Sabtu, 5 Oktober 2013

"Saya tak reti nak bergaduh sama sendiri dalam parti"-Mat Sabu

Dok tengah minum kopi radix kat kedai mamak di seksyen 16,Shah Alam, tengok-tengok muncul Timbalan Presiden Pas Hj Mat Sabu sorang diri..dia mintak teh c satu..aku pon tanya la berkenaan pemilihan jawatan dalam Pas kini yang terhangat ..


Dia kata,"Saya tak reti nak bergaduh sesama sendiri dalam parti..sapa-sapa pon boleh kata apa saja kat saya..saya tak akan rasa apa..saya dah besa kena azab lokap dan penjara..musuh politik saya ialah Umno-Bn."

Sambung Mat Sabu lagi," Saya hormati ulama dalam Pas seperti TGNA,TGHA ,Almarhum ust Fadzil Nor..begitu juga saya hormati ulama macam Ibrahim Libya ..dia kata dia laksana ..lawan ISA sampai mati.."

Ada golongan tertentu dalam Pas kini yang buat kerja untuk jatuhkan Mat Sabu dengan buat tuduhan liar dan tak beradab walaupon berpendidikan agama.

Jawatan Timbalan Presiden Pas dalam pemilihan bulan November depan dijangka hangat dengan pertandingan calon-calon yang dijangka bertanding seperti Tuan Ibrahim Tuan Man,Nik Amar (Timbalan MB Kelantan) dan Mat Sabu sendiri yang akan pertahankan jawatan.Husam Musa Naib Presiden Pas dijangka tidak bertanding jawatan Timbalan Presiden kerana mahukan beri laluan kepada Mat Sabu. 

"Apa alasan yang terbaik untuk saya melawan Abang Mat(Mohamad Sabu)? Kamu ada alasan untuk saya melawan Abang Mat." "Kalau tidak ada alasan yang baik, kenapa (saya) mahu melawan beliau," kata Husam Musa dalam satu majlis di Kuala Lumpur.

2 ulasan:

  1. “Timbalan presiden PAS sekarang, Mohamad Sabu adalah seorang pemimpin yang hebat. Cuma barangkali yang kurang adalah faqeh (mendalam) soal agama.” - itulah alasan golongan Ulamak yg mahukan Mat Sabu disingkirkan.Baca disini http://alhusseyn51.blogspot.com/2013/10/rupa-rupanya-pas-menyesal-memilih-mat.html

    BalasPadam
  2. Harapkan yang kononya ulama buat kerja sebagai Timbalan Presiden haram dia tak buat....apa yang diusahakan ialah buat hubungan gelap dengan UMNO untuk ber UG! Semuanya nak senangkan diri sendiri jadi menteri......harapkan untuk pergi berdemo dan sertai aktivis jawabnya kirim salamlah....kalau ada yang pergi tupun kerana 'political mileage' kalau tidak ..............tak tahulah! Fakeh dalam agama tidak semesti fakeh juga dalam bidang strategi dan taktikal dalam berpolitik!

    BalasPadam