Jumaat, 12 April 2013

Manifesto BN tertinggal satu tawaran penting

Zaman dulu-dulu mak bapak cukup marah kalau tau si anak menonton video lucah (video tape).Zaman sekarang dah tak ada sekatan sapa-sapa pun boleh nonton video lucah semua ada di hujung jari cuma terpulaang kepada diri sendiri mahu tengok atau pun tidak.

Tu tak pa lagi kalau orang yang mengaku sebagai Tok Guru turut terlibat siarkan video lucah dalam FB dia nak kira lagu mana.Dia hebat kapirkan MB Kelantan ,tuduh MB Kelantan sebagai sesat dan ikut ajaran syaitan tapi dalam masa yang sama FB dia turut jadikan video seks sebagai tarikan!Orang macam ni jadi kebanggaan Umno dan pemimpin Umno.Kalau jadi Tok Guru suka tengok video lucah anak murid dalam pondok dia nak jadi apa?

Blogger-blogger Umno pulak setiap hari siarkan video seks untuk disajikan kepada orangramai yang lawati blog mereka.Mereka rasa bangga blog depa jadi hit hanya kerana buat berita seks dan yang seumpama dengannya.Bagi mereka dosa pahala tolak tepi janji rakyat percaya apa yang mereka siarkan.

Tu saya kata manifesto BN tertinggal satu tawaran penting khusus untuk orang Melayu Islam dan rakyat Malaysia amnya iaitu Tawaran Video Seks Lucah.Presiden Umno Najib patut buat pembetulan manifesto Janji BN ni dengan masukkan tawaran tersebut kepada rakyat!

Dulu video seks lucah Anwar dikeluarkan,lepas tu buat video seks Nurulizzah dan MB Khalid ,terkini muncul pulak video seks lucah Setiausaha Agung Pas Pusat Mustafa Ali.Hebat pemimpin PR semua kaki seks pada pandangan Umno.Umno ditonjolkan kepada rakyat sebagai maksum dan bersih daripada segala dosa dalam pru 13 kali ini walaupun pemimpin mereka seperti Bekas Ketua Menteri Melaka dipalitkan dengan tuduhan rogol anak gadis orang,Presiden Umno juga ada kes di Port Dickson (Ini kena tanya Pengerusi Felda Isa Samad).Rasuah tak payah cakapla dah berbuih-buih salahlaku pemimpin Umno kedarah rasuah tapi bagi mereka itu tak jadi hal sebab mereka bijak beli rakyat dengan duit untuk terus sokong BN.

Jangan terkejut akan muncul banyak lagi video seks lucah black& white dalam media internet selepas ini.Umno dah mati kutu nak jawab segala isu yang melanda mereka.Umno jadikan isu peribadi untuk serang pemimpin parti lawan mereka.Umno mau rakyat jadi apa sebenarnya?

Jika anda tertipu dengan mainan licik Umno kali ni anda akan terus melihat Putrajaya kekal di tangan BN.Ingat Muhyiddin Yaasin dan Najib dah lama bagi amaran bahawa pru 13 adalah ibu segala pilihanraya dan mereka sanggup lakukan apa saja termasuk dengan darah untuk pertahankan Putrajaya!

Baca juga;
Saya tidak mahu jawab,serah kepada peguam-Mustafa-Harakahdaily

Khamis, 11 April 2013

Cakap putar belit dan bohong budaya Umno

BN tiada etika,umum projek & salahguna dana awam-Izzah

(Oleh Sidiqin Omar)
 BN tidak menghormati prinsip demokrasi apabila mengumumkan projek mega dan menyalahguna kuasa kerajaan sementara membabitkan jentera kemudahan awam untuk kepentingan politik, kata Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar.
Dedah beliau, pada 5 April lalu, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan tiga projek utama di Cyberjaya bernilai RM8 bilion
“Sebagai kerajaan sementara, sebarang pengumuman mengenai keputusan penting atau projek besar haruslah terhenti bagi menghormati lawan dan memastikan perlawanan di gelanggang politik yang sama rata.
“Lebih meruncing adalah kegagalan Najib memenuhi Akujanji Pilihan Raya yang beliau tanda tangani dengan badan Transperency International,” kata Nurul Izzah pada sidang media di ibu pejabat parti, hari ini.
Menurut laporan, projek itu merangkumi pembinaan masjid, 2,500 unit rumah kediaman termasuk 794 unit di bawah Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) serta pembangunan pusat bandar Cyberjaya.
Najib turut mengumumkan pembangunan projek perumahan di tapak seluas 43.6 hektar dengan kos RM1.2 bilion bagi 2,500 unit rumah dan lot komersial berharga antara RM220,000 dan RM250,000.
Selain itu, pembangunan pusat bandar Cyberjaya di atas tapak seluas 56.4 hektar bernilai RM6 bilion yang akan dibangunkan oleh Cyberview Sdn Bhd dengan kerjasama pemaju SP Setia Sdn Bhd turut diumum.
Pada hari sama, Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin mengadakan majlis perasmian di Pantai Dalam dengan masih menggunakan pangkat ‘Menteri’ dan jentera Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Media juga melaporkan pada 8 April, Najib mengumumkan kad diskaun atau 1Malaysia Privilege Card yang dilancarkan pada Ogos 2012 diperluas kepada 725,000 pesara.
Tan Seri Muhyiddin Yasin turut dilaporkan berkempen politik di Sekolah Kebangsaan Jenis Tamil Simpang Lima, Klang dalam Majlis Perjumpaan Khas TPM bersama guru-guru sekolah Tamil.
“Pada 9 April 2013, Datuk Seri Najib mengumumkan pembinaan kompleks khas bernilai RM400 juta membabitkan syarikat China, SCR Zhu Zhou Electric Locomotive Compane di Perak.
“Terakhir pada 9 April, Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa menyatakan bahawa Najib akan membuat pengumuman mengenai Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M), rumah mampu milik kepada penjawat awam.
“Penyalahgunaan kuasa beterusan ini jelas membuktikan Najib gagal menjunjung prinsip demokrasi.
“Najib sewajibnya batalkan akujanji yang beliau tandatangani dengan Tranperency International yang dipakai untuk menghiasi imej umumnya,” tegas Nurul Izzah.-Keadilandaily.com

Rabu, 10 April 2013

Kaki lompat parti kini macam cicak telan kapur

Dalam pru 12 yang lalu banyak katak yang bertenggek atas bendera Pas,PKR dan juga Dap melompat parti dan berendam dalam kubang Umno-BN bila menang.Mereka rasa puas jadi pengkhianat kepada amanah rakyat yang pilih depa sebagai ahli parlimen dan adun.Contohnya Braheng Ali(tanding guna lambang Pas) dan Gobala (Parlimen Bagan Serai) dan ada tiga empat orang lagi yang lompat parti.

Yang tak lompat parti pun sama buat perangai sampai kena pecat sebab nak seberang duduk dengan Umno-BN.Contohnya Hasan Ali dan Zulkifli Noordin.

Kini depa ni semua berada dalam kelompok BN walaupun tak masuk BN.Tumpang berteduh di bawah BN kot-kot dicalonkan atas tiket BN di tempat yang mereka pernah bertanding.Gobala hari ni merayu kepada  Najib kekalkan beliau bertanding di Padang Serai.

Sementara Tun Madey akan jadi tukang kempen Braheng Ali dalam pru 13 manusia yang Tun gelar sebagai 'Tuan Guru'.Umno pun tak la bodo sangat nak ambik puak ni jadi calon depa.Pemimpin Umno sendiri kini sedang bergolak dan merajuk kerana tak dapat jadi calon kalau ambik puak ni lagi sakan depa merajuk.

Kaki lompat kini jadi macam cicak telan kapur.Tak tau arah nak dituju.Jalan mana satu depa nak pilih depa pun jadi pening.

Tarikh penamaan calon 20 April (sabtu)dan hari mengundi 5 Mei (Ahad).Jom kita pakat tumbangkan BN!

Edit 7.40 pagi;
MINTA TOLONG SANGAT-SANGAT JANGAN MENCARUT DALAM BLOG NI

55 tahun BN berkuasa masih ada rumah tak ada bekalan elektrik janji tinggal janji

Dalam manifesto Janji BN antara lain menyebut;
"Mempertingkatkan bekalan tenaga elektrik kepada 6,000 rumah lagi di Semenanjung, 60,000 rumah di Sabah dan 80,000 rumah di Sarawak."

Sabah dan Sarawak dua negeri pengeluar minyak tapi pembangunan di dua negeri tersebut lagi teruk daripada negeri lain dalam Malaysia.Sarawak dan Sabah juga banyak hasil balak tapi semuanya di miliki kroni si pemerintah.Rakyat makan tulang pemerintah kaya raya.Tu pun mereka tak serik-serik undi BN lagi.Mereka disogok dengan wang ringgit untuk undi BN.

Janji baru dibuat.Pilihanraya akan datang janji lagi dan seterusnya sampai dunia kiamat.Pilihanraya kali ni bukan takat ibu segala pilihanraya tapi ibu segala duit yang ditabur 1Malaysia!Ibu segala samseng,ibu segala rasuah.Kalau tak ada semua ibu-ibu ni dah lama BN tumbang dan masuk lubang kubur.

Selasa, 9 April 2013

Fatwa RM 2 juta tuduh kapir,sesat,pengikut syaitan,kalau dapat RM10 juta?

Sekarang pusingan untuk pencacai Umno dan lebai UMno keluar fatwa tuduh pihak lain sebagai kapir,sesat dan jadi pengikut syaitan.Sedap buat fatwa.Dulu senyap tak keluar suara.Dapat duit RM2juta laju ja keluar fatwa.

Umno tak lagi main tuduhan dan dakwaan Umno yang kononnya Pas tuduh Umno kapir.Isu kapir mengkapir ini dimainkan untuk raih undi simpati orang Melayu sokong Umno.Yang ada sekarang dalam Umno banyak tukang kapir yang mengkapirkan orang lain ikut sedap mulut hanya semata-mata atas semangat keUmnoan yang dibuat-buat semata-mata dapat duit!Pemimpin Umno yang tak reti agama bagi sokongan penuh dengan apa yang dilakukan oleh Lebai pondok ni.

Yang peliknya apabila Tun Madey kata Umno-BN parti syaitan yang dikenali dia tak lawan malah datang melutut dan menyembah Mahathir bagi sokongan kepada Mahathir.Dia turut jadi penyokong kuat syaitan yang dikenali dan berfatwa TGNA jadi pengikut syaitan.Cuba bisik ke telinga Lebai ni dan beritahu Chua Soi Lek MCA hina hukum Hudud dan Islam agak-agak apa Lebai ni nak kata?

Untuk apa tuduhan dan fatwa murahan ini dibuat?Tak lain tak bukan untuk menipu orang Melayu supaya tidak undi PR.Orang Melayu boleh undi MIC,MCA,Gerakan tapi tak boleh undi Dap,Pas dan PKR.

Cukup-cukuplah kerja membodohkan Melayu dengan cara macam ni.Maruah diri sendiri jatuh terkulai  tapi main dengan duit ni ,jadi hamba duit apa nak peduli!Lantak la nak fatwa apa pun janji duit masuk.Kalau dapat RM10 juta mungkin dah keluar fatwa kena pancung pulak lepas ni!

Harga kereta di Malaysia antara yang paling mahal di seluruh dunia-Rafizi



PM,TPM,Menteri Kabinet, MB,Exco semua naik kereta free guna duit rakyat.Depa tak rasa apa yang rakyat rasa.Sedap melantak duit rakyat ke sana ke mari


Nak raya cari buluh nak buat lemang
Nak pilihanraya cari buluh pasang bendera
Nak mengundi kena pikir panjang
Tersilap undi BN Madey,Najib Rosmah tak hilang Putrajaya

Isnin, 8 April 2013

Budak Tadika Pasti pun tau kata BN tiru manifesto PR

55 tahun BN berkuasa meniru PR yang berusia 5 tahun.Malu la!Mana dia pakar ekonomi BN takkan ciplak ja?

Baca di sini.

Semua dah bagi tapi masih takut kalah

Kata Timbalan Presiden Umno ,“Kita harus bersiap siaga, kerana tidak mudah pembangkang nak serah kalah,” tegas Muhyiddin memberi peringatan kepada ahli BN ketika merasmikan Command Centre BN Parlimen Batu di sini.
Menurut Muhyiddin, pekerja parti seharusnya berusaha keras bagi menarik sokongan pengundi selagi kemenangan belum berada di pihak BN.
“Jangan tidur sampai hari akhir. Sampai dah menang, tidurlah sepanjang mana nak tidur ... selagi kemenangan belum ada di tangan kita, kita perlu celik, jangan biarkan musuh menyelinap di kawasan kita sehingga boleh mempengaruhi pengundi,” tegas Muhyiddin di hadapan sekitar 500 jentera BN yang hadir.-M'insider
Bukan takat duit kupang BN bagi tapi helmet (topi keledar) pun BN bagi supaya anak muda sokong BN.Tali yang mahu menjerat dilepaskan hingga ke laut dalam untuk menjerat rakyat undi BN.
Ya..tidak akan ada menang percuma walaupun pemimpin Umno kata pru 13 ibu segala pilihanraya!Ibu segala rasuah bermaharajalela.Bak kata orang tanpa duit bolehkah BN bernyawa lagi,bolehkah Umno bernyawa lagi?Pikirlah baik-baik kita nak beriman dengan duit dan kebendaan atau kita nak beriman kepada Allah SWT?
Duit boleh cari ,harta boleh cari tapi jika kita tidak gunakan peluang keemasan dalam pru 13 untuk tumbangkan BN peluang ini tidak akan datang lagi untuk abad ini.
Jangan terkejut jangan melompat tak ketawan hala jika selama ini orang yang bijak berkata-kata ,pandai bermain bahasa kritik Umno-BN,pernah ditahan ISA samaada dia ada label,DR,Prof dan sebagainya tiba-tiba jadi hamba dan pencacai Umno kerana mereka telah dibeli dengan wang ringgit untuk jatuhkan pemimpin yang mereka puja selama ini.Mereka digunakan hanya untuk pru 13 dan dijanjikan macam-macam jika BN menang lagi.Mereka lebih hina daripada anjing kurap tepi jalan.

Ahad, 7 April 2013

Najib hanya berani melawak depan penyokong BN kata dia PM lagi


Semasa melancarkan manifesto, Najib gunakan populariti diri, berkempen untuk BN

Datuk Seri Najib Razak cuba mendapatkan sokongan rakyat Malaysia untuk Barisan Nasional (BN) malam tadi dalam apa yang dilihat sebagai pendekatan kempen ala presiden untuk Pilihan Raya 2013, oleh kerana populariti gabungan yang beliau pimpin masih dibelakang populariti peribadinya.
Pengerusi BN itu bertanya kepada penyokong yang hadir di Stadium Putra Bukit Jalil siapa mereka yang letakkan kepercayaan untuk memimpin negara — Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, parti komponen Pakatan Rakyat (PR), Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, atau dirinya.
Penyokong-penyokong yang memakai baju biru warna BN yang memenuhi stadium itu berdiri dan menyahut “Najib!, Najib!” dengan kuat.
“Kalau rakyat Malaysia jawapannya Najib, maka sokonglah dan undi BN, kerana saya tidak boleh melakukannya bersendirian, saya perlukan pasukan saya,” katanya kepada penyokong yang turut bersorak.
Ketika ditanya pemberita kemudiannya, sebelum beliau meninggalkan stadium, Najib hanya tersenyum dan berkata “Thank You” kepada komen yang mengatakan beliau umpama presiden ketika melancarkan manifesto BN untuk pilihan raya umum (PRU)13.-The Malaysian Insider
Haha..Tun Madey pernah kata Najib kena berundur kalau BN menang tipis sebagai PM.Mintak-mintak BN hilang kuasa biar semua ghuyub.Depan penyokong sendiri boleh la ..cuba depan rakyat tak kira parti apa berani Najib tanya sapa yang layak jadi PM?
Silap haribulan jadi macam di Penang semasa Tahun Baru Cina.Najib tanya,"Are u ready for BN?" penonton yang tengok Gangnam Style kata ."No..no..no!"Muhyiddin tentu kecewa bila penyokong BN kata Najib masih layak jadi PM.Haha

Manifesto BN tak berani sebut turunkan harga petrol,hapuskan tol,hapuskan PTPTN,pendidikan percuma .Terbukti bahawa isu utama tuntutan rakyat ini mereka akan naikkan jika kembali berkuasa.Siap la !Yang lain semua meniru dan ikut apa yang manifesto PR kemukakan.

Dulu BN Setan Yang Dikenali,kini 'Tuan Guru' Braheng Ali

Presiden Perkasa Ibrahim Ali diberi gelaran 'Tuan Guru' oleh mantan PM Tun Madey.Sebelum ni Tun Madey jenamakan BN sebagai 'Parti Setan Yang Dikenali'.Tun Madey memang pakar bab bagi gelaran kepada apa saja yang beliau suka.Bagi Tun orang yang boleh jilat dan telan air liur Tun orang itu boleh rapat dan mesra dengan Tun.

Sebenarnya Tun Madey pun dah tak ada kawan.Dulu kawan baik Tun ialah Musa Hitam.Allahyarham Tun Ghafar Baba,Tun Abdullah dan juga Anwar Ibrahim.Yang berani lawan Tun ialah Pak Lah dan Anwar.Sebab tu lah walapun Pak Lah masih Umno Tun benci kepada Pak Lah sebab Pak Lah tak dengar cakap Tun Madey.Masa Pak Lah jadi PM Pak Lah tak tunaikan hajat Tun Madey buat Jambatan Bengkok yang menyaksikan Datuk T (Eskay ) dapat untung komisen RM20 juta atas angin walaupun Jambatan Bengkok dibatalkan di zaman Pak Lah jadi PM.

Anwar kena terajang sampai lebam biji mata gara-gara mahu buat reformasi dalam Umno.Itulah habuan yang Anwar dapat hingga kini dibenci Tun Madey.Baguih jugak jadi lagu tu baru Anwar sedar itulah Umno parti yang hanya Yes Man.

Kenapa Tun Madey anggap Braheng Ali sebagai 'tuan guru'?Adakah kerana Braheng Ali pakar huru-hara jadi beliau diangkat ke martabat tuan guru?Puak mana yang baling kasut ke dalam masjid?Anda sendiri ada jawapannya!

Ke hulu dan ke hilir Braheng Ali dan Tun Madey buat road show bersama untuk selamatkan bahtera Umno yang dah hampir karam itu.Tun Madey semua orang tau kalau PR menang pru 13 beliau tidak lagi mampu untuk selamatkan anak beranak beliau yang kaut segala kekayaan negara.Braheng Ali pulak sudah tentu mahu jadi ahli parlimen lagi.Dia nak bergantung kata sapa kalau bukan kat Tun Madey dan BN.

Sabtu, 6 April 2013

Apabila Muhyiddin Yaasin berfatwa Pas parti ajaran sesat lembu Sharizat pun ketawa

Sinar Harian Online melaporkan Muhyiddin kata Pas parti ajaran sesat bawa fatwa songsang.Besa la kalau Umno kata kat Pas dan Pas kata kat Umno.Masa dok ajak Pas joint Umno nak berUG sampai habis air liur Muhyiddin tapi bila UG tak menjadi dia kutuk Pas habis-habisan termasuklah tok lebai Umno yang kata undi Pas sesat dan pemimpin Pas kapir.Kalau UG (Unity Goverment) menjadi mungkin Muhyiddin kata Pas lah yang betul betul parti Islam yang bijak dan patuh kepada ajaran Islam.

Bagi Umno pemimpin Umno yang kedarah rasuah,songlap wang rakyat,jadi penyamun segala projek untuk diberikan kepada kroni Umno-BN  patut jadi pilihan rakyat dalam pru 13.Umno tak sesat,pemimpin Umno tak sesat walaupun mereka terbabit dalam salahlaku dan urus tadbir negara.Bagi Umno Razak Baginda makan komisen kapal selam Scoperne RM500 juta ikut ajaran Islam!

Tak payah dok hujah panjang-panjang nak kata menatang apa pun katalah tapi Ketua Wanita Umno Malaysia yang keluarganya terpalit dengan salahguna duit rakyat, lembu NFC RM250 juta tentu ketawa .Kalau ikut ajaran Islam bagi la balik duit rakyat yang kena telan tu.

Kata kawan saya jika BN berkuasa lagi mampoih rakyat dikerjakan.Bukan kena bunuh tapi kena jerut tengkuk.Semua yang telah diberikan sebelum pru 13 akan diambil semula.Mereka akan naikkan harga minyak petrol,Tol ,laksanakan sepenuhnya kamera AES,GST.Rakyat syok dapat RM500 tapi jika selepas pru 13 BN menang lagi terimalah azabnya!

Fatwa yang pelik-pelik kini ada dalam Umno.Tapi sapa pun tak ambik peduli.Rakyat kini sedang bermati-matian nak buang kuasa Umno-BN daripada terus menjajah minda orang Melayu dan rakyat Malaysia selama 55 tahun.Cukup-cukuplah jadi pencacai dan barua Umno.Biarkan saja Perkasa dan dua tiga kerat sampah jadi tulang belakang Umno yang dah nak reput tu.

"SPRM ditubuh untuk lindungi rasuah", kata LGE

'Undurkan Taib atau mansuhkan saja SPRM'
Perdana menteri patut menggesa Tan Sri Taib Mahmud berundur kerana enggan memberikan kerjasama terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menyiasat dakwaan penyalahgunaan lesen pembalakan anggota keluarga ketua menteri Sarawak itu, kata DAP.

Jika tidak, kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng (kiri), perdana menteri kerajaan sementara Datuk Seri Najib Razak lebih baik memansuhkan sahaja suruhanjaya itu ekoran kegagalan melaksanakan tugasnya.

"Bukan sahaya tidak bekerjasama dan menjawab dakwaan itu, Taib sebaliknya pilih menyerang SPRM," kata Lim dalam kenyataannya hari ini.

"Jika Taib tidak berundur atau terlepas daripada hukuman dengan kenyataan yang memalukan itu, Najib patut mansuhkan sahaja SPRM, ekoran SPRM bukan ditubuhkan untuk menentang rasuah tetapi melindungi rasuah."

Taib pada Khamis lalu berkata, beliau "tidak akan bekerjasama" dengan SPRM berhubung siasatan mengenai urus niaga belakang tabir didakwa melibatkan anggota keluarganya.

SPRM juga tidak layak mendapat kerjasama darinya kerana kerana suruhanjaya itu didakwa "nakal" dan "tidak jujur", kata Taib ketika ditemui pemberita selepas mesyuarat dewan tertinggi BN di Kuala Lumpur.

Taib juga menafikan tanggapan bahawa isu yang dibongkarkan melalui video NGO antarabangsa Global Witness akan menjadi bebanan kepada BN dalam pilihan raya akan datang.

SPRM pada 20 Mac lalu mengesahkan siasatan sedang dijalankan ke atas maklumat video yang antara lain merakam dakwaan yang menunjukkan bagaimana ahli keluarga Taib dan rakan perniagaannya menyalah guna lesen pembalakan untuk memperkayakan diri.

Suruhanjaya itu sudah menyerbu pejabat seorang peguam yang dikaitkan dalam video itu.-Malaysiakini