Jumaat, 1 April 2011

Pergi mampos la akta kawal harga, minyak Ron97 naik lagi

Ini bukti menteri dan pemimpin Umno-Bn cakap bohong dan pembelit paling hebat dalam dunia.

Akta kawal harga melampau kuatkuasa hari ini-Themalaysianinsider

Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2010, undang-undang baru yang memberi kuasa untuk mengheret peniaga-peniaga yang menaikkan harga barangan atau makanan secara sembarangan dan melampau, dikuatkuasakan mulai hari ini.

Undang-undang ini membolehkan peniaga yang didapati mengenakan harga yang ditafsirkan sebagai ‘melampau’ ke atas pengguna boleh dihadapkan di mahkamah dan jika sabit kesalahan mereka boleh dideda maksimum RM100,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Jika disabitkan bagi kesalahan kali kedua pula, mereka boleh didenda maksimum sehingga RM250,000 atau lima tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Akta baru ini digubal bagi mengantikan Akta Kawalan Harga 1946 yang dahulunya memerlukan barang-barang yang dikawal harga digazetkan terlebih dahulu sebelum tindakan dapat diambil ke atas mereka yang menaikkan harga barang sewenang-wenangnya.

Laporan media memetik Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bagi mana-mana syarikat pula, jika didapati bersalah di bawah akta baru ini, pihak terbabit boleh dikenakan denda maksimum sehingga RM500,000 bagi kesalahan kali pertama dan RM1 juta bagi kesalahan kali kedua.

Petrol Ron 97 naik 20 sen mulai tengah malam ini-Bernama

Bermula tengah malam ini, petrol RON 97 dijual dengan harga baru pada RM2.70 seliter, kata Timbalan Presiden Persatuan Penjual Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) Datuk Zulkifli Mokti.

Kenaikan itu bagaimanapun tidak melibatkan RON 95 dan bahan api lain di negara ini.

Zulkifli berkata, peningkatan sebanyak 20 sen itu berikutan kenaikan harga minyak mentah di pasaran dunia kepada US$114 setong minggu ini berbanding US$105 minggu lepas.

"Kenaikan harga minyak mentah itu berikutan krisis di Timur Tengah,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Zulkifli juga berkata, harga minyak mentah dijangka terus meningkat ekoran situasi di Timur Tengah itu yang mungkin berterusan.

Pada 31 Januari lepas, harga RON 97 yang diapungkan mengikut harga pasaran semasa meningkat 10 sen kepada RM2.50 seliter. - Bernama

Mungkin bukan semua rakyat Malaysia pakai minyak Ron 97 tapi bila nak umum minyak naik bukan menteri bertanggungjawab yang umum tapi orang bawahan .Nak buat akta kawal harga konon pergi mampos la wei tak dak kerja lain menipu ja lebih.Harga ayam dah cecah RM8.50 sekilo dah dekat sebulan baru tergedik-gedik nak buat akta kawal harga.Rakyat tanggung sengsara sejak kenaikan minyak petrol Ron 95 dan diesel dah dekat setahun dah .Tak lama lagi minyak Ron 95 pulak akan naik harga.

Pagi umum buat akta kenaikan harga barang melampau malam umum naik harga minyak celaka punya menteri.Rakyat dihiburkan dengan agenda menipu rakyat tak habis-habis buat cerita lucah , cerita seks yang semakin melampau bila naik harga barang rakyat pun tak kata apa dah.

5 ulasan:

  1. ek..ek le..buat kecoh la hang ni...Hang naik moto pakai ron 95 apa kena mengena nak buat kecoh Misai oi...macam gampang hang ni..Dah la sokong daje peliwat...bodo punya ketayap...

    BalasPadam
  2. Aku duk US ni, hari2 harga minyak naik.
    Takde pulak org maki2 gov...
    suma org tau knape harga naik...

    Keluar la dari kepompong Parti...
    UMNO ke, PAS ke...sama ja.

    -BT

    BalasPadam
  3. Hg dok US ka mana ka smua blajar guna duit rakyat hg xsdar ka?

    BalasPadam
  4. Misai, hang spin kut mana ni? Hang ni la..emo tak tentu pasai. Saja nak habaq kat hang bahawa, 'totok itu beku'...
    Akai tu pakai la skit...

    BalasPadam
  5. aku dok london ni, hari2 harga minyak naik dan turun... tapi gov... tk betul rakyat demo polis tak kacau pun...jaga lagi ada...

    BalasPadam