Sabtu, 13 Oktober 2012

Betul ka Soros teringin sangat-sangat nak jumpa Najib?

Najib mengaku bertemu Soros atas permintaan-M'insider

 Perdana Menteri,  Datuk Seri Najib Razak mengakui mengadakan perjumpaan dengan asing George Soros tetapi atas dasar memenuhi permintaan yang dibuat oleh  spekulator mata wang tersebut.
Najib juga berkata pertemuan tersebut tidak menjadi suatu kesalahan malahan berkata mantan PM, Tun Dr Mahathir Mohamad turut pernah melakukan perkara sama bertemu Soros.
“Ya, saya ada berjumpa dengan Soros. Ia hanya sekadar memenuhi permintaan beliau dan adalah satu kunjungan hormat yang biasa.
“Lagipun dia (Soros) yang meminta untuk berjumpa dengan saya,” kata Najib (gambar).
Apabila ditanya mengenai perbincangan yang diadakan antara kedua-dua pihak, Najib enggan mendedahkan dan berkata ia hanya perbincangan biasa.
“Ia bukan satu masalah mengadakan pertemuan dengan Soros.
“Asalkan ia bukan bertujuan untuk menjatuhkan kerajaan dan tidak mengenai mendapatkan bantuan kewangan, saya rasa ia bukan satu kesalahan,” tambah Najib lagi.
Semalam, naib presiden PKR, Chua Tian Chang, menggesa PM memberikan penjelasan ekoran pendedahan perjumpaan sulit beliau dengan spekulator mata wang asing Soros pada tahun 2010.
Gesaan tersebut dilakukan oleh ahli parlimen Batu itu semasa sesi perbahasan di parlimen petang semalam.
“Najib seperti Mahathir juga pernah mengadakan perjumpaan sulit dengan Soros,” kata Chua (foto fail).
Pendedahan tersebut dilakukan oleh ahli parlimen Subang, R. Sivarasa, minggu lepas semasa perdebatan dengan ketua penerangan Perkasa, Ruslam Kassim.
Chua juga menyelar sikap kerajaan yang bersandiwara dan memutar belit fakta dengan bertindak menyerang badan bukan kerajaan (NGO) yang menerima dana asing dengan tujuan untuk menumbangkan kerajaan pusat.
Mantan PM, Tun Dr Mahathir Mohamad, juga didakwa oleh Chua pernah bertemu dengan Soros bagi melobi untuk mendapatkan dana bagi sebuah NGO yang menentang peperangan pada 2006.
Susulan pendedahan dalam debat tersebut, media hari ini melaporkan Najib pada telah bertemu Soros pada hari sama dia menyampaikan ucapan sulungnya di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York.-M'insider


Tun Madey pernah kata Undi PR undi Soros ,sekarang siapa yang jadi kawan Soros?Haha..Betul ka Soros nak sangat-sangat jumpa Najib...ini juga satu persoalan,,maklumlah parti syaitan mana ada cakap betul semua kaki penipu.Sekarang ni penyakit menipu ni dah berjangkit pulak kepada si pencacai yang tak duduk dalam parti syaitan tapi jadi barua kepada parti syaitan..Timbul juga persoalan adakah Najib dipilih Soros untuk gantikan Pak Lah Badawi?


Jumaat, 12 Oktober 2012

'Celakalah mereka yang mengkhianatinya'-Presiden Pas

Tahaluf siyasi Pas bersama Pakatan Rakyat-Harakahdaily

Para ulama meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda :


لقد شهدت في دار عبد الله بن جدعان حلفا لو دعيت به في الاسلام لأجبت.
السيرة النبوية لابن كثير - (ج 1 / ص 258 ).

(Sesungguhnya aku pernah menyaksikan di rumah Abdullah bin Jud’aan satu persefahaman, sekiranya aku diajak bersamanya dalam Islam nescaya aku menerimanya).

Peristiwa bersejarah ini berlaku dimasa jahiliyah, ketika Rasulullah S.A.W. belum dilantik menjadi Rasul dalam usia dua puluhan. Apabila  bapa-bapa saudara baginda  membawanya menyertai pertemuan khusus dikalangan pemimpin utama Makkah. Rasulullah S.A.W. diizinkan menyertai perjumpaan khas itu dalam usia yang dianggap terlalu muda dan mentah, tetapi  diakui kebijaksanaanya yang luar biasa dan akhlaknya yang sangat mulia.

Peristiwa ini berlaku apabila seorang pengunjung Makkah daripada Qabilah Zubaid  Yaman yang berniaga, dizalimi oleh seorang bangsawan Makkah  bernama Al ‘Aas bin Waael. Pendatang yang dizalimi gagal mendapat pertolongan daripada rakan-rakan kenalannya, kerana kedudukan bangsawanan si zalim itu. Lalu mangsa kezaliman mendaki bukit Qubais berhampiran Kaabah melaungkan rayuan pertolongan dan mencabar bahawa kesucian Makkah dan keamanannya sudah tidak ada lagi.

Apabila seruannya didengari oleh para pemimpin Makkah yang sedang berkumpul, mereka merasa malu dan tercabar. Maka diadakan perjumpaan tergempar di rumah Abdullah bin Jud’aan dengan membuat keputusan satu muafakat yang dinamakan Half Al Fudul bagi menentang kezaliman dan membela sesiapa yang dizalimi.

Rasulullah S.A.W. bersabda  tersebut diatas dengan huraiannya : ( Kalaulah persefahaman ini diajak sekarang, ketika berada dalam  Islam pun nescaya aku menerima dan menyertainya).

Rasulullah S.A.W. juga bersabda secara umum:

الحكمة ضالة المؤمن فأنى وجدها وهو أحق بها .(ابن ماجه).

(Kebijaksanaan adalah barang tercicir kepunyaan seseorang yang beriman, maka di mana sahaja dia mendapatinya, dialah yang berhak memungutnya).

Di atas konsep inilah maka Rasulullah S.A.W. menerima persefahaman  tersebut , walaupun mereka itu daripada  kalangan pemimpin jahiliyah. Banyak perkara baik daripada amalan zaman jahiliyah dan kalangan yang berperikemanusiaan  daripada berbagai bangsa bukan Islam, seperti melayan utusan daripada negara luar  termasuk negara musuh, perlindungan keselamatan terhadap para diplomat, menghormati perjanjian antarabangsa dalam perkara yang adil dan sebagainya diterima oleh Islam. Rasulullah S.A.W. juga menyatakan sempadan dengan sabdanya :

المسلمون على شروطهم إلا شرطا حرم حلالا وأحل حراما (البخاري وغيره).

(Orang-orang Islam itu hendaklah bertanggungjawab diatas segala syarat yang mereka tetapkan, malainkan syarat yang mengharamkan yang halal dan menghalalkan yang haram).

PAS adalah Parti Islam yang berpaksi dan berpandukan hukum tertinggi mengikut undang-undang tubuhnya (Perlembagaan). Pelaksanaannya dikawal oleh Majlis Syura Ulama, sehingga boleh membatalkan segala keputusan dan langkah yang bertentangan  dengan ajaran Islam. Maka PAS tidak boleh disamakan dengan UMNO.

Begitu juga hubangan PAS dengan DAP dan kalangan bukan Islam, sangat berbeza dengan hubungan diantara komponen Barisan Nasional yang tidak berdasar dan berkonsepkan Islam daripada Al Quran dan Sunnah, Ijma’ Ulama dan Qias.

Hubungan PAS dengan parti lain dalam Pakatan Rakyat adalah hubungan Tahaluf  yang berpandukan nas tersebut diatas. Pakatan Rakyat adalah satu muafakat politik dalam konsep Tahaluf  Siyasi  yang diluluskan oleh Majlis Syura Ulama dalam skop hukum Feqah politik Islam.

Bekerjasama dalam titik persamaan menentang kezaliman politik dan pentadbiran negara  yang dialami oleh seluruh rakyat, seperti  amalan demokrasi yang tempang, pentadbiran negara yang tempang, pengurusan ekonomi yang penuh dengan penyelewengan, mesyarakat yang jahil dengan kelemahan pendidikan dan undang-undang yang tidak ada kehebatan, menyebabkan krisis moral yang parah dengan kebanjiran maksiat dan jenayah.

Umno yang mewakili Melayu Islam dalam Barisan Nasional mencalarkan Islam dan merosakkan imejnya. Sangat malang bagi sesiapa yang tidak mebezakan diantara Islam dan Melayu, seperti Arab yang tidak membezakannya dengan Islam. Islam pernah memperkasakan Arab dan Arab tumbang setelah menjadikan  Islam hanya kebanggaan sejarah tanpa amalan yang sempurna, walaupun memiliki kekayaan melempah ruah.

Begitulah maknanya, tegakkan Islam bersama PAS Melayu selamat dan semua kaum selamat. Tegakkan Melayu bersama UMNO, Islam hanya menjadi jenama yang ditampal pada kotaknya sahaja, tanpa isinya yang sebenar. Samalah seperti meletakkan ubat batuk pada kotak yang berjenamakan ubat  gatal.

Cukuplah menegakkan Islam ala UMNO yang bergantung dengan politik wang, pangkat dan tawaran mewah bersamanya tanpa jati diri yang sebenar. Hanya menjadi penyakit yang memakan diri laksana pemelihara  hantu  yang menjadikan tuannya, makan tidak kenyang walau pun makan sebanyak-sebanyaknya.

Melayu yang perkasa bersama UMNO, hanya sekadar bertempik menghunus keris taming sari sesama sendiri sehingga negeri dijajah. Merekalah baka yang menyerah diri kepada penjajah dahulu  dan mewarisi kemerdekaan  yang diletak diatas dulang  emas dan menerimanya dengan melalui hamparan permaidani dan taburan bunga. Sejarah tetap tidak boleh dibohongi bagaimana golongan Islam bermandi darah dan air mata menentang penjajah walau pun disembunyikan dibawah tikar yang hina.

PAS ditubuhkan menjadi mata rantai kumpulan Islam terdahulu yang pernah diharamkan silih berganti. PAS tetap Istiqamah dengan Islamnya menyatakan Islam adil terhadap semua manusia. Bukan hanya Arab dan Melayu sahaja atau hanya penganut Islam sahaja. Islam adalah rahmat Allah kepada seluruh alam. PAS boleh bekerjasama dengan semua pihak dan tegas berpegang kepada dasarnya dan boleh bertasamuh mengikut batas-batas Allah.

PAS pernah bersama UMNO di tahun 70-an dan  menubuhkan Barisan Nasional bersama UMNO dan rakan-rakannya. Penyertaannya  dengan keputusan Muktamar Khas  supaya teguh membawa mesej Islam secara tahaluf siyasi. Ketika bersama UMNO, PAS memecat sesiapa kalangan ahlinya, termasuk  ahli parlimennya  yang berjoget dan minum arak bersama UMNO.

Kemudian PAS dihalau keluar daripada Barisan Nasional tahun 1978 dan selepas itu kerajaan PAS Kelantan dijatuhkan dengan perisytiharan darurat yang diluluskan oleh UMNO dan rakan-rakannya melalui sidang khas parlimen dan pilihanraya khas  selepas itu. Lalu PAS bersendirian mara ke hadapan dengan cita-cita Islamnya. PAS adalah tersendiri, tidak sama dengan UMNO.

Maka PAS tidak perlu berkiblat ke arah UMNO dan berimam mengikut arah kiblatnya, kerana kiblat politiknya salah. Tegasnya PAS tidak menghalang ahli DAP minum arak, makan babi, berjudi dan sebagainya. Tetapi PAS memecat kalau ahlinya melakukan perkara yang sama.

PAS pernah mengadakan tahaluf siyasi dengan Parti Melayu Semangat-46 yang berpecah daripada UMNO. Parti Semangat-46 pula mengadakan kerjasama dengan DAP.

Parti ini tidak ada lagi dan gagasan yang dinamakan Angkatan Perpaduan Ummah yang menggabungkan PAS, Parti Melayu Semangat-46, Berjasa dan Hamim sudah tamat. Akhirnya PAS mengadakan  tahaluf  siyasi bersama Parti Keadilan Nasional yang juga berpecah daripada UMNO. Kemudian diiikuti pula tahaluf siyasi dengan DAP.

PAS mengucapkan terima kasih kepada UMNO dan media yang menjadi khadamnya,  kerana sangat bersimpati terhadap PAS, kerana kononnya bimbang  PAS akan menjadi parti melukut ditepi gantang.

Percayalah orang Melayu Islam tidak akan hilang jati dirinya bersama- sama dengan PAS selagi PAS tidak meminda kedudukan Islam sebagai dasar dalam perlembagaannnya, seperti Melayu bersama UMNO sehingga tidak bermaya di Singapura, Pulau Pinang  dan lain-lain.

Kaum lain dikalangan bukan Islam pula jangan takut bersama PAS, kerana kumpulan dan gerombolan yang mengapi-apikan semangat perkauman dan fanatik buta agama berada dalam UMNO atau bersekongkol bersama UMNO.

Di sepanjang kerjasama PAS dalam tahaluf siyasi tidak pernah rugi. Walau pun ditendang dan dipandang lekeh. Kerjesama PAS dalam BN di awal tahun 70-an dan sehingga akhirnya tidak rugi dengan kehilangan Kelantan setelah PAS ditendang keluar.

Pengaruh PAS dalam kerajaan berjaya masuk ke dalam jasad jentera kerajaan dan institusi pengajian dalam negara dan luar negara dan bertunjang sehingga hari ini dan mereka adalah bakal menjadi jentera pentadbiran PAS dalam Pakatan Rakyat sekiranya berjaya.

Kerjasama PAS bersama Angkatan perpaduan Ummah (Parti Melayu Semangat-46 dan DAP) tahun Sembilan puluhan berjaya menawan Kelantan sehingga hari ini. Kerjasama PAS dengan Barisan Alternatif dan kemudiannya Pakatan Rakyat berjaya menawan Terengganu pada tahun 1999 walaupun hanya satu penggal kerana ditumbangkan dengan zalim.

Tahun 2008 pula berjaya menawan lima negeri dan PAS memimpin tiga negeri iaitu Kelantan, Kedah dan Perak. Manakala Selangor dipimpin  Parti Keadilan Rakyat dan DAP memimpin Pulau Pinang. Walau pun dijatuhkan begitu rupa di Perak. Inilah sinario tahaluf siyasi yang dilaksanakan selama ini.

Kerjasama tahaluf siyasi mutakhir ini berjaya memecahkan tembok yang melindungi pandangan bukan Islam terhadap Islam. Usaha media berbagai bahasa termasuk bahasa Melayu beragama Islam bagi mengelirukan menemui kegagalan.

Sehingga akhirnya mendedahkan kepura-puraan UMNO berjuang menegakkan hukum Hudud  laksana ayam jantan kukuk berderai  pada hal ekornya bergelimang tahi sejak lebih lima puluh tahun. Sebenarnya UMNO lah penghalang besar kepada perlaksanaan Islam kerana telah berkuasa diperingkat negeri dan pusat.

Ketahuilah bahawa pengajian politik bukan sahaja tersurat dalam tulisan buku dan pengajian akademik di bilik kuliah. Terpenting  juga ialah ijtihad dengan Istiqamah ditengah medan perjuangan. PAS mempunyai semua aspek ini dengan beristiqamah kepada ajaran Islam yang menjadi akidah dan teras kepada semua amalannya.

Negeri Kelantan adalah satu-satunya negeri paling lama diperintah oleh PAS sejak tahun 1959 sehingga 1977 dan kali kedua 1990 sehingga kini adalah penyumbang besar kepada kejayaan Melayu Muslim dalam bidang pendidikan, perkhidamatan awam, keselamatan  dan ekonomi.

Diikuti pula Terengganu Tahun 1959 sehingga 1961 dan kali kedua 1999 sehingga 2004 dan Kedah 2008 sehingga kini. Apabila giliran PAS dikurniakan kemenangan di negeri-negeri ini maka secara automatik  menjadi sasaran UMNO bagi melemah dan menjatuhkannya diatas nama Melayu dan Islam. Paling malang menggunakan kedudukannya menguasai kerajaan pusat dan melanggar konsep demokrasi dan federalisma.

Mengepung media dan menyusahkan pentadbiran dan kewangan negeri-negeri ini, sehinggalah merampas royalti petroleum di Terengganu dan menafikan hak Kelantan. Namun perkara ini  tidak pernah dilakukan kepada Singapura ketika dalam Malaysia, Pulau Pinang di bawah Parti Gerakan sebelum BN dan Sabah dibawah PBS. Inilah hakikat UMNO dengan Melayu dan Islam anutannya.

Kepada semua pihak yang bersimpati dengan PAS, saya tegaskan, percayalah kepada kami dengan semua pengalaman yang  tersebut dan hilangkan khurafat beriman kepada UMNO parti Maha Esa.

Kepada ahli dan penyokong PAS saya nasihatkan supaya merujuk kepada sumber ilmu Islam yang ada dalam PAS, bukannya belajar melalui media yang bersukan dengan Islam dan berniaga dengan politik. PAS tetap berpegang bahawa politik adalah amanah terbesar daripada Allah. Bahagialah mereka yang menunaikannya dengan istiqamah dan celakalah mereka yang mengkhinatinya. Pikul amanah ini secara berjamaah jangan berseorang diri dan memencilkan diri.

Pesanan Rasulullah S.A.W.  “sesiapa yang memencilkan  diri daripada jamaah  akan ditawan syaitan, laksana serigala yang menawan kambing yang terpencil daripada kawanannya.” Maka amat bodoh kalau ditipu oleh syaitan yang dikenali.

Terbukti Kerajaan BN Tak Dak Duit

Cakap-cakap kakitangan kerajaan bahawa pemerintah sekarang tak ada duit untuk dibelanjakan untuk prasarana dan kemudahan jabatan kerajaan ada benarnya.

Sebagai contoh sebuah sekolah kebangsaan memberikan surat kepada murid-murid sekolah untuk diberikan kepada ibu-bapa mereka memohon sumbangan dana majlis guru dan kakitangan sekolah tersebut bagi menampung perbelanjaan aktiviti Majlis Guru dan kakitangan sepanjang tahun .Takkan nak buat aktiviti sekolah mintak duit kat mak bapak.Klik gambar dan besarkan.

Dalam bajet 2013 PM Najib mengumumkan pemberian duit BR1M 2.0 kepada orang muda sebanyak RM250 dan baucer beli handphone sebanyak RM200.Pemberian ini tak lain tak bukan untuk tarik anak muda yang boleh mengundi supaya sokong BN dalam pru 13 akan datang.Kalau duit banyak kenapa tak disalurkan kepada jabatan kerajaan termasuk guru untuk mudahkan aktiviti mereka?Ada yang bagi tau peralatan hospital kerajaan pun tak cukup para doktor sampai pening kepala.

PM Najib dan TPM Muhyiddin Yaasin hanya pandai buat janji setiap kali turun padang jumpa kakitangan kerajaan dan rakyat di seluruh negara tapi semuanya hanya sekadar janji kosong saja.Janji tak ditepati.Bajet yang sentiasa cukup dan mewah ialah untuk BIK MAMA.

Orang Islam murtad bising,sekolah agama rakyat tak dapat bantuan tak berani buat ramai




'Mana dana untuk 800,000 pelajar sekolah agama?'-M'kini
Aktivis dan pelajar sekolah agama rakyat (SAR) hari ini berhimpun di depan bangunan Parlimen di ibu negara untuk menuntut dana yang diperuntukkan untuk sekolah itu dalam Belanjawan 2013.Jurucakapnya Zainal Abidin Kidam berkata, kira-kira 800,000 penuntutnya masih belajar bawah kemudahan di bawah paras sederhana walaupun ibu bapa mengeluarkan wang sehingga RM600.
"Ini melibatkan lebih sejuta ibu bapa, yang memilih menghanar anak mereka ke seolah agama. Islam adalah agama rasmi persekutuan dan pendidikan bawah tanggungjawab kerajaan persekutuan.
"Setiap individu berhak mendapatkan pendidikan Islam," katanya.-M'kini
Dr Halimah:Bajet Umno-Bn terus abai SAR-Selangorku.com
 Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Tinggi Negeri, Dr Halimah Ali kesal dengan Kerajaan Pusat yang dikatakan tidak adil dalam pengagihan Bajet 2013 terutama dalam bidang pendidikan melibatkan Sekolah Agama Rakyat (SAR).
Katanya, perlaksanaan itu menggambarkan Umno-BN mendiskriminasikan ibubapa yang memilih untuk menghantar anak-anak mereka di peringkat sekolah rendah agama.
Beliau berkata, adalah menjadi hak setiap ibu bapa untuk memilih menghantar anaknya ke mana-mana jenis sekolah yang difikirkan perlu.
“Apa bezanya hak mereka ini? Bukankah keperluan mereka juga diperuntukkan dalam Perlembagaan Malaysia,” soalnya dalam satu kenyataan media.
Jelasnya, berdasarkan Petikan Artikel Perlembagaan Malaysia (Bahagian 2 Hak Asasi) Perkara 12 berkenaan pendidikan, menyatakan tidak boleh ada diskriminasi terhadap mana-mana warganegara semata-mata atas alasan agama, ras, keturunan atau tempat lahir.
Tambah Dr Halimah, dalam pembentangan bajet itu, tidak menyatakan peruntukkan kewangan untuk institusi pendidikan Islam seperti elaun guru, latihan perguruan dan Sekolah Kafa seperti tahun-tahun sebelum ini.
“Jika peruntukkan RM100 juta boleh diberikan kepada Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK), Sekolah Mubaligh yang bukan diperingkat dasar, kenapa SAR tidak dapat?
“Sedangkan SABK bukanlah bantuan menyeluruh kepada sekolah agama kerana masih banyak sekolah agama yang tidak bersedia untuk mendaftar,” katanya.
Untuk rekod, setakat ini, Sekolah Agama milik Kerajaan Negeri sebanyak 107 buah dengan bilangan guru 4,680 orang dan 62,929 pelajar.
Manakala, Kerajaan Negeri Selangor membelanjakan RM264 juta bagi tahun 2011.-Selangorku.com
SAR:1000 guru, pelajar ke parlimen tuntut peruntukan-Harakahdaily
: Beberapa wakil pendidik dan NGO berkaitan Sekolah Agama Rakyat (SAR) di seluruh Malaysia ke Parlimen hari ini menyerahkan memorandum bantahan berhubung pengabaian peruntukan kepada sekolah agama dalam pembentangan belanjawan 2013.

Memorandum tersebut menuntut Perdana Menteri dan Ahli Mesyuarat Jemaah Menteri memperuntukkan wang yang sewajarnya bagi pembangunan dan pengurusan untuk semua kategori sekolah agama.

Selain itu, tuntutan juga dibuat agar kerajaan menambah geran bantuan per kapita yang sedia ada, bantuan modal, buku teks, bantuan guru akademik dan bantuan-bantuan lain bagi melicinkan pentadbiran SAR.

Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik berkata, ketiadaan peruntukan untuk SAR membuktikan kefahaman Kerajaan BN terhadap pendidikan Islam masih terbatas dengan menganggap ia sebagai mata pelajaran sahaja, bukan sebagai institusi penting dan menyeluruh.

"Kerajaan BN sudah tidak layak untuk memerintah negara kerana selama 50 tahun tidak peduli terhadap Sekolah Agama Rakyat. Mereka tidak bersedia dan tidak mampu membangunkan pendidikan Islam.

Memorandum tersebut diserahkan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga ahli Parlimen Permatang Pauh dan ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub yang juga Naib Presiden PAS untuk dipanjangkan kepada Datuk Seri Najib Razak.

Sementara itu, Exco Pendidikan Negeri Selangor, Dr. Halimah Ali menyatakan kekesalan terhadap pengabaian terhadap SAR sedangkan ia di bawah tanggungjawab Kerajaan Persekutuan.

"Di Selangor, Kerajaan Negeri memperuntukkan RM6 juta peruntukan tahunan untuk Sekolah Agama Rakyat kerana kita faham keperluan SAR kepada rakyat," katanya.

Turut bersama, Exco-exco Kerajaan Negeri Selangor, Dr Ahmad Yunus Hairi, Dr Abdul Rani Osman dan Ronnie Liu, Pengerusi Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan (Pendidik), Normala Sudirman, Pengerusi Majlis Pemuafakatan Pendidikan Islam Selangor (Mappis), Dr. Zainal Abidin Kidam dan beberapa wakil NGO lain.

Lebih 1,000 berkumpul hadapan Parlimen


Sementara itu, kira-kira 1,000 pelajar termasuk guru-guru SAR dari seluruh Malaysia berkumpul di hadapan bangunan parlimen seawal jam lapan pagi sebagai tanda solidariti mereka.

Mereka membawa kain rentang, sepanduk dan poster menuntut kerajaan memberi perhatian terhadap SAR.

Beberapa ahli Parlimen turut bersama iaitu Siti Zailah Mohd Yusof (Rantau Panjang) yang juga Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Dr. Siti Mariah Mahmud (Kota Raja) yang juga Timbalan Ketua Dewan Muslimat, Muhammad Husin (Pasir Putih) dan beberapa ahli parlimen lain-Harakahdaily

Hebat Asang Ali Jati,Perkasa,Pekida,Nasha kononnya nak pertahankan agama, bising dan kecoh katanya orang Islam murtad tapi apabila bantuan untuk SAR disekat apa hang pa buat.Awat tak berani buat ramai?

Kita dikejutkan dengan laporan oleh Asang Ali orang Islam murtad disebabkan digula-gulakan oleh puak mubaligh Kristian dengan kemewahan.Awat depa tak mewah BN bagi RM100 juta untuk sekolah depa, SAR dapat apa?

Inilah Wasatiyyah Najib hingga sanggup abaikan anak bangsa yang belajar agama.Bini didulukan SAR diabaikan.Kalau tak ada duit suruh family Shahrizat Ketua Wanita Umno Malaysia bagi balik duit NFCRM250 juta yang dimiliki keluarga Shahrizat dan bagi kepada SAR.

Bagi BR1M RM500 dan RM250 dan baucer beli hand phone boleh tapi nak bagi kat SAR kedekut nak mampoih.

Tang mana hebatnya Umno kalau bab perjuangkan agama dan bangsa?Cuba cakap.

Ustaz Idris Ahmad nafi kata Pas gila kuasa,'kalau gila kuasa dah lama Pas bersama Umno'

Petikan tulisan ustaz Idris Ahmad AJK Pas Pusat yang menolak tuduhan yang mengatakan Pas utamakan kuasa daripada memperjuangkan Islam.Baru-baru ni ahli majlis syura Pas yang kontroversi Nasharuddin Mat Isa yang kini dilihat lebih mesra dengan pemimpin 'parti syaitan' kata Pas kena utamakan Islam daripada kuasa.

Sejarah kelahiran Pas ialah untuk menyahut seruan kewajipan untuk berdakwah dan mengajak manusia ke jalan Allah dan memperkenalkan Islam dalam bentuk “Din Wa al-Daulah” seperti yang diarahkan oleh Allah dan Rasulullah SAW. Firman Allah SWT

” Hendaklah ada di kalangan kamu segolongan orang yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji)” (al-Imran 3:104)

Untuk mencapai cita-cita bagi menegakkan Amar Makruf dan Nahyu ‘Anil Munkar ia tidak boleh dilaksanakan kecuali mempunyai kuasa politik (kerajaan), kerana kerajaan sahaja yang boleh melaksanakan perintah dan larangan seperti yang dilakukan oleh Rasulullah SAW ketika berada di Madinah. Baginda tidak boleh melaksanakan Amar makruf Dan Nahyu Anil Munkar dengan sempurna ketika berada di Makkah kerana baginda tidak mempunyai kuasa. Pas sebagai sebuah Harakah Islamiah tidak hanya bergantung kepada ceramah dan kuliah sebaliknya ia memerlukan kuasa bagi memastikan bahawa tuntutan Islam dapat dilaksanakan dengan sempurna. Justeru itu kita bekerja untuk mencapai cita-cita tersebut. Penyertaan Pas di dalam pilihanraya adalah salah satu wasilah untuk ke arah itu. Inilah uniknya Pas, ia juga sebagai sebuah parti politik dan juga sebagai gerakan Islam di negara ini.

Seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Pas fasal 3. Dasar Pas ialah Islam.

Islam yang diperjuangkan oleh Pas ialah Islam yang lengkap, merangkumi semua perkara samaada ibadah, politik, ekonomi, akhlak. Dalam erti kata yang lain yang merangkumi urusan hidup dan mati. Pas mahu memperjuangkan Din wa daulah (agama dan Negara)

Di Dalam fasa 5. Tujuan Pas ialah:

(1) Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredaan Allah.

. (2)Mempertahan kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan negara. 

Di dalam fasal ini jelas bahawa Pas berusaha untuk mewujudkan masyarakat yang mengamalkan Islam. Ertinya Pas tidak pernah tergelincir, sebaliknya orang yang menuduh Pas tergelincir sekarang sudah masuk ke dalam gaung, sedang menjerit-jerit untuk mendapat pertolongan daripada kawannya (Umno) untuk mendapat bantuan pernafasan. Walaupun rakannya sekarang mengalami penyakit semput kerana tidak cukup oksigen di dalam badan. Akhirnya kedua-dua lemas dan tenggelam dan tidak timbul-timbul lagi.

Fasal 7, Sumber rujukan tertinggi yang menjadi hukum dan kekuasaan Pas ialah Al-Quran, Sunnah, Ijmak dan Qias.

Di dalam Fasal 8 Perlembagaan Pas telah menetapkan bahawa Majlis Syura Ulamak adalah berfungsi untuk menjamin kekuasaan Pas [Fasal 7 (2)] tidak tergelincir daripada sumber hukum Pas [Fasal 7 (1)]. Atas asas ini, Majlis Syura Ulamak diberi tiga bidang kuasa iaitu:

i.Menghurai, menjelas dan mentafsirkan Dasar Pas dalam Perlembagaan Pas.

ii.Mengeluarkan arahan supaya dasar dan ketetapan dipatuhi oleh semua pihak dalam Pas serta mengawal supaya semua dasar dan ketetapan dipatuhi dalam melaksanakan aktiviti Pas.

iii.Rayuan disiplin

Melihat kepada apa yang tercatat di dalam Perlembagaan Pas sudah membayangkan inilah perjuangan Pas yang tidak pernah menggadaikan prinsip samaada ketika menang atau kalah, samaada terbilang atau terbuang. Perjuangan yang suci ini telah mendapat kepercayaan daripada berbagai peringkat. Semakin ditekan dan difitnah semakin mendapat sokongan dan dokongan, bukan sahaja daripada orang Islam, malah dari kalangan bukan Islam. Apa yang dilalui oleh Pas seperti yang disebut pepatah cina “Emas yang berkualiti tidak akan hancur walaupun dibakar dengan api yang kuat”

Pas hendak mendapatkan kuasa bukan cara yang tidak bermoral dan berakhlak. Pas tidak mengiktiraf pendekatan “Matlamat menghalalkan cara”. Pas perlukan kuasa untuk menghayati Islam yang syumul seperti yang diajar oleh nabi kita Muhammad SAW. Baginda tidak akan berhijrah ke Madinah dengan meninggalkan bumi Makkah kalau hanya hendak bersolat dan tawaf di Ka’bah sedangkan sistem yang berjalan di dalam masyarakat penuh dengan kezaliman dan penindasan.

Kuasa yang Pas miliki berbeza dengan Umno miliki. Walaupun serupa tetapi tidak sama. Pas mendapat kuasa untuk mengangkat Islam, sedangkan Umno mendapat kuasa dengan meminggirkan Islam dan dijadikan sebagai alat untuk mencari sokongan bagi mengekalkan kuasa. Umno buat seminar dakwah tetapi Umnolah juga menyekat usaha pengembangan dakwah. Dakwah acuan Umno hanya Amar Makruf, tidak boleh Nahi Munkar. Siapa yang berani bicara berkenaan dengan Amar Makruf Nahi Munkar akan digam dan diburu. Rancangan agama di Televisyen hanya sekadar lepas batuk ditangga, bukan menerangkan Islam yang syumul. Begitu juga masjid di bawah jagaan Umno, mati dahulu sebelum ahli kariah mati. Memang usaha mereka untuk mendapat kuasa supaya fungsi masjid tidak hidup dengan majlis ilmu. Pemimpin Umno faham orang yang berilmu dan faham agama yang syumul tidak akan menyokong perjuangan Umno.

Kalau tuduhan orang mengatakan Pas utamakan kuasa sehingga mengenepikan Islam suatu tuduhan yang tidak betul. Jikalau Pas gilakan kuasa lebih baik Pas bersetongkol dengan Umno yang memang sudah disediakan karpet merah, sebaliknya Pas tidak menerima pelawaan ini. Sebaliknya Pas terus mengemudi bahtera perjuangan dan merentas ombak dan badai bersama dengan Islam. Segala keputusan yang Pas laksanakan seperti Tahaluf Siasi semuanya berdasarkan apa yang diputus dan dikaji oleh Majlis Syura yang mampu menekuni segala permasalahan hukum berdasarkan sumber Al-Quran, Hadis, Ijmak dan Qias Ertinya segala keputusan yang dibuat berdasarkan kepada dosa dan pahala, syurga dan neraka. Semua di kalangan ahli Syura sedar apa makna ada kuasa jika dengan kuasa membawa diri masuk ke dalam neraka Waliyazubillah.-Ustaz Idris Ahmad AJK Pas Pusat

Khamis, 11 Oktober 2012

Kalau dah tau jadi beban lebih baik dicempung keluar

Kata Ketua Penerangan Pas Pusat Tuan Ibrahim Tuan Man  "Orang tua tua berpesan, kalau tanganmu tidak sampai untuk membantu mengusung sebuah rumah, jangan pula engkau bergayut di alang rumah"
“Maknanya kalau kamu tidak mampu atau tidak mahu menolong sewaktu orang ramai mengusung sebuah rumah. Ianya tidaklah sangat menjadi masalah. 
"Tetapi janganlah pula engkau bergayut di alang rumah tersebut, janganlah engkau menyusahkan orang yang penat mengusung rumah itu,” kata beliau.Baca Jika tak mahu membantu, jangan pula menyusahkan.

Kasihan melihat pemimpin Pas yang tak berhenti-henti bagi nasihat tapi ada pulak segelintir pemimpin Pas yang semakin dinasihat semakin naik tocang.Jadi macam ulat bulu naik daun.Depa buat perangai menipu ummah dengan berbohong dengan lidah yang pandai berkata-kata.Nasib baik la menipu dengan cara macam ni tak masuk jel kalau tidak dah penuh lokap dan penjara.

Jangan simpan lama-lama kalau rasa jadi beban.Bukan takat alang rumah boleh patah malah bumbung rumah pun boleh runtuh.Lebih baik dicempung keluar.Yang buat perangai bukan ahli biasa tapi ahli majlis syura dan bekas Tim Pres Pas yang persetujui dasar bersama PR atas nama lawan kezaliman Umno-Bn.

Semua negeri dah buat program Pas menuju ke Putrajaya tapi amat malang kereta yang dinaiki Pas ditabur paku supaya pancit di tengah jalan.Yang tabur paku bukan budak-budak Pas yang baru tumbuh bulu pahat tapi oleh orang yang dah biasa jadi orang nombor dua dalam Pas.

Kalau dah ke hulu dan ke hilir dengan musuh takkan tak ada apa-apa.Kalau tidak takkan la cakap jadi lain.Hidup ni janganla kita mudah ditipu tak kira la mereka tu siapa.Malang kita kalau kita kena tipu hidup-hidup.

Baca;

Tak lama lagi ada yang senasib Khir Toyo

Tender padi:Kementerian Kewangan ditipu?-Malaysiakini
Penganugerahan kontroversi tender pembekalan pagi RM164.8 juta kepada petender yang didakwa tidak layak menimbulkan lebih persoalan, ekoran sebab Kementerian Kewangan meluluskan dikatakan tidak sah.

Dalam surat bertarikh 20 Julai lalu yang bocor, bahagian perolehan kerajaan di kementerian menjelaskan walaupun petender tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan, kelulusan diberikan ekoran keperluan benih padi yang mendesak dan "faktor kesegeraan" bagi musim penanaman semula.

NONESurat itu, yang diedarkan oleh Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar di Parlimen Rabu lalu, dialamatkan kepada Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Mohd Hashim Abdullah.

Dua alasan yang diberikan itu pada mulanya dipersoalkan melalui artikel "Skandal Padi Benih yang Terburuk Dalam Sejarah Industri Padi/Beras Negara" oleh penulis yang merujuk dirinya sebagai "Warga Moe".

Artikel yang disebar secara meluas sejak bulan lalu itu membuat lebih banyak dakwaan berhubung tender itu.

"MOF (Kementerian Kewangan) pun kena tipu dengan (menteri pertanian) Noh Omar. Tidak ada keperluan mendesak kerana tender yang tamat boleh dilanjutkan secara bulanan (amalan biasa MOA selama ini). 

"Tiada masalah keperluan benih padi yang mendesak kerana benih padi yang sedia ada mampu memenuhi permintaan sehingga Mac 2013 dan musim penanaman padi antara negeri-negeri tidak serentak," artikel itu dipetik.-Malaysiakini

Kempunanlah kepada pemimpin Umno yang teringin sangat-sangat nak jadi MB Selangor.Nasibnya akan jadi macam Khir Toyo 'sial penyapu' dijatuhkan hukuman penjara 12 bulan tapi masih berada di luar penjara.Khir masih merayu dan merayu di mahkamah.
Berita berkaitan;
Pembekal benih padi :Kriteria tak dipenuhi, tapi....-M'kini
Didakwa beri temder padi kepada kroni:Noh digesa lepas jawatan menteri-Selangorku.com

Pakatan Dalam Gelap Najib dan Soros?

PM Najib bertemu Soros di New York-Malaysiakini
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengadakan pertemuan peribadi dengan jutawan George Soros - individu yang dilihat oleh penyokong setia Umno sebagai musuh no 1 - di New York dua tahun lalu.

Pertemuan secara rahsia itu -  yang mula-mula didedahkan minggu lepas oleh ahli parlimen Subang, R Sivarasa semasa berdebatdengan Ketua Penerangan PERKASA, Ruslan Kassim -  berlangsung di sebuah hotel mewah - Hotel Plaza di Manhattan.

Malaysiakini telah mengesahkan pertemuan Najib-Soros dengan satu 
sumber yang mempunyai pengetahuan langsung mengenainya.

Pertemuan perdana menteri dengan Soros, yang dituduh membiayai NGO Malaysia untuk perubahan rejim, berlaku pada 27 September 2010.

Dipercayai sekurang-kurangnya seorang pemimpin tinggi Umno hadir di pertemuan tersebut.

Najib, yang menjadi perdana menteri pada tahun 2009, menyampaikan ucapan sulungnya di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York pada hari yang sama beliau bertemu dengan Soros.

Dalam ucapan di PBB itu, Najib mencetuskan 'gerakan global moderat' untuk menebus semula agenda keamanan dan pragmatisme.

Di luar perhimpunan agung itu, Najib juga bertemu dengan Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon dan mengadakan perbincangan dengan beberapa ketua kerajaan.

Antara mereka yang mengiringi Najib dalam lawatan itu ialah isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Luar Datuk Anifah Aman dan Duta Malaysia ke Amerika Syarikat, Datuk Jamaluddin Jarjis.

Soros, seorang peniaga mata wang kontroversi dan seorang dermawan, telah dipersalahkan sebagai punca konflik kewangan yang melanda Malaysia semasa krisis ekonomi tahun 1997-98, dan baru-baru ini, didakwa pula mahu menjatuhkan BN dengan membiayai NGO anti-kerajaan.

Sejak beberapa minggu lalu, sekumpulan blogger pro-kerajaan dan akhbar milik Umno, Utusan Malaysia,mengecam NGO, termasuk badan hak asasi manusia, Suaram dan gerakan reformasi pilihan raya, BERSIH, kerana menerima pembiayaan daripada Open Society Foundation Soros.

Malaysiakini juga, turut menjadi sasaran ekoran hubungannya dengan MDLF, sebuah dana pelaburan yang memiliki 29 peratus kepentingan dalam portal berita bebas itu. MDLF mengumpulkan modal dari bank, kerajaan dan agensi-agensi pembiayaan, yang termasuk yayasan Soros.

Pada hari Ahad, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamadturut sama menuduh Malaysiakini bersekongkol dengan Soros untuk perubahan rejim bagi "meletakkan calonnya sebagai perdana menteri dan menteri-menteri dalam kerajaan Malaysia".

"Pandangan saya tentang Soros ialah dia masih seorang penyangak mata wang dan dia sebatikan kejahatan ini dengan menggunakan wang untuk meletakkan orang sepertinya untuk memerintah negara-negara yang disasarnya. Dan Malaysia jelas salah satu sasarannya," tulis Dr Mahathir dalam New Straits Times.

Dengan menyambungkan dua titik berbeza, beliau membuat kesimpulan liar bahawa "satu undi untuk pembangkang adalah undi untuk Soros."

Ironinya, ketika Dr Mahathir menjadi perdana menteri, Bank Negara Malaysia menceburkan diri dalam spekulasi mata wang yang berisiko tinggi - dan ia kerugian sejumlah RM5.7 bilion kepada orang-orang seperti Soros pada awal tahun 1990-an.-Malaysiakini.

Tun Madey terlepas pandang perjumpaan Najib-Soros..Tun..Tun..sudah sudah la hari dah senja sangat ni..mak saudara saya lagi tua daripada Tun yang berusia 94 tahun baru saja tinggalkan dunia ini.

Kalau Pas tak mau kuasa takat jadi Tabligh ja la

Ketua Dewan Ulama Pas Pusat Harun Taib kata Nasha cakap betul.-Sinar Harian
Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib berpendapat apa yang dinyatakan Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa itu adalah betul.

“Betullah tu apa yang dikatakannya. Islam perlu jadi perkara utama... hal-hal lain perlu jadi perkara susulan,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Kelmarin, Ahli Parlimen Bachok itu mengingatkan Pas agar tidak mengutamakan kuasa semata-mata sehingga sanggup meletakkan prinsip Islam di tempat kedua.

Kata Nasharudin, dalam konteks politik hari ini, masalah perpecahan umat Islam sering dilupakan sedangkan ia adalah masalah utama yang perlu diselesaikan terlebih dahulu.

Kenyataan terbuka yang dikeluarkan Nasharudin itu telah menimbul pelbagai persepsi  banyak pihak  sehingga ada andaian menyatakan Pas telah lari dari perjuangan asal.

Harun berkata, Pas tidak pernah lari daripada perjuangan asal dan masih menjadikan Islam sebagai pegangan utama.

Ketika ditanya sama ada Nasharudin berhak berkata demikian, Harun berkata, Nasharudin boleh menyuarakan pendapat beliau tidak kira secara dalaman atau terbuka.

“Beliau bebas... boleh kata apa sahaja, beliau juga ahli Majlis Syura. Tidak salah beliau gunakan Majlis Syura untuk suarakan pandangan ini.

“Apa yang berlaku sekarang ini ramai yang berkata atas kepentingan diri sendiri,”katanya.

Dalam perkembangan sama, Ketua Penerangan Pas Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyifatkan apa yang dikatakan Nasharudin itu sebagai perkara biasa.

“Saya tidak melihat kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau (Nasharudin) sebagai sesuatu perkara yang pelik... apa yang diperkatakan adalah sebagai memperingati dasar perjuangan kita,” katanya.

Sehubungan itu tegas beliau, untuk memerintah, kuasa yang diperoleh menerusi pilihan raya akan memberi jalan untuk melaksanakan dasar perjuangan Pas.

Tambah beliau, kuasa yang ada akan memberi parti jalan untuk memerintah.-Sinar

Saya tertarik dengan dua komen dalam tajuk di atas ;
Setelah PAS berkuasa penuh di Terangganu pada 1998, ia kecundang kepada UMNO atau DAP dalam pilihanraya berikutnya? Adakah ini juga petanda UMNO Terangganu lebih memperjuangkan Islam berbanding PAS Teranganu? Jika UMNO Terangganu juga memperjuang Islam melebehi perjuangan PAS Terangganu, eloklah dalam PRU13 nanti bagi saja Terangganu pada UMNO dan biarlah UMNO menang tanpa bertanding.-Mohd Rejab Ahmad

Islam nombor satu adalah benar,
namun, kerana nasha ni melalak di corong umno/bn, lalu ditokok tambah sehingga menimbulkan kekeliruan 'org awam', seakan-akan PAS telah lari dari prinsip, DI SINI DOSA POLITIK NASHA.
saya nak tanya kepada pucuk kepimpinan PAS.... masih bolehkah nasha ni ditakrif sebagai seorang ahli jamaah yg taat kepada perjuangan parti?
ingat pesan Yusuf al-Qaradawi, "ketika perjuangan kebangkitan memuncak : awasi siapa kawan dan siapa lawan perjuangan ini".-Borneo Menggugat

Kebangkitan Arab Spring yang berlaku hingga berlakunya pertumpahan darah yang mengorbankan banyak jiwa adalah kerana mahukan kuasa untuk merubah regim diktator di dunia Arab yang berkuasa berpuluh tahun.Kalau Pas tak mau kuasa Pas hanya sekadar jadi jamaah tabligh ja la.

Kerana hilang jawatan, hilang kuasa juga jadi faktor seseorang itu melalak tak ketawan hala.Hilang jawatan baru cakap Pas kena keluar daripada PR,Pas kena utamakan Islam daripada kuasa.Betul ke...?

Kita diajar jangan jadi assobiyyah tapi kalau kita assobiyyah kepada puak kita kroni kita ok ka?

Kalau kawan kita kata kat kita hingga menyebabkan pedih telinga,kita dengan cepat melenting,Tapi kalau musuh kita hina kita,kita diam tak kata apa..itu apa tandanya?
Edit 10.28 pagi;
Saya nak ulang lagi sekali apabila Nasha kata 'kemenangan Islam tak dibantu orang kafir' ini amat jelas kedudukan Pas di negeri-negeri yang Pas bercita-cita mau berkuasa seperti Negeri Sembilan,Melaka ,Johor dan Selangor  undi Pas di kalangan bukan Islam akan terjejas.Negara kita siapa nak berkuasa dipilih melalui sistem pilihanraya tak kira dia bangsa apa dan agama apa setiap warganegara yang mendaftar sebagai pengundi layak mengundi parti yang mereka suka.Jangan nak nafikan perkara ini dalam konteks berpolitik di Malaysia lainlah kalau kita duduk di Mekah dan Madinah.

Rabu, 10 Oktober 2012

Tak mati kelaparan pun kalau tak jadi ahli Umno

Ini kisah benar lagi saheh
Berlaku di Changlon,Kedah dalam parlimen Kubang Pasu ,Dun Bukit Kayu Hitam
Pada tahun 2003 saudara saya buka kaunter jual tiket bas express atas tanah Majlis Daerah Kubang Pasu.Perniagaan beliau berjalan dengan baik dan dapat sambutan yang menggalakkan.Sangkakan hujan hingga ke petang rupanya hujan di tengahari.Gerombolan parti syaitan yang tak terpikir bahawa perniagaan saudara saya menjadi maju dan berkembang telah pasang niat jahat dengan adukan kepada Majlis Daerah untuk ambil tindakan menyaman.Saman demi saman tidak diendahkan saudara saya akhirnya tindakan untuk merobohkan kaunter tiket yang dibina dengan modal RM35,000 telah diambil oleh pihak berkuasa tempatan.

Dalam masa yang sama puak parti syaitan telah datang kepada saudara saya buat tawaran.Tawarannya ialah supaya saudara saya jadi ahli Umno maka akan berakhirlah segala masalah dan tindakan roboh akan dibatalkan.Tau apa saudara saya kata kepada gerombolan parti syaitan yang buat tawaran tersebut.Saudara saya kata,"Daripada hang suruh aku jadi ahli Umno supaya aku tunduk dengan kehendak hang pa, lebih baik hang suruh ahli parlimen hang pi tolong ahli Umno yang dah 35 tahun kayuh basikal supaya beli motor bagi depa naik.Ramai ahli Umno yang hidup susah berpuluh tahun takkan dengan sekelip mata aku masuk Umno hang pa nak tolong aku.Rezeki aku bukan duduk dalam tangan Umno tapi rezeki aku Allah SWT yang tentukan."
Akhirnya kaunter tersebut dirobohkan kerana kedegilan saudara saya pertahankan maruah beliau yang hendak ditawarkan dengan menjadi kad keahlian parti syaitan.

Kini saudara saya menyewa tapak gerai lain atas tanah persendirian buka nasi kandar.Alhamdulillah dapat sambutan baik orangramai dan semakin maju.Rezeki beliau makin bertambah anak-anak dihantar ke sekolah agama swasta dan ada yang dah sampai ke bumi Jordan kerana ditawarkan masuk universiti di sana.

Kini kenapa ada pemimpin Pas cakap macam Umno?Cakap macam taik Umno.Takkan tak tau kata kapal Umno yang berada di tengah lautan dah nak karam.Ramai gerombolan Umno lompat keluar menuju kedaratan untuk selamatkan diri tapi kita pula terhegeh-hegeh nak berenang ke laut nak naik kapal Umno yang dah nak karam.Takkan nak karam bersama Umno?Lihat apa jadi dengan bekas orang kuat Pas yang masuk Umno.Suara mereka tenggelam tak timbul-timbul.Kalau dengan hukum Islam pun Umno perlekeh sekupang dua takkan dengan kita ni Umno nak jaga?Tapi bak kata orang kalau geletek pun dah tak rasa geli,tapak kaki pun rasa kebas tak boleh buat apa dah hang nak karam jugak karam pi la.

Selasa, 9 Oktober 2012

Nasha jangan jadi macam penjaga gol..sepak kanan terkam kiri sepak kiri terkam kanan

Ahli majlis syura Pas Nasharuddin Mat Isa yang 'disayangi ramai golongan agama' dalam Pas hari ini semakin berani dan lantang bersuara.Dia dah tak heran dipecat daripada Pas.Nak pecat-pecatlah sebab Nasha la ni ada kerja lain yang lebih penting bagi beliau.

Suara Nasha semasa jadi Timbalan Preisden Pas tidak segagah sekarang apabila hilang jawatan Timbalan Presiden Pas yang pernah disandangnya.Pemikiran beliau kini amat disenangi Umno musuh Pas dalam politik.Semasa jadi Timbalan Presiden Pas Nasha adalah salah seorang yang terlibat kerjasama Pas ,Dap dan PKR gabungan yang membentuk Pakatan Rakyat.

Kini Nasha kata 'Kemenangan Islam tak pernah dibantu orang kafir'.Dulu tak berani cakap semasa jadi Timbalan Presiden Pas.Ucapan Nasha itu seolah-olah  pengundi bukan Islam tak sokong Pas pun tak pa.Ahli parlimen Kota Raja Dr Mariah (Pas) menang di kerusi tersebut dengan majoriti besar dengan bantuan orang India dan Cina.Ini saheh lagi benar bukan bohong!Sudah tentu ucapan ini amat merbahaya kepada kedudukan Dr Mariah selaku calon Parlimen Kota Raja dalam pru 13 akan datang.

Kedudukan Malaysia dalam politik amat berbeza di Arab Saudi dan negara Arab lain.Ini kita kena terima hakikat kalau nak tumbangkan parti syaitan yang dikenali ramai iaitu Umno-BN.Umno berpakat dengan MCA dan MIC untuk terus berkuasa sehingga 55 tahun.Salahkah berpakat dengan orang bukan Islam untuk tumbangkan syaitan yang dikenali yang tidak berlaku adil dan zalim terhadap rakyat,rasuah yang bermaharajalela sehingga sanggup beli undi untuk menang pilihanraya?

Fikiran Nasha amat berbeza dengan almarhum Fadzil Nor bekas Presiden Pas yang membentuk Gerakan Rakyat dan Barisan Alternatif untuk lawan kedurjanaan Umno.

Apabila Nasha kata soal keahlian nombor dua menunjukkan bahawa dia seolah-olah mau dipecat daripada Pas tapi Pas masih belum bersedia untuk buang Nasha kerana ramai ulama Pas pertahankan Nasha.Adakah Nasha akan mati beragan dalam Pas?

Seorang penjaga gol dalam perlawanan bolasepak apabila disumbat dengan duit dia tidak lagi akan pertahankan pasukannya sebaliknya ia fikirkan tawaran duit yang lumayan daripada pihak bookie.Tendang kanan dia terkam kiri tendang kiri dia terkam kanan.Begitu juga pemain yang diikat dengan duit dibetisnya ambil tendangan penalti tidak akan sepak masuk ke gol sebaliknya tendang naik ke langit yang menghampakan peminat dan pasukannya yang harapkan kemenangan dengan tendangan tersebut.Kalau macam ni punya perangai nak simpan lagi ka?

Busuk-busuk Pas pun, Pas sentiasa di hadapan dalam isu agama Islam berbanding Umno.Nak buang nama Islam daripada pertubuhan Islam dan agama bukan Pas tapi Umno.Umno nak Pas dok sorang-sorang ,Pas akan jadi kupang tembaga dan gerombolan syaitan akan terus berkuasa.Tapi syaitan tak la bodo sangat dia guna 'orang dalam' yang termakan hasutan syaitan untuk runtuhkan pertubuhan yang jadi musuh dia dalam politik.

Tabik dan hormat saya kepada pemimpin Pas yang masuk lokap keluar lokap,masuk penjara keluar penjara pertahankan perjuangan parti malah ada yang dibunuh kerana lawan Umno daripada melihat pemimpin yang hanya pandai berteori tapi jadi alat dan perkasas kepada parti syaitan.

Saya teringat kata-kata Tamrin Ghafar yang kata ,'Jika Umno tak berubah , Umno akan diubah".Persoalannya sejak bila Umno berubah.Tunggulah babi panjat pokok kalau nak tengok Umno berubah.
Baca juga ;
Nasha dakwa ada pihak anjur doa M'sia jadi negara Kristian-M'kini
Nasha:'Kalau rezeki banyak ,hak dia buat kenduri besar'-M'kini
Pas;'Perjuangan kami tidak ubah'-Sinar harian
Mahfuz:Nasha telah cabar keputusan majlis syura-Sinar harian

Ahad, 7 Oktober 2012

Pemimpin Pas kena memahami isu pentadbiran sebelum tawan Putrajaya

Saya amat tertarik tulisan Peguam Pas Hanipa Maidin dalam Harakah edisi cetak Isnin bil 1782 yang bertajuk 'Memahami proses membuat keputusan ' N4.Pada mukaddimah tulisan beliau Hanipa berkata,"Sebagai parti politik yang insya Allah berpeluang untuk memerintah Malaysia, pimpinan dan ahli Pas di semua peringkat perlu memahami tentang isu-isu pentadbiran (governance).Bagi Hanipa undang-undang pentadbiran ini amat penting untuk difahami kerana kegagalan memahaminya akan mendedahkan sesebuah kerajaan atau institusi  di bawahnya kepada amalan-amalan yang bersifat berat sebelah (dikriminasi),arbitrari dan menyimpang daripada lunas-lunas keadilan."

Peguam Pas itu mengambil beberapa contoh kes universiti dan kolej di negara ini yang bertindak secara arbitrari dalam mengambil tindakan.Beliau mengambil contoh kes Universiti Malaysia Perlis (Unimap),Universiti Tun Hussein dan juga kolej Kuin di bawah kerajaan negeri Kedah.Kata Hanipa lagi,Antara pihak yang sering berbuat demikian adalah pihak universiti dan kolej di negara ini.Walaupun pahit tapi atas nama muhasabah dengan tujuan mendidik, saya katakan institusi pengajian tinggi di negara ini yang di bawah Pakatan juga malangnya ada juga membuat kesilapan yang sama walaupun ia masih tergolong dalam kes terpencil.

Pada 25 september yang lalu Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah memutuskan membatalkan keputusan Lembaga Tatatertib Unimap bertarikh 17-4-12 yang memutuskan seorang pelajarnya didapati bersalah atas dakwaan melakukan kesalahan tatatertib.Hakim memutuskan pelajar menang dan Unimap diperintah bayar kos.Kata Hanipa ,Saya melihat transkrip perbicaraan pelajar di Unimap dan tidak keterlaluan saya katakan sepertimana perbicaraan tatatertib di universiti-universiti lain, perbicaraan  tersebut tidak ubah seperti perbicaraan di dalam mahkamah kanggaru.
Kata Hanipa Maidin lagi;
Sebelum ini hakim yang sama (untuk kes Unimap) juga memutuskan bahawa pengagantungan beberapa orang pelajar Kolej Insaniah (Kuin) juga adalah ultra vires.Walaupun ada ahli Pas yang tidak senang saya mewakili pelajar-pelajat itu sedangkan Kuin diwakili Karpal Singh, saya katakan Islam mengajar keadilan wajib ditegakkan hatta kepada 'keluarga' kita sendiri.

Saya pernah wakili pelajar tahun akhir Universiti Utara Malaysia (UUM) yang dizalimi dan digantung tiga semester kerana hanya memberikan pendapat dalam satu forum.Alhamdulillah kerakusan UUM menyaksikan akhirnya mereka sendiri bersetuju membayar pelajar tersebut ganti rugi sebanyak RM70,000.

Jika selama ini saya banyak mewakili pelajar yang digantung atau dipecat dari universiti itu adalah penyokong Umno , adakah sebagai peguam saya dikehendaki berdiam diri jika universiti di bawah Kerajaan Pakatan juga melakukan kesilapan yang sama.Di mana saya nak letakkan prinsip keadilan yang diajar oleh Islam pada parti Islam yang saya sertai.

Jika orang Barat mengatakan,"tegakkanlah keadilan meskipun runtuhnya langit", hakikatnya itulah prinsip keadilan yang Islam tonjolkan dalam Al Quran dan Al Sunnah:tegakkanlah keadilan dalam apa keadaan sekalipun!!!.

Baca semua sila langgan akhbar Harakah edisi terbaru seperti di atas.