Khamis, 4 Mei 2017

Makin mesra Presiden Pas dengan Umno, musuh dengan PH

Sepanjang muktamar Pas yang baru berlalu perwakilan Pas dan pemimpin tertinggi Pas menyerang pemimpin Pakatan Harapan sebulat suara.

Seolah-olah yang mencuri wang rakyat ialah pemimpin PH bukannya pemimpin Umno yang banyak terlibat dengan salah guna kuasa dan rasuah. Kebencian pemimpin Pas kepada PH mengatasi akal fikiran yang waras dalam berpolitik.

Terkini Presiden Pas bersama menteri Umno dan pemimpin Umno Terengganu  di Marang.


Sekali Ya hanana RM5juta kalau nak beli adun berapa puluh juta?

Rafizi Ramli mendedahkan program Ya Ha nana dapat RM5 juta daripada Najib..

Agak2 la kalau nak tukar kerajaan kat Selangor yang tengah kelam kabut tu berapa puluh juta nilai seorang adun?

Free Malaysia Today;
Naib Presiden PKR Rafizi Ramli hari ini menamakan tiga pihak yang menurutnya menerima wang berkait 1MDB daripada akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak, sambil berkata pendedahannya supaya memberi tekanan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka semula siasatan terhadap perdana menteri.

“(Ia) sebagai tindakan nekad agar SPRM buka semula siasatan terhadap berhubung skandal 1MDB,” kata Rafizi kepada wartawan di badan kaji selidiknya Invoke Malaysia.

Memetik blog “SPRM Insider”, Rafizi menamakan Datuk Amhari Effendi Nazaruddin, yang menurutnya menerima sebanyak RM2 juta.

Rafizi berkata carian Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mendapati Amhari merupakan pengarah dan memegang 50% saham dalam Orb Solution Sdn Bhd, syarikat yang bertanggungjawab membangunkan aplikasi telefon pintar “Najib Razak” yang dilancarkan Oktober tahun lalu.

Rafizi berkata Amhari, yang merupakan rakan sekolahnya dahulu, merupakan penasihat kanan di Pejabat Perdana Menteri, dan turut terlibat dalam rundingan menyelesaikan hutang 1MDB dengan IPIC baru-baru ini.

“Sekiranya beliau penerima wang 1MDB, sudah tentu beliau tidak layak terlibat dalam rundingan penyelesaian hutang 1MDB, kerana wujud pertembungan kepentingan,” katanya sambil menyeru Amhari tampil menjawab dakwaan itu.

Pihak kedua dinamakan oleh Rafizi adalah Najib, di mana beliau mendakwa transaksi sebanyak RM449,586.95 berlaku daripada kad kredit di bawah akaun peribadi di Ambank Islamic kepada Amhari.


Satu lagi transaksi dibuat daripada kad kredit Najib sebanyak RM2,833,147.21, kata Rafizi

Menurutnya, kedua-dua transaksi itu berjumlah RM3.28 juta dibelanjakan dalam hari sama di sebuah kedai barang kemas mewah di Itali.

Beliau mahu Najib tampil menjawab sama ada pembayaran itu berlaku dan untuk siapa.

“Ini soalan mudah. Kerana sudah tentu Najib tidak beli barang kemas di Itali.”

Pihak ketiga yang dinamakan Rafizi ialah Yayasan Al-Abrar, badan yang menganjurkan majlis zikir “Malaysia Bersalawat” di Kuala Lumpur pada 7 Disember, 2013.

Rafizi berkata yayasan tersebut menerima RM5 juta daripada akaun peribadi Najib di Am Islamic Bank Berhad.

Dakwaan Rafizi hari ini hampir sebulan selepas beliau menamakan bekas timbalan presiden PAS, Datuk Nasharuddin Mat Isa, menerima sejumlah wang berkait 1MDB, menerusi peguam Najib, Datuk Hafarizam Harun.

Nasharuddin bagaimanapun menafikan dakwaan itu.

Rafizi berjanji meneruskan pendedahan lebih ramai pihak yang menerima wang didakwa berasal dari dana 1MDB.

“Supaya SPRM tidak ada pilihan kecuali memberi maklum balas tentang perkara ini. SPRM tidak boleh berdiam diri.

“SPRM perlu berdepan dengan rakyat,” katanya.

Beliau mendakwa maklumat yang diperolehinya adalah sahih dan disemak balik dengan dokumen rasmi siasatan SPRM ke atas 1MDB.

Pada 2015, dokumen siasatan SPRM yang dipetik The Wall Street Journal mendedahkan sejumlah RM2.6 bilion mengalir masuk daripada akaun dan entiti berkait 1MDB ke akaun peribadi milik Najib pada 2013.

Najib bagaimanapun berkata wang tersebut merupakan derma keluarga diraja Arab Saudi kepada Umno untuk menjalankan kempen pilihan raya umum tahun itu.


Siasatan pasukan khas melibatkan SPRM itu bagaimanapun tidak diteruskan selepas Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali mendapati Najib tidak bersalah.

Isnin, 1 Mei 2017

Yang tak kena serang hanya Najib dan Umno dalam muktamar Pas

Hari ni hari terakhir muktamar Pas yang berlangsung di Kompleks Pas Kedah di Batu 9, Kota Sarang Semut. Apa yang ada dalam muktamar Pas kali ni?

Tak lain tak bukan serangan perwakilan Pas dan pemimpin tertinggi Pas yang ditalakan kepada parti Amanah,Bersatu,Dap dan PKR. Hari pertama muktamar dewan ulama Pas siap doa lagi Jahanam PAN yang ditujukan kepada Amanah yang lahir selepas perpecahan Pas dua tahun yang lalu.

Hari kedua serangan ditujukan kepada PKR yang dianggap perwakilan Pas tidak setia dan jujur dalam berkawan.Pas jujurkah berkawan?Dalam pru 13 Pas turut letak calon di Kota Damansara dan Sg Acheh walaupun persetujuan awal dua kerusi tu Pas tak bertanding yang akhirnya PR masa tu tumbang kepada BN di dua kerusi tersebut.

Azmin MB Selangor turut jadi serangan Pas dengan alasan bawak masuk artis Barat Selena Gomez dan gelar parti Pas dengan Tok Lebai.Orang Pas dan pemimpin Pas boleh kata apa saja kepada pihak lain tapi bila pemimpin mereka dan parti mereka dikritik mereka tidak dapat terima!

Perwakilan Pas dan pemimpin Pas jugak  mainkan isu Dap yang anti Islam,tak bermusuh dengan orang Cina tapi bermusuh dengan Dap, Umno lebih baik daripada Dap..Ini alasan politik untuk Pas berpeluk dengan Umno yang berjaya memukau semua perwakilan Pas,ahli Pas dan penyokong Pas. Dap dijadikan kambing hitam untuk Pas bermesra dengan Umno sebenarnya.

Parti Bersatu pulak presiden Pas Haji Hadi kata tak tau mana satu imam mana satu makmum..sedap kata kat orang..

Persoalannya kenapa Najib dan Umno yang selama ini dianggap musuh Pas tidak diserang perwakilan Pas dan pemimpin Pas dalam muktamar kali ni? Yang jadikan rakyat negara ini dalam kesempitan untuk kehidupan harian bukan parti2 pembangkang yang diserang Pas tapi Umno,Najib dan BN!

Yang bijak dan selalu ikuti perkembangan politik Pas sejak dulu,kini dan selamanya tahu kenapa Pas kini tak serang Najib.

Sabtu, 29 April 2017

Al Kazzab

Dengan apa yang jadi dalam puak yang mengaku berjuang untuk agama tu aku cuma teringat ada satu drama Melayu berjudul Al Kazzab (pembohong besar).

Kisahnya ada seorang jahil berlagak jadi warak dan alim. Beliau berserban dan berjubah menipu orang kampung yang jugak jahil agama. Seorang pengikutnya bawak balik al kazzab ni tinggal di rumah beliau dan menggelarnya tuan guru.

Satu hari ketika si jahil agama ni tidak ada di rumah ..tuan guru ke dapur dan terlihat isteri si jahil tuang air daripada belakang sehingga tercabut kopiah yang dipakainya. Tuan guru tidak sedar si suaminya pulang dan berkata.."Apa yang tuan guru pandang ada iblis lagikah dalam rumah ni?" Jawab tuan guru.," Bukan ...bila ana tengok isteri anta tuang air ana teringat betapa deritanya anak-anak yang menderita di Palestine"

Dalam satu babak lagi apabila anak murid ni ke kedai kopi terpandang anak2 muda sedang membelek resit nombor ekor dan memarahi mereka..

"Kamu semua ni nak jadi ahli neraka kah tikam nombor ekor.." Tiba2 tuan guru datang dan berkata kepada anak muridnya, "Kenapa marah mereka beli nombor ekor..?"
Jawab anak muridnya ,"Bukankah berjudi tu haram tuan guru?" Jawab tuan guru, "Tak mengapa..setiap perbuatan itu atas niat.." Maka  semakin bertambahlah anak murid tuan guru...
Anak murid tuan guru amat marah apabila ada yang panggil gurunya dengan pak lebai.."Ini bukan pak lebai lah ini tuanguru ..jangan biadap"

Masyarakat jadi rosak bila si jahil berguru dengan orang yang kaki temberang dan jahil yang berlagak jadi tuan guru.

Baru pandai baca doa kenduri kesyukuran,kenduri pulut kuning dah dianggap ulama dan tuan guru sebab tu lah habis jahanam..

Jumaat, 28 April 2017

RAFIZI MASIH DAKWA PEMIMPIN PAS TERIMA DUIT DARI NAJIB

Rafizi terus mendakwa pimpinan Pas terima duit daripada Najib walaupun diserang Pemuda Pas;

Kenyataan Balas Cabaran Pemuda PAS Saya Bertanding di Pandan

Saya membaca laporan serangan yang dibuat oleh perwakilan-perwakilan Pemuda PAS terhadap KEADILAN, terutamanya saya dan Timbalan Presiden KEADILAN, YAB Dato' Seri Azmin Ali.

Secara khusus, perwakilan Pemuda PAS dari Selangor iaitu Mohd Sukri Omar dilaporkan mencabar saya supaya "berani menjadi anak jantan" dan bertanding sekali lagi di Parlimen Pandan.

Saya berasa lucu dengan cabaran itu kerana jika tidak kerana tindakan pentadbiran Dato' Seri Najib Tun Razak yang secara berterusan mengheret saya ke mahkamah (sama ada pertuduhan jenayah atau saman sivil), saya sudah tentu akan mempertahankan kerusi Parlimen Pandan.

Lagi pun saya adalah wakil pembangkang pertama yang memenangi kerusi itu dengan majoriti yang besar iaitu sekitar 27,000 undi (atu 67% undi popular). Malah, kemenangan PRU13 lalu menjadikan saya ahli parlimen Melayu pembangkang yang mempunyai saiz majoriti paling besar di seluruh negara, jauh meninggalkan sahabat-sahabat dari PAS.

Di Pandan juga, undi Melayu yang saya menangi di peringkat Parlimen Pandan jauh meninggalkan undi Melayu yang dimenangi Naib Presiden PAS, Dato Iskandar Abdul Samad yang bertanding di DUN Cempaka di dalam parlimen saya. Maknanya ada pengundi Melayu di Pandan yang mengundi saya tetapi tidak mengundi PAS.

Sebab itu adalah sangat lucu apabila Pemuda PAS mencabar saya bertanding di Pandan kerana saya bukannya takut atau mahu lari ke mana-mana!

Masalahnya saya telah dijatuhkan hukuman penjara satu setengah tahun atas pertuduhan membongkar Laporan Ketua Audit Negara yang mendedahkan bagaimana 1MDB tidak membayar anak syarikat LTAT dan geran kerajaan diambil 1MDB walaupun ia dikeluarkan untuk anak syarikat LTAT.

Atas sabitan itu, saya tidak dapat bertanding lagi dalam pilihanraya akan datang.

Malah, saya mengikuti laporan serangan Pemuda PAS terhadap saya dari kandang tertuduh di Mahkamah Sesyen 8, Mahkamah Shah Alam atas pertuduhan berhubung pendedahan saya mengenai skandal NFC dahulu.

Kalaulah ada anak-anak muda dan pemimpin Pemuda PAS yang sama-sama membantu saya menjalankan amanah melawan penyelewengan dan rasuah besar yang membabitkan pentadbiran Dato' Seri Najib, mungkin di sebelah saya di dalam kandang tertuduh adalah anak-anak muda pimpinan Pemuda PAS ini. Mungkin juga tugas itu dapat diagih-agihkan supaya tidaklah saya terpaksa berdepan sehingga 12 kes mahkamah kerana ada anak muda pimpinan Pemuda PAS yang berani juga membongkarkan penyelewengan rasuah pemerintah dan berdepan dengan hukuman penjara.

Malangnya ada pimpinan PAS (dulu dan kini) yang lebih selesa menerima wang rakyat terus dari Perdana Menteri, atau lagi selesa menyertai rombongan ke luar negara bersama pimpinan kerajaan, atau lebih selesa hadir dalam majlis Kelab Umno di United Kingdom, atau lebih selesa tidak mengundi di Parlimen bila mana belanjawan yang mengutip GST dan menekan rakyat dibentangkan Dato' Seri Najib.

Saya ingat tindakan Pemuda PAS masih belum menyaman saya atau membuat laporan polis mengenai Akuan Berkanun saya menamakan bekas Timbalan Presiden PAS, Datuk Dr Nasharuddin Mat Isa menerima sejumlah wang yang melalui akaun Dato' Seri Najib adalah kerana mereka tidak mahu saya hilang kelayakan bertanding agar mereka dapat berdepan dengan saya dalam PRU14 di Pandan nanti. Begitulah agaknya (bersangka baik).

Mencabar saingan politik kita dengan pelbagai gelaran dan ugutan bukanlah lambang keberanian. Lambang sebenar keberanian ialah berkata benar kepada pemerintah yang berkuasa sepenuhnya dan akan memenjarakan kita kerana kita berkata benar.

Rafizi Ramli
Ahli Parlimen Pandan
Naib Presiden KEADILAN

Khamis, 27 April 2017

Pesta maki hamun dah bermula

Muktamar Dewan Ulama Pas ke 56 di Kedah dimulakan dengan memuji nama Allah dan disudahi dengan memaki parti Amanah negara dengan melaung "Jahanam PAN"

Malu la sikit dah bergelar ulama dok maki hamun parti lawan macam tu..Ulama apa tu.. Ulama kayu ka? Dah tak mampu maki Umno sebab mulut penoh sagon dok kutuk parti yang depa anggap nyamuk..

Patut orang kata Pas parti maki hamun..sebelum ni tuan Presiden Pas dah macam-macam dok maki dengan kalimah barua,babi,anjing dan terkini sekali biawakkan PH.

Menjelang majlis perasmian muktamar penuh Sabtu ini dijangka DAP akan jadi mangsa serangan Pas seterusnya untuk menutup segala bangkai dan kesilapan Pas kepada perwakilan dan pemerhati. Umno dah lama guna cara ni untuk alihkan masalah dalaman parti yang akhirnya Umno turut berpecah dengan lahirnya parti Bersatu.


Baca;Laungan itu dimulakan oleh Ketua Dewan Ulama PAS Kedah, Mohd Rejab Md Akhir.
Sebelum laungan 'Jahanam PAN' dilontarkan, Mohd Rejab meminta semua hadirin berdiri kerana beliau ingin mengetuai bacaan ikrar.
“Sebelum saya memulakan ucapan, saya minta semua berdiri kita baca ikrar," katanya.
Bacaan ikrar berkenaan disampaikan dalam bahasa Arab.

Selepas ikrar dibacakan dan laungan takbir bergema sebanyak tiga kali, Mohd Rejab kemudian terus melaungkan "Jahanam PAN".-Malaysiakini..http://www.malaysiakini.com/news/380473

CURI DUIT RAKYAT SAJA TAK KENA PENJARA

Sekarang ni jadi admin group whatsApp pun boleh masuk penjara. Itulah Malaysia negaraku.

Bukan setakat tu saja baca buku,memiliki buku yang kononnya berkaitan dengan keganasan juga boleh dipenjara seperti yang berlaku kepada Siti Noor Aisyah.

Siti Noor Aisyah dijatuhkan hukuman penjara 5 tahun oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur didapati bersalah di bawah seksyen 130JB (1) (a) Kanun Keseksaan. Aisyah memiliki 12 buah buku yang merupakan item yang berunsur keganasan yang ada kaitan dengan JI, Daesh dan Al-Qaeda.

Bagaimana pulak dengan pencuri wang rakyat, penyamun dan perompak harta negara nombor wahid? Kenapa Najib Razak yang terang-terang duit SRC Internasional berjumlah RM42 juta masuk ke dalam akaun peribadi beliau tidak disiasat? Hanya ikan bilis saja yang jadi mangsa SPRM yang kini ligat memburu pelaku rasuah di sana-sini.

Tengok di negara Korea Selatan Presiden negara itu yang terlibat dengan gejala rasuah dipecat pihak mahkamah tanpa ada belas kasihan. Berbeza di negara kita ...

Rabu, 26 April 2017

Pakar nuklear duduk dalam Pas pun jadi tak cerdik

Mutakhir ni kita melihat politik Pas semakin bingung dan lemas kerana kerenah pemimpin atasan parti itu yang bercempera dalam membuat keputusan politik.

Lihat sajalah antara Tuan Ibrahim dan Haji Hadi bila mereka buka mulut bercakap mengenai kerusi parlimen dan dun orang yang cerdik politik ketawa terbahak-bahak. Baru-baru ni Tuan Ibrahim kata Pas nak bertanding 80 kerusi parlimen parti pembangkang lain jangan bertanding biar Pas saja nak lawan Umno.

Dalam undang-undang pilihanraya tidak ada hak parti politik halang parti politik lain bertanding jika mereka cukup syarat dan layak. Ini bukan kerja Pas nak halang-halang parti lain syeh..! Tak ada istilah kerusi tradisi dalam undang-undang tubuh SPR. Tu hanya istilah biasa dalam pilihanraya umum atau kecil.

Begitu juga dengan Haji Hadi Presiden Pas yang dilihat begitu cengey atau bengis dengan parti pembangkang tapi begitu lunak dan mesra yang amat dengan Umno. Maki hamun membiawakkan parti lain dah jadi sebati dengan mulut beliau.Macam-macam jenis binatang ciptaan Tuhan meniti dibibir beliau yang juga dianggap seorang ulama.Pembangkang biawak besar katanya berbanding Umno..fuuuh!

Masih ada saki baki golongan profesional dalam Pas yang berfikiran positif tidak boleh buat apa-apa untuk mengkritik secara baik pemimpin mereka. Tegur saja akan dianggap derhaka kepada Ulama! Mereka terpaksa berdiam diri nak keluar Pas tak mampu seperti pemimpin lain yang lari tinggalkan Pas..duduklah jadi batu dan kayu,angguk saja seperti walaun dalam kampung yang masih tegar sokong Pas. 

Tak ada beza antara yang cerdik dan tak cerdik lagi hanya mampu berdiam diri walaupun kata-kata nista dan bodoh pemimpin mereka dibenci dan ditertawakan orang...hattta kalau pakar nuklear sekalipun ada dalam Pas tak boleh buat apa-apa..ingat kalau buat bom pun boleh jadi tak meletup!

Selasa, 25 April 2017

Bukti kerjasama Pas dan Umno secara tak rasmi

Menjelang pru 14 Pas kini dilihat semakin galak dan mesra sangat dengan Umno.
Hanya golongan yang buta politik saja tak percaya bahawa Pas dan Umno dah jadi DULU, KINI DAN SELAMANYA!

Jumaat, 23 September 2016

SPR tu "Robot" ciptaan Umno..


Parti2 pembangkang kelam kabut dengan cadangan SPR yang mahu buat persempadanan semula kawasan pilihanraya yang dilihat menguntungkan Umno.
Bila baca beberapa analisa antaranya kata beberapa dun di Selangor akan jatuh semula kepada Umno -Bn, malah ada Dun yang dah menang kali ni hanya akan menang dengan majoriti tipis..
Yang cipta dan buat SPR tu Umno-Bn sudah tentulah bila2 pun SPR akan jadi mesin Umno bukan jadi mesin yang menguntungkan pihak pembangkang.
Tu dari sudut persempadanan semula kawasan pilihanraya yang pihak parti pembangkang tak puas hati..
Macam mana pulak sikap pengundi yang kini marah dengan pihak pembangkang kerana berpecah belah dan tidak bersatu hati menentang Umno -Bn?
Pembangkang berpecah kepada dua puak satu Pakatan Harapan dan satu lagi Pas-Ikatan Gagasan Sejahtera.
Penyokong pembangkang mahukan satu lawan satu antara pihak Umno -Bn dan pembangkang bukannya tiga atau empat penjuru yang sudah tentu menguntungkan Umno.
Tanpa robot SPR buat persempadanan semula pun pembangkang akan kalah teruk jika mereka masih keras kepala tidak mahu satu lawan satu malah dok syok kata kami kuat walaupun dok sorang2..ini kerusi tradisi kami hang pa jangan kacau..hang pa bertanding kami jugak nak lawan ..
Bila SPR nak ubah kawasan persempadanan semula kawasan pilihanraya pakat riuh isu sesama pembangkang tak selesai2.Sekali lagi nak habaq...jika pru tahun depan pembangkang akan kalah teruk..sebab kena main dengan SPR dan sikap pembangkang yang tidak BERSATU menentang Umno- Bn yang bawak mudarat besar kepada negara.
Tak pa la kan yang dah besa menang boleh makan pencen MP dan Adun..

Rabu, 14 September 2016

"Najib belah baru ok"

"Najib belah baru ok"
Aku mai Laman Seri Shah Alam ni tengok banyak restoran tutup terus tak meniaga dah..restoran Arab dan restoran Thai..
Tanya la Pak Gad jaga bank yang ada pump gun tu..pasai pa banyak kedai makan dah katup..dia kata.."Orang dah tak ramai datang makan ,mungkin kerana ekonomi dah terok..tapi kalau Najib belah baru ok bang"
Terkejut aku dia kata macam tu..tengok orang biasa yang celik pemikiran tak makan sagon sedar bahawa ekonomi kita ni memang terok..
Aku pon kata la.." Ya laa dia tu memang bawak bala kat kita.."
Tapi kalau makan pree memang aku dan siapa saja tak tolak.

Selasa, 13 September 2016

Baru perasan pencuri tu pun takbir raya

Sibuk dengan acara kurban sempena hari raya korban ni tak layan siaran TV.
Tadi lepas isya dok tekan siaran TV ..tekan sana tekan sini tertekan la satu channel tu tengah takbir raya..tengok pencuri wang rakyat berbilion ringgit tengah bertakbir..
Tapi aku tak terkejut sebab dah banyak dia buat acara atas nama agama sebelum ni ..ajak solawat,ya ha na na bagai apalah sangat bila dia takbir raya bersama menteri makan dedaknya..
Sekian adanya..moga ibadah korban kita diterima Allah swt.