Khamis, 27 November 2014

Tang mana lebihnya Umno selain daripada merapu dan mencarut

Geli geleman dengaq aihh.Sapa mau...?Red Indian sungguh la...
Dulu 2011 Ketua Wanita Umno ni nak selak kain. Dalam ucapan dasar wanita Umno 2014 Sharizat Abdul Jalil yang dah expired kata..
"Langkah mayat saya sebelum saya biar Wanita diperkecilkan,” katanya tegas disusuli tepukan gemuruh dari wanita Umno yang lain.
Shahrizat turut mendapat sorakan apabila beliau berkata “kalau tidak ada makcik maka hancurlah Umno”.
“Kalau tak ada makcik, maka tak ada yang muda, tak ada pemuda,” katanya.
“Kalau saya tak ada, apa yang akan jadi dengan Umno?”
Seterusnya Shahrizat kata,
“I umur 60, you umur 60 mari kita challenge siapa lagi kuat. Tak payah pakai gamat atau minyak pelincir,” 


TANPA UMNO MELAYU BANGSAT. TANPA UMNO MELAYU JADI RED INDIAN. TAK DAK UMNO TAK DAK LA MELAYU.
DI THAILAND TAK DAK UMNO TAK DAK RUMAH TOL. DI INDONESIA TAK DAK UMNO HARGA KETA MURAH. DI NEGARA PENGELUAR MINYAK DUNIA TAK DAK UMNO HARGA MINYAK MURAH...DI MALAYSIA ADA UMNO HARGA MINYAK DUNIA TURUN HARGA MINYAK MSIA JADI MAHAI. 
TANG MANA UNTONGNYA ADA UMNO NI?
DI NEGARA LAIN WANITA UMOQ 60 DAH LEMBUT LUTUT TAPI DI MSIA ADA WANITA UMNO UMOQ 60 DOK BERANI CHALENGE TAK PAYAH SAPU MINYAK GAMAT DAN PELINCIR. TANG BAB MENCARUT JA UMNO LEBIH..HEBATTT
SUA KAT JEBON..JEBON PON LARI!

Isnin, 3 November 2014

Sejarah perjuangan Ibrahim Libya dilupakan

Peristiwa Memali yang mengorbankan As Syahid Ibrahim Libya dan 13 orang yang lain sentiasa segar diingatan 19 November 1985.Lawan sampai mati akta zalim ISA.Kata-kata keramat Ustaz Ibrahim Libya yang sentiasa diingatan ialah "Daripada hidup jadi bangkai lebih baik mati berkalangkan tanah..!"
Apakah kita semua yang mengaku sebagai pejuang kini ambil iktibar pengorbanan mereka yang berjuang hingga ke titisan darah terakhir ,mati dalam perjuangan,korban harta benda,nyawa dan keluarga?
Kini pidato dan ceramah menjadi hambar dan tawar hebiaq kerana lebih kepada bermusuhan sesama sendiri lupa siapa musuh kita yang sebenar.
Kita berpesan jangan mintak jawatan tapi kini pangkat,darjat dan jawatan yang kita kejar .Orang lain kita kata jangan mintak jawatan tapi untuk kita ,puak kita ,kroni kita jawatan kita utamakan.
Kenapa kini golongan agama dalam Pas dipandang serong tak lain tak bukan suluhlah muka di cermin lihat siapa kita yang sebenanya kini!
Tak pernah berlaku dalam sejarah perjuangan berdoa laknat kepada pimpinan kita tapi golongan yang mengaku ustaz yang berbuat sedemikian rupa!
Tak pernah berlaku dalam muktamar anak muda yang baru tumbuh bulu pahat tunjuk lagak samseng mem boooooo pimpinan dan bersikap biadab keluar semasa ucapan perasmian muktamar pemuda!
Sejarah baru ini sudah tertulis dan tak dapat dibohongi untuk dilihat anak-anak muda 100 tahun lagi.Berlagak sombong menjadi samseng taik minyak dalam gelanggang sendiri tapi menikus di hadapan musuh yang sentiasa mencari peluang menjahanamkan kita.
Orang melihat kini betapa berbezanya ustaz dan ulama terdahulu berjuang berbanding sekarang hanya kerana nampak sedikit peluang dan ruang untuk jadi kaya.