Selasa, 5 April 2011

Video lucah : Fitnah Zalim Dan Palsu- Kak Wan

“Video tersebut bukti paling kukuh sesiapa yang benar-benar mengenali Datuk Seri Anwar bahawa tuduhan terbaru ini fitnah zalim dan palsu,” kata Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau mengulas mengenai video seks yang mula-mula disiarkan di Carcosa Seri Negara baru-baru ini telah ditayangkan sebahagiannya di laman web-laman web tukang sorak Umno, semalam.

Semalam, sebahagian daripada rakaman video tersebut juga dimuat naik ke laman YouTube.

“Keluarga kami telah diuji dengan pelbagai dugaan sejak 1998. Pelbagai fitnah dan tuduhan telah dilemparkan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim,” ujarnya pada sidang media di kediamannya di Segambut, sebentar tadi. Turut hadir ialah Pengerusi DAP, Karpal Singh.

Tegasnya, setiap tuduhan tersebut adalah sendirinya terlalu berat, tetapi Anwar terpaksa melalui satu demi satu tuduhan yang busuk, jelek dan jijik.

“Dalam kes video terbaru ini, kami sekeluarga memutuskan untuk menonton sendiri rakaman tersebut," ujarnya.

Berikut kenyataan penuh beliau.

Semalam, video seks yang mula-mula disiarkan di Carcosa Seri Negara baru-baru ini telah ditayangkan sebahagiannya di laman web-laman web tukang sorak Umno.

Keluarga kami telah diuji dengan pelbagai dugaan sejak 1998. Pelbagai fitnah dan tuduhan telah dilemparkan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim. Setiap tuduhan tersebut adalah sendirinya terlalu berat, tetapi Datuk Seri Anwar terpaksa melalui satu demi satu tuduhan yang busuk, jelek dan jijik.

Namun jika disenaraikan semua tuduhan tersebut, nyata sekali tidak masuk akal bagaimana Datuk Seri Anwar dapat melakukan kesemuanya yang bertentangan antara satu sama lain.

Dalam kes video terbaru ini, kami sekeluarga memutuskan untuk menonton sendiri rakaman tersebut.

Video tersebut adalah bukti paling kukuh bagi sesiapa yang benar-benar mengenali Datuk Seri Anwar bahawa tuduhan terbaru ini satu lagi fitnah zalim dan palsu.

Siapa lagi yang lebih mengenali beliau dengan begitu intim kalau bukan kami, keluarga terdekat beliau, yang telah bersama beliau dalam susah dan senang, khusus dari saat beliau berada di arus perdana kepimpinan negara hinggalah ke hari-hari beliau mulai pulih dari serangan apabila beliau dibebaskan daripada penjara.

Jelas kelihatan susuk tubuh badan pelaku dalam video tersebut amat berlainan daripada susuk badan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Hal ini diperkukuh lagi memandangkan sejak lebih setahun yang lalu, anak-anak Datuk Seri Anwar Ibrahim sering menemani beliau setiap kali beliau pergi melakukan aktiviti senaman dan fisioterapi selaku sebahagian daripada aktiviti pemuliharaan kesihatan tulang belakang.

Oleh itu, kami sekeluarga berpendirian bahawa keluarnya video ini adalah satu lagi contoh taktik politik lucah yang diangkat dan dijulang Umno Barisan Nasional. Kami menolak sekeras-kerasnya politik sebegini dan mengajak rakyat Malaysia dalam bersama menegakkan keadilan dan menolak politik kotor. Kembalikan agenda perjuangan menuntut reformasi menyeluruh dalam sistem politik, ekonomi dan sosial negara.

Kami ingat firman Allah s.w.t dalam surah Al-Buruj, ayat 10: “Sesungguhnya orang-orang yang memfitnah (membuat keburukan) kepada lelaki beriman dan perempuan beriman, kemudian (daripada kedurjanaan itu) mereka tidak bertaubat, maka bagi mereka azab neraka, dan bagi mereka azab yang membakar.”

Dalam menghadapi dugaan ini, kami yakin ada hikmah di sebaliknya. Pendedahan sedutan video ini dibuat pada 4 April 2011 – ulangtahun ke-12 Parti Keadilan Nasional yang lahir daripada kegawatan politik negara.

Fitnah dan tohmahan ini berpunca daripada ketamakan terhadap kuasa dan politik yang sudah hilang nilai moralnya. Kita sewajarnya berbincang secara kritis perbezaan pandangan kita, bukan dengan serangan peribadi yang kotor dan hina.

Kami berharap semua rakyat tidak terperangkap dengan permainan Umno Barisan Nasional ini, sebaliknya meneruskan usaha menegakkan keadilan dan memperjuangkan kebenaran.-Harakahdaily.

Berkaitan;

'Ia bukan Anwar', kata Wan Azizah-Malaysiakini

4 ulasan:

  1. Mmmm...nak kata apa lagi...kami paham Kak Jah oi...simpati yg teramat sangat pada Kak Jah & anak-anak...

    Bang Misai??

    BalasPadam
  2. kenapa najib dfitnah dengan zaina zain la..altantya dan macam2 lg xcakap pon pasal fitnah2..xcakap pon pasal 4 saksi...photo pon bukan asli superimpose oleh kafirun tian hua( kalu ikot islam ni wajib kene ..)ada tak dewan ulama PAs keluar fatwa? kenapa time anwar baru heboh pasal 4 saksi la fitnah la... boleh tak ulama PAS pendapat yg adil? yg haq jgn ditutup dengan kebatilan, pd 1998 mat sabu n karpal sing yang heboh pasal sex anuwar smpai dorng panggil anuwar aljuburi tak pula di sebut 4 orng saksi n fitnah? boleh ulama huraikan.

    BalasPadam
  3. anon 11:00, janganlah menyusahkan diri menasihati kepada orang yang taksub..Taksub itu totok...Totok itu beku... Beku itu bangang...
    Bilamana politik menjangkaui agama, inilah jadinya...ayat-ayat Al-Quran menjadi resepi dalam menyediakan menu untuk menghalalkan matlamat..

    BalasPadam
  4. The wife is always the last person to know...

    BalasPadam