Rabu, 15 Januari 2014

Kebencian kepada pentadbiran Najib merentasi semua, lapor Asia Sentinel

Pentadbiran Datuk Seri Mohd Najib Razak  berdepan kebencian merentasi semua lapisan daripada rakyat sehinggalah dalam Umno sendiri, lapor portal berita Asia Sentinel.
Laman tersebut melaporkan situasi sama semasa penyingkiran bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi kini berulang lagi, memetik sumber dalaman Umno kepada Asia Sentinel.
"Kebencian sama bukan khusus kepada beberapa segmen Umno dan elit pemerintah sahaja.
"Zaman Mahathir, kebencian dan kurang senang hanya di kalangan kumpulan intelektual dan hak asasi manusia. Tetapi Najib, ia merentasi semuanya sehingga ke isterinya dan rakan-rakannya," kata Asia Sentinel yang memetik pendedahan sumber Umno.
Walaupun kumpulan blogger daripada kem bekas perdana menteri paling lama Tun Dr Mahathir Mohamad cuba memberikan tekanan kepada Najib, ia masih tidak memadai.
"Tangan Mahathir dan Daim (bekas menteri kewangan, Tun Daim Zainuddin) di merata-rata tempat tetapi kuncinya sekarang adalah Najib dan isterinya yang menyediakan semua peluru.
"Tanpa peluru tersebut, Mahathir sukar mengerah bala tenteranya untuk menentang Najib," kata sumber yang dipetik dalam Asia Sentinel.
Asia Sentinel dalam laporannya juga mendedahkan dua blogger kem Mahathir yang lantang mengkritik Najib, Kadir Jasin dan Outsyedthebox.
Kedua-dua blogger tersebut menurut Asia Sentinel seringkali membidas langkah dan polisi pentadbiran Najib yang dilihat banyak membazir.
Bekas Ketua Pengarang Kumpulan News Straits Times Press (NSTP), Datuk A. Kadir Jasin sebelum ini membidas Najib susulan kontroversi penggunaan aset kerajaan oleh isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dalam lawatan luar negara.
Kadir secara sinis berkata Najib perlu mengkaji semula peranan menteri-menteri Kabinet selain melantik Rosmah sebagai menteri.
Selain itu, Dr Mahathir juga tidak ketinggalan membidas Najib apabila mempersoalkan keperluan Putrajaya memiliki banyak kapal terbang berbanding ketika zaman pemerintahannya.
Dr Mahathir berkata beliau tidak memerlukan sebarang pesawat mewah sewaktu pimpinan beliau namun berpendapat kerajaan kini mempunyai wang mencukupi untuk membelanjakan kemewahan tersebut.
Tahun lepas, Jabatan Perdana Menteri memberitahu parlimen bahawa Putrajaya kini memiliki sekurang-kurangnya tujuh kapal terbang, termasuk jet kelas perniagaan Boeing.
Kapal terbang itu digunakan oleh VVIP termasuk Yang Dipertuan Agung dan perdana menteri. Ia termasuklah Falcon, Global Express, jet kelas perniagaan Boeing, Blackhawk, 2 Augusta dan Fokker F28.
Menurut Asia Sentinel lagi, suara-suara marah rakyat serta beberapa pemimpin dalam Umno tersebut juga berpunca daripada pemotongan beberapa subsidi yang diberikan kerajaan baru-baru sehingga mengakibatkan kenaikkan harga barang yang mendadak.
Kenaikan harga bahan api, tarif elektrik, air dan gula mewujudkan kesan domino yang menyebabkan harga banyak barang lain meningkat.
Setelah dikritik kerana tidak berjimat, Putrajaya baru-baru ini mengumumkan mereka akan mengurangkan elaun hiburan dan perjalanan menteri dan pegawai kanan kerajaan selain membekukan pengubahsuaian pejabat.
Tetapi pembangkang melabelkannya sebagai reaksi spontan dan setelah melihat kesan kepada pengurangan subsidi yang dilaksanakan selepas Pilihan Raya Umum 2013. – 14 Januari, 2014 .-The Malaysian Insider (MD IZWAN)

Zainudin Maideen bekas Menteri Penerangan mahu Tun Madey kembali duduk dalam kerajaan.Adakah ini menunjukkan bahawa yang mahu gulingkan Najib bukan rakyat yang berdemo bantah kenaikan harga barang yang dituduh mahu gulingkan kerajaan...tapi ada gerakan dalam Umno sendiri mahu gulingkan Najib sebagai PM?Bughah !?
Mufti Perak tersalah fatwa!

9 ulasan:

  1. saya duduk kedai kopi tau, tak da orang yang suka rosmah najib muhidin zaid komidi MIC dan semua kroninya semua maki hamun perkataan yang amat amat lucah paling paling paling paling X billion kali teruk yang maha lucah mengapa itulah nak main dengan tuhan nak makan duit rakyat beli kondo mewah banyak lagi malas nak taip lah tapi saya rasa PM inilah yang paling haram jadah seperti MUFTI perak yang banggang bodoh jahil dunia itu.

    BalasPadam
  2. BUKAN KINI,DULU MAU PUN SELAMAMNYA DIBENCI SERTA RAKYAT MENDOAKAN AGAR KAMU NAJIB,BN SERTA SEMUA YANG BERSENGTONGKOL DENGAN KAMU AKAN KENERAKA JAHANAM DIDUNIA LAGI.TAK HABIS DENGAN MENCURI HASIL NEGARA,TAK HABIS DENGAN MEROSAKAN PERUNDANGAN NEGARA KAMU SERTA SEMUA MENTERI MENTERI KAMU AKAN MENERIMA BALA KAMI DOAKAN.JENIS BINATANG APA KAMU INI SAMPAI BINI BOLEH MENGAMBIL DANA NEGARA BAGI MEMBANTU ANAK BUAT FILEM BERJUTA JUTA RINGGIT.APA KAMU INGAT DANA NEGARA KEPALA BAPAK KAMU PUNYA KE.KAMI AKAN SIANG MALAM BERDOA .KAMI BUAT SEMBAHYANG HAJAT BAGI MENJATUHKAN KAMU SERTA SEMUA MENTERI MENTERI.KAMU AKAN JADI ASEN BERKAT DENGAN DOA KAMI.

    BalasPadam
  3. najib bangsat kau dan umno mati rakyat aman

    BalasPadam
  4. Kisah pertelagahan antara Khalid Ibrahim dan Azmin Ali bukanlah

    satu rahsia lagi. Di dalam PKR sendiri telah wujud 2 kem samada

    yang menyokong Khalid atau Azmin. Kini timbul lagi cerita mengenai

    pergolakan dalaman PKR. Daripada maklumat yang diterima melalui

    sumber dalaman PKR, telah ada perancangan untuk menjatuhkan

    strategis parti itu, Rafizi Ramli. Sumber berkenaan mendakwa,

    beberapa maklumat mengenai kegiatan Rafizi yang sumbang semasa

    berada diluar negara sedang dikumpulkan.

    BalasPadam
  5. Hey very nice blog!

    Here is my page: meetingplace

    BalasPadam
  6. Hi there, yup this post is in fact nice and I hawve learned lot
    of things from it concerning blogging. thanks.

    my web page gta 5

    BalasPadam
  7. doa jak laa benda baik2..xpayah doakan orang masuk neraka.. kau pun belum tentu masuk syurga.. bodoh..

    BalasPadam
  8. doa laa yang baik2..macam mana pun jahat manusia tu..doa laa yg baik2.. kau mendoakan orang masuk neraka..dirimu sendiri belum pasti masuk syurga! bodoh sebodoh bodoh nya..

    BalasPadam
  9. booty

    Also visit my weblog: blow job

    BalasPadam