Isnin, 5 April 2010
PM Najib pun tak yakin boleh menang di Hulu Selangor
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata sementara Barisan Nasional (BN) mahu memenangi pilihan raya kecil kawasan Parlimen Hulu Selangor, ukuran sebenarnya adalah pilihan raya umum.
"Pilihan raya kecil adalah hanya pilihan raya kecil dan petunjuk sebenarnya adalah pilihan raya umum," katanya ketika ditanya jika beliau ingin menjadikan keputusan pilihan raya kecil Hulu Selangor sebagai satu ukuran sokongan kepada kerajaan.
"Apa sahaja yang kita lakukan boleh menyumbang ke arah mencapai kepada jangkaan atau psikologi untuk menang dalam pilihan raya umum ke-13," kata Perdana Menteri dalam temubual eksklusif yang disiarkan Bernama TV Ahad malam sempena setahun memegang jawatan itu.Baca lanjut klik di atas
Sebelumnya Najib berkata hayat Pakatan Rakyat akan berkubur di Hulu Selangor dan tempoh pinjaman sudah tamat.Beliau yakin BN akan menang di Hulu Selangor dan rampas semula kerusi Parlimen Hulu Selangor daripada Pakatan.“Tempoh pinjaman sudah tamat...cukuplah kawasan ini di bawah pembangkang,”kata Najib.
PM Najib juga tidak yakin BN boleh menang di Hulu Selangor.Masalah perebutan calon parlimen antara Umno dan MIC tiada kesudahan bukan lagi macam ribut dalam cawan tapi dah retak menunggu belah .Masing-masing mau jadi calon , mau tunjuk kuat antara kedua pihak.MIC mahu tunjuk gagah dengan jadi calon untuk lihat pengaruh pengundi India dah kembali sokong BN atau tidak. Pengundi Melayu pula yang menyokong Umno akan terbelah dua jika calon PKR adalah Melayu. Di sini akan di lihat samaada Umno betul-betul perjuang bangsa atau tidak! Umno dalam dilema sekarang ini .Faktor siapa jadi calon hantui Umno di Hulu Selangor.
Ahad, 4 April 2010
Ku Li: Umno -Bn akan hilang sokongan Melayu di Hulu Selangor
Malah menurut bekas Menteri Kewangan itu Barisan Nasional tidak akan mempunyai jalan mudah menghadapi pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor tersebut.
"Pilihan raya kecil Hulu Selangor tidak akan memberi laluan mudah kepada Barisan National. PKR akan mampu menarik banyak sokongan pengundi Melayu sekiranya calon Melayunya baik.
"Barisan National tidak akan mendapat sokongan pengundi Melayu," kata beliau selepas menyampaikan ceramah berhubung isu royalti minyak di Kota Kinbabalu, Sabah semalam.
PRK Hulu Selangor yang dijangka berlangsung pada 25 April depan diadakan berikutan kematian Ahli Parlimen dari KEADILAN, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad, 71 tahun minggu lalu akibat barah otak.
MIC telah menamakan calon tunggalnya, Datuk G. Palanivel sebelum pucuk pimpinan BN membuat keputusan muktamad sementara Umno Bahagian Hulu Selangor telah menghantar memorandum kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak mendesak supaya kerusi itu diserahkan kembali kepada Umno.
Penyokong bekas Menteri Besar, Tan Sri Muhammad Muhd Taib juga telah memasang kain rentang dan poster untuk menonjolkan beliau sebagai calon berpotensi.-Suara-Keadilan.
Baca juga;
MIC yakin BN akan rampas kembali Hulu Selangor-Bernama
Lakonan Najib di Hulu Selangor-Suara-Keadilan
Sabtu, 3 April 2010
Hulu Selangor 'Banjiiiir', sampai tua kita kena tipu!
Buat tak buat belakang kira yang penting kena umum kuat-kuat .Angkanya pulak kena sebut puluhan juta dan ratusan juta baru rakyat terbeliak biji mata.Mau balik rumah tidur tak lena dok berangan dapat duduk rumah baru. Lepas pilihanraya habuk pun tarakk! Kita orang Melayu kena tipu lagi dengan Umno-Bn.Sampai tua kita kena tipu.Tu pun jangan undi juga Umno-bn walaupun dah banyak kali harungi pilihanraya tak serik-serik dengan kelaku parti rasuah cap taik yang dah busuk hingga ke ususnya.
Minyak angin , minyak urat cap 'Najis' dan 'Din' laku di Hulu Selangor. Beli jangan tak beli tersilap sapu dan gosok naik kurap dan sengkela!
Berkaitan;
Muhyidin mula tabur rasuah politik di Hulu Selangor-Suara-Keadilan
Cuba beli undi:MB S'langor bidas BN-Malaysiakini
PM Najib Percaya Kat 'Ketayap' Zul




Zulkifli Noordin MP Bebas bila keluar gambar dalam media macam-macam ketayap yang Zul pakai, ada macam -macam jenis. Biaqpila hak demokratik Zul . Yang aku terpanggil nak cakap ni sebab PM Najib kata, "Zul tu orang yang berprinsip dia pakai ketayap..."
Kalau Zul tu pakai ketayap dan kata memang PM Najib tu terlibat dengan kes Altantuya adakah PM Najib akan percaya kepada ketayap Zul?PM Najib mungkin tak percaya kepada penyiasat persendirian P.Balasubramainam yang pernah menuduh PM Najib dilihat bersama Altantuya atau nama timangannya 'Aminah' dalam akuan bersumpahnya yang ditarik balik. P.Balasubramaniam pula telah lari keluar negeri dan beliau turut kaitkan adik PM Najib dalam wawancaranya dalam Malaysia Today dan turut dilapor Malaysiakini dalam beritanya Penyiasat dedah nama adik Najib.
Tanya Zul mengenai Altantuya- Najib
Malaysian Insider dalam berita Najib: Rakyat mula tidak yakin PKR , Najib menyebut nama Zul untuk buktikan bahawa beliau difitnah dalam isu Altantuya.Kata PM Najib;
“Seorang lagi ialah Zulkifli Noordin, kini seorang lelaki yang berprinsip.
“Anda boleh mengatakan dia lelaki yang berprinsip kerana dia memakai ketayap... tanya Zul mengenai Altantuya.
“Dia sendiri yang mengatakan, Datuk Seri Najib tidak terlibat dalam kes pembunuhan. Dan, dia harus tahu kerana dia peguam mewakili salah seorang yang tertuduh,” katanya.Pakai ketayap tikam nombor pun ada.'Kencing' orang pun ada.
Umno akan mengalah kepada MIC?
Umno Selangor yang berusaha jadi calon di prk Hulu Selangor hanya sebagai satu gimik untuk bagi tahu kepada orang Umno bahawa mereka dah berusaha tapi keputusan akhir terletak di tangan Najib yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor.Samy Vellu pula hari-hari provok Najib bahawa kerusi Hulu Selangor tu kepunyaan MIC dan MIC dah lama bekerja keras di Hulu Selangor.Kata Samy Vellu dalam laporan Bernama;
"Jadi saya serahkan kepada Perdana Menteri untuk membuat keputusan...MIC telahpun membuat persediaan untuk menghadapi pilihan raya kecil yang dijadualkan berlangsung pada 25 April ini. Banyak kerja telah dijalankan," katanya kepada pemberita selepas satu seminar anjuran MIC Perak di sini.-Bernama
Media pro Umno , Agenda Daily juga menolak Timbalan Presiden MIC, Palanivel bekas calon pru-12 untuk dicalonkan semula. Dalam postingnya Ada yang tak nampak 'gajah' di Hulu Selangor menulis;
Jika katakan Palanivel tetap dicalonkan soalan terbesar yang pasti buat semua jentera BN garu kepala mampukah depa tarik balik hampir 6,000 penyokong BN yang tidak memangkahnya dalam pilihanraya umum 2008.
Ada kawan-kawan di Hulu Selangor yang direct cakap ‘ sakit’ maksudnya depa kena ‘ tugas berat’.
Betoilah…tak ada sapa pun yang boleh kata Palanivel gerenti kalah,cuma isunya memang banyak kerja untuk carry nama dia berbanding kalau ada calon lain yang fresh.
Kawan pun tau setiap kali nak pilihanraya kecil soal nak memilih calon pasti jadi isu.Orang ni tak kena..orang tu tak kena.
Cuma dalam bab Hulu Selangor perlulah Kawan catatkan kalau Palanivel jadi bertanding ini adalah kali pertama BN letak balik calon yang pernah kalah.Ini yang kes berat.-Agenda Daily
Palanivel pula kata ;
"Presiden MIC hanya pilih saya sebagai calon. Ini kerana saya adalah ketua bahagian (MIC Hulu Selangor), Pengerusi MIC Selangor dan Timbalan Presiden. Kalau tidak hanya satu nama, calon lain mari akan timbul persaingan. Itu akan menggegarkan cawangan MIC di seluruh negara," katanya kepada Bernama di Batang Kali di sini.-Bernama
Berkaitan;
Lagi desak Hulu Selangor diserah pada Umno-Malaysiakini
Jumaat, 2 April 2010
Pemimpin Umno dahului rasuah pembangunan di Prk Hulu Selangor

Musim pilihanraya merupakan musim 'durian runtuh'. Apa yang tak dapat selama ni kalau diminta di musim pilihanraya akan diberi dengan seberapa segera.Mau duit, tar jalan kampung, tar jalan besar, tv, mesin basuh , peti ais ,masa nilah jadi barang percuma yang diberi kepada rakyat. Ada yang makan umpan sekali dengan mata kail, ada yang makan umpan saja kail tak makan.Biasanya kerja-kerja janji dan bagi macam-macam ni kerja Umno-Bn. Semoga Pakatan Rakyat tak terikut-ikut trend rasuah pengundi dengan cara yang sama.Sampai bila rakyat hendak dirasuah untuk undi parti perasuah? Gambar di sebelah daripada Malaysiakini.
Masa ni lah Umno-Bn umum nak buat sekolah, nak buat masjid, nak buat kuil , nak buat tokong atas nama pembangunan untuk rakyat. Tak dak pilihanraya tak ada pula janji nak buat itu nak buat ini.Rakyat terus diajar untuk makan rasuah oleh parti perasuah yang dah busuk hingga ke ususnya. Makan jangan tak makan! Undi parti taik pun tak mengapa janji kenyang makan pembangunan yang dijanjikan.Kita diajar benci rasuah tapi itu hanya slogan busuk yang dibusukkan oleh parti yang bernama Umno-Bn.
Malaysiakini dalam laporannya Hulu S'ngor dapat empat sekolah baru ,melaporkan;
Berucap kepada 500 guru dari Hulu selangor yang dihimpunkan di Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor, Muhyiddin mengumumkan sebuah sekolah menengah dan tiga sekolah rendah akan dibina.
Bagaimanapun sebelum mengakhiri ucapannya, timbalan perdana menteri mengingatakan bahawa tarikh pilihan raya kecil Hulu Selangor telah diumumkan. "Saya tidak akan berkempen hari ini tetapi saya akan datang kembali untuk berkempen pada masa yang lain. "17 April adalah hari penamaan calon manakala 25 April pula adalah hari mengundi. Tandakan hari-hari dalam diari anda dan catatkan juga undilah Barisan Nasional," katanya sambil berseloroh.
Selesai majlis itu, Muhyiddin bergegas ke sebuah masjid di Kampung Sentosa di batang Kali. Selepas menunaikan solat asar, beliau mengumumkan peruntukan RM2 juta untuk mengatasi masalah banjir di kampung berkenaan. Sehubungan itu, timbalan presiden Umno mengarahkan Jabatan Kerja Raya menyempurnakan projek berkenaan dengan kadar segera selaras dengan prinsip rakyat didahulukan. Dalam pada itu, beliau turut meluluskan permohonan Masjid Al-Sajdin di Kampung Sentosa untuk mendapatkan van jenazah dan tempat wuduk jemaah perempuan yang menelan belanja RM100,000.-Malaysiakini.
Berkaitan;
Umno hantar memo pada PM tuntut kerusi-Malaysiakini
Noh :BN guna cara ofensif hadapi saingan di Hulu Selangor-Malaysian Insider
Hulu Selangor: Palanivel 'bisu' soal tanding, Samy enggan ulas-Malaysian Insider
PRK Hulu Selangor: Penamaan Calon 17 April, Mengundi 25 April
Penamaan calon akan diadakan pada 17 April.
Tarikh pilihan raya kecil ini yang pertama bagi Selangor sejak 8 Mac 2008 diumumkan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof selepas mempengerusikan mesyuarat panel sebentar tadi.
Pilihan raya kecil diadakan ekoran kematian penyandangnya Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad.
Beliau menewaskan Timbalan Presiden MIC Datuk G. Palanivel dengan perbezaan 198 undi.
Abdul Aziz berkata pilihan raya itu akan menggunakan Daftar Pemilih Induk (DPI) 2009 yang telah dikemas kini sehingga 26 Mac lalu.
Katanya, SPR juga menetapkan tarikh hari ini sebagai tarikh keluar writ manakala notis akan dikeluarkan pada Isnin ini.
“SPR telah dimaklumkan secara rasmi oleh Speaker Dewan Rakyat mengenai kekosongan itu pada 29 Mac lepas dan selepas meneliti notis pemakluman oleh Speaker Dewan Rakyat, SPR telah memutuskan bahawa kekosongan kerusi P.094 berkuat kuasa pada 26 Mac,” katanya.
Malaysian insiderKDN masih ingat kita berada di zaman belum merdeka

Akta mesin cetak yang lapuk yang mengekang penerbitan akhbar sepatutnya sudah lama dihapuskan. Menyekat penerbitan akhbar dengan bermacam-macam akta mesin cetak dah tak sesuai lagi.Berapa ramai sangat rakyat yang baca suratkabar? Semua suratkabar sekarang ini berada di zaman kejatuhan .Tak kiralah Harakah, Suara Keadilan ,Siasah dan juga Konsep yang ditamatkan permit penerbitannnya.Rakyat sudah beralih arah kepada media baru iaitu berita online seperti Malaysiakini, Malaysian Insider , Malaysia Today dan juga media pro BN seperti Utusan Online dan Berita Harian Online.
Semalam kilang cetak suratkabar di Shah Alam telah dihalang daripada meneruskan kerja-kerja mencetak akhbar Konsep oleh penguatkuasa KDN negeri Selangor yang sering 'melawat' kilang tersebut yang juga mencetak akhbar Harakah dan Siasah .4 pegawai KDN daripada cawangan negeri Selangor telah datang ke kilang cetak akhbar berkenaan dan memberi amaran supaya jangan teruskan kerja-kerja mencetak akhbar Konsep. Pihak penerbit akhbar Konsep pula telah menukar nama akhbar 'Konsep' kepada nama 'Kabar' yang ada permit penerbitan bernombor PP16761/12/2010(0262030). Tarikh permit tamat akhbar sulung itu akan berakhir pada 27-12-2010.
Pihak KDN tidak sambung permit penerbitan akhbar Konsep .Punca utama mungkin ada kaitan akhbar berkenaan yang pro Pakatan Rakyat.
Pihak KDN hanya mampu menyekat cetakan suratkabar tapi tidak mampu menyekat media baru di internet .Kalau dulu zaman sebelum merdeka dan selepas merdeka di era 60-an,70-an, 80-an bolehla disekat akhbar dan berada dalam cengkaman KDN tapi sekarang rakyat dah cerdik-cerdik belaka bukan macam dulu-dulu.Tak baca akhbar pun tak mengapa media baru ada!
Mengekang lidah rasmi Pas Harakah hanya boleh dijual di markaz-markaz Pas dah tak sesuai lagi dah. Rakyat tetap tahu segala keburukkan Umno-Bn melalui media baru. KDN umpama kain selimut yang tak cukup besar. Tutup kepala nampak kaki, tutup kaki nampak kepala.
Khamis, 1 April 2010
Anwar cabar Najib jawab pasal APCO, Shin Bet
"Suruh dia (Perdana Menteri) jawab dulu soal APCO, jawab soal 'Israel intelligence', Shin Bet. Jawab itu dulu apakah sudah dijawab atau belum, apa nak serang saya lagi?
"Saya dah diserang banyak, sekarang ini Umno ataupun Perdana Menteri perlu jawab mengapa pilih APCO, pertahankan APCO mati-matian, ini aneh dong," kata Anwar kepada media di lobi Parlimen petang tadi.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz berkata hari ini kerajaan membuat keputusan untuk merujuk Anwar ke Jawatankuasa Mengenai Hak dan Kebebasan berhubung isu APCO, Satu Israel dan hubungkait dengan 1 Malaysia.
No komisen beli kapal selam, Yahudi tu yang nak jumpa
Bernama dalam laporannya Pembelian kapal selam: Tiada komisyen dibayar, kata Ahmad Zahid Hamidi;
Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa kerajaan tidak ada dan tidak pernah membayar sebarang bentuk komisyen untuk perolehan kapal selam negara.
Beliau berkata sebaliknya ia diperoleh menerusi perundingan terus dengan syarikat pembuat kapal selam itu di Sepanyol dan Perancis.
Ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Azinal Abidin di Dewan Rakyat di sini Rabu, beliau berkata tuduhan pembangkang kononnya komisyen dibayar berhubung pembelian kapal selam itu adalah satu tuduhan liar dan tidak benar.
Ahmad Zahid berkata demikian sebagai menjawab dakwaan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh), berhubung perkara itu.
Malaysia menempah dua kapal selam baru jenis Scorpene dengan kos pembelian berjumlah RM3.4 bilion pada 2002 yang dibina secara bersama oleh DCNS dari Perancis dan Navantia, syarikat pembuat kapal selam dari Sepanyol.
Kapal selam Malaysia pertama, KD Tunku Abdul Rahman (KD TAR), tiba di perairan Malaysia pada awal September tahun lepas dari Perancis, sementara kapal selam kedua negara, KD Tun Razak dijangka tiba di pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TUDM) di Teluk Sepanggar, Sabah pada pertengahan tahun ini.
Mengenai pertemuan beliau dengan Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak pada Jun lepas, Ahmad Zahid menjelaskan bahawa beliau telah mengambil kesempatan dalam pertemuan itu untuk menjelaskan kepada Barak mengenai pendirian Malaysia yang tidak menyokong sama sekali tindakan kekejaman Israel di Palestin.
Katanya pertemuan selama 20 minit pada majlis koktail sempena Pertunjukan Udara Paris di Perancis itu diadakan atas permintaan Menteri Pertahanan Israel itu sendiri.
"Hasrat Menteri Pertahanan Israel untuk bertemu saya disuarakan pegawai pengiringnya kepada penasihat pertahanan saya. Saya memang mengaku bertemu dengannya tetapi bukan saya yang pergi berjumpa dia, sebaliknya dia yang datang ke majlis itu," katanya.
Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) dan Mohd Yusmadi Mohd Yusoff (PKR-Balik Pulau) bangun mencelah untuk mengucapkan tahniah dan memuji tindakan Ahmad Zahid itu yang dianggap mereka sangat membanggakan.-Bernama
Siapalah Zahid Hamidi yang boleh menyebabkan negara haram Israel tu boleh berhenti menyerang dan membunuh umat Islam Palestine? Dalam masa yang sama Malaysia memberikan kontrak kepada syarikat APCO yang jadi talibarut Israel untuk promosikan 1Malaysia.
Baca juga;
Pakatan: Halau Apco keluar dari Malaysia-Malaysiakini
Orang Sibuk Lawan Yahudi Depa Dok Bersembang
Kata Zainulfaqar dalam blog beliau;
Nasharuddin adalah Ahli Parlimen Bachok. Nasharuddin adalah Timbalan Presiden PAS. Nasharuddin adalah Ahli Parlimen Pakatan Rakyat. Nasharuddin bukan Ahli Parlimen Bebas. Nasharuddin bukan Ibrahim, Zulkifli, Zahrain atau Mohsin yang dipanggil ‘katak’ di Parlimen.
Apa sahaja yang dilakukan oleh kepemimpinan parti saya, saya kira saya wajar tahu dan saya wajar berfikir.
“Yang anta (kamu) nak tahu kenapa? anta siapa?” Nasharuddin membengis.
Saya pun memperkenalkan diri. Saya membuat pengakuan di depan Nasharuddin sambil diperhati Ahmad Husni bahawa saya merupakan ahli Pas, wartawan Harakahdaily dan blogger anti Kerajaan Perpaduan.
Saya juga membuat pengakuan di depan Nasharuddin, sambil diperhati oleh Husni, yang saya ini benci dengan pemimpin yang mengkhianati Pakatan Rakyat; saya benci pemimpin pro Umno; saya benci pemimpin yang penipu; dan saya akan lawan mereka habis-habisan.
“Sebab itu saya nak tahu, kenapa Ustaz duduk lepak di sini sedangkan MP-MP Pakatan (Rakyat) yang lain sedang sibuk menghentam fraksi Zionis (Umno) di Dewan Rakyat? Sebab itu saya nak tahu, kenapa Ustaz duduk asyik bersembang dengan dia (saya menunjuk jari kepada muka Husni) ini?” saya mula bertegas.
Nasharuddin menekan suaranya, “Ana (saya) kenal anta (kamu). Ana tahu apa yang anta buat. Semuanya ana tahu (iaitu saya anti pemimpin pro Umno dan Kerajaang Perpaduang), apa yang anta buat. Kenapa anta nak tahu? Kenapa anta sibuk nak tahu ana buat apa (sekarang)?“
“Aaaaih…salahkah saya nak tahu apa yang hang (kamu) buat di sini? Salahkah aku nak tahu kenapa hang tak sama-sama Pakatan Rakyat sekarang (dalam) menentang usaha membawa Zionis-Israel ke Malaysia (di Dewan Rakyat),” saya bertanya Nasharuddin lagi.
“Ana pun kenal hang. Aku pun ada rakaman-rakaman dan bukti pemimpin Pas khianat Pakatan (Rakyat) dengan pergi mengadakan pertemuan dalam gelap dengan Umno (yang) zalim sebelum ini.”
Husni kemudiannya bersalaman dengan Nasharuddin dan bersalaman dengan saya apabila saya saya serius memperkatakan kepentingan Ahli Parlimen PAS menentang Apco/IAC menggunakan pentas Dewan Rakyat.
“Ana tengah dengarkan,” kata beliau sambil menunjukkan peti televisyen di Kafeteria Ahli Parlimen.
“Sebab itulah saya nak tahu, kenapa Ustaz berada di sini dan asyik berbual dengan Husni? Saya cuma nak tahu sahaja, kenapa Ustaz tidak berada di Dewan Rakyat pada waktu genting sebegini?” saya mengerut dahi dan mata saya tidak lepas memandang mata hitam Nasharuddin.
“Kenapa nta (kamu) nak tahu? Kenapa nta sibuk nak tahu ana buat apa (sekarang)?” Nasharuddin seperti mengelak untuk memberi jawapan yang wajar apabila saya terus bertanya soal yang sama, ’saya nak tahu…’
“Aaaiihhh…takkan salah saya nak tahu. Bila Nabi Ibrahim tanya Allah, nak tahu tentang Allah, Allah pun tak marah Nabi Ibrahim. Allah perjelas apa yang dipersoal oleh Nabi Ibrahim sebab Ibrahim nak tahu tentang (kebesaran) Tuhannya,” saya berhujah.
“Aaaaihhh…kalau Allah pun layak ditanya, takkan saya salah (sekiranya) bertanya Ustaz: kenapa Ustaz di sini? Kenapa Ustaz bersama Husni ketika semua orang (Ahli Parlimen Pakatan Rakyat) sedang sibuk menentang Zionis Malaysia (Umno).“ Baca lanjut klik di atas.