Jumaat, 15 November 2013

PILIH YANG KEKAL BERSAMA PR ATAU YANG KAJI SEMULA HUBUNGAN DENGAN PR-Khalid Samad



http://www.khalidsamad.com/2013/11/coretan-menjelang-muktamar.html
Coretan Menjelang Muktamar
Muktamar PAS yang ke 59 kali ini merupakan muktamar yang akan diadakan pemilihan. Ianya amalan biasa, pemilihan diadakan setiap dua tahun. Namun buat kali ini, banyak sangat yang berlaku yang lain dari yang lain. Mungkin ini adalah kerana PAS sudah menjadi parti yang mempunyai kedudukan di beberapa negeri dan sudah membentuk kerajaan melalui PR. Mungkin inilah yang dikatakan ujian ‘kemenangan’.

Yang paling berbeza adalah corak kempen yang sedang berlaku. Facebook dan media baru dipenuhi dengan corak kempen fitnah menfitnah dan adu-domba. Suasana persahabatan dan ukhuwwah dirosakkan. Yang anehnya, ianya dirosakkan oleh golongan yang mendakwa ingin ‘menyelamatkan PAS’.

BUDAYA FITNAH PEROSAK: HADAPINYA DENGAN “KEKAL”
Bagi saya, kalau ingin ‘menyelamatkan PAS’ sekalipun, ianya perlu dilakukan tanpa budaya fitnah dan adu-domba, tanpa merosakkan persahabatan yang telah terjalin sekian lama. Sepatutnya dibina dari apa yang telah sediada, bukan berusaha untuk meruntuhkannya.

Oleh itu saya secara peribadi beranggapan mereka bukan menyelamatkan PAS tetapi merosakkannya dari dalam.

Sebagai protes terhadap budaya perosak yang dibawa mereka, saya nyatakan secara terbuka, saya akan undi untuk kekalkan yang sediada. Saya menyeru kepada sesiapa yang bersetuju bahawa budaya yang dibawa golongan muda ini ditolak, sepertimana juga usaha ‘perubahan dan menyelamat’ yang kononnya mereka inginkan; melakukan seperti saya. Tolak melalui ‘KEKAL’, cogan kata yang membawa kemenangan di Sungai Limau. KEKAL budaya politik bersih dan sihat dan KEKAL saff pimpinan yang sediada.

BAHAYA POLITIK FITNAH
Dalam dunia politik, mungkin akan dikatakan soal fitnah perkara biasa! Ya, bagi politik yang tidak takut kepada kemurkaan Allah, bukan politik Islam lebih-lebih lagi dalam jemaah Islam. Ianya mungkin biasa bagi UMNO tetapi jangan sekali-kali dibawa dalam PAS!

Sepatutnya ummat Islam, dan khususnya mereka yang ingin memperjuangkan penghayatan Islam di dalam sistem hidupnya, akan merasa serik dengan budaya fitnah. Tidak cukupkah pengajaran dalam sejarah Islam bagaimana politik fitnah dan adu-domba telah menghasilkan luka yang kesannya dirasai beratusan tahun? Lihat kisah Saidina Othman (RA). Walaupun beliau salah seorang dari sepuluh yang dijanji syurga, beliau tetap tidak terlepas dari budaya fitnah yang tersebar luas sehingga golongan muda dan bersemangat akhirnya bertindak melampaui batas.

Jika dikenang kembali bagaimana fitnah yang tersebar menghasilkan keadaan sehingga Muhammad bin Abu Bakar, anak Saidina Abu Bakar (RA) sendiri, menceroboh masuk ke rumah Othman dan sambil menarik janggut Othman, menghunus pedang untuk membunuhnya. Saidina Othman telah berkata, “kalau ayah kamu berada di sini pada hari ini, pasti dia tidak melayani saya sebegini...” Mendengar kata-kata Saidina Othman, maka Muhammad bin Abu Bakar tersentak lalu melepaskannya dan terus meninggalkan rumah Saidina Othman.

Kalau sahabat seperti Saidina Othman sendiri boleh difitnah, apakan lagi orang seperti kami. Hasil fitnah terhadap Othman maka berlakulah pembunuhannya yang menghasilkan pula perang antara Saidina Ali dengan Saidatina Aisyah pada mulanya dan diikuti pula perang dengan Muawiyyah. Ini telah kemudiannya menghasilkan golongan Syiah Ali dan Khawarij yang akhirnya menyebabkan perpecahan yang sentiasa dimanfaatkan oleh musuh Islam hingga ke hari ini. Kesan fitnah ini dirasai hingga ke hari ini.

FITNAH SYIAH TERHADAP MAT SABU
Ada yang mendakwa ingin selamatkan PAS dari pengaruh Syiah yang kononnya dibawa Mat Sabu! Saya nyatakan di sini, beliau bukan penganut fahaman Syiah. Perginya beliau ke Syria untuk menyeru Bashar supaya membuat pilihan-raya dan jangan membunuh rakyat Syria. Mat Sabu cuba memanafaatkan kenalan dan hubungan yang sedia terjalin sekian lama kerana Damsyik merupakan tempat terdapatnya pejabat HAMAS dan juga Jihad Islami. Syria juga merupakan laluan untuk bantuan kepada Hisbullah yang diguna oleh Iran. Maka Mat Sabu pernah berurusan dengan kerajaan Syria dan mengenali mereka. Usaha mulia beliau diguna untuk menuduhnya sebagai seorang penganut fahaman Syiah.

Dakwaan dibuat oleh mereka kerana ingin menjatuhkan beliau sehingga sanggup menjadi pemanjang fitnah lidah UMNO dalam PAS! Dakwaan Mat adalah Syiah dimulakan oleh pihak musuh dan malangnya dimanfaatkan oleh ‘orang PAS’ untuk menjatuhkannya. Jika benar dakwaan mereka ini, maka bawakan bukti dan laporkan kepada JK disiplin parti!

Tetapi jika tidak, maka ketahuilah ianya tidak lain melainkan fitnah.

TIMBALAN PRESIDEN MESTI ULAMA?
Isu Timbalan Presiden mesti ulama adalah satu pandangan. Ianya bukan satu ketetapan. Saya hormati pandangan itu tetapi ‘patek mohon derhaka’ di dalam Pemilihan Timbalan Presiden PAS.

TGNA juga sudah menyatakan sebaliknya. Kertas Mesyuarat Peranan Majlis Syura Ulama dan Jawatankuasa PAS Pusat yang saya kongsi bersama tempoh hari juga telah nyatakan secara jelas bahawa Jawatan Pusat termasuk Presiden dan Timbalan Presiden adalah‘tanfizi’ iaitu perlaksana. Maka saya rasa ianya sudah cukup jelas, ianya bukan satu kemestian.

Yang penting bagi saya ialah Timbalan Presiden perlu membantu Presiden dalam urusan yang Presiden mungkin tidak sehebat. Barulah Timbalan Presiden membawa ‘added value’atau nilai tambah. Apa guna adanya Timbalan Presiden yang hanya mampu membuat apa yang mampu dibuat Presiden dan itu pun tidak sehandal Presiden?

Sebagai perumpamaan, apabila kita makan menggunakan sudu, pasti ianya diregukan dengan garfu. Atau jika makan ‘steak’, pisau digandingkan dengan garfu. Jarang sekali sudu digandingkan dengan sudu kecil atau garfu dengan garfu kecil.

Maka bagi saya, Mat Sabu mempunyai kekuatan tersendiri dan akan membawa sokongan tambahan kepada PAS. Beliau mampu memperkukuhkan lagi hubungan PAS dengan PR dan sokongan dari bukan Islam. Sambil itu Presiden TGHH mampu menambahkan lagi sokongan dari masyarakat Melayu dan golongan agamawan.

ISU SEBENAR YANG PERLU DIFIKIRKAN PERWAKILAN
Suasana fitnah ini semua mempunyai matlamat tertentu. Di sebalik laungan ‘selamatkan PAS’ dan ‘pertahan kepimpinan ulama’, kononnya; agenda yang tersirat ialah untuk membawa PAS keluar dari PR. Ini bacaan saya. Banyak kali telah saya sebut.

Maka perwakilan perlu pilih di antara calon yang akan KEKAL dan kukuhkan PR dan calon yang ingin mengkaji semula hubungan PAS dan PR.
Kalau susah untuk dikenali, maka sekali lagi saya syorkan, KEKALkan sahaja yang sediada.

Jika berhasrat untuk tukar dua tiga AJK PAS Pusat, dengan muka baru yang lebih muda, tiada masalah. Khususnya menggantikan orang seperti saya yang tidak menyerlah sangat prestasinya. Tetapi apa yang ada secara umum sudah cukup baik sepertimana juga strategi yang diguna-pakai melalui PR.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Rabu, 13 November 2013

Takut debat ikut budaya Umno

Ada di kalangan calon Ketua Pemuda Pas Pusat seperti Kamaruzzaman Mohammad dan juga calon Timbalan Presiden Pas Datuk Nik Amar tidak mahu berdebat dengan alasan sudah cukup dengan apa yang telah diperjelaskan sebelum ini.

Antara alasan calon KP Kamaruzzaman pula ialah tidak mahu tonjolkan diri untuk cari populariti untuk raih kemenangan.Sementara calon KP yang lain seperti Suhaizan Kayat dan Zul Hazmi bersedia berdebat untuk misi dan visi apa yang akan dilakukan jika menang jawatan yang mereka bertanding.

Dulu bukan main lagi Pas ajak Umno berdebat tapi pihak Umno tak bersedia hanya berani dalam media .Najib pernah kata debat bukan budaya kita.Ruang demokrasi sepatutnya digunakan,diraikan bukan untuk tunjuk jaguh tapi dok sembang deras tapi bila berlaku pertandingan sesama sendiri pakat mengelak.Pakat tiru budaya Umno.Budak sekolah pon sanggup debat kenapa ada calon Pas mengelak?

Alasan kerana takut tonjolkan diri tak boleh pakai.Kalau tak mau tonjolkan diri tak payah bertanding.Dalam pilihanraya pakat buat poster calon,buat biodata calon untuk perkenalkan,tonjolkan diri untuk apa...untuk bagi anak bini tengok?Ustaz Din Tantawi KP Pas kata debat bukan syarat jadi pemimpin..

Jika sama sendiri tak sanggup untuk berbeza pendapat,raikan pendapat macam mana pulak nak berdepan dengan Pemuda Umno?

Teringat almarhum ust Fadzil Nor kata bila ajak Umno berdebat tapi penakut.."Umno tu macam wayang kulit hebat di depan pi tengok di belakang tak dak apa pon..kulit kerbau ja.."
Macam yang dok ada la hebat dalam FB ,dalam group whatsapp bukan main lagi balun sana sini tapi bila diajak,dijemput untuk berdebat secara berdepan tak berani ,jadi penakut ..sama la macam kulit kerbau tu..alasan tak mau tonjolkan diri ..tak mau tonjolkan buat apa jadi calon?

Puak-puak ni nak bawa Pas mundur ke belakang ketika pihak lain raikan ruang demokrasi yang ada.Lepas ni jangan dok sembang deras ajak Umno ka sapa ka debat.Memalukan..

Umno untung jika Pas melahirkan pemimpin yang bacul dan pengecut..anak muda semakin jauh lari tinggalkan Pas..

Sabtu, 9 November 2013

TP Pas: Satu lawan satu antara Mat Sabu dan Nik Amar

Seperti yang dijangkakan pertarungan jawatan Timbalan Presiden Pas akhirnya satu lawan satu antara Mat Sabu juara bertahan menentang Nik Amar pendatang baru yang kurang dikenali di peringkat nasional mahupun ada hubungan rapat dengan rangkaian NGO pro Pas dan Pakatan Rakyat.

Tuan Ibrahim Tuan Man dan Husam Musa telah menarik diri daripada bertanding jawatan Timbalan Presiden Pas untuk beri laluan kepada Mat Sabu yang disokong tim pro dan Nik Amar yang disokong tim ulama.Siapa yang akan menang akan ditentukan para perwakilan Pas dalam muktamar Pas yang akan diadakan di Shah Alam minggu depan.

Keadaan politik Pas di Kelantan yang dikatakan sedikit goyang setelah ketiadaan TGNA selaku MB telah menampakkan bibit-bibit pergeseran politik yang berbeza pendapat yang ketara antara tim Nik Amar dan Husam Musa yang tidak lagi menjadi Exco di Kelantan.Jika keadaan politik Pas di Kelantan yang membimbangkan itu pon Nik Amar tak mampu untuk turut sama menyelesaikannya adakah beliau layak jadi Timbalan Presiden Pas?

Sementara itu untuk jawatan Naib Presiden Pas seramai lima orang sahkan untuk bertanding.Mereka terdiri daripada Husam Musa,Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayob selaku penyandang jawatan itu dan calon lain ialah Tuan Ibrahim Tuan Man dan juga kuda tua ustaz Abu Bakar Chik.Peluang untuk Tuan Ibrahim,Mahfuz dan Husam Musa dijangka ada peluang lebih untuk menang.Apa pon juga perwakilan yang akan tentukan.Yang pasti dua yang betanding akan kecundang.
Untuk jawatan Ketua Pemuda Pas Pusat pulak mereka yang sahkan untuk bertanding ialah Zulhazmi Syarif (Peguam Pas),Suhaizan Kayat dan juga Kamaruzzaman Mohammad .

Jumaat, 8 November 2013

Ustaz Idris Ahmad tidak bertanding jawatan Naib Presiden Pas

Berikut penjelasan daripada ustaz Idris Ahmad ahli parlimen Bukit Gantang;

"Saya telah menghantar surat pengesahan hanya menerima pencalonan AHLI JAWATANKUASA PAS PUSAT shj pd 7/11/13 (Khamis) kpd Pejabat Pas Pusat. Saya menolak pencalonan Naib Presiden utk sesi ini. Tk kpd Kawasan2 yang telah mencalonkan saya. Mohon kemaafan atas penolakan ini. Apa yang penting kita adalah khadam parti. Posisi mana sekalipun kita perlu mengukuhkan parti. Semoga ia menjadi amal Soleh ketika kita mati nanti." -Ust Idris Ahmad 
Ahli Parlimen Bukit Gantang



Tuan Ibrahim Tuan Man tak bertanding jawatan Timbalan Presiden

Keputusan penerimaan pencalonan

Terdahulunya, saya ucapkan terima kasih dan penghargaan tidak terhingga kepada semua kawasan yang telah mencalonkan saya dalam mesyuarat Agong PAS kawasan masing-masing.

Pencalonan ini adalah satu penghormatan tinggi kepada saya. Setelah surat pencalonan yang dihantar oleh Jawatankuasa pemilihan, saya dapati ada tiga jawatan yang dicalonkan, iaitu Timbalan Presiden, Naib Presiden dan Ahli Jawatankuasa Pusat. Saya berasa amat bertuah atas kepercayaan dan penilaian tinggi yang diberikan oleh kalian semua.

Di dalam perlembagaan PAS, hak pecalonan diberikan sepenuhnya ke PAS kawasan, manakala yang dicalon pula diberikan hak untuk menerima atau tidak menerima.

Keputusan seseorang calon untuk tidak menerima pencalonan bukan bermakna calon tidak menghargai pencalonan kawasan; manakala keputusan menerima pula tidak harus dilakukan sekadar untuk alasan merai kehendak kawasan.

Pada pandangan saya, kepimpinan adalah amanah besar yang perlu dipikul di dunia sampai ke akhirat. Kerana itu, keputusan menerima atau tidak menerima perlu dilakukan berdasarkan kemampuan seseorang untuk memikul amanah tersebut. PAS kini berhadapan dengan cabaran besar masa depan dan muafakat dalam Pakatan Rakyat yang perlu diperkukuhkan serta ukhuwah jamaah yang perlu diperkasakan, antara faktor penting dalam penilaian kemampuan menerima atau tidak sesuatu jawatan itu.

Walaupun saya amat menghargai kepercayaan dan penilaian tinggi yang diberikan oleh PAS kawasan yang mencalonkan saya ke jawatan Timbalan Presiden, namun pada saya, jawatan itu adalah sangat besar dan diluar kemampuan saya untuk memikulnya buat masa kini, tambahan pula terdapat beberapa nama lain yang layak untuk memikul amanah ini.

Tambahan pula buat masa ini, saya masih diamanahkan sebagai Pesuruhjaya Negeri Pahang, yang memerlukan tumpuan gerakerja dan masa yang banyak bagi menghadapi PRU ke 14 akan datang.

Setelah meneliti ketiga-tiga jawatan yang saya dicalonkan, antara Ahli Jawatankuasa, Naib Presiden dan Timbalan Presiden, maka saya dengan rendah diri menawarkan diri untuk menerima pencalonan sebagai Naib Presiden dalam Muktamar PAS ke 59 kali ini.

Penerimaan ini adalah seimbang bagi merai kehendak kawasan yang mencalonkan saya sebagai Ahli Jawatankuasa PAS Pusat dan Timbalan Presiden.

Namun, saya menyerahkan kepada perwakilan untuk memilih barisan kepimpinan parti dalam menghadapi cabaran yang lebih besar pada masa depan.

Keputusan untuk bertanding Naib Presiden adalah keputusan yang diambil diri saya sendiri tanpa dipengaruhi oleh mana- mana pihak. Ia lebih kepada penilaian diri dengan kemampuan melaksanakan tugas yang diamanahkan.

Sebagai seorang ahli PAS, saya tetap istiqamah dalam memberi khidmat dan terus berusaha menguatkan jamaah dan memenangkan parti Islam sekalipun tanpa sebarang jawatan.

Akhirnya saya ingin berpesan agar jangan sesekali kita termasuk dalam perangkap yang dipasang oleh musuh bagi memecah-belah antara kita, dan jangan pula kita membenarkan apa yang musuh tuduh kepada kita. Semua pihak samada aktivis, ulamak atau profesional adalah tenaga penting bagi memperkukuhkan perjuangan parti. Mari kita memperkukuhkan jamaah ini dengan memelihara ukhuwah, thiqah pada pimpinan dan menghargai mereka yang lama dalam perjuangan yang berliku ini, serta tasamuh dalam perbezaan pandangan. Setiap orang perlu memainkan peranan sebagai faktor penyatu parti. Menyatukan parti tidak harus diletakkan di atas bahu mana-mana individu tertentu sahaja.

Kepada semua yang telah memberikan sokongan, kepercayaan, bantuan, nasihat dan teguran kepada saya, saya ucapkan ribuan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan.

Tuan Ibrahim Tuan Man
Salam dari Doha
7 November 2013


Kini peluang terbuka buat Husam Musa,Hj Mat Sabu dan juga Nik Amar yang ingin mencuba nasib bertanding jawatan TP Pas.HUsam Musa sebelumnya menyatakan tidak akan lawan Hj Mat Sabu untuk jawatan TP Pas..Adakah Husam Musa akan kotakan janjinya.

Nik Amar pulak yang dapat sokongan tim ustaz dan ulama sudah tentu tak mahu lepaskan peluang kali ni yang dikira hebat dalam pertandingan jawatan TP Pas..Jika satu lawan satu antara Hj Mat Sabu dan Nik Amar dijangka peluang Hj Mat Sabu lebih cerah kerana faktor pengalaman Hj Mat Sabu diperingkat nasional berbanding Nik Amar yang tak popular di peringkat nasional.

Jika berlaku pertandingan tiga penjuru maka peluang Nik Amar untuk rebut kerusi TP jadi cerah.Geng yang dikatakan ulama akan sokong Nik Amar sebagai TP Pas.

Jumaat, 1 November 2013

Nik Abduh sampaikan pesanan TGNA

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan, pemegang jawatan presiden, timbalan presiden, naib presiden dan menteri besar PAS tidak semestinya daripada golongan ulama.

Perkara ini disampaikan beliau melalui anaknya Nik Mohd Abduh Nik Aziz dalam kuliah Jumaatnya baru-baru ini.

“Ayah ambo (saya) suruh sebut hak tu. Ambo tak sir (mahu) sebut, tak berani mana nak sebut hak nih (perkara ini), takut orang marah, tapi dia ghoyat (beritahu) semalam, kalu tak ghoyat (beritahu) takut balik dia tanya susah pulak nak jawab,” kata Nik Abduh ketika memberikan kuliahnya di Kota Bharu.

PAS sedang menghadapi muktamar yang ke-59 bermula 22 hingga 24 November ini.

Kempen hangat sedang berlangsung dan antaranya kempen agar ulama memegang jawatan utama iaitu presiden dan timbalan presiden serta sebahagian naib-naib presiden.

Pandangan daripada Nik Aziz pula sangat mempengaruhi para perwakilan PAS di seluruh negara.

Dalam kuliah itu, ahli Parlimen Pasir Mas itu berkata, yang mesti dilantik di kalangan ulama (orang alim) adalah ahli Majlis Syura Ulama iaitu badan tertinggi dalam PAS.

"Presiden, timbalan presiden, naib presiden dan kepimpinan yang lebih bawah termasuk pesuruhjaya, "hak ni nih, adakah wajib ulama? Jawapan dia tidak," tegas Nik Abduh.

Menurut Nik Abduh, syarat utama untuk memegang jawatan eksekutif dalam PAS adalah kepimpinan politik.

“Nak jadi pemimpin politik, presiden atau timbalan presiden, syarat utama dia bukan kena reti baca kitab. Hak reti baca kitab ni duk dalam Majlis Syura tapi presiden, timbalan presiden, naib presiden ni kena ada satu syarat yang lebih daripada Majlis Syura, iaitu kepimpinan politik kena ada," katanya. TranungKite Online TKO 30 okt 2013

Khamis, 24 Oktober 2013

Mat Sabu sah pertahankan jawatan

Hj Mohammad Sabu Timbalan Presiden Pas adalah antara tokoh utama Pas yang jadi penggerak kebangkitan rakyat di negara ini menentang Umno-BN dalam demo Bersih 1.0.2.0 dan 3.0.
Pas memerlukan tokoh yang berkalibar dalam menentang segala penyelewengan dan salah laku Umno-BN bukannya hanya sekadar syok pegang jawatan di peringkat pusat.
Kalau takat syok pegang pegang jawatan macam syok pegang pusat bini sapa pon boleh...
Tapi segalanya terletak di tangan perwakilan samaada mahu kekalkan Mat Sabu sebagai TP Pas atau cari orang lain yang mereka anggap lebih layak berhadapan dengan Umno-BN.

Rabu, 23 Oktober 2013

Hakikatnya, UMNO dan PAS tidak sama-TGNA

Saya membaca kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin hari ini di dalam Sinar Harian yang menyebut bahawa PAS dan UMNO banyak persamaan. Kedua-dua katanya mendukung Islam dan ingin membawa kebaikan kepada ummah.

Pada saya, kenyataan ini tidak lain hanyalah kenyataan yang berniat mahu mengumpan undi sahaja khususnya di pilihanraya kecil DUN Sungai Limau nanti. Jika disebut tentang persamaan, bukan sahaja UMNO dengan PAS, bahkan UMNO dan komunis pun ada persamaan. Lihat komunis di China, mereka membangunkan China dengan membina pelbagai infranstruktur untuk rakyat. Jika UMNO mendakwa mereka membawa pembangunan untuk rakyat, maka ada persamaan di antara UMNO dengan komunis.

Saya tidak kata UMNO komunis. Tetapi cara hujah seorang Timbalan Perdana Menteri itu tidak kena letak duduknya. PAS berusaha membawa Islam yang syumul. UMNO mengambil Islam sekerat-sekerat. Ada kerja yang baik dilakukan oleh UMNO tetapi dalam masa yang sama, banyak kerja tidak baik yang turut dilakukan oleh mereka. Kerja baik itu tidak ada nilai jika di dalam masa yang sama mereka menerima Islam secara sekerat-sekerat. Allah SWT berfirman di dalam Al-Quran yang bermaksud :

Adakah kamu sifatkan hanya perbuatan memberi minum kepada orang-orang yang mengerjakan Haji, dan (hanya perbuatan) memakmurkan Masjid Al-Haraam itu sama seperti orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta berjihad pada jalan Allah? Mereka (yang bersifat demikian) tidak sama di sisi Allah, dan Allah tidak memberikan hidayah petunjuk kepada kaum yang zalim. - Surah At-Taubah, ayat 19.

Perhatikan ayat ini di mana Allah SWT mengherdik sikap orang-orang kafir Quraisy yang berbangga dengan amalan mereka memberi minum para jemaah haji. Ya, benar itu amalan yang mulia. Tetapi jika dibandingkan dengan iman kepada Allah dan hari akhirat serta berjihad di jalan Allah SWT, amalan memberi minum para jemaah haji masih jauh rendah nilainya.

UMNO hanya melaksanakan Islam yang kosmetik tetapi meninggalkan roh Islam yang sebenar. Di dalam perundangan, Islam dijadikan tempelan semata-mata dan bukan didaulatkan dengan cara yang sepatutnya. Dalam isu kalimah Allah sebagai contoh, dijadikan tajuk besar kononnya UMNO berjuang habis-habisan agar orang-orang Islam sahaja boleh menggunakan kalimah Allah. Tetapi itu cerita sebelum pemilihan. Adapun selepas pemilihan, baru keluar cerita kecil bahawa keputusan mahkamah yang mengekalkan larangan penggunaan kalimah Allah itu tidak terpakai kepada Sabah dan Sarawak. Dalam erti kata lain, barangkali hanya orang Islam di semenanjung sahaja jatuh murtad jika benarkan bukan Islam menggunakan kalimah Allah, adapun orang Islam di Sabah dan Sarawak lain hukumnya.

Hakikatnya, UMNO dan PAS tidak sama. Bahkan jika permimpin UMNO menyatakan sama sahaja di antara kedua-dua part ini, saya persilakan ahli-ahli UMNO untuk mengundi PAS kerana mengambil kira pandangan pemimpin mereka bahawa kedua-duanya hanyalah sama. Adapun ahli dan penyokong PAS tiada pilihan kecuali mengundi PAS kerana pandangan pemimpin PAS yang bertegas bahawa kedua-duanya tidak sama.

Sebenarnya UMNO tidak usahlah memakai topeng. Wajah UMNO terlalu sukar untuk disembunyikan. Sekalipun menjerit mendaulatkan bangsa Melayu, tetapi hak Melayu di Kelantan tetap dinafikan. Pada UMNO, hanya orang-orang UMNO sahaja Melayu, selain mereka tidak boleh bergelar Melayu. Ini bukan perjuangan Melayu, ini sebenarnya perjuangan meruntuhkan Melayu.

Apapun tahniah kepada pemimpin-pemimpin UMNO yang menang di pemilihan UMNO baru-baru ini. Melihat kepada senarai kepimpinan UMNO yang baru, pada saya ia hanyalah kereta lama yang diketahui bermasalah yang masih terus dipandu oleh pemandu yang lama yang juga bermasalah.

Sekian, wassalam.

Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat,
Al-Mursyidul Am,
Parti Islam Semalaysia (PAS)

Rabu, 9 Oktober 2013

Mensyurat Agung Pas Kawasan Putrajaya tak sah?

KRISIS PAS KAWASAN PUTRAJAYA DARI SUDUT UNDANG-UNDANG PERLEMBAGAAN DAN KESANNYA TERHADAP PAS

October 9, 2013 at 2:06pm
KRISIS PAS KAWASAN PUTRAJAYA DARI SUDUT UNDANG-UNDANG PERLEMBAGAAN DAN KESANNYA TERHADAP PAS


Semalam 8 Oktober 2013 Ustaz Nazir Zakaria, Yang DiPertua Pas Kawasan Putrajaya telah mengadakan sidang akhbar berkaitan beberapa isu melibatkan Pas Kawasan tersebut. Antaranya ialah :

a)      Status perehatan beliau sebagai YDP Kawasan;
b)      Kesahan Mesyuarat Agung Kawasan

Tulisan ini bukan untuk mempertahankan mana-mana pihak tetapi untuk melihat dari sudut perundangan dan kesannya terhadap Pas secara keseluruhan.

a)      Status perehatan Ustaz Nazir Zakaria sebagai YDP.


Ustaz Nazir Zakaria (gambar kiri) merupakan Yang DiPertua Pas Kawasan Putrajaya yang telah dipilih secara sah melalui Mesyuarat Agung Kawasan pada 2011 untuk penggal 2011 – 2013. Pada 3 April 2013 sepucuk surat telah dikeluarkan kepada Ustaz Nazir yang ditandatangani oleh Sdr Kamaruzaman Mohamad (Gambar kanan bawah) atas kapasiti Pemangku Timbalan Yang DiPertua Pas Kawasan Putrajaya, Sdr Mohamad Hj Hassan, Pemangku Naib Yang DiPertua dan Sdr Kamarul Arif bin Ambak, Penolong Setiausaha. Surat tersebut memaklumkan bahawa keputusan Mesyuarat Khas Jawatankuasa Kerja Pas Kawasan Putrajaya pada 18 Mac 2013 dan 20 Mac 2013 telah memutuskan bahawa Ustaz Nazir direhatkan daripada menjalankan tugas sebagai YDP Kawasan sehingga suatu tempoh yang akan diputuskan kembali oleh Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pas Kawasan. Surat makluman tersebut bagaimana pun tidak menjelaskan alasan keputusan tersebut dibuat.

PERTAMA : ADAKAH MESYUARAT KHAS JAWATANKUASA KERJA PAS KAWASAN SAH?

Dinyatakan di dalam surat bertarikh 4 April 2013 bahawa Mesyuarat Khas Jawatankuasa Kerja Pas Kawasan pada 18 Mac 2013 dan 20 Mac 2013. Hasil mesyuarat tersebut telah memutuskan untuk merehatkan YDP daripada menjalankan tugas YDP sehingga suatu tempoh yang ditentukan Jawatankuasa Kerja.

Siapa yang memanggil Mesyuarat Khas tersebut? Adakah ada di dalam Perlembagaan PAS berkaitan Mesyuarat Khas Jawatankuasa Kerja? Perlu diambil perhatian bahawa Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Kawasan hanya boleh dipanggil oleh YDP atau oleh satu pertiga (1/3) daripada AJK Kawasan secara bersurat kepada Setiausaha dengan menyatakan sebab-sebabnya. Ini diperuntukkan di dalam Fasal 28(9) seperti berikut :-

(9) Jawatankuasa Kerja PAS Kawasan itu hendaklah bersidang sekurang-kurangnya sekali dalam masa tiga bulan atau pada bila-bila masa yang dikehendaki oleh Yang Dipertua PAS Kawasan itu, atau pada sebarang masa yang dikehendaki oleh satu pertiga daripada jumlah Ahli-ahli Jawatankuasa itu yang meminta dengan bersurat kepada Setiausaha PAS Kawasan itu dan menyatakan sebab-sebabnya.


 Prosedur Mesyuarat Jawatankuasa Kerja telah dengan jelas diperuntukkan di Fasal 34 seperti berikut :-

FASAL 34. Notis Mesyuarat Jawatankuasa Kerja

(1)   Satu notis hendaklah dihantar oleh Setiausaha atau Penolong Setiausaha ketika ketiadaannya dalam tempoh 14 hari daripada tarikh mesyuarat hendak dijalankan oleh mana-mana Jawatankuasa Kerja dan Jawatankuasa Harian yang disebut dalam Fasal 25, 28 dan 31 Perlembagaan ini.

Walaubagaimana pun suatu Mesyuarat Jawatankuasa Khas boleh dipanggil dengan mengabaikan peruntukkan Fasal 34(1) iaitu diperuntukkan di Fasal 34(4) seperti berikut :-

(4) Dengan mengabaikan Ceraian (1), (2) dan (3) Fasal ini, mana-mana mesyuarat khas Jawatankuasa Kerja yang disebut dalam Ceraian-ceraian di atas bolehlah diadakan pada bila-bila yang dikehendaki oleh Presiden atau Pesuruhjaya PAS Negeri atau Yang Dipertua PAS Kawasan atau Ketua PAS Cawangan atau Ketua Dewan-dewan berkenaan. Setiausaha Agung atau Setiausaha yang berkenaan hendak mengeluarkan notis mesyuarat pada bila-bila masa yang sesuai dengan apa-apa cara yang difikirkan munasabah untuk menyampaikan notis tersebut.

Peruntukkan Fasal 34(4) dengan jelas menyebutkan bahawa Mesyuarat Khas Jawatankuasa Kerja hanya boleh dipanggil oleh Presiden atau Pesuruhjaya PAS Negeri atau Yang Dipertua Kawasan atau Ketua PAS Cawangan atau ketua-Ketua dewan-Dewan berkaitan.

Justeru persoalan yang perlu dijelaskan oleh Jawatankuasa Kerja yang bermesyuarat khas pada 18 dan 20 Mac 2013 tersebut, adakah mesyuarat tersebut dipanggil oleh Presiden atau oleh Pesuruhjaya Pas Negeri atau oleh YDP atau satu pertiga (1/3) daripada AJK secara bersurat dan kenapa pada dua (2) hari yang berdekatan? Jika Presiden atau Pesuruhjaya PAS Negeri atau YDP Kawasan atau Ketua Cawangan atau Ketua Dewan tidak pernah memanggil mesyuarat, maka mesyuarat tersebut tidak sah dan keputusan mesyuarat adalah tidak sah. Jika ada panggilan mesyuarat khas dibuat oleh mana-mana orang yang tersebut itu, adakah suatu notis mesyuarat dikeluarkan dan disampaikan secara munasabah.

KEDUA : ADAKAH JAWATANKUASA KERJA KAWASAN MEMPUNYAI KUASA MEREHATKAN YANG DIPERTUA KAWASAN?

Rujukan perlu dibuat kepada Fasal 28 Perlembagaan PAS. Difahamkan bahawa Jawatankuasa Kerja menyatakan mereka merehatkan Ustaz Nazir (YDP) berdasarkan Fasal 28 (8) seperti berikut :-

Fasal 28(8)

Dengan tidak tertegah oleh syarat-syarat yang terkandung dalam ceraian (2), (3), (4), (5) dan (6) di atas, maka Jawatankuasa Kerja PAS Kawasan adalah berkuasa memberhentikan atau menahan seseorang Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan daripada menjalankan kerja-kerjanya pada/atau dalam masa yang ditentukan. Akan tetapi tidaklah boleh diberhentikan seseorang Ahli Jawatankuasa itu melainkan dengan persetujuan sekurang-kurangnya satu perdua daripada jumlah Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja PAS Kawasan itu.


Fasal 28(8) menerangkan kuasa Jawatankuasa Kawasan untuk memberhentikan atau menahan seseorang AJK menjalankan tugas dalam masa tertentu. Walaubagaimana pun kuasa tersebut tertakluk kepada sekatan yang dinyatakan di dalam Fasal 28(2),(3),(4),(5) dan (6). Di dalam Fafal 28(8) tersebut diperuntukkan dengan jelas pada awalnya bahawa “Dengan tidak tertegah oleh syarat-syarat yang terkandung dalam ceraian (2), (3), (4), (5) dan (6) di atas” .

Apa maksudnya? Apa syarat-syaratnya? Frasa ini dengan tegas memberikan maksud bahawa walaupun Jawatankuasa Kerja mempunyai kuasa untuk memberhentikan atau menahan mana-mana Ahli Jawatankuasa dari menjalankan tugas, ianya tidak termasuk kepada YDP, TYDP, NYDP dan KUU kerana ketiga-tiga jawatan tersebut adalah jawatan yang dipilih dan dilantik oleh perwakilan di dalam Mesyuarat Agung Pas Kawasan. Jawatankuasa Kerja hanya boleh menggunakan kuasa memberhentikan dan menahan tugas hanya bagi AJK yang dilantik. Ini secara jelas disebutkan dalam Fasal 28(5) seperti berikut :-

(5) Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja PAS Kawasan yang disebutkan dalam ceraian (1)(l) Fasal ini hendaklah dua pertiga daripadanya dipilih dalam Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan pada tiap-tiap dua tahun sekali dan satu pertiga daripadanya dilantik oleh Yang Dipertua PAS Kawasan di dalam dan dengan persetujuan mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Kawasan daripada ahli-ahli PAS dalam Kawasan itu, dan mereka hendaklah memegang jawatan masing-masing sehingga dua kali Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan yang akan datang atau sehingga mereka meminta berhenti atau diberhentikan oleh Jawatankuasa Kerja PAS Kawasan dengan apa-apa jua sebab sekalipun.

Fasal 28(5) menyebut dengan terang bahawa satu pertiga (1/3) AJK dilantik oleh YDP dengan persetujuan mesyuarat AJK Kawasan memegang jawatan untuk tempoh dua (2) kali Mesyuarat Agung Tahunan Kawasan atau sehingga mereka meminta berhenti atau diberhentikan oleh Jawatankuasa kerja Pas Kawasan dengan apa-apa jua sebab sekalipun. Justeru mereka (1/3) AJK inilah sahaja yang boleh diberhentikan seperti yang diperuntukkan oleh Fasal 28(8).

Jika Jawatankuasa Kerja mengguna-pakai peruntukkan Fasal 28(8) tersebut untuk merehatkan YDP maka Jawatankuasa Kerja telah terkhilaf. Justeru keputusan Jawatankuasa Kerja Kawasan merehatkan YDP melalui surat bertarikh 4 April 2013 tersebut adalah tidak sah maka dengan sendirinya surat bertarikh 12 September 2013 yang menarikbalik tempoh rehat beliau sebagai Yang Dipertua adalah tidak sah.

Kesimpulannya, Ustaz Nazir Zakaria masih Yang Dipertua PAS Kawasan Putrajaya yang sah sehinggalah Mesyuarat Agung Tahunan Pas Putrajaya yang baru yang ada pemilihan, memilih orang lain sebagai Yang Dipertua yang baru.


b)      Kesahan Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Putrajaya pada 22 September 2013

Sesebuah PAS Kawasan bergerak berdasarkan mandat Masyuarat Agung Tahunan seperti yang diperuntukkan di dalam Fasal 18 seperti berikut :-

FASAL 18. Mesyuarat Agung PAS Kawasan

(1)   Adapun gerakan dan pentadbiran sebuah kawasan PAS itu adalah dijalankan oleh Jawatankuasa Kerja PAS Kawasan itu di bawah kekuasaan Majlis Mesyuarat Agung PAS Kawasan itu. Akan tetapi Majlis Mesyuarat Agung itu sendiri adalah tertakluk di bawah syarat-syarat yang terkandung di dalam Perlembagaan PAS dan juga Aturan dan Peraturan mesyuarat kawasan itu.

(2)   (a) Sesebuah Kawasan hendaklah mengadakan Majlis Mesyuarat Agung Tahunannya sekali dalam setahun, seboleh-bolehnya pada bulan Februari, atau pada bila-bila masa yang dikehendaki oleh Yang Dipertua kawasan itu ataupun dengan permintaan bersurat daripada sekurang-kurangnya satu pertiga daripada ahli Jawatankuasa Kerja PAS Kawasan itu.

(b) Mesyuarat Agung Khas Kawasan bolehlah diadakan pada bila-bila masapun jika dikehendaki oleh Yang Dipertua Kawasan itu, atau dengan kehendak, sekurang-kurangnya satu perempat daripada jumlah cawangan-cawangan atau daripada ahli-ahli kawasan itu. Maka dalam Mesyuarat Agung Khas ini tidaklah boleh dibincangkan apa-apa selain daripada perkara yang kerananya Mesyuarat Agung Khas itu diadakan.

(c) Notis Mesyuarat Agung Tahunan kawasan dan Mesyuarat Agung Khas Kawasan hendaklah dihantar kepada perwakilan dalam tempoh 14 hari dari tarikh mesyuarat hendak diadakan dengan menyertakan agenda, laporan dan penyata kewangan yang telah diodit.

Mesyuarat Agung Tahunan PAS Putrajaya telah diadakan baru-baru ini pada 22 September 2013. Notis panggilan mesyuarat bertarikh 12 September 2013. Notis itu hanya 10 hari daripada tarikh Mesyuarat diadakan.

a)      Adakah Notis Mesyuarat bertarikh 12 September 2013 tersebut sah?

Fasal 18(2)(c) menyatakan notis hendaklah dalam tempoh 14 hari daripada tarikh mesyuarat. Frasa “dalam tempoh 14 hari” itu bagaimana ditafsirkan? Adakah ianya bermaksud di dalam lingkungan 14 hari atau bermaksud tidak kurang dari 14 hari”?

Pendapat saya frasa “dalam tempoh 14 hari” itu bermaksud hendaklah tidak kurang 14 hari kerana ianya sebagai persediaan kepada perwakilan untuk mengkaji dan meneliti agenda mesyuarat, laporan mesyuarat dan penyata kewangan untuk dibahaskan di dalam Mesyuarat Agung Tahunan. Kenapa saya tidak menafsirkan dalam lingkungan 14 hari? Ini kerana jika notis mesyuarat dikeluarkan dalam lingkungan 14 hari, maka notis boleh dikeluarkan sehari sebelum Mesyuarat Agung Tahunan dan itu tidak munasabah. Contohnya Mesyuarat Agung Tahunan dijadualkan esok 10 Oktober 2013 dan notis dikeluarkan hari ini 9 Oktober 2013. Adakah wajar dan munasabah kepada perwakilan? Tentu tidak, maka frasa “dalam tempoh 14 hari” hendaklah ditafsirkan sebagai tidak kurang 14 hari.

Atas sebab itu saya berpendapat bahawa Notis Mesyuarat Agung Tahunan Pas Putrajaya bertarikh 12 September 2013 adalah pra-matang dan Mesyuarat Agung Tahunan pada 22 September 2013 adalah tidak sah. Maka segala yang dilakukan di dalam Mesyuarat adalah tidak sah. Pemilihan jawatan dan pemilihan perwakilan ke Muktamar Agung PAS psuat juga tidak sah.

b)      Siapa memanggil Mesyuarat Agung Tahunan Pas Putrajaya?

Rujuk kembali kepada Fasal 18(2(a) yang memperuntukkan kuasa kepada Yang Dipertua untuk memanggil Mesyuarat Agung Tahunan pada bila-bila masa. Tiada pihak lain yang boleh memanggil Mesyuarat Agung Tahunan selain daripada Yang Dipertua atau pun permintaan bersurat daripada sekurang-kurangnya satu pertiga (1/3) daripada AJK Kawasan.

Notis Mesyuarat Agung Tahunan bertarikh 12 September 2013 ditandatangan oleh Setiausaha PAS kawasan. Siapa yang memanggil mesyuarat? Adakah Setiausaha atau Yang Dipertua? Fasal 18(2)(a) jelas bahawa hanya Yang Dipertua boleh memanggil Mesyuarat Agung Tahunan dan Setiausaha hanya menjalankan tugas mengeluarkan notis. Adakah Ustaz Nazir Zakaria yang memanggil mesyuarat tersebut? Jika beliau yang memutuskan memanggil mesyuarat maka mesyuarat itu sah tetapi notisnya pula pra-matang. Jika orang lain selain Ustaz Nazir yang memanggil mesyuarat, maka mesyuarat langsung tidak sah.

Atau pun dimaksudkan yang memanggil mesyuarat itu Pemangku Yang Dipertua? Persoalan tersebut tidak berbangkit kerana Ustaz Nazir Zakaria adalah dan masih Yang Dipertua yang sah.

KESAN KEPADA PAS PUSAT

Krisis ini akan memberikan kesan secara langsung terhadap PAS. Bagaimana kesannya dan apa kesannya?

Jika Mesyuarat Agung Tahunan Pas Putrajaya tidak sah, maka perwakilan yang dihantar oleh PAS Putrajaya adalah perwakilan yang tidak sah. Jika perwakilan Pas Putrajaya memilih di dalam Muktamar Agung PAS November nanti, pemilihan tersebut akan menjadi tidak sah kerana perwakilan yang memilih itu tidak layak memilih. Apabila pemilihan Pusat tidak sah, maka PAS Pusat yang baru dipilih secara keseluruhannya tidak sah dan PAS boleh dibatalkan pendaftarannya dan diharamkan seperti mana Umno diharamkan dulu. Kemungkinan Pendaftar Pertubuhan akan mengganggu kacau PAS seperti mereka lakukan kepada pemilihana CEC DAP tidak boleh dielakkan.

Adakah PAS mahu sebegitu? Tepuk dada istighfar banyak-banyak....


Zulhazmi Shariff (Peguam Kase dan kamera AES)
9 Oktober 2013

Husam balun kerajaan Negeri Kelantan





Yang pahit kena terima ..kalau tidak nyawa Pas berkubur di Kelantan jadi macam Kedah

Sabtu, 5 Oktober 2013

"Saya tak reti nak bergaduh sama sendiri dalam parti"-Mat Sabu

Dok tengah minum kopi radix kat kedai mamak di seksyen 16,Shah Alam, tengok-tengok muncul Timbalan Presiden Pas Hj Mat Sabu sorang diri..dia mintak teh c satu..aku pon tanya la berkenaan pemilihan jawatan dalam Pas kini yang terhangat ..


Dia kata,"Saya tak reti nak bergaduh sesama sendiri dalam parti..sapa-sapa pon boleh kata apa saja kat saya..saya tak akan rasa apa..saya dah besa kena azab lokap dan penjara..musuh politik saya ialah Umno-Bn."

Sambung Mat Sabu lagi," Saya hormati ulama dalam Pas seperti TGNA,TGHA ,Almarhum ust Fadzil Nor..begitu juga saya hormati ulama macam Ibrahim Libya ..dia kata dia laksana ..lawan ISA sampai mati.."

Ada golongan tertentu dalam Pas kini yang buat kerja untuk jatuhkan Mat Sabu dengan buat tuduhan liar dan tak beradab walaupon berpendidikan agama.

Jawatan Timbalan Presiden Pas dalam pemilihan bulan November depan dijangka hangat dengan pertandingan calon-calon yang dijangka bertanding seperti Tuan Ibrahim Tuan Man,Nik Amar (Timbalan MB Kelantan) dan Mat Sabu sendiri yang akan pertahankan jawatan.Husam Musa Naib Presiden Pas dijangka tidak bertanding jawatan Timbalan Presiden kerana mahukan beri laluan kepada Mat Sabu. 

"Apa alasan yang terbaik untuk saya melawan Abang Mat(Mohamad Sabu)? Kamu ada alasan untuk saya melawan Abang Mat." "Kalau tidak ada alasan yang baik, kenapa (saya) mahu melawan beliau," kata Husam Musa dalam satu majlis di Kuala Lumpur.

Jumaat, 27 September 2013

Ustaz Din Tantawi kalah kerana keras kepala?

Ketua Pemuda PAS kalah pemilihan parti di kawasan sendiri

OLEH HASBULLAH AWANG CHIK
SEPTEMBER 26, 2013
Suhaimi Saad berjaya menewaskan pencabarnya Ahli Parlimen Temerloh Nasrudin Hasan (gambar) dalam perebutan jawatan Naib Yang di-Pertua Indera Mahkota pada pertengahan bulan ini.
Menurut laporan Astro Awani, Nasrudin yang memperoleh 60 undi di peringkat kawasan itu tewas kepada Suhaimi yang memperoleh lebih daripada 100 undi namun pendedahan ini tidak disahkan beliau yang masih belum mengetahui jumlah sebenar undi tersebut.
“Saya sebolehnya tidak mahu mengulas perkara ini kerana isu pemilihan PAS masih menjadi perbualan hangat.
“Kekalahan Nasrudin dalam pemilihan di peringkat kawasan kali bukanlah kerana unsur sabotaj tetapi pewakilan mahu Ahli Parlimen Temerloh itu lebih menyerlah di peringkat pemilihan PAS pusat,” kata Suhaimi ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Sementara itu, seorang penganalisis politik yang tidak mahu namanya didedahkan lega apabila dimaklumkan kekalahan Nasrudin di peringkat kawasan itu.
Katanya, kekalahan Nasrudin yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat itu adalah akibat sikap keras kepala dan tidak boleh ditegur pemimpin berkenaan.
“Saya setuju dengan kekalahannya. Ini membuktikan golongan profesional mempunyai peluang yang luas untuk memenangi pemilihan PAS di peringkat pusat.
“Ini pengajaran buat beliau dalam arena politik. Kena sekalu bersederhana. Jangan anggap lebai, baik dan syumul tidak boleh ditegur.
“Ulama’ bukan maksum dan mereka perlu berdepan realiti,” katanya kepada The Malaysian Insider.