Sabtu, 28 April 2012

Gambar Bersih 3.0 dari Petaling Street dan Central Market

Dari Petaling Street
Ustaz Latiff dari Kelantan pun ada di Petaling Street (gambar bawah dua dari kiri)
Dari area Central Market.Ramai orang Melayu dan Cina berkumpul di sini.Ustaz Idris Ahmad (ajk Pas Pusat pun ada)Gambar Bawah.

Macam mana dengan gambar Najib di bawah?Belakang Central Market
Siapa kata buat bisnes tak laku ada demo?Polis pun beli!Hanya Umno kaki pembohong!
Klik gambar.Lain-lain gambar akan menyusul.Najib gigit jari, demam, pening dengan ratusan ribu rakyat berbilang kaum kuningkan KL.Rakyat dah muak dengan Najib.Tak percaya?Hanya katak bawah tempurung saja kata Najib masih layak jadi PM.Lagi gambar Najib yang tak sanggup anda tengok akan disiarkan!

Gambar Demo Bersih 3.0 sekitar Kotaraya

Anak muda masyarakat Cina bangkit dan keluar di jalanraya mahu tumbangkan regim zalim Umno- BN!
Rakyat Melaka turut berkumpul di Kotaraya dengan teriakan turun! turun! Ali Rustam!(gambar bawah)
Anak muda Cina tunjukkan lengan mereka yang ditulis perkataan Bersih
Klik gambar untuk lebih besar.Lagi gambar bakal menyusul.Bersih 3.0 kali ini saya berada di Kotaraya, Petaling Street, Central Market, Masjid Jamek dan juga jalan Masjid India.Hancur BN laknatullah!

Jumaat, 27 April 2012

Perangai Zionis Israel ada di Dataran Merdeka

Gambar dari blog tukartiub.blogspot.com

Pengerusi SPR kalau pelupa dan nyanyuk eloklah letak jawatan

Semua pakat buat lawak bodoh.Semua nak pelepas diri.DBKL buat lawak bodoh dengan tutup Dataran Merdeka tak bagi rakyat berhimpun Bersih 3.0.Besar mana sangat luas Dataran Merdeka?Semua main undang-undang untuk sekat rakyat duduk bantah di Dataran Merdeka.Macam mana yang duduk tepi Dataran Merdeka adakah mereka boleh didakwa?

Depa tendang suara rakyat macam tendang bola.DBKL kepada Polis, Polis sepak lagi bawa kepada Menteri Dalam Negeri.Menteri Dalam Negeri gelecek celah kangkang Najib terus bawa balik kepada DBKL.Tendangan DBKL melambung tinggi dan akhirnya dapat semula kepada polis!Akhirnya rakyat jadi mangsa.

Dah la buat lawak bodoh Pengerusi SPR dan Timbalan Pengerusi SPR yang jadi ahli Umno buat-buat tak ingat pulak bila depa jadi ahli Umno hahaha..Tak ingat ka nyanyuk?Atau tak nyanyuk buat-buat nyanyuk?Adakah Pengerusi SPR dan Timbalannya mamai atau bercakap dalam tidur kepada rakyat?Adakah pegawai SPR ni bohong sunat ?Haha .Ingat rakyat ni apa ?Kayu ka?

Kalau semua main kira tak ingat macammana dengan isu pendatang asing dapat IC untuk mengundi dalam pru 13?Macammana nak selesai kalau semua main kira tak ingat?

Sah! Pengerusi SPR, Timbalan ahli Umno cawangan Ampang Baru, Kubang Bunggor-Keadilandaily.com

(Oleh Masdar Wahid)
KUALA LUMPUR 27 April: Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail hari ini mengotakan janjinya mendedahkan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan Timbalannya, Datuk Wan Ahmad Omar adalah ahli Umno.
Dalam kenyataannya, Saifuddin menjelaskan nombor keahlian Abdul Aziz ialah 113804 dan berdaftar di Cawangan Sri Ampang Baru dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Lembah Jaya dalam Parlimen Ampang, Selangor.
Manakala nombor keahlian Umno bagi Wan Ahmad pula ialah 2374564 dan beliau berdaftar dalam Cawangan Kubang Bunggor DUN Chetok bagi Parlimen Pasir Mas di Kelantan.
“KEADILAN memandang serius keterlibatan Pengerusi SPR dan Timbalannya yang sah menjadi ahli Umno sementara masih memegang jawatan di dalam suruhanjaya itu.
“KEADILAN berpegang kepada prinsip bahawa kepercayaan awam adalah syarat tonggak dalam kriteria pelantikan seseorang sebagai anggota SPR,” katanya.
Saifuddin menegaskan, seseorang yang menduduki jawatan sebagai anggota SPR hendaklah diyakini bebas, tidak berpihak dan ‘non-partisan’.
“Ternyata Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR gagal dalam ujian asas ini apakala terbukti mereka berdua sah menjadi ahli Umno sepertimana maklumat yang kami dedahkan ini.
“Kita berpendapat jalan terbaik untuk mereka mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap kewibawaan SPR pada ketika Malaysia akan menghadapi pilihan raya umum ke 13 ialah segera meletak jawatan,” tegasnya.
Akhbar Sinar Harian hari ini pula mendedahkan kedua-dua pemimpin SPR itu mengakui mereka ialah ahli Umno, namun memberi alasan ‘lupa’ dan tidak tahu mendaftar di cawangan mana.
Berkaitan;

Bersih 3.0 dah sampai Mekah Madinah, Najib Pening!, Hishamudin Pening!, DBKL Pening!

Pihak DBKL  mahu menutup Dataran Merdeka 48 jam hingga pagi Ahad 29 haribulan untuk halang demo Bersih 3.0 nampak semakin kalut dan pening.Bukan takat DBKL pening, Hishamuddin Menteri Dalam Negeri turut pening yang pada mulanya kata Bersih 3.0 tak dapat sambutan dan 28 April bukan isu kini beralih angin kata polis akan ambil tindakan jika himpun di Dataran Merdeka.Najib juga sama dah pening bila tengok Bersih 3.0 dah muncul di Mekah dan Madinah.Tak ada fatwa daripada kerajaan Arab Saudi kata Bersih 3.0 haram.Hanya Tok Lebai Malaysia kata haram.Gambar atas di Madinah dan gambar bawah di Mekah.Klik gambar.

DBKL nak tutup Dataran Merdeka yang tak ada pintu tu tutuplah berapa ratus jam pun tapi rakyat tetap berkumpul di Dataran Merdeka hanya selama dua jam.DBKL tutup 48 jam rakyat buka 24 jam non stop!

Semua media antarabangsa sudah ada di Kuala Lumpur nak tengok gelagat samseng pihak berkuasa berdepan dengan rakyat sendiri duduk dan bantah di Dataran Merdeka.Laporan yang akan mereka buat tak sama macam laporan media elektronik dan cetak Malaysia yang dikuasai Umno-BN.

Najib ke Myanmar ucap tahniah kepada Aung San Suu Kyi tokoh pembebasan rakyat Myanmar yang menang pilihanraya.Najib muka tak malu lihat regim tentera Myanmar yang kini keluar daripada kepompong diktator dan mahu serahkan kerajaan yang dipilih rakyat.Najib sendiri tidak mahu ubah kebebasan bersuara yang dibenarkan perlembagaan Malaysia.Myanmar kini lebih ke depan berbanding Malaysia dalam kebebasan besuara secara aman.

Kita jumpa di Dataran Merdeka Sabtu 28 April


Semua berkumpul dari tempat berikut;
  1. Central Market : start: 13:30
  2. Masjid Negara : start: 13:30
  3. Jalan Sultan : start: 13:30
  4. Masjid India : start: 13:30
  5. Brickfields, start: 12:30
  6. KLCC - Himpunan Hijau, start: 12:00
  7. NGO-leaders will lead the groups from the meeting points to Dataran.
sumber Bersih 2.0

Khamis, 26 April 2012

Kalau bini sendiri buat-buat tak kenal macam mana nak jaga Orang Asli?

Saya tak mau tuduh dan tak mau kata apa-apa mengenai dakwaan Shafie Apdal yang didakwa ada hubungan dengan artis kacukan dan bayar beratus ribu kepada artis tersebut.Saya cuma tergelak apabila Shafie Apdal kata Masalah Orang Asli Kelantan boleh selesai jika BN berkuasa.(Sinarharianonline)

Ada blog yang dakwa seorang menteri dan artis  dah menikah di Siam.Kalau menikah baguihla.Tapi kalau dah menikah bini sendiri buat-buat tak kenal macammana nak kenal dan jaga orang Asli di Kelantan?Macammana dengan orang Asli di Sabah, Pahang,Negeri Sembilan, Sarawak takkan tak mau jaga?Adakah Orang Asli di tempat yang saya sebut tu pakai BMW, Merc,Porcshe, dan Ferari?Ha Ha Ha..Kain sendiri koyak rabak tak sedar-sedar..

Turun Ke Dataran Merdeka 28 April jangan lupa semua parti dan tak ada parti sila turun!

Kompom pru 13 terkotor



PR dakwa Pengerusi SPR , Timbalan ahli Umno-Sinarharianonline
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz dan timbalannya, Mohd Yusof dan Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar dicabar untuk menafikan mereka bukan ahli Umno bagi membuktikan benar-benar berkecuali.

Pakatan Rakyat (PR) membangkitkan perkara ini ketika desas-desus menyebut Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan dalam waktu terdekat sementara membangkitkan ketelusan SPR dalam mengendalikan pilihan raya.
Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, pada dasarnya mana-mana ahli panel SPR sepatutnya tidak menganggotai parti politik supaya mereka kelihatan berkecuali dan dapat bertindak tanpa condong kepada mana-mana pihak.
Sehubungan itu kata Saifuddin, beliau mempunyai bukti kukuh mengenai keanggotaan mereka dalam Umno - parti teras Barisan Nasional (BN).
“Saya tahu Aziz ahli Umno, cawangan mana, nombor ahli Umno. Satu-satu SPR di dunia, ketua dan timbalannya secara rasmi menjadi ahli politik yang bertanding dalam pili­han raya.
“Mereka patut lepaslah (keahlian dalam Umno), jangan ada sekelumit prejudis dan prasangka bahawa SPR ini berpihak kepada mana-mana parti politik,” katanya.
“Saya juga ada maklumat di mana cawangan mana Tan Sri Aziz dan timbalannya (Wan Ahmad) menjadi ahli (Umno),” kata beliau dalam satu temu bual eksklusif dengan Sinar Harian di pejabatnya, semalam.
“Saya minta, esok, mereka menafikan yang mereka bukan ahli Umno. Jika tidak, saya akan dedahkan di cawangan mana mereka menjadi ahli Umno,” katanya lagi.
Saifuddin berkata, kedua-dua Abdul Aziz dan Wan Ahmad seharusnya telah meletakkan jawatan dalam parti sebaik sahaja dilantik ke jawatan penting agensi pengendali pilihan raya itu.
“Kalau ya pun, hati kecil biarlah dapat bersuara... dalam menguruskan SPR, pihak berkepentingan adalah rakyat,” katanya.
Dalam hal ini, katanya, beliau menghormati pendirian Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang melepaskan jawatan dalam parti sebagai Ketua Umno Bahagian Kota Marudu , apabila dilantik ke jawatan itu.
Kata Saifuddin, Pandikar sendiri ada memaklumkan perkara itu kepadanya dan sewajarnya Abdul Aziz dan Wan Ahmad mengikut jejak langkah Speaker Dewan Rakyat.
“Itu (jawatan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR) bukan jawatan politik, Agong yang lantik, mereka masih ahli Umno yang sah, saya minta mereka menafikan perkara tersebut,” katanya.

Pandikar dilantik sebagai Speaker Dewan Rakyat empat tahun lalu.
Abdul Aziz menjadi Pengerusi SPR pada Januari 2009 manakala Wan Ahmad pula kira-kira setahun sebelum Pilihan Raya Umum 2008.-Sinar

Dilaporkan sudah begitu ramai rakyat daripada seluruh pelusuk negeri sudah mulai masuk ke ibukota Kuala Lumpur untuk duduk bantah di Dataran Merdeka.Jadikan diri kita sebahagian daripada mereka.Rugi besar kalau tak turun.Ada rumah besar,kereta besar, duit banyak tapi tak dapat rasa nikmat bersama ratusan ribu rakyat Malaysia untuk tunjuk rasa benci kepada gerombolan dan SPR yang jadi perkakas Umno memang meupakan satu kerugian.


Pedulikan dengan tok lebai upahan gerombolan yang kata haram berdemo.Kenapa tak berani kata haram ambik pendatang asing bagi IC untuk mengundi menangkan Umno-Bn haram?Ini memang haramjadah punya fatwa.Adakah duduk bantah haram?Apa kelayakkan nak kata haram.Orang macam ni zaman Nabi pun banyak malah masjid yang didirikan puak macam ni Allah SWT perintah musnahkan.


Kita berdemo bukan sokong Ambiga kita berdemo tuntut senarai pengundi di bersihkan dan 7 tuntutan lain ditunaikan.Awat pusing-pusing isu?Banyak benda haram lain tak berani cakap haram.Bagaimana dengan puak tolak hadis, puak yang kata hudud tak ada dalam Al-Quran kenapa tak keluar hukum?Macam mana dengan anak bekas PM ada syer kat kilang arak San Miguel takkan tak haram?Lagi boleh jual agama jual jangan tak jual.Esok-esok mati dijilat Nuraka!Macammana dengan menteri tibai duit zakat untuk bayar kos guaman?Macammana dengan menipu makan duit rakyat RM250 juta?




Pelancaran Bersih 3.0 di Mekah 



Rabu, 25 April 2012

Datuk Bandar ingat kepala dia saja yang keras

Datuk Bandar Kuala Lumpur Tan Sri Ahmad Fuad bagi amaran keras kepada BERSIH lapor Malaysiakini.Kata Tan Sri Ahmad Fuad ,"Seperti (mahasiswa) anti-PTPTN, contoh yang sama juga kita akan ambil jika mereka melanggar undang-undang.

"Bila tiba masanya, tindakan akan kita ambil...Untuk menjamin keselamatan, kita serah kepada polis... Bagilah kita bekerja juga," katanya dalam sidang media selepas bertemu dengan delegasi BERSIH di pejabatnya hari ini.

Keras tak keras rakyat dah tiada pilihan.Dataran Merdeka tetap jadi pilihan.Jangan terlalu berkeras dengan rakyat.Rakyat adalah bos kepada pemerintah.Berapa banyak sangat penguatkuasa DBKL boleh kawal demo Bersih 3.0 jika tanpa polis dan FRU?

Jika Datuk Bandar rasa dia berkuasa dan keras kepala dia kena ingat kepala rakyat juga keras macam Datuk Bandar.Jangan kurang ajar dengan rakyat yang bayar gaji pemerintah dan kakitangan kerajaan.

Semua dah diatur dan dirancang cakaplah apa pun dah tak jadi apa dah....Ha ha last-last polis juga yang kena seperti yang dah diduga.Semua cakap berbelit-belit macam ular sawa.

Masa untuk 'berzakar' sudah tamat tempoh yang ada humbankan gerombolan

Kata Setiausaha Agung BN Tengku Adnan Tengku Mansor "Mari muzakarah , jangan ugut" (sinar harian online);
“Sepatutnya kita boleh bermuzakarah dan berbincang bagi mengatasi sebarang masalah yang timbul kerana ada ketika pandangan mereka betul, mungkin kerajaan betul... semuanya boleh dibincangkan.

“Sekiranya ada kesilapan, pihak kerajaan sentiasa bersedia untuk memperbaikinya. Ini yang sepatut kita lakukan bukan dengan ugutan. Saya seorang manusia yang suka cari punca kerana ingin mengetahui kenapa perkara tersebut boleh berlaku,” kata beliau dalam temu bual eksklusif bersama  Sinar Harian Online, kelmarin.


Nak muzakarah apa lagi.?.Ayat sedih, pilu, hiba ini akan muncul apabila rakyat tetap mahu turun ke demo Bersih 3.0 dan lokasinya tidak berubah iaitu di Dataran Merdeka.Semua masa untuk berzakar,cintan-cintan,u love me, i love u dah habis tempoh.Kenapa pekakkan telinga, bisukan mulut untuk dengar tuntutan rakyat yang cukup mudah dilaksanakan?


8 tuntutan rakyat tidak perlu ubah dan pinda perlembagaan tapi kalau suruhanjaya penipu rakyat jadi alat dan perkakas supaya Umno-Bn kekal berkuasa sapa boleh tahan dan sabar?


Masing-masing jabatan kerajaan main dolak dalik lawan passing sana-sini tapi tidak mahu selesaikan masalah.Jabatan Pendaftaran kata salah SPR, SPR kata JPN punya kerja .Mana satu yang betul?


Kalah menang adat bertanding tapi kalau kalah dengan menipu sampai kiamat Umno-BN berkuasa.Ini kena lawan bukan duduk diam tak buat apa.





Sudah mati atau pindah kawasan tapi nama masih di Lembah Pantai-Keadilandaily.com

Sebahagian senarai pengundi dalam Daftar Pemilih Induk (DPI) Parlimen Lembah Pantai sudah lama meninggal dunia atau berpindah kawasan, kata Ketua Penerangan KEADILAN Wilayah Persekutuan, Fahmi Fadzil.
“Kami hantar surat ke alamat pengundi berdasarkan nama yang diperoleh dari senarai pemilih bagi suku pertama hingga ketiga 2011. Responnya sangat mengejutkan.
“Ada pengundi sudah berpindah  tapi namanya masih dalam senarai. Begitu pengundi yang meninggal dunia. Ini disahkan waris mereka sendiri,” katanya kepadaKeadilan Daily, hari ini.
Setakat ini, beliau berkata, sebanyak 1,500 surat dari 4,100 pengundi senarai pemilih suku ketiga 2011 Parlimen Lembah Pantai, dihantar untuk semakan.
“Isu ini timbul apabila pengundi memberitahu nama mereka dipindah dari Lembah Pantai ke tempat jauh termasuk Parlimen Tanjung Malin dan Selayang.
“Kita guna ‘reversed engineering’ untuk buat semakan jika ada nama individu yang sepatutnya dikeluarkan tetapi masih dalam DPI Lembah Pantai. Terbukti ia wujud.
“Ada penerima surat menyatakan,  individu yang dinamakan dalam senarai  langsung tidak wujud sedangkan, setiap nama pengundi baru, pindah kawasan dan meninggal dunia dipamer melalui DPI.
“Kami akan terus cuba memastikan mereka yang benar-benar berpindah, meninggal dunia atau tidak lagi mengundi di Parlimen Lembah Pantai, dikeluarkan dari senarai DPI,” katanya.
Kata Fahmi, semua nama yang meragukan itu sedang dikumpulkan manakala  pendedahan besar-besaran akan dibuat pada sidang media Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dalam masa terdekat.

Wajib tonton sebelum ke demo Bersih 3.0

Kata Zunar Kartunis DBKL tu 'Duduk Bantah Di Kuala Lumpur' haha 

'Pru 13 paling kotor, ayuh bersama saya turun ke Dataran Merdeka'-A.Samad Said



Murshidul Am Pas Tok Guru Nik Aziz sudah bagi arahan wajib turun ke demo Bersih 3.0
Presiden Pas Tok Guru Haji Hadi juga akan turun ke Dataran Merdeka
Jadilah sebahagian daripada sejarah untuk diceritakan kepada anak cucu kita
Rugi hidup sampai tua tak merasa nikmat berdemontrasi
Takkan hanya nak kisahkan lembu masuk kondo di Singapura, lembu masuk kondo di Bangsar saja.
Keluar daripada bilik kaca yang berhawa dingin bersama rakyat yang cintakan keadilan dan lawan penipuan dalam pilihanraya.
Terbukti pihak Umno-BN main kayu tiga dengan jahanamkan negara, jual negara dengan dakwaan bagi IC MyKad kepada warga asing.Kalau tak betul saman API (jawatankuasa anti pemalsuan).
Walaupun 'kempen' kali ini daripada pihak Umno-BN tak ada macam Bersih 2.0 hanya last minit baru tukang kempen datang daripada DBKL dan PDRM kita semua akan kuningkan KL 28 April ini.


Syabas kepada anak muda yang berani melawan!

Selasa, 24 April 2012

Hadir Bersih 3.0 wajib kata Murshidul Am Pas

 Selepas PAS membuat arahan secara rasmi agar menyertai perhimpunan Bersih 3.0, kini Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pula membuat seruan yang sama dengan berkata, hadir ke Bersih 3.0 adalah wajib.

Beliau menyeru seluruh rakyat di negara ini khususnya yang cintakan keadilan hadir pada program Bersih 3.0 (Duduk dan Bantah).

Menurutnya, menghadiri program itu suatu  kewajipan memandangkan ianya diadakan untuk untuk menentang ketidakadilan khususnya terhadap proses pilihanraya di negara ini yang tidak selari dengan Islam.

“Mana-mana pihak yang melakukan perkara tidak berlandaskan Islam wajib kita tentang,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada Harakahdaily dan akhbar Harakah di pejabatnya di sini sebentar tadi bagi mengulas program yang bakal diadakan pada 28 April ini.

Tuan Guru seterusnya memberitahu, dalam lapan tuntutan Bersih, beliau hanya ingin mengulas satu iaitu berhubung pengundi hantu yang jelas ianya perbuatan kotor dan bercanggah dengan kehendak Islam.

“Andainya Pakatan Rakyat menang dalam pilihanraya akan datang dan mentadbir negara akan melakukan sebagaimana BN buat sekarang, setuju atau tidak sekiranya kami bawa pengundi hantu untuk kekal mentadbir negara pada pilihanraya berikutnya.



(Tuan Guru Nik Aziz ketika bercakap dengan Harakahdaily di pejabatnya hari ini)

“Tentu saja Umno dan BN tidak mahu sebab perkara ini perbuatan mungkar yang tentu saja berdosa besar bila melakukanya,”ujarnya lagi.

Tambahnya, sekiranya mereka juga tidak boleh terima, kenapa sanggup adakan pengundi hantu dengan membawa masuk rakyat luar negara yang tidak ada kena mengena semata-mata untuk mengekalkan kemenangan.

Kerana itu, tambahnya ‘wajib’ rakyat di seluruh negara keluar beramai-ramai untuk menjayakan Bersih 3.0 pada 28 April ini dengan tujuan untuk menentang pengundi hantu di samping menuntut tujuh perkara lain.

Beliau seterusnya memberitahu, sekiranya wakil rakyat yang menang dalam pilihan raya itu kerana dibantu oleh pengundi hantu, kemenangannya adalah ‘haram’ di sisi Islam.

“Malah segala alaun bulanan atau segala bentuk yang diperolehi sebagai wakilrakyat, gaji, kereta dan semuanya haram serta tidak sah di sisi Islam.

“Perkara ini bukan perkara main-main dan kena ingat Allah dan balasan akhirat,”ujarnya.

Pada masa yang sama beliau turut memberitahu mereka yang sanggup menerima tugas sebagai pengundi hantu juga haram, malah rezeki yang diberikan sebagai imbuhan juga haram.

“Duit yang digunakan dari hasil haram Allah tak akan terima, akhirat lagi kena azab, Allah ni bukan macam manusia yang langsung tidak bergantung pada kita,”ujarnya lagi.-Harakahdaily

Berkaitan;