Isnin, 10 September 2012

Jangankan dipecat jentik pun tak ada

Sapa makan cabai dialah yang rasa pedasnya.Tapi ada orang suka lagi pedas lagi bagus.Menunggu hukuman ke atas Nasharuddin Mat Isa ahli majlis syura Pas yang kontroversi malam tadi dalam meeting syura Pas Pusat tidaklah rasa apa-apa perasaan pun kerana keputusan sudah diduga malah tak dibincang pun dalam meeting syura Pas Pusat itu.

Kontroversi ke atasa Nasha timbul apabila beliau dilihat bersama PM Najib yang kini jadi ketua gerombolan 'Parti Syaitan Yang Dikenali' (Tun Madey kata BN Syaitan yang dikenali) di Mekah.Lepas tu Nasha desak supaya Pas keluar daripada PR kerana geram kat Karpal Singh yang tolak Hudud sejak tahun 1990 lagi bukan tahun ni Karpal lawan Hudud.Ini kita kena faham betul-betul.Sama macam Umno yang perlekeh dan perlecehkan hukum Hudud.Umno dan Karpal tak ada beza apa pon bab lawan Hudud ni serupa saja depa tu!

Utusan Malaysia macam tau-tau saja kata Nasharuddin Mat Isa tidak akan diapa-apakan dengan melobi sakan sebelum ahli majlis syura Pas bermesyuarat.Utusan memihak kepada Nasha sejak awal-awal lagi.Selalu orang sebut kalau musuh kita yang kini digelar syaitan suka kat kita ada something wrong!

Semalam selepas solat maghrib di tempat saya penyokong Pas pakat bercakap isu Nasha.Kata salah seorang dalam banyak-banyak tu,"Awat Nasha tabur paku karat ketika Pas beria-ia mahu ke Putrajaya,nak hijaukan Putrajaya?".Sambung lagi sorang kata,"Kalaulah almarhum Fadzil Noor ada dah tentu kena dah Nasha tu?"

Semua orang tahu yang merumus dan berbincang untuk Pas bersama PR termasuklah Nasha sendiri.Kenapa sekarang ketika Pas buat excercise nak ke Putrajaya cakap dia jadi lagu lain?.Dah tak rasa manis dah tapi rasa kelat,pahit dan tawar hebiaq kata orang Kedah.Tapi Nasha masih selamat tidak dijentik jauh sekali untuk dipulas telinga.Apatah lagi diterajang keluar daripada Pas.

Edit 10.05 pagi;
Saya langsung tak rasa terkejut jika ada pemimpin Pas ketagihkan candu parti Umno sebab dah lihat lama dah ada pemimpin Pas lari masuk Umno.Jika dulu hebat kutuk Umno semua Umno buat tak ada yang betul tapi bila dah diumpan dengan kemewahan sampai takat mana mampu bertahan?

Tawkey Cina kata kat saya tentang EPL(Liga Inggeris)."Saya mau kasi tau u..itu EPL tu semua main kasi wayang belaka.Semua game ditentukan bookie.Cuba u tengok kelab yang kuat boleh kalah kepada kelab bolasepak yang lemah.Ini semua sebab duit sudah diikat dibetis.Lu apa macam tendang pon aaa tarak masuk punya."

Apapun saya tertarik dengan komen dalam M'insider seperti berikut;
Ibrahim Suffian dari Merdeka Center menjelaskan hari ini bahawa isu itu sendiri tidak mempunyai kesan meluas kepada pengundi, akan tetapi beliau mengatakan bahawa isu ini telah dieksploitasi oleh musuh PAS menjadikannya perbincangan umum untuk memberikan imej buruk kepada parti tersebut.
“Impaknya terlalu kecil,” katanya.
Pensyarah Jabatan Kajian Antarbangsa dan Strategik Universiti Malaya, Prof Datuk Mohamad Abu Bakar, bersetuju dengan Ibrahim dengan mengatakan “isu Nasharuddin hanya menjadi isu besar hanya selepas dibesar-besarkan oleh musuh PAS terutamanya Umno”.
“Melihat pengelibatan terkini beliau (Nasharuddin) dalam parti dan PAS secara keseluruhannya, dia sudah menjadi sejarah.
“Dia hanya menjadi isu selepas media kerajaan memainkannya secara besar-besaran,” katanya.
Ketika ditanya tentang masa depan Nasharuddin dalam PAS, Ibrahim berkata, “saya rasa jika keputusan negatif malam ini, beliau sukar untuk menjadi calon PRU dan sukar untuk beliau bangkit semula”.Baca semua di sini.

Majlis syura tak bincang isu Nasharuddin-Harakahdaily
Mesyuarat Majlis Syura PAS malam tadi tidak membincangkan sebarang isu berkait kedudukan bekas Timbalan Presidennya, Nasharudin Mat Isa.
Menurut Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, mesyuarat lebih dua jam malam tadi hanya memberi fokus kepada perkara-perkara yang berkait pilihan raya khususnya senarai calon yang akan bertanding.

Berhubung kedudukan Nasharudin katanya, tiada sebarang masalah yang timbul dan tiada keperluan bagi majlis syura membincangkannya.

"Mesyuarat tak bincang isu Ustaz Nasharudin dan dia pun ada dalam mesyuarat tadi.

"Tidak berbangkit untuk bincang isu Ustaz Nasha kerana tiada masalah yang timbul. Siapa kata ada masalah?" Kata beliau selepas selesai mesyuarat di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut malam tadi.


Sehubungan itu jelasnya, kedudukan Nasharudin kekal sebagai anggota Majlis Syura PAS dan tiada sebarang tindakan akan diambil terhadap Ahli Parlimen Bachok itu.

"Beliau kekal sebagai ahli majlis syura seperti biasa dan tiada apa-apa tindakan sebab tiada apa-apa masalah," katanya lagi.

Mesyuarat malam tadi turut dihadiri Nasharudin selaku ahli Majlis Syura PAS yang dilihat tiba di ibu pejabat PAS, kira-kira jam 8.55 malam tadi.

Mursyidul Am Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat turut hadir mempengerusikan mesyuarat.

Bagaimanapun beliau yang juga Menteri Besar Kelantan dilihat meninggalkan bangunan ibu pejabat parti itu kira-kira jam 9.15 malam.

Isu kedudukan Nasharudin menjadi tumpuan ekoran kenyataan beliau dimedia arus perdana yang menggesa PAS mempertimbang semula kenggotaan dalam Pakatan Rakyat berikutan pendirian Pengerusi DAP, Karpal Singh dalam isu hudud.-harakahdaily

Hadi bersama NasharudinHadi bersama Nasharudin (dua,kanan) selepas selesai mesyuarat Majlis Syura di Ibu Pejabat Pas, malam tadi-Gambar sinarharianonline
Najib dan Nasa di Mekah
Mana lagi bahaya syaitan yang dikenali dengan manusia yang telunjuk lurus kelingking berkait?
Lapor Utusan Malaysia Mensyuarat Majlis Syura Ulama Pas tidak bincang isu Nasharuddin tidak dipecat di muka hadapan akhbar itu hari ni.Utusan amat gembira dengan keputusan majlis syura Pas.

Ahad, 9 September 2012

Umno bukan saja takut kalah tapi dah hilang kepercayaan kepada ahli sendiri

Umno akan singkir anggota yang sabotaj parti, kata Muhyiddin
Mana-mana anggota atau pemimpin Umno yang didapati bertindak mensabotaj calon dalam pilihan raya umum PRU akan disingkir daripada parti. Amaran keras itu disuarakan oleh Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin terutama terhadap mereka yang kecewa kerana tidak terpilih menjadi calon. 
"Dalam pilihan raya akan datang kalau dia sabotaj kita akan singkir dia keluar daripada parti kita tidak perlukan orang sebegini minta maaf. Presiden pun telah bersetuju kami tidak memerlukan orang yang mensabotaj calon kerana kalau kalah calon kalahlah kita," katanya ketika berucap merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Bakri di sini hari ini — Bernama.

Lain-lain pemimpin Umno juga bimbang dengan tindakan ahli Umno sabotaj parti.Tun Madey sendiri sabotaj Umno dalam pru 12 jadi apa nak heran kalau lain-lain ahli Umno sabotaj Umno.Tambah-tambah la ni Umno-BN dah jadi 'Syaitan yang dikenali' orang Umno sendiri dah jadi takut dengan BN.

Baca ni akan kebimbangan Umno terhadap ahli Umno yang dijangka akan terus sabotaj Umno-BN pru 13 akan datang;
Zahid:Jangan anggap pilihanraya akan datang sebagai 'musim menuai'-sinarharian online
Zahid:Ikut jeneral baru menang-Malaysiakini
'Umno perkukuh perpaduan untuk menang'-Malaysiakini

Jumaat, 7 September 2012

'Panggil Pengaman PBB untuk kawal syaitan yang dikenali'

Bimbang ancaman pengganas 'syaitan yang dikenali'-Harakahdaily
Jika polis tidak mahu mengawal keselamatan rakyat yang bersama-sama Pakatan Rakyat (PR) dari serangan demi serangan, lebih baik panggil pasukan pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk mengawal keamanan negara. 

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar melontarkan cadangan sinis itu ketika meluahkan kekesalannya terhadap sikap pihak polis yang bagaikan berpeluk tubuh terhadap serangan demi serangan yang dilakukan oleh gerombolan-gerombolan dari parti "syaitan yang kita kenali" terhadap rakyat yang bersama-sama PR. 

"Bukan setakat serang ceramah-ceramah PR, serang pejabat parti-parti di dalam PR, tungging punggung ke arah pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO), membakar rumah pemimpin PAS, hari ini sudah melarat kepada serangan ke atas masjid dan membaling selipar ke dalam rumah Allah itu. 

"Tetapi seperti biasa, polis bagaikan tidak mahu bertindak apabila kezaliman dan penganiyaan dilakukan ke atas rakyat yang berada dalam PR. 

"Kalau begitu, lebih baik panggil pasukan pengaman PBB untuk mengawal keamanan negara ini dan menjaga keselamatan rakyat," katanya. 

Menurut Mahfuz, sebahagian besar rakyat kini bukan sahaja takut kepada penjenayah malah mereka juga semakin bimbang keselamatan mereka yang kian diancam oleh keganasan pengganas-pengganas parti "syaitan yang kita kenali". 

"Lebih buruk lagi, polis seolah-olah memberikan perlindungan kepada pengganas-pengganas itu.

"Memberi perlindungan kepada pengganas-pengganas itu bermakna memberikan galakan kepada mereka untuk meningkatkan lagi keganasan mereka," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Mahfuz mengingatkan, rakyat kini semakin terasa bahawa pihak polis seperti terlibat dalam konspirasi politik jahat untuk menyelamatkan Umno dan Barisan Nasional (BN) dari kejatuhan dan memburukkan PR.

"Kalau ada sedikit pun kesalahan dibuat oleh rakyat biasa ke atas pemimpin Umno BN, begitu pantas polis bertindak memburu, menangkap dan menggari mereka seperti penjenayah.

"Tetapi pengganas-pengganas dari parti 'syaitan yang dikenali' dibiarkan bermaharajalela untuk terus mengganas lagi," katanya.

Polis lebih sibuk memburu rakyat yang menolak pemerintahan Umno BN ketika indeks jenayah terus mengancam dan membimbangkan rakyat, kata Mahfuz.

"Ketika polis semakin gagal meyakinkan rakyat bahawa indeks jenayah berjaya mereka kurangkan, pada masa yang sama pengganas-pengganas dari parti 'syaitan yang dikenali' dibiarkan mengganasi rakyat," katanya.

Dua kejadian terakhir keganasan gerombolan parti 'syaitan yang dikenali' ialah serangan ke atas sebuah masjid dan ibu pejabat PKR.

Mahfuz menyifatkan keengganan polis bertindak tegas terhadap keganasan-keganasan itu meningkatkan lagi indeks jenayah di negara ini.

"Indeks jenayah yang menjadi-jadi dan menakutkan itu bukan dakwaan kita tetapi dibangkitkan oleh bekas Ketua Polis Negara sendiri," kata beliau.

Sebelum ini, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mendedahkan bahawa kadar jenayah di Malaysia sememangnya telah meningkat dan meminta agar pihak berkuasa tidak menyorokkan fakta sebenar kepada orang ramai.

Musa turut mengakui kadar jenayah di Malaysia pada hari ini berada di tahap yang membimbangkan.

Pemuda Pas sila buat laporan polis jangan tidoq

Cuba tengok gambar ni terang terbentang muka jelas tapi tidak diapa-apakan pihak berkuasa kononnya tidak ada laporan polis.Adakah Pemuda Pas dah buat laporan polis?Kalau belum sila buat laporan polis jangan hanya tidoq saja.Kita tengok apa tindakan polis adakah mereka akan cari sampai dalam kelambu?Tak kiralah gambar ni baru atau lama yang penting kita nak tengok apa pulak alasan polis selepas ni.

Polis nafi pilih kasih siasat insiden gambar PM-Malaysiakini
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh menafikan pasukan keselamatan pilih kasih dengan bertindak terhadap pelajar yang memijak gambar perdana menteri tetapi membiarkan insiden sama terhadap pemimpin pembangkang.
Beliau menegaskan, polis akan menyiasat semua laporan sekiranya terdapat laporan polis dibuat.

NONE"Kita kena ingat apa-apa tindakan polis berdasarkan laporan yang dibuat.

"Kalau tiada orang buat laporan kita tak tahu dan bagaimana kita hendak siasat," katanya sewaktu ditemui pada rumah terbuka polis Kuala Lumpur di Pasar Seni dekat ibu negara.

Semalam, seorang pelajar lelaki sebuah kolej swasta ditangkap kerana didakwa menunjukkan punggung pada gambar perdana menteri minggu lalu.
Beliau kemudian dibebaskan dengan jaminan selepas percakapannya dirakam polis.
'Isu lambat bertindak tak timbul'
Polis kemudian meminta orang ramai mengenal pasti sepuluh individu lain yang dipercayai memijak gambar perdana menteri dan isteri selepas insiden tunjuk punggung itu.
Dua daripada mereka, seorang model sambilan dan seorang pelajar kolej menyerah diri selepas gambar mereka tersiar.
Sementara itu, ditanya tidak bertindak awal mencegah perhimpunan itu, Mohmad berkata perkara itu tidak timbul.
Lagi pun, tambahnya, polis ditugaskan menjaga Dataran Merdeka dan bukannya Dataran DBKL - tempat perhimpunan itu berlangsung pada 30 Ogos.
"Kejadian malam itu bukan berlaku di Dataran Merdeka (seperti rancangan awal penganjur) tetapi berlaku di Dataran DBKL.
"Di sana kita tak cover kecuali cuma memerhatikan tindak tanduk mereka.
"Jadi apabila benda ini dah keluar Youtube dan akhbar dan ada orang membuat laporan barulah kita ambil tindakan," katanya.-M'kini

Sebab tu saya kata tunjuk punggung Umno suci.Pilihanraya umum ke13 dah dekat.Kita ajar cukup-cukup supaya Umno-BN yang digelar syaitan tumbang dalam pru 13 akan datang.Tergamakkah kita nak undi parti syaitan?

Khamis, 6 September 2012

Ustaz Azizan kata,"Kalau aku nak menikah sorang lagi pun boleh ni"



"Saya sakit ka kamu nampak ni? Kalau aku nak menikah sorang lagi pon boleh."

Kalau 'Syaitan yang dikenali' hilang kuasa di Putrajaya agak-agak jadi lagu mana?

Setakat la ni kalau tengok akan keganasan penyokong Umno-Perkasa terhadap penyokong parti dalam Pakatan Rakyat bertambah burukBagaimanapun tiada serangan balas kalau ada pun hanya setakat bekelahi mulut saja dengan penyokong Umno.Takat lebam tang muka kena debik dengan peyokong Umno kerana tak melawan juga dah ada.Begitu juga pecah cermin kenderaan,simbah cat merah,baling telor dan botol dah jadi biasa kepada puak syaitan ni.

Penyokong PR masih tunjuk baik dan tak ganas mungkin kerana takut dengan gerombolan 'Syaitan BN yang dikenali'!.Maklumlah kalau berlawan dengan puak syaitan ni yang akan dipersalahkan hanya penyokong PR sebab puak syaitan BN dilindungi.Penyokong PR masuk lokap penyokong BN duduk di rumah atau lepak di kedai kopi dan rasa bangga sebab boleh baling kasut melayang dalam masjid.Puak syaitan boleh buat apa saja sebab mereka ingat pihak keselamatan berkhidmat untuk mereka bukan berkhidmat untuk rakyat.

Puak syaitan menyinga apabila gambar pemimpin mereka ditayang bontot sebab depa ingat pemimpin mereka maksum yang teramat.Bagi mereka Pak Samad Said baca sajak malam sambutan kemerdekaan jugak adalah salah dan perlu disiasat.Bagi mereka jika kencing dan pijak gambar orang lain itu tak mengapa dan tak perlu diriuhkan.Negara kita ada dua undang-undang berbeza, untuk BN dan untuk rakyat yang lawan Umno-BN.

Umno buat demontrasi depan ibu pejabat PKR di Petaling Jaya tak salah tapi riuh rendah dengan maki hamun dan guna bahasa longkang sebab mereka bercakap ikut lubang saluran najis.Tun Madey pernah kata Umno dah busuk hingga ke lubang usus.Tak dak dah tempat yang elok dalam Umno.Sesuai sangat la depa guna bahasa longkang dan digelar syaitan yang dikenali.

Terpikir jugak kalau Umno hilang Putrajaya agak-agak jadi lagu mana?Tak hilang lagi pun walau dah hilang 5 negeri dalam pru 12 pun dah jadi syaitan dah, tambah la kalau hilang kuasa di Putrajaya.Ingat baik-baik  Najib pernah kata akan pertahankan Putrajaya walau dengan apa cara sekalipun.Muhyiddin yang teringin nak jadi 'PM segera'juga pernah berkata PRU 13 ibu segala pilihanraya.
Adakah 'syaitan yang dikenali' akan jadi gila macam orang gila yang tak makan ubat?Sama-sama kita tengok nanti.



Rabu, 5 September 2012

Parti syaitan berbelah bagi antara peluang untuk menang dan kalah pru 13

Kata Tun Madey dalam laporan Utusan Meloya mengenai peluang 'parti syaitan BN yang dikenali' dalam pru 13 akan datang, "Kalau orang-orang UMNO, orang-orang BN mempunyai fikiran yang waras mereka akan dapat dua pertiga. Tapi kalau depa nak main, orang ini tak suka, orang itu tak suka, kalah pun boleh," kata Dr. Mahathir pada sidang akhbar bersama wartawan Malaysia di sini semalam sebelum menghadiri majlis makan malam bersama Kelab UMNO Indonesia.

"Payung terjun pun payung terjun la, kalau dia berkebolehan kita patut sokong kerana akhirnya parti akan menang," tegas Dr. Mahathir.
Pada satu soalan lain, Dr. Mahathir optimis BN masih boleh mengekalkan kuasa pemerintahan seandainya PRU diadakan esok.
"Saya ingat boleh menang, tapi masalahnya kita nak dapat satu majoriti yang cukup supaya mendirikan sebuah kerajaan yang kukuh dan kuat," kata beliau lagi. 

Woiit ! Sapa nak undi parti syaitan?Tun Madey yang gelar 'BN parti syaitan yang dikenali' pun dah tak yakin akan kekuatan parti syaitan untuk menang pru 13.

Kalau yakin boleh menang dah lama PM Najib umum tarikh pru 13.Najib hanya berani buat janji, cakap berdegar-degar sampai sampai berterabur air liur tapi amat penakut untuk umum tarikh pru 13.

Muhyiddin Yaasin tentu suka jika pru 13 diadakan esok lusa sebab dah tak sabar nak jadi PM haha.Jika BN menang tipis peluang Muhyiddin amat cerah untuk gantikan Najib.Ini yang Tun maukan.Tapi jika berlaku disebaliknya PR menang besar makan Muhyiddin kempunanlah nak jadi PM.
Sebab tu di Johor puak Umno mau Muhyiddin jadi PM sebelum pru 13 diadakan.Dapatla rasa sebulan dua jadi PM.

Orang Umno sendiri dah menyampah dengan pemimpin mereka jadi kalau penyokong Umno undi parti lawan itu hak mereka sebagai pengundi.Orang Umno sendiri menyampah dengan kerja puak syaitan yang baling kasut ke dalam masjid, perkosa masjid menyebabkan mereka nak duduk sembang di kedai kopi pun dah malu sebab kena perleceh dengan penyokong parti lawan.Dah la masjid tak pernah datang tapi hantar kasut terbang masuk ke dalam masjid!Tu pun takkan nak undi lagi parti syaitan?

Lihatlah banner muka-muka pemimpin Umno di Shah Alam yang dah tua dan ketinggalan zaman, orang muda takkan pilih mereka pru 13 akan datang.Tak ada ummph!Kalau pru 12 yang lalu orang Umno sendiri sabotaj calon Umno-BN takkan kita ni pulak nak undi parti syaitan?Pikir la baik-baik bro..


Saham FGVHB terus menjunam

Info daripada www.bursamalaysia.com sehingga jam 9.30 pagi 5-9-2012
Cuba perhatikan saham FGVHB peneroka Felda menjunam dan terus menjunam kepada RM4.99 semakin dekat dengan harga tawaran RM4.55 seunit.
PM Najib pernah umumkan peneroka Felda dapat durian runtuh RM15,000 untuk setiap peneroka.Adakah wang itu kini sudah diberikan semuanya?
Peneroka Felda hanya dapat 800 unit saham FGVHB dan Isa Samad Pengerusi Felda dilaporkan dapat 180,000 unit saham FGVHB walaupun tidak ada seinci pun tanah Felda.Baca di sini.
Berita fail;
Saham FGVHB merudum:Peneroka rugi tanah tergadai-3 Ogos 2012 Keadilandaily.com

Kenapa Muhyiddin nak jadi PM sebelum PRU 13?

Berita hot yang menimbulkan perbalahan team Najib dan team Muhyiddin .Team Muhyiddin tak mengaku kata ni mereka punya kerja.Ini perkara biasa di Malaysia baling batu sembunyi tangan , berak tengah jalan mampoih tak mengaku.

Poster 'mahu Muhyiddin jadi PM muncul di Johor-Malaysiakini
Poster misteri menyokong Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menggantikan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai perdana menteri sebelum pilihan raya umum ke-13 (PRU13), telah diedarkan di Johor.

Bagaimanapun, Umno Johor menafikan bahawa poster itu dicetak oleh parti tersebut dan telah membuat laporan polis berhubung perkara itu.

NONEImej pada poster itu, bersama dengan potret Muhyiddin dan
bendera Malaysia, telah disebarkan secara meluas di Internet.

Poster itu berbunyi'Kami Mahu Tan Sri Muhyiddin Yassin Sebagai PM sebelum PRU 13'di bahagian bawah dan 'Selamatkan Barisan Nasional' di atas.

Ia juga memaparkan logo BN dan Umno, serta tulisan 'Terbitan Barisan Nasional Negeri Johor'.

Ketika dihubungi Malaysiakini semalam, Tan berkata, mereka mengucapkan selamat menyambut Hari Kebangsaan kepada para pengunjung, sambil mengedarkan poster tersebut.

Tan, seorang peniaga telefon bimbit, berkata, pemuda berkenaan memakai pakaian biasa dan tidak nampak seperti ada kaitan dengan mana-mana parti politik.

Semalam, Pemuda Umno Johor membuat laporan polis berhubung penyebaran poster tersebut di Johor Baru dan Kulaijaya, dengan mendakwa ia perbuatan untuk mencetuskan perselisihan antara pemimpin negara menjelang pilihan raya umum-Malaysiakini

Kenapa Muhyiddin nak jadi PM sebelum PRU13?Semua orang tahu bahawa Umno kini berada dalam keadaan yang tak selamat, Najib sedar semua ni.Mungkin ada ahli Umno nak selamatkan Umno bagi signal kepada Najib letaklah jawatan sebelum pru 13 bagi kat Muhyiddin jadi PM supaya Umno tak dapat nasib malang dalam pru 13 akan datang.Najib nak umum tarikh pru 13 pun takut macammana masih boleh jadi PM..hahaha

Ada juga yang kata Muhyiddin nak sangat jadi PM sebelum pru 13 sebab selepas pru 13 pemimpin PR pulak yang akan jadi PM.So Muhyiddin nak cipta sejarah jadi PM paling singkat jangkamasa sebelum pru 13 diadakan.

Najib dah kena main dengan Muhyiddin kerana Muhyiddin dah dapat hidu kelemahan Najib yang amat ketara ketika ini.Sebelum Umno-BN tumbang dalam pru 13 nak la juga merasa jadi PM haha.Semua perkara boleh jadi dan sebarang kemungkinan yang tak dijangka boleh berlaku.

Nama Najib dah naik di mahkamah Perancis dalam isu jual beli kapal selam Scorpene.Najib tak jelaskan secara tepat isu tersebut hanya berdiam diri yang menambahkan spekulasi buruk terhadap diri beliau.Najib kini jadi beg tinju parti lawan yang diasak kiri dan kanan Najib tak mampu nak pertahankan lagi diri beliau.Semua pemimpin Umno nampak Najib amat lemah tak mampu berhadapan dengan segala isu yang ditimbulkan.

Gambar daripada Malaysiakini

Selasa, 4 September 2012

Tergamakkah kita nak berUG dengan kelaku jahat puak Syaitan atas nama Islam?

Sejak mantan PM Tun Madey kata BN parti Syaitan yang dikenali makin menjadi-jadi nampaknya kerja puak syaitan ni.Bukan cakap kosong rupanya puak bani Syaitan ni tapi ditonjolkan dalam bentuk perbuatan.

Kita pernah dengar kes imam baling kasut kepada hakim dalam mahkamah kerana tak puas hati terhadap kes beliau.Imam tu kini dijatuhkan hukuman penjara setahun kerana hina hakim.Manakala puak Perkasa (Perkosa) pulak sanggup baling kasut dalam masjid yang juga rumah Allah SWT di Alor Setar ketika Anwar Ibrahim sedang bertazkirah dalam masjid dengan alasan tak ada tauliah.PM Najib juga selalu berceramah dalam masjid adakah Najib juga ada tauliah?Perkasa hina rumah Allah SWT tapi bak kata orang kalau dah jadi syaitan memang tu kerja dia.

Kepada penggemar parti Syaitan tak kiralah dia ada dalam Pas atau dalam PR tergamakkah hang pa nak berUG dengan puak syaitan ni?Tergamakkah kita nak bersatu dengan puak syaitan ni atas nama bangsa dan agama?Bolehkah puak syaitan ni nak pertahankan Islam kalau rumah Allah SWT pun depa sanggup hina?Dan yang paling penting sanggupkah kita undi parti Syaitan dalam pru 13?Saya rasa nak termuntah apabila dengar ada pemimpin yang kata ,"Kita kena bersatu....."
Puak Syaitan yang berada di luar masjid buat bising dengan pembesar suara ketika Anwar bertazkirah dalam masjid di Seberang Pumpong ,Alor Setar.
Sapa berani baling kasut ketika Bik Mama 'tazkirah' dalam masjid?
Kata Timbalan Presiden Pas Hj Muhammad Sabu ketika mengulas insiden baling kasut dalam masjid oleh Perkasa,"Sepatutnya pilihan raya dijadikan pesta demokrasi oleh rakyat di mana mereka berpeluang menentukan masa hadapan negara mereka dengan ceria, bebas dan tanpa rasa takut.
"Tetapi dengan peningkatan keganasan 'syaitan yang dikenali' sehingga ke peringkat menyerang dan membaling kasut ke dalam masjid, ia memberi isyarat yang jelas bahawa mereka mahu menjadi pilihan raya sebagai medah untuk mereka melakukan keganasan.
"Rakyat bukan sahaja terpaksa bersedia menghadapi penipuan dan taktik kotor, malah terpaksa menghadapi keghairahan 'syaitan yang dikenali' untuk mengganas,"lapor Harakahdaily.
Baca juga;
Jangan jadi orang yang 'perkosa' masjid-Harakahdaily
Serang masjid, peserta rombongan nampak ahli Perkasa bawa kerambit-Keadilandaily

Isnin, 3 September 2012

Adik beradik Abu Lahab dan Abu Jahal

Perkasa halang, tazkirah Anwar kecoh-Sinar harian online

 Program tazkirah disampaikan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Masjid Al-Hussain, Kampong Pumpong di sini, malam tadi berakhir dengan kekecohan membabitkan ahli-ahli Perkasa Kota Setar dan penyokong Pakatan Rakyat (PR).
Tidak sampai dua minit tazkirah bermula, ahli-ahli Perkasa cuba menghalang ucapan disampaikan Anwar dengan pelbagai cara.
Ketika kejadian, berlaku pertikaman lidah antara ahli Perkasa dan penyokong PR dalam masjid berkenaan apabila Anwar, yang juga Ketua Umum PR dan PKR, enggan berhenti daripada menyampaikan tazkirah.
Tidak cukup dengan itu, ahli Perkasa cuba mematikan suis utama lampu, kipas dan pembesar suara masjid berkenaan agar Anwar tidak dapat meneruskan tazkirah.
Bagaimanapun, tazkirah tersebut tetap diteruskan dalam keadaan gelap, panas dan tiada pembesar suara.
Selang 15 minit kemudian, beberapa anggota polis tiba di masjid tersebut untk menghalang cubaan ahli Perkasa memecahkan pintu kaca masjid berkenaan untuk menyerang Anwar.
Terdahulu kira-kira jam 6.20 petang, lebih 50 ahli Perkasa Kota Setar mengadakan demonstrasi menentang penggunaan masjid itu sebagai medan politik.
Timbalan Pengerusi Perkasa Kota Setar, Jamaludin Hashim ketika ditemui berkata, tujuan demonstrasi diadakan adalah untuk menghalang Anwar daripada menyampaikan ceramah politik di masjid tersebut.
Katanya, Perkasa tidak akan membenarkan Anwar menyampaikan tazkirah di masjid berkenaan kerana beliau bukan seorang yang bertauliah untuk berbuat demikian.
“Sekiranya Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ingin menyampaikan tazkirah di masjid berkenaan, Perkasa tiada halangan kerana beliau seorang yang bertauliah berbanding Anwar.
“Perkasa Kota Setar bertegas tidak akan membenarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sebarang tazkirah di masjid berkenaan. Bagaimanapun, kami tidak akan menghalang beliau memasuki masjid untuk menunaikan solat,” katanya kepada Sinar Harian.
Sementara itu, Timbalan Pengerusi PKR Kedah, Zamri Yusuf ketika dihubungi berkata, tindakan Perkasa Kota Setar mengadakan demonstrasi menghalang Anwar daripada menggunakan masjid tersebut untuk menyampaikan tazkirah adalah tidak waras.
Katanya, masjid perlu diimarahkan dengan pelbagai aktiviti yang berfaedah.
“Anwar tetap akan menyampaikan tazkirah di masjid berkenaan seperti mana yang telah dijadualkan kerana ilmu yang akan disampaikan adalah untuk kegunaan dan pengetahuan orang ramai di masa hadapan,” katanya.-Sinarharianonline
Masih ada rupanya manusia yang berfikiran macam binatang, jahil murrakab,berfikiran sempit dan buta mata hati.Di seluruh belajar dan mendengar tak mau yang reti buat kerja macam orang Arab Jahilliah sebelum masuk Islam.
Ini bukan kerja Dap tapi kerja orang Melayu yang kononnya berjuang untuk Melayu dan Agama.Buat malu ja woiii.Hujah jawab la dengan hujah.Tak malu ka jadi ahli Perkasa?Ada orang kata Perkosa.Puak ni hanya menambah kebencian dan naikkan saham Anwar.
Sapa berani kata Perkasa tu bukan Umno?
Baca juga;
Perkasa biadap serang Anwar dalam Masjid, baling kasut-Keadilandaily
Anwar, Mahfuz diserang dalam masjid-Harakahdaily
Serang masjid tak hormat majlis agama-Harakahdaily

Ahad, 2 September 2012

Tunjuk punggung Umno suci

Saya tidak memihak kepada mana-mana pihak cuma kes ni sama ja tak ada beza apa pun.
Salah seorang penyokong Janji Demokrasi tunjuk punggung kepada gambar Najib, Rosmah dan Pengerusi SPR malam sambutan kemerdekaan di Dataran Merdeka.Polis akan menyiasat insiden tersebut kata Menteri Dalam Negeri Hishamuddin Hussein.
Menari tunjuk punggung olen bekas askar yang pro Umno kerana tak puas hati terhadap Ambiga Pengerusi Bersama Bersih 2.0 kerana marah dengan Demo Bersih 3.0 di depan rumah Ambiga beberapa bulan yang lalu.Tidak ada sebarang tindakan diambil.
Gambar file Puteri Umno tunjuk bontot kepada penyokong parti lawan semasa musim pilihanraya.
Kencing gambar TGHH dan TGNA