Selasa, 3 November 2009

Husam Nafi Laporan Siasah, Bakal Kena Saman?

Laporan akhbar Siasah yang mangamalkan motto ' Kebebasan dan Kelainan' telah cetuskan kemarahan dan kesangsian di kalangan penyokong Pakatan Rakyat apabila tajuk muka belakang akhbar itu bil 0172 yang bertajuk 'Husam Cetus Idea Ketika Sidang Dun'- Pembangkang Kelantan Timbalan Exco.

Berikut petikan akhbar Siasah pada muka surat 5- Husam berkata , beliau sedia membincangkan cadangan melantik Adun pembangkang sebagai Timbalan Exco sekiranya mendapat restu daripada Menteri Besar.

"Mungkin tiga daripada enam wakil rakyat pembangkang ada peluang ada peluang menjadi Tmbalan Exco sekiranya perkara itu dibolehkan."- Siasah bil 0172 muka surat 5

Menurut sumber-sumber yang dipercayai daripada pihak Husam Musa menafikan apa yang disebut dalam akhbar Siasah itu. Mereka menyatakan laporan Siasah itu berniat jahat dan sengaja timbulkan kekecohan di kalangan penyokong Pas dan Ahli Pas yang amat bimbang dengan isu kepimpinan Pas yang sedia ada.Laporan Siasah itu sengaja untuk menambahkan api persengketaan yang wujud disebabkan desakan Tok Guru Nik Aziz syorkan supaya pemimpin bermasalah dalam Pas dibuang.

Berikut apa yang disebut YB Husam Musa dalam sidang Dun Kelantan-"Yb tadi membangkitkan mengenai jawatan Timbalan Ahli Majlis Mensyuarat. Saya juga bercadang melantik ketiga-tiga rakan yang belakang tu-bn (secara gurau -gurau saja sambil gelak kecil dan dia orang pun gelak kecil) sebagai ahli Timbalan Majlis Mensyuarat Kerajaan."

Saya berkenannya , kalau Tok Guru izinkannya, masih ada peluang(ada peluang maknanya dia masuk kita, kalau tidak tak ada peluang) laginya kerana tarikh berkuatkuasa ini belum di tetapkannya (jadi dia kena masuk(Pas) sebelum tarikh kita mula lantik Timbalan Ahli Majlis Mensyuarat Kerajaan."

Husam berkata apa yang dilapor Siasah itu adalah rekaan mereka untuk timbulkan prejudis dan sangkaan buruk terhadap dirinya. Siasah juga dilihat sebagai akhbar yang anti Husam dan berita yang disiarkan banyak lebih kepada batu api sesama pimpinan Pas.

Isnin, 2 November 2009

Cakap Nik Aziz Berlandas Pengalaman-DR Aisar Yee Abdullah

Dipetik daripada Sinar Online

Pas bukanlah sebuah parti baru. Umurnya setara umur UMNO. Sepanjang perjalanan kisah parti itu bermacam-macam liku dilaluinya. Akhirnya, segenting mana krisis dihadapi, parti itu tetap kekal kuat.

Gesaan agar orang besar dalam organisasi itu dikenakan tindakan kerana tetap berusaha mewujudkan kerajaan perpaduan dengan Barisan Nasional (BN) perlu diberi perhatian.

Siapa yang lebih besar daripada Datuk Mohd Asri Muda dalam Pas ketika beliau berundur dari parti itu untuk menyertai Hamim? Asri ketika itu adalah Presiden. Pas langsung tidak bergolak dan sejarah politik Asri menjunam selepas itu sehinggakan dia akhirnya menyertai UMNO sebagai anggota biasa saja.

Begitulah juga terjadi kepada UMNO. Seorang yang pernah menjadi Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun yang bertindak berhenti daripada menjadi anggota UMNO kerana tidak berpuas hati dengan penggantinya, tidak langsung meninggalkan sebarang kesan. Tidak sampai 100 orang pengikut setianya yang turut sama meninggalkan parti. Orang itu ialah Tun Dr Mahathir Mohamad. Akhirnya, beliau mengaku kalah dan kembali menyertai UMNO.

Seruan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat agar beberapa orang tertentu di dalam Pas dikenakan tindakan hendaklah disahut dengan berani oleh anggota dan pimpinan parti itu dalam usaha membersih parti dari sebarang anasir yang dari semasa ke semasa memberikan imej yang buruk kepada parti dan perpaduan dalam Pakatan Rakyat (PR). Cakap Nik Abdul Aziz berdasarkan pengalaman.

Sesungguhnya terdapat bebarapa tokoh dari tingkah laku dan perkataan mereka menyebabkan suasana keruh wujud sesama anggota PR. Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Nordin dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) misalnya, acapkali mengeluarkan kenyataan menyentuh hati bukan Islam sedangkan isu yang dibangkitkannya itu bukanlah isu tuntutan utama sebahagian besar umat Islam di Malaysia.

Begitu juga dengan ungkapan yang pernah disebut oleh Ahli Parlimen Jelutong dari DAP yang mengguris perasaan pengikut Jemaah Islamiah (JI). Beliau menganggap pertubuhan itu sebagai pengganas sedang ia adalah satu NGO yang sah. Anggota Pas dan JI bertindak memungut tandatangan membantah kata-kata Ahli Parlimen itu.

Semua tindakan ini dari semasa ke semasa menggoncang perpaduan PR. Pihak akhbar dan media massa yang hampir kesemuanya dikuasai oleh parti komponen BN pastinya mengambil kesempatan dari peristiwa-peristiwa ini untuk menggambarkan suasana kecar kacir wujud dalam hubungan sesama anggota PR.


Sentiasa waspada

Ini dilakukan sebagai satu usaha menutup persengkitaan yang tidak kurang hebatnya berlaku dalam kalangan anggota BN. Persengketaan dalam MCA contohnya tentulah jauh lebih besar berbanding dengan persengketaan berlaku dalam PKR tetapi dengan sentiasa memperbesarkan apa yang terjadi dalam PKR, persengketaan dalam MCA digambarkan sebagai `ribut dalam cawan kopi` sahaja atau dilupa orang.

Menyedari bahawa sebarang kata-kata negatif yang terpacul dari mulut pemimpin Pakatan akan segera dieksploit oleh media massa, pemimpin Pas pada semua peringkat hendaklah sentiasa berwaspada dengan pergerakan bibir mereka.

Sesorang yang seringkali kata-katanya dilihat sebagai memporak perandakan perpaduan PR ialah Datuk Dr Hasan Mohamed Ali, Pesuruhjaya Pas Selangor.

Seawal 8 Mac, tatkala negara terkejut dengan keputusan dibuat rakyat, di mana tambahan empat buat negeri telah jatuh ke tangan pembangkang, Dr Hasan adalah orang yang dicari UMNO untuk menyelamatkan Kerajaan Negeri daripada jatuh ke tangan pembangkang.

Dr Hasan segera dihubungi untuk membentuk satu pakatan Kerajaan Negeri di antara BN dan Pas di Selangor. Jasanya juga diminta menghubungi Ahmad Awang, Pesuruhjaya Pas Perak dalam usaha yang sama membentuk Kerajaan Perpaduan di Perak.

Tindakan Dr Hasan melayan permintaan dari kalangan Barisan Nasional (BN) itu mengejutkan pemimpin Pas dan anggotanya. Pertemuan dengan kepimpinan UMNO itu dilakukan di luar pengetahuan Nik Abdul Aziz sungguhpun beberapa pemimpin tinggi lain dimaklumkan dan turut serta dalam rundingan.

Pastinya, ini menimbulkan kemarahan Nik Abdul Aziz seorang yang amat berpengalaman dalam hubungan UMNO - Pas. Beliau terlibat dalam pembentukan kerajaan campuran Pas-Perikatan di Kelantan pada tahun 1968 yang kemudiannya berkembang membentuk kerajaan BN di Kelantan di mana Pas adalah anggotanya.

Sewaktu berada dalam BN, UMNO sentiasa bertindak melemahkan Pas sehinggalah dalam piliha raya selanjutnya pada tahun 1974, 1978, 1982 dan 1986 Pas kalah teruk di sana.

Beliau ingat bagaimana anggota Pas, Muhamed Nasir dilayan sebegitu rupa agar timbul pecahbelah dalam Pas. Mengikut catatan Datuk Asri Muda, Mohamed Nasir berupa Menteri Besar (MB) UMNO dari Pas kerana MB itu lebih mendengar arahan UMNO berbanding Pas.

Pastinya, Nik Aziz tidak mahu Dr Hasan menjadi Mohamed Nasir kedua yang lebih mengutamakan UMNO berbanding Pas.

Akhir-akhir ini tindak tanduk Dr Hasan dilihat sebagai menyebabkan ramai bukan Islam bertindak tidak menyokong Pas lagi.


Cetus keraguan

Nik Abdul Aziz mungkin tertanya-tanya. Apakah Hasan ini seorang ejen yang ditanam oleh UMNO untuk menyusup dalam Pas? Sejarah pengelibatan Dr Hasan dalam Biro Tatanegara (BTN) mungkin menguatkan sangkaan itu. Kalau Nik Abdul Aziz menyangka begitu, mungkin sangkaan beliau keterlaluan.

Sokongan atau tiada apa-apa bantahan kepada tindakan Hasan ini menyebabkan timbulnya keraguan kepada Nik Abdul Aziz tentang pendirian yang dipegang oleh pemimpin utama Pas peringkat pusat seperti Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri, Timbalannya dan Setiausaha Agung parti.

Secara kebetulan, ramai dari mereka yang dilihat tidak berpihak kepada Abdul Nik Aziz adalah para pemimpin ynag datang dari Terengganu. Hadi, Datuk Mustafa Ali dan Harun Taib di antaranya.

Ketua Dewan Ulama Pas, Harun Taib seolah-olah seperti memperlekehkan Nik Abdul Aziz apabila beliau mengeluarkan kenyataan dia tidak percaya tulisan yang dibuat Nik Abdul ziz itu adalah luahan hatinya sendiri. Harun yakin ada orang lain yang menulisnya. Dengan itu bayangan yang diberikan Harun ialah Nik Abdul Aziz membenarkan dirinya diperkudakan golongan yang mempunyai alasan tersendiri.

Harun berusaha meyembunyikan kekecewaan yang dibangkitkan Nik Abdul Aziz ini dengan dalih orang lain menulis blog itu. Sungguhpun Harun mendakwa dia kenal cara Nik Abdul Aziz menulis, bolehkah Harun menafikan Menteri Besar Kelantan tidak bermaksud begitu?


'Orang upahan'

Lagipun, tidakkah Harun tahu bahawa banyak pembesar dan pemblog dari kalangan orang politik tidak mengendalikan blog sendiri? Ada orang upahan. Pokonya, apa yang ditulis itu adalah sebiji dengan apa yang terkandung dalam kalbunya! Tanya Datuk Seri Najib Tun Razak, tanya Datuk Seri Mohamad Khir Toyo, adakah dia sendiri yang menulisnya atau ada orang lain? Adakah mereka memiliki ‘luxury’ masa mengendalikan blog di samping tuntutan harian tugas mereka?

Bandingkan tugas harian Nik Abdul Aziz yang terpaksa pergi ke pejabat seharian dan pulang ke rumah tetamu tidak diundang sedia menunggu kerana rumahnya tidak berpagar dan berkunci. Malam dia mengajar agama dan subuh-subuh lagi sambung mengajar.

Mampukah beliau mengendalikan blognya sendiri? Pokoknya, tiada sepatah pun yang tertulis itu bertententangan dengan jiwanya dan dia mengambil tanggungjawab dengan apa yang tertulis. Dan dia mengulangi lagi kata-kata itu di depan kaca TV. Masih ragu?

Ramai berpendapat kepimpinan yang datangnya dari Terengganu itu bukanlah mereka yang berpengaruh. Ada yang mengatakan membanding mereka dengan Nik Abdul Aziz adalah satu perbuatan kejam. Sipi-sipi Nik Abdul Aziz pun tidak!

Hadi tenggelam timbul di Parlimen, kalah menang bergilir ganti. Pengaruhnya tidak bertapak kuat. Mustafa pun sama. Nasharuddin, apabila diletakkan bertanding di Besut, Terengganu dia kalah. Hanya dengan ihsan Nik Abdul Aziz yang meletakkan beliau bertanding di Bachok, Kelantan baru menang.

Pas hendaklah pandai menggunakan kepercayaan bukan Islam kepadanya. Bukan Islam hanya mahu Pas menjadi tidak seburuk UMNO.

Itu sudah cukup. Ia tidak mahu lebih dari itu. Pas hendaklah tahu bahawa bukan Islam menyokong Pas bukanlah kerana Islam yang ada ingin dibawa Pas tetapi mereka membenci UMNO semata-mata.

Pas juga mesti sedar bahawa ia bukanlah menang besar kerusi Parlimen dalam PRU 2008 itu. Ia sekadar menang 23 kerusi dan 9 darinya dari Kelantan. Terengganu hanya menyumbang satu kerusi, iaitu Marang.

Tambahan satu kerusi yang dimenangi Pas baru-baru ini di Terengganu datangnya selepas imej Pas bertambah baik sejurus PRK. Sekarang imej Pas muram kembali.

Pas hendaklah sedar bahawa ia menjadi lebih popular hanya selepas 8 Mac 2008 apabila dasar ‘Pas for All’ dan imej ‘Keadilan Islam’ itu diberikan beberapa tokoh Pas seperti Khalid Samad, Nizar bekas MB Perak, Dr Lo’Lo’, Dr Hatta, Husam Musa. Dr Dzulkifli, Dr Mariah dan lain-lain.

Kehadiran tokoh inilah yang menyebabkan kian ramai orang bukan Islam menyokong Pas.

Pas tidak boleh memutar jarum kembali kepada zaman ‘BTN’ yang ingin dibawa oleh Dr Hasan atau zaman ‘taliban’ yang dibawa oleh kalangan yang hanya tahu memprotes konsert itu dan ini sehinggakan timbul cemuhan bahawa Beyonce membatalkan konsertnya di Kuala Lumpur baru-baru ini kerana `baju kurungnya belum sempat siap`.

Berdepanlah dengan dunia nyata. Nik Abdul Aziz hanya mahu Pas mengotakan janjinya, Islam untuk semua dan Islam itu adil dan bukannya Islam itu untuk Melayu saja. Usah jadi orang munafik, bila berjanji, berbohong.

Terpulanglah kepada Pas, mahu kekal berada di bawah telunjuk kepimpinan yang lemah yang dibawa Hadi dan fraksi bersimpati dengan UMNO atau terus maju mengambil kesempatan dari keyakinan ramai yang diberikan bermula 8 Mac itu.

Ini adalah pandangan Dr Aisar Yee Abdullah bukan pandangan aku, hanya sekadar renungan untuk kita semua-Wallah hu a'lam

"Tindakan JAIS Rosakkan Imej Islam"- TGNA

Tindakan Jabatan Agama Islam Selangor yang menahan Bekas Mufti Perlis ketika sedang menyampaikan kuliah agama turut diulas oleh Mufti Perlis dan Murshidul Am Pas , Tok Guru Nik Aziz. Bagi Dr Juanda penahanan DR Asri ketika sampaikan kuliah dengan alasan tidak ada tauliah daripada Jais merupakan satu undang-undang lapuk yang ketinggalan zaman.

Kata Dr Juanda:

"Saya amat kecewa kerana insiden seperti ini yang pernah beberapa kali berlaku kepada pihak lain pasti mengaibkan agama Islam dan pihak berkuasa agama.

"Terlebih lagi ia berlaku terhadap seseorang yang sepatutnya dihormati kedudukan keagamaannya, tetapi dinafikan haknya untuk mengajar agama yang mana beliau sendiri menjadi rujukan dalam urusan agama," katanya dalam satu kenyataan kepada Bernama, di sini.


"Pihak berkuasa agama sewajarnya mengambil pendekatan nasihat dan dialog secara bersemuka dengan pihak yang tidak disenangi, bukannya menjadikan penggunaan kuasa sebagai cara utama," katanya.-bernama

Murshidul Am Pas ketika mengulas perkara yang sama berkata:


Mursyidul Am PAS itu berkata: "Saya anggap ia satu tindakan yang melampau, kenapa perlu tangkap seorang tokoh agama yang juga bekas mufti, ramai lagi orang yang patut ditangkap."

Nik Aziz berkata walaupun ada pihak mendakwa Dr Mohd Asri menyebarkan ajaran Wahabbi, ia perlu diperhalusi terlebih dahulu bagi memastikan ia benar-benar salah di sisi undang-undang.

"Nasihat saya kepada JAIS, jangan buat untuk kali kedua kerana akan merosakkan imej Islam di Malaysia," katanya.-bernama . Berkaitan- Tangkapan Asri Timbulkan Persoalan

Siapa dalang disebalik kerja buat Jais yang asyik nak tauliah itu dan ini setiap kali mengajar di masjid dan kelas-kelas agama di Selangor? Semasa zaman Umno -BN perintah Selangor lagi semua ustaz-ustaz yang mengajar di masjid-masjid di seluruh Selangor diwajibkan ada tauliah daripada Jais jika mau mengajar dan sampaikan majlis ilmu dan agama di Selangor. Ramai penceramah agama telah disenarai hitamkam oleh Jais semasa Umno-Bn perintah Selangor dulu.Malah pernah ada yang ditangkap dan didakwa di mahkamah syariah.

Pengarah Jais yang ada sekarang adalah dipercayai seorang kuat Umno dan berselindung disebalik jawatan yang beliau pegang sekarang. Oleh kerana kesukaran kerajaan negeri untuk memecat beliau kerana Ketua Agama Islam adalah Sultan bagi setiap negeri yang beraja.

Pas Keliru , Buang Masa- Prof Dr Aziz Bari

Dipetik daripada Sinar Harian Online

Imej yang kelihatan tatkala Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bertemu dengan media selepas tamatnya mesyuarat Jawatankuasa Agung (JKA) malam Rabu lalu, ialah betapa beliau tidak begitu tepat dan tegas dalam melayan soalan wartawan. Terpaksa Datuk Mustafa Ali, Setiausaha Agung, dan kemudian Salahuddin Ayub, Naib Presiden, membantu.

Lebih penting Pas umumnya dan Abdul Hadi khususnya gagal mengambil satu tindakan yang tegas. Kelihatannya mereka masih enggan mengakui masalah yang ada. Bagaimanapun berdasarkan maklumat yang diterima tidak semua dalam JKA begitu: kononnya 75 peratus daripada mereka yang hadir malam itu mahukan tindakan tegas ke atas Ahli Exco Selangor dan Pesuruhjaya Pas negeri Datuk Dr Hasan Ali. Jadi apabila Abdul Hadi mengumumkan seminar dan hanya tindakan ke atas Selangor tanpa menyebut Hasan banyak tafsiran timbul.

Saya telah menyebut betapa Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah berjaya apa pun hasil dan keputusan malam itu. Berjaya dalam maksud mengetengahkan masalah yang ada. Berjaya dalam memahami sentimen dan keresahan para pengundi dan penyokong parti di luar. Ini semua nampaknya masih dinafikan oleh Abdul Hadi dan kumpulannya. Nik Aziz juga berjaya menunjukkan kepada rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat tentang perlunya mereka membersihkan parti bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13). Datuk Seri Anwar Ibrahim sekarang didesak supaya mengambil langkah yang sama dalam PKR yang masalah dalamannya makin banyak dilaporkan.

Saya telah menyebut betapa langkah drastik yang perlu diambil Pas tidak akan memecahkan parti. Selain sebab-sebab yang telah saya kemukakan sebelum ini sejarah parti itu juga menyokong pendapat saya. Ini termasuklah ketika Pas membuat keputusan menyertai Barisan Nasional pada 1973. Meskipun presiden ketika itu Datuk Asri Haji Muda menerima tentangan yang kemudian diserlah dalam bentuk satu barisan calon bebas pada PRU 1974, Pas tidak pecah. Begitu juga apabila Asri dan pasukannya keluar Kabinet Datuk Hussein Onn, meninggalkan panglima jihad Pas Datuk Haji Hassan Adli keseorangan di dalam kerajaan. Walaupun Kelantan terlepas dan Berjasa tertubuh selepas Pas dipecat dari Barisan pada 1978 parti itu kekal. Sebaliknya Berjasa yang kemudiannya terbubar.

Pas juga utuh apabila Asri meninggalkan parti dan menubuhkan Hamim pada 1982. Cabaran ketika itu kuat kerana Pas - diterajui oleh Datuk Fadzil Noor yang mula aktif dalam parti mulai PRU 1978 – terpaksa berhadapan dengan Anwar yang menyertai UMNO hasil pujukan Tun Dr Mahathir Mohamad. Berkat kepemimpinan Fadzil Pas berjaya menawan kembali Kelantan – yang kekal hingga sekarang – pada 1990. Kecekapan Fadzil membaca gelombang reformasi selepas Anwar dipecat oleh Mahathir pada 1998 membolehkan Pas menawan Terengganu pada 1999. Fadzil juga mencipta rekod dengan meletakkan Pas sebagai parti pembangkang terbesar dalam Parlimen sekali gus meletakkan beliau sebagai Ketua Pembangkang Melayu pertama dalam sejarah Malaysia.

Saya tidak fikir mereka yang dilabelkan sebagai pemimpin bermasalah oleh Nik Aziz mempunyai ketokohan sehebat nama-nama tadi. Dengan itu apa yang hendak ditakutkan? Tapi nampaknya Abdul Hadi tidak berfikir begitu.

Apa pun kesalahan Hasan Ali cukup jelas. Justeru menubuhkan jawatankuasa disiplin untuk menanganinya adalah kerja sia-sia. Membuang masa. Saya fikir tidak ada alasan undang-undang yang Hasan boleh gunakan untuk mempertahankan dirinya. Baik undang-undang perlembagaan mahupun undang-undang pentadbiran. Apa pun perlembagaan adalah undang-undang utama negara. Perlembagaan mengatasi undang-undang lain termasuk perlembagaan-perlembagaan parti politik, termasuk Perlembagaan Pas.

Sebab itu pada saya penubuhan jawatankuasa disiplin itu hanya helah Abdul Hadi dan kumpulannya untuk mempertahankan Hasan khususnya dan kumpulan mereka umumnya. Mereka tidak mahu mengaku kalah.

Selain itu masalah yang dihadapi sekarang adalah masalah politik, bukan masalah undang-undang. Kalau ia masalah undang-undang sekali pun semuanya cukup jelas. Dalam undang-undang wujud apa yang dipanggil ‘judicial notice’ atau pengiktirafan kehakiman. Ini merujuk kepada sesuatu yang tak perlu dibuktikan. Prinsip ini terpakai dalam hal-hal yang semua orang nampak dan semua orang tahu. Seperti matahari naik di sebelah timur dan turun di sebelah barat. Ini tak perlu disiasat atau memerlukan saksi. Gelagat Hasan Ali semua orang tahu. Mengapa dia salah pun semua orang tahu. Semua ini ada dalam perlembagaan. Hanya mereka yang degil dan tak mahu mengaku saja yang tidak nampak. Saya berasa lucu bila soal Abdul Hadi dan kumpulannya pertuduhan dibangkitkan. Ini bukan soal jenayah. Atau soal pembuangan kerja melibat kakitangan awam.

Mungkin Abdul Hadi dan kumpulannya mengharapkan mahkamah membuat tafsiran undang-undang yang pelik sebagaimana mahkamah membuat penghakiman yang aneh dalam kes-kes yang melibatkan krisis politik di Perak! Ini tidak mustahil kerana tindak tanduk Abdul Hadi dan kumpulannya, khususnya Hasan Ali, menguntungkan UMNO. Di negara ini banyak perkara pelik – yang tidak mungkin berlaku di negara lain – telah berlaku.

Apa pun elok Nik Aziz teruskan apa yang dimulakannya. Seperti yang saya katakan beliau telah menang. Paling tidak sedang mendahului. Hanya bilangan gol yang kita belum tahu. Setakat ini memang Abdul Hadi dan kumpulannya sedang mencari helah untuk bertahan. Tetapi saya tidak fikir mereka boleh bertahan lama. Apa yang berlaku sekarang pun sudah cukup untuk meletakkan kumpulan itu dalam keadaan bertahan. Itu pun dalam parti. Di luar sana susah untuk mereka menegakkan hujah-hujah mereka. kalau para pemimpin Pas di peringkat akar umbi emosi dan tidak mahu mengakui masalah yang telah pun diungkapkan oleh Nik Aziz mereka akan hanyut bersama Abdul Hadi dan kawan-kawannya.

Seperti yang saya telah katakan sebelum ini Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim boleh bertindak ke atas Hasan. Sebenarnya – sebagaimana yang telah pun dinyatakan oleh perlembagaan dan disahkan oleh mahkamah dalam kes Anwar Ibrahim – anggota Kabinet boleh dipecat bila-bila dan atas apa sebab sekalipun. Hatta tanpa sebab pun ketua kerajaan boleh berbuat demikian. Pada hakikatnya di sisi undang-undang Khalid tidak perlu peduli kepada hasil dan prosiding jawatankuasa disiplin yang ditubuhkan oleh Pas.

Ketika ini Khalid selesa kerana duri dalam daging yang memeningkan kepada selama ini sudah pun diselesaikan oleh UMNO. Selain itu dengan meninggalkan PKR dan berkawan dengan UMNO-Barisan Nasional Badrul Hisham Abdullah telah mengesahkan kedudukan UMNO sebagai pengumpul sampah dan barang lusuh sebagaimana yang mereka lakukan di Perak, di Kedah dan sekarang di Selangor.

Khalid perlu nekad dalam mempertahankan imej Pakatan. Lagipun Pas, kecuali Nik Aziz, macam tidak sungguh-sungguh. Perkara yang mudah dan jelas ditangani dengan cara yang pelik dan berbelit-belit. Hasan Ali telah melanggar perlembagaan dan sesiapa yang mempertahankannya akan tenggelam bersamanya.


* Profesor Dr Abdul Aziz Bari mengajar undang-undang di UIAM, Gombak.

PM Najib Nak Kerajaan Perpaduan Dengan Pas

Selepas Mensyuarat Khas Pas minggu lalu , Presiden Pas Tuan Guru Hadi Awang telah sekali lagi istihar isu Kerajaan Perpaduan dah tutup buku, tak akan lagi dibincangkan, kerana Pak Lah Mantan Perdana Menteri dah pencen jadi PM.

Hari ini laporan bernama menyebut PM Najib sedia berbincang dengan Pas untuk bentuk kerajaan perpaduan atas dasar agama bukan atas kerjasama politik pulakdah! Baca laporan bernama klik


"Kita mempunyai pendirian jelas bahawa asalkan untuk kebaikan, kita sanggup mengadakan rundingan. Ia bukan semestinya kita terikat tangan atas apa-apa persetujuan.

"Kita hendak cari sesuatu yang baik...sesuatu yang baik adalah tuntutan agama. Umno membuat sesuatu itu bukan berdasarkan politik tetapi tuntutan agama," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Pasar Tani Peringkat Kebangsaan 2009 dan pelancaran Karavan Pasar Tani di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.-bernama

Umno buka buku perpaduan, Pas tutup buku perpaduan

Ahli Politik Dan NGO 'Berebut' Asri

Bekas Mufti Perlis yang sekarang tak ada kerja tetap dan telah ditahan oleh penguatkuasa JAIS kerana sampaikan kuliah tanpa tauliah diberi sokongan moral oleh semua pihak termasuk Pas , Keadilan, Umno dan juga oleh Ngo yang kuat menghina Islam iaitu Sisters In Islam diperkarangan Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pagi ini.

Berikut apa yang dilaporkan oleh mStar online:

Terdahulu, lebih 100 individu memenuhi perkarangan mahkamah sejak pukul 9 pagi tadi untuk memberi sokongan terhadap beliau yang hadir untuk memberikan keterangan berhubung dakwaan dipercayai mengajar ilmu agama tanpa tauliah.

Antara yang hadir ialah Datin Paduka Marina Mahathir, Ahli Parlimen Titiwangsa Dr Lo' Lo' Mohamad Ghazali, Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS, Azman Shafawi, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Klang, Saari Sungib, Ahli Parlimen PKR Ampang, Zuraida Kamaruddin dan pengasas Sisters In Islam (SIS), Zainah Anwar.

Turut kelihatan ialah wakil kepada Senator Datuk Jamil Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, wakil-wakil Umno, PAS dan PKR; serta enam orang peguam dari pelbagai firma guaman.-mStar online Bacaan lanjut di sini

Dilaporkan Asri pernah bertemu dengan Ketua Dewan Ulama Pas Pusat Harun Taib di Pulau Pinang dan timbul desas desus mengenai ajakan Harun Taib kepada Asri untuk masuk Pas. Asri juga mendakwa pernah ditawarkan jawatan di Yayasan Dakwah Dan Islamiah (Yadim). PM Najib juga ada ajak Asri Masuk Umno. Mahathir pula memberi tahu kepada Asri supaya berkecuali daripada menganggotai mana-mana politik.

Kalau Pemimpin Umno Dengar Kuliah Asri

Berita penahanan Bekas Mufti Perlis Dr Asri Zainul Abidin oleh pihak JAIS beserta dengan anggota polis di kediamannya ketika sedang sampaikan kuliah agak mengejutkan . Aku tak kiralah Asri tu fahaman apa, Wahabi ka, Syiah ka atau Kaum Muda, tapi pokok pangkalnya mungkin ada sebab lain beliau ditahan.

Asri yang berceramah di sebuah rumah di Taman Sri Ukay , Hulu Kelang itu turut dihadiri ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamarudin dan Adun Hulu Kelang, Saari Sungib. Mungkin yang hadir tu daripada pemimpin Pakatan Rakyat jadi Jais buat tindakan serbuan itu ada agenda politik untuk mengatakan pemimpin Pakatan Rakyat turut menyokong fahaman Asri. Jais sememangnya dikuasai pemikiran Umno dalam pentadbirannya.

Setiap fahaman atau perbezaan pendapat boleh dibahas dan dibincang juga boleh di buat muzakarah bukannya buat serbuan dan tahan lalu terus dihadapkan ke mahkamah. Perbezaan pendapat itu merupakan satu nikmat di kalangan orang yang berilmu.

Adakah Jais akan buat tindakan yang sama jika yang dengar kuliah Asri tu di kalangan pemimpin Umno contohlah yang hadir tu PM Najib , Hishamuddin Hussein atau Khairy, tapi puak-puak ni mana mau dengar Majlis Ilmu, adakah Jais akan buat serbuan dan tahan Asri yang tengah bagi kuliah tu?

Klik dan baca di bawah
1-Bekas Mufti dihadapkan ke Mahkamah hari ini- harakahdaily

2-Dr Asri ditangkap!-harakahdaily

3-Tau Liah-Tau Tau Lah-Tukar tiub

Fahaman Dosa Dan Pahala Pas Bertahan Lama- Presiden Pas

Presiden Pas Tuan Guru Hadi Awang menyatakan walaupun Pas berkawan dengan DAP, Pas tidak pernah gadaikan prinsip perjuangannya, malah Pas mampu bertahan lama kerana fahaman Pas berdasarkan kepada dosa dan pahala.

Ia berbeza jauh berbanding cara Umno berkawan dengan parti-parti bukan Melayu dalam gabungan Barisan Nasional (BN).

"Kita berkawan dengan DAP dalam Pakatan Rakyat bagi sama-sama menentang kezaliman yang berlaku dalam negara dan sama-sama berusaha menegakkan keadilan untuk rakyat," kata Abdul Hadi.

"Sedangkan Umno berkawan dengan parti-parti bukan Melayu dalam komponen BN sehingga sanggup mengadaikan prinsip perjuangan asal mereka," kata Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada ceramah sempena ulangtahun Pasti ke-25 di Dataran Warisan, perkarangan Stadium Sultan Mohammad ke-IV di sini, malam semalam-harakahdaily


Presiden PAS berkata, pendekatan yang digunakan PAS berkawan dengan DAP mengikut kaedah tahaluf siasi.

"Sebab itulah sekarang pemimpin DAP mudah yakin kepada PAS kerana kaedah berpolitik yang diamalkan mementingkan soal dosa dan pahala," tegasnya.

"Dengan kefahaman dosa dan pahalalah yang menyebabkan PAS mampu bertahan lama kerana tidak mudah menjual prinsip perjuangan," ujar Abdul Hadi.

"Contoh yang dapat dilihat di Kelantan apabila kerajaan PAS pada penggal lalu hanya memerintah dengan kelebihan satu kerusi sahaja, namun pemimpinnya istiqamah," kata presiden PAS.-harakahdaily

Ahad, 1 November 2009

Tak Dak Nama Tak Boleh Masuk!

Aku dok pikir dua-tiga kali nak tulis atau tidak benda ni, akhirnya tangan aku kuat betul nak tulis juga benda ni. Melalui risikkan dan daripada sumber-sumber yang dipercayai benarnya Pas Kawasan-kawasan di Selangor sekarang ini dikehendaki mendengar Taklimat Isu Semasa dan Dialog Bersama PJ Pas Selangor , Hasan Ali. Peserta yang akan dengar Taklimat isu-isu semasa itu terdiri daripada Ajk -Ajk Pas Kawasan.

Yang lebih memeranjatkan Pas Kawasan dikehendaki menyenaraikan nama dan no IC (kad pengenalan) AJK -AJK Pas Kawasan untuk hadir ke dalam Majlis Taklimat Isu Semasa tersebut. Ajk-Ajk Pas Kawasan yang tidak ada nama dan tidak menyediakan nobor IC tidak dibenarkan masuk ke dalam Majlis Taklimat tersebut. Hanya nama yang disenaraikan beserta no IC saja dibenarkan masuk ke dalam Majlis tersebut.

Wow! undang-undang baru Pas di Selangor, mungkin takut berlaku lagi kes rakaman ucapan Hasan Ali dengan Pemuda Pas Selangor yang sudah sampai ke pengetahuan Murshidul Am yang hebat diperkatakan sekarang ini.

Hasan Ali dan TP Pas Pusat , Nasharudin Mat Isa telah buat perjumpaan dengan blogger-blogger termasuk blogger Umno beberapa hari yang lalu sebelum Mensyuarat Khas Pas Pusat seperti yang didedahkan oleh Albanjari online. Adakah Hasan dan Nasa kenal dan tahu nama penuh blogger -blogger tersebut? Adakah mereka juga dikenakan bagi no IC seperti yang dikenakan kepada AJK-AJK Pas Kawasan yang nak dengar Taklimat beliau?

Blogger-blogger nak jumpa Hasan Ali tak payah bagi nama dan ada yang Nasa dan Hasan Ali tak kenal tapi boleh senang-senang jumpa mereka tapi tidak kepada AJK-AJK Pas Kawasan!

Ini menunjukkan pemimpin yang tak pernah turun ke peringkat akar umbi parti sampai tak kenal siapa mereka Ajk Pas Kawasan.

"Dulu Aziz Shamsudin 'offer' saya RM50 juta"-Ahli Parlimen Kapar

Ahli Parlimen Kapar S. Manivasikavasagam mendakwa Adun Pelabuhan Klang, Badrulhisaham telah dibeli oleh Umno-Bn sebanyak rm10 juta -20 juta! lapor Tv Selangor.com. Bacaan lanjut di sini sila klik


"Kita kena skrin calon, betul-betul jiwa rakyat baru bertanding..bukan macam Badrul, yang lain takkan lompat parti, kita tengok apa yang dia lakukan, mana dapat wang? Peruntukan dari mana?,” katanya.

"Saya rasa Badrul di beli 10 juta atau 20 juta...Umno ada belakang di sini, masa sidang media, tengok siapa disebelahnya....masa saya ada perbalahan sikit dulu, Aziz Samsudin offer saya 50 juta, bukan 1 ringgit, 2 ringgit, tapi 50 juta, tapi saya masih disini, rakyat pilih kita, Badrul adalah pengkhianat kepada pengundi di Port Klang,” katanya.

Khir Toyo Sokong Hasan Ali

Ketua Pembangkang dalam DUN Selangor, Khir Toyo menunjukkan simpati dan belas ihsannya kepada Hasan Ali PJ Pas Selangor yang dikenakan siasatan oleh Jawatan Kuasa Disiplin Pas yang diketuai Tuan Ibrahim Tuan Man yang juga Naib Presiden Pas.

Kata Khir Toyo:

“Amat keterlaluan jika pemimpin Pas Pusat memecat Hasan atas sebab ini. Pas mempunyai asas perjuangan sendiri dan mereka diberi mandat untuk memerintah atas sebab agama dan bangsa, jadi jelas krisis dalam�an Pas sekarang ada kaitan dengan sekutu mereka (DAP),” katanya ketika dihubungi, semalam.-sinar harian

“Pas Selangor berdiam diri dan langsung tidak mempertahankan Hasan yang ditekan oleh Jawatankuasa Pas Pusat, Pas Selangor tiada kekuatan langsung,” katanya.-sinarharian

Selepas pru-12 yang lalu ramai penyokong Pas dan Pakatan Rakyat mempertikaikan tindakan Hasan Ali dan Nasarudin Mat Isa(TP Pas Pusat) membuat pertemuan secara sulit dengan Khir Toyo. Punca pertemuan itu dikatakan membawa kepada rasa tidak puas hati yang tiada kesudahan hinggalah sekarang kepada orang Pas dan Pakatan Rakyat di Selangor. Terkini pertemuan Hasan Ali dan Nasa dengan blogger-blogger , termasuk blogger Umno menimbulkan fitnah dan hebat diperkatakan dalam kebanyakkan blog.

Kalau Semua Muka Macam Selipar Jepun...

Murshidul Am Pas telah diundang untuk sampaikan ceramah dalam Majlis Penutup Konvensyen Pakatan Rakyat di Ipoh, Perak. banyak kata -kata menarik Tok Guru yang penuh dengan gurauan yang tajam dan juga kritikan beliau terhadap Umno yang rampas Perak daripada Pakatan Rakyat. Berikut adalah kata-kata Tok Guru yang dipetik daripada harakahdaily(Klik)


"Saya bersyukur kepada Allah kerana parti PAS diterima oleh orang bukan Islam. PAS negeri tidak lagi menjemput saya dalam program parti, tapi Ngeh Khoo Ham...pemimpin DAP yang jemput saya sama-sama perkukuh Pakatan Rakyat di Perak."


"Sebelum (Allah) mencipta manusia, bumi ini telah ada. Kalau Allah cipta dulu manusia baru cipta bumi, di mana manusia nak tinggal...dia (manusia) kata dia cipta (dunia)...Umno tak kenal Pencipta, sebab itu dia rampas kerajaan...dia (Umno) anggap bumi ini dia punya," jelasnya.

Beliau juga melahirkan rasa syukur kepada Allah kerana para pemimpin Pakatan Rakyat Perak berusaha untuk saling mengenali antara satu sama lain.

"Begitu juga manusia, Allah cipta tak sama muka...supaya kenal-mengenal...saya jadi Melayu kebetulan (dan) Ngeh Khor Ham jadi Cina kebetulan sebab itu rahmat."

"Kalau Allah jadikan manusia sama semua muka macam (seperti) selipar Jepun, susah nak kenal mana satu Nik Aziz dan Ngeh Kor Ham," jenaka Nik Aziz lagi.

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan turut menjelaskan tohmahan Umno kononnya budaya membaca ayat al-Quran oleh beberapa pemimpin DAP sebagai suatu penghinaan kepada Islam.

"Nabi pun mengutus surat pada semua pemimpin kerajaan bukan Islam, Raja Najasyi di Habsyah, Kaisar di Parsi, Heracleus di Rom, Nabi mula dengan tulis ayat al-Quran."

"Nabi tulis untuk pemimpin bukan Islam baca, bukan Nabi tulis: jangan baca ayat al-Quran ini sebab nanti hina Islam. Pemimpin Umno bodoh agama dan tak suka ikut Nabi," tegas Nik Aziz lagi.

Tegas Nik Aziz lagi, perjuangan PAS berdasarkan ajaran Islam, bukannya politik perkauman Melayu sebagaimana yang diamalkan Umno.

Jadi, beliau mengajak masyarakat bukan Islam mengenali Islam sebelum mengenali perjuangan PAS di Malaysia.

Ngeh Khoo Ham yang berucap sebelumnya mengakui bahawa DAP dan beliau sendiri sebelum ini percaya bahawa PAS adalah parti ekstrem, disebabkan terperdaya dengan propaganda Umno.

"Dulu saya memang ingat PAS (sebagai) parti ekstremis agama, fundamantelis dan tidak suka orang Cina (dan) dan bukan Islam. Itu semua sebelum kenal Tok Guru dan Hj. Nizar lah," jelasny-harakahdaily