Sabtu, 20 Mac 2010

Itu BN tipu kuat ! kami nak undi roket -Orang Asli

Gambar di atas daripada Malaysiakini

Aku saja bertanya kepada Orang Asli yang bekerja sebagai pengangkut kertas buangan (recycle paper) di Lembah Klang kenapa ramai Orang Asli pergi tunjuk perasaan di Putrajaya. Kata tiga Orang Asli tu kepada aku, " Itu BN tipu banyak kuat! kami sekarang tak mau undi BN lagi, kami nak undi Roket laju sikit.Roket tak ada undi PKR. PKR tak ada undi bulan." Katanya lagi , "Kami sudah sedar itu BN tak boleh dipercayai mereka tak boleh beli kami lagi dengan RM10 dan RM20. Mereka rampas hak kami." Orang Asli yang aku jumpa tu berasal daripada Pahang.

Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah kata Orang Asli pi Putrajaya sebab nak melancong. Ha ha betoika ?Katanya Orang Asli tak pernah tengok Putrajaya tu macam mana , depa dok tengok dalam tv saja. Takkan punya nak cover line hujah macam tu saja. Kalau nak pi melancong pasai apa bawa sepanduk , poster kutuk BN?

Kata taukeh Orang Asli tu ," Itu Orang Asli aaa tak pandai cakap tipu woo, dia orang lurus punya. Sekarang bila BN tipu mereka , dia orang punya hati banyak panas."

Kalau Orang Asli pun tak percaya kat BN yang kita ni orang Melayu sokong BN ,lu pikir la sendiri!

Berkaitan;
PSM berang menteri 'persenda' Orang Asli-Malaysiakini

Jumaat, 19 Mac 2010

Amboi Ghenyeh Sakan No ..

Zulkifli Noordin, Mohamed Nazri Abdul Aziz, Nasharuddin Mat Isa, Taib Azamudden Md. Taib , Salahuddin Ayub dan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff di Dewan Rakyat, Kuala Lumpur, semalam.-Utusan Malaysia

Amboi tengok tu, sampai herot-herot tengkok ada apa-apaka? MP Kulim Bandar Baharu yang tuduh pemimpin Pas yang tolak beliau masuk Pas sebagai 'Badut Ingusan ' turut senyum sumbing. Mungkin MP Pas yang dok keliting celah kangkang Zul bukan 'Badut Ingusan ', yang Zul tuduh tu.

Menarik;
Walau tiada 1Malaysia Umno tetap Zionis
-Albakistani

Wang Ihsan: Najib Serah Cek Tendang Kepada Terengganu

Ayahanda saudara kepada Yang DiPertuan Agong, Tengku Seri Paduka Tengku Ibrahim Sultan Ismail Nasaruddin Shah berkata "wang royalti" berjumlah lebih RM400 juta kepada kerajaan negeri Terengganu lebih setahun lalu sehingga kini belum dapat dinikmati rakyat negeri itu.

Kata beliau walaupun sudah lebih setahun Datuk Seri Najib Razak yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri namun bayangan wang tersebut masih tidak kelihatan.

"Nampak cantik molek tapi hingga kini satu benda pun takde," kata beliau ketika merasmikan majlis Dialog Isu Royalti Minyak anjuran MAMPAT di Kuala Ibai yang dihadiri lebih 6,000 orang semalam.

Najib menyerahkan replika cek berjumlah RM408.6 juta kepada Menteri Besar Datuk Ahmad Said di satu majlis di Stadium Negeri, Kuala Terengganu pada 13 Disember 2008.

“Cek wang royalti berjumlah RM408.6 juta saya serah sendiri kepada Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said. Ini melambangkan keikhlasan kita," kata Najib ketika itu.

Menteri Besar berkata bayaran tersebut merupakan tambahan selepas pembayaran royalti lima peratus daripada pengeluaran 400,000 tong minyak sehari atau lebih RM50 bilion setahun dari telaga minyak yang terdapat di perairan negeri ini.

Namun menurut Laporan Ketua Audit Negara, Penyata Kewangan Kerajaan Negeri dan Pengurusan Kewangan Jabatan/Agensi, Negeri Terengganu Tahun 2008 Jadual 4.10 pada muka surat 12, wang tersebut adalah bayaran baki peruntukan Dana Khas bagi tahun 2007 dan 2008 yang berjumlah RM408.60 juta, yang dibayar pada bulan Disember 2008.

Suara-Keadilan .com


Ku Li : Wang Ihsan Punca Rasuah

Veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah terus menegakkan pendiriannya dalam isu royalti minyak dengan malam tadi menegaskan, pemberian wang ihsan sebenarnya menjadi punca kepada amalan rasuah dan salah guna kuasa.

Dalam penjelasan kepada rakyat Terengganu malam tadi — lokasi terbaru beliau selepas Kota Baru dua bulan lalu — bekas pengerusi dan pengasas Petronas ini tidak menafikan banyak salah guna kuasa wujud ekoran penyaluran wang ihsan.

“Saya dengar khabar kerajaan Terengganu sekarang (pimpinan Umno-BN) tidak mahu menerima (baki wang ihsan) sebab tidak mahu menerima akaun macam mana duit (penyaluran wang ihsan) telah dibelanjakan tempoh hari, sepanjang lima tahun lalu.

“Sebab itu (wujud) banyak salah guna kuasa... buat itu, buat ini. Semuanya runtuh, tak kekal pun,” kata beliau dengan merujuk kepada beberapa kejadian bangunan milik kerajaan negeri di sini runtuh termasuk stadium.

“Jadi kita kena ingat banyak duit, barangkali diguna sebagai upah, rasuah, banyak harga barang dinaikkan kerana dicuri duit, nak curi duit... itu yang dinamakan wang ihsan,” kata beliau pada Dialog Perdana Isu Royalti dan Solat Hajat di Terengganu Equestrian Resort (TER) di sini malam tadi.

Dialog ini dianjurkan bersama oleh Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (Gegar) dan Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat).

Kira-kira 4,000 orang menghadiri dialog itu yang berlangsung di dewan utama TER yang mampu memuatkan kira-kira 1,000 orang. Tetapi penganjur menganggarkan hampir 6,000 orang hadir dengan limpahan kehadiran disaksikan di luar dewan.

Turut hadir Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dan Exco Kerajaan Negeri Kelantan Datuk Husam Musa yang juga pengerusi jawatankuasa khas isu royalti negeri itu.

Dalam sesi dialog itu, Tengku Razaleigh yang kali kedua berucap di dewan yang sama menyentuh isu yang sama menjelaskan, pemberian wang ihsan tidak semestinya mengikut undang-undang ataupun peraturan, yang mana turut mengakibatkan kebocoran sumber kewangan.

“Oleh kerana ada kebocoran maka berlaku rasuah, salah guna kuasa dan sebagainya. Akhirnya rakyat tidak terima apa-apa,” kata Ketua Umno Bahagian Gua Musang ini.

Kerajaan pusat mewujudkan jawatankuasa pengagihan wang ihsan sebanyak RM20 juta untuk Kelantan bermula bulan ini.

Langkah yang sama diamalkan di Terengganu sejak 2000 selepas kerajaan negeri diambil alih oleh PAS pada pilihan raya umum 1999.

Akhir Januari lalu, Tengku Razaleigh dalam ceramah perdananya di Kota Baru melahirkan pendirian bahawa Kelantan juga layak menerima wang royalti lima peratus, bukannya wang ihsan.

Kerajaan negeri Kelantan mengemukakan tuntutan mahu mendapatkan royalti RM2 bilion tetapi kerajaan pusat menegaskan ia tiada hak sama sekali sambil menggesa agar pergi ke mahkamah.

Pendirian Tengku Razaleigh itu menimbulkan rasa tidak hati di kalangan pemimpin Umno sehingga wujud suara agar tindakan disiplin dikenakan ke atas beliau.

Pada majlis dialog malam tadi, Tengku Razaleigh menegaskan, penjelasan mendalam harus diberikan kepada orang ramai tentang perbezaan antara wang ihsan dan wang royalti.

Kata beliau, rakyat sanggup mengambil walaupun hanya diberi RM200 atau RM300 sedangkan mereka sepatutnya menerima lebih daripada jumlah tersebut.

“Sememangnya wang ihsan dan wang royalti ini berbeza. Oleh kerana rakyat miskin dia terima duit walaupun sedikit, mereka bersyukur dengan apa yang diterimanya.

“Tetapi kita kena jelaskan mereka bahawa wang royalti ini lebih banyak daripada apa yang disebutkan sebagai wang ihsan,” kata beliau.

Ini kerana menurut Tengku Razaleigh, dalam tempoh lima tahun lalu hampir RM20 bilion telah dibelanjakan sebagai wang ihsan manakala bakinya dikatakan RM2.9 bilion.

Tetapi kerajaan pusat hanya meluluskan RM1.6 bilion daripada jumlah tersebut, katanya.

Selain itu, ada peserta yang mempersoalkan mengapa Tengku Razaleigh tidak bersuara apabila Terengganu pertama kali membangkitkan wang royalti pada 2000.

“Saya hendak memberitahu, pertamanya saya tidak menerima wahyu. Nombor dua, (dulu) saya tidak berperanan macam sekarang.

“Hari ini saya dijemput oleh Mampat supaya datang untuk memberikan penerangan... dalam tahun 2008, Mampat ada konvensyen, saya dijemput saya datang. Baru-baru ini saya dijemput oleh Gegar di Kota Baru saya pergi.

“Tapi pada 2000 tidak sesiapa yang menjemput, maka saya pun tidak pergi,” katanya.

Menjawab soalan berkaitan Mustafa berkata, sebenarnya Tengku Razaleigh telah memainkan peranan sejak satu dekad yang lalu.

Kata beliau, apabila kerajaan negeri Terengganu memutuskan untuk membawa isu royalti ke mahkamah antara pihak yang sanggup menjadi saksi ialah Tengku Razaleigh sendiri.

Oleh itu kata Mustafa yang juga bekas Exco Kerajaan Negeri Terengganu ketika pimpinan negeri PAS memberitahu, adalah tidak benar Tengku Razaleigh tidak bersuara pada tahun 2000.

Menurut Mustafa, pada awalnya mahkamah mahukan kehadiran saksi dalam kes berkenaan tetapi diketepikan ekoran rayuan daripada kerajaan pusat dan Petronas.

“Jadi Tengku Razaleigh tidak menjadi saksi untuk kita. Sebenarnya beliau telah memainkan peranan sejak tahun 2000,” katanya.

Menjawab soalan berkaitan dengan Ordinan Darurat dan Akta Pembangunan Petroleum 1974 yang dikaitkan dengan isu pertikaian wang royalti Kelantan, Tengku Razaleigh berkata, sebenarnya beliau sendiri pun samar-samar dengan kandungan ordinan tersebut.

Pun begitu kata beliau, sesuatu akta mengatasi mana-mana ordinan apatah lagi jika ordinan itu dibuat sebelum akta berkenaan digubal dan diluluskan oleh Parlimen.

“Yang saya difahamkan ordinan yang dimaksudkan ialah ordinan yang dibuat tahun 1966, tahun 1966 lebih awal daripada tahun 1974 iaitu Akta Pembangunan Petroleum, akta yang diluluskan oleh Parlimen pada tahun 1974.

“Walaupun ordinan ini dibuat selepas tahun 1974, ia tidak boleh mengatasi akta yang dibuat tahun 1974,” katanya.

Berhubung iklan dalam akhbar-akhbar arus perdana awal bulan lalu, Tengku Razaleigh berkata, kerajaan pusat menggunakan cara tersebut untuk memalukan beliau kononnya tidak konsisten dalam isu pertikaian wang royalti minyak sejak tahun 2000.

“Kononnya dulu (saya) cakap lain sekarang cakap lain. Yang tidak konsisten dia orang, bukan saya. Saya masih bercakap apa yang saya cakap dulu.

“Undang-undang itu yang saya cuba pertahankan. Saya datang hari ini hendak menjelaskan soal undang-undang itu,” kata beliau yang memulakan ucapan ringkasnya dengan menegaskan, peruntukan perundangan jelas menunjukkan kerajaan-kerajaan negeri yang ada pengeluaran hasil minyak wajar diberi wang royalti atau “wang tunai.”

“Perkara itu tidak harus berbangkit sekarang, tetapi ia masih menjadi isu sekarang,” kata beliau yang kemudiannya berdialog dengan menerima 15 soalan kesemuanya.

Menjawab soalan sama ada Kelantan boleh membatalkan perjanjian minyak yang sedia ada dan mengusahakan sendiri urusan cari gali minyak, Tengku Razaleigh berkata, ia membabitkan soal politik yang beliau tidak boleh menjawab sebagai bekas pengerusi Petronas.

Bagaimanapun jelas beliau, Kelantan boleh melakukannya jika merasakan ia mampu untuk berbuat demikian.

“Kalaulah ada kemampuan, kalaulah ada semangat sedemikian rupa, sila timbang perkara itu,” kata anggota kerabat diraja ini.

Soalan yang dikemukakan ialah mengapa Petronas tidak diletakkan di bawah tanggungjawab Parlimen ketika ia ditubuhkan lebih tiga dekad yang lalu.

Tengku Razaleigh yang juga bekas menteri kewangan memberitahu ketika itu Kabinet merasakan adalah memadai dan lebih baik Petronas diletakkan di bawah pengawasan langsung perdana menteri.

“Tetapi kalaulah kaedah ini tidak boleh diterima oleh rakyat (sekarang) mengapa tidak ditimbang untuk mengubah cara yang dipakai sekarang ini, tidak siapa yang boleh menghalang jika memang ada usaha untuk mengubah cara ini,” katanya.

Mengenai langkah selepas ini, Tengku Razaleigh berkata, beliau ada memaklumkan kepada Husam bahawa adalah sukar untuk dilaksanakan melainkan perdana menteri sendiri yang mengaku telah menerima nasihat yang salah.

Kata Tengku Razaleigh, sekiranya perdana menteri tidak sanggup mengubah pendiriannya, maka kerajaan negeri boleh mencari jalan tengah.

“Saya sendiri kata saya boleh jadi orang tengah untuk kerajaan negeri, mana-mana kerajaan negeri bukan kepada Kelantan sahaja, secara percuma... bagi kerajaan pusat menyelesiakan masalah ini.

“Kalau dia (kerajaan pusat) takut duit itu disalah guna untuk politik atau untuk apa sahaja, sanggup jadi orang tengah untuk manfaat kepada rakyat,” katanya.

“Itu satu cara. Cara yang lain ialah mengikut tafsiran undang-undang... macam di Perak, tengok apa yang berlaku, tafsir macam-macam.

“Terpulang kepada kerajaan negeri sama ada pilih jalan ini atau tidak,” katanya.

Bagaimanapun kata beliau, jalan paling selamat ialah mengadakan orang tengah supaya dapat meyakinkan kedua-dua pihak dalam menerima peruntukan yang ada sekarang.

“Yang satu lagi ialah menggunakan timbang rata, yang dilantik oleh kerajaan negeri dan Petronas dan melantik hakim yang dipersetujui kedua-dua pihak,” kata beliau secara berseloroh menambah, “kalau tidak selesai juga, berperanglah.”

Tengku Razaleigh berpendapat tekanan seharusnya terus diberikan supaya kerajaan pusat akan sedar tentang hak sebenar kerajaan-kerajaan negeri.

“Yang kita buat ialah memberi tekanan supaya mereka sedar. Ada tekanan kepada kerajaan supaya mereka sedar bahawa rakyat prihatin dan mahu perkara ini diselesaikan mengikut peraturan undang-undang,” katanya.

Malaysian Insider

Noh Omar Patut Letak Jawatan

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani patut letak jawatan sebagai Menteri kerana kegagalan beliau capai sasaran pengeluaran beras negara di sekitar 86 peratus. Pengeluaran beras hanya di sekitar 70 peratus saja . Banyak wang rakyat dihabiskan untuk meningkatkan hasil pengeluaran beras tapi wang tersebut hanya jadi pembaziran saja tak capai tahap yang diharapkan.

Lapor Suara-Keadilan.com;

Kenyataan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Noh Omar tentang pencapaian pengeluaran beras pada kadar 70 peratus sahaja telah menarik minat Ahli Parlimen Machang Saifuddin Nasution Ismail untuk berbahas lanjut.

Beliau menyifatkan Menteri terbabit gagal melaksanakan industri terbabit seperti yang dibentangkan semasa bahas bajet pada tahun 2009 yang disasarkan pengeluaran beras negara pada kadar 86 peratus.

Peruntukan besar yang dikeluarkan oleh Kerajaan terhadap sektor terbabit dilihat sebagai satu pembaziran

"Kadar peratusan dari tahun 2008 hingga 2010 hanya meningkat 1.8 peratus sahaja ini yang mengecewakan. Apa yang telah dilakukan oleh kementerian terbabit dalam mencapai sasaran terbabit

"Apa terjadi peruntukkan berbilion-bilion yang diberikan kepada sektor pertanian nampaknya tiada progres yang berlaku dan ini lebih kepada bersifat pembaziran,"

"Pada pendapat saya kalau begini keadaannya saya rasa kerajaan perlu mengambil dalam jangka masa lapan tahun untuk mencapai sasaran 86 peratus," jelasnya

Datuk Noh Omar menyifatkan kegagalan sektor tersebut tidak mencapai sasaran yang telah ditetapkan adalah disebabkan oleh pertambahan penduduk Malaysia setiap tahun.

"Berapa ramai pertambahan penduduk Malaysia setahun, jawapan yang diberikan itu tak masuk akal kita. Kerajaan memberi fokus pada bajet tentulah mengambil kira pertambahan penduduk, tak kan tidak mengambil unjuran pertambahan penduduk,"

"Bagi saya sasaran ini gagal, kerana menggunakan perbelanjaan yang besar tetapi tidak mendatangkan pulangan yang munasabah," sambungnya lagi.


Khamis, 18 Mac 2010

Hidung tak mancung pipi tersorong-sorong

Lapor Malaysiakini ;

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah tidak akan berangkat menghadiri majlis perasmian mesyuarat agung tahunan (AGM) Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) pada 27 Mac ini. Baca di sini

Baca juga Ibrahim Ali mahu saman The Sun-Malaysiakini

Husam saman Sayuti , Siasah

Akhbar Siasah keluaran terbaru bil 0192 di muka hadapan menyiarkan berita bahawa Ahli exco Kerajaan Kelantan, Husam Musa telah menyaman penulis blog Mohd Sayuti Omar, akhbar Siasah beserta empat pihak lain ekoran satu penyiaran berita dalam akhbar Siasah pada Nov 2009 yang berjudul Husam Cetus Idea Pembangkang Timbalan Exco. Menurut tuntutan saman , Husam mendakwa tulisan di bawah tajuk berkenaan berniat jahat dan fitnah terhadapnya.

Empat pihak lain yang turut disaman ialah ; Zulkifli Sulung yang dinamakan sebagai Ketua Pengarang Siasah yang bertanggungjawab menyelia dan menapis bahan-bahan penyiaran, pencetak akhbar berkenaan dan Media Icon Sdn Bhd selaku pengedar akhbar berkenaan.

Tulisan itu kemudiannya dikupas dalam blog msomelayu.blogspot.com di bawah tajuk "Husam Hayati Semangat Unity Goverment" yang dianggap dibuat dengan niat jahat untuk memberikan gambaran bahawa plaintif menyokong kerajaan perpaduan.Baca lanjut kena pi beli Siasah bil 0192. Jumlah keseluruhan tuntutan saman terhadap semua defenden RM4 juta.

Anjing Penyerang Bn , Pembunuh Altantuya

Setiausaha Agung PKR Saifudin Nasution melabelkan ahli-ahli Parlimen PKR yang keluar parti itu dan menyalak garang dalam Parlimen umpama 'anjing penyerang' BN .Kerja melawan hujah dalam parlimen oleh Umno sekarang dilakukan oleh ahli-ahli Parlimen Bebas untuk menghentam parti yang pernah mereka sertai.

Kata orang makan pun kat situ berak pun kat situ.Memang muka tak malu.Dapat jadi ahli Parlimen pun hasil usaha para pengundi yang melawan Umno-Bn yang pangkah mereka untuk menang.Punya nak tutup cerita 'bebai' sebab tak dapat projek berbekalkan syarikat modal rm2 lain pulak cerita yang keluar.

Kata Saifudin Nasution dalam laporan Malaysiakini musuh utama pakatan rakyat bukan puak 'anjing penyerang' BN tu tapi adalah Umno-Bn.

“BN adalah musuh politik utama kita. Kita berdepan dengan pembunuh Altantuya, kita menghadapi mereka yang merompak kekayaan rakyat dan kita berdepan juga dengan kerajaan yang mengamalkan rasuah,” katanya.

Saifuddin juga mendakwa dia didatangi oleh seorang anggota kanan MP Umno yang juga seorang menteri kabinet dan diberi amaran agar menghentikan membuat pendedahan yang memalukan Umno dan BN.

Menteri kanan itu dikatakan tidak senang dengan kenyataan Saifuddin di Dewan Rakyat semalam bahawa ada pemimpin Umno yang menghidangkan minuman keras pada ulang tahun perkahwinannya.

Saifuddin juga memberitahu Dewan Rakyat dalam satu lawatan yang dianjurkan oleh Umno ke amerika syarikat, seorang pemimpin parti itu tertidur di kasino dan gagal mengikuti rombongan berkenaan.

Berkaitan;
Selak - menyelak di dalam Dewan Rakyat-Penarik beca

RM 60 Juta Untuk Konsultan Israel

Muka depan Harakah bil 1523 yang bertajuk 'RM 60 Juta Untuk Konsultan Israel' mendedahkan Perdana Menteri Najib didakwa menggunakan khidmat konsultan Israel ,APCO Worldwide, dengan bayaran perundingan sehingga RM60 Juta termasuk memperkenalkan slogan 1Malaysia.

Ketua Pembangkang ,Anwar Ibrahim berkata konsultan yang sama juga pernah digunakan bekas Perdana Menteri Israel, Ehud Barak pada tahun 1991 dengan memperkenalkan slogan 'One Israel'.Tambahnya ,syarikat berkenaan sudah membuka pejabat di Malaysia dan kini jadi penasihat kepada Najib dan isterinya, Rosmah Mansor.

Rabu, 17 Mac 2010

Kerajaan Umno-Bn guna khidmat agen Yahudi- Anwar

Ahli Parlimen Permatang Pauh Anwar Ibrahim yang juga bekas TPM Malaysia berasap-asap menyerang Umno-Bn dalam Parlimen dan beliau telah mengemukakan bukti bahawa Kerajaan Umno-Bn telah menggunakan khidmat agen Yahudi untuk urusan khidmat perunding imej. Kalau betul dakwaan tersebut memang celaka sungguh la.

Lapor Suara-Keadilan.com;

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas keras sikap hipokrit Umno dan Barisan Nasional yang menuduh beliau menjadi ejen Yahudi dan Cina tetapi pada masa yang sama secara senyap-senyap mengunapakai khidmat syarikat perunding imej pro-Zionis, APCO International.

Ketika mengambil bahagian dalam perbahasan titah Yang Dipertuan Agong, Anwar mendedahkan semasa pentadbiran mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, kerajaan Umno-BN juga telah membayar sejumlah wang kepada pelobi Yahudi yang pro-Zionis dan neo-konservatif ektremis, Jack Abramoff.

Kerajaan Malaysia telah membayar yuran perundingan sebanyak AS$1.2 juta (RM4.6 juta) kepada Abramoff bagi khidmat menguruskan pertemuan antara Dr Mahathir dan Presiden Amerika ketika itu George W. Bush di White House, Washington pada Mei 2002.

Apabila perkara itu dibongkarkan oleh pembangkang Dr Mahathir menafikan bahawa bayaran tersebut adalah daripada dana kerajaan.

Ahli Parlimen itu mendedahkan Abramoff bukan sahaja berfahaman ektremis Zionis tetapi juga telah didakwa serta dijatuhkan hukuman bersalah oleh mahkamah di Amerika dan kini dipenjara kerana mengumpul bayaran melampau dan cara salah sebagai pelobi dan dalam fakta kes beliau di mahkamah tercatat dalam nota kongres Amerika.

"Saya nak tanya ustaz, ustazah dan Menteri Agama Umno apa pandangan mereka Najib guna pelobi yahudi yang bukan sahaja tauke judi tetapi juga didapati menipu kaum Red Indian di Amerika dengan tujuan merampas tanah mereka untuk membina kasino.Baca lagi disini

Tahun lepas Zahid Hamidi Menteri Pertahanan didakwa ada berjumpa penyembelih umat Islam Palestine di Paris iaitu Ehud Barak Menteri Pertahanan Israel

Orang Asli Kena Tipu Mara Ke Putrajaya

Aku nak ucapkan tahniah kepada orang asli kaum asal negara ini yang berani menuntut hak-hak mereka yang ditipu pihak berkuasa yang pandai bermain kata-kata untuk menyedapkan hati kaum yang kena tipu itu. Hari ini Orang asli dah mara ke Putrajaya ,berdemontrasi menuntut hak-hak mereka yang dipekakkan telinga oleh pihak pemerintah Umno-Bn.

Bukan setakat Pakatan Rakyat bercita-cita nak ke Putrajaya orang Asli pun mau ke Putrajaya ! Umno-Bn ingat kaum Asli itu boleh diperbodohkan dengan sewenang-wenangnya tapi apa yang berlaku adalah disebaliknya. Hampir dua ribu orang Asli berhimpun di Putrajaya berjumpa dengan Shafie Afdal Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah. Shafie Afdal yang juga Ketua Perhubungan Umno Kedah mungkin sibuk dengan jawatannya di Kedah sebab nak ambik balik Kedah daripada tangan Pakatan Rakyat. Dah la duduk di Sabah kena pula berulang alik ke Kedah sekarang orang Asli yang kena tipu tu nak tonyoh-tonyoh muka Shafie yang jaga hal ehwal mereka.

Lemahnya Umno di Kedah yang terpaksa berketuakan orang luar untuk perintah orang Umno di Kedah.

Dalam berita Malaysiakini 'Tanah ditipu', Orang Asli berhimpun di Putrajaya melaporkan;

Lebih 2,000 Orang Asli kini di Putrajaya bagi menyerahkan memorandum bantahan kepada perdana menteri berhubung dasar pemberimilikan tanah.

Bagaimanapun kehadiran sesetengah mereka sejak jam 12.45 tengah hari tadi, dengan beberapa bas telah dilencongkan oleh pihak polis ke sebuah auditorium di kompleks Jabatan Perdana Menteri.

Kira-kira seribu daripada mereka disuruh berdialog dengan menteri yang berkaitan, Datuk Seri Shafie Apdal di auditorium itu.

Kira-kira seribu lagi kini berada di persiaran di hadapan pejabat Perdana Menteri bersedia untuk berarak bagi menyampaikan memorandum berkenaan.

Mereka bersiap sedia untuk berarak tetapi dihalang berbuat demikian oleh anggota polis yang bertugas sekitar kawasan itu.

Bagaimanapun setelah perbinacngan kira-kira 15 minit, pihak polis memberi jaminan untuk membenarkan lima orang wakil Orang Asli untuk menghantar memorandum berkenaan.

Keputusan itu disambut dengan pekikan "boo" oleh Orang Asli.

Polis juga meminta Orang Asli supaya tidak berarak dan mempamerkan kain rentang serta sepanduk mereka.

Kumpulan itu bagaimanapun akur untuk tidak menghalang laluan ke JPM dan berkumpul di bahu jalan.

Pada perhimpunan ini, orang Asli membawa sepanduk dan kain rentang yang antaranya berbunyi “ Hak Kami Selaku Orang Asal Perlu dihormati”, “ Jangan Hapuskan Akta Kami” dan “Iktirafkan Wilayah Adat Kami”.-Malaysiakini.

Kita orang Melayu ni dah ramai yang sedar dengan sepak terajang politik Umno tapi masih ada lagi yang mendewa-dewakan Umno sebagai tiang seri untuk terus hidup. Teringat aku akan kata-kata "orang Melayu ni selagi ada duit dalam poket, makan pakai cukup, boleh belanja kawan -kawan minum teh dan nasi lemak kat kedai kopi dia tak akan mengamuk, tapi bila seluk poket seluaq sekupang pun tak dak waktu tu baru dia nak mengamuk" !

Ramli Yusuf Bebas, Musa Hassan Tersingkir

Tan Sri Musa Hassan akan digantikan sebaik sahaja kontrak beliau sebagai Ketua Polis Negara tamat September depan.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata proses peralihan telahpun bermula.

"Saya tahu siapa yang akan menggantikan KPN. Saya juga tahu siapa yang akan menggantikan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah. Saya juga tahu siapa yang akan menggantikan siapa, maka dengan itu tidak perlulah kita berspekulasi," kata Hishammuddin di Parlimen 15 Mac lalu.

Sabtu lepas, Musa terpaksa menafikan laporan akhbar China Press yang mendakwa beliau meletak jawatan.

Tindakan berkenaan menguatkan spekulasi terdapat usaha terancang menyingkirkan beliau sebagai Ketua Polis Negara.

Ketua Angkatan Muda KEADILAN Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata perkara itu berlaku kerana kegagalan Musa dalam membanteras kadar jenayah yang semakin tinggi dan hubungkait Musa yang dikatakan terlibat dalam kegiatan jenayah serta kongsi gelap.

"Saya percaya adanya usaha daripada pihak kerajaan supaya beliau dipecat daripada tugasnya sebagai Ketua Polis Negara dan perkara ini dikuatkan dengan pendedahan serbuan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di rumahnya baru-baru ini yang menemui sejumlah besar wang. Sehingga sekarang perkara ini tidak dinafikan Musa," ujarnya.

Kata Shamsul penafian itu merupakan strategi Musa untuk kekal berkuasa sebagai KPN supaya segala perlakuan rasuah dan jenayah yang dilakukan selama ini tidak diketahui umum.

Perkara itu dikuatkan lagi dengan pembebasan bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Datuk Ramli Yusuf di Mahkamah Sesyen daripada dakwaan tiga kes gagal mengisytiharkan harta miliknya.

Beliau dituduh gagal mengisytiharkan pemilikan 20,000 saham Telekom Malaysia Berhad, 154,000 saham Permaju Industries Berhad dan hartanah pejabat bernilai RM1,032,840.

Hakim M Gunalan memutuskan pendakwa raya telah gagal dalam membuktikan kes prima facie terhadap Ramli apabila dituduh dan digantung perkhidmatan pada 2007.

Ramli, 58, yang juga pegawai ketiga tertinggi dalam hirarki Polis Di Raja Malaysia sebelum ini mengaitkan Musa dalam kegiatan jenayah dan kongsi gelap.

Pada 2007 Ramli mendakwa beliau dan pegawainya menjadi mangsa konspirasi setelah jabatan yang diketuainya bertindak menyiasat kongsi gelap dan kegiatan bawah tanah membabitkan ahli perniagaan Johor, Goh Cheng Poh atau Tengku yang turut dikaitkan dengan Musa.

Menurut Shamsul bukan satu kebetulan apabila Musa menafikan beliau meletakkan jawatan, sehari selepas Ramli Yusuf dibebaskan daripada tuduhan tersebut.

Dalam perkembangan yang sama, dilaporkan Ramli akan melapor diri untuk bertugas dalam masa terdekat.

Suara-Keadilan.com