Jumaat, 9 Disember 2011

'Tidoq atas duit mana mau berenti'

Lepas sorang-sorang suruh Ketua Wanita Umno Shahrizat  letak jawatan sebagai menteri selepas pembabitan keluarganya bela lembu NFC rugi RM250 juta.Bukan takat pemimpin parti PR suruh Shahrizat letak jawatan tapi turut didesak pemimpin Umno sendiri.Ada yang kata Shahrizat tahu sendiri jalan keluar bukan dia tak tahu.Nafi sapa pun boleh nafi tapi main dengan desakan semakin kuat sampai bila Ketua Wanita Umno tu mampu bertahan.Bukan takat Sharizat saja yang bersalah tapi masa tu siapa yang luluskan projek tu wajib bertanggungjawab sama.

Dikatakan bahawa projek NFC ini diluluskan zaman Pak Lah jadi PM.Masa tu jawatan Menteri Kewangan ialah Najib Bin Razak (kini PM) dan Muhyiddin Yaasin masa tu ialah Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (kini TPM Malaysia).Seorang pensyarah Uitm Shah Alam kata kat saya , 'Hang tau dak kata sapa yang luluskan projek tu kat keluarga Shahrizat?" Kata beliau masa tu Pengerusi Jawatankuasa yang luluskan projek tu ialah Najib Razak selaku Menteri Kewangan bukan orang lain.Betulka?

Sekarang cuba kita lihat perangai pemimpin Umno bila Shahrizat kena hempuk kaw-kaw , macam lembu sondol busut sebab gatai kepala.Mereka mula jauhkan diri daripada Ketua Wanita Umno.Suara lantang si Khairy Ketua Pemuda Umno yang nampak jantan sangat dah semakin lesu .PKR ajak debat pun dia buat bodo ja tak ambil pusing dah.Sementara pemimpin Umno yang lain langsung tak ambik pot niat si Khairy yang jadi pembela Shahrizat.Depa tau dah nasib Shahrizat nak jadi lagu mana.Depa semua suruh Shahrizat berundur cuma signal tu Shahrizat buat-buat tak nampak.

Kalau nak tulih salah laku pemimpin Umno-Bn seleweng duit rakyat saya ingat sepanjang lebuhraya PLUS pun tak cukup.Dari ekoq sampai kepala, kepala sampai ekoq semua sama ja .Cuma kes Shahrizat ni dah tak boleh nak buat apa dah.Kalau selak kain pun dah tak jadi apa dah bukti semua kukuh sampai dalam kelambu.Yang syok tu polis ganti SPRM siasat kes NFC lepas tu siasatan belum habis polis kata kes NFC didapati tiada unsur pecah amanah.Ada ka patut?

Depa boleh senyum bangga lagi walaupun depa buat salah dan ada bukti kukuh.Jauh sekali nak letak jawatan.Maklumlah seronok tidoq atas duit macam Ketua Menteri Sarawak yang didakwa ada aset dalam Malaysia saja ada RM4.6 bilion.Tapi lagi banyak kes skandal PKFZ yang libatkan duit rakyat RM13 bilion!Tu belum kira duit saham Bumi-Melayu lesap RM52 bilion sampai hari tak tahu sapa makan! Takat makan komisen sejuta atau dua juta beli kapal selam tak main la bro..Rakyat biasa disiasat kes rasuah dan belum didapati bersalah dah mati jatuh bangunan.Kesiaaaan.Yang ni serah kat SPRM.Bapa jerung , Mak Jerung serah kat polis siasat.

Tu saya kata zaman Tun Mahathir , zaman Pak Lah dan kini zaman Najib semua sama ja pelingkup wang rakyat.Cuma dalam 3 PM ni zaman sapa kategori paling teruk wang rakyat ditelan kroni Umno-BN.Yang ni boleh dibuat pertandingan.

Kata Tun Mahathir seperti yang dilaporkan Malaysiakini kepada Shahrizat kes lembu,"Bila saya nak berenti saya tak tanya siapa pun, saya fikir elok saya berhenti, saya berhenti".
 "Saya harap orang lain pun macam itu, tak payah nak tunggu sampai orang halau saya.
."Kalau kita berasa perlu berhenti kerana parti, kita berhenti, kalau ingin sumbang, kita bertanding," tegas Dr Mahathir lagi.Ditanya sama ada Sharizat perlu mengetahui batasnya, Dr Mahathir berkata: "Ya, ukur baju badan masing-masing".

Kita rakyat tiada pilihan .Asalkan Bukan Umno (ABU) kita kena sokong untuk tumbangkan regim tua Umno-Bn dalam pru 13 akan datang.Tak guna nak menyesal-nyesal bila habis pru 13 BN masih berkuasa lagi! Tunggu bila lagi kalau bukan pru 13 kita korbankan BN buat selama-lamanya.

Duit rakyat dah lebur baru pakat lawan tanya

Pemimpin MIC tanya Umno tentang 'kehilangan' dana-Malaysiakini

Pemimpin MIC Batu menyoal Umno mengenai kehilangan dana yang sepatutnya disalurkan kepada pengundi miskin di kawasan pilihan raya tersebut semasa menyambut perayaan Deepavali.

Mereka mengadu, daripada 207 permohonan yang mereka kemukakan, hanya 70 menerima bantuan RM100 tunai - separuh daripada jumlah yang dijanjikan sebanyak RM200. Manakala 43 permohonan ditolak kerana mereka bukan pengundi.

"Apabila mengetahuinya, kami terkejut kerana kami sedar ada sesuatu yang tak kena," lapor akhbar The Star yang memetik pengerusi MIC bahagian Batu, Ramanathan Chinnu semalam.

Bantuan itu diberikan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui seorang penyelaras BN, yang kemudiannya menyerahkan borang dan wang itu kepada parti-parti komponen.

Semua penyelaras BN di kawasan pembangkang masing-masing diperuntukkan RM2 juta untuk diedarkan kepada golongan miskin.

"Semua orang fikir MIC di sebalik kehilangan wang itu kerana kami menyerahkan borang dengan cop kami," kata Ketua Pemuda MIC tempatan, DR Pala Kumaran.

Apabila dihubungi akhbar tersebut, penyelaras BN, Yahaya Mat Ghani menjelaskan bahawa akan ada pusingan kedua pembayaran dibuat, dan dana tersebut mesti disalurkan menjelang 31 Disember.

"Setakat ini kita telah menyalurkan sebanyak RM1.6 juta kepada kira-kira 8,000 orang di Batu melalui parti-parti komponen Umno, MCA, MIC, PPP, dan Gerakan," katanya.-Malaysiakini

Berkaitan;
Kenapa Shahrizat agih RM2 juta melalui BN-Harakahdaily

'Kalau khutbah boleh tanya soalan, aku dah tanya'

Dalam muqaddimah si khatib pembaca khutbah solat Jumaat di Masjid Al Hidayah di Seksyen 18, Shah Alam tadi , maka berkatalah si khatib lebih kurang begini bunyinya yang saya dengar,"Sejak akhir-akhir ini ada segelintir pihak yang pertikaikan kuasa Sultan , memperlekehkan kuasa Sultan bla, bla,bla....."Lepas tu maka keluarlah ayat-ayat Quran yang suruh taat kepada pemerintah lepas tu bla, bla, bla...

Khutbah itu mungkin disediakan pihak berkuasa agama Majlis Agama Islam atau Jabatan Agama Islam.Si khatib hanya membaca teks khutbah bukan berkhutbah.Saya cuma nak kata kalaulah khutbah tu macam forum perdana saya nak tanya la, Tok khatib tu siapa yang pertikai kuasa Sultan minta tolong sebut nama sekali biar ada black n white kalau bercakap!Adakah yang pertikai kuasa sultan tu prof Dr Aziz Bari?Adakah Tun Mahathir Mohamed yang cabut kuasa sultan dan raja?Adakah Braheng Ali,?Adakah puak-puak Umno yang kata menatang (natang) kat raja depa?Tengok la image di sini malas dah nak copy.

Jangan hanya pihak jabatan agama atau majlis agama saja boleh berpolitik dalam masjid tapi bila pihak lain masuk masjid cakap pasal politik, cakap pasal pemerintah kena gam , kena halau daripada masjid.

Gerakan Asal Bukan Umno lawan BN

ABU
Asalkan Bukan Umno/BN
 Sidang Media diadakan serentak di seluruh negara 

Gerakan Rakyat Membebaskan Malaysia Dari Cengkaman Umno/BN
Dijemput menghadiri sidang media pelancaran gerakan Asalkan Bukan Umno/BN (ABU)
 Sidang Media diadakan serentak di seluruh negara

Tarikh: 9 Disember 2011

Lokasi, masa dan contact person:

1. Kuala Lumpur / Selangor - 3.30pm
KL Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH)
1, Jalan Maharajalela, 50150 Kuala Lumpur
Jafree(PRM) 019-3596769, Nazrin(PSM) 017-2599050, Edyes(SAMM) 010-2675872

2. Johor - 3.30pm
Kelab Persatuan Wartwan, Johor Bahru
Anuar (SAMM) 017-6849693, Salleh Ahmad (PRM) 013-7313825

3. Melaka - 3.30pm
Pejabat Parti Keadilan Rakyat,
No9A Jalan Asean 1, Taman Asean, Melaka
Zuraidi (SAMM) 012-2478016

4. Negeri Sembilan - 3.30pm
Jalan Tuanku Antah, Tingkat 1,
Restoran Bidara Corner, Seremban
Saufi (SAMM) 013-6777507, Sani (SAMM) 012-9781707

5. Perak - 3.30pm
Pejabat Biro Masyarakat Keadilan,
Ipoh
Mat Saman Kati (SAMM) 012-4381418, Mat Noh (MCLM) 019-5671477

6. Pulau Pinang - 11.00am
George Town Coffee House,
KOMTAR Walk, P.Pinang
Aidil (SAMM) 017-4760274, Zainul Faqar (SAMM) 019-4241583

7. Kedah - 3.30pm
345A Air Mendideh, Sg Petani.
(Berhampiran Hospital Lama, S.Petani)
Tok Gondang (PRM) 013-2946741, Viveg (MCLM) 012-5426133 

8. Perlis - 3.30pm
Kelab Media Perlis, Jalan Sekolah Derma,
Kangar, Perlis
Asrul (SAMM) 019-4342244

9. Pahang - 3.30pm
Pusat Khidmat PKR ADUN Semambu. A73,
1st Floor, Jalan Hj Ahmad, Kuantan Pahang
Clement (SMSL) 012-9883210, Suresh (PSM) 019-5696964

10. Terengganu - 5.00pm
Muara Tomyam, Jalan Sultan Sulaiman,
K.Terengganu (Sebelah Wisma Tenang)
Rafzi Ramli (SAMM) 019-9809974

11. Kelantan - 3.30pm
Hotel Raudhah, Jalan Maju, Kota Bharu
 Fauzi (SAMM) 017-5959755, Zaidi (PSM) 012-3840415

Esok(hari ini) sejarah bakal mencatatkan penyatuan penggerak-penggerak rakyat bergabung melawan regim warisan penjajah Umno/BN.

Kumpulan yang terdiri dari organisasi massa termasuk individu-individu aktivis masyarakat bergabung buat pertama kalinya berikrar menggerakkan kempen kesedaran rakyat.


Semua media dijemput membuat liputan sidang media serentak seluruh seperti yang dinyatakan di atas. Sumber Malaysiatoday.
 
 

Hadiah kek najis:Adakah ini Islam ajaran Umno?

Hadiah Najis: Wasatiah ala Umno?-Harakahdaily

Umno Pulau Pinang mengenepikan adab dan tatasusila orang Melayu Islam apabila bertindak menghadiahkan empat replika najis manusia sempena ulang tahun ke-51 kelahiran Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Tindakan jijik dan tak senonoh itu dilakukan sekumpulan lelaki yang dipercayai dari Pertubuhan Suara Anak-Anak Malaysia, sebuah NGO Umno yang diketuai oleh Mohamed Ghani Abd Jiman.

Mereka hadir ke bangunan Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar), George Town tengah hari semalam dengan membawa empat bungkusan yang dihias seperti kek.

Bungkusan tersebut adalah replika najis manusia yang ditempah khas untuk dihadiahkan kepada Lim Guan Eng.

Ianya bagaimanapun diserahkan kepada kakitangan kerajaan yang bertugas di Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri itu.

Mengulas tindakan itu, AJK PAS Pusat Idris Ahmad menyifatkan ianya sebagai menghina dan memalukan Islam.

"Ajaran mana yang mengajar sikap begini?

"Adakah ini yang dikatakan Islam wasatiah," soalnya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Menurutnya lagi, tindakan Umno sejak akhir-akhir ini bukan sahaja menjatuhkan maruah Islam malah telah menjauhkan orang bukan Islam dengan Islam yang harmoni dan mulia.

Tindakan itu juga katanya telah memperlihatkan sikap sebenar Umno yang selama ini hanya berbohong dengan laungan transformasi parti itu.

Tindakan serupa pernah dilakukan kumpulan sama yang juga diketuai Mohamed Ghani pada Julali lalu apabila membawa dua pasang pakaian dalam untuk diberikan kepada ketua menteri Pulau Pinang itu.

1Malaysia sudah tukar ka?

Kata PM Najib,“Oleh itu jangan sekali-kali mereka (orang bukan Melayu) mencuit perasaan orang-orang Melayu dengan hendak ubah apa yang sudah termaktub dalam Perlembagaan dan apa yang sudah pun kita rundingkan waktu Merdeka dahulu.
“Perkara-perkara ini kita akan pertahankan,” katanya dalam perhimpunan dengan Pekida.

Semua orang tahu kata hak orang Melayu termaktub dalam perlembagaan buat apa nak ulang-ulang tiap-tiap kali jumpa orang Melayu dan NGO Melayu.Depan orang Cina dengan India cakap kita 1Malaysia.Bila duduk dalam kelompok ultra Melayu mula nak tunjuk kemas dan kuat kata jangan cuit Melayu.

Melayu Umno memang hebat sebab tu depa boleh rembat duit rakyat RM250 juta dalam projek bela lembu NFC relai begitu saja.Adakah ini contoh Melayu yang tak boleh nak cuit-cuit walaupun jentik telinga.Melayu yang macam ni ka nak dipertahankan?Melayu mana yang berpakat dengan bukan Melayu hingga skandal PKFZ libatkan duit sebanyak RM13 bilion.Melayu mana yang tak boleh cuit sikit pun tibai saham Melayu-Bumiputera sampai lingkup dan lesap RM52 Bilion?

Ada orang kata kat saya , Itu 1Malaysia sudah tukar jadi 1Melayu ka?Sudah tukar ka?

Khamis, 8 Disember 2011

Lembu NFC:Berani Khairy debat pertahan Shahrizat Ketua Wanita Umno?

Gambar di atas daripada FB  Mohd Shafie Mohd Yusuf

SKANDAL NFC:
KEADILAN BERSEDIA DEBAT DI PWTC BILA-BILA MASA


 Saya menerima sepucuk surat dari Pergerakan Pemuda UMNO bertarikh 6
Disember 2011 yang memaklumkan Saudara Khairy Jamaluddin tidak dapat
menerima jemputan berdebat mengenai NFC pada tarikh asal 12 Disember
2011 kerana bertembung dengan program beliau yang lain.

Sedang saya berterima kasih kerana beliau akhirnya menjawab jemputan
debat yang dibuat pada 18 November 2011, saya kesal kerana beliau
mengambil masa tiga minggu untuk memaklumkan perkara tersebut
seolah-olah beliau cuba melengah-lengahkan debat ini yang telah pun
dipersetujui beliau.

Oleh yang demikian, saya telah mengutus jawapan balas bertarikh 8
Disember 2011 memaklumkan perkara-perkara berikut:

1. Saya sudi meluangkan masa pada mana-mana tarikh dalam tahun 2011
dan 2012 untuk memastikan debat tersebut dapat diadakan. Saudara
Khairy hanya perlu memilih satu tarikh yang sesuai untuk beliau.

2. Saya mencadangkan supaya debat tersebut diadakan di PWTC untuk
memberi keselesaan dan ketenangan kepada Saudara Khairy apabila
dilangsungkan di ibu pejabat UMNO sendiri.

3. Sekiranya setelah kesemua kelonggaran ini beliau masih
berdolak dalih dan tidak memberikan satu tarikh menjelang 12 tengahari
12 Disember 2011, saya menyimpulkan beliau tidak berani untuk berdebat
dalam hal ini.

4. Jika ini berlaku, KEADILAN akan meneruskan juga sebuah debat
membongkar penyelewengan NFC pada 19 Disember 2011. Sekiranya Saudara
Khairy tiba-tiba berubah fikiran menjelang tarikh tersebut, penyertaan
beliau di dalam debat tersebut dialu-alukan.

Sebagai pemimpin UMNO yang paling lantang mempertahankan NFC, wajarlah
Saudara Khairy meluangkan sedikit masa untuk menerangkan kepada rakyat
beberapa keputusan pelaburan yang dibuat NFC yang menimbulkan
kemarahan rakyat, termasuklah penjelasan beliau sebelum itu bahawa
pembelian 2 kondominium mewah adalah pelaburan bijak yang dibuat NFC.

Saya menunggu jawapan dari Saudara Khairy dan yakin beliau tidak akan
menghampakan harapan rakyat.

MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN


Sumber TT

Umno belajar ilmu apa Pas dok halau tak lari-lari?

Utusan terus jadi batu api -Harakahdaily


Akhbar Umno, Utusan Malaysia didakwa terus cuba menjadi batu api untuk memecah belahkan PAS dengan melaga-lagakan antara kepimpinan parti Islam itu.
(Tulisan Zaini dalam akhbar Umno, Utusan Malaysia)

Terbaru, akhbar bahasa Melayu itu sekali lagi memainkan isu kerjasama PAS dan Umno yang telah dikuburkan PAS sebelum ini.

Malah tulisan editor kanan akhbar milik Umno itu, Datuk Zaini Hassan cuba menjadikan pemimpin PAS Selangor pula sebagai kambing hitam.

Sambil menyelar tindakan Utusan itu, Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat, Ridhuan Mohd Nor berkata, Zaini seolah-olah kekeringan idea sehingga cuba memainkan api permusuhan antara pemimpin PAS agar mereka bertelagah dan berprasangka buruk antara satu sama lain.

"Dewan Pemuda PAS Malaysia menjelaskan, bahawa PAS tidak sudi ‘berkahwin’ dengan UMNO yang hanya tahu memperalatkan Islam demi survival politik mereka.

"Umat Islam masih menyimpan kemarahan ekoran keceluparan Presiden MCA yang mempertikai hukum Islam dalam Forum Hudud yang baru dilangsungkan beberapa hari lalu di Wisma MCA, malah wakil Umno turut sama mempertikai hukum Islam dengan pelbagai persepsi yang negatif terhadap hukum Islam itu," katanya.

Selain itu, rakyat pula masih tidak boleh melupakan bagaimana tindakan rakus pemimpin Umno BN meluluskan Rang undang-undang Perhimpunan Aman 2011 yang menyekat kebebasan rakyat bersuara dan berhimpun, Akta Pekerja yang menindas golongan pekerja dan Akta Perbadanan Kampung Baru yang meminggirkan nasib orang Melayu di Kuala Lumpur.

"Bagaimana dalam keadan begini, Umno masih mahu berbaik dengan PAS. Tangan kanan mahu berjabat, tangan kiri pula menikam perut," soalnya.

Mengulas lanjut, beliau juga membangkitkan sikap pemimpin Umno ketika Perhimpunan Agung parti itu yang dijadikan medan menghentam PAS dan Pakatan Rakyat sesuka hati.

"Seolah-olah PAS dan Pakatan Rakyat adalah parti yang penuh noda dan dosa yang perlu dibuang oleh seluruh rakyat Malaysia.

"Dalam keadaan demikian, mahu disuruh PAS berbaik dengan Umno pula," soalnya lagi.

Sementara itu beliau sekali lagi menegaskan bahawa PAS akan tetap kekal bersama Pakatan Rakyat melakar perubahan bersama dengan rakyat Malaysia dalam PRU ke 13.

"Usah lagi bermimpi untuk ‘berkahwin’ dengan PAS, kerana PAS tidak ingin bersahabat dengan Umno yang semakin tenat dimamah usia," tegasnya.-Harakahdaily

Impian Umno nak berUG dengan Pas ni tak pernah padam tambah-tambah bila ada seketul dua yang suka sangat nak berUG dengan Umno.Ini macam kisah cantas batang pisang.Hari ni cantas besok pucuknya tumbuh satu inci.Cantas lagi lusa tumbuh lagi satu inci.Cantas lagi tulat tumbuh lagi satu inci.Senang citer korek sekali dengan perdunya humbang dalam longkang.Ha Ha.

Kisah berUG ni tak akan habis sebagai modal untuk umpan kot-kot ada yang tertarik dengan tawaran Umno.Tukang UG ni berkeliaran dalam kedua-dua pihak tapi sekarang main cara halus bak kata orang pijak semut pun tak mati, macam kucing jalan atas tikar mengkuang taraaak bunyi!

Umno terus pasang angan-angan nak berUG dengan Pas walaupun kutuk dan maki hamun Pas dalam persidangan Umno kata Pas kuda Dap! Gila memang gila dah kutuk, maki hamun puas-puas lepas tu ajak tidur sebantal ha ha. Bila timbul isu UG akan ada pihak Pas yang patah-patahkan tiang UG ini.

Sebenarnya UG ni dah mampoih bila Mat Sabu jadi Timbalan Presiden Pas.Sebab tu Umno serang Haji Muhammad Sabu kata sokong Mat Indera Komunis supaya orang Pas termakan hasutan Umno.Tapi tak menjadi lalu Umno kata 7000 orang Pas keluar Pas kerana Haji Muhammad Sabu ha ha.Kalau kira orang Pas keluar parti seperti yang didakwa Umno , Pas dah lama tak wujud tapi hingga kini Pas terus berkuasa di Kelantan malah di Kedah kerajaan PR diketuai Pas , MB pun orang Pas.


Kata orang, kita kalau nak halau hantu syaitan tapi tak belajar dengan cara yang betul bacalah seratus kali pun hantu syaitan tak lari tapi kalau belajar dan kena dengan caranya sekali baca saja hantu syaitan terus lari.Umno belajar ilmu apa Pas dok halau tak lari-lari? Ha Ha.

Kepada talibarut UG yang jadi api dalam sekam ingatlah anda tak akan dihalau keluar Pas macam Zul Nordin tapi anda akan mati beragan.Reput sendiri.Anda mungkin gila pangkat dan darjat tapi berapa hari sangat dapat bertahan?Paling lama pun umur 60-70 anda sudah diambil malaikat maut.Anda mati anda tidak akan dianggap sebagai pejuang tapi jadi pencacai tua pengangkat najis Umno!

'Melayu cara Umno tak selamat, Pas takkan berbincang untuk pikul biawak hidup yang diternak Umno', kata Presiden Pas

Islam didahulukan , Melayu bersamanya


Abdul Hadi Awang   
SURAT TERBUKA KEPADA ORANG MELAYU : ISLAM DIDAHULUKAN, MELAYU BERSAMANYA
Islam didahulukan, Melayu bersamanya. Bukan Melayu didahulukan, Islam mengikutnya, kerana Islam ditegakkan Melayu selamat. Kalau Melayu ditegakkan diatas aqidah kebangsaannya, Melayu sesat, Islam terpinggir. Inilah kecuaian Umno sejak ditubuhkan sehingga kini.

Kecintaan kepada keluarga, kaum dan bangsa adalah fitrah yang digalakkan oleh Islam, tetapi menjadikannya aqidah perjuangan adalah satu kesesatan. Rasulullah S.A.W. memulakan perjuangan dengan keluarga dan kaumnya, tetapi dengan aqidah dan berpandukan Islam.
Rasulullah S.A.W. adalah ikutan yang dilantik oleh Allah, bukan dilantik melalui pilhanraya atau perhimpunan agung mana-mana parti. Apabila Rasulullah S.A.W. dilantik menjadi Rasul akhir zaman kepada seluruh alam, dipilih daripada kalangan bangsa arab qabilah Quraisy, paling jahil, miskin dan berada ditangah padang pasir paling gersang, tetapi menjadi paling sabar, berani dan paling lasak menghadapi cabaran kalau ditarbiyah. Bangsa arab seluruhnya berpecah dan berperang sesama sendiri. Semenanjung arab, tanah air mereka dijajah oleh kuasa besar dunia Parsi dan Rom. Pesoalannya apakah yang didahulukan oleh Rasulullah S.A.W? Sama ada memulakan perjuangan diatas semangat kebangsaan arab, satukan mereka terlebih dahulu diatas semangat kebangsaan itu, tegakkan perjuangan kemerdekaan menentang penjajah Parsi dan Rom, selepas itu Islam boleh tegak dengan sendiri besamanya. Atau mulakan dengan Islam, perkasakan bangsa arab dengan Islam yang sempurna, aqidah, syariat dan akhlak?

Ucapan pertama disampaikan kepada penduduk Makkah dengan arahan wahyu daripada Allah ialah, firman Allah:

قُلْ يَاأَيُّهَا النَّاسُ إِنِّي رَسُولُ اللَّهِ إِلَيْكُمْ جَمِيعًا الَّذِي لَهُ مُلْكُ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضِ لا إِلَهَ إِلا هُوَ يُحْيِي وَيُمِيتُ فَآمِنُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ النَّبِيِّ الأمِّيِّ الَّذِي يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَكَلِمَاتِهِ وَاتَّبِعُوهُ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ } [الأعراف: 158
158. Katakanlah: "Hai manusia Sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepada kamu semua, iaitu Allah yang mempunyai kerajaan langit dan bumi; tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia, yang menghidupkan dan mematikan. Maka berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya, Nabi yang ummi yang beriman kepada Allah dan kepada kalimat-kalimat-Nya (kitab-kitab-Nya) dan ikutilah Dia, supaya kamu mendapat petunjuk."

Bukan dengan seruan hidup arab Islam selamat !, hanya bangsa arab yang boleh menegakkan Islam , macam selogan Umno :”hidup Melayu!”.

Tegasnya bahawa Rasulullah S.A.W. memulakan perjuangan mengajak bangsa mengikut Islam, bagi memerdekakan diri daripada jahiliyah dalam diri sendiri terlebih dahulu dengan bangsanya mengikut Islam. Walaupun mendapat tentangan hebat daripada pemimpin kaum bangsa dan keluarganya sendiri, sehingga dihalau daripada tanah air tempat dilahirkannya (Makkah). Kemudian menggunakan kuasa pemerintahan Islam yang ditegakkan oleh kaumnya yang menerima Islam dengan beriman mengikutnya dengan sempurna dan mengumpul serta menyatukan mereka dengan Islam. Kemudian kembali semula ke Makkah untuk memerdekakannya daripada kuasa pemeritahan jahiliyah arab yang dipimpin oleh ayah mertuanya sendiri Abu Sufian bin Harb.

Allah mewafatkan Rasulullah S.A.W. setelah Ajaran Islam disempurnakan secara wahyu serta cara beramalnya dinyatakan oleh Sunnah Rasulullah S.A.W. dan setelah menyampaikan mesej Islam secara bersurat yang dihantar kepada negara dan bangsa yang bukan arab. Ada yang menerima Islam, ada yang tidak menerima tetapi berdamai dan ada yang mengambil sikap permusuhan.

Sebelum wafat Rasulullah S.A.W. Allah menegaskan kepadanya secara wahyu kepada bangsa arab yang menganut Islam supaya berpandukan Islam, diantaranya Allah memberi amaran :

وَإِنْ تَتَوَلَّوْا يَسْتَبْدِلْ قَوْمًا غَيْرَكُمْ ثُمَّ لَا يَكُونُوا أَمْثَالَكُمْ (38 ) مخمد

38. Jika kamu berpaling (daripada menegakkan Islam) niscaya dia akan mengganti (kamu) dengan kaum yang lain; dan mereka tidak akan seperti kamu ini. (Surah Muhammad)

Khalifah Abu Bakar mengambil alih memimpin negara menentang bangsa arab yang murtad (berpaling tadah menentang Islam). Penyelewengan berlaku dengan bantuan penjajah Parsi dan Rom. Setelah Khalifah Abu Bakar berjaya mengalahkan bangsa arab yang murtad maka dimulakan dakwah mengajak kaum lain kepada Islam tanpa paksaan.

Dua kuasa besar dunia menentang secara ketenteraan kerana menganggap bangsa arab yang menganut Islam itu masih lemah saperti sebelum Islam. Tiba-tiba dua kuasa besar dunia ikut tumbang kerana jahiliyyahnya, walau pun mereka maju daripada segi kebendaannya, tetapi dibejati kezaliman dan maksiat. Khalifah Umar R.A. yang berjaya menjatuhkan dua kuasa besar dunia itu manyampaikan ucapannya ketika berada di Kota Suci Bait Al Maqdis: .

(Kita adalah bangsa yang diberi kemuliaan oleh Allah dengan Islam, sekiranya kita mencari kemuliaan yang lain daripada apa yang telah dikurnia Allah, nescaya kita akan ditimpa hukuman Allah menjadi bangsa yang hina).

Ketika bangsa arab yang menganut Islam masih berpegang dengan ajaran Islam, mereka terus memimpin negara yang paling besar dalam sejarah, bersama masyarakat majmuk berbagai bangsa dan agama. Mereka mengislamkn bangsa lain tanpa paksaan dan mengislam ilmu serta kebijaksanaan daripada berbagai bangsa, sehingga melahirkan tamadun Islam yang paling hebat dalam sejarah manusia.

Apabila bangsa Arab menjadi leka terhadap Islam, maka Allah menukarkan bangsa bukan arab yang menganut Islam dan berpadukan Islam serta menegakkannya. Bangsa lain mengambil alih pemerintahan telah melahirkan ilmuan Islam dan pemimpin negara. Manakala bangsa arab menjadi rakyat dibawah pemerintahan Islam, oleh para ulama dan pemimpin bukan berbangsa arab, saperti Kurdis, Turki, Bukhara dan lain-lain.

Bangsa Melayu di Asia Tenggara turut sama menjadi bangsa yang perkasa apabila mereka menganut Islam dan raja-rajanya memerintah dengan Islam. Bahasa Melayu berhuruf Al Quran bertamadun menjadi bahasa ilmu dirantau ini.

Kedatangan penjajah yang mampu menguasai dunia Islam, termasuk dunia Melayu di rantau ini apabila mereka lemah berpegang dengan ajaran Islam. Cahaya Islam yang sedikit tidak boleh dipadamkan masih bersuluh membangkitkan perjuangan menentang penjajah.

Walaupun penjajah asing sudah meninggalkan tanahair kita, tetapi kesan daripadanya masih wujud dengan tabal. Kita tidak dapat mengambalikan jati diri malainkan dengan kembali menjadikan Islam tertegak dihadapan kita yang menjadi panduan seluruh cara hidup beragama dan bermasyarakat. Ini saperti yang pernah dilakukan oleh Rasulullah S.A.W dengan petunjuk Allah dan diperingatkan oleh Khalifah Umar bin Al Khattab R.A.

Mari kita menjadi bangsa yang insaf dengan muhasabah diri, bagaimana bangsa arab yang berjumlah ratusan juta, di tengah kekayaan hasil minyak yang tidak terkira, dipermainkan oleh kuasa barat yang pernah menjajah mereka. Mereka tidak mampu berdepan dengan segelintir bangsa yahudi zionis yang diletakkan oleh penjajah bagi menjaga kepentingannya di Asia barat. Ini kerana mereka berpaksikan kebangsaan arab dan meminggirkan Islam di belakang mereka. Satu agenda penjajahan pemikiran yang sengaja dirancang bergitu rupa.

Hari ini bangsa arab mula sedar dan bangkit bersama Islam dengan memulakan kemenangan Islam secara aman memalalui pilihanraya yang adil setelah ditekan oleh pemimipin bangsa sendiri secara kuku besi.

Umno adalah pelakon yang sama memimpin negara yang dikatakan merdeka, dengan semangat hidup Melayu, Islam selamat. Nyata bahawa Melayu tidak selamat dengan cara Umno. Islam cara Umno tidak mampu memperkasakan Melayu, kerana Melayu didahulukan, Islam tidak memandunya kerana tidak djadikan panduan. Maka bangsa Melayu tidak mampu bersaing dengan kaum lain dalam masyarakat majmuk.

Kita wajib menerima hakikat masyarakat majmuk yang diatur oleh penjajah ditanah air kita. Setelah mereka menjajah bangsa Melayu yang lebih dahulu yang bercampur dengan kaum pribumi berada ditanahair ini. Penjajah membawa kaum lain yang dijajah juga, untuk sama-sama diperhambakan untuk kepentingan penjajah barat. Bangsa Melayu dan penduduk asal yang lain terus dipinggir dikawasan luar bandar dengan keadaan terbiar dalam kemiskinan. Kaum Cina pula menjadi buruh di lombong-lombong dan sebahagiannya di bandar dan kaum India menjadi buruh di ladang-ladang. Semua kaum diperkudakan untuk kepentingan penjajah dan seterusnya diatur untuk dilagakan diantara satu sama lain, untuk terus diperintah atau menjaga kepentingan penjajah selepas merdeka.

Mengikut Islam bahawa masyarakat majmuk adalah satu adunan yang baik sekiranya dimanfaatkan dengan bijak, sekiranya wujud kedudukan yang seimbang dan saksama diantara satu sama lain. Kaum lain telah menerima hakikat bangsa Melayu yang beragama Islam adalah teras kepada negara dengan hak yang adil secara sama dengan kaum yang lain, kerana jumlah mereka lebih besar. Tiba-tiba kedudukan orang Melayu yang beragama Islam ketinggalan jauh dibelakang dari segi pendidikan, ekonomi, politik dan lain-lain. Ini menyebabkan rasa tidak puas hati terhadap kaum lain, dengan terpinggir secara nyata di Singapura, Pulau Pinang dan negeri-negeri lain di pantai barat dan Malaysia Timur. Semua negeri-negeri ini pada awalnya dipimpin oleh Umno yang bertemakan hidup Melayu mafhumnya tegaklah Islam.

Malangnya Umno menyalahkan pihak lain, khususnya PAS yang tidak bersama Umno sejak menentang penjajah dan cara mencapai kemerdekaan dan mengurus negara. Umno meletakkan Islam disamping atau dibelakang tanpa kuasa secara warisan penjajah yang merancang untuk melemahkan umat Islam mengikut kajian para orentalis. Akhirnya orang Melayu bukan sahaja terus dalam keadaan lemah, tidak mampu bersaing dengan kaum lain. Bukan sahaja ketinggalan dalam ekonomi dibumi sendiri, walaupun diberi tongkat hak istimewa Melayu dan bumiputera, bahkan ketinggalan dalam pendidikan dan kesadaran berpolitik. Pemimpin yang tidak boleh menjadi model Islam kepada bukan Islam dan tidak mampu memimpin kumpulannya dan bangsanya sendiri, apatah lagi negara, tetapi lebih berlagak mampu dengan mempertahan kuasa dengan apa sahaja, kerana dibejati penyakit zalim dan fasad. Zalim mengikut takrif Islam ialah meletakkan sesuatu tidak kena pada tempatnya dalam segala bidang, seperti kehakiman, pentadbiran, ekonomi dan lain-lain aspek. Fasad pula ialah kemunkaran dalam segala aspek saperti rasuah dan segala maksiat terhadap Allah, diri sendiri dan masyarakat.

Pamimpin utama Umno sendiri sudah mengaku adanya penyakit yang kronik dalam diri parti Umno. Politik rasuah (wang) membarah dalam diri sendiri dan menyebarkannya kepada orang Melayu untuk mendapat sokongan, mengampu dan menipu sesama sendiri. Maka orang Melayu dalam bahaya bersama Umno .

Ketinggalan orang melayu dalam politik Singapura ditahun lima puluhan dan enam puluhan adalah dibawah pimpinan Umno. Tertinggalnya orang Melayu di Pulau Pinang adalah dibawah Umno juga. Umno menyelamatkan kedudukan dengan mengasak orang Melayu dengan kawasan pilihanraya campuran bagi memenangkan rakan kongsinya daripada kaum lain setelah parti itu kalah dikawasan mereka. Mereka menekan bangsa sendiri yang menegurnya dan tidak bersamanya, dengan menindas negeri Melayu yang tidak berpihak kepada Umno. Tindakan menafikan hak royalti minyak terhadap Kelantan dan Terengganu suatu ketika dahulu serta melambatkan bayaran perkapita. Begitu juga dengan Kedah. Ini adalah contoh nyata Umno menindas negeri Melayu. Umno juga mengapi-apikan semangat perkauman Melayu sehingga tegang hubungan dengan kaum lain, seterusnya orang Melayu dilekakan dengan wang, media yang menipu dan melalaikan mereka. Ketika bangsa lain berpolitik secara matang dengan kefahaman merancang masa depan yang jauh. Namun orang Melayu berpolitik diajar oleh Umno untuk mencari peluang beberapa hari dimusim pilihanraya sehingga lupa menjadi mangsa setiap lima tahun sehingga lebih lima puluh tahun terus ketinggalan.


Ucapan berapi dalam perhimpunan Agung Umno baru-baru ini lebih banyak membedil diri sendiri, bukan sahaja ada yang menikam dari belakang bahkan ada yang berani menikam secara berhadapan. Walaupun pada zahirnya menyerang lawan dan kawan. Yang tidak faham bertepuk tangan syok sendiri sehingga membengkak tangan. Adapun yang faham pula berubah wajah kerana kebimbangan bahteranya menunggu karam ditebuk kelasi sendiri.

PAS berulangkali mengajak Umno bermuzakarah secara ilmu Islam dan adabnya bagi selamatkan umat dan negara dengan Islam, bukan berbincang untuk bersama memikul biawak hidup yang diternak oleh Umno. Mengajak kepada Islah sekadar kemampuan, kerana bukan cara menyelamatkan negara dengan mengapi-apikan semangat perkauman yang menegangkan hubungan diantara kaum dan agama. Caranya ialah dengan konsep adil untuk semua dan menjaga hak masing-masing secara adil, serta ruang demokrasi dengan batas-batas dan sempadannya yang sebenar secara ikhlas bukan secara menipu. PAS percaya Islam adalah hujah yang terkuat daripada Allah S.W.T kerana Islam adalah Rahmat Allah kepada seluruh alam.

Tulisan ini bukan menjaga tepi kain orang lain, tetapi hanya peringatan kepada mereka yang kainnya sudah parah terkoyak, sehingga menampakkan kecacatan yang memalukan.


PRESIDEN PAS
Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang

Harakahdaily

Kenapa Umno takut jadi pembangkang di parlimen?

Segala jampi serapah pemimpin Umno dalam persidangan Umno yang diberikan kepada perwakilan Umno dari seluruh negara nampaknya belum berkesan.Umno terpaksa pulak upah 'Tentera Pekida' untuk dilembukan Umno daripada tumbang di Putrajaya.Woit! ugut-ugut zaman la ni orang tak takut dah.Apa Pekida boleh buat kalau Umno hilang kuasa di Putrajaya?Takkan nak bunuh orang kot?Apa nasib Pekida di Selangor, Kedah, Kelantan bila Umno tak dak kuasa?Umno guna Pekida bila kuasa diambang kejatuhan.

Tengok la jauh-jauh sikit di Amerika Syarikat dan di British  Parti Demokrat menang ada parti Repubilkan mengamuk?Parti Republikan menang ada parti Demokrat mengamuk.Parti Buruh kalah di tangan parti Konservatif ada parti tu hulur parang nak tetak orang?Kalah, kalah la nak mengamuk pasai apa?Rakyat pilih melalui sistem demokrasi bukan melalui jalanraya.Tapi kalau menipu tak habis-habis dalam pru rakyat akan guna jalanraya untuk ajar Umno-BN.

Bergegar-gegar Najib dan kepimpinan Umno nyalakan semangat perkauman Melayu supaya orang Melayu terhibur dengan ungkapan 'Hidup Melayu Hidup Umno'. 'Hidup Umno Hidup Melayu'.Tapi kenapa masih pemimpin Umno rasa tak yakin kali ini bahawa mereka akan terus berkuasa di Putrajaya?

Yang takut sangat hilang Putrajaya sebab apa?Kalau di Kedah, Pulau Pinang , Selangor dan Kelantan Umno jadi pembangkang boleh pulak tapi kenapa Umno tak sanggup jadi pembangkang dalam parlimen?

Takut Umno memang dah tak bertempat sampai dengan kartun-kartun Zunar pun Umno takut!Orang yang takut selalunya orang yang buat salah, menyamun, merompak wang rakyat, makan rasuah sampai bertaburan sana -sini.Agaknya inilah sebabnya Umno takut bila jadi pembangkang dan hilang Putrajaya.

Buangkan khurafat tanpa Umno Melayu jadi bangsat dan merempat

Ugutan Najib bukti Umno sedar akan hilang kuasa-Harakahdaily

PAS menyifatkan ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Perhimpunan Perdana Persatuan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida), Isnin lalu sebagai berbaur ugutan kepada rakyat khususnya orang Melayu dan umat Islam.


Ahli jawatankuasa PAS Pusat, Mazlan Aliman  berkata, kenyataan Najib bahawa orang Melayu dan umat Islam mesti menyokong Umno BN jika mahu masa depan yang cerah, jelas bertujuan menimbulkan ketakutan kepada orang Melayu.

Ia sekaligus menggambarkan Umno BN seolah-olah semakin sedar mereka akan hilang kuasa selepas pilihan raya umum ke -13 nanti.

"Ada sesuatu yang tidak sihat daripada ucapan itu. Ada kecenderungan di kalangan pemimpin BN, seolah-olah mereka tak boleh terima kalau mereka kalah dalam pilihan raya.

"Kalau ucapan yang dibuat berbau kekerasan kerana nak pertahankan kuasa, ini sesuatu yang sangat berbahaya," kata beliau kepada Harakahdaily hari ini.

Mazlan juga berkata, Umno BN sebaliknya harus memberi peluang kepada rakyat untuk membuat pilihan di peti undi, bukan mengugut masa depan mereka menjadi malap sekiranya memilih Pakatan Rakyat.

"Semua pihak sama ada Perdana Menteri ataupun institusi keselamatan seperti polis dan tentera bahkan badan bukan kerajaan seperti Pekida, Perkasa dan sebagainya harus akur dengan mandat yang diberi rakyat.

"Jika dalam pilihan raya umum rakyat beri kepercayaan selain kerajaan yang sedia ada, rakyat harus menghormatinya," katanya.
Tambah Mazlan lagi, beliau yakin ucapan Najib itu mempunyai maksud tersirat iaitu memberi isyarat kepada Pekida agar tidak sekali-kali "belot" dengan parti pemerintah.

Justeru katanya, semua pihak harus berhati-hati dengan ucapan berbaur ancaman dan provokasi itu.

"Saya yakin apa yang diungkapkan Najib ada maksud tersirat yang nak disampaikan kepada pertubuhan seperti Pekida itu.

"Jadi saya harap ucapan yang berbau ancaman dan provokasi ini dapat diteliti oleh pihak polis supaya ini tidak menjadi satu galakan kepada budaya samseng dalam negara kita seperti yang ditunjukkan oleh BN melalui siri gangguan dalam ceramah Pakatan Rakyat yang semakin kerap berlaku," katanya.
Selain itu, tegas Mazlan, ugutan bahawa Melayu akan menjadi bangsa yang bangsat dan merempat jika tidak diperintah Umno BN langsung tidak berasas.

Sebaliknya beliau berkata, nasib Melayu sekarang ini memang sudah tidak terbela angkara Umno sendiri yang mengaut kekayaan untuk kroni mereka.

"Pakatan belum diberi peluang mengambil alih Putrajaya lagi, bagaimana Najib kata orang Melayu akan jadi bangsa yang bangsat, merempat?

"Hari ini pun kalau senaraikan isu orang Melayu, memang dah jadi bangsat pun. Angkara siapa kalau bukan angkara Umno.

"Kononnya kalau bagi kuasa kepada Pakatan Rakyat Melayu akan bangsat, akan merempat, ini kenyataan yang melampau dan tak patut keluar dari mulut Perdana Menteri," katanya.

Rabu, 7 Disember 2011

Utusan bodek Hasan Ali, layak jadi broker nikahkan Umno-Pas

Panjang lebar tulisan Zaini Hasan dalam Utusan yang menulis Kedaulatan Sultan Selangor dan faktor Dr Hasan (klik).Tulisan itu bolehlah dikatakan sebagai membodek orang yang depa suka, orang yang depa tatang macam minyak yang penuh.Seolah-olah MB Khalid tak layak jadi MB Selangor yang layak hanya Hasan Ali!Bila baca semua tulisan itu cuba adu domba antara Hasan Ali dan Pas , Hasan Ali dan PR di Selangor pun ada, mau jadi batu api pun ada,ni dah memang kerja Utusan sejak dulu lagi.Kata Zaini Hasan , Hasan Ali akan dianugerahkan pingat oleh Sultan Selangor sempena hari keputeraan Sultan Selangor dengan pingat kebesaran Datuk Paduka Mahkota Selangor.

Hasan Ali digambarkan orang yang layak untuk kahwinkan Pas-Umno.Jadi broker la nak nikahkan Pas-Umno sekali lagi.Hang pa mau ka?Perlu diingat kalau musuh puji kita , bodek kita  sudah tentu ada benda yang tak kena.Puji Hasan Ali kutuk TGNA.Kata Pas TGNA lain, Pas Hasan Ali lain.Dalam banyak-banyak orang Pas Hasan Ali jugaaa yang Umno suka ha ha.Tak sedar-sedar lagi ka apa niat Utusan.

Yang lebih teruk lagi Utusan kata "Melayu tu Islam dan Islam tu adalah Melayu".Seolah-olah Islam tu hanya untuk Melayu bukan untuk bangsa lain.India dan Cina pun ada yang Islam.Di negara China lagi ramai orang Islam berbanding orang Melayu yang Islam.

Pas tak pernah diharamkan macam Umno diharamkan zaman Tun Mahathir jadi PM.Umno yang ada sekarang bukan lagi Umno yang asal tapi Umno Mahathirisme.Jadi kalau ada pemimpin Pas nak cabut lari larilah, nak berambus pun berambuslah.Berapa banyak pemimpin Pas keluar Pas masuk Umno tapi Pas tetap wujud hingga hari ini malah bertambah kuat.Gendang perpaduan Pas-Umno ini akan terus dipalu hingga tarikh pru 13 diumumkan.

Umno yang kini parti sesak nafas perlukan tabung oksigen daripada Pas untuk terus bernyawa.Pemimpin mereka yang di atas sedang berebut-rebut mahu jadi calon pru 13 akan datang.Najib pulak kata nak pilih calon boleh menang tak kira la samaada calon tu orang Umno sendiri tak suka janji Najib suka, Rosmah suka.Ditambah lagi dengan macam-macam penyelewengan pemimpin Umno yang libatkan wang rakyat semua ini memeningkan mereka .Orang Cina dan India pulak tak sokong Umno-BN jadi jalan terbaik ialah merayu kepada Pas untuk tidur sebantal.