Rabu, 15 Oktober 2014

Pas diambang perpecahan

Lama aku tak tulih apa kat blog aku ni..saja syok main FB :-)
Isu terkini yang bermain di kalangan orang politik ialah isu dalaman Pas yang berkocak teruk seolah-olah tak dapat lagi diperbaiki.Pertembungan golongan ostad dan yang mengaku ulama dengan geng aktivis parti dan profesional dalam Pas tak dapat disembunyikan lagi.Semuanya berpunca daripada siapa dan apa?
Geng ostad buat program apa pon bersama puak dan pemimpin mereka.Mereka buat program syok sendiri saja tak ada apa.Selepas muktamar Pas yang lalu nampak tak ada akan bercantum semula hubungan baik antara ulama dan aktivis dan pro dalam Pas malah jarak jadi lagi jauh selepas bom barua dan broker dihamburkan oleh Presiden Pas dalam ucapan penggulungan Presiden di Batu Pahat.Ditambah lagi dengan kelewatan selesaikan krisis MB di Selangor yang berlarutan berbulan baru dapat diselesaikan.
Satu pertanyaan siapa punya angkara semua ni hingga Pas kini dilihat tak lagi dipercayai rakan dalam Pakatan Rakyat?
Apa yang dilakukan Tun Mahathir semasa berkuasa dalam Umno kini berlaku pulak dalam Pas..?Pertembungan tim Ku Li dan tim Mahathir telah membawa kepada pengharaman parti Umno pada tahun 1988.Umno yang ada kini bukan lagi Umno lama tapi Umno baru versi Tun Mahathir.
Kini Pas sedang menuju perpecahan dalaman yang serius dah tak dapat dielakkan lagi.Buatlah apa pon tidak ada ubat mujarab yang bisa sembuhkan sengketa sesama sendiri.Apakah ubat terbaik untuk selesaikan perpecahan dalaman ini?
Malah kabar angin mengatakan beberapa veteran Umno yang masuk jadi ahli Pas kini berura-ura keluar daripada Pas kerana kecewa dengan sikap beberapa kerat pemimpin Pas yang dilihat bercakap tak serupa bikin atau flip-flop.
Senjata utama penyokong ulama Pas ialah apabila pemimpin agama dalam Pas dikritik mereka menjaja ke cerok kampung dan kota kata adanya ahli Pas yang hina ulama.Bagi mereka ahli dan penyokong Pas tak layak untuk kritik pimpinan agama dalam Pas.Kritik dan hina pon tak tau nak beza apa cittta..?
Dulu Tun Madey pernah kata yang dok dalam Umno ni tinggai yang tak berapa cerdik ja..yang cerdik pakat lari masuk Pas.Tapi kini tengok nasib parti Pas amat membimbangkan.

3 ulasan:

  1. Adakah yang cerdik keluar atau yang bodoh keluar? Penilaian harus dalam bentuk yang tepat. Saya kira PAS cuba diselewengkan perjalanannya dan pertembungan ini akan menghasilkan PAS yang asli mana-mana sampah akan terkeluar. Mungkin saudara tak setuju tapi itu hakikat yang bakal saudara telan

    BalasPadam
  2. Adakah sebagai seorang Presiden parti yang yang dilihat sebagai seorang ulama boleh maki hamun orang di khalayak ramai?Ini telah menimbulkan persepsi buruk di kalangan ahli dan orang ramai.

    BalasPadam
  3. adakah sebelum terbukti orang yang edar pil kuda boleh difitnah?.adakah bukan munafik namanya jika sudah ada persetujuan tetapi tiba tiba mengkhianatinya seperti di kota damansara dan sg. pinang di penang?adakah itu cara islam.malanglah islam jika orang yang dikatakan pandai ulama berbuat macam itu

    BalasPadam