Khamis, 29 Ogos 2013

Nak pi Mekah ka nak pi menikah?

Apa boleh buat hanya orang macam ni saja yang ada layak pegang jawatan besar sebagai Pengerusi Lembaga Tabung Haji..Takat tu ja boleh pikiaq sebagai pengerusi Tabung Haji?
Cadangan tu tak salah tapi tahap pemikiran tu yang dikira terlalu amat tidak layak untuk jadi Pengerusi Tabung Haji...

Kongsi Gelap wujud dah lama daaa

Siapa yang mula-mula guna kongsi gelap Cina kalau bukan orang bangsawan dan pihak istana kerana perebutan kuasa dan lombong bijih timah.Isu Kongsi Gelap ni dah seratus tahun lebih dan tertulis dalam sejarah.
Dalam Ngah Ibrahim Wikipedia Ensiklopedia bebas menyebut;
Perang Larut Keempat meletus dalam tahun 1873, kurang setahun selepas berakhirnya Perang Larut Ketiga. Selepas Kumpulan Hai San dengan bantuan Ngah Ibrahim menguasai semula kawasan lombong di Klian Pauh, Kumpulan Ghee Hin yang disokong oeh Raja Abdullah menyerang balas dengan pejuang dan senjata yang dibawa dari Singapura dan China...Baca di sini.

Hari ni Menteri Dalam Negeri mendedahkan senarai penuh kumpulan kongsi gelap yang berselerakan di seluruh Malaysia yang terdiri daripada kongsi gelap Melayu,Cina dan India.Katanya pihak polis akan perangi habis-habisan kumpulan kongsi gelap ini.

Patut diketahui siapa dalang atau pemimpin politik yang melindungi kumpulan kongsi gelap atau mafia yang dilihat cetuskan suasana ganas dengan melakukan tembakan bunuh setiap hari.Malaysia yang dilihat dah jadi negara koboi.Adakah anggota polis dan lain-lain jabatan penguatkuasa turut serta jadi ahli kumpulan kongsi gelap?

Yang tak termasuk dalam senarai tapi aktif dalam politik ialah Geng UG,Geng Erdogan,Geng Ostad,Geng Azmin Ali,Geng Khalid,Geng Anwar,Geng Kak Wan,Geng Najib,Geng Muhyiddin,Geng Madey,Geng Ku LI..Geng Sunni,Geng Syiah..dok nampak yang kena serang sakan la ni Geng Syiah..kesian kat depa..sikit lagi Geng Wahabi,Geng Salafi,Geng Kaum Tua.Geng Kaum Muda..antara geng ni ada yang boleh kawtim dalam gelap selepas pru 08 yang lalu..ni semua geng daripada Bani Melayu sikit-sikit campor ngan Cina dan India..:-)


Rabu, 28 Ogos 2013

Pemuda Perkasa desak Haji Najib letak jawatan

Perkasa panggil ketua pemuda kerana desak Najib letak jawatan

Sayap pemuda Pertubuhan Pribumi Perkasa Kebangsaan (Perkasa) mengejutkan ramai pihak apabila membuat gesaan supaya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan ekoran gagal menguruskan negara dengan baik.
Ketua Wira Perkasa, Irwan Fahmi Ideris membuat kenyataan kontroversi itu dalam tulisan di blognya bertajuk "Sudah Cukup Segalanya Digadai, Hj Najib Wajar Meletakkan Jawatan."
"Saya tidak tahu Wira Perkasa ada kuasa yang begitu besar untuk paksa perdana menteri meletak jawatan," kata Datuk Abdul Rahman Abu Bakar kepada The Malaysian Insider, serta meluahkan rasa terkejut atas kenyataan Irwan itu.
Marah apa ni..tak kesian ka kat Najib yang didesak daripada segenap penjuru termasuklah oleh mantan PM Tun Madey.
Sebab tak dapat projek ka?Adakah mantan Tun Madey berkomplot dengan Perkasa untuk jatuhkan Najib menjelang perhimpunan agung Umno akan datang?

Adakah Pemuda Perkasa turut geram kerana gagalnya pencarian siapa bunuh Altantuya?

Isnin, 26 Ogos 2013

Berita bodohkan rakyat sikit ja kalau banyak..

'Berita perbodoh rakyat hanya sedikit'
Penasihat redaksi agensi berita Bernama Datuk Azman Ujang berpendapat hanya sebahagian kecil dari laporan yang diterbitkan oleh media arus perdana bersifat "memperbodoh-bodohkan" rakyat.
NONEBeliau berpendapat demikian kerana akhbar arus perdana masih dibeli dan dibaca orang ramai.

"Jika akhbar-akhbar memperbodohkan isi kandungan mereka, lambat laun orang akan berhenti membaca akhbar itu dan saya tidak merujuk kepada mana-mana akhbar secara khusus di sini.

"Hakikat bahawa akhbar-akhbar ini masih berada dalam pasaran bermakna orang ramai percaya bahawa berita-berita yang didakwa memperbodohkan orang ramai hanyalah sebahagian kecil daripada apa yang mereka mahu baca," katanya.
Beliau berkata demikian dalam forum di Sidang Kemuncak Pemimpin Pelajar Malaysia ketujuh di Kuala Lumpur petang ini.-Malaysiakini

Tu pon dok kutip baca lagi walaupun dah terbukti benar media arus Perdana memperbodohkan rakyat...katanya yang berita bodoh tu sikit ja kalau banyak agaknya BN dapat 2/3 majoriti dalam parlimen..

Berita fitnah Utusan Meloya menyebabkan akhbar tersebut seringkalah dan kena bayar saman berjuta ringgit tu pon masih tak sedar dok percaya lagi..yang bodo bertambah bodo bukan lagi cerdik..sikit cerdik pon tak dapat

Salahkah mintak jawatan?Bukan mintak balak dan projek

Menjelang muktamar Pas beberapa bulan lagi semakin hebat perang cyber antara antara kedua pihak dan penyokong masing-masing.Salah satu isu yang ditimbulkan memintak-mintak jawatan yang seolah-olah haram dalam Pas walaupun depa tak kata macam tu!

Ni kisah bab mintak jawatan oleh Nabi Yusuf A.S yang ditawarkan jawatan oleh Raja sebagai orang khas untuk bermesyuarat tapi ditolak. Kata Nabi Yusuf A.S seperti yang dijelaskan dalam Surah Yusuf yang bermaksud;
Yusuf berkata: "Jadikanlah daku pengurus perbendaharaan hasil bumi (Mesir); sesungguhnya aku sedia menjaganya dengan sebaik-baiknya, lagi mengetahui cara mentadbirkannya".-55..tafsir Ar Rahman menjelaskan bahawa ini jadi dalil bahawa tentang harusnya seorang itu memuji dirinya secara benar untuk mengenalkan dirinya bagi orang yang belum mengenalnya;dan juga tentang harusnya meminta sesuatu jawatan ..mukasurat 449 Tafsir Ar Rahman..
Kalau ada yang kata tu Nabi..boleh la..habis kalau tak ikut macam Nabi dan diterangkan dalam Al-Quran nak ikut sapa lagi?


Bukan mintak balak,bukan minta projek kat negeri yang PR berkuasa cuma mintak untuk berkhidmat kepada parti pebetoi skru dan nat tang mana longgar takkan berdosa..takkan salah kot..?

Tawar diri untuk jadi ketua atau pemimpin dikira minta jawatan dalam Pas..yang pakat berebut kerusi semasa pilihanraya umum ke 13 yang lalu boleh pulak..salahkah mintak jawatan untuk berkhidmat kepada Parti ..lain la kalau merasuah untuk menang jawatan ..ni teloq lawan dengan teloq ja..!

Pas bukan parti pak lebai dan jugak parti untuk yang berjubah dan berserban tapi turut dianggotai sayap penyokong bukan Islam yang berminat dengan Pas.Jangan sampai nanti anak muda yang berkebolehan perlahan-lahan tinggalkan masuk parti Dap,PKR dan Sosialis kerana dipinggirkan oleh Pas semata-mata kerana mereka bukan lulusan agama.

Kata sifu blogger yang dah pencen kat aku,"Ustaz Harun Din cabar Ustaz Nasharudin Mat Isa sebagai Timbalan Presiden PAS pada Muktamar PAS 2007.Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man cabar Ustaz Nasharudin Mat Isa sebagai Timbalan Presiden PAS pada Muktamar PAS 2011. Adakah mereka sanggup kata kedua2nya gila kuasa dan meminta2 jawatan?"
Ni aku kata adakah kerana kedua2nya ada gelaran ustaz makanya dikatakan tidak meminta jawatan dan gila kuasa..?

Sabtu, 24 Ogos 2013

Semua dah jadi mafia


Anak dedah pembunuhan pegawai tertinggi Kastam berkait penyeludupan kereta di Langkawi

Pembunuhan pegawai tertinggi Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Kastam) mempunyai kaitan dengan sindiket penyeludupan kereta berpangkalan di pulau bebas cukai Langkawi, kata ahli keluarganya kepada The Malaysian Insider.
Timbalan Ketua Pengarah Kastam Datuk Shaharuddin Ibrahim (gambar) ditembak mati di Putrajaya pada 26 April, beberapa minggu sebelum keganasan berkaitan pistol tersebar ke seluruh negara.
“Pembunuhan bapa saya dirancang, ia ada kaitan dengan sindiket penyeludupan kereta di langkawi," kata Mohd Akhtar Shaharuddin kepada The Malaysian Insider minggu ini.
Malah beliau sendiri yakin dalang pembunuhan bapanya adalah dari jabatan Kastam sendiri.
"Saya pasti akan hal itu biarpun polis menafikannya," kata arkitek berumur 30 tahun itu."Bapa saya pernah menceritakan kekecewaan beliau terhadap penyelewangan kuasa pegawai kastam yang terlibat dalam rasuah ini berkaitan dengan sindiket penyeludupan kereta di Langkawi.
"Tidak lama selepas membuat aduan itu, beliau menerima surat pertukaran kerja. Surat itu, bagaimanapun ditarik balik apabila Kesatuan Kastam campurtangan dan berjuang mempertahankan hak bapa saya," katanya.
Sebulan selepas itu, Shaharuddin ditembak ketika sedang memandu ke pejabatnya di Putrajaya.
"Tidak ada siapa faham kehilangan orang tersayang dengan cara kejam begini kecuali bagi mereka yang pernah melalui sendiri kerana itu saya amat berharap kematian bapa dibela," katanya.
Yang lebih menyedihkan Akhtar, empat bulan selepas bapanya ditembak mati, tiada sesiapa didakwa kerana membunuh.
Pertama kali bercakap kepada media, Akhtar mengatakan bapanya menerima panggilan daripada pemberita bertanya tentang sindiket penyeludupan kereta di Langkawi, beberapa minggu sebelum ditembak mati.
Tanpa berfikir panjang, orang nombor tiga dalam Kastam itu ke Langkawi untuk menyiasat.
"Beliau merupakan seorang yang tegas dan tidak pernah menceritakan apa-apa masalah tentang kerja dengan keluarga. Namun saya diberitahu oleh ibu, seorang wartawan ada menelefon bapa saya bertanyakan mengenai isu sindiket penyeludupan kereta di Langkawi," kata Akhtar.
Akan tetapi beliau tidak pasti sama ada bapanya sempat bercakap dengan pemberita itu selepas pulang dari Langkawi.
Akhtar turut mendedahkan bapanya menerima banyak ugutan termasuk peluru dihantar ke rumah mereka.
Menurutnya, beliau membuat pendedahan kerana kecewa dengan layanan dingin diberikan polis ke atas siasatan kes bapanya.
"Bayangkan sudah hampir berapa bulan kes ini berlaku jangan kata suspek malah sebarang petunjuk tidak diberikan polis," katanya.
Katanya kali terakhir dia berjumpa dengan polis pada bulan Ramadan lalu setelah digesa beberapa kali untuk mendapatkan perkembangan siasatan.
"Dalam tempoh berapa bulan selepas kejadian saya hanya berjumpa dengan polis dalam dua atau tiga kali.
"Bagaimanapun selepas sebulan mereka langsung senyap dan saya terpaksa mengejar polis untuk mengetahui perkembangan kes," katanya.
Menurut Akhtar, layanan diberikan polis terhadap kes bapanya dianggap tidak adil walaupun bapanya merupakan pegawai tinggi kerajaan yang banyak menyumbang kepada negara.
"Kita bercakap tentang pembunuhan Timbalan Ketua Pengarah, siapa beliau.. tidakkah jasa beliau tidak ternilai kepada negara jadi kenapa memperlakukan keluarga kami begini,” katanya kecewa.
Tegas Akhtar beliau hanya mahu keadilan bagi bapanya.
"Bapa saya seorang berdedikasi dan pegawai jujur tidak pernah mengambil kesempatan terhadap kelebihan dimiliki walaupun dia boleh berbuat demikian," katanya lagi.

Konflik Syiah -Sunni:"Jangan jadi bodoh.."

Antara petikan menarik penjelasan oleh Pengerusi Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia(Shura) ust Abdul Ghani Shamsudin mengenai konflik Syiah- Sunni;
Umat Islam walaupun kita berjihad tapi kita kena pastikan yang kita lawan ini adalah kumpulan yang zalim.Kumpulan Sunni ini ada yang bunuh orang Sunni.Orang Mesir bukankah orang Sunni?Yang menyebelahi Jeneral As Sisi itu juga kumpulan Sunni.Masalahnya mereka itu jahat.Kita kena waspada dengan perancangan grand design ini.

Dalam suasana umat Islam semakin parah,kemelut Syria belum berjaya diselesaikan ,datang pulak musibah Mesir ini..di mana isu Mesir ini satu usaha seluruh dunia yang dirancang Yahudi dan Amerika supaya kumpulan yang hendak kepada Islam ini..Islam politik..Islam Tamadun ini..sebagai Islam Terrorist yang dikejar untuk dibunuh.Ini satu perancangan jangka panjang.

Semakin hari semakin parah.Kita sebagai umat Islam yang faham,yang tahu sejarah pertembungan Syiah dan Sunni,ia bukan dapat diselesaikan dengan menyiarkan dalam Facebook.Ia satu persoalan yang sangat besar dan kita jangan jadi tidak tentu arah.Macam setengah orang yang mudah melatah dan menyebabkan menjadi susah.
Dalam hal seperti ini kita memerlukan sokongan negara Islam Iran yang juga pernah bantu Hamas.Jangan pulak kita kata Iran pun kapir.Kita jangan jadi bodoh.Akhirnya kita berjuang tanpa kebijaksanaan...


Kepada yang bercakap mengenai Syiah dibelakang konflik Mesir ,kita tidak usah layan.Umno yang sibuk bercakap mengenai Syiah ini.Ulama Muda Umno Fathul Bari menyebut Khawarij.Puak-puak as Sisi inilah Khawarij sebab keluar daripada ketaatan yang telah dipilih dengan melakukan rampasan kuasa..Bertindak membunuh rakyat yang hanya duduk di situ.Ini pembunuhan kejam yang dibuat As Sisi.Ini sangat jelas.Tetapi kenapa pula hendak ditukar bahawa yang jahat adalah Ikhwanul Muslimin.-FIKRAH sila beli hari ni untuk bacaan lanjut Harakah bil 1871 keluaran Isnin.


Jumaat, 23 Ogos 2013

Jangan terkejut Azilah dan Sirul bebas daripada tuduhan bunuh Altantuya

Sirul, Azilah bebas pertuduhan bunuh Altantuya

Dua bekas komando polis bebas hari ini selepas Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan mereka dan mengubah sabitan terhadap mereka atas tuduhan membunuh warga Mongolia Altantuya Shaariibuu pada 2006.
Panel  tiga hakim iaitu Datuk Seri Mohamed Apandi Ali, Datuk Linton Albert dan Datuk Tengku Maimun Tuan Mat membuat keputusan sebulat suara membenarkan permohonan rayuan bekas ketua inspektor Azilah Hadri dan bekas korperal Sirul Azhar Umar.
Kedua-duanya sebelum ini disabitkan bersalah di Mahkamah Tinggi Shah Alam atas tuduhan membunuh model dan penterjemah, Altantuya, 28, di hutan simpan di Shah Alam pada 2006.
Mereka pada ketika itu bertugas di Unit Tindakan Khas Bukit Aman dan berada dalam pasukan keselamatan Datuk Seri Najib Razak. Najib pada ketika itu ialah timbalan perdana menteri dan menteri pertahanan. – 23 Ogos, 2013.-The Malaysian Insider.
Jangan terkejut kenapa mereka dibebaskan..Mubarak yang zalim tu pon boleh terlepas..kini siapa pembunuh sebenar Altantuya?Siapa?

Khamis, 22 Ogos 2013

Dah pilih BN kena la bayaq buat apa nak kecoh-kecoh!

Tiga perkara utama yang menjerat dan mencekik darah rakyat diumumkan selepas PRU 13 ialah;
1- Pelajar yang pinjam duit PTPTN yang tidak bayar akan disenarai hitamkan dan tidak boleh ke luar negara.Hasil perbincangan kabinet Najib maka rancangan ini ditangguhkan setelah dapat bantahan ramai.Elok pun dikenakan tindakan sebab PR semasa kempen PRU 13 yang lalu dah berjanji mahu hapuskan PTPTN tapi mak bapak pelajar yang kebanyakkannya orang Melayu tak percaya dengan janji PR,kini baru kelamkabut dok mengamuk marah kerajaan BN kerana mahu blacklist anak mereka.Dah nama pun pinjam kena la bayaq PR offer pendidikan percuma hang pa tolak mentah-mentah!

2-Ketua Polis Negara yang berlagak pakar undang-undang cadangkan sesiapa yang tak bayar saman trafik layak dibatalkan lesen mereka.Ini adalah satu lagi projek untuk kerajaan dapat duit segera setelah habis banyak wang dalam pru 13 yang lalu.

3-Kamera AES.Kerajaan umumkan akan ambil alih urusan kamera AES daripada terus dikendalikan syarikat yang diberikan kuasa uruskan saman kamera AES.Ingat baik-baik hanya ambil alih urusan saja tapi saman AES kena bayar jugak!

Kenaikan harga barang yang melambung tinggi sudah tidak terkawal pihak pemerintah pulak tambahkan beban yang bertimbun-timbun dengan pelbagai ugutan untuk kutip wang daripada rakyat secepat yang mungkin.Tak bayaq lesen memandu batal,tak bayaq PTPTN nama blacklist..padan muka!Bayaq la dah pilih BN jangan buat kecoh!

Ya la nak pilihanraya pun lambat lagi nanti dekat nak pilihanraya ke 14 rakyat kena kencing dan tipu lagi dengan janji manis lepas pru.. kena tipu lagi dan lagi dan lagi..lagi ..lagi! Tak serik-serik walaupun dan acapkali kena kena tipu dengan syaiton yang dikenali.

Adakah segala ugutan dan mencekik darah rakyat ini menunjukkan bahawa kerajaan BN sudah kekeringan wang untuk urus perbelanjaan negara..mana dia duit BR1M 1200 yang dijanjikan dalam pru 13 bila nak bagi..rakyat nak duit ni..nanti boleh bayar saman!

Tu laa pakat kalut sangat dengan perbezaan mazhab..sana sesat sini kapiaq haaa ambik BN dok cekik darah rakyat sapa tak ambik peduli padan muka!

Rabu, 21 Ogos 2013

Raja Bani Saud yang celaka

Kebenaran Itu Milik Allah, Bukan Di Barat dan Bukan Di Timur

Saya tidak terkejut apabila bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak dibebaskan daripada penjara oleh Mahkamah Mesir. Inilah tujuan sebenar rampasan kuasa yang dilakukan oleh tentera. Tidak perlu berlindung di sebalik alasan ekonomi dan sebagainya. Padahal kezaliman Hosni Mubarak selama 30 tahun menduduki takhta presiden satu fakta yang tidak boleh dinafikan sama sekali. Barangkali, Sheikh Al-Azhar yang kuat menyokong rampasan kuasa tentera pun sudah berpuas hati dengan pembebasan Hosni Mubarak. Saya menghormati kelilmuan yang ada pada Sheikh Al-Azhar, namun pendirian beliau dalam hal ini jelas salah seterang cahaya matahari di siang hari. Pada saya, inilah ujian berat yang sedang dihadapi oleh gerakan Islam khususnya di Mesir iaitu di saat para pemimpin mereka disumbat ke dalam penjara manakala penjenayah besar dilepas bebas.

Berpuas hatilah kerajaan Saudi yang kuat menyokong rampasan kuasa tentera. Benarlah kenyataan bahawa kebenaran itu milik Allah, tidak di Barat dan tidak Timur. Sekalipun penjaga dua tanah suci dimuliakan Allah SWT dengan tugas ini, namun belum tentu mereka memegang anak kunci kebenaran. Di samping menjaga dua tanah Suci, Saudi jugalah yang menjaga telaga minyak yang menghilangkan haus Amerika sekian lama. Inilah satu-satunya negara yang dinamakan sempena nama pemerintahnya iaitu Bani Saud.

Justeru, janganlah Saudi menyangka dengan sokongan mereka kepada tentera Mesir, mereka boleh mempengaruhi seluruh umat Islam di dunia. Jika darah Abdullah bin Zubair radhiallahuanhu pernah tertumpah akibat diperangi oleh Hajjaj bin Yusuf di Tanah Mekah, apa peliknya darah umat Islam di negara lain tertumpah angkara pemerintah Saudi hari ini? Jika kabilah Arab Jahiliyyah pun pernah bertugas untuk menjaga Tanah Suci sebelum kedatangan Islam, apakah jaminan penjaga Tanah Suci hari ini bebas dari melakukan kesilapan?

Barangkali sedikit kasar kiasan saya, tetapi ia belum apa-apa jika dibandingkan dengan sokongan Saudi terhadap tindakan tentera Mesir yang telah membunuh ribuan rakyat yang tidak berdosa. Saya menyeru kepada jiwa-jiwa yang telah dimuliakan Allah SWT dengan ilmu agama, janganlah sesekali cenderung kepada kezaliman agar tidak disambar oleh api neraka.

Hari ini Mesir ditinggalkan 'saudara-saudara'nya, bagaikan Nabi Yusuf yang pernah dibuang oleh saudara-saudaranya di dalam telaga ribuan tahun yang lampau. Tetapi Baginda akhirnya diselamatkan dan menjadi penguasa Mesir. Saya yakin Insya-Allah, Mesir akan keluar dari telaga kezaliman para tentera dan akan bangkit semula sebagai sebuah bumi yang subur dengan gerakan Islam.

Pesan saya kepada para hakim yang membebaskan Mubarak sebagaimana pesan ahli sihir yang beriman kepada Firaun :

فَاقْضِ مَا أَنْتَ قَاضٍ إِنَّمَا تَقْضِي هَذِهِ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا

yang bermaksud : Berhukumlah kamu selagi mana kamu boleh berhukum, sesungguhnya kamu hanya mampu berhukum di dalam kehidupan dunia ini sahaja... - Surah Toha, ayat 72

Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat,
Al-Mursyidul Am,
Parti Islam Semalaysia (PAS)

Bertarikh : 13 Syawwal 1434H bersamaan 20 Ogos 2013M

Kabinet Najib selipar buruk pun laku

Shahrizat sahkan dilantik sebagai penasihat PM

Datuk Seri Shahrizat Jalil (gambar) mengesahkan pelantikannya sebagai penasihat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk menguruskan hal ehwal wanita.
Bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu akhirnya memberikan respon berhubung desas-desus pelantikannya yang mula dilaporkan oleh media semalam.
“Ya, saya adalah penasihat kepada Jabatan Perdana Menteri,” katanya dalam satu mesej kiriman ringkas (SMS) kepada The Malaysian Insider.
Siapa lebih berkuasa Penasihat Wanita atau Menteri Pembangunan Keluarga, Wanita dan Masyarakat, Datuk Rohani Abdul Karim? Jawatan Sharizat sebagai Penasihat Khas Wanita bertaraf menteri..hanya bazirkan wang rakyat jawatan Shahrizat untuk dua jawatan yang fungsinya sama..selipar buruk pon laku dalam kabinet Najib.
Lihat betapa sayangnya Najib kepada Sharizat walapun Menteri Wanita menolak Shahrizat sebagai penasihat.

Selasa, 20 Ogos 2013

Nikmat Umno-BN perintah Kedah

4 bulan gaji kakitangan Insaniah Holding tidak dibayar
 Kerajaan Barisan Nasional (BN) Kedah sehingga sekarang gagal menyelesaikan gaji kakitangan Insaniah Holding Sdn. Bhd. yang telah tertunggak hampir empat bulan.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar pada sidang media menjelaskan tindakan tersebut umpama mendera 268 orang kakitangan yang terpaksa berdepan dengan kesulitan kerana tidak mendapat gaji.

Menurut beliau lagi, Kerajaan Kedah sepatutnya lebih perihatin dan mengambil tindakan segera untuk menyelesai tunggakan gaji yang memasuki bulan keempat.

"Saya kesal dengan tindakan kerajaan BN Kedah yang sehingga sekarang gagal menyelesaikan tunggakan empat bulan gaji kepada 268 kakitangan Insaniah Holding.

"Ini merupakan satu penderaan kepada mereka, yang mana kebanyakkan mereka terpaksa berhadapan dengan tunggakan hutang, apatah lagi pada Hari Raya lepas mereka menyambut dalam keadaan kewangan yang tidak mencukupi," jelasnya di Pejabat Agung PAS pagi ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena turut mempersoalkan tindakan kerajaan negeri yang berdiam diri tanpa memberitahu jawatan mereka yang berada di dalam Kuin.

"Kita juga ingin mengetahui pendirian kerajaan negeri mengenai kedudukan jawatan kakitangan mereka di dalam Kuin.

"Ini perlu dijelaskan bukannya berdiam diri, kalau mereka hendak dipecat ia perlu diberitahu tetapi perlu diingat pemecatan mereka mestilah mengikut kontrak perjanjian bukan dengan cara membeku gaji mereka," sambung beliau lagi.

Jelasnya lagi, tindakan Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir yang mengatakan Insaniah Holding tidak mempunyai kaitan dengan kerajaan negeri adalah amat mendukacitakan.

"Macam mana Mukhriz boleh kata Insaniah Holding tidak ada kaitan dengan kerajaan negeri, sedangkan ia merupakan anak syarikat kepada Kuin yang merupakan syarikat kepada kerajaan negeri.

"Ini jelas terkandung dalam minit mesyuarat Lembaga Pengarah Kuin pada 29 Mei 2009 yang meluluskan penubuhan Insaniah Holding.

"Saya tak tahu dari mana maklumat beliau dapat, sebagai Menteri Besar beliau perlu lebih perihatin dan mengkaji dalam soal ini," sambung beliau lagi.

Mahfuz menegaskan kerajaan negeri perlu menyelesaikan segera pembayaran tunggakan gaji kakitangan serta lebih prihatin dengan masalah yang dihadapi oleh mereka.

Katanya lagi, jika ingin melakukan rombakan segalanya perlu mengikut perjanjian kontrak yang telah dipersetujui.-Harakahdaily

Busuk-busuk Pas dan PR perintah Kedah tak la sampai teruk lagu ni..gaji tetap bayar macam biasa.Kini KUIN pun Umno-BN tak peduli silap haribulan habis depa jual..Ni la cara Umno layan institusi agama yang mengaku pembela Islam..pembela Islam taik kucing!

Sayangnya Najib kepada Shahrizat

PM diam laporan Shahrizat dilantik penasihatnya
Datuk Seri Najib Razak hari ini memilih berdiam diri berhubung laporan jangkaan Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil akan dilantik sebagai penasihat khas perdana menteri dalam isu berkaitan wanita.

"Tiada apa-apa pengumuman lagi setakat ini, biarkan begitu saja," katanya dalam sidang media di Putrajaya hari ini.

Media melaporkan, langkah melantiknya ke jawatan bertaraf menteri itu bakal mengembalikan karier politiknya yang sebelum ini diasak hebat kontroversi National Feedlot Corporation (NFC) melibatkan anggota keluarganya.-M'kini

Wanita Umno mau lawan Shahrizat..tapi Najib lantik Shahrizat sebagai penasihat khas PM..sayang sungguh Najib kat Shahrizat.

Secara tak langsung Najib mahu Sharizat terus kekal sebagai Ketua Wanita Umno Malaysia walaupun keluarga Sharizat terpalit dengan skandal lembu NFC RM250 juta.

Apa macam dengan Wanita Umno yang pernah kata kami malu digelar Wanita Lembu Malaysia..

Pandai pinjam pandai la bayar

Idris Jusoh: PTPTN laksana CCRIS, senarai peminjam ingkar mula bulan ini

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan melaksanakan Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) dengan kerjasama Bank Negara bagi menyenaraikan peminjam ingkar, bermula bulan ini.
Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh (gambar) berkata CCRIS merupakan sistem pangkalan data Bank Negara yang menyimpan maklumat kredit peminjam yang telah dilaporkan oleh institusi kewangan.
Menerusi pendekatan ini peminjam PTPTN yang ingkar menerima kesan seperti peminjam institusi kewangan lain, terutama membabitkan kelulusan permohonan pinjaman, kad kredit, sewa beli dan sebagainya, kata Idris.-Bernama
Pandai pinjam pandaila bayaq..PR offer pendidikan percuma dan hapuskan PPPTN hang pa tolak..
Ingat balik sejarah Bank Bumiputera yang ditubuhkan untuk kepentingan Melayu dan Bumiputera.Apa dah jadi dengan bank tu kini yang tinggal sejarah.
Cuba siasat Bank Bumiputera tu lingkup sebab apa..bukan sebab sebab pinjam tak bayaq ka atau bank tu memang pemurah pinjam tak payah bayaq..Cuba siasat berapa ramai pemimpin Umno pinjam dengan Bank Bumi tapi tak payah bayaq..

Rabu, 7 Ogos 2013

Selamat Menyambut Aidilfitri

Selamat menyambut Aidil Fitri buat semua pengunjung setia blog ini.Ampon dan maaf dipinta andai kata ada salah dan silap semasa berbicara.
Yang baik daripada Allah SWT..yang salah dan silap adalah daripada saya mahkluk biasa ciptaan Tuhan. Kepada yang pedih telinga,panas telinga dengan komen yang diberikan sila ambil tuala lap dengan air dan letak di telinga.
Blog ini akan kembali aktif macam biasa selepas Aidilfitri selepas kurang aktif selepas pru 13 yang lalu..saya kini lebih selesa buat komen singkat dalam FB saya Misai Merah..jom la pakat joint.
Ok la..semoga segala amalan posa kita diterima Allah SWT dan dapat keampunan daripadaNya..
Raikanlah Aidilfitri mengikut syariat Islam bukan ikut budaya Melayu yang main mercun kalahkan orang bukan Islam.Dentuman mercun macam bunyi bom di Palestine dan Syria dua negara umat Islam yang bergolak.

Sabtu, 3 Ogos 2013

Parti rasuah jual agama

Ku Nan: ABU ertinya Allah bersama Umno
Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Mansor hari ini cuba memberikan takrif baru kepada slogan Asalkan Bukan Umno (ABU) yang popular digunakan untuk menolak parti itu setiap kali musim pilihan raya.

Katanya, ini kerana, selepas pilihan raya umum, Umno masih diterima apabila orang Melayu sehingga dapat meningkatkan jumlah kerusi Parlimen daripada 79 kepada 88.

"Bila nampak (grafiti) ABU, beritahu yg sebenarnya (bermaksud) Allah Berkati Umno. Apa berlaku di (pilihan raya kecil) Kuala Besut ialah Allah Bersama Umno.

"Percayalah kita berada di landasan betul cuma masalahnya kita cuba bercakaran antara satu sama lain," kata setiausaha agung Umno itu di Masjid As-Shafie di Taman Maluri, Cheras.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

ABU asalnya grafiti popular di sekitar ibu negara sebelum diangkat sebagai pergerakan anti-Umno dan BN oleh sekumpulan aktivis NGO.-M'kini

Aku tak terkejut bila Ku Nan kata 'Allah Bersama Umno'..Firaun pon mengaku dia 'Tuhan Yang Maha Tinggi'..Budak-budak pon kenai yang mana pensel dan yang mana pen..takkan kita dah tua-tua ni tak tau beza ..tambah tambah sat ngaku jadi syaiton ..sat2 ngaku 'Allah Bersama Umno'..ubat kuat yang dok jual kot pasar malam tu ada macam-macam jenama tapi semua disebut ubat kuat jugak..

Tun Madey pernah kata Umno Parti rasuah yang dah busuk hingga ke usus..bayangkan Ku Nan kata Allah Bersama Umno..

Cina bakuteh hina Islam masuk lokap.Melayu bela dan main2 ngan anjing dituduh hina Islam masuk lokap..Melayu Umno Parti Rasuah kata 'Allah Bersama Umno' (ABU) hebat..

Khamis, 1 Ogos 2013

Betoi ka Noh Omar dah gila..?Biaq betoii

Soi Lek: Noh Omar sudah gila
Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek menyelar Pengerusi Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar kerana menggesa pihak berkuasa menyiasat pendedah maklumat dalam kontroversi "kantin bilik persalinan" bawah Akta Hasutan.

"Beliau sudah gila... Inilah apa yang kita panggil penyalahgunaan Akta Hasutan," katanya kepadaMalaysiakini.

Chua (kanan) sebaliknya berkata, pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Megah yang sepatutnya didakwa menghasut kerana memberitahu pelajar untuk balik ke kampung halaman nenek moyang mereka.

Berhubung insiden di Sekolah Kebangsaan Seri Pristana, Chua berkata, ibu bapa cuma bimbangkan anak mereka tidak dilayan dengan baik.

Justeru, katanya, ibu bapa patut dilibatkan bersama dalam perbincangan bagi mencari penyelesaian yang baik.

"Pengetua Sri Pristana dan juga Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) patut mendekati ibu bapa. Amat dikesalkan apabila pemimpin kanan Umno seperti Noh boleh mengeluarkan kenyataan sebegitu," katanya.-Malaysiakini

Patut la Najib tak ambik jadi menteri..Umno Selangor tak rasa apa ka..CSL kata lagu tu?
Orang kalau dah gila kena hantaq ke Tanjong Rambutan dan Tampoi .