Jumaat, 22 April 2011

'Ayat Power' pemimpin Pas menjelang pemilihan

Menjelang pemilihan pucuk pimpinan Pas dalam Muktamar Pas pada bulan Jun akan datang bermacam-macam rentak dan gendang telah mula dipalu daripada sekarang.Presiden Pas TGHA yang dikritik penganalisis politik prof Dr Aziz Bari yang kata TGHA sebagai liabiliti kepada Pas ekoran kekalahan demi kekalahan Pas dalam prk dan prn Sarawak telah menyebabkan pucuk pimpinan Pas Pusat dan pemuda parti itu naik minyak atau naik angin pertahankan presiden Pas TGHA.Aziz Bari pula yang pertahankan kritikan beliau terhadap Presiden Pas kata Pemuda Pas jangan cepat naik minyak.

TGHA pula kata beliau sanggup hadapi cabaran jika ada pemimpin lain mahu bertanding jawatan Presiden Pas.Siapa yang mahu lawan Presiden Pas TGHA?Tak nampak saya muka-muka yang berani bertanding jawatan Presiden Pas buat masa sekarang.

Pemimpin Pas ambil langkah awal menjelang Muktamar Jun nanti dengan membuat pagar dan kawat berduri agar tidak ada ahli-ahli Pas melangkaui adab dan tatasusila berdasarkan ajaran Islam dalam mengkritik pucuk pimpinan parti Pas.

Ada pemimpin Pas yang dicalonkan merebut jawatan tertinggi parti awal-awal lagi menolak cadangan Pas kawasan dengan alasan tidak layak dan ada pemimpin Pas yang tak mahu bertanding sebarang jawatan macam Mustapa Ali Setiausaha Agung Pas Pusat.

Terkini Ketua Pemuda Pas Pusat 'berusrah' dengan mengatakan Kepimpinan adalah amanah, bukan kebanggaan antara lain berkata ;

Janganlah kita menjawat atau menyandang status kepimpinan dengan pengaruh pidato atau populariti , begitu juga tidak dengan pengaruh senioriti dan downline . Sebaliknya sandanglah melalui thiqah atau kepercayaan yang diberikan oleh ahli parti berasaskan kelayakan dan keupayaan syari'e.

Thiqah ini pula bukan dibina melalui penonjolan imej dan pembiayaan komunikasi kita dengan ahli ( kerana ia boleh dilakunkan aksinya menjelang muktamar yang ada pemilihan ) tetapi thiqah lahir dari kesungguhan berjuang dan keikhlasan berkorban . Bertunjang pula di atas ketaqwaan yang tinggi dan Himmah yang berwibawa.Baca di sini.

Setiuasaha Agung Pas Pusat Musatafa Ali berkata walaupun Pas ada petandingan dan pemilihan dalam parti Pas tidak akan mengalami perpecahan.Tiada kempen berlebihan dalam Pas kata Cikgu Pa Ali.Ketika parti-parti lain termasuk Umno tangguhkan pemilihan Pas tetap mahu adakan muktamar pada Jun nanti.

Kempen dalam Pas tentu tak sama macam pemilihan dalam Umno yang jadikan politik wang sebagai senjata untuk menang dalam pertandingan.Kalau Pas pun buat lagu tu Pas memang tak layak ganti Umno! sebab serupa..

Naib presiden Pas Tuan Ibrahim Tuan Man pula berkata Jaga adab, jangan perlekeh dan burukkan pihak lain..."Kita menghormati hak ahli mencadang dan mencalonkan sesiapa untuk mana-mana jawatan dalam parti.
"Cuma kena jaga adab, jangan perlekeh atau burukkan pihak lain," katanya ketika dihubungi Harakahdaily.Beliau juga berkata elak perang melalui media dan blog..""Kita kena berhati-hati dalam soal ini.

"Perang terbuka ini kadang-kadang tidak sangat membantu memperkukuh jamaah.

"Bahayanya kerana dia akan dimanipulasi dan akan ada pandangan-pandangan ekstrem terhadap individu dan jawatan tertentu," katanya lagi.

Pas sekarang tak macam dulu.Dulu Pas hanya ada negeri Kelantan saja sekarang bila Pas bersama PR , Pas dapat merasa nikmat jadi MB di Kedah dan ada pemimpin Pas di Selangor dapat jadi exco.Zaman dah berubah jika masih ada saki baki pemimpin Pas masih mahu timbulkan kerajaan perpaduan dengan Umno lebih baik berundur segera sebelum Pas tewas besar dalam pru akan datang.Pemimpin Pas yang berhati Umno mesti disingkirkan walaupun rasa pahit terpaksa ditelan sebab ia jadi ubat mujarab untuk selamatkan Pas bukan selamatkan pemimpin.

2 ulasan:

  1. Dengan kata lain, pemimpin-pemimpin PAS yang 'Mesra UMNO', sila melangkah ke belakang saf, tapi jangan sampai lari dari medan perjuangan, kufur namanya tu.

    BalasPadam
  2. .....saringan la namanya, hanya mereka yang terpilih/layak dinobatkan sebagai pemimpin dengan izin Allah

    BalasPadam