peluang kekayaan diri, tanpa sokongan
jentera kerajaan, akan segera menjadi cair. Wakil
Rakyat mereka akan mencari rumah baru untuk
tumpang berteduh. Begitu juga pemimpin dan ahli
yang lain.
UMNO Insyaallah ranap!
Mereka tidak biasa tidur di dalam rumah tanpa atap.
Dibaham teriknya panas matahari perjuangan
dengan segala kepayahan dan dinginnya jalan jihad
dengan segala kesempitannya, seperti para pejuang
kita Muslimin dan Muslimat.
Ada kebimbangan majoriti wakil rakyat mereka akan
menyertai parti-parti lain dalam Pakatan Rakyat
selain PAS - andaikata UMNO hilang kuasa dalam
PRU akan datang. Ini akan menjadikan PAS
mempunyai kedudukan yang lemah dalam Pakatan
Rakyat.
Ini lah antara bisikan kebimbangan yang ditiupkan
kepada ahli-ahli PAS.
Saya kira, jika inilah kebimbangan yang kita ada,
kita boleh meteraikan perjanjian dengan
rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat bahawa setiap
kerusi yang telah diuntukkan kepada PAS dalam
piliharaya lalu, akan kekal ditandingi oleh PAS pada
masa akan datang, sekalipun setelah Pakata Rakyat
mentadbir Malaysia.
Ini adalah jaminan lapisan kedua. Jaminan paling
utama tentulah jumlah kerusi yang dimenangi oleh
PAS itu sendiri.
Oleh kerana itu, adalah menjadi tugas besar setiap
anggota jama’ah PAS untuk mencari jalan
mendapatkan kemengan di seberapa banyak kerusi
yang kita tandingi.
Selain dari parti kita dilihat relevan, tidak ketinggalan
dalam memperjuangkan isu-isu rakyat dan tidak
surut dalam idealisma membentuk saf pimpinan
terbaik dan polisi-polisi yang menguntungkan rakyat
terbanyak bila diamanahkan mentadbir negeri atau
negara.
Para Muslimat yang dimuliakan,
Jika ditanya, apakah maslahah siasah terendah
penyertaan PAS dalam Pakatan Rakyat? Apa
bottom linenya?
Penyertaan kita dalam Pakatan Rakyat, paling
kurang ialah kita berjaya menambahkan bilangan
jurucakap dan pejuang kita di Parlimen dan
DUN-DUN di seluruh negara.
Selain itu, kita dapat menempatkan parti kita dalam
pentadbiran negeri-negeri di mana BN buat pertama
kalinya ditumbangkan. Sudah tentu tidak
ketinggalan, mengekalkan kedudukan kita di
Kelantan.
Pada PRU 1986 ketika kita bersendiri, kita hanya
berjaya menempatkan seorang sahaja Ahli Parlimen
di seluruh negara, iaitu dari Pengkalan Chepa.
Sebagai perbandingan sepintas, saya tunjukkan
kesan pertandingan tiga penjuru pada tahun 1986
kepada kedudukan PAS dan juga pihak lain dalam
negara;
Parit Buntar - calon PAS, Tuan Hj Subky tewas
kepada calon BN sekalipun beliau berjaya meraih
9,846 undi. Calon DAP pula meraih 5,011 undi.
Membolehkan calon UMNO menang dengan undi
11,029 undi.
Jika undi Tuan Hj Subky dicampur bersekali undi
calon DAP, calon UMNO tadi telah dapat
dikalahkan.
Bagi kerusi Beruas yang diuntukkankepada
Gerakan, BN mendapat 11,926 undi, DAP
mendapat 10,911 undi dan calon PAS mendapat
1,594 undi. Jika undi PAS dan DAP dicampur
bersekali, bekas Presiden Gerakan boleh
dikalahkan dengan 539 undi sejak 1986 lagi.
Tetapi di waktu itu, kita belum mempunyai tahaluf
siyayi seperti yang kita ada kini.
Kita tewas di seluruh negara, kecuali Pengkalan
Chepa. Apa tah untuk bermimpi menghantar dua
ahli Parlimen Muslimat, termasuk dari kubu kuat BN,
Parlimen Kota Raja.
Bagi Selangor, pencapaian PAS bagi PRU ke 13
adalah yang terbaik sejak pilihanraya pertama 1955.
Dari lapan kerusi DUN PRU ke 12, menjadi lima
belas kerusi DUN kini.
Sekali gus ini menunjukkan rakyat Selangor telah
menerima parti selain BN untuk mewakili mereka.
Melaka kini mempunyai anak sulung dari Bukit Baru.
Ia penghamilan yang panjang bagi PAS Melaka.
Sebelum dapat menimang anak sulungnya.
Jika berpedomankan Johor, kerusi PAS Melaka
akan bertambah bagi PRU yang akan datang.
Johor kini mempunyai empat Ahli Yang Berhormat.
tambahan seratus peratus dari dua kerusi bagi PRU
ke 12.
Akhirnya, apa yang digelarkan kubu terkuat UMNO
dapat ditembusi jua.
Kedudukan kita di Terengganu bertambah baik.
Sedikit lonjakan lagi Insyaallah membolehkan kita
mentadbir semula negeri yang kaya dengan sumber
hasil rakyatnya kekal miskin.
Di Perak, kita dapat bertahan dari segi kekuatan
sokongan.
Di Kedah, dengan kejayaan di Sg Limau, InsyaAllah
kekalahan kita dapat ditebus semula.
Maknanya, PAS tidak lagi digelar orang hanya parti
Pantai Timur. Meluasnya jangkauan sayap
perjuangan kita dan melebarnya akar perjuangan
kita, sesuatu yang tidak pernah kita capai sebelum
ini.
Selain pencapaian politik, maslahah utama
penyertaan PAS dalam Palatan Rakyat, tidak dapat
tidak adalah strategi dakwah.
Mendekati masyarakat Bukan Islam dan
melebarkan pengaruh PAS merentasi kaum dan
anutan agama.
Sebagai buahnya, undi tanda percaya masyarakat
tersebut telah diberikan kepada PAS. Tentulah
sesuatu yang mengharukan, apabila Ketua Dewan
Ulama PAS Johor umpamanya, diberikan sokongan
bulat oleh 49% pengundi bukan Melayu di DUN
Permaisuri ?? sehingga Al Fadhil Ketua Ulama PAS
Johor boleh berjaya dengan bergaya.
Kunang Kunang dupa Cendana
Lukah kayu berikat buluh
sudah terang di mana mana
masihkah perlu berlampu suluh
Ini semua nikmat-nikmat yang patut kita kenangkan,
sekaligus disyukuri;
فَحَدِّثْ رَبِّكَ بِنِعْمَةِ وَأَمَّا
93:11 Dan terhadap nikmat Tuhanmu maka
hendaklah kamu menyebut-nyebutnya (dengan
bersyukur).
لَشَدِيدٌ عَذَابِي إِنَّ كَفَرْتُمْ وَلَئِن لأَزِيدَنَّكُمْ شَكَرْتُمْ لَئِن
14:7 "Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu
memaklumkan: ""Sesungguhnya jika kamu
bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat)
kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku),
maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih""."
Para Muslimat yang dimuliakan,
Saya telah sebutkan, kita belum mencapai
pencapaian yang membanggakan di Sabah dan
Sarawak.
Pilihanraya peringkat Negeri Sarawak akan tiba.
Kita belum menemui formula yang berkesan untuk
kedua negeri tersebut.
Merungkai kekuatan BN di Sabah dan sarawak
adalah sangat penting.
Pentingnya Sabah bagi UMNO ialah meletakkan
seorang tokoh Sabah sebagai Naib Presiden parti
mereka.
Di peringkat parti kita, lebih ramai tokoh Sabah perlu
ada, sekurang-kurangnya di
peringkat Jawatankuasa PAS Pusat dan
Dewan-Dewan pada masa akan datang.
Terpulang kepada saf kepimpinan akan datang
untuk mencari ramuan kekuatan bagi Sabah dan
Sarawak.
Para Muslimat yang dimuliakan,
Kebetulan Muktamar kita berlangsung di bulan
Muharam, bulan pertama dari kalendar Hijrah.
Sekalipun Hijrah Ar Rasul berlaku pada bulan yang
lain, namun kerana Tahun Hijrah diawali dengan
bulan ini, sering sejarah Hijrah diperingati di bulan
ini.
Menyebut Hijrah, kita segera teringat kepada puteri
Saiyidina Abu Bakar - Asma r.a - tokoh hebat ini,
kita boleh lihat segi kecemerlangan akalnya,
kebesaran jiwanya dan kekuatan pendiriannya yang
pada ketika-ketikanya boleh mengalahkan kaum
lelaki.
Sebagai contoh, satu peristiwa: Abu Bakar r.a.
membawa semua hartanya ketika Rasulullah SAW
berhijrah ke Madinah. Mendengar berita ini, Abu
Quhafah (ayahnya yang buta) memarahinya. Lalu
dengan pantas, Asma' mengambil
kepingan-kepingan batu lalu menyelimuti himpunan
batu-batu itu sambil berkata keoada datuknya:
"Wahai Datuk,letakkanlah tanganmu ke atas kain
ini”. Selepas diraba oleh datuknya kepingan batu
yang diselimut kain itu, datuknya berkata: “Oo, tidak
mengapa jika Abu Bakar telah meninggalkan harta
ini untukmu!"
Di samping itu, Asma' telah disebut-sebut sebagai
seorang yang memiliki daya fikir yang tinggi. Dia
juga cergas lagi berani orangnya. Ini terbukti dalam
peristiwa Hijrah di mana beliau membekalkan dan
menghantar makanan ketika Rasulullah s.a.w
berada di gua. Keberanian baginda terbukti
sungguh-sungguh apabila sejarah menyaksikan
baginda gugur syahid di medan Yarmuk.
Para Muslimat yang dimuliakan,
Hijrah sebagai satu strategi - Rasulullah s.a.w - dari
buruan musuh muncul bernegara - adalah penuh
dengan pengajaran.
Rasulullah s.a.w telah menyediakan satu kondisi
yang membolehkan baginda diterima umum di
Madinah. Oleh semua pihak.
Perjanjian Aqaabah Pertama dengan indahnya
menunjukkan kebijaksanaan Rasulullah s.a.w
mengambil kira tahap penerimaan masyarakat
Madinah yang masih baru. Kandungan Aqabah
Pertama berpusatkan perkara umum yang diterima
bersama.
Beban perjuangan yang lebih berat belum
dimasukkan.
Hanya menerusi Bai’ah Aqabah yang kedua, risiko
perjuangan kedua belah pihak dijadikan asas
pemeteraian.
Ketika Rasulullah s.a.w tiba buat julung kalinya di
Kota Yathrib, masyarakat menyanyikan lagu
kegembiraan menandakan penerimaan mereka.
Piagam Madinah, sekaligus menunjukkan
penerimaan umum masyarakat, termasuk bukan
Islam terhadap Rasulullah s.a.w serta sikap inklusif
Rasulullah s.a.w dalam langkah dan perhitungan
siasah baginda.
Ternyata, mengambil kira semua pihak lain adalah
strategi Rasulullah s.a.w.
Lalu, bagaimana kita akan menyendiri dalam
perjuangan kita dalam sebuah masyarakat majmu’
seperti Malaysia?
Para Muslimat yang dimuliakan,
Saya kini beralih kepada sejarah Muslimat PAS,
untuk renungan kita bersama.
PENGLIBATAN MUSLIMAT DALAM PILIHAN
RAYA
Dalam sejarah penyertaan PAS dalam PRU, kita
telah pernah mempunyai seorang Muslimat yang
hebat di Parlimen dalam era awal penubuhan PAS,
iaitu Khadijah Mohd Sidek, yang menang di Dungun
dalam PRU 1959.
Penyertaan ini bagaimanapun terhenti seketika oleh
peredaran ketika dan suasana sehinggalah Dewan
Muslimat PAS Pusat mengemukakan usul
bersejarah yang diluluskan oleh Muktamar Tahunan
PAS Kali Ke-46 pada 2, 3 dan 4 Jun 2000 yang
meminta PAS “menimbangkan sewajarnya
penglibatan muslimah sebagai calon dalam pilihan
raya mengikut kesesuaian tempat dan kawasan
pilihan raya kerana sudah tiba masanya muslimat
turut berdiri menyuarakan isu-isu yang relevan di
semua dewan legislatif di negara ini” beralaskan
kepada “pandangan Dr Yusuf al-Qaradhawi dalam
bukunya Fiqh al-Daulah yang mengharuskan wanita
melibatkan diri secara langsung sebagai calon-calon
dalam pilihan raya”, “perkembangan politik semasa
dengan pertambahan jumlah pengundi wanita
melebihi 50 peratus daripada jumlah pengundi
berdaftar”, “penglibatan wanita dalam politik dan
ramai muslimat yang tidak kurang kewibawaan
mereka dari segi keilmuan, kesungguhan dan
kesediaan mereka dalam gerak-kerja pilihan raya”
dan “perubahan suasana lebih menuntut
penglibatan muslimah secara langsung dalam
senario politik semasa bagi menangani isu-isu
wanita semasa yang hanya dapat dihayati oleh
wanita sama ada dari segi psikologi, perasaan
kewanitaan, emosi dan sifat keibuan yang lebih
difahami oleh mereka”.
Ketetapan Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-46 ini
diikuti pula oleh keputusan Mesyuarat Majlis Syura
Ulama’ PAS pada 30 Disember 2001 yang
“mengharuskan Muslimat menjadi calon di dalam
mana-mana pilihan raya dengan tertakluk kepada
syarat-syarat tertentu”.
Keputusan ini sekaligus membuka jalan kepada
kemunculan tiga orang Muslimat yang hebat di
Parlimen hasil dari PRU 2008, iaitu Siti Zailah Mohd
Yusoff di Rantau Panjang, Dr Siti Mariah Mahmud di
Kota Raja dan Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali di
Titiwangsa.
Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali bagaimanapun telah
meninggalkan kita pada 17 Julai 2011 sekaligus
menyebabkan kerusi Parlimen Titiwangsa gagal kita
pertahankan dalam PRU 2013, tetapi Alhamdulillah
kita masih mempunyai dua orang Muslimat yang
hebat di Parlimen hasil dari PRU 2013, iaitu Siti
Zailah Mohd Yusoff di Rantau Panjang dan Dr Siti
Mariah Mahmud di Kota Raja.
Tidak syak lagi, kemunculan semula wakil-wakil
Muslimat di Parlimen adalah disumbangkan oleh
keterbukaan pandangan para ulama’ kita,
termasuklah di dalam menerokai tahaluf siyasi
bersama-sama parti pembangkang yang lain.
Bagi PRU ke 13, satu lagi sejarah tercipta apabila
adanya calon-calon Muslimat yang dikira muda.
Mereka berusia bawah 35 tahun seperti Puan Anis
Afida, calon termuda diturunkan di DUN Penawar,
Johor, Puan Fatmawaty di Sabah, Puan Dayang
Jurinah bt Mut, Sarawak dan Puan Juasseh dari
DDPP di Sabah.
Tahniah untuk Dewan Muslimat!
PENGLIBATAN MUSLIMAT DALAM
KEPIMPINAN
Dalam sejarah pemilihan pada Muktamar kita pula,
kita telah pernah mempunyai seorang Muslimat
yang hebat di dalam tampuk kepimpinan dalam era
pertengahan PAS, iaitu Salmah Shaikh Hussain,
yang telah dipilih sebagai Ahli Jawatankuasa Kerja
PAS Pusat selama empat sesi berturut-turut, iaitu
sesi 1973-1975, sesi 1975-1977, sesi 1977-1979
dan sesi 1979-1981.
Dalam Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-19 pada
tahun 1973 Salmah Shaikh Hussain berada di
tempat ke-8 dengan 141 undi, dalam Muktamar
Tahunan PAS Kali Ke-21 pada tahun 1975 beliau
berada di tempat ke-4 dengan 199 undi, dalam
Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-23 pada tahun
1977 beliau berada di tempat ke-8 dengan 150 undi
manakala dalam Muktamar Tahunan PAS Kali
Ke-25 pada tahun 1979 beliau berada di tempat ke-9
dengan 155 undi.
Penyertaan ini bagaimanapun terhenti seketika oleh
peredaran ketika dan suasana sehinggalah seorang
lagi Muslimat yang hebat muncul di dalam tampuk
kepimpinan PAS, iaitu Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali,
yang telah dipilih sebagai Ahli Jawatankuasa Kerja
PAS Pusat selama lima sesi berturut-turut, iaitu sesi
2001-2003, sesi 2003-2005, sesi 2005-2007, sesi
2007-2009 dan sesi 2009-2011.
Dalam Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-47 pada
tahun 2001, Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali berada di
tempat ke-9 dengan 559 undi, dalam Muktamar
Tahunan PAS Kali Ke-49 pada tahun 2003 beliau
berada di tempat ke-12 dengan 545 undi, dalam
Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-51 pada tahun
2005 beliau berada di tempat ke-6 dengan 680 undi,
dalam Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-53 pada
tahun 2007 beliau berada di tempat ke-6 dengan
651 undi manakala dalam Muktamar Tahunan PAS
Kali Ke-55 pada tahun 2009 beliau berada di tempat
ke-11 dengan 589 undi.
Keuzuran dan pemergian Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali
pada 17 Julai 2011 bagaimanapun menyaksikan
kemunculan dua orang Muslimat yang tidak kurang
hebatnya di dalam tampuk kepimpinan PAS apabila
mereka telah dipilih sebagai Ahli Jawatankuasa
Kerja PAS Pusat dalam Muktamar Tahunan PAS
Kali Ke-57 pada tahun 2011.
Kedua-dua orang Muslimat ini ialah Dr Siti Mariah
Mahmud yang berada di tempat ke-15 dengan 445
undi dan Ustazah Nuridah Salleh yang berada di
tempat ke-18 dengan 416 undi.
Adalah menjadi harapan kita agar lebih ramai
wakil-wakil Muslimat akan terpilih sebagai Ahli
Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dalam Muktamar
kali ini dan dalam Muktamar-Muktamar akan datang
bagi lebih memperkukuhkan lagi tapak perjuangan
kita.
PENGLIBATAN MUSLIMAT DALAM MUKTAMAR
Dalam sejarah kita bermuktamar, Dewan Muslimat
PAS Pusat telah memainkan peranan besar untuk
membela bukan sahaja kepentingan Muslimat,
tetapi juga kepentingan syari’at Islam.
Selain daripada mengemukakan usul bersejarah
dalam Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-46 pada
tahun 2000 yang membuka jalan kepada
penyertaan semula Muslimah sebagai calon dalam
pilihan raya, di antara usul-usul penting yang telah
pernah dikemukakan oleh Dewan Muslimat PAS
Pusat dalam Muktamar-Muktamar PAS ialah:
Usul yang “mendesak Pejabat Agung PAS supaya di
dalam Manifesto Pilihan Raya PAS kelak
dimasukkan perkara wanita, hak-hak dan membaiki
keadaan mereka” yang dikemukakan dalam
Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-7 pada tahun 1958.
Usul yang “merayu dan menuntut Ke-Bawah Duli
Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang
di-Pertuan Agong dan Duli Yang Maha Mulia
Baginda Sultan-Sultan dan Yang di-Pertuan Besar
tiap-tiap negeri di seluruh Malaysia supaya
mahkamah syar'iyyah yang sedia ada dan yang
diadakan kelak hendaklah benar-benar
menjalankan hukum syara' yang berdasarkan
al-Qur'an, al-Hadith, al-Qiyas dan al-Ijma', bukan
hukum-hukum yang dibuat atau diperaturankan
yang berlunaskan pemikiran akal dan buatan
manusia” yang dikemukakan dalam Muktamar
Tahunan PAS Kali Ke-26 pada tahun 1980.
Usul yang mendesak PAS “memperjuangkan
terus-menerus taraf dan martabat wanita sama ada
dari sudut hak, tanggungjawab, peranan dan
sumbangan, pemikiran, akhlak dan profesyen
hendaklah berasaskan kepada persepsi Islam” yang
dikemukakan dalam Muktamar Tahunan PAS Kali
Ke-43 pada tahun 1997.
Kita percaya pucuk pimpinan dan ahli-ahli Dewan
Muslimat PAS Pusat akan terus memainkan
peranan besar untuk merangka kekuatan
perjuangan parti melalui pengemukaan usul-usul
yang membina dalam Muktamar kali ini dan dalam
Muktamar-Muktamar akan datang.
Para Muslimat yang dimuliakan,
Perjalan kita bersama masih jauh, tetapi dekat.
Hujung perjalanan yang kita semua tujui adalah
mardhatillah. Nun di dunia satu lagi. Tetapi ajal kita
tiba dulu sebelum dunia satu lagi dibentangkan.
Dalam perjalanan singkat berpenghujungkan
kehidupan yang kekal, terlalu banyak ujian dan tipu
daya yang akan mengoncang jati diri kita, kecuali
yang benar-benar beriman dan bertaqwa.
Andai kata kita terpedaya, kecewalah kita.
Andaikata kita terus istiqamah dan mendahulukan
Redha Allah dalam apa jua keadaan, berjayalah
kita.
Untuk itu kita menempatkan diri dalam jamaa'ah -
untuk dibimbing dan membimbing. Untuk ditongkat
ketika lemah, dibalut ketika luka, di hiburkan ketika
duka, dibangunkan ketika rebah. Aib kita diselimuti
ukhuwah dan kasih sayang. Kekuatan kita sama
dikongsi. Untuk kejayaan perjuangan. Lelah sama
dirasai. Kejayaan sama dirai.
Teluk Kemang Pasir Mendi
Patah hati tiba di kota
Jika iman penuh sekendi
Jujur kiranya ketika bicara
Bersimpuh kita berusrah. Hati-hati kita diikat
dengan beban dakwah. Doa menjadi penyimpul
antara jiwa-jiwa kita. Yang jauh mendoakan. Yang
dekat bertambah erat.
Jika saya dikira abang, kerana lebih sedikit usia
perjuangan, apakah pesan saya pada kalian?
Saya berpesan dengan pesan Al Qur'an, ada surah
Al Anfal:
وَتَذْهَبَ فَتَفْشَلُواْ تَنَازَعُواْ وَلاَ وَرَسُولَهُ للهَّ وَأَطِيعُواْ
8:46 ) الصَّابِرِينَ مَعَ للهَّ إِنَّ وَاصْبِرُواْ رِيحُكُمْ )
8:46 Dan taatlah kepada Allah dan
Rasul-Nya dan janganlah kamu
berbantah-bantahan, yang menyebabkan
kamu menjadi gentar dan hilang kekuatanmu
dan bersabarlah. Sesungguhnya Allah beserta
orang-orang yang sabar.
Janganlah kita berpecah. Janganlah ditempuh jalan
perpecahan. Nanti hilang kekuatan kita.
Selain itu, bersifat mukminahlah anda semua.
Anda akan memimpin perubahan. Perubahan yang
membawa rahmat yang dinantikan.
Jika para tokoh Muslimat sahabiah hendak dijadikan
contoh, tirulah sifat genius yang terdapat di batang
tubuh Saiyidatina asy-Syifa' bt. Abdullah. Di
zaman Saiyidina Umar Al-Khattab, baginda sering
diutamakan kerana Umar menyukai pendapatnya
lantaran ketepatannya. Ertinya di sini, ketepatan dan
ketangkasan membaca scenario dalam setiap isu
topikal juga adalah keutamaan dalam penentuan
kecemerlangan kepimpinan di kalangan Muslimah -
pemimpin perubahan.
Tirulah Saiyadatina Aisyah r.a.: Di samping dia
cantik rupawan, Aisyah seorang yang pintar,
menawan tutur katanya, fasih bahasanya , tajam
pemerhatiannya dan seorang yang amat
pengingat. Lantaran itu, Saiyadatina Aisyah r.a
ummahatul mukminin menjadi rujukan utama kaum
muslimin selepas kewafatan Baginda Rasulullah
SAW kerana keakraban dirinya dengan baginda &
juga kecerdasan fikirannya yang tidak dapat
disangkal oleh sesiapa. Hasil tarbiyah Rasulullah
SAW atas dirinya, Aisyah r.a menjadi suatu simbol
kepintaran serikandi Islam. Kepetahannya
berhujah dalam akhlak Islam yang masih
terpelihara. Bertunjangkan pengisian yang mantap
dengan mesejnya melayakkan Aisyah r.a di
tempatkan di kedudukan contoh yang paling
istimewa. Soalnya di sini, Aisyah di mana dan kita di
mana?
Tirulah Saiyadatina Khadijah: perihal kemuliaan,
kesetiaan, kebijaksaan, kemurahan, dan
kecerdasan Khadijah adalah ketika wahyu
diturunkan kepada kekasih Allah, Muhammad SAW.
Berikut penuturan A’isyah r.a. tentang apa yang
terjadi.
A’isyah berkata, “Pertama kali, wahyu turun kepada
Rasulullah SAW berupa mimpi yang benar. Beliau
merasakan mimpi itu seperti pagi menyingsing. Lalu,
beliau menjadi senang berkhalwat. Beliau
berkhalwat di Gua Hira’ untuk ber-tahannuts di sana,
yakni beribadah selama beberapa malam. Setelah
bekalnya habis, beliau kembali untuk menemui
Khadijah dan mengambil bekal seperti hari-hari
sebelumnya. Ketika beliau sedang berada di Gua
Hira’, datanglah kebenaran (al-haqq) kepadanya.
Malaikat menemuinya dan berkata, ‘Bacalah!’ Beliau
menjawab, ‘Aku tidak bisa membaca.’ Kemudian,
beliau berkata, ‘Lalu Malaikat itu menarik dan
memelukku hingga aku merasakan kepayahan, lalu
melepaskan aku lagi sambil berkata, ‘Bacalah!’ Aku
menjawab, ‘Aku tidak bisa membaca.’ Malaikat itu
pun menarik dan memelukku untuk kedua kalinya
hingga aku merasakan kepayahan, lalu
melepaskanku lagi sambil berkata, ‘Bacalah!’ Aku
menjawab, ‘Aku tidak bisa membaca.’ Kemudian,
dia menarik dan memelukku lagi untuk ketiga
kalinya hingga aku merasakan kepayahan lagi, lalu
dia melepaskanku sambil berkata, ‘Bacalah dengan
(menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia
telah menciptakan manusia dari segumpal darah.
Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah,
Yang mengajar (manusia) dengan perantaraan
kalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang
tidak diketahuinya (QS Al ‘Alaq [96] : 1-5).’”
Rasulullah SAW pulang dengan badan menggigil.
Beliau berkata kepada Khadijah, “Selimutilah aku,
selimutilah aku!” Setelah rasa takutnya hilang,
beliau bertanya, “Wahau Khadijah, apakah yang
terjadi padaku?” Beliau menceritakan peristiwa yang
dialaminya kepada Khadijah. Lalu beliau berkata,
“Sungguh, aku sangat mencemaskan diriku.”
Khadijah berkata, “Jangan takut! Tenanglah! Demi
Allah, Dia tidak akan menghinakanmu untuk
selamanya, karena engkau adalah orang yang
selalu menjalin silaturrahmi, jujur dalam berbicara,
bertanggung jawab terhadap keluarga, suka
menolong orang miskin, memuliakan tamu, dan
membantu perbuatan-perbuatan yang benar.”
Kemudian, Khadijah mengajak Rasulullah SAW
untuk menemui Waraqah bin Naufal bin Asad bin
‘Abd Al-‘Uzza.
Baginda menjadi teman untuk kejayaan pejuang dan
rasul bernama Muhammad s.a.w.
Rasanya cukup di sini saya berbicara.
Sepatah kata Tok Guru Nik Aziz sebelum
mengangkat takbir untuk bersolat: Anggaplah solat
ini solat terakhir kita...!
Andaikata anda terpilih nanti, bekerja kuatlah untuk
kemajuan perjuangan kita dan anggaplah penggal
amanah yang diberi sebagai penggal terakhir kita.
Saya berpesan kepada diri saya yang dhaif ini, dan
pada anda juga: Bertaqwalah sepanjang masa. Dan
kata Rasulullah s.a.w, taqwa adalah di sini, iaitu
baginda menunjukkan jarinya di dada.
Lintas jeram berair deras
Pecat kain buat lilit
Adillah puan bersukat beras
lipat kain biarlah lendik
Marilah sama kita rasmikan Muktamar ini dengan
membacakan ummul Qur'an Al Fatihah.
Sekian Wassalamulaikum wa rahamtullah.
Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz ,Bangunan SUK Negeri Selangor,Shah Alam
20 November 2013
Dato' Husam Musa

Jumaat, 15 November 2013
PILIH YANG KEKAL BERSAMA PR ATAU YANG KAJI SEMULA HUBUNGAN DENGAN PR-Khalid Samad
http://www.khalidsamad.com/
Coretan Menjelang Muktamar
Muktamar PAS yang ke 59 kali ini merupakan muktamar yang akan diadakan pemilihan. Ianya amalan biasa, pemilihan diadakan setiap dua tahun. Namun buat kali ini, banyak sangat yang berlaku yang lain dari yang lain. Mungkin ini adalah kerana PAS sudah menjadi parti yang mempunyai kedudukan di beberapa negeri dan sudah membentuk kerajaan melalui PR. Mungkin inilah yang dikatakan ujian ‘kemenangan’.
Yang paling berbeza adalah corak kempen yang sedang berlaku. Facebook dan media baru dipenuhi dengan corak kempen fitnah menfitnah dan adu-domba. Suasana persahabatan dan ukhuwwah dirosakkan. Yang anehnya, ianya dirosakkan oleh golongan yang mendakwa ingin ‘menyelamatkan PAS’.
BUDAYA FITNAH PEROSAK: HADAPINYA DENGAN “KEKAL”
Bagi saya, kalau ingin ‘menyelamatkan PAS’ sekalipun, ianya perlu dilakukan tanpa budaya fitnah dan adu-domba, tanpa merosakkan persahabatan yang telah terjalin sekian lama. Sepatutnya dibina dari apa yang telah sediada, bukan berusaha untuk meruntuhkannya.
Oleh itu saya secara peribadi beranggapan mereka bukan menyelamatkan PAS tetapi merosakkannya dari dalam.
Sebagai protes terhadap budaya perosak yang dibawa mereka, saya nyatakan secara terbuka, saya akan undi untuk kekalkan yang sediada. Saya menyeru kepada sesiapa yang bersetuju bahawa budaya yang dibawa golongan muda ini ditolak, sepertimana juga usaha ‘perubahan dan menyelamat’ yang kononnya mereka inginkan; melakukan seperti saya. Tolak melalui ‘KEKAL’, cogan kata yang membawa kemenangan di Sungai Limau. KEKAL budaya politik bersih dan sihat dan KEKAL saff pimpinan yang sediada.
BAHAYA POLITIK FITNAH
Dalam dunia politik, mungkin akan dikatakan soal fitnah perkara biasa! Ya, bagi politik yang tidak takut kepada kemurkaan Allah, bukan politik Islam lebih-lebih lagi dalam jemaah Islam. Ianya mungkin biasa bagi UMNO tetapi jangan sekali-kali dibawa dalam PAS!
Sepatutnya ummat Islam, dan khususnya mereka yang ingin memperjuangkan penghayatan Islam di dalam sistem hidupnya, akan merasa serik dengan budaya fitnah. Tidak cukupkah pengajaran dalam sejarah Islam bagaimana politik fitnah dan adu-domba telah menghasilkan luka yang kesannya dirasai beratusan tahun? Lihat kisah Saidina Othman (RA). Walaupun beliau salah seorang dari sepuluh yang dijanji syurga, beliau tetap tidak terlepas dari budaya fitnah yang tersebar luas sehingga golongan muda dan bersemangat akhirnya bertindak melampaui batas.
Jika dikenang kembali bagaimana fitnah yang tersebar menghasilkan keadaan sehingga Muhammad bin Abu Bakar, anak Saidina Abu Bakar (RA) sendiri, menceroboh masuk ke rumah Othman dan sambil menarik janggut Othman, menghunus pedang untuk membunuhnya. Saidina Othman telah berkata, “kalau ayah kamu berada di sini pada hari ini, pasti dia tidak melayani saya sebegini...” Mendengar kata-kata Saidina Othman, maka Muhammad bin Abu Bakar tersentak lalu melepaskannya dan terus meninggalkan rumah Saidina Othman.
Kalau sahabat seperti Saidina Othman sendiri boleh difitnah, apakan lagi orang seperti kami. Hasil fitnah terhadap Othman maka berlakulah pembunuhannya yang menghasilkan pula perang antara Saidina Ali dengan Saidatina Aisyah pada mulanya dan diikuti pula perang dengan Muawiyyah. Ini telah kemudiannya menghasilkan golongan Syiah Ali dan Khawarij yang akhirnya menyebabkan perpecahan yang sentiasa dimanfaatkan oleh musuh Islam hingga ke hari ini. Kesan fitnah ini dirasai hingga ke hari ini.
FITNAH SYIAH TERHADAP MAT SABU
Ada yang mendakwa ingin selamatkan PAS dari pengaruh Syiah yang kononnya dibawa Mat Sabu! Saya nyatakan di sini, beliau bukan penganut fahaman Syiah. Perginya beliau ke Syria untuk menyeru Bashar supaya membuat pilihan-raya dan jangan membunuh rakyat Syria. Mat Sabu cuba memanafaatkan kenalan dan hubungan yang sedia terjalin sekian lama kerana Damsyik merupakan tempat terdapatnya pejabat HAMAS dan juga Jihad Islami. Syria juga merupakan laluan untuk bantuan kepada Hisbullah yang diguna oleh Iran. Maka Mat Sabu pernah berurusan dengan kerajaan Syria dan mengenali mereka. Usaha mulia beliau diguna untuk menuduhnya sebagai seorang penganut fahaman Syiah.
Dakwaan dibuat oleh mereka kerana ingin menjatuhkan beliau sehingga sanggup menjadi pemanjang fitnah lidah UMNO dalam PAS! Dakwaan Mat adalah Syiah dimulakan oleh pihak musuh dan malangnya dimanfaatkan oleh ‘orang PAS’ untuk menjatuhkannya. Jika benar dakwaan mereka ini, maka bawakan bukti dan laporkan kepada JK disiplin parti!
Tetapi jika tidak, maka ketahuilah ianya tidak lain melainkan fitnah.
TIMBALAN PRESIDEN MESTI ULAMA?
Isu Timbalan Presiden mesti ulama adalah satu pandangan. Ianya bukan satu ketetapan. Saya hormati pandangan itu tetapi ‘patek mohon derhaka’ di dalam Pemilihan Timbalan Presiden PAS.
TGNA juga sudah menyatakan sebaliknya. Kertas Mesyuarat Peranan Majlis Syura Ulama dan Jawatankuasa PAS Pusat yang saya kongsi bersama tempoh hari juga telah nyatakan secara jelas bahawa Jawatan Pusat termasuk Presiden dan Timbalan Presiden adalah‘tanfizi’ iaitu perlaksana. Maka saya rasa ianya sudah cukup jelas, ianya bukan satu kemestian.
Yang penting bagi saya ialah Timbalan Presiden perlu membantu Presiden dalam urusan yang Presiden mungkin tidak sehebat. Barulah Timbalan Presiden membawa ‘added value’atau nilai tambah. Apa guna adanya Timbalan Presiden yang hanya mampu membuat apa yang mampu dibuat Presiden dan itu pun tidak sehandal Presiden?
Sebagai perumpamaan, apabila kita makan menggunakan sudu, pasti ianya diregukan dengan garfu. Atau jika makan ‘steak’, pisau digandingkan dengan garfu. Jarang sekali sudu digandingkan dengan sudu kecil atau garfu dengan garfu kecil.
Maka bagi saya, Mat Sabu mempunyai kekuatan tersendiri dan akan membawa sokongan tambahan kepada PAS. Beliau mampu memperkukuhkan lagi hubungan PAS dengan PR dan sokongan dari bukan Islam. Sambil itu Presiden TGHH mampu menambahkan lagi sokongan dari masyarakat Melayu dan golongan agamawan.
ISU SEBENAR YANG PERLU DIFIKIRKAN PERWAKILAN
Suasana fitnah ini semua mempunyai matlamat tertentu. Di sebalik laungan ‘selamatkan PAS’ dan ‘pertahan kepimpinan ulama’, kononnya; agenda yang tersirat ialah untuk membawa PAS keluar dari PR. Ini bacaan saya. Banyak kali telah saya sebut.
Maka perwakilan perlu pilih di antara calon yang akan KEKAL dan kukuhkan PR dan calon yang ingin mengkaji semula hubungan PAS dan PR.
Kalau susah untuk dikenali, maka sekali lagi saya syorkan, KEKALkan sahaja yang sediada.
Jika berhasrat untuk tukar dua tiga AJK PAS Pusat, dengan muka baru yang lebih muda, tiada masalah. Khususnya menggantikan orang seperti saya yang tidak menyerlah sangat prestasinya. Tetapi apa yang ada secara umum sudah cukup baik sepertimana juga strategi yang diguna-pakai melalui PR.
WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD
Langgan:
Catatan (Atom)